Rosol : Terima Keputusan MT Malaysiakini.Com Mar 27, 2008
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Rosol : terima keputusan MT Malaysiakini.com Mar 27, 2008 kemaskini 2:55pm Keputusan akhir perebutan menteri besar Terengganu akan diketahui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini, menurut badan perhubungan Umno negeri. Mesyuarat itu bermula jam 3 petang di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra. Setiausaha badan itu Datuk Rosol Wahid berkata 22 wakil rakyat BN yang bersama Datuk Seri Idris Jusoh akan membuat keputusan selepas mendengar hasil perbincangan MT. "Kita akan tunggu MT dulu, jika perlu, badan perhubungan negeri akan membincangkan sebelum keputusan muktamad dibuat," katanya kepada Malaysiakini sebentar tadi. abdullah ahmad badawi and idris jusoh and ahmad said and terengganuMenurutnya, semua 23 wakil BN itu, termasuk Idris, masih berada di ibu negara. Wakil rakyat Kijal, Datuk Ahmad Said, kini dilantik oleh pihak istana untuk jawatan itu dan memulakan tugas sejak Isnin. Selain 22 wakil BN, Idris juga mendapat dukungan Perdana Menteri. Isu pelucutan keahlian Ahmad akan menjadi fokus perdebatan MT apabila Umno Terengganu mencadangkan keanggotaannya digugurkan selepas beliau menerima pelantikan jawatan itu. Krisis pelantikan menteri besar ini antara dua isu utama yang akan mendominasi mesyuarat MT, manakala satu lagi isu melibatkan saranan menangguhkan pemilihan agung parti ke tahun depan. Sementara itu, jawatankuasa pengurusan Umno sebulat suara bersetuju parti itu patut mengadakan pemilihan tahun ini, kata naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Semua anggota jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Razak tidak bersetuju ia ditangguhkan ke tahun depan. Mesyuarat badan tertinggi Umno itu, yang bertemu bagi kali kedua sejak pilihanraya umum 8 Mac, dijangka turut membincangkan prestasi buruk parti itu dan kemunculan kekuatan baru parti-parti pembangkang, khususnya kedudukan Umno di lima negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan. Copyright © 1999-2007 Mkini Dotcom Sdn. Bhd. Source : http://www.malaysiakini.com/news//80458 .