MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 6 MAC 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 1

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1361-MQT0237

Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah inisiatif Malaysia untuk memudahcara permohonan visa bagi menarik lebih ramai pelancong terutamanya warganegara China dan India untuk memasuki Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

2. PR-1361-MQT0238

Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bercadang untuk menambah bilangan perjawatan pegawai tetap bagi menggandakan pengambilan 3 juta anggota sukarelawan yang disasarkan sehingga penghujung tahun 2018 .

3. PR-1361-MQT0236

Tuan Anuar Bin Abd Manap [ Sekijang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk memberi status pemilikan kekal melalui jualan unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada penyewa yang telah lama tinggal di sesebuah PPR di seluruh negara.

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 6 MAC 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 2

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1361-L05232

Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah kaedah pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) secara langsung tanpa melalui ejen atau secara online mampu menampung permintaan PRA dalam negara dan bagaimana sambutan orang ramai terhadap keputusan Kerajaan ini.Seterusnya, adakah PATI dibolehkan untuk dijadikan PRA dan kaedah ini diperluaskan perlaksanaannya di Sabah dan Sarawak.

2. PR-1361-L05049

Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah penambahan hasil daripada produk petroleum berikutan dengan penambahan hasil minyak sejak Bajet 2018 sehingga terkini, nyatakan penambahan hasil pendapatan produk petroleum itu mengikut pecahan sumber lapangan minyak negeri- negeri.

3. PR-1361-L04527

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Bin Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah kadar pertumbuhan ekonomi negara pada 2017 dan jangkaan pertumbuhan ekonomi negara dan global pada tahun ini. Apakah kaedah-kaedah baru dan inisiatif Kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi ekonomi global yang masih berada dalam keadaan tidak menentu.

AUM DR 6/3/2018 2

4. PR-1361-L05143

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dengan garis masa yang jelas, rancangan Kerajaan dalam menangani masalah kekurangan perumahan mampu-milik bagi rakyat jelata khasnya orang muda.

5. PR-1361-L05506

Dato' Ahmad Fauzi Bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah status dan perkembangan terkini Kanvas Belia TN50 dan adakah penglibatan belia dalam TN50 ketika ini mencapai sasaran yang ditetapkan.

6. PR-1361-L04568

Tuan Idris Bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah bilangan sekolah antarabangsa sehingga tahun 2017 dan apakah mekanisme kawalan supaya sistemnya tidak bertentangan dengan dasar pendidikan negara.

7. PR-1361-L05292

Dato' Hajah Normala Binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak Kementerian bagi memberikan penerangan yang jelas berkenaan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) kepada majikan & pekerja kerana skim yang sangat berfaedah ini sering kali disalah tafsir sebagai skim yang membebankan.

8. PR-1361-L04788

Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan secara terperinci hasil pencapaian tujuh produk teras Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) yang dilancarkan pada Disember 2012.

9. PR-1361-L05509

Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan baru-baru ini dikejutkan dengan kes penderaan kanak-kanak sehingga ada yang menyebabkan kematian. Apakah Kementerian mempunyai mekanisme untuk mengesan kes-kes penderaan ini seterusnya dapat mencegah agar ianya tidak sampai menyebabkan kepada kematian kanak-kanak tersebut.

3 AUM DR 6/3/2018

10. PR-1361-L04474

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) adakah golongan warga emas kini perlu membayar

sebanyak 50% daripada kos rawatan mereka yang sebelum ini adalah percuma; dan

(b) kalau benar, jelaskan pertukaran dasar tersebut.

11. PR-1361-L04168

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah siri jelajah dan Town Hall setakat ini memenuhi harapan Kerajaan dalam usaha membina kerangka pembinaan bangsa Malaysia yang dinamik dan progresif, menepati matlamat Transformasi Nasional 2050.

12. PR-1361-L04539

Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) sejauh manakah Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025 menjadi penanda aras sektor pendidikan negara menjelang tahun 2050 (TN50) ; dan

(b) pencapaian pada masa kini dalam merintis pembelajaran abad ke 21 yang boleh memberi manfaat kepada para pelajar di semua peringkat.

13. PR-1361-L04867

Dato' Sri Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan segera dan jangka masa panjang Kerajaan dalam memperkukuhkan perpaduan dan integrasi antara wilayah di Malaysia bagi menangani masalah sentimen kenegerian yang negatif.

14. PR-1361-L04906

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apa tindakan yang telah diambil Kementerian untuk mengatasi ancaman serius 'padi angin' yang dilaporkan menjejaskan lebih daripada 15,000 hektar sawah di Kedah dan Perlis dalam bulan Januari tahun ini.

AUM DR 6/3/2018 4

15. PR-1361-L04797

Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dasar bantuan atau subsidi perubatan terutama kepada pesakit-pesakit kronik atau pesakit yang menghidap non-communicable diseases. Berapakah jumlah peruntukan dan jumlah pesakit yang menggunakan bantuan/ subsidi ini setiap tahun.

16. PR-1361-L04451

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kaedah Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dilaksanakan. Berapakah jumlah peruntukan akan dihulurkan oleh Kerajaan dan apakah sebab Kedai Rakyat 1Malaysia 1.0 gagal.

17. PR-1361-L04324

Datuk Sapawi Bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah elemen dikumpul sehingga kini sebagai input kepada Dasar TN50 yang akan diumumkan Perdana Menteri pada 16 September tahun ini, dan berapa ramai belia sudah menyatakan aspirasi mereka menerusi Dialog Transformasi TN50.

18. PR-1361-L04725

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan secara terperinci mengenai tanah-tanah DBKL yang dijual sepanjang tempoh mulai 15 Julai 2017 hingga sekarang meliputi keluasannya, lokasi, harga jualan, kegunaan sekarang, projek pembangunan yang dirancangkan ke atas setiap lot tanah dan namakan pembeli-pembelinya.

19. PR-1361-L05152

Dato' Sri Douglas Uggah Embas [ Betong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) apakah mekanisme penyaluran dana sebanyak RM1 billion

kepada Sarawak yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2018 untuk kerja baik pulih bangunan sekolah yang uzur dan daif; dan

5 AUM DR 6/3/2018

(b) memandangkan banyak sekolah daif yang disasar untuk program ini terletak di kawasan terpencil di luar bandar, kaedah baik pulih menggunakan model Industrial Building System (IBS) ini mungkin tidak sesuai untuk keadaan tersebut. Adakah Kerajaan dapat memberi kelonggaraan menggunakan model alternatif dan adakah Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak diberi peranan dan kuasa dalam pengurusan dana yang diagihkan kepada negeri Sarawak bagi program ini.

20. PR-1361-L04654

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan mempunyai sebarang garis masa untuk

tampil dengan rang undang-undang reformasi perkahwinan yang menjadikan penukaran agama kanak-kanak bawah umur tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa sebagai tidak sah; dan

(b) adakah prinsip-prinsip yang telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi vs Pendaftar Jabatan Islam Perak (2018), akan digubal sebagai undang-undang. Jika tidak, mengapa.

21. PR-1361-L04340

Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah komitmen Kerajaan sebagai langkah untuk meningkatkan jumlah pengeluaran industri automotif (TPV) bagi kegunaan domestik dan eksport serta sejauhmanakah langkah kerjasama Kementerian dalam meningkatkan tahap kesedaran dan penerimaan secara holistik ke atas kenderaan cekap tenaga (EEV).

22. PR-1361-L04894

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sumbangan pelaburan KWSP di luar negara terhadap jumlah aset pelaburan dan jumlah pendapatan pelaburan serta pulangannya mengikut tahun bagi tempoh 10 tahun yang lepas.

23. PR-1361-L04634

Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah retroaktif dalam menangani kes yang dipertikaikan seperti isu penukaran agama anak di bawah umur.

AUM DR 6/3/2018 6

24. PR-1361-L04610

Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pelaksanaan sistem penghapusan penggredan kelas di sekolah telah dikaji secara mendalam bersama kesatuan dan persatuan guru-guru.

25. PR-1361-L05213

Dato' Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah jumlah usahawan Bumiputera yang telah menceburi bidang perniagaan francais dan bagaimanakah Kementerian berusaha menyeragamkan pihak agensi pembiaya kewangan dan bantuan bidang perniagaan ini seperti pihak PUNB, SME dan lain-lain lagi.

26. PR-1361-L05204

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status dengan Jawatankuasa ''Devolution'' / ''Penurunan'' Kuasa yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak dan jika Perdana Menteri setuju dengan Ketua Menteri Sarawak yang mengatakan jawatankuasa tersebut adalah ''Powerless'' dan kenapakah perlaksanaan Devolution of Power ini tidak dilaksanakan seterusnya.

27. PR-1361-L05459

Datuk Dr. Ewon Bin Ebin [ Ranau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) sama ada Kerajaan Persekutuan telah memperincikan

hak-hak negeri Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, yang telah "terambil" oleh Kerajaan Persekutuan ; dan

(b) bilakah proses pemulangan semula hak-hak ini kepada Kerajaan Negeri Sabah akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

28. PR-1361-L04921

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :-

(a) mengapakah Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman

(KUTAR) tidak lagi dikategorikan sebagai Program 8 dan peruntukannya juga tidak lagi termaktub di dalam perbelanjaan Kementerian Pendidikan Tinggi tahun 2018 seperti apa yang telah dilaksanakan sejak dahulu; dan

7 AUM DR 6/3/2018

(b) mengapakah peruntukan kepada KUTAR semakin berkurangan.

29. PR-1361-L04189

Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :-

(a) mengapa tidak ada tertera atau tertulis syarat kemasukan

Diploma Kolej Vokasional yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada setiap permohonan ke universiti awam teknikal, UiTM, Politeknik, Kolej Poly-Tech MARA dan universiti swasta teknikal lain; dan

(b) setakat mana isu pusat pentauliahan swasta Jabatan Pembangunan Kemahiran seluruh negara berdepan kekurangan kuota pinjaman pelatih menyebabkan pusat- pusat pentauliahan mengalami kerugian.

30. PR-1361-L04904

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan untuk mengesahkan tarikh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan berdasarkan remintan satu pertiga hukumannya yang beliau berhak di bawah undang-undang, adalah pada 8 Jun 2018.

31. PR-1361-L04878

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kos pemasangan MYTV yang perlu ditanggung oleh pengguna bagi membolehkan mereka menikmati siaran digital.

32. PR-1361-L04714

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status kajian yang telah dijalankan oleh MAVCOM untuk mengkaji sama ada harga siling dapat dikenakan ke atas harga tiket penerbangan untuk meringankan beban rakyat terutama rakyat dari Sibu dan Sarawak dan bilakah hasil kajian dapat diumumkan.

33. PR-1361-L05373

Puan Rubiah Binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan lima (5) penyakit / virus mengikut 'ranking' yang menjadi ancaman kesihatan dan kesejahteraan sosial penduduk di negara ini serta langkah terkini Kementerian menanganinya .

AUM DR 6/3/2018 8

34. PR-1361-L05438

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan Kerajaan kini tidak lagi berniat untuk mengekstradisi Kpl. Sirul Azhar Umar dari Australia memandangkan pendirian Menteri Dalam Negeri dalam bulan Mac 2015 bahawa rundingan proses ekstradisi tersebut dengan Kerajaan Australia akan dimulakan.

35. PR-1361-L04576

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah mekanisme dasar jangka panjang yang sedang dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi untuk merealisasikan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) seperti penjanaan pekerjaan yang berpendapatan tinggi dan bermakna, pembangunan seimbang di kawasan bandar dan luar bandar, memerangi kenaikan kos sara hidup dan sebagainya.

36. PR-1361-L04905

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kerajaan akan menarik balik keistimewaan khas yang diberi kepada BERNAS untuk mengimport beras tanpa membayar cukai import bagi melindungi kepentingan pesawah padi tempatan dan hasil pengeluaran mereka.

37. PR-1361-L04691

Dato' Sri Hasan Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa nilai jumlah eksport ikan perhiasan ke luar negara pada tahun 2016 dan 2017. Apakah langkah- langkah untuk meningkatkan lagi eksport industri ini.

38. PR-1361-L04494

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah sebab Kerajaan dan DBKL gagal mendidik sikap buruk para penghuni rumah pangsa dan PPR supaya berdisiplin dan berakhlak baik berikutan kejadian-kejadian membuang objek keras dan sampah-sarap dari tingkat atas yang menyebabkan kematian dan kecederaan yang berulang dari semasa ke semasa.

39. PR-1361-L05542

Tan Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan perancangan Kerajaan dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat dan berita palsu yang semakin berleluasa di Malaysia ketika ini.

9 AUM DR 6/3/2018

40. PR-1361-L04327

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan yang disediakan untuk Tabung Bencana Alam tahun 2015 hingga 2017:-

(a) adakah anggaran ini mencukupi untuk mengatasi bencana

alam yang sering berlaku di beberapa negeri di utara dan di pantai timur dan nyatakan kos yang diperlukan oleh setiap negeri ; dan

(b) apakah projek-projek yang dilaksanakan demi mencegah bencana alam ini. Jelaskan dengan lengkap jenis projek dan kosnya.

41. PR-1361-L04179

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah penggunaan teknologi insinerator mampu mengurangkan kesan gas rumah hijau dalam pengurusan sisa pepejal agar matlamat Pelupusan Terbuka Sifar dapat direalisasikan menjelang 2020.

42. PR-1361-L04712

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) jumlah miskin dari keluarga B40 yang tercicir sekolah dan

berhenti sekolah dari tahun 2013 hingga Januari 2018 mengikut pecahan darjah dan tingkatan, pecahan negeri dan etnik; dan

(b) apakah justifikasi pemotongan Bantuan Am Persekolahan sebanyak 50% serta senarai alternatif program oleh Kementerian khusus untuk isi rumah B40 membendung gejala keciciran pelajar.

43. PR-1361-L04453

Dato' Sri Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah saluran aduan yang boleh dicapai oleh pekerja wanita ke atas syarikat atau majikan yang masih tidak memberikan cuti bersalin 90 hari sementara menunggu pindaan serta penguatkuasaan Akta Pekerjaan 1955.

AUM DR 6/3/2018 10

44. PR-1361-L04760

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang kenyataan Mydin Supermarket berkaitan penurunan jumlah jualan hypermarket sungguhpun ekonomi GDP bertumbuh lebih 5%. Adakah ini kerana rakyat masih tidak cukup wang belanja disebabkan pelaksanaan GST. Adakah Kerajaan Persekutuan bercadang memansuhkannya memandangkan Ahli Parlimen (BN) kerap menganjurkan Pesta Jualan Murah untuk mengurangkan beban GST yang menyebabkan harga barang naik.

45. PR-1361-L05043

Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengukuhkan nilai Ringgit Malaysia agar melepasi paras di bawah RM3.80 berbanding USD.

46. PR-1361-L04930

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini projek pembinaan tempat meletak kereta bertingkat Hospital Umum Sarawak (HUS) serta projek-projek berkaitan, status pembinaan Hospital Petra Jaya Sarawak serta hospital Sri Aman. Jangka masa siap, pelan terkini serta syarikat-syarikat yang terlibat mengikut kontrak. Nyatakan sebab utama kelambatan projek tersebut dan langkah-langkah yang telah diambil bagi setiap hospital tersebut.

47. PR-1361-L04411

Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang bagi memberikan autonomi kepada Universiti Awam seperti di negara maju bagi mendapatkan Paten dan Hak Cipta dapatan kajian memandangkan amalan sekarang yang terlalu birokratik dan mengambil masa yang lama terutama bagi paten.

48. PR-1361-L05547

Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sahkan MKD Signature Sdn. Bhd. (1221313-V) dan Sentuhan Budiman Sdn. Bhd. (1160937-P) adalah syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia melalui salah satu Kementerian atau agensi yang dimiliki Kerajaan Malaysia.

11 AUM DR 6/3/2018

49. PR-1361-L05041

Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penjelasan Kerajaan mengenai pengumuman SPR memperluaskan kategori pengundi pos kepada sembilan lagi kategori baru, nyatakan kewajaran memperluaskannya itu padahal mereka boleh didaftarkan sebagai pengundi awal, butirkan jumlah penjawat awam yang diunjurkan sebagai pengundi pos mengikut pecahan setiap kategori agensi dan jabatan yang terbabit.

50. PR-1361-L04271

Datin Mastura Binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan angka kadar kematian akibat pembedahan plastik pada tahun 2017.

51. PR-1361-L04754

Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [ Sik ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapa banyak pendakwaan yang telah dibuat oleh pihak KPDNKK terhadap peniaga-peniaga yang terlibat dalam penipuan harga barang sejak pelaksanaan cukai GST.

52. PR-1361-L05269

Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk mewujudkan suatu mekanisme rang undang-undang pencegahan penderaan kanak-kanak bagi membolehkan tindakan awal diambil bagi mengelakkan berlakunya penderaan sehingga mengakibatkan kematian di kalangan kanak-kanak.

53. PR-1361-L04761

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berkaitan 'double-standard' oleh SPRM dalam siasatan ke atas pemimpin berbanding dengan Barisan Nasional. Mengapa SPRM membocorkan maklumat kes terowong bawah dasar laut dalam media BN dan gagal bertindak terhadap laporan-laporan media palsu bahawa pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima rasuah berjuta-juta ringgit. Mengapakah SPRM boleh buat laporan terhadap kes bocor maklumat dalam kes Menteri Besar Johor tetapi tidak dalam kes ini. Mengapakah SPRM tidak siasat kes ERL yang tiada tender terbuka berlainan dengan tender terbuka dalam projek di Pulau Pinang.

AUM DR 6/3/2018 12

54. PR-1361-L05549

Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah yang telah dan akan dibayar oleh Kerajaan Malaysia (serta jadual pembayaran) melalui mana-mana agensi atau anak syarikat miliknya bagi pembelian 51% pegangan di dalam syarikat pemaju The Exchange 106 (iaitu Mulia Property Development Sdn. Bhd.).

55. PR-1361-L04319

Datuk Sapawi Bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana keberhasilan jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kerajaan bagi mengkaji undang-undang baharu membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara. Selain agensi Kerajaan, berapa banyak badan bukan Kerajaan (NGO) turut dilibatkan dalam jawatankuasa tersebut.

56. PR-1361-L05344

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dan sama ada sempadan baru akan diguna pakai untuk Pilihan Raya Umum yang ke-14.

57. PR-1361-L05539

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah peruntukan khas disediakan untuk menaik taraf jalan-jalan ladang yang dikongsi bersama pemilik ladang dan pengguna jalan iaitu orang awam seperti penduduk- penduduk rumah panjang yang tinggal di pedalaman ladang.

58. PR-1361-L04399

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa ROS gagal meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan dan logo Pakatan Harapan, memandangkan syarat-syarat yang dikenakan oleh ROS ke atas parti DAP dan PPBM telah dipenuhi. Apakah syarat dan kriteria tambahan yang diperlukan oleh ROS.

59. PR-1361-L05169

Datuk Rozman Bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah rangka kerja strategik Kementerian dalam menghasilkan anak benih kelapa bagi memenuhi keperluan negara khususnya pada musim perayaan serta sejauh manakah langkah kerjasama Kementerian bagi menjaga kualiti dan biokeselamatan tanaman khususnya anak benih kelapa import.

13 AUM DR 6/3/2018

60. PR-1361-L05001

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada pelajar yang meminjam PTPK untuk belajar di institusi pendidikan vokasional (VET) boleh membatalkan pinjaman ataupun minta kurangkan bayaran balik sekiranya mereka gagal menamatkan pengajian ataupun rasa kesal untuk menyertai sesetengah kursus.

61. PR-1361-L05381

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-

(a) apakah keputusan perundingan antara negara-negara

pengeluar minyak sawit dengan Kesatuan Eropah - EU mengenai dengan dasar diskriminasi EU dalam isu minyak sawit ; dan

(b) sekiranya rundingan ini gagal, apakah rancangan luar jangka bagi industri minyak sawit negara.

62. PR-1361-L05000

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan senarai institusi pendidikan dan latihan (VET) dalam bidang kimpalan di negeri Selangor. Nyatakan struktur bayaran/fi yang ditetapkan bagi setiap pelajar dalam kursus kimpalan dan sebab Kementerian melewatkan bayaran PTPK kepada kolej latihan kimpalan pada tahun lepas.

63. PR-1361-L05092

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa pihak polis telah mengarahkan kubur-kubur di Wang Kelian untuk dimusnahkan. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan ke atas pihak polis serta sindiket pemerdagangan manusia yang terlibat.

64. PR-1361-L04964

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan hasil lengkap sebarang kajian impak terhadap Malaysia natijah penguatkuasaan tarif 30% oleh Amerika Syarikat ke atas set dan panel solar diimport di samping pelan tindakan terperinci bagi menangani kemelut tersebut dan protektionisme yang semakin ketara di dunia kebelakangan ini.

AUM DR 6/3/2018 14

65. PR-1361-L04932

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bagi projek pembinaan Hospital Petra Jaya Sarawak serta hospital Sri Aman tarikh jangka masa siap asal iaitu pada permulaannya, tarikh jangka siap sekarang setelah terdapatnya kelambatan, jenis serta butiran bagi penalti yang dikenakan atas kelambatan serta nyatakan secara terperinci jika terdapatnya pengecualian penalti yang dibagikan, jumlah mahupun terma yang dikenakan bagi pengecualian tersebut.

66. PR-1361-L05522

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) bilangan anggota keselamatan yang terkorban dalam

pertempuran dari tahun 1940 hingga 1970 dan perincian mengikut etnik mereka ; dan

(b) sama ada Ismail Mina Ahmad, Pengerusi Ummah perlu disiasat kerana hasutan.

67. PR-1361-L05253

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan peruntukan, program atau projek seperti program kebersihan dan membina marina bertaraf antarabangsa untuk memajukan sektor pelancongan di Pantai Timur Sabah terutamanya di Semporna. Ini kerana isu kebersihan dan kemudahan asas sangat penting untuk menarik lebih banyak pelancong ke Sabah.

68. PR-1361-L05524

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) mengapa timbul isu pakar bius Kerajaan di Hospital

Serdang mengenakan caj tambahan melalui kaedah memperincikan bil; dan

(b) sama ada pakar bius menyalahgunakan skim FPP dengan mengenakan bayaran dua kali ganda bayaran yang dikenakan oleh pakar bius di hospital swasta.

69. PR-1361-L05113

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan susulan yang diambil terhadap SJK(C) yang memintas larangan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2000 berdasarkan senarai-senarai buku tahun 2018 dari 60 buah SJK(C) yang dikemukakan oleh beliau kepada Timbalan Menteri Pendidikan II semasa ucapan kamar khas beliau pada 27 November 2017.

15 AUM DR 6/3/2018

70. PR-1361-L05523

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) sama ada Hospital Kampar sedia ada akan dinaikkan taraf

memandangkan cadangan pembinaan hospital baru telah dibatalkan ; dan

(b) kos menaik taraf yang terlibat dan kemudahan baru yang akan disediakan dan sama ada Kementerian bersedia menimbang semula pembinaan hospital baru di Kampar.

71. PR-1361-L05435

Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah dan peratusan sambutan pekebun kecil getah terhadap skim bantuan musim tengkujuh di kawasan Parlimen Kuala Krai.

72. PR-1361-L05363

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan pada akhirnya bilangan maktab perubatan awam dan swasta serta bilangan maktab perubatan yang diiktiraf di dunia. Bagaimana bilangan graduan diuruskan.

73. PR-1361-L05330

Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan usaha kerajaan untuk menarik mana-mana syarikat yang mampu dan minat sama ada tempatan atau asing untuk melabur dalam projek penjanaan tenaga kuasa ombak.

74. PR-1361-L04385

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kadar pengangguran di kalangan siswazah dan bukan siswazah mengikut bulan sejak tahun 2016. Adakah Kerajaan bercadang menurunkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau menaikkan gaji minimum untuk membantu para penganggur.

75. PR-1361-L04535

Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-

(a) rancangan serta kajian Kementerian berkaitan potensi

minyak jatropha sebagai bahan api cecair biodiesel pada sistem pembakar berbahan api cecair memandangkan pada waktu ini Kementerian masih lagi menumpukan kepada sumber gas dan minyak dengan nilai projek berkaitan yang menjangkau RM20 bilion; dan

AUM DR 6/3/2018 16

(b) alternatif kepada sumber bahan api sedia ada kepada sumber bahan api yang boleh diperbaharui serta kesan perkembangan industri ini kepada pengguna.

76. PR-1361-L05334

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah SOP oleh guru yang membawa keluar pelajar Vasanthapiriya dari SMK Nibong Tebal berhubung kes kehilangan telefonnya dibenarkan dan mengapa guru tersebut tidak digantung sementara siasatan berjalan sebaliknya ditukar ke PPD SPS. Adakah SOP Kementerian tidak menggantung mana-mana guru yang sedang disiasat.

77. PR-1361-L05150

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik ketibaan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Sandakan dan Tawau dari tahun 2012 hingga 2017. Nyatakan jumlah laluan penerbangan di ketiga-tiga lapangan terbang tersebut.

78. PR-1361-L05314

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa syarikat daripada 8 yang telah menunjukkan minat telah menyerahkan tender atau cadangan muktamad dalam tender projek Bandar Malaysia. Bilakah keputusan tender tersebut akan diumumkan.

79. PR-1361-L04807

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan atas alasan apakah Kerajaan membenarkan delegasi Israel datang ke Malaysia dan menghadiri World Urban Forum (WUF) pada 7-13 Februari 2018 di Pusat Konvensyen (KLCC).

80. PR-1361-L05284

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kegagalan yang dikatakan oleh Perdana Menteri dalam Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang perlu dirisaukan dan bagaimanakah Kerajaan menangani kegagalan ini.

AUM DR 6/3/2018 17

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan :-

"Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong- lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu."

2. Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] akan mencadangkan :-

"Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

"Ampun Tuanku, Patik Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Keenam, Parlimen Yang Ketiga Belas."”

3. ( D.R.46/2017 ) Rang Undang-Undang Pergigian 2017 Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kesihatan ]

4. PR-1361-UL014 Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut:

AUM DR 6/3/2018 18

Pindaan Seksyen 2

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ] dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. PR-1361-U(27)126 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pengujudan dan pembinaan muzium warisan sesebuah masyarakat adalah merupakan satu bahan utama dalam menjaga bahan sejarah dan juga warisan mereka.

Dan mengambil maklum juga bahawa masyarakat Cina telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan fizikal dan juga ekonomi negara Malaysia sejak penubuhan negara ini khasnya di negeri Sabah.

Dan mengambil maklum juga bahawa masyarakat Cina di Sabah bersama dengan rakyat tempatan telah "mengalirkan darah" mereka untuk mempertahankan negara ini terutama sekali dalam gerakan "Kinabalu Guerrilas" menentang pendudukan Jepun ketika perang dunia kedua, ''Brunei Rebelion'' dan "Konferentasi", dimana mereka berkhidmat sebagai polis, tentera dan rangers pada ketika itu.

Dalam proses pembentukan negara ini, banyak peninggalan atau warisan masyarakat Cina, yang tidak tersimpan, terpelihara atau didokumentasikan, maka tempat terbaik bagi tujuan ini adalah dengan menubuhkan Muzium Warisan Masyarakat Cina di Sabah Khas.

Dan mengambil maklum juga bahawa negara asing seperti Indonesia juga telah membina Muzium Warisan Hakka (CINA) di Jakarta bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan negara Indonesia.

AUM DR 6/3/2018 19

Maka, bagi menghargai dan mengingati jasa masyarakat Cina di negeri Sabah khasnya, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan Malaysia hendaklah dengan segera menimbangkan untuk menubuhkan dan membina 'Muzium Warisan Masyarakat Cina" di negeri Sabah agar ianya menjadi satu lagi tapak sejarah pembangunan negara. "

[ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

6. PR-1361-U(27)127 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Chinese Independant School di Malaysia menjalankan taksiran peperiksaan persekolahan mereka melalui sijil yang dikenali sebagai Unified Examination Certificate (UEC) yang mana dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Unified Examination Certificate - Juntor Middle (UEC-JML), Unified Examination Certtficate Vocational (UEC-V) dan Unified Examination Certificate Sentor Middle (UEC-SML).

Dan mengambil maklum juga bahawa, persijilan UEC telah pun digunapakai dalam persekolahan oleh United Chinese School Committees Association of Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1975.

Dan mengambil maklum juga bahawa sijil UEC yang diperkenalkan oleh UCSCAM ini telah diiktiraf oleh universiti di serata negara seperti di United Kingdom, United States of America, Taiwan, Hong Kong, China, Australia, Kanada, Singapura dan lain-lain negara.

Dan mengambil maklum juga bahawa malangnya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau secara khususnya, Lembaga Akreditasi Negara tidak mengiktiraf sijil UEC ini terutama sekali bagi kemasukkan ke universiti awam Malaysia, walaupun National University of Singapore yang berkedudukan tempat keempat universiti terbaik di dunia mengiktiraf sijil UEC ini.

Dan mengambil maklum juga bahawa dengan ketiadaan pengiktirafan yang dimaksudkan di atas, negara Malaysia secara tidak langsung mengalami kerugian yang besar di mana pemegang sijil UEC ini terpaksa meneruskan pendidikan tinggi mereka di luar negara di mana aliran wang keluar daripada negara ini dan juga kecenderungan lepasan sijil UEC ini untuk terus berkerja di luar negara adalah tinggi, di mana dalam hal ini negara Malaysia akan kerugian 'aliran keluar" tenaga mahir ke luar negara.

AUM DR 6/3/2018 20

Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate bagi menafaat negara. "

[ Menteri Pendidikan ]

7. PR-1361-U(27)128 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid dan graduan di negara ini adalah pada tahap yang amat minima dan keadaan lni telah menjadikan sumber tenaga manusia negara ini kurang berdaya saing di luar negara.

Dan mengambil maklum juga bahawa, kebanyakan bahan-bahan rujukan untuk pengajian yang terdapat di atas talian dan buku-buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.

Mengambil maklum juga bahawa oleh kerana tidak dapat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik, sumber tenaga manusia dan para graduan dari negara Malaysia tidak berpeluang untuk berkerja dan bersaing di peringkat global.

Dan mengambil maklum juga bahawa sumber tenaga manusia daripada negara-negara yang membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran mereka, misalnya negara Filipina, adalah lebih mendapat pasaran tenaga kerja di peringkat antarabangsa.

Mengambil maklum juga bahawa, Kementerian hendaklah mengambil kira saranan ramai ibu bapa, agar Kementerian mewujudkan sekolah menengah dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi membolehkan anak- anak mereka menguasai Bahasa Inggeris dengan baik agar keboleh pasaran anak-anak mereka dipertingkatkan.

Mengambil maklum juga bahawa Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru Sabah telah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sejak penubuhannya pada tahun 1903 sehinggahlah dimansuhkan pada lewat tahun 1970an.

Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kementerian haruslah dengan segera meluluskan penubuhan sekolah menengah aliran bahasa Inggeris, sekurang- kurangnya satu sekolah menengah di setiap kawasan Parlimen sebagai permulaan dan bagi kawasan Parlimen P.l73 Putatan, Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru sebagai perintis. "

[ Menteri Pendidikan ]

AUM DR 6/3/2018 21

8. PR-1361-U(27)129 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Moyog / Putatan akan membawa menafaat yang besar, dalam meminimumkan impak kesan banjir di kawasan Lembangan ini.

Dan mengambil maklum juga bahawa rakyat secara puratanya amat berbesar hati dengan keperihatinan Kerajaan ke atas masalah banjir yang sering melanda kawasan ini.

Dan mengambil maklum juga bahawa, dengan pelebaran dan pengarahan semula Sungai Moyog /Putatan, beberapa bidang tanah penduduk setempat akan terlibat dan menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat untuk berteduh selain terpaksa berpindah daripada kawasan habitat asal mereka.

Dan mengambil maklum juga bahawa, dalam kes-kes tertentu, jumlah pampasan yang mereka terima adalah 'kecil' berbanding dengan kos untuk membeli sebidang tanah dan membina rumah.

Maka, bagi mengambarkan Kerajaan hari ini merupakan Kerajaan yang perihatin dan penyayang, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, Kerajaan hendaklah menyediakan sebidang tanah yang berkeluasan secukupnya dan membina projek perumahan rakyat "Rent to Own" khas buat pemilik tanah / rumah yang terlibat dalam Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Moyog / Putatan ini. "

[ Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar ]

9. PR-1361-U(27)130 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa masih ramai golongan belia dan beliawanis lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi belum berkerja atau gagal mendapat kerja.

Dan mengambil maklum juga bahawa ramai juga di kalangan ibu-ibu serta wanita-wanita yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan tetapi tidak berpeluang ataupun tidak mempunyai latihan yang secukupnya untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Dan mengambil maklum juga bahawa, selaras dengan dasar pertanian negara untuk menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan, ramai petani serta pekebun tidak dapat menjalankan perniagaan kerana tidak mempunyai kemahiran/latihan dalam bidang keusahawanan.

AUM DR 6/3/2018 22

Maka, bagi memenuhi hasrat Kerajaan untuk melahirkan lebih banyak lagi golongan usahawan muda, usahawan tani dan usahawan nita yang terlibat secara aktif dalam bidang perniagaan, industri dan keusahawanan, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, Kerajaan melalui agensinya, dengan segera menggunakan khidmat pusat latihan pertanian bersepadu (Intergrated Agricultural Training Centre - IATC) Putatan sebagai pusat keusahawanan yang dimaksudkan."

[ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

10. PR-1361-U(27)131 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa walaupun berstatuskan daerah, daerah Putatan belum lagi mempunyai sebarang fasiliti kesukanan yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk Putatan terutama sekali golongan belia dan beliawanis.

Dan mengambil maklum juga bahawa walaupun berstatus Putatan, daerah Putatan hanya memilik satu padang umum yang dimiliki oleh Majlis Daerah Putatan.

Dan mengambil maklum juga bahawa, dengan statusnya sebagai kawasan tepi ibu kota, daerah Putatan telah menjadi kawasan tumpuan pembangunan perumahan dan menjadikannya kawasan yang berpenduduk sangat padat dan amat memerlukan kawasan riadah dan bersukan.

Dan mengambil maklum juga bahawa, kompleks sukan persendirian juara yang terletak di Kampung Ketiau Putatan menyediakan pelbagai kemudahan kesukanan seperti padang futsal bertaraf FIFA, gimnasium dan gelanggang badminton serta kawasan sekelilingnya yang boleh dijadikan kompleks sukan bersepadu.

Maka, bagi memenuhi keperluan kompleks sukan bersepadu, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia membeli komplek sukan juara serta kawasan sekelilingnya dan dijadikan sebagai sebuah kompleks sukan bersepadu bagi daerah Putatan. " [ Menteri Belia Dan Sukan ]

11. PR-1361-U(27)132 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, Taman Peringatan Perang Petagas (Petagas War Memorial Park) adalah merupakan sebuah taman peringatan yang didedikasikan kepada mangsa-mangsa perang dunia ke-2 di

AUM DR 6/3/2018 23

negeri Sabah di mana seramai 324 anggota pergerakan rintangan telah dibunuh dan ditanam ketika pendudukan Jepun pada 21 Januari 1944.

Mengambil maklum juga bahawa, mangsa-mangsa perang ini dibunuh beramai-ramai kerana usaha mereka untuk mempertahankan negeri Sabah ketika pendudukan Jepun di mana lebih dikenali sebagai Pemberontakan Jesselton.

Mengambil maklum juga bahawa, pengorbanan yang telah diberikan oleh wira- wira ini juga boleh diibaratkan seperti pengorbanan perajurit-perajurit negara yang telah terkorban ketika perang dunia pertama, kedua dan darurat.

Mengambil maklum juga bahawa, walaupun jasa wira-wira ini masih lagi dikenang pada setiap tahun melalui upacara peringatan pada setiap 21 Januari, namun Taman Peringatan Perang Petagas belum lagi diberikan status wira sebagaimana yang diberikan kepada Tugu Peringatan Negara di Kuala Lumpur.

Maka, bagi menghormati dan memperingati wira-wira negara ini, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan hendaklah segera mengambil segala usaha dan tindakan yang perlu untuk mewartakan Taman Peringatan Perang Petagas ini sebagai salah satu tugu peringatan negara. "

[ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

12. PR-1361-U(27)098 Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan mencadangkan supaya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memanggil Yang Di Pertua Kerajaan Tempatan seluruh negara bagi membincangkan bagaimana Kerajaan Tempatan boleh memberi peluang dan membuka tempat-tempat yang strategik untuk rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda diberi kemudahan berniaga. Dalam keadaan ekonomi yang amat lembap dan pekerjaan untuk mereka makin menyempit Kerajaan Tempatan mesti bersimpati dengan mereka. Permudahkan urusan mendapatkan lesen dan permit. Kurangkan kadar fi dan lain-lain bayaran. Meriahkan bandar dan pekan-pekan kecil dengan perniagaan yang tidak bermodal besar ini. Rakyat amat tertekan dengan masalah ekonomi sekarang. Bantulah mereka."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

AUM DR 6/3/2018 24

13. PR-1361-U(27)099 Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berlaku adil dan profesional dalam mengendalikan pilihan raya. SPR tidak sewenang- wenangnya memberikan keutamaan kepada badan-badan dan agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Penjara, Kakitangan Hospital, Rela dan lain-lain untuk disenaraikan sebagai mereka yang layak untuk menjadi pengundi awal. Jika selama ini cuma polis dan tentera sahaja yang menikmati keutamaan ini, kerana memang selayaknya mereka mendapat status ini kerana tugas yang berat, agensi-agensi lain tidak sepatutnya dikategorikan sebagai pengundi awal."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

14. PR-1361-U(27)100 Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini meminta Menteri Pengajian Tinggi melihat kembali peranan yang dimainkan oleh universiti-universiti tempatan. Mereka bukan sahaja bertanggung jawab mendidik mahasiswa supaya mendapat ilmu dalam bidang yang mereka diikuti di kampus tetapi universiti mesti menanamkan semangat untuk anak Malaysia mencipta pekerjaan bila lulus dan bukan lagi mencari pekerjaan. Para graduan mesti dibekalkan dengan ilmu perdagangan dan kreativiti walau apa pun bidang pengajian mereka di universiti. Dengan adanya ilmu ini mereka akan berani mencebur diri dalam alam perniagaan dan tidak mengharapkan makan gaji dengan pihak lain. Dunia makin mencabar dan kompetitif. Anak Malaysia mesti berani bertindak."

[ Menteri Pendidikan Tinggi ]

15. PR-1361-U(27)101 Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menggesa supaya Menteri Wilayah Persekutuan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempertingkatkan taraf kebersihan di Kuala Lumpur agar setanding dengan ibu kota negara jiran seperti Singapura dan Jakarta. Kekotoran di sekitar Chow Kit Road, Pudu Raya dan Kampong Baru amat memalukan."

[ Menteri Wilayah Persekutuan ]

AUM DR 6/3/2018 25

16. PR-1361-U(27)102 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Dewan yang mulia ini bersetuju supaya cukai lapangan terbang di semak semula dan dicadangkan supaya diturunkan sejajar dengan hasrat dan kehendak rakyat yang sudah pun dibebani dengan pelbagai cukai dan kenaikan kos sara hidup."

[ Menteri Pengangkutan ]

17. PR-1361-U(27)103 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Dewan yang mulia ini bersetuju supaya cukai pelancongan yang dikenakan ke atas pelancong-pelancong asing yang menginap di hotel-hotel disemak semula bagi menarik ketibaan lebih ramai pelancong asing ke negara kita."

[ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

18. PR-1361-U(27)104 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini untuk mengambil maklum bahawa pada 29 Januari yang lepas Mahkamah Persekutuan telah memberi suatu penghakiman yang bersejarah dalam kes Indira Gandhi vs Pendaftar Jabatan Islam Perak, di mana Mahkamah Persekutuan secara bulat suara memutuskan seperti berikut:

a. Pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam perlu memberi persetujuan untuk pertukaran agama anak bawah umur kepada agama Islam.

b. Sijil Penukaran Agama yang dikeluarkan tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah tidak sah dan hendaklah diketepikan memandangkan ia melanggar peruntukan dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan juga Seksyen 5 dan 11 Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961.

c. Pendaftar Muallaf sebelum mengeluarkan Sijil Penukaran Agama anak bawah umur kepada Islam, perlulah mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 dan/atau peruntukan yang sama dalam Undang-undang Negeri di seluruh Malaysia.

AUM DR 6/3/2018 26

d. Di dalam Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961, kedua-dua ibu bapa mempunyai hak yang sama dalam penjagaan dan pendidikan kanak-kanak tersebut dan hasrat kedua-dua ibu bapa juga perlu diambil kira. Penukaran suami kepada agama Islam tidak akan mengubah undang-undang yang sedia ada mahupun ia tidak akan mengeluarkan kanak-kanak tersebut daripada lingkungan Akta tersebut."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. PR-1361-U(27)105 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan :-

"Bahawa sekitar tahun 2009, Kabinet Malaysia telah mengeluarkan suatu Arahan (Resolution/Directive) yang menyatakan bahawa, jika seseorang pasangan telah memeluk Islam, agama anak-anak keluarga tersebut hendaklah terus berada dalam status quo. Kerajaan telah mencadangkan suatu seksyen baharu, iaitu Seksyen 88A Akta Memperbaharui Undang- Undang (Perkahwinan dan Penceraian ) 1976 untuk menolak penukaran agama secara unilateral, tetapi telah ditarik balik pada Ogos 2017. Dewan Rakyat ini telah menbuat ketetapan dan meminta Kerajaan untuk memperkenalkan semula Peruntukan yang menolak penukaran agama secara unilateral."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

20. PR-1361-U(27)107 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik mengikut data di Jabatan Pendaftaran Negara."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

21. PR-1361-U(27)108 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa pengambilan pekerja asing dikurangkan serta merta untuk memberi peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan."

[ Menteri Sumber Manusia ]

AUM DR 6/3/2018 27

22. PR-1361-U(27)109 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)."

[ Menteri Pendidikan ]

23. PR-1361-U(27)110 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia membatalkan pengundi pos kecuali untuk pengundi yang bermastautin di luar negara."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

24. PR-1361-U(27)111 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat membahaskan dan memutuskan pendirian berkenaan ''Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership'' (CPTPP) yang merupakan gantian kepada TPPA."

[ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

25. PR-1361-U(27)112 Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate sebagai syarat kemasukan yang setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk pengambilan ke dalam Institusi- Institusi Pengajian Tinggi Awam serta sektor perkhidmatan awam dalam negara Malaysia."

[ Menteri Pendidikan ]

26. PR-1361-U(27)113 Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan untuk membubarkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai suatu langkah yang penting ke arah untuk membendung

AUM DR 6/3/2018 28

berita-berita palsu yang dihasilkan oleh unit-unit propaganda yang berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan."

[ Menteri Komunikasi Dan Multimedia ]

27. PR-1361-U(27)116 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menggesa bahawa Laporan penuh Jawatankuasa Siasatan Bebas mengenai kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 hendaklah diumumkan untuk makluman dan pengetahuan rakyat tentang punca-punca berlakunya kebakaran tersebut. Kerajaan juga didesak untuk menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah dan mengelakkan tragedi kebakaran berulang lagi di mana- mana hospital atau pusat perubatan. "

[ Menteri Kesihatan ]

28. PR-1361-U(27)117 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi RM100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara."

[ Menteri Pertahanan ]

29. PR-1361-U(27)119 Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memuatkan semua Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab, Jawapan-Jawapan Pertanyaan Bertulis, serta Undi-Undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and Proceedings) bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ke dalam portal rasmi Parlimen Malaysia untuk memastikan ketelusan Parlimen."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 6/3/2018 29

30. PR-1361-U(27)121 Tuan [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya YAB Perdana Menteri dan seluruh anggota Menteri Kabinet mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Dewan Rakyat tiap-tiap tahun pada bulan Disember."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

31. PR-1361-U(27)123 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan selaras dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu di mana Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dibentang dan dikaji semula di Dewan Rakyat dengan kadar segera."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

32. PR-1361-U(27)125 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini membahaskan keadaan kebakaran dalam negara dan usaha untuk mencegahnya."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

33. PR-1361-U(27)133 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gejala pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gangsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai-kedai menjual arak perlu diperketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

AUM DR 6/3/2018 30

34. PR-1361-U(27)134 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga si mati semasa bedah siasat dijalankan."

[ Menteri Dalam Negeri ]

35. PR-1361-U(27)135 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai- nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

[ Menteri Pendidikan ]

AUM DR 6/3/2018 31

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2018 DIBENTANGKAN

ST.1 Laporan Tahunan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 6 Mac 2018 Bagi Tahun 2016

ST.2 AKTA JALAN PERSEKUTUAN 1959 6 Mac 2018 Perintah Jalan Persekutuan (Skim Felda) (Pindaan) 2017

ST.3 Laporan Tahunan Kumpulan Wang Biasiswa 6 Mac 2018 pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri Bagi Tahun 2016

ST.4 AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT 6 Mac 2018 MALAYSIA 2011. Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Terma dan Syarat Keanggotaan) (Pindaan) 2017. PU(A) 337/2017 (“Peraturan-Peraturan PIDM”)

AUM DR 6/3/2018 32

**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU ) ( KAMAR KHAS )

Tarikh Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Ucapan Bertanggungjawab

1. 6.3.2018 1. YB Dato' Dr. 1. Penaiktarafan Jambatan 1. YB Menteri Kerja (Selasa) Noraini Binti Trafik Sederhana (MTB) Di Raya Ahmad Parlimen Parit Sulong (Parit Sulong)

2. 6.3.2018 2. YB Tuan Liew 2. Masalah Penangguhan 2. YB Menteri Kerja (Selasa) Chin Tong Projek Menaiktaraf Jalan Raya (Kluang) FT50

** Ucapan-ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)