PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IBDP) DI THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (MCKK) & KOLEJ TUNKU KURSHIAH (TKC) BAGI SESI PENGAJIAN 2018/2020

Program Diploma International Baccalaureate (IBDP) adalah program pra-universiti yang menerima pengiiktirafan antarabangsa. Program ini dijalankan selama 4 semester (2 tahun). Bagi sesi pengajian 2018/2020, Kementerian Pendidikan menawarkan IBDP di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Lepasan diploma IBDP boleh meneruskan pengajian ijazah mereka di universiti dalam dan luar negara. IBDP di KPM menerima pelajar-pelajar yang ditaja sepenuhnya oleh organisasi Kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan persendirian.

Calon-calon yang berkelayakan dan berminat dijemput untuk memohon dengan melayari laman web rasmi MCKK di www.ibdpmckk.com dan TKC di www.tkc.edu.my/diplomaprogramme.

Cara untuk memohon 1. Muat turun borang permohonan ke The Malay College Kuala Kangsar http://ibdpmckk.com/ dan Kolej Tunku Kurshiah http://tkc.edu.my/diplomaprogramme 2. Mengisi borang permohonan yang telah disediakan 3. Menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke e-mel [email protected] atau [email protected] 4. Mencetak borang permohonan anda dengan salinan dokumen sokongan yang telah diperakui dan poskan ke alamat berikut: 4.1 Bagi pelajar lelaki;

International Baccalaureate Diploma Programme The Malay College Kuala Kangsar Kompleks Sultan Azlan Shah 33000 Kuala Kangsar Perak, Malaysia (U/P: Cik Norsafaliza binti Ibrahim)

Tel: +605-7761400 Fax: +605-7764500 Email: [email protected]

Tarikh tutup permohonan: 15 April 2018 (Ahad) Tarikh kemasukan: 26 Jun 2018 (Selasa)

*** Beberapa biasiswa akan ditawarkan kepada calon yang layak

4.2 Bagi pelajar perempuan;

International Baccalaureate Diploma Programme Kolej Tunku Kurshiah 71760 , , Malaysia (U/P: Pn. Hafitah binti Baharudin)

Tel: +606-7979872 Faks: +606-7979801 Email: [email protected] FB page: ibdptkc Intagram: ibdp_tkc

Tarikh tutup permohonan: 30 April 2018 (Isnin) Tarikh kemasukan: 26 Jun 2018 (Selasa)

*** Beberapa biasiswa akan ditawarkan kepada calon yang layak