9.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI SUBSEKTOR PERTANIAN TERPILIH KE ARAH PERTANIAN MODEN: IAT TRADISIONAL NIK RAHIMAH NIK OMAR

9.1 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan tradisi dan di antaranya ialah makanan. Kuih tradisional merupakan salah satu makanan tradisional yang menjadi kebanggaan kita kerana mempunyai keunikkan yang tersendiri. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka kuih bermaksud juadah manakala tardisonal bermaksud bersifat atau bercorak tradisi serta didefinisikan sebagai kuih tempatan yang dihasilkan mengikut resepi turun temurun. Lazimnya dimakan sebagai snek dalam pelbagai aktiviti sosial serta berfungsi sebagai makanan sampingan, contohnya sebagai hidangan pada waktu pagi/petang malah sesuai juga dihidangkan di majlis-majlis keramaian.

Kuih tradisional terbahagi kepada dua jenis iaitu kuih tradisional basah dan kuih tradisional kering. Kebiasaannya kuih tradisional basah merupakan kuih jenis manis dan kuih tradisional kering adalah jenis savouri. Kebanyakkan kuih tradisional ini dimasak dengan cara mengukus, membakar, menggoreng, merebus, dikacau terus di atas api sehingga masak dan sebagainya. Kebanyakkan kuih tradisional basah tidak boleh disimpan lama kerana sifatnya yang mudah basi dan berkulat kerana mempunyai kandungan lemak yang tinggi manakala kuih tradisional kering pula sering dijadikan kuih sejuk beku dan mempunyai jangka hayat lebih lama jika di simpan dengan cara yang betul.

Kuih tradisional sentiasa digemari oleh rakyat tanpa mengira kaum dan mudah didapati di gerai-gerai dan juga kedai makan. Kuih-muih ini adalah warisan turun-temurun daripada nenek moyang kita dan sehingga kini cara dan bahan pembuatan yang diguna masih lagi sama untuk mendapatkan hasil yang asli dan sedap. Pasaran kuih tradisonal sentiasa ada kerana ramai golongan muda yang tidak berminat membuat kuih-muih ini memandangkan proses pembuatannya yang memakan masa dan renyah selain terdapat beberapa pantang larang (Sholina, 2011). Amnya, terdapat lebih dari 70 jenis kuih tradisional yang ada di Malaysia contohnya , , kuih , kuih ros, tepung talam, apam, karipap, cucur, onde-onde, kuih lopes dan banyak lagi (Sharina, Rozhan, Nizam, & Suwardi, 2014). Di negeri-negeri pula terdapat kuih tradisional mereka yng tersendiri, contohnya akok di . Selain dari kuih tradisional kaum Melayu, kaum India dan Cina juga tidak ketinggalan dengan kuih tradisional mereka. Kaum India sangat terkenal dengan marukku yang juga turut dinikmati oleh setiap kaum di Malaysia selain vadai dan sebagainya. Kaum

160

Cina pula popular dengan kuih bulan dan ang ku yang menjadi menu wajib pada waktuperayaan mereka.

Pasaran sedia ada serta permintaan yang tinggi terutamanya pada musim perayaan, industri berteraskan kuih tradisional ini mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia dalam sektor makanan. Kuih tradisional berbentuk kering seperti kuih karas, kuih buah rotan, kuih bangkit, kuih bahulu dan kuih ros mempunyai jangka hayat yang agak lama sehingga boleh mencecah 6 bulan jika menggunakan sistem pembungkusan kedap udara. Kuih tradisional seperti karipap, pau dan cucur badak pula biasanya akan disejuk bekukan(frozen) serta dibungkus dengan kemas sebelum dipasarkan bagi mengelakkan kuih cepat rosak. Permintaan kuih frozen kini telah meningkat terutama sekali di kawasan bandar bersesuaian dengan taraf hidup modenisasi pada masa ini. Bagi produk kering, selain cara pembungkusan yang kedap udara bagi mengelakkan kuih menjadi lemau pengusaha juga boleh menggunakan bahan pengawet atau preservatif bagi melambatkan lagi tarikh luput produk mereka. Bahan pengawet atau preservatif yang mereka gunakan perlulah mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada tahun 1995, program satu kampung satu industri telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar dan pada masa yang sama dapat memperkenalkan kuih tradisional di Malaysia kepada golongan muda serta pelancong asing sebagai tarikan di sektor makanan kepada sektor pelancongan. Kaedah pembuatan yang rumit dan hasil produk yang kurang memuaskan, MARDI melalui aktiviti Program Pembangunan Usahawan telah memberikan perkhidmatan bantuan teknikal kepada pengusaha yang memerlukan. Sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, mesin-mesin dan juga peralatan yang moden telah dicipta bagi membantu usahawan mengeluarkan produk mereka dengan hasil, mutu dan kualiti yang lebih baik selain dapat mempertingkan jumlah pengeluaran produk mereka. Hasil dari teknologi ini juga dapat mengurangkan kos upah pekerja disamping dapat menjimatkan masa untuk menghasilkan produk mereka. Setiap mesin atau peralatan moden ini bukan hanya mampu memproses satu jenis produk sahaja malah boleh digunakan untuk pelbagai jenis kuih. Kursus ini bukan sahaja disediakan kepada pengusaha sahaja malah terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi industri ini selain dapat mengembangkan lagi warisan Malaysia kepada generasi muda.

9.2 LATAR BELAKANG

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan makanan tradisional terutamanya kuih-muih yang dihasilkan secara tradisional dan digemari oleh masyarakat

161

setempat tanpa mengira bangsa dan agama. Selain untuk pasaran setempat, kuih tradisional dilihat sebagai entiti perniagaan baru yang mampu menembusi pasaran tempatan dan juga global. Secara amnya, kuih tradisional mempunyai pelbagai rupa, warna, harga dan rasa yang berbeza setiap kuih. Dahulunya, kebanyakan kuih tradisional di jual di pinggir bandar dalam kuantiti dan jenis yang kecil. Namun, setelah melalui proses promosi, pembungkusan dan peningkatan teknologi oleh pelbagai pihak yang terlibat, ia mampu membina satu identiti korporat yang baru supaya dapat bersaing dalam pasaran.

Pada hari ini, industri kuih tradisional dilihat satu industri yang agak penting dan memberi sumbangan dan impak yang besar kepada negara. Ia merupakan industri makanan yang tertinggi dalam senarai maklumat industri asas tani yang diceburi oleh para usahawan tempatan daripada tahun 2009 sehingga tahun 2014 (Rajah 9.1). Peningkatan bilangan pengusaha didapati meningkat daripada 960 pengusaha pada tahun2009 meningkat kepada 2800 pengusaha pada tahun 2014 iaitu meningkat hampir 3 kali ganda dalam masa 5 tahun. Manakala nilai jualan pula turut meningkat daripada RM54 juta pada tahun 2009 kepada RM130 juta pada tahun 2014. Peningkatan yang mendadak ini merupakan satu petanda positif dimana masyarakat masa kini sudah mula menyukai kuih tradisional dan permintaan yang tinggi menyebabkan ramai usahawan mula untuk menceburi industri ini. Walau bagaimanapun, kuih tradisional ini perlu diberi suntikan teknologi yang lebih moden disamping mengekalkan rasa kuih muih yang sedap dan asli bagi menjamin kuih yang dihasilkan lebih berkualiti dan mempunyai elemen kesihatan. Peningkatan penggunaan teknologi dalam industri kuih tradisional di lihat sangat membantu para pengusaha dalam meningkatkan hasil dan kualiti produk. Justeru itu kajian ini memberi tumpuan kepada penilaian tahap penggunaan teknologi bakeri secara amnya di samping untuk mengenalpasti hubungan antara faktor-faktor sosioekonomi dengan tahap penggunaan teknologi.

Rajah 9.1: Bilangan pengusaha dan jumlah jualan kuih tradisinal (2009 – 2014) 162

Sumber: Perangkaan Agromakanan, 2014

9.3 METODOLOGI KAJIAN

9.3.1 Pengumpulan data Kajian ini menggunakan dua jenis sumber data iaitu data primer dan sekunder. Data sekunder diperolehi daripada buku, data statistik, laman sesawang artikel dan jurnal. Manakala data primer pula diperoleh melalui kaedah temubual secara bersemuka. Kaedah persampelan yang digunakan adalah kaedah persampelan tertuju melibatkan 281 responden yang mempunyai latar belakang dan menjalankan perusahaan kuih tradisional di pelbagai skala. Pemilihan responden adalah berdasarkan pecahan sampel mengikut zon di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Proses bancian dibantu oleh pegawai agensi seperti MARDI Negeri, FAMA, KADA, dan DOF. Wakil pegwai disetiap agensi dilantik sebagai pembanci dan mereka diberikan taklimat mengenai objektif kajian dan memahami kehendak di dalam borang soal selidik tersebut.

9.3.2 Kaedah analisis

Semua data yang diperolehi kemudian dimasukkan ke dalam aplikasi SPSS adn Excel untuk dianalisis. Kaedah analisis yang digunakan adalah seperti berikut:

9.3.2.1 Fuzzy Logic

Analisis Fuzzy Logic digunakan untuk menjawab objektif yang pertama iaitu bagi mendapatkan nilai indeks tahap penggunaan teknologi di kalangan pengusaha bakeri. Terdapat enam parameter teknologi yang digunakan termasuklah Formulasi, Pengawetan, Jaminan Kualiti, Pembungkusan dan Pelabelan, Penyimpanan dan Logistik. Setiap parameter ini telah ditetapkan nilai pengiraan di antara 0 sehingga 1 yang ditentukan melalui kaedah kualitatif berdasarkan ciri-ciri tahap teknologi yang digunakan. Kemudian setiap parameter akan dikelaskan kepada 3 kelas iaitu: i. Tahap Teknologi terbaik : x ≥ 0.5 ii. Tahap Teknologi sederhana : 0.4 < x < 0.5 iii. Tahap Teknologi rendah : x ≤ 0.4

9.3.2.2 Analisis faktor

Analisis faktor merujuk kepada satu kaedah statistik yang digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor 163

yang mempengaruhi penggunaan teknologi di kalangan usahawan kuih tradisional. Ia merupakan suatu proses di mana nilai data yang diperolehi dinyatakan sebagai fungsi untuk mendapatkan faktor yang paling penting mempengaruhi sesuatu perkara.

9.3.2.3 Korelasi

Dalam kajian ini analisis korelasi turut dijalankan untuk melihat hubungan yang wujud di antara faktor-faktor sosioekonomi dengan indeks penggunaan teknologi. Korelasi adalah satu teknik statistik yang dapat menunjukkan berapa kuat pemboleh ubah tak bersandar berhubung denagn pemeboleh ubah bersandar.

9.3.2.4 Regresi berbilang

Bagi mengukuhkan lagi dapatan hubungan yang wujud di antara faktor-faktor sosioekonomi dengan indeks tahap penggunaan teknologi analisis regresi berbilang turut dijalankan. Ia adalah untuk memodelkan hubungan antara dua atau lebih pembolehubah tak bersandar dengan pembolehubah bersandar dengan merujuk kepada persamaan data linear yang diperhatikan. Persamaan regrasi berbilang bagi kajian ini adalah seperti berikut:

• : Indeks Teknologi • : Pekerja • : Pintasan-Y • : Usahawan • : Pekali bagi ... (i=1…n) • : Sokongan • : Jantina • : Latihan • : Umur • : Produk • : Pendidikan • : Infra • : Pengalaman • : Pasaran • : Entiti • : Error • : Margin

164

9.4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

9.4.1 Dapatan keseluruhan

Dapatan kajian telah dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk menjawab objektif kajian. Pertama, analisis deskriptif adalah untuk menerangkan latar belakang responden secara amnya dan sedikit maklumat berkaitan dengan perusahaan mereka. Manakala bahagian kedua menerangkan dapatan kajian berkaitan dengan hasil analisis Fuzzy Logic yang mana analisis ini dapat menjawab kepada objektif utama kajian iaitu penilaian terhadap tahap penggunaan teknologi kalangan pengusaha bakeri di Malaysia. Seterusnya bagi menjawab kepada objektif yang kedua iaitu mengenalpasti hubungan faktor-faktor sosioekonomi dengan tahap penggunaan teknologi beberapa analisis lain telah dijalankan antaranya analisis Faktor, Korelasi dan Regrasi Berbilang.

9.4.1.1 Deskriptif

Jadual 9.1 menunjukkan latar belakang usahawan dalam bidang kuih tradisional di Malaysia. Majoriti daripada 281 responden yang terlibat dalam sektor ini adalah berusia lingkungan 40 tahun hingga 50 tahun iaitu sebanyak 38.5% dan penglibatan oleh usahawan muda yang berusia bawah 30 tahun hanyalah 11.6%. Peratusan kaum perempuan adalah tinggi iaitu 70.8% berbanding lelaki yang hanya 29.2% sahaja. Usahawan yang terlibat dalam sektor ini dilihat kebanyakannya mempunyai tahap pendidikan SPM seramai 129 (52%) diikuti SRP/PMR (14.9%), diploma/STP (12.5%), sekolah rendah (10.7%), ijazah dan ke atas (7.5%) dan lain- lain (2.5%). Kebanyakan usahawan dilihat mempunyai pengalaman kurang dari 5 tahun (40.5%) dan sebanyak 35.1% mempunyai pengalaman antara 5 tahun hingga 10 tahun. Sebanyak 92.8% responden menjalankan perniagaan jenis enterprise dan selebihnya jenis sendirian berhad.

165

Jadual 9.1: Profil sosioekonomi Profil Usahawan (N=281) % Umur

 < 30 tahun 11.6  30 - 40 tahun 18.5  40 - 50 tahun 38.5  > 50 tahun 31.3 Jantina

 Lelaki 29.2  Perempuan 70.8 Pendidikan

 Sekolah Rendah 10.7  Sekolah Menengah (SRP/PMR) 14.9  Sekolah Menengah (SPM) 52.0  Diploma/STP 12.5  Ijazah dan ke atas 7.5  Lain-lain 2.5 Pengalaman

 < 5 tahun 40.5  5 - 10 tahun 35.1  10 - 15 tahun 4.1  15 - 20 tahun 4.1  > 20 tahun 16.2 Jenis Entiti Perniagaan

 Enterprise 92.8  Sdn Bhd 7.2

9.4.1.2 Analisis Fuzzy Logic

Rajah 9.2 menunjukkan taburan keseluruhan nilai indeks Fuzzy Logic bagi tahap penggunaan teknologi di kalangan usahawan kuih tradisional di Malaysia. Taburan indeks ini merangkumi kesemua parameter teknologi yang digunakan. Daripada rajah didapati taburan indeks adalah berada pada skala 0.2-0.5. Walaubagaimanapun, 65.5% taburan nilai indeks lebih tertumpu pada skala bawah daripada 0.4 iaitu pada tahap rendah manakala 34.2% berada pada tahap sederhana dan hanya 0.4% berada pada tahap tinggi (Rajah 9.3).

Dapat disimpulkan di sini bahawa majoriti usahawan kuih tradisional di Malaysia berada pada tahap rendah dalam penggunaan teknologi. Walau

166

bagaimanapun terdapat segelintir usahawan berada pada tahap tinggi dalam penggunaan teknologi walaupun peratusannya adalah kecil. Ini boleh dianggap satu kejayaan besar memandangkan industri kuih tradisional secara amnya adalah satu industri yang berasaskan tradisi dan kurang diceburi oleh golongan masa kini. Hal ini dapat dijadikan satu penanda aras bagi usahawan-usahawan lain yang baru atau sudah berada dalam industri untuk lebih maju dalam penggunaan teknologi dalam perusahaan ini.

Rajah 9.2: Indeks Fuzzy Logic tahap penggunaan teknologi usahawan kuih tradisional

Rajah 9.3: Tahap penggunaan teknologi usahawan kuih tradisonal

Lakaran spider chart pada Rajah 9.4 di bawah menunjukkan taburan nilai indeks Fuzzy Logic bagi kesemua parameter teknologi yang terlibat. Nilai

167 indeks menghampiri 1 menunjukkan parameter penggunaan teknologi pada tahap yang tinggi manakala jika nilai indeks menghampiri 0 penggunaan teknologi adalah rendah.

Hasil analisis menunjukkan parameter jaminan kualiti mempunyai nilai indeks yang paling tingg diikuti oleh pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan pelabelan, logistik dan yang terendah adalah pengawetan (rujuk Rajah 9.5). Penggunaan teknologi dalam parameter jaminan kualiti dilihat sangat dititikberatkan oleh pengusaha dalam pengeluaran produk. Ia merupakan langkah utama bagi memastikan produk yang dihasilkan mencapai tahap yang telah ditetapkan bagi menjamin kualiti dan menepati citarasa pengguna. Perkara ini sangat penting dalam industri makanan dimana ia melibatkan aspek kesihatan dan keselamatan pengguna. Manakala parameter pengawetan pula mendapat nilai indeks yang paling rendah dalam kajian ini. Hal ini kerana dalam industri kuih tradisional kebanyakan kuih yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada kategori kuih yang dimakan segera yang mempunyai jangka hayat yang singkat terutama kuih tradisional basah. Justeru itu parameter ini mendapat nilai indeks yang rendah dalam analisis kajian ini berbanding parameter lain. Penggunaan bahan pengawet di dalam pembuatan kuih tradisional dilihat tidak begitu penting dan digemari oleh pengusaha kerana sifat kuih itu sendiri yang tidak memerlukan jangka hayat yang panjang.

168

Rajah 9.4: Indeks Fuzzy Logic bagi setiap parameter teknologi

Rajah 9.5: Tahap penggunaan teknologi mengikut urutan

Rajah 9.6 menunjukkan jurang penggunaan teknologi bagi pengusaha kuih tradisional mengikut parameter teknologi. Jurang teknologi adalah perbezaan indeks penggunaan teknologi yang tertinggi dengan indeks penggunaan teknologi yang terendah. Nilai indeks penggunaan teknologi yang tinggi bagi sesuatu parameter tidak semestinya jurang yang terhasil adalah kecil. Ini terbukti dimana parameter jaminan kualiti yang mempunyai nilai

169

indeks penggunaan teknologi yang paling tinggi tetapi mempunyai jurang yang paling besar iaitu menghampiri 1. Hal ini terjadi kerana ada pengusaha yang menggunakan teknologi terlalu tinggi dan ada pengusaha yang langsung tidak menggunakan teknologi. Oleh sebab itu wujud perbezaan penggunaan teknologi yang sangat ketara dan ini menunjukkan penggunaan teknologi di kalanagn usahawan kuih tradisional tidak seragam. Manakala parameter pengawetan pula memberi nilai jurang yang paling rendah berbanding keenam-enam parameter yang lain dengan nilai 0.5. Nilai jurang ini dikategorikan pada tahap sederhana dengan erti kata lain penggunaan teknologi adalah seragam.

Namun begitu, secara keseluruhan jurang penggunaan teknologi bagi usahawan kuih tradisional adalah rendah iaitu 0.28 (<0.5) dengan purata tahap penggunaan teknologi adalah rendah 0.37 (<0.4). ini dapat dirujuk pada Rajah 9.7. Di sini boleh disimpulkan bahawa tahap penggunaan teknologi bagi industri kuih tradisional secara keseluruhan adalah berada pada tahap rendah dan seragam.

KUALITI: 0.49 (1.0)

PEMPROSESAN: 0.29 (0.74)

P. & PERLEBELAN: 0.26 (0.75)

PENYIMPANAN: 0.14 (0.80) PENGAWETAN: 0.13 (0.50)

LOGISTIK: 0.09 (0.51)

0 0.5 0.51 0.75 0.80.82 1

Rajah 9.6: Jurang penggunaan teknologi bagi pengusaha kuih tradisonal mengikut parameter 170

Mean: 0.37 GAP: 0.28

0.28 0.55 Rajah 9.7: Jurang penggunaan teknologi bagi keseluruhan pengusaha kuih tradisonal

9.4.1.3 Analisis faktor

Dalam kajian ini analisis faktor turut dilakukan untuk menjawab kepada objektif objektif yang seterusnya iaitu hubungan tahap penggunaan teknologi dengan faktor-faktor sosio ekonomi. Analisis faktor merupakan satu kaedah statistik untuk menggambarkan kebolehubahan di kalangan pemboleh ubah yang diperhatikan, pemboleh ubah berkorelasi dari segi faktor yang berpotensi menurunkan pemboleh ubah yang tidak dapat diperhatikan yang dipanggil faktor. Soalam berkaitan dengan masalah dan faktor-faktoor yang mempengaruhi responden untuk menggunakan teknologi berkaitan telah dimasukkan dalam borang soal selidik. Soalan ini mempunyai empat pilihan jawapan (skala Likert) iaitu 1= sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=setuju dan 4=sangat setuju. Pilihan jawapan ini adalah untuk melihat sejauh mana sesuatu masalah itu mendorong pengusaha dalam penggunaan teknologi.

Dua ujian iaitu Reliability Test dan KMO and Barlett’s Test perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum faktor analisis dijalankan. Ini adalah untuk bagi memastikan data boleh dipercayai, sesuai dan sah dilakukan analisis faktor. Nilai Cronbach’s Alpha dalam ujian Reliability adalah ukuran konsistensi dalaman, iaitu, berapa rapat satu set item sebagai kumpulan. Ia dianggap sebagai ukuran kebolehpercayaan skala. Dalam kajian ini nilai Cronbach’s Alpha adalah 0.889 (Jadual 9.2) iaitu 171

melebihi 0.5 yang membawa maksud set data adalah boleh dipercayai dan boleh diteruskan dengan analisis faktor. Manakala ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) pula untuk melihat kesuaian data di mana ia mengukur kecukupan sampel bagi setiap pemboleh ubah dalam model serta melengkapkan model. Merujuk kepada jadual 9.3 nilai KMO adalah 0.860 (> 0.5) dan ujian Barlett’s adalah signifikan (p<0.05). Ini membawa maksud data set ini boleh dan sesuai dijalankan ujian analisis faktor.

Jadual 9.2: Ujian Realibility Reliability Statistics Cronbach's Alpha N of Items 0.889 24

Jadual 9.3: Ujian KMO dan Barlett’s KMO and Bartlett's Test Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. 0.860 Approx. Chi-Square 3774.793 Bartlett's Test of Sphericity df 276 Sig. 0.000

Setelah melalui beberapa ujian pengesahan, kesemua 24 pernyataan faktor dan masalah ini kemudian di analisis dengan menggunakan ujian faktor. Daripada analisis didapati lima faktor yang mendorong pengusaha menggunakan teknologi dalam industri kuih tradisional di Malaysia. Nilai kumulatif varian adalah 70.81% dan ini dapat dibuktikan dengan merujuk kepada Jadual 9.4. Kesemua faktor ini diringkaskan nama mengikut tema dan kata kunci berdasarkan kenyataan masalah yang telah dikenal pasti yang mana menggambarkan semua kenyataaan bagi setiap kumpulan.

Faktor sokongan merupakan faktor utama yang mendorong pengusaha kuih tradisional untuk menggunakan teknologi yang mana dapat diterangkan dengan 7 kenyataan yang melibatkan sokongan daripada jabatan dan agensi. Jelas

172 menunjukkan penggunaan teknologi di kalangan pengusaha sangat dipengaruhi oleh bantuan dan sokongan pihak berkuasa. Agensi dan jabatan perlu memainkan peranan sebagai penyalur maklumat dan sebagai badan utama penyampaian segala bentuk teknologi terkini. Para pengusaha lebih mempercayai dan mengharapkan bantuan dan sokongan daripada badan kerajaan untuk membantu mereka ke arah lebih berteknologi.

Faktor kedua yang mendorong penggunaan teknologi di kalangan pengusaha adalah faktor latihan dengan nilai loading yang paling tinggi adalah 0.874. Penggunaan teknologi moden bukan sekadar penggunaan mesin yang berteknologi tinggi, malah memerlukan latihan dan tenaga pekerja yang mahir untuk mengendalikannya. Pekerja perlu diberikan latihan yang berterusan untuk memastikan penggunaan teknologi moden mengikut tatacara yang betul bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran.

Selain itu faktor produk juga perlu diambil kira oleh pengusaha. Produk yang dikeluarkan mestilah berkuaiti dan sentiasa memenuhi citarasa pelanggan. Hal ini kerana dalam industri pemakanan, kualiti dan rasa merupakan aspek yang paling utama menentukan penerimaan daripada pelanggan.

Penggunaan teknologi bukan sekadar menggunakan peralatan moden malah kemudahan infra mesti diberi perhatian. Infra merupakan faktor yang keempat yang mendorong pengusaha kuih tradisional menggunakan teknologi. Kawasan dan keadaan premis mestilah mengikut spesifikasi tertentu untuk memastikan peralatan moden sesuai ditempatkan. Premis mungkin perlu dilakukan pengubahsuaian jika premis atau kawasan tidak sesuai untuk penggunaan peralatan moden dan ini secara tidak langsung turut melibatkan kos yang tinggi.

173

Faktor yang terakhir adalah berkaitan dengan pasaran. Penggunaan teknologi moden dalam penghasilan kuih tradisonal boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran. Namun peningkatan ini haruslah selari dengan permintaan dan pasaran semasa. Oleh itu pengusaha perlu pandai mencari peluang dan ruang untuk menembusi pasaran yang pelbagai bagi menjamin pulangan yang setimpal dengan apa yang telah dilaburkan.

Jadual 9.4: Analisis faktor Faktor Item Keterangan Loading Sokongan 9 Pemantauan yang baik dari Jabatan/Agensi 0.854 10 Wujud program berkaitan yang berterusan 0.842 11 Wujud persatuan/NGO menjaga kebajikan 0.822 8 Khidmat nasihat dari Jabatan/Agensi 0.818 5 Akses kepada maklumat teknologi baru 0.662 4 Manual teknologi yang mudah 0.510 13 Bantuan teknologi baru mudah diperolehi 0.507 Latihan 19 Pengetahuan yang tinggi diperlukan 0.874 20 Memerlukan tenaga pekerja yang mahir 0.833 18 Masa yang lama belajar teknologi baru 0.809

17 Memerlukan latihan yang berterusan 0.775 Produk 15 Mengurangkan kos pengeluaran 0.800 14 Untuk meningkatkan kualiti produk 0.778

Infra 1 Peralatan sedia ada sesuai dan mencukupi 0.867 2 Saiz kilang/kawasan sesuai dan mencukupi 0.861

Pasaran 3 Permintaan dan pasaran menggalakkan 0.632 7 Berani mengambil risiko 0.615

Initial Eigenvalues (% Cummulatives) 70.81

9.4.1.4 Analisis korelasi

Analisis korelasi dijalankan untuk melihat kekuatan hubungan di antara faktor-faktor sosioekonomi dengan indeks penggunaan teknologi. Korelasi adalah satu teknik statistik yang dapat menunjukkan sama ada dan seberapa kuat pasangan pemboleh ubah berkaitan antara satu sama lain. Keputusan ujian korelasi dapat dilihat pada Jadual 9.5 di mana ia telah dijalankan terhadap tiga belas pemboleh 174

ubah faktor sosioekonomi sebagai pemboleh ubah tidak bersandar manakala indeks penggunaan teknologi pula sebagai pemboleh ubah bersandar. Terdapat 6 pemboleh ubah yang mempunyai korelasi dan menunjukkan keputusan yang signifikan dengan indeks penggunaan teknologi. Antaranya ialah faktor jantina, margin, pekerja, usahawan, sokongan dan juga latihan. Faktor pekerja dan usahawan didapati signifikan pada aras 1% manakala lain-lain faktor signifikan pada aras 5%. Tahap penggunaan teknologi di kalangan usahawan kuih tradisional di malaysia sama ada tinggi atau rendah boleh dikatakan dipengaruhi oleh beberapa faktor ini.

Jadual 9.5: Analisis korelasi di antara faktor-faktor sosioekonomi dengan indeks teknologi Jantina Umur Pendidikan Pengalaman Entiti Margin Pekerja

Pearson -0.142 -0.028 0.094 0.011 0.128 0.130 0.277 Correlation Sig. (2-tailed) 0.017** 0.638 0.114 0.858 0.065 0.029** 0.000*** N 281 275 281 278 208 281 280

Usahawan Sokongan Latihan Produk Infra Latihan

Pearson 0.282 0.125 0.045 0.053 0.013 0.131 Correlation Sig. (2-tailed) 0.000*** 0.037** 0.454 0.378 0.829 0.028** N 281.000 281.000 281.000 281.000 281.000 281.000 ***, **, signifikan pada aras 1% dan 5%

9.4.1.5 Analisis regresi berbilang

Namun bagi mengesahkan lagi faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penggunaan teknologi di kalangan pengusaha kuih tradisional analisis regrasi telah dijalankan. Analisis ini dijalankan bagi memodelkan hubungan antara dua atau lebih pembolehubah tak bersandar dengan pembolehubah bersandar merujuk persamaan data linear yang diperhatikan. Ia dijalankan untuk melihat sejauh mana hubungan faktor-faktor yang mempunyai korelasi dengan indeks penggunaan teknologi berhubung. Daripada ujian korelasi enam 175

pembolehubah yang signifikan dengan indeks penggunaan teknologi dijalankan ujian regrasi berbilang.

Terdapat 2 faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan iaitu faktor pekerja dan usahawan (Jadual 9.6). Faktor pekerja berhubung secara songsang dengan indeks penggunaan teknologi dan signifikan pada aras 5% manakala faktor usahawan berhubung secara langsung dengan indeks penggunaan teknologi dan signifikan pada aras 1%.

Faktor pekerja menerangkan semakin kurang penggunaan tenaga pekerja semakin tinggi tahap penggunaan teknologi moden di kalangan pengusaha. Manakala bagi faktor usahawan pula, jenis usahawan akan mendorong penggunaan teknologi. Jenis usahawan dalam kajian ini melibatkan usahawan MARDI dan usahawan bukan MARDI. Dalam kes ini, usahawan MARDI lebih cenderung untuk menggunakan teknologi moden berbanding usahawan bukan MARDI.

Jadual 9.6: Analisis regresi berbilang di antara faktor-faktor sosioekonomi dengan indeks teknologi Jantina Entiti Margin Pekerja Usahawan Sokongan Latihan

SE 0.008 0.016 0.000 0.001 0.008 0.008 0.010 Standardized -0.101 0.064 -0.007 -0.171 0.241 -0.059 0.105 Coefficients T-stat -1.514 0.851 -0.091 2.163 3.558 -0.785 1.406 Sig 0.132 0.396 0.928 0.032** 0.000*** 0.434 0.161 Nilai F 4.111 Sig 0.000 R Square 0.126 Adjusted R 0.096 Square ***, **, signifikan pada aras 1% dan 5%

176

9.4.2 Impak kepada MARDI

9.4.2.1 Deskriptif

Kajian ini turut melibatkan usahawan MARDI dan usahawan bukan MARDI sebagai responden. Beberapa analisis telah dilakukan untuk melihat perbandingan tahap penggunaan teknologi di antara usahawan MARDI dan bukan MARDI. Daripada keseluruhan jumlah responden, 24% merupakan usahawan kuih tradisional MARDI manakala 76% adalah usahawan kuih tradisional bukan MARDI (Rajah 9.8). Bilangan usahawan lelaki MARDI lebih ramai iaitu 34.9% berbanding usahawan lelaki bukan MARDI 27.5%. Majoriti usahawan adalah berumur di antara 40-50 tahun bagi kedua-dua usahawan. Walaubagaimanapun peratus bilangan usahawan MARDI yang berumur kurang 40 tahun adalah melebihi usahawan bukan MARDI iaitu 36.1% dan 28.5% masing-masing. Manakala dari segi taraf pendidikan pula didapati usahawan MARDI terdiri daripada usahawan yang mempunyai pendidikan tahap diploma (23.8%) dan ijazah (15.9%) melebihi usahawan bukan MARDI. Majoriti kedua-dua usahawan mempunyai pengalaman di antara 5-10 tahun dan kebanyakan mereka tidak mendaftar perniagaan mereka. Namun di kalangan mereka yang mendaftar perniagaan, sebanyak 8.9% usahawan MARDI mempunyai syarikat SDN BHD melebihi usahawan bukan MARDI (Jadual 9.7). Daripada analisis deskriptif ini dapat disimpulkan bahawa usahawan MARDI terdiri daripada golongan muda dan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dan sebilangannya adalah usahawan yang mempunyai syarikat yang besar.

177

Rajah 9.8: Usahawan MARDI dan usahawan bukan MARDI

178

Jadual 9.7: Deskriptif MARDI Bukan MARDI Sosioekonomi Perincian % % Jantina Lelaki 34.9 27.5 Perempuan 65.1 72.5 Umur < 30 tahun 14.8 10.7 30 - 40 tahun 21.3 17.8 40 - 50 tahun 37.7 38.8 > 50 tahun 26.2 32.7 Pendidikan Sekolah Rendah 11.1 10.6 Sekolah Menengah 4.8 17.9 (SRP/PMR) Sekolah Menengah 44.4 54.1 (SPM) Diploma/STP 23.8 9.2 Ijazah dan ke atas 15.9 5.0 Lain-lain 0.0 3.2 Pengalaman < 5 tahun 33.5 31.5 5 - 10 tahun 34.2 34.7 10 - 15 tahun 12.9 13.9 15 - 20 tahun 9.0 8.8 > 20 tahun 10.4 11.1 Daftar Entiti Daftar 11.1 30.7 Tidak Daftar 88.9 69.3 Jenis Entiti Enterprise 91.1 93.4 Sdn Bhd 8.9 6.6

9.4.2.2 Analisis Fuzzy Logic

Seterusnya analisis Fuzzy Logic turut dijalankan untuk melihat tahap penggunaan teknologi bagi kedua-dua jenis usahawan. Rajah 9.9 dan 9.10 menunjukkan lakaran scatter plot bagi indeks fuzzy logic tahap penggunaan teknologi bagi usahawan kuih tradisional MARDI dan bukan MARDI. Taburan indeks ini merangkumi kesemua parameter teknologi yang digunakan. Merujuk kepada Rajah 9.9, taburan titik adalah tertumpu pada skala di antara 0.4-0.5 yang membawa maksud majoriti (54%) usahawan MARDI berada pada tahap sederhana dalam penggunaan teknologi moden. Terdapat juga sebilangan kecil (1.6%) usahawan kuih tradisional MARDI telah mencapai tahap yang tinggi dalam penggunaan teknologi walaupun peratusannya tidaklah begitu besar. Tetapi berbeza pula bagi usahawan bukan MARDI majoriti 71.6% adalah berada pada skala di bawah 0.4 iaitu pada 179

tahap rendah dan selebihnya 28.4% berada pada tahap yang sederhana (Rajah 9.10). Namun tiada usahawan yang berada pada tahap yang tinggi bagi usahawan bukan MARDI. Jelas menunjukkan bahawa usahawan MARDI lebih cenderung untuk menggunakan teknologi berbanding usahawan bukan MARDI. Perkara ini disebabkan oleh usahawan MARDI banyak pendedahan kepada teknologi terkini hasil daripada kursus yang dihadiri oleh mereka serta khidmat nasihat daripada pakar yang terdiri daripada pegawai MARDI khususnya.

Rajah 9.9: Indeks Fuzzy Logic tahap penggunaan teknologi bagi pengusaha kuih tradisional MARDI

Rajah 9.10: Indeks Fuzzy Logic tahap penggunaan teknologi bagi pengusaha kuih tradisional bukan MARDI

180

9.4.2.3 Analisis korelasi

Analisis korelasi telah dijalankan untuk mengenalpasti hubungan di antara faktor sosioekonomi dengan indeks tahap penggunaan teknologi. Analisis ini untuk menentukan faktor manakah yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan indeks teknologi. Keputusan analisis telah dimasukkan ke dalam Jadual 9.8. Terdapat dua faktor yang mempunyai hubungan dengan indeks penggunaan teknologi bagi usahawan MARDI iaitu margin dan infra dengan masing- masing signifikan pada aras 1% dan 10%. Manakala bagi usahawan bukan MARDI, tiga faktor yang mempengaruhi indeks penggunaan teknologi iaitu jantina, pekerja dan latihan. Faktor jantina dan latihan adalah signifikan pada aras 5% manakala faktor pekerja pula signifikan pada aras 1%.

Jadual 9.8: Analisis korelasi bagi pengusaha MARDI dan bukan MARDI Jenis Jantina Umur Pendidikan Pengalaman Margin Entiti Pearson -0.054 0.090 0.121 0.091 0.126 0.380 Correlation MARDI Sig. (2-tailed) 0.674 0.490 0.344 0.481 0.355 0.002*** N 63 61 63 62 56 63 Pearson -0.150 -0.033 0.038 0.010 0.122 0.089 BUKAN Correlation MARDI Sig. (2-tailed) 0.027** 0.631 0.577 0.886 0.136 0.197 N 218 214 218 216 152 214

Pekerja Sokongan Latihan Produk Infra Latihan Pearson 0.185 0.001 0.088 0.004 -0.246 -0.076 Correlation MARDI Sig. (2-tailed) 0.146 0.992 0.493 0.975 0.052* 0.551 N 63 63 63 63 63 63 Pearson 0.271 0.101 0.064 0.043 0.076 0.171 BUKAN Correlation MARDI Sig. (2-tailed) 0.000*** 0.137 0.347 0.529 0.262 0.011** N 217 218 218 218 218 218

9.4.2.4 Analisis regresi berbilang

181

Analisis regresi berbilang telah dijalankan bagi mengukuhkan lagi analsis korelasi. Kaedah regrasi berbilang adalah kombinasi serentak pelbagai faktor untuk menilai bagaimana dan sejauh mana ia memberi kesan kepada hasil tertentu. Oleh sebab itu ia dijalankan untuk melihat sejauh mana hubungan faktor-faktor sosioekonomi yang mempunyai korelasi dengan indeks penggunaan teknologi berhubung. Melalui analisis ini, hubungan sebenar di antara faktor sosioekonomi dengan indeks tahap penggunaan teknologi dapat dijelaskan.

Dua faktor daripada usahawan MARDI dan tiga faktor daripada usahawan bukan MARDI yang dikenalpasti mempunyai hubungan korelasi dengan indeks penggunaan teknologi telah dijalankan ujian regresi berbilang. Semua keputusan analisis telah dimasukkan ke dalam Jadual 9.9. Faktor margin dan infra bagi usahawan MARDI didapati mempunyai hubungan yang positif dengan indeks penggunaan teknologi dan signifikan pada aras 1% dan 5% masing-masing. Ini menerangkan tahap penggunaan teknologi di kalangan usahawan MARDI di pengaruhi oleh kedua-dua faktor sosioekonomi ini. Usahawan yang mempunyai margin kasar yang tinggi lebih cenderung untuk menggunakan teknologi berbanding usahawan yang mempunyai margin kasar yang rendah. Begitu juga dengan faktor infra. Usahawan yang mempunyai kemudahan infra berpotensi untuk menggunakan teknologi berbanding usahawan yang tidak mempunyai kemudahan infra. Ini kerana kawasan dan keadaan premis hendaklah bersesuaian dengan peralatan teknologi moden yang akan digunakan.

Manakala bagi usahawan bukan MARDI pula, daripada tiga faktor yang dijalankan analisis regrasi berbilang, hanya dua faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan indeks tahap penggunaan teknologi iaitu faktor pekerja dan latihan. Faktor pekerja signifikan pada aras 1% dan berhubung secara songsang dengan indeks tahap penggunaan teknologi. Ini membawa maksud 182

usahawan yang menggunakan tenaga pekerja yang kurang lebih berpotensi untuk menggunakan teknologi moden berbanding usahawan banyak menggunakan tenaga pekerja. Manakala faktor latihan pula berhubung secara langsung dengan indeks tahap penggunaan teknologi dan signifikan pada aras 5%. Usahawan yang menghadiri lebih banyak latihan dan kursus lebih cenderung menggunakan teknologi jika dibandingkan dengan usahawan yang kurang menghadiri latihan dan kursus.

Jadual 9.9: Analisis regrasi berbilang bagi usahawan MARDI dan bukan MARDI MARDI Bukan MARDI

Margin Infra Jantina Pekerja Latihan

SE 0.000 0.009 0.008 0.001 0.008 Coefficients 0.398 0.273 -0.124 -0.249 0.140 T-stat 3.482 -2.388 -1.915 3.830 2.158 Sig 0.001*** 0.020** 0.057 0.000*** 0.032** Nilai F 8.393 8.775

Sig 0.001 0.000

R Square 0.219 0.110

Adjusted R Square 0.193 0.097

9.5 SARANAN

Hasil daripada kajian ini, beberapa saranan dapat dikemukakan iaitu:  Penyelidik/penjana teknologi boleh menggunapakai nilai indeks tahap penggunaan teknologi dalam kajian ini untuk menambahbaik teknologi yang sedia ada bagi meningkatkan penggunaan teknologi pada masa akan datang.  Teknologi dan inovasi perlu dalam indusutri kuih tradisional namun penggunaan teknologi dalam penghasilan produk kuih tradisional perlu diberi perhatian terutama sekali bagi mengekalkan rasa tradisional tanpa penggunaan bahan pengawet (preservation).  Perubahan gaya hidup dan cara pemakanan masyarakat pada masa kini terutama di kawasan bandar yang mengutamakan rupa luaran produk, pengusaha perlu kreatif dan berinovasi dengan menambah nilai-nilai estetik dan seni persembahan bagi memenuhi citarasa pengguna.  Pengusaha yang mempunyai nilai indeks penggunaan teknologi yag terbaik boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pengusaha-pengusaha lain yang ingin mengembangkan perusahaan mereka.

183

9.6 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, tahap pengunaan teknologi di kalangan pengusaha kuih tradisional di seluruh Malaysia boleh dikatakan berada pada tahap yang rendah (65.5%) dengan purata indeks penggunaan teknologi adalah 0.37. Walaubagaimanapun 34.2% pengusaha berada pada tahap sederhana dan 0.4% berada pada tahap yang tinggi. Walaupun majoriti pengusaha berada pada tahap yang rendah dalam penggunaan teknologi tetapi terdapat juga segelintir pengusaha yang sudah berada pada tahap yang tinggi. Ini boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada pengusaha-pengusaha lain untuk lebih berdaya saing dan maju dalam perusahaan kuih tradisional sekaligus sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan teknologi terkini. Manakala dari segi jurang penggunaan teknologi pula, secara purata didapati rendah iaitu 0.28 yang membawa maksud penggunaan teknologi di kalangan pengusaha kuih tradisional di Malaysia adalah seragam dan tiada perbezaan yang ketara dalam penggunaan teknologi di kalangan mereka.

Jaminan Kualiti merupakan parameter yang paling tinggi tahap penggunaan teknologi berbanding parameter yang lain. Jelas menunjukkan pengusaha kuih tradisional amat menitikberatkan tentang aspek kualiti yang mana ia merupakan perkara yang paling penting dan utama dalam industri pemakanan bagi memastikan kualiti dan tahap kebersihan makanan terjamin. Manakala parameter yang paling rendah tahap penggunaan teknologi pula adalah presevation. Penggunaan teknologi yang rendah dalam parameter pengawetan dilihat bukanlah satu isu yang serius kerana industri kuih tradisonal itu sendiri tidak menggunakan bahan pengawet yang tinggi dalam penghasilan produk. Lazimnya, kuih tradisional adalah untuk di makan segar dan proses pembuatannya tidak memerlukan bahan pengawet sebagai bahan tambahan.

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi tahap penggunaan teknologi di kalangan pengusaha kuih tradisonal iaitu faktor pekerja dan jenis usahawan. Faktor pekerja di dapati berhubung secara songsang dengan indeks tahap penggunaan teknologi dimana semakin kurang bilangan pekerja semakin tinggi tahap penggunaan teknologi. Manakala faktor jenis usahawan pula berhubung secara terus dengan tahap penggunaan teknologi. Usahawan MARDI dilihat lebih cenderung untuk menggunakan teknologi berbanding usahawan luar.

Bagi impak kepada MARDI pula, secara keseluruhan, tahap penggunaan teknologi di kalangan usahawan kuih tradisonal MARDI adalah lebih tinggi daripada tahap penggunaan teknologi usahawan bukan MARDI. Ini telah dibuktikan dengan keputusan analisis Fuzzy Logic yang melibatkan kesemua responden usahawan MARDI dan bukan MARDI. 184

Majoriti 54% usahawan MARDI berada pada tahap sederhana penggunaan teknologi tetapi majoriti 71.6% usahawan bukan MARDI berada pada tahap yang rendah dalam penggunaan teknologi. Terdapat juga segelintir usahawan MARDI telah mencapai tahap yang tinggi dalam penggunaan teknologi moden walaupun peratusannya tidak begitu besar. Namun apa yang boleh dikatakan di sini, usahawan MARDI lebih cenderung untuk menggunakan teknologi moden berbanding usahawan bukan MARDI. Hal ini kerana kebanyakan usahawan MARDI didedahkan dengan penggunaan teknologi melalui kursus dan latihan yang dihadiri serta khidmat nasihat daripada pakar.

Berhubung faktor-faktor sosioekonomi pula, terdapat dua faktor yang mempengaruhi tahap penggunaan teknologi bagi kedua-dua kategori usahawan. Di kalangan usahawan MARDI tahap penggunaan teknologi moden dipengaruhi oleh faktor margin dan infra. Margin kasar dan infra berhubung secara positif dengan indeks tahap penggunaan teknologi. Kedua-dua faktor ini menerangkan semakin besar margin kasar dan infra semakin tinggi penggunaan teknologi moden di kalanagn usahawan.

Manakala bagi usahawan bukan MARDI pula faktor yang mempengaruhi usahawan menggunakan teknologi adalah faktor pekerja dan latihan. Bilangan pekerja yang sedikit akan mendorong usahawan untuk menggunakan teknologi melebihi usahawan yang mempunyai pekerja yang ramai. Dari segi latihan pula, usahawan yang mengikuti latihan atau kursus adalah lebih cenderung untuk menggunakan teknologi berbanding usahawan yang tidak mengikuti latihan atau kursus.

9.7 RUJUKAN

Afnan, H. (2017). Pikat Hati Pelanggan Dengan Promosi Jualan. Dimesi Koop(53), 44-51 Doolittle, A., Jones, A., Pope, L., Vorontsov, O., & Wray, J. (2013). Bakery Industry. Euromonitor, I. (2011). Passport Baked Gooods in Malaysia. Euromonitor Internationa, 9, 1-9 Industry, M.-G. C. O. C. a. (2016). Market Watch Report 2016 Bakery and Confectionery Trends Malaysia. Kuala Lumpur: EU-Malaysia Chamber of Commerce and Industry (EUMCCI) Kiumarsi, S., Jayaraman, K., Salmi, & Varastegani, A. (2014). Marketing strategies to improve the sales of bakery products of small-medium enterprise (SMEs) in Malaysia. International Food Research Journal, 21(6), 2102- 2107

185

Mohamad, R., & Noh, N. F. M. (Eds.). (2015). Pelaburan Dalam Industri Roti. Serdang, Malaysia: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) A. Rosniyana, M.A. Hashifah, Z. Badriah & S.A. Shariffah Norin (2003). Penentuan proksimat dan kajian penyimpanan kuih tradisional dari program Satu Kampung Satu Industri di Kedah. J. Trop. Agric. and Fd. Sc. 31(2)(2003): 181-188 Siah Watt Moey, Mohd. Ariff Wahid dan Noor Azizah Ahmad (2012). Teknik pembungkusan makanan terpilih. Buletin Teknologi MARDI, Bil. 2(2012): 119–125 Sharina Shamsudin, Rozhan Abu Dardak, Mohd Nizam Mohd Nizat & Suwardi Afandi Ahmad (2014). Potensi Pasaran Kuih Muih Tradisonal Sejuk Beku di Selangor. Economic & Technology Management Review, Vol.9b (2014):164-170

186