Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 38 Isnin 31 Oktober 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 (Halaman 29) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 28) Usul Anggaran Pembangunan 2017 (Halaman 29) DR. 31.10.2016 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Isnin, 31 Oktober 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah terkini stockpile CPO dan apakah langkah kementerian dalam menangani isu penurunan harga kelapa sawit. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi [Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Simpang Renggam, stok akhir minyak sawit negara pada bulan September 2016 adalah sebanyak 1.55 juta tan berbanding 1.46 juta tan yang tercatat pada bulan Ogos 2016. Purata stok akhir minyak sawit negara bagi tempoh bulan Januari hingga bulan September 2016 adalah sebanyak 1.82 juta tan berbanding 2.15 juta tan bagi tempoh yang sama pada tahun 2015. Kesan daripada kejatuhan stok minyak sawit yang ketara tersebut, banyak harga minyak sawit mentah (CPO) telah menunjukkan arah aliran peningkatan di pasaran. Harga CPO mencatatkan pada RM2,862 setan pada bulan September 2016 berbanding RM2,591.50 setan pada bulan Ogos 2016. Purata harga CPO pada bulan Januari hingga bulan September 2016 dicatatkan pada RM2,556 setan berbanding RM2,150.50 setan bagi tempoh masa yang sama pada tahun 2015. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini harga CPO berada di paras yang stabil iaitu RM2,802 setan. Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa mengambil pelbagai langkah bagi memastikan sebarang penurunan harga minyak sawit tidak memberi kesan kepada pengguna dan industri. Antaranya termasuk: (i) melaksanakan program Biodiesel B7. Adunan 7 peratus CPO dan 93 peratus biodiesel petroleum di seluruh negara mulai bulan November 2014. Program B7 akan menggunakan 575,000 metrik DR. 31.10.2016 2 tan minyak sawit setahun. Penghujung tahun 2016, kerajaan akan melaksanakan Program B10, adunan 10 peratus CPO sawit dan 90 peratus diesel petroleum di sektor pengangkutan bagi meningkatkan lagi permintaan terhadap minyak sawit yang seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatan harga crude palm oil (CPO) di pasaran; (ii) menyediakan dana sebanyak RM100 juta untuk Skim Insentif Tanam Semula 2015. Tujuan skim adalah untuk mengurangkan pengeluaran hasil buah sawit supaya menyumbang kepada penurunan paras stok minyak sawit dan seterusnya akan membantu peningkatan harga minyak sawit di pasaran; (iii) meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan produk-produk baru berasaskan sawit seperti tocotrienol dan minyak sawit merah untuk dikomersialkan untuk pihak industri; dan (iv) memperkukuhkan pasaran eksport sedia ada serta menembusi pasaran-pasaran baru melalui misi promosi dan teknikal ke luar negara. Di peringkat antarabangsa, Malaysia dan Indonesia akan bekerjasama melalui penubuhan Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) bagi membangun dan memperkukuhkan industri sawit. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi akan terus meninjau langkah-langkah jangka pendek dan panjang ke arah memperkukuhkan harga komoditi sawit. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Elok juga jawapan kita ringkaskan macam MQT dalam masa tiga minit jawapan Yang Berhormat Menteri. Ini makan masa tujuh minit. Sila Yang Berhormat Simpang Renggam. Datuk Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi iaitu kementerian memperkenalkan biodiesel B7 pada tempoh tahun mengurangkan stockpile CPO. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kerana kita juga sering mendengar ada suara bantahan daripada seperti BMW ataupun Malaysian Automotive Association (MAA) bahawa B10 diesel boleh merosakkan enjin. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi menangani DR. 31.10.2016 3 masalah ini bagi meningkatkan kepercayaan ataupun confidence dalam pasaran? Terima kasih. ■1010 Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur: Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Renggam yang membuat soalan tambahan yang begitu menarik. Tuan Yang di-Pertua, dasar kerajaan adalah untuk memperkenalkan adunan- adunan di antara biodiesel, petroleum dengan minyak kelapa sawit. Tujuan sebenarnya antara lain ialah supaya penggunaan minyak kelapa sawit itu akan bertambah. Sebenarnya dengan adanya 7 peratus B7 sekarang ini, kita telah menggunakan 575,000 metrik tan minyak kelapa sawit di dalam negara untuk diadunkan dengan minyak biodiesel. Maka tentu sekali dengan pertambahan peningkatan kepada B10 yang dirancang oleh kerajaan untuk dilaksanakan pada penghujung tahun ini juga akan menambah lebih banyak lagi penggunaan minyak kelapa sawit di dalam negara untuk dengan sendirinya akan menaikkan harga minyak kelapa sawit itu sendiri. Jadi Tuan Yang di-Pertua, memang ada bantahan-bantahan daripada pelbagai pihak, daripada stakeholders. Akan tetapi kementerian terus-menerus berbincang, engaged dengan pihak-pihak ini. Sebenarnya untuk memastikan penggunaan B10 itu ataupun Dasar B10 itu berjalan dengan lancar, MPIC telah melaksanakan banyak kajian dengan menggunakan pelbagai kereta untuk memastikan tidak ada masalah yang timbul. Berhubung dengan BMW, kementerian masih lagi berusaha berbincang dengan BMW untuk menyelesaikan apa juga masalah yang ada. Semoga syarat- syarat yang telah ditetapkan, dikenakan oleh biodiesel oleh BMW dengan penggunaan B10 ini akan dapat diatasi menjelang hujung tahun ini. Sekian, terima kasih. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk soalan tambahan. Terlebih dahulu saya mengalu-alukan rombongan pimpinan masyarakat wanita daripada Parlimen Rantau Panjang ke Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Soalan tambahan saya, hasil daripada penurunan harga kelapa sawit kita tengok memberikan kesan yang besar juga kepada pendapatan FELDA dan terutama kepada peneroka FELDA. Mutakhir ini kita mendapat makluman daripada peneroka, bayaran dividen kepada peneroka daripada sebelum ini dua kali seminggu, maknanya lapan kali sebulan, telah dikurangkan kepada satu kali sebulan. Jadi apakah puncanya? Saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian, adakah kerana FELDA sudah tidak cukup wang? Akan tetapi kita tengok masih lagi DR. 31.10.2016 4 berlakunya projek-projek besar seperti pembinaan stadium di Jengka, Pahang dengan menelan kos hampir RM87 juta dan juga penajaan pasukan bola sepak FELDA. Jadi, sejauh mana pertimbangan hasil FELDA ini betul-betul dimanfaatkan kepada peneroka FELDA. Minta penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab. FELDA bukan di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri ya. 2. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan langkah-langkah mengatasi isu yang berlanjutan dihadapi penduduk sepanjang pantai Batu Pahat, Benut. Isu hakisan pantai, isu menangani fenomena air pasang besar dan kenaikan paras air yang menyebabkan banjir kilat, dan air bertakung merosak tanaman dan kebun. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri]: Tuan Yang di-Pertua, hakisan pantai yang berlaku di daerah Batu Pahat sepanjang tiga kilometer di Pantai Senggarang hingga Tanjung Labuh − cabaran kepada pantai-pantai negara yang menerima pukulan ombak yang kuat telah menjejaskan profil pantai negara. Banyak hakisan telah berlaku yang telah mengurangkan boleh guna tanah sepanjang pesisiran pantai. Di samping itu, isu air pasang besar juga berlaku sering dikaitkan dengan kejadian hakisan di pesisiran pantai. Di kawasan pesisiran pantai daerah Batu Pahat, paras air laut tertinggi adalah antara 3.1 meter hingga 3.3 meter. Pada keadaan air pasang ini, tidak akan menyebabkan limpahan air secara serius. Walau bagaimanapun, ada waktunya air laut melimpah bergantung kepada profil muka bumi di beberapa kawasan yang sememangnya rendah. JPS telah dan sedang mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi menangani masalah itu. Antaranya adalah menjalankan kerja-kerja pengorekan muara iaitu muara Sungai Perpat dan Sungai Punggur di Rengit dan kerja-kerja pemasangan tembok penahan hakisan di muara Sungai Perpat. Di samping itu kerja-kerja yang sedang dijalankan ialah kerja-kerja menaik taraf pembaikan benteng serta meninggikan benteng pesisiran pantai di daerah Batu Pahat dengan kos sebanyak RM2 juta. Sekian, terima kasih. Datuk Mohd Idris bin Jusi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas jawapan. Mutakhir ini kawasan yang paling teruk dilanda hakisan ialah kawasan daripada Punggur ke Rengit. Di kawasan Punggur, ini pusat rekreasi, seeloknya ada pemecah pantai atau pemecah ombak. Tidak cukup DR. 31.10.2016 5 dengan benteng sahaja kerana kalau ada pemecah ombak dan kawasan yang mereka sebutkan sebagai kawasan rekreasi itu akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengunjung-pengunjung. Tuan