English Booklet 04
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
M ENGUBAH BANGSA MELALUI GEREJA TEMPATAN 1 M ENGUBAH BANGSA MELALUI GEREJA TEMPATAN “Dengan sepenuh hati kami percaya bahawa doa meningkatkan daya pendorong untuk menyatukan gereja, mazhab, dan orang beriman, lelaki dan perempuan, tua atau muda. Doa bersama yang berterusan membawa penobrosan dalam setiap segi kehidupan – masyarakat, ekonomi, politik, pendidikan, hiburan dan seni, dan yang lain-lain.” 2 M ENGUBAH BANGSA MELALUI GEREJA TEMPATAN Kami Menggesa anda untuk 1. Membaca seluruh fasal 2 Korintus sebagai permulaan. 2. Merenung dan menghafal ayat-ayat yang ditetapkan untuk setiap minggu. 3. Membaca artikel mingguan yang pendek. 4. Memikirkan bagaimana pelayanan mendamaikan dapat memainkan peranan dalam ‘Mengubah Bangsa Kita melalui Gereja Tempatan’. 5. Izinkan Roh Kudus untuk memimpin anda sementara anda berpuasa dan berdoa syafaat bagi Malaysia setiap hari. (Bahan doa panduan saja). 6. Tuliskan perasaan, ilham, suara Tuhan, atau penglihatan, dsb. anda. 7. Kirimkan satu salinan renungan anda kepada kami selepas 40-hari Puasa & Doa, atau e-mel kepada kami di [email protected] KEBAJIKAN Menabur dalam simpanan harga makan (kotak kebajikan disediakan) BERDOA TERUS-MENERUS Log masuk ke www.necf.org.my NOTA: Untuk mendapat maklumat mengenai negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan, sila log masuk di www.necf.org.my For Your Intercession. AYAT ALKITAB UNTUK RENUNGAN SEPANJANG 40 HARI 2 Korintus 5 3 M ENGUBAH BANGSA MELALUI GEREJA TEMPATAN PRAKATA Dalam Matius 28.19, Tuhan kita Yesus Kristus memerintah kita untuk menjadikan “semua bangsa di seluruh dunia...pengikut- Ku”. Sering kali perintah ini ditafsirkan sebagai terma keindividualan, iaitu orang perseorangan daripada bangsa- bangsa kita jadikan pengikut Tuhan Yesus. Meskipun ini adalah erti utama teks itu, tafsiran yang merujuk kepada orang perseorangan semata-mata tidak cukup. Seorang individu hidup dalam masyarakat dan bangsa dengan struktur, perhubungan, nilai dan budayanya. Jika Injil mengubah kehidupan individu yang berdosa, maka ia juga harus mengubah struktur yang tidak adil di tempat tinggal individu tersebut. Dalam Alkitab diterangkan dengan jelas bahawa Tuhan bukan hanya memberi perhatian kepada individu tetapi juga bangsa-bangsa. Dalam Perjanjian Lama, bangsa-bangsa sering diperlakukan sebagai satu entiti yang mendapat berkat ataupun hukuman. Walaupun individu itu ditonjolkan dalam Perjanjian Baru, namun keprihatinan Tuhan terhadap bangsa- bangsa tetap berterusan. Bagaimanakah bangsa yang dimuridkan? Jawapannya terletak pada konsep Pemerintahan Allah yang sering diajarkan oleh Yesus tetapi diabaikan oleh Gereja moden. Pemerintahan Allah telah dimulakan dengan rasmi tetapi belum disempurnakan. Untuk sementara waktu, orang Kristian ditugaskan untuk menyatakan Pemerintahan Allah dalam Gereja dan membawa dunia ke arah kesempurnaan ini. Yesaya 9.1-7 merupakan gambaran dalam nubuat mengenai pemerintahan Kristus pada masa akan datang. Dari sini, kita meninjau 4 ciri bangsa yang dimuridkan – negara menikmati kecukupan ekonomi, keamanan sosial, keadilan awam dan kesaksamaan. “. seperti orang bersukacita semasa menuai hasil tanaman” (Yes 9.3) Dalam Pemerintahan Allah, orang miskin tiada lagi. Sedihnya, kemiskinan masih suatu kenyataan hidup pada masa 4 M ENGUBAH BANGSA MELALUI GEREJA TEMPATAN ini. Sebenarnya, jurang di antara orang kaya dan orang miskin semakin membesar. Takrif Wawasan 2020 tentang kecukupan ekonomi adalah suatu keadaan yang menggembirakan apabila tiada seorang pun warga Malaysia yang kekurangan makanan, keperluan asas dibekalkan kepada semua, dan peluang dibuka dengan sepenuhnya kepada mereka yang berada di kategori rendah untuk bertambah maju dan keluar daripada kemiskinan. Gereja mempunyai peranan penting untuk memberikan kuasa kepada orang miskin untuk mencukupi diri mereka sendiri. “Raja Damai. Kekuasaan-Nya akan terus bertambah; pemerintahan-Nya akan sentiasa aman” (Yes 9.5, 6) Dalam masyarakat berbilang kaum dan majmuk hari ini, keamanan sosial semakin sukar dicapai. Gereja telah diberi pelayanan perdamaian (2 Kor 5.8-19). Orang Kristian boleh terlibat dalam pelbagai usaha perdamaian dan menjadi pengantara, dsb. Bagaimanapun, keamanan sosial yang sejati mesti bermula dengan perdamaian dengan Tuhan, perdamaian dengan diri sendiri dan perdamaian dalam Gereja. Keamanan sosial juga sesuai untuk kemakmuran ekonomi. “pemerintahan-Nya akan berdasarkan hukum” (Yes 9.6) Keadilan awam adalah dasar keamanan sosial, jika keadilan itu bukan paksaan atau kekerasan semata-mata. Keadilan sangat dititikberatkan dalam Alkitab – perkataan ini dan kata- kata seerti disebut kira-kira 500 kali dalam Perjanjian Lama dan 200 kali dalam Perjanjian Baru. Keadilan adalah prinsip tertinggi bagi institusi dan sistem di dunia dalam masyarakat yang sudah jatuh ke dalam dosa. Ia menyediakan perundangan yang sama rata dan adil untuk setiap orang. Orang Kristian dalam masyarakat majmuk harus mendasarkan unsur-unsur keadilan awam di atas standard etika umum, tetapi pada masa yang sama cukup berani untuk berpegang pada prinsip Alkitab dan menghormati satu sama lain. “pemerintahan-Nya akan berdasarkan . keadilan” (Yes 9.6) 5 M ENGUBAH BANGSA MELALUI GEREJA TEMPATAN Keadilan dan kebenaran berjalan seiring. Sekiranya setiap orang berlaku adil dalam hal memberi hak atau milik orang lain, maka keadilan peringkat kebangsaan akan terjadi. Orang Kristian mempunyai peranan penting di sini. Dalam dunia yang sering mengubah erti kebenaran dan moral, orang Kristian mesti membela kebenaran yang mutlak. Meskipun kita tidak memaksakan nilai moral kita kepada orang lain, kita harus mengamalkannya sebagai kesaksian kepada mereka dan berusaha untuk menerapkan nila-nilai Yahudi-Kristian dalam seluruh peringkat masyarakat. Bagi sebilangan orang, berfikir untuk memuridkan satu bangsa mungkin terlalu sukar. Bagaimanapun, setiap orang Kristian boleh menjadi terang kepada orang di sekelilingnya, setiap gereja tempatan boleh membawa perbezaan di kawasan kejiranannya, dan beberapa gereja dalam satu masyarakat boleh bekerjasama untuk memberikan kesan yang lebih besar. Melalui kesaksian kita, orang lain boleh tertarik sehingga bukan saja ingin mengikut teladan kita tetapi mengikut Tuhan juga. Rev. Wong Kim Kong Setiausaha Agung 6 M ENGUBAH BANGSA MELALUI GEREJA TEMPATAN Minggu 1 AYAT ALKITAB UNTUK RENUNGAN Kami berkata demikian kerana kami tahu bahawa apabila khemah – iaitu tubuh yang kita diami di dunia ini – dirobohkan, Allah akan menyediakan tempat tinggal di syurga bagi kita. Tempat tinggal itu dibuat oleh Allah sendiri dan tahan selama-lamanya. Dalam keadaan yang sekarang ini, kita mengeluh kerana sangat rindu untuk tinggal di khemah yang baru, yang dari syurga. Kita ingin dipakaikan tubuh yang baru itu, supaya kita tidak telanjang. Selama kita tinggal di dalam khemah di dunia ini, kita mengeluh kerana beban kita berat. Bukannya kita ingin meninggalkan tubuh kita yang di dunia ini, tetapi kita ingin dipakaikan tubuh yang dari syurga. Dengan demikian tubuh kita yang fana akan diubah oleh tubuh yang abadi. Allah sudah mempersiapkan kita untuk perubahan itu, dan Dia mengurniai kita Roh-Nya sebagai jaminan bagi segala sesuatu yang disediakan- Nya untuk kita. 2 Korintus 5:1-5 7 M ENGUBAH BANGSA MELALUI GEREJA TEMPATAN GARAM & CAHAYA Masyarakat Kristian dipanggil untuk menjadi “garam dunia” dan “cahaya bagi dunia.” (Matius 5.13), untuk memberi kesaksian tentang ketuhanan Yesus Kristus dalam kuasa Roh Kudus melalui kata-kata dan perbuatan (Kisah 1.8; Roma 15.13), dan memberitakan kepada semua manusia bahawa Berita Baik itu adalah “kuasa Allah yang menyelamatkan semua orang yang percaya kepada Yesus” (Roma 1.16). Pada hari ini, kita masih dipanggil untuk melakukan hal yang sama, tetapi kali ini kita di tengah-tengah perubahan yang sangat besar di dunia. Peristiwa-peristiwa pada masa lalu telah mengubah keadaan antarabangsa dengan begitu besar sehingga hampir tidak dikenal lagi. Kejayaan untuk merobohkan Tembok Berlin pada 1989 segera merintis jalan bagi keruntuhan Kesatuan Soviet dan negeri-negeri yang diperintahnya di Eropah Timur, dan penolakan Marxisme di seluruh dunia. Di Afrika Selatan, aparteid tidak berkuasa lagi, dan akhirnya orang hitam di sana mendapat semula kuasa kawalan destini mereka sendiri setelah ditindas selama berabad-abad. Tidak berapa lama dahulu negara China dan India kelihatannya terkubur dalam kemiskinan yang berlarutan, tetapi kini negara-negara itu sedang bangkit untuk menjadi kuasa dunia pada abad ke-21. Di tengah-tengah semua kejadian ini, kita melihat kebangkitan Islam yang berterusan di seluruh dunia, baik dalam bentuk sederhana dan lebih militan – bahkan dalam negara kita sendiri pun. Faktor ini dan faktor lain telah menggerakkan seorang cendekiawan Harvard, Samuel Huntington, untuk mencadangkan kemungkinan berlakunya pertembungan budaya – budaya Kristian Barat, Konfusius, dan Islam – sebagai penyebab utama konflik dalam keteraturan dunia yang baru muncul. Dua faktor lain perlu diperhatikan. Pertama, dalam dunia Kristian sekitar 1980-an, pusat tarikan gereja beralih dari dunia Barat ke dunia bukan-Barat, dan bilangan orang Kristian di dunia bukan-Barat lebih banyak daripada yang di dunia Barat untuk pertama kali dalam era moden ini. 8 M ENGUBAH BANGSA MELALUI GEREJA TEMPATAN Kedua, dari segi ekonomi, memandangkan kadar pertumbuhan pesat di Asia Timur, pada 1991 atau 1992 Bank Dunia meramalkan bahawa pada pertengahan abad ke-21, sekurang-kurangnya 60% daripada eksport dunia dan 53% daripada pendapatan dunia akan dihasilkan di Asia. Kedua-dua faktor itu sekurang-kurangnya menimbulkan