Soalan Lisan Brtlis Yb
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
LAPORAN PERSIDANGAN MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KETIGA BELAS Tarikh : 12 November 2014 (Rabu) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Dewan Undangan Negeri Lebuh Light, George Town Pulau Pinang. HADIR Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 1 Y.A.B. Lim Guan Eng Ketua Menteri / Air Putih 2 YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri 3 YB. Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon Tim. Ketua Menteri I/Pantai Jerejak 4 YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II/Perai 5 YB. Chow Kon Yeow Padang Kota 6 YB. Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim Batu Maung 7 YB. Chong Eng Padang Lalang 8 YB. Lim Hock Seng Bagan Jermal 9 YB. Law Heng Kiang Batu Lancang 10 YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu 11 YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat 12 YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya 13 YB. Dato' Haji Maktar Bin Haji Shapee Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri/ Sungai Bakap 14 YB. Wong Hon Wai Air Itam 15 YB. Ong Kok Fooi Berapit 16 YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti 17 YB. Dato' Haji Mohd. Salleh Bin Man Permatang Pasir 18 YB. Tanasekharan A/L Autherapady Bagan Dalam 1 Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan 19 YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong 20 YB. Teh Yee Cheu Tanjong Bunga 21 YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji Seri Delima 22 YB. Ong Chin Wen Bukit Tengah 23 YB. Lau Keng Ee Pengkalan Kota 24 YB. Cheah Kah Peng Kebun Bunga 25 YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang 26 YB. Teh Lai Heng KOMTAR 27 YB. Yap Soo Huey Pulau Tikus 28 YB. Soon Lip Chee Jawi 29 YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk 30 YB. Dr. T. Jayabalan A/L A. Thambyappa Batu Uban 31 YB. Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid Telok Ayer Tawar 32 YB. Sr. Haji Muhamad Farid Bin Haji Saad Pulau Betong 33 YB. Dato’ Haji Roslan Bin Saidin Pinang Tunggal 34 YB. Dato’ Mahmud Bin Zakaria Sungai Acheh 35 YB. Mohd Zain Bin Ahmad Penaga 36 YB. Omar Bin Haji Abd Hamid Permatang Berangan 37 YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor Sungai Dua 38 YB. Nordin Bin Ahmad Bayan Lepas 39 YB. Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah Telok Bahang 40 YB. Haji Shariful Azhar Bin Othman Bertam AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG. Bil. Nama Jawatan 1 YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri 2 YB. Dato' Hajah Aliza Bt. Sulaiman Penasihat Undang–Undang Negeri 3 YB. Dato’ Haji Mokhtar Bin Mohd Jait Pegawai Kewangan Negeri TURUT HADIR Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri 2 Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi. Setiausaha: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa. Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Dato' Haji Mohd Salleh Bin Man): Bacaan “Doa”. Setiausaha: Pengumuman oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula, Batu Uban. Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Dr. T. Jayabalan A/L A. Thambyappa): Terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua Speaker, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-undang Enakmen bagi Perbekalan dan Anggaran Pembangunan bagi tahun 2015 yang telah berjaya dibentangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng. Ingin saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah syabas kepada Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang kita yang telah dengan jayanya membentangkan bajet 2015 yang merangkumi pelbagai aspek penting khasnya dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di Pulau Pinang. Bagi meningkatkan kemampuan golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah cukup payah untuk rakyat mendapat pinjaman bank untuk membeli rumah, Kerajaan Negeri mencadangkan supaya Bank Negara memulihkan semula skim Developer Interest Bearing Scheme atau (DIBS) bagi pembeli rumah bagi kali pertama. Pemulihan DIBS adalah perlu pembeli rumah kali pertana untuk hartanah yang bernilai kurang daripada RM400,000 agar dapat pinjaman bank untuk membeli rumah mereka. Sebagai kerajaan yang berjiwa rakyat di samping menyediakan perumahan mampu milik yang kondusif fokus juga diberikan kepada usaha penyelenggaraan atau maintenance ...(dengan izin) bangunan di semua rancangan perumahan kerajaan yang sedia ada iaitu melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem pendawaian elektrik, sistem perpaipan dan tangki air serta perparitan. Pada tahun semasa 2014, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sejumlah RM11.3 juta untuk pembiayaan kerja- kerja menaik taraf dan membaiki secara berperingkat semua 49 Rancangan Perumahan Kerajaan Negeri yang melibatkan lebih dari 15 ribu unit rumah-rumah. Usaha membaik pulih perumahan kerajaan diteruskan dalam tahun 2015 dan sebanyak RM15 juta diperuntukkan dalam tahun 2015 untuk kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan. Kerajaan Negeri melalui projek ekonomi khas telah memperuntukkan sebanyak lebih RM2 juta untuk program pembaikan rumah rakyat termiskin, bina baru dan baiki dengan nilai siling pembiayaan sebanyak RM35,000 untuk membina rumah baru dan rumah dan rumah dan RM11,000 untuk membaiki rumah. Atas dasar keprihatinan dan juga mengambil kira kenaikan kos bahan binaan, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menaikkan nilai siling bagi projek-projek ini iaitu daripada RM35.000 kepada RM40,000 3 bagi tujuan membina rumah baru dan daripada RM11.000 kepada RM15,000 bagi tujuan membaiki rumah asal. Dengan ini, ingin saya sekarang nak memulakan perbahasan saya dengan beberapa isu yang penting. Isu utama tanah dan perumahan, perumahan pusat struktur dan impact-impact dan isu kedua perumahan pusat struktur dan impact-impa ct terhadap rakyat terutamanya kumpulan yang berpendapatan rendah. Perkara-perkara yang perlu dibangkitkan dibawah ucapan bajet Kerajaan Negeri oleh Y.A.B. Ketua Menteri pemberitahuan mengenai program perumahan untuk rakyat harus kita berikan pujian, kerajaan telah agihkan RM500 juta untuk rumah mampu milik di lima (5 daerah di Pulau Pinang dengan tawaran harga di antara RM42,000 hingga RM400,000 dan amat diharap bahawa projek pertama akan selesai dalam masa tiga tahun akan datang. Walau bagaimanapun, isu-isu rumah setinggan dan pengusiran mereka adalah perkara isu yang amat tertekan dan very stressful... (dengan izin). Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengatakan bahawa kerajaan tidak berdaya untuk melakukan lebih daripada untuk menjadi proaktif dalam membantu semua rumah-rumah setinggan. Peruntukan perumahan dalam bajet adalah berkaitan dengan beberapa isu yang berdasarkan atau nombor satu, pemilikan tanah oleh kerajaan, hak undang-undang tanah dan perumahan, hak moral rakyat ke atas tanah dan perumahan, tanggungjawab kerajaan terhadap perumahan untuk rakyat, teras sebenar program pembangunan Kerajaan Negeri. Dari segi isu pemilikan tanah oleh Kerajaan Negeri dari segi sejarah prinsip pemilikan tanah yang kini dipakai oleh Kerajaan Negeri hanya wujud dari pemerintahan penjajah, undang-undang dan dasar- dasar atau dengan izin polisi dibubarkan berdasarkan prinsip-prinsip ini dari zaman penjajah hingga ke sekarang. Justeru pemilikan tanah oleh kerajaan adalah untuk kegunaan dan kepentingan rakyat seperti mana bila pengambilan tanah dibuat oleh mana-mana kerajaan yakni ianya adalah diambil untuk kegunaan dan kepentingan umum dan rakyat. Persoalan yang timbul di sini sehubungan perumahan adakah cara tanah digunakan adalah demi kepentingan rakyat. Hak rakyat kepada tanah dan perumahan, hak kepada pemilikan tanah oleh rakyat dan Kerajaan Negeri dirangkumi oleh Kanun Tanah Negara Tahun 1965, pemilikan tanah hanya dilakukan melalui pendaftaran seperti mana seksyen 1, peruntukan di dalam kanun seksyen 40 memperuntukkan semua tanah kerajaan adalah hak milik kerajaan, seksyen 48 menyangkal apa-apa hak pemilikan bertentangan atau ...(dengan izin) adverse position terhadap kerajaan dan seksyen 425 ialah mengenai pemurnian. Peruntukan-peruntukan di dalam kanun tidak mengambil kira pemilikan tanah mengikut adat atau customer land atau secara pemurnian dan dengan itu rakyat dalam keadaan sedemikian tidak akan mempunyai hak kepada tempat tinggal. Rakyat dalam keadaan sedemikian akan dikenali sebagai setinggan saja, Y.A.B. Ketua Menteri telah mengatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak ada kuasa membuat lebih lagi secara polisi melainkan menolong setinggan secara giat, perumahan tidak merupakan satu hak yang disyorkan kepada rakyat oleh Kerajaan Negeri ia merupakan satu program pembangunan bersandar kepada budi bicara kerajaan. Moral atau hak batin rakyat kepada tanah dan perumahan. Ia adalah satu hak yang diterima dalamkalangan hak asasi manusia antarabangsa yang semua rakyat ada hak kepada hidup yang memadai kepada perumahan yang memadai berdasarkan kepada prinsip-prinsip fungsi sosial tanah bahkan mengikut prinsip-prinsip pasaran bebas, sosialisasi tanah telah menyumbang kepada meningkatkan nilai komoditi tanah yang memberikan permurnian hak hakiki kepada hasil ekuiti tanah tersebut bahkan oleh prinsip-prinsip pasaran bebas juga sosialisasi tanah telah menyumbang kepada peningkatan komoditi tanah tendering ...(dengan izin) penjajah hak interim ....(dengan izin) dalam menghasilkan ekuiti tanah. 4 Kerajaan Negeri harus dalam isu polisi tanah dan perumahan mereka harus dipandu oleh pertimbangan-pertimbangan yang lebih luas seperti fungsi sosial tanah dan kesan nilai pasaran akibat penempatan. Tanggungjawab kerajaan untuk perumahan kepada rakyat, Kerajaan Negeri telah menyumbangkan kepada timbulnya keadaan di mana sebahagian besar penduduk di golongan bawah tidak mempunyai tanah, tidak berumah dan secara setinggan mereka tidak mampu membelinya dalam keadaan pasarannya.