Biohazardh Kushairi Zuradi
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Simptomatik Press, 2014 BIOHAZARDh Kushairi Zuradi AMARANh BUKU INI MENGANDUNGI ORGANISMA BERJANGKIT JIKA ANDA MENGALAMI SEBARANG SIMPTOM JANGKITAN SILA DAPATKAN NASIHAT PERUBATAN DENGAN SEGERA Diterbitkan oleh SIMPTOMATIK PRESS (002346896-D) Laman web: www.simptomatikpress.com Email: [email protected] Hakcipta terpelihara. Kandungan buku ini tidak dibenarkan dikeluarkan dalam apa jua bentuk tanpa sebarang kebenaran daripada penulis. Intipati buku ini adalah kisah fiksyen. Ia tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau mati dan juga individu yang dijangkiti organisma yang sama sepertimana yang disebut di dalam buku ini. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Kushairi Zuradi, 1990- ANTOLOGI CERPEN : BIOHAZARD / KUSHAIRI ZURADI. ISBN 978-967-12844-0-7 1. Short stories, Malay. I. Judul 899.233010803 Teks © Kushairi Zuradi Penerbitan © Simptomatik Press Cetakan Pertama, Oktober 2014. Cetakan Kedua, Januari 2015. Disunting oleh: Aida Ismail, Fazlina Ismail, dan Farah Atika Hakcipta model kulit buku: Creativeindie Kulit, reka bentuk dan reka letak: Kultus Kerat (www.kultuskerat.com) Dicetak oleh The Inspiration Hub Klang, Selangor. BIOHAZARD 5 bīōˌhazərd Sesuatu yang memberikan risiko kepada kesihatan manusia dan persekitarannya yang datang daripada sumber biologi terutamanya mikroorganisma. Pernahkah anda terfikir apabila anda duduk seorang diri anda sebenarnya tidak keseorangan? Turut ada bersama selain daripada Tuhan, Malaikat dan mungkin Jin adalah berjuta-juta makhluk halus yang tidak mampu kita lihat dengan mata kasar. Mereka terapung di udara, melekat pada kulit dan ada di dalam setiap rongga badan kita. Kebanyakan makhluk halus yang terdiri daripada bakteria, virus dan parasit ini menjadikan manusia sebagai rumah mereka. Tanpa kita, mereka tidak dapat hidup. Namun begitu, apabila mereka mula bermastautin di dalam badan kita, mereka mula membebaskan toksin dan merangsang sistem imun badan yang menjadi punca kita jatuh sakit. Buku ini memuatkan kisah-kisah yang menceritakan bagaimana makhluk yang sangat halus ini mampu mengubah hidup seorang insan dan orang lain di sekelilingnya. Walaupun saiz mereka kecil dan kita tidak dapat melihat mereka, jangan sesekali kita pandang rendah akan kemampuan mereka. Bak kata Lady Galadriel dalam Lord of the Rings; “Even the smallest person can change the course of history.” ISI KANDUNGAN Doa Untuk Malaysia 9 Pandemik 27 Bunuh Yahudi 55 Realiti Maya 63 Salah siapa? 91 Picagari 115 Dua Bidadari 137 Hantu Lombong 149 Tegang dan longlai 175 Mangga & Penjajahan Dunia 191 Tahi dan Hati 215 Dialog Parasit 239 Anak Bapak 255 Revolusi Gastrik 273 Catatan Penulis 291 “Each living creature must be looked at as a microcosm--a little universe, formed of a host of self-propagating organisms, inconceivably minute and as numerous as the stars in heaven.” ― Charles Darwin DOA UNTUK 9 MALAYSIA “Terima kasih saudaraku di Malaysia. Terima kasih. Harapnya satu hari nanti, Malaysia juga akan kembali ke pangkal jalan, sebelum terlambat.” au yakin strategi ini akan lenyapkan “Ksemua orang Islam atas muka bumi ni?” Presiden Miroslav Zharkov mengajukan soalan itu kepada Stanislav yang merupakan Ketua Komander Pasukan Pertahanan Rusia. Miroslav mula mengerutkan dahinya dan membuka kaca mata yang dipakai. Dia merenung tajam Stanislav yang duduk di hadapannya. Jeneral-jeneral dan para menteri yang turut sama menghadiri persidangan tergempar itu mengunci mulut mereka. Bilik persidangan itu senyap. Sebatang pen DOA UNTUK MALAYSIA terjatuh ke lantai dan ia bergema ke seluruh bilik persidangan. Beberapa orang mula berdehem menahan batuk kerana tidak mahu memecahkan sunyi. Stanislav menelan segumpal air liur yang melekat di tekaknya. Sejak berakhirnya Perang Dunia ke-tiga 10 antara Kerajaan Khilafah Islam yang berpusat di Syria menentang rejim Zionis dan Amerika Syarikat, persoalan yang ditanya Miroslav itu sangat payah untuk dijawab. Orang Islam sudah tidak seperti tiga puluh tahun dahulu. Mereka tidak lagi berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Negara-negara Islam dari bahagian barat benua Afrika dan Selatan Sepanyol hingga ke Timur Tengah disatukan di bawah panji hitam dan putih. Dalam hati kecil Stanislav, mereka tidak akan dapat dikalahkan walaupun Rusia bergabung tenaga dengan China sekalipun. “Saya.. saya yakin Tuan. Pasukan saintis kita dengan kerjasama saintis daripada MOSAD telah bertungkus-lumus memastikan rancangan ini berkesan,” balas Stanislav teragak- agak. Dia kemudian menelan air liur yang masih dirasakan tersekat di kerongkongnya. “Baik. Teruskan,” Miroslav mengambil semula kaca mata di atas meja dan meneliti fail sulit yang berada di tangannya. Muka hadapan fail tersebut ditulis ‘kod nama: Dajjal’. Stanislav bangkit dari tempat duduknya dan berdiri mengadap semua ahli mesyuarat. Di belakangnya tersergam sebuah skrin elektronik yang berukuran hampir lima meter panjang dan tiga meter tinggi dan ia sedang memaparkan peta dunia. “Pasukan kita bersama tentera pertahanan Israel yang terdiri daripada tujuh puluh ribu infantri lengkap bersenjata dan disokong oleh Kushairi Zuradi Kushairi rejimen kereta kebal dan tentera udara sudah bersedia di sini,” Stanislav menekan butang 11 pada alat kawalan jauh di tangannya dan peta dunia tadi mula fokus kepada peta di bahagian Timur Tengah. Animasi sebuah bulatan kecil berwarna merah mula melingkari kawasan timur Turki. Animasi garis merah pada peta dunia tersebut mula bergerak turun dari arah Georgia dan bergerak hingga ke Bandar Aleppo. “Kempen serangan kita dari Laut Hitam tidak berjaya ditentang oleh tentera mereka di timur Turki dan kita berjaya pisahkan Istanbul daripada Damsyik.” Semua ahli mesyuarat yang bersidang mula bersorak sambil menepuk-nepuk tangan. Namun wajah Miroslav tidak langsung menunjukkan tanda kegembiraan. Dia merenung Stanislav yang berdiri di hadapannya sambil mengerutkan dahinya. Ahli mesyuarat yang bersorak tadi senyap kembali. Stanislav membetulkan tali leher yang dirasakan seperti mula mencekiknya. “Pasukan kita akan mula masuk menyerang benteng pertahanan mereka di Aleppo esok. Namun maklumat risikan melaporkan angkatan tentera pertahanan mereka mula mara dari Bandar Madinah bergerak ke arah Aleppo..” DOA UNTUK MALAYSIA Stanislav berdehem beberapa kali. “..dan kita tahu, pasukan ini terdiri daripada pasukan gempur elit mereka yang berjaya mengalahkan Israel di Baitul Maqdis tahun lalu.” Ahli mensyuarat yang bersorak tadi senyap dan wajah mereka mula berubah tiga 12 ratus enam pulah darjah daripada gembira kepada risau. Percubaan generasi pemimpin terdahulu untuk menghancurkan kebangkitan Islam di Syria dengan harapan mereka tidak akan terdaya untuk bangkit semula ternyata hanya memakan diri. Beberapa tahun selepas Basyar Al-Assad berjaya dibunuh pejuang di Syria, sebuah kerajaan Islam bangkit dan berjaya menyatukan seluruh umat Islam di bawah pemerintahannya. Apabila Khilafah Islam mula mengisytiharkan perang ke atas Zionis Yahudi di Israel bagi menawan semula Baitul Maqdis, ia mula mencetuskan Perang Dunia ke-tiga. Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah mula bersatu dengan Israel bagi mengalahkan Khilafah Islam manakala Rusia mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam peperangan itu kerana tidak mahu bersekutu dengan Amerika Syarikat mahupun Khilafah Islam. Kemenangan berpihak kepada Khilafah Islam dan Baitul Maqdis kembali ke tangan Muslim. Namun begitu, kini hanya tinggal dua kuasa besar dunia iaitu Khilafah Islam dan Rusia. Rusia pula masih mempunyai cita-cita untuk mendominasi dunia. Bersama dengan tentera Israel yang berundur ke wilayah Rusia selepas tamat peperangan tersebut, mereka mula merancang untuk menumbangkan Khilafah Islam bersama-sama. “Jadi, bagaimana rancangan kau boleh Kushairi Zuradi Kushairi bantu kita?” tanya Miroslav sambil mula membelek-belek fail sulit di hadapannya tadi. 13 “Pasukan saintis kita telah berjaya mengekstrak DNA virus yang mampu menyebabkan kerosakan pada struktur otak manusia dan meletakkan DNA virus tersebut ke dalam bentuk bom aerosol yang berupaya untuk menjangkiti manusia yang berada dalam lingkungan lima ratus meter radius dari letupan bom tersebut.” Miroslav mengangguk perlahan-lahan. “Virus ini dikenali sebagai NiV ataupun Virus Nipah yang mula menjangkiti manusia pada tahun 1998 dan ia berasal dari kawasan Sungai Nipah di Negeri Sembilan, Malaysia. Oleh kerana negara tersebut diterajui golongan pemimpin yang korup, mereka tidak langsung melaburkan dana untuk menjalankan kajian terhadap virus tersebut. Malaysia juga masih tidak menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Khilafah Islam kerana mempunyai masalah politik dalaman yang memecah- belahkan mereka. Saya percaya mereka tidak akan membantu Khilafah Islam apabila diserang kelak.” Ahli mesyuarat menyokong kenyataan Stanislav sambil mengangguk-angguk tanda setuju, namun masing-masing masih tidak berani untuk bersuara bagi menyatakan DOA UNTUK MALAYSIA pendapat. Mereka hanya menantikan respon dari Miroslav sambil berbisik-bisik dengan orang berdekatan mereka. Strategi yang dirancang oleh Stanislav ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia diinspirasikan oleh tindakan tentera British yang menghantar selimut yang dicemari virus Variola yang 14 menyebabkan penyakit smallpox kepada penduduk natif Amerika semasa peperangan Pontiac 1763 dan banyak lagi strategi yang lebih kurang sama digunakan untuk mengalahkan musuh menggunakan bakteria dan virus. Dewan kembali sunyi. Oleh kerana tiada soalan daripada ahli mesyuarat, Stanislav mula menyambung penerangan misinya. “Oleh itu, apabila pasukan penggempur