Laporantahunanilkap2015.Pdf
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Buku Laporan Tahunan ILKAP 2015 / www.ilkap.gov.my Buku Laporan Tahunan ILKAP 2015 / www.ilkap.gov.my Kandungan PERUTUSAN PENGERUSI LEMBAGA PENGURUSAN ILKAP ...................................................................... 4 KATA PENGANTAR KETUA PENGARAH ILKAP............................................................................................... 5 MAKLUMAT KORPORAT.................................................................................................................................... 7 - LEMBAGA PENGURUSAN ILKAP 2015 - STRUKTUR ORGANISASI ILKAP - STAKEHOLDER DAN PELANGGAN - OBJEKTIF, FUNGSI, VISI, MISI DAN PIAGAM PELANGGAN - MESYUARAT LEMBAGA PENGURUSAN ILKAP PENCAPAIAN LATIHAN...................................................................................................................................... 14 BAHAGIAN LATIHAN.......................................................................................................................................... 17 - PROGRAM PERUNDANGAN - PROGRAM KEHAKIMAN - PROGRAM PENASIHAT - PROGRAM LITIGASI - PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA DAN PENTADBIRAN BAHAGIAN PENGURUSAN................................................................................................................................ 27 - SEKSYEN KEWANGAN, PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN - SEKYEN DOMESTIK, PENYELENGGARAAN DAN PENGURUSAN ASET - SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT BAHAGIAN MAKLUMAT..................................................................................................................................... 30 UNIT PENYELIDIKAN DAN INOVASI................................................................................................................. 34 UNIT INTEGRITI.................................................................................................................................................. 38 LAPORAN PROGRAM ILKAP............................................................................................................................ 40 - ILKAP SPEAKER SERIES (ISS) 2015 - PROGRAM OUTREACH 2015 PRESTASI CEMERLANG................................................................................................................................... 43 - ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) JPM - ANUGERAH PENJAWAT CONTOH DWI-TAHUNAN (APCD) LAPORAN KHAS ................................................................................................................................................ 46 SENARAI PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERTUKAR KELUAR DAN MASUK TAHUN 2015............ 58 Buku Laporan Tahunan ILKAP 2015 / www.ilkap.gov.my Perutusan PENGERUSI LEMBAGA PENGURUSAN ILKAP Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Syabas diucapkan kepada ILKAP dalam tahun 2015 kerana telah berjaya melaksanakan kursus yang dirancang ke tahap yang memuaskan berdasarkan laporan pencapaian prestasi. Dengan pengenalan kursus yang berbentuk ‘pengkhususan’ (“customised”) dan baharu dalam bidang undang-undang yang baharu (“new areas of law”) dapat melengkapkan pegawai undang-undang untuk menghadapi cabaran tempat kerja dengan pengenalan dan persiapan yang komprehensif, sistematik dan relevan serta mengutamakan kehendak pelanggan dan stakeholder. Pengetahuan dan kemahiran teknikal secara ‘pengkhususan’ yang tinggi akan menentukan kejayaan seseorang pegawai untuk menjadi lebih efisien kepada pelanggan dan stakeholder. Penghasilan professional dalam bidang kehakiman dan perundangan yang berkemahiran tinggi inilah yang akan menjamin kejayaan ILKAP sama ada di dalam atau luar negara. Sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke -11, amatlah besar harapan saya semoga ILKAP dapat mengorak langkah dengan lebih progresif ke arah sebuah institusi latihan yang dinamik, berdaya saing dan mampan dalam melatih pegawai kehakiman dan perundangan serta penguatkuasa yang berwibawa dan cemerlang. Menerusi Pelan Strategik 2015-2020 yang telah dirangka secara komprehensif dan menyeluruh, saya percaya ILKAP berupaya melaksanakan teras-teras strategi yang terkandung di dalamnya dan bakal muncul sebagai salah sebuah institusi latihan negara yang menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan seiring dengan cita-cita menuju ke arah negara maju pada tahun 2020. Akhir kalam, bagi pihak Lembaga Pengurusan ILKAP, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang berkepentingan dan pelanggan yang selama ini telah memberi kerjasama erat serta sokongan berterusan kepada ILKAP. Selain itu, setinggi penghargaan juga kepada, Ketua Pengarah, pihak pengurusan dan semua warga ILKAP yang telah bertungkus lumus menjayakan visi dan misi ILKAP ke tahap yang membanggakan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA 4 Buku Laporan Tahunan ILKAP 2015 / www.ilkap.gov.my Kata Pengantar Ketua pengarah ilkap Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Laporan Tahunan 2015 ini akan menerangkan pencapaian ILKAP bagi tahun 2015. Pencapaian yang diperoleh merupakan kayu pengukur bagi ILKAP untuk terus berkhidmat dengan komited dan cemerlang. Bagi pihak ILKAP, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan bagi tahun 2015. Sejajar dengan visi ILKAP iaitu “Peneraju Kecemerlangan Pembangunan Modal Insan dalam Bidang Kehakiman dan Perundangan yang Terkemuka Menjelang Tahun 2020”, ILKAP menyasarkan bukan sahaja untuk kekal sebagai penyedia latihan terkemuka dalam negara tetapi juga untuk menembusi peringkat serantau dan antarabangsa. Bagi melaksanakan visi ini, ILKAP sentiasa berusaha untuk menambahbaik program latihan yang diadakan. Bagi maksud ini, mesyuarat jawatankuasa kurikulum kursus telah diadakan melibatkan 23 kursus baharu dan 11 kursus sedia ada telah dikaji semula supaya relevan dengan keadaan semasa. Bagi tahun 2015, ILKAP telah melaksanakan 103 kursus bagi pegawai kehakiman dan perundangan, pegawai awam lain termasuk pegawai penguat kuasa undang-undang serta pihak swasta. Program latihan ini dirancang berasaskan analisis keperluan latihan secara komprehensif, kurikulum latihan yang dinamik serta mengkaji semula kurikulum sedia ada dari semasa ke semasa dengan mengambil kira peruntukan undang-undang terkini. Antara kursus yang signifikan sepanjang 2015 adalah seperti yang berikut: • Kursus Mengenai Undang-Undang Kesalahan Keselamatan dan Undang-Undang yang berkaitan dengannya; • Course on Statutory Interpretation (Foreign Expert); • Workshop on the International Legal Frame work Governing Nuclear; Safety, Security and Safeguards (Foreign Expert); • Workshop on Chicago Convention: The Key Annexes and Malaysia’s Obligations (Foreign Expert); dan • Course on Personal Data Protection - Issues and Challenges for Judicial and Legal Officers (Foreign Expert). 5 Buku Laporan Tahunan ILKAP 2015 / www.ilkap.gov.my Seperti tahun yang lalu, ILKAP sekali lagi telah mengadakan program utama iaitu Program Outreach dan ILKAP Speaker Series (ISS) untuk tahun 2015. Bagi Program Outreach, sebanyak tiga (3) seminar telah berjaya diadakan di negeri Johor, Terengganu dan Sabah. Sesungguhnya program ini telah mencapai objektifnya iaitu untuk berkongsi maklumat dan menyediakan analisis yang tepat, komprehensif dan holistik berkaitan isu undang-undang yang sedia ada melalui topik-topik yang dibincangkan selaras dengan peranan ILKAP sebagai penyedia latihan undang-undang yang bertanggungjawab untuk pembangunan kapasiti pegawai kehakiman dan perundangan dan pegawai penguat kuasa di Malaysia. Bagi program ILKAP Speaker Series (ISS) pula, ILKAP telah menjemput YAA Tun Dato’ Seri Arifin bin Zakaria, Ketua Hakim Negara bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk “Judicial Trasformation” sebagai satu usaha ILKAP untuk mengadakan platform perbincangan intelektual dan perkongsian pengetahuan oleh tokoh berpengalaman dan terkemuka dalam bidang undang-undang untuk berkongsi pemikiran dan idea mengenai isu-isu perundangan semasa. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Lembaga Pengurusan ILKAP yang sentiasa memberikan sokongan kepada ILKAP sehingga ke tahap pencapaian yang lebih tinggi sejajar dengan visi dan misinya. Ucapan terima kasih juga kepada pelanggan dan penceramah dari dalam dan luar negara yang telah menjayakan program latihan ILKAP serta seluruh warga ILKAP yang telah merealisasikan program latihan ILKAP. Akhir kata, tahniah kepada semua warga ILKAP yang dikasihi bagi tahun yang amat memberansangkan yang melonjak ILKAP ke arah yang lebih maju dalam bidang Perundangan dan Kehakiman . Terima kasih. LEE LAY CHOO KETUA PENGARAH ILKAP 6 Buku Laporan Tahunan ILKAP 2015 / www.ilkap.gov.my MAKLUMAT KORPORAT LEMBAGA PENGURUSAN ILKAP YBHG. TAN SRI DR. ALI HAMSA Ketua Setiausaha Negara (Pengerusi) YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI HAJI ALI Peguam Negara YBHG. TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam YBHG. TAN SRI DR. MOHD. IRWAN SERIGAR ABDULLAH Ketua Setiausaha Perbendaharaan YBHG. DATO’ ROSLAN ABU BAKAR Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan YBHG. DATUK MOHD ZUKI ALI Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri YBHG. PROFESOR MADYA DR. HAIDAR DZIYAUDDIN Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) YBHG. DATUK DR. ABDUL RAMAN SAAD Peguam Bela dan Peguam Cara YBRS. PUAN LEE LAY CHOO Ketua Pengarah ILKAP (Setiausaha) 8 Buku Laporan Tahunan ILKAP 2015 / www.ilkap.gov.my STRUKTUR ORGANISASI ILKAP KETUA PENGARAH JUSA B TIMBALAN KETUA PENGARAH JUSA C LATIHAN MAKLUMAT PENGURUSAN PROGRAM UNIT KOLEKSI SEKSYEN KEWANGAN, LITIGASI BERCETAK PENTADBIRAN