Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

FILEM PROPAGANDA

Syaher Bin Nordin

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Sinematografi)

2015

FILEM PROPAGANDA

SYAHER BIN NORDIN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Sinematografi)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI

2015

Kajian bertajuk “Filem Propaganda” dan projek “POSISI” telah disediakan oleh Syaher Bin

Nordin dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi).

Diterima untuk diperiksa oleh:

------

( Yow Chong Lee )

Tarikh:

------

KANDUNGAN

Halaman

PENGHARGAAN 1

BAB 1: PENGENALAN TAJUK 2

PENDAHULUAN 2

LATAR BELAKANG KAJIAN 8

PENYATAAN MASALAH 9

OBJEKTIF KAJIAN 10

PERSOALAN KAJIAN 11

SKOP KAJIAN 11

LIMITASI KAJIAN 11

KEPENTINGAN KAJIAN 12

KESIMPULAN 13

BAB 2: SOROTAN KAJIAN 14

MENCIPTA DAN MENONJOLKAN UNSUR PROPAGANDA DALAM FILEM 14

KESIMPULAN 20

BAB 3: METODOLOGI PENYELIDIKAN 22

PENGENALAN 22

KERANGKA KAJIAN 22

KAEDAH TEMU BUAL 23 KAEDAH TEXTUAL ANALYSIS 23

ACTION RESEARCH 24

BAB 4: ANALISIS 25

ANALISIS FILEM 25

FAKTOR-FAKTOR PEMBIKINAN FILEM PROPAGANDA 25

PENAJAAN DAN SOKONGAN 25

SEKATAN 27

KESIMPULAN ANALISA 28

UNSUR DAN ELEMEN PROPAGANDA 28

Card Stacking dan Name Calling 28

Testimony dan Glittering Generalities 30

Dialog 31

Identiti 33

Nasionalisme 34

BAB 5: APLIKASI DALAM PROJEK TAHUN AKHIR 37

BAB 6: KESIMPULAN 39

BIBLIOGRAFI 42

PENGHARGAAN

بسمميحرلانمحرلا هللا

Alhamdulillah, segala puji bagi tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat, limpah kurnia dan izinNya dapat penulis sempurnakan disertasi ini dengan jayanya. Penulis mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan disertasi ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Encik

Yow Chong Lee, penyelia disertasi ini yang banyak memberikan panduan dan bimbingan.

Segala bantuan, tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan menguatkan semangat dan keazaman penulis bagi menyempurnakan penulisan ini.

بيداه بينتي هجي ساديران Khas buat bonda yang disayangi

pengorbananmu adalah pembakar semangatku untuk terus berjuang,

buat kakak-kakak yang diingati,

kejayaanku bakal menebus maruah keluarga.

Buat teman-teman seperjuangan,

kalian mempunyai keistimewaan tersendiri,

terima kasih atas segalanya.

Dan

,yang telah pergi buat selamanya هجي نوردين بين ئبدوهلل kepada ayahanda

anakanda sentiasa mendoakan kesejahteraan mu,

semoga roh mu dicucurkan rahmat Allah Subhanallah Ta'ala.

Amin Ya Rahman, Ya Rohim.

تولوس اكلس داري اناكدا مو ساهير بين نوردين 2 Jun 2015

1

BAB 1

PENGENALAN TAJUK

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, filem propaganda bermaksud filem yang mengandungi kecenderungan dan pendekatan penerbit untuk menyalurkan ideologi politik. Tujuannya ialah untuk menimbulkan sesuatu isu atau pengaruh. (Kamus Dewan

Bahasa dan Pustaka edisi keempat, 2005). Kebanyakan unsur-unsur propaganda mempunyai kepelbagaian terhadap elemen-elemen seperti politik, isu semasa, ekonomi, sosial, budaya, dan nasionalisma.

“Any act of promotion can be propaganda only if and when it becomes part of a

deliberate campaign to induce action through influencing attitudes. Once it is

established that any statement, book, poster or rumour, any paradel or exhibition,

any statue or historic monument, any scientific achievement or abstract of statistic,

whether true or false, rational or irrational in appeal or presentation, originates as

the delibetate policy of someone trying to control or alter attitudes, then that thing

or activity becomes part of a propaganda”. (Nicholas Reeves). P, 11.

Kenyataan di atas menyatakan bahawa propaganda merupakan suatu tindakan untuk mengawal dan memberi pengaruh terhadap tingkahlaku manusia. Tindakan tersebut melibatkan apa-apa medium seperti buku, poster, bahan seni mahupun polisi untuk mengawal tingkah laku manusia. Persembahan tersebut diserapkan ke dalam filem sebagai alat untuk mempengaruhi penonton sesebuah filem.

Menurut L. W. Doob (1935) pula, definisi propaganda adalah;

2

“If individuals are controled through the use of suggestion … then the process may be

called propaganda , regardless of whether or not the propagandist intends to exercise

the control. On the other hand, if individuals are effected in such a way what the same

result would be obtained with or without the aid of suggestion, then this process may

be called education, regardless of the intention of the educater.” ( p. 80).

Oleh itu, adalah nyata bahawa propaganda melibatkan pengawalan individu dari segi pemikiran, tingkah laku dan sikapnya. Propaganda boleh berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan atau menyalurkan idea, cadangan, atau pemikiran seseorang kepada umum.

Dalam bidang perfileman di dunia ini, sejarah filem propaganda bermula pada tahun 1933 apabila German menubuhkan Kementerian Propaganda pada 14 Julai 1933. (Wollenberg,

1948, p. 36) yang berfungsi untuk mengawal idea tentang keseluruhan media kesasteraan, teater, muzik, seni halus, akhbar, radio, dan juga industri perfileman.

Selain negara German, terdapat juga negara-negara lain yang menggunakan filem sebagai alat untuk menyampaikan propaganda. Contohnya, negara Jepun juga menggunakan filem sebagai alat untuk menyebarkan propaganda.

”Jepun sangat menyedari pentingnya media filem sebagai alat propaganda. Filem

sesuatu bangsa mencerminkan mentaliti bangsa itu lebih yang digambarkan atau yang

tercermin melalui media artistik yang lain.” (Biran, 2009)

Hal ini menunjukkan filem propaganda bukan sahaja digunakan oleh Soviet Russia dan

Nazi German. Jepun juga tidak ketinggalan menggunakan filem sebagai alat untuk tujuan propaganda. Tetapi penyataan Biran (2009) di atas, filem propaganda Jepun lebih menfokuskan bangsa dan pemikiran bangsa Jepun sendiri. Jepun akan mengambarkan atau menvisualkan lakonan dalam filem propaganda yang sentiasa lebih baik dan lebih hebat daripada kehidupan bangsa Jepun yang sebenar.

3

Filem yang berunsur propaganda merupakan satu bentuk olahan cerita yang digunapakai oleh pengarah untuk membuatkan sesebuah jalan cerita dalam filem tersebut lebih menarik. Selain itu, filem yang mempunyai unsur propaganda mampu mempengaruhi penonton.

Hal ini dikuatkan lagi degan pernyataan David Welch. Menurut (Welch, 2001), filem yang berbentuk propaganda mempunyai kelebihan terutamanya kepada golongan orang muda yang gemar menonton filem, sekaligus menggunakan filem sebagai alat untuk memainkan emosi. Katanya lagi, filem adalah medium yang sempurna untuk menggabungkan persembahan filem dan propaganda.

Penyampaian cerita dalam sesebuah filem propaganda juga memainkan peranan yang penting kerana penyampaian sesebuah jalan cerita itu adalah untuk menarik kepercayaan penonton terhadap sesuatu perkara. Pelbagai cara digunakan dalam sesebuah filem propaganda dalam penyampaian cerita. Salah satu cara yang digunakan adalah penipuan secara tidak terus. Penipuan secara tidak terus ini digunakan dalam filem propaganda, dan berkemungkinan penonton tidak sedar bahawa mereka sedang ditipu tentang perkara yang disampaikan melalui jalan cerita filem propaganda tersebut. (Welch, 2001), p.38).

“As opposed Hitler‟s concept of propaganda, this aspect of the Nazi cinema might be

termed the „lie indirect‟. It is evident from […..] that successful propaganda should

reinforce opinions and feelings that people already should.” (Welch, 2001, p. 38)

Teknik yang digunakan oleh Nazi lebih menfokuskan kejayaan dalam menyampaikan propaganda dalam filem yang ditayangkan. Penilaian sebegini penting dan dijadikan kayu pengukur terhadap sesebuah filem propaganda.

4

Hal ini menunjukkan bahawa terdapatnya pengarah dan organisasi yang faham akan perlunya filem untuk menyampaikan propaganda yang tersendiri dan membina keyakinan penonton terhadap apa-apa yang disampaikan melalui filem tersebut.

Perkara ini menunjukkan sesebuah organisasi perlu memaparkan propagandanya yang tersendiri untuk membentuk kepercayaan dan keyakinan penonton terhadap organisasi mereka. Contohnya, Nazi memperkenalkan filem yang berunsur propaganda untuk ditayangkan di sekolah, perkara ini dilakukan kerana ingin memupuk keyakinan dan kepercayaan pelajar sekolah terhadap Nazi sendiri. Di sini kita boleh melihat tentang kepentingan filem propaganda berfungsi kepada Nazi suatu ketika dahulu. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan;

“At the beginning the Nazis had to establish a complex organization for the use of

these film in the classrooms. The films shown were usually propaganda and culture

films.” (Welch, 2001, p. 19).

Filem berunsur propaganda kebiasaanya digunakan dalam filem yang bergenre sejarah, peperangan dan politik. Perkara ini berfungsi sebagai pembina keyakinan dan kepercayaan penonton terhadap sesebuah organisasi.

Propaganda yang terkandung dalam sesebuah filem seperti tentang ideologi, ekonomi, peperangan, politik dan sosial yang digunakan oleh Soviet Union, Nazi German, Jepun, atau negara-negara lain suatu ketika dahulu ataupun sehingga kini untuk menarik perhatian dan kepercayaan serta keyakinan orang lain terhadap sesuatu pihak.

“Kerana ideologi dihubungkan dengan gagagsan tentang perjuangan, maka sudah

tentu ada sesuatu keyakinan, adanya kaitan antara pengetahuan dan kekuasaan.”

(Haryatmoke, 2002).

5

Seperti yang dinyatakan oleh Haryatmoko (2002), penyampaiaan ideologi boleh dikaitkan dengan perjuangan yang dilakukan oleh sesuatu pihak. Hal ini berlaku kerana propagandis ingin menanamkan keyakinan dan kepercayaan terhadap perjuangan yang diperjuangkan oleh sesuatu pihak.

Soviet Russia dan Nazi German membuat propaganda dalam filem kerana kedua-dua negara tersebut ingin mengukuhkan kuasa pemerintahan di negaranya sendiri. Perkara ini penting bagi pihak pemerintah negara Soviet Russia dan Nazi German untuk terus kekal berkuasa dan mendapat sokongan rakyat pada ketika itu. Tidak seperti di Tanah Melayu,

British mewujudkan Malayan Film Unit untuk mengukuhkan kedudukan, kuasa dan pemerintahannya di tanah jajahannya iaitu Tanah Melayu. Menurut Hassan, (2013),

Malayan Film Unit(MFU) ditubuhkan pada tahun 1952, General Sir Gerald Templer yang tiba di Malaya daripada London untuk mengambil alih operasi menentang Malayan

Communist Party (MCP). Pada ketika itu, penghasilan filem-filem propaganda lebih tertumpu kepada filem dokumentari.

Di Malaysia, kerajaan pemerintah menubuhkan satu organisasi khas untuk mencipta propaganda melalui penghasilan dan penayangan filem di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Malayan Film Unit (MFU) merupakan organisasi pertama yang diwujudkan oleh kerajaan untuk menghasilkan filem propaganda dan ditayangkan kepada orang awam.

Menurut Hassan, (2013), “They become an important medium by which the Government communicated to the populace about the social, economic and political develepments occurring in the country”(p.84). Kenyataan ini jelas menyatakan Malayan Film Unit

(MFU) sangat penting bagi pemerintah British yang menguasai Tanah Melayu yang ketika itu masih dalam jajahan British. Malayan Film Unit (MFU) juga memainkan peranan kepada bakal kerajaan yang dipilih oleh penjajah British iaitu United Malays National

6

Organisation (UMNO). Pada sekitar tahun tersebut, kedudukan dan penguasaan British di

Tanah Melayu sedang diancam oleh komunis. Filem propaganda yang dihasilkan pada ketika itu dijadikan medium utama komunikasi tentang sosial, ekonomi dan pengurusan politik yang ditadbir oleh British kepada penduduk Tanah Melayu. Dengan cara tersebut,

British dapat membina keyakinan dan kepercayaan penduduk Tanah Melayu sekaligus dapat mengukuhkan penguasaan di kawasan jajahannya daripada ancaman komunis.

Propaganda-propaganda British dalam filem-filem yang dihasilkan ketika itu jelas mempunyai unsur propaganda supaya penduduk Tanah Melayu terus menyokong kedudukan penjajah British di Tanah Melayu. Perkara ini disokong lagi dengan kenyataan;

“Dengan tertubuhnya Malayan Film Unit (MFU) bermulalah satu sejarah di mana

sebuah badan perfileman yang dikawal oleh kerajaan melaksanakan tugas dan

tanggungjawabnya menerbitkan filem-filem bercorak dokumentari bertujuan memberi

maklumat, pendidikan dan menjelaskan propaganda kerajaan yang pada ketika itu

sedang menghadapi ancaman dari anasir komunis.” (Reporitory, p. 145).

Jika dilihat sejarah organisasi yang mengurus tadbir perfileman negara ini, sejarahnya bermula dengan penubuhan MFU 1946. Kemudiannya nama Malayan Film Unit (MFU) ditukar kepada Filem Negara Malaysia (MFU) pada 22 November 1963. Pada ketika itu, hanya ada satu pejabat cawangan Filem Negara Malaysia (FNM) bertempat di Banggunan

Radio Televisyen Malaysia (RTM) Satok, , Malaysia. Jabatan Penerangan

Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia, Berita Nasional Malaysia (),

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dan Jabatan Hal Ehwal Khas ditubuhkan untuk mengurus tadbir industri perfileman di Malaysia dan fungsi serta objektifnya adalah untuk menyebarkan dakyah dan propaganda kerajaan kepada

7 masyarakat. Organisasi-organisasi tersebut pula dikawal oleh Kementerian Penerangan

Malaysia.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Malayan Film Unit (MFU) ditubuhkan pada tahun 1946. Malayan Film Unit (MFU) menerbitkan filem –filem bercorak menentang dakyah komunis. Antara bentuk filem yang diterbitkan adalah dokumentari berkaitan ilmiah dan peristiwa semasa. Malayan Film Unit

(MFU) juga menerbitkan filem treler berkaitan perayaan, kempen, animasi, dan selingan(iklan). Mengikut perubahan waktu ketika itu, Malayan Film Unit (MFU) telah ditukar nama kepada Filem Negara Malaysia (FNM). Walau bagaimanapun, fungsi dan tanggungjawab organisasi tersebut masih sama walaupun telah ditukar nama. “Pertukaran nama dari MFU ke FNM telah berlaku pada 22 November 1963” (Reporitory, p. 161).

Filem Negara Malaysia (FNM) mempunyai objektifnya tersendiri yang lebih cenderung memihak kepada kerajaan Malaysia, sekaligus kerajaan Malaysia dapat memanfaatkan sepenuhnya fungsi-fungsi Filem Negara Malaysia (FNM) untuk menyampaikan propaganda kepada masyarakat antarabangsa, khusunya rakyat Malaysia. Hal ini kerana terdapat juga filem-filem yang dihasilkan ditayangkan di luar negara. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan satu kenyataan berkaitan objektif Filem Negara Malaysia (FNM);

“Membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman rakyat dalam negara serta

masyarakat antarabangsa mengenai dasar, program dan pencapaian kerajaan”.

(Reporrity, p. 167).

Kenyaataan di atas jelas menunjukkan fungsi-fungsi Malayan Film Unit dan Filem

Negara Malaysia (FNM) yang lebih memihak kepada kerajaan walaupun telah berlaku

8 perubahan nama tetapi masih mengekalkan prinsip yang sama iaitu menyampaikan propaganda kepada rakyat Malaysia.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Dalam penghasilan filem-filem propaganda, filem-filem tersebut memberi kepentingan terhadap organisasi ataupun pihak tertentu. Sebagai contoh, Nazi German dan Soviet

Russia mempunyai kepentingan terhadap filem-filem yang diterbitkan kerana filem tersebut mempuyai unsur memuji tentang kehebatan pemerintahan masing-masing. Jepun juga menyampaikan propagandanya yang tersendiri melalui tayangan filem, tetapi Jepun lebih mementingkan propaganda dari segi budaya mereka. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menggunakan propaganda dalam filem yang berkepentingan terhadap kerajaan pemerintah.

Terdapat filem di Malaysia yang menggunakan filem sebagai alat untuk menyampaikan propaganda bertujuan menyebarkan ideologi, idea atau kepercayaan tertentu. Propaganda hanya memberikan keuntungan dan manfaat kepada pihak yang berkepentingan. Terdapat banyak propaganda politik, ekonomi, dan sosial yang diserapkan ke dalam filem untuk dijadikan bahan tontonan umum dengan memanipulasikan lambang parti-parti politik dan psikologi individu demi mencapai agenda ataupun konspirasi tertentu.

Terdapat percanggahan pendapat di kalangan penonton tentang filem 1957: Hati

Malaya dan Tanda Putera. Ada dua golongan penonton yang memberi pendapat berbeza tentang kedua-dua filem tersebut, satu golongan mengatakan filem Hati Malaya dan Tanda

Putera sebagai filem propaganda, manakala satu golongan lagi menyatakan filem Hati

Malaya dan Tanda Putera bukan filem propaganda. Datangnya percanggahan tersebut

9 kerana tiada kajian akedamik yang boleh membuktikan filem 1957: Hati Malaya dan

Tanda Putera adalah filem propaganda ataupun tidak.

Terdapat beberapa genre filem yang mempunyai unsur propaganda lazimnya filem berunsur sejarah. Terdapat juga filem propaganda yang mengisahkan peperangan samaada melalui konteks fiksyen ataupun non-fiksyen. Filem-filem tersebut berfungsi sebagai senjata psikologi kepada pihak lawan dalam sesebuah pentadbiran, politik dan sosial dalam sesebuah negara sekaligus menjadikan sesebuah filem tersebut sebagai salah satu senjata untuk mempengaruhi penonton.

Kesukaran untuk menentukan samada sesebuah filem itu berunsur propaganda merupakan suatu cabaran yang diangkat oleh kajian ini. Hal ini kerana terdapatnya percanggahan pendapat terhadap filem-filem yang boleh dikategorikan sebagai filem propaganda atau tidak. Ada pihak menafikan, namun terdapat juga pihak yang berpendapat

“ya”. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji lebih mendalam terhadap perkara ini.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Mengkaji faktor-faktor penghasilan filem yang berunsurkan propaganda

Terutamanya dari aspek ideologi, politik, sosial dan ekonomi.

1.3.2 Mengenalpasti unsur-unsur yang ada dalam sesebuah filem propaganda.

1.3.3 Menganalisa filem-filem yang dipilih iaitu 1957:Hati Malaya dan Tanda

Putera.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

10

1.4.1 Apakah faktor penghasilan filem berunsur propaganda dalam sesebuah negara?

1.4.2 Bagaimanakah untuk menentukan sesebuah filem sebagai filem propaganda?

1.4.3 Apakah filem 1957:Hati Malaya dan Tanda Putera filem propaganda?

1.5 SKOP KAJIAN

Walaupun terdapat kajian tentang filem propaganda di Tanah Melayu, namun kajian secara spesifik seperti ini tidak pernah dibuat dalam era globlalisasi oleh pangkaji lain.

Maka pengkaji tidak mempunyai kaedah metodologi yang terbaik untuk melihat kajian ini secara menyeluruh. Walaubagaimanapun, filem rujukan yang dipilih oleh pengkaji mampu untuk melihat pembinaan propaganda dalam filem di negara ini. Pengkaji juga meneliti pihak berkepentingan dalam dua filem yang telah dihasilkan di Malaysia iaitu filem berjudul “Tanda Putera”, dan “1957: Hati Malaya”.

1.6 LIMITASI KAJIAN

Skop kajian ini memberi fokus terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada penghasilan filem propaganda di Malaysia. Antara faktor-faktor penyumbang kepada penghasilan filem propaganda adalah pihak yang berkepentingan terutamanya pihak kerajaan atau pelbagai organisasi yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Tumpuan utama kajian adalah bagi menilai dua filem yang dijadikan sebagai pemerhatian filem iaitu filem 1957: Hati Malaya dan Tanda Putera.

11

Di samping itu, kajian ini turut memberi penekanan terhadap sumber dana atau grant yang diperolehi oleh pengarah filem terbabit. Hasilnya, pemerhatian terhadap dua filem tersebut yang dianggap sebagai filem propaganda dapat ditentu nilaikan serta unsur propaganda dalam filem di Malaysia dapat dipastikan bagi menentukan filem yang dihasilkan adalah filem propaganda ataupun tidak.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pembentukan filem propaganda di

Malaysia. Unsur-unsur propaganda dilihat sangat penting bagi membuatkan sesebuah filem propaganda itu berjaya membina kepercayaan dan tingkah laku penonton. Pengkaji menginginkan pembaharuan idea kepada unsur-unsur propaganda untuk menjadikan filem yang dihasilkan lebih menarik, lebih meyakinkan, dan menimbulkan kepercayaan dalam kalangan penonton dalam filem bergenre sejarah/ bibliografi. Pembentukan propaganda dalam filem bukan sahaja memberikan kesan kepada berjayanya sesebuah filem masa kini tetapi juga memberikan kesan kepada masyarakat global umumnya, khasnya rakyat di

Malaysia. Di Malaysia, filem berunsur propaganda kebiasaanya digunakan untuk tujuan menarik minat penonton dan seterusnya membina kepercayaan terhadap penonton.

Dalam kajian ini, filem Tanda Putera dan 1957: Hati Malaya telah dipilih kerana kedua-dua filem tersebut belum pernah dibincangkan secara akedemik oleh ahli akedemik mahupun pelajar Pusat Pengajian Tinggi (IPT). Kedua-dua filem berikut juga akan dianalisis secara akedemik bagi mengenalpasti apakah kedua-dua filem tersebut merupakan filem propaganda.

12

1.8 KESIMPULAN

Bab ini merujuk kepada pengenalan serta latar belakang filem propaganda di

Malaysia. Struktur pembinaan dan penyampaian propaganda melalui filem mampu membina kepercayaan dan keyakinan penonton di Malaysia. Dalam hal ini, mengapa filem propaganda di Malaysia masih memberikan manfaat kepada satu pihak. Apakah teknik propaganda yang menggunakan populariti berbanding menggunakan ideolism yang lebih menarik berhasil dalam menarik minat, membina kepercayaan dan keyakinan rakyat

Malaysia khususnya filem buatan tempatan. Filem tempatan sudah mencapai zaman kegemilangan yang tersendiri dan sekarang hanya terserah kepada masyarakat Malaysia untuk menentukan hala tuju dan masa depan industri perfileman negara agar lebih baik dengan adanya unsur propaganda.

13

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0 MENCIPTA DAN MENONJOLKAN UNSUR PROPAGANDA DALAM

FILEM

Unsur propaganda dalam filem amat penting untuk memastikan kelancaran sesebuah filem yang dicipta khas untuk menyampaikan propaganda. Kecekapan ahli panel skrip juga dibina dengan jelas tentang hala tuju propaganda dan matlamat sesebuah filem propaganda itu dihasilkan. Pengarah sesebuah filem propaganda perlu cekap untuk mencungkil perasaan, emosi, dan suasana bagi menjana keberhasilan keyakinan terhadap sesuatu perkara yang disampaikan dengan jayanya.

Unsur-unsur propaganda dalam filem perlu diserapkan dengan beberapa tujuan lain agar filem tersebut lebih menarik kerana filem propaganda memaparkan tanda-tanda atau mesej dalam menyampaikan sesuatu perkara. “Dalam menghasilkan sebuah filem, seorang pengarah filem pasti tidak memilih suatu adegan ataupun menampilkan tanda-tanda dalam filemnya tanpa memiliki tujuan” (Maydelin, 2012). Kenyataan tersebut boleh dikaitkan dengan tujuan sesuatu filem itu dihasilkan kerana setiap filem mempunyai mesej yang tersendiri lebih-lebih lagi filem propaganda.

B. Ogle‟s menyatakan “Propaganda is any effort to change opinions or attitudes…

The propagandist is anymore who communicates his ideas with the intent of influencing his listener” (Jacques, 1965, p. xi). Kenyataan B. Ogle‟s yang mengatakan bahawa propaganda mampu mengubah pendapat atau tingkahlaku manusia. Perubahan yang berlaku terhadap pendapat dan tingkahlaku manusia sekaligus akan membentuk kepercayaan penonton. Manakala S.Jowett & O‟Donnell pula menyatakan “The purpose

14 of propaganda is to send out an ideology to an audience with a related objective”(p.3).

Kenyataan S.Jowett & O‟Donnell ini mengukuhkan lagi tentang perubahan yang dialami oleh penonton dari segi sikap dan tingkahlaku. Hal ini berlaku kerana penerimaan informasi oleh penonton yang dianggap fakta sebenar.

Menurut (Biran, 2009), “propaganda berfungsi sebagai alat untuk membina kepercayaan daripada orang ramai kepada pihak atau organisasi tertentu”. Mereka juga percaya bahawa filem propaganda sememangnya berfungsi kepada parti politik atau sesuatu gerakan sosial di sesuatu tempat. Dalam filem propaganda, unsur perkauman atau bangsa yang diselitkan dalam penceritaan filem juga memainkan peranan kepada pihak yang berkepentingan. Perkara tersebut dikukuhkan lagi dengan kenyataan; Prof Dr Rashila

Ramli dan Felo Penyelidik Dr Richaed Mason berpendapat unsur perkauman diselitkan dalam filem propaganda Hollywood mengenai filem perang Amerika dengan Jepun dari tahun 1941 hingga 1945 (Saiful, 2013, p. 1). Kenyataan “The United States relied on a losse collection of social psychologist and other social scientists to develop its campaign, to boost the Nation‟s morale, and to diffuse the impact of Nazi propaganda” (Pratkanis &

Aronson, 1992) juga boleh dikaitkan dengan unsur perkauman atau bangsa melalui nilai moral sesuatu bangsa antara dua negara dalam filem propaganda. Hal ini menunjukkan bahawa unsur-unsur perkauman juga memainkan peranan dalam proses pembentukan sesebuah filem propaganda. Manakala kenyataan “because propaganda enterprises are limited by the necessity for physical organization and action without which propaganda is practically non-existent-effective propaganda can work only inside a group, principally inside a nation” (Jacques, 1965). Kenyataan ini juga boleh dikaitkan dengan sesuatu bangsa yang terdapat di negara tertentu. Melalui kenyataan Jacques, propaganda itu tidak berlaku hanya dalam kumpulan atau negara tetapi propaganda berlaku antara kumpulan

15 atau negara sekaligus tiga pendapat yang dinyatakan di atas dapat membuktikan bahawa unsur bangsa menjadi salah satu unsur propaganda.

Dalam memaparkan unsur-unsur propaganda dalam filem yang dihasilkan, penghasilan maklumat yang dianggap tepat diperkenalkan dalam cerita dan perkara tersebut dianggap fakta sebenar dan perlu dipercayai oleh penonton. Dalam filem propaganda, pembinaan fakta yang dicipta atau dianggap tepat sememangnya perlu dilakukan bagi meyakinkan penonton terutamanya penayangan filem-filem yang mempunyai sasaran penonton seperti golongan tertentu ataupun tempat-tempat tertentu.

Perkara ini boleh dikaitkan dengan kenyataan;

“Propaganda usually operates by utilizing established facts, building on

conventional […]beliefs and, in particular, playing on the fears or disires of the

target audience” (Franklin, 2005, p. 33).

Fakta yang dicipta atau dianggap tepat dan kemudiannya disampaikan kepada penonton adalah untuk membina kepercayaan di kalangan penonton atau membina kebimbangan dan keraguan kepada penonton terhadap sesuatu perkara.

Tokoh ataupun individu yang berpengaruh juga menjadi salah satu unsur propaganda dalam penghasilan filem propaganda. Hal ini kerana individu yang memiliki kuasa dalam pemerintahan lebih dikenali dalam kalangan masyarakat. Pengaruh yang dimiliki oleh individu tersebut juga menjadi faktor untuk membina kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan penonton. Dalam memindahkan maklumat berbentuk propaganda kepada penonton, perkara-perkara tersebut penting supaya propaganda yang dicipta diterima oleh penonton. Perkara ini disokong dengan kenyataan (Maydelin, 2012);

“Pemindahan yang dimaksudkan dalam propaganda adalah bagaimana kekuasaan

atau pengaruh sesuatu yang lebih dihormati serta dipuja dari hal lain dapat

16

menyalurkan propaganda tersebut agar boleh diterima. Kekuasaan atau pengaruh

yang dimaksudkan boleh berupa seseorang yang memang memiliki kekuasaan dan

pengaruh besar, atau juga berbentuk simbolik” (p.98).

Kanyataan Maydelin(2002) di atas mengatakan bahawa selain individu yang mempunyai kuasa dan pengaruh, unsur-unsur propaganda juga boleh berbentuk simbolik yang mungkin membawa maksud atau mesej yang sama untuk disampaikan kepada penonton.

Di Malaysia, terdapat undang-undang yang membolehkan pihak kerajaan menapis, menahan, melupuskan filem yang tidak diluluskan oleh kerajaan Malaysia. Hal ini bermakna kerajaan Malaysia berhak untuk menapis, menahan, atau melupuskan filem yang dihasilkan di malaysia atau filem yang diekspot ke Malaysia berdasarkan peruntukan undang-undang Malaysia dibawah Akta 620 Lembaga Penapisan Filem 2002 pindaan 1

Januari 2006. Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian dalam undang-undang tersebut yang lebih memihak kepada kerajaan Malaysia. Seperti yang termaktub dalam Undang-

Undang Malaysia Akta 620 Akta Penapisan filem 2002 pindaan 2006, Bahagian V: Kuasa

Menteri: Pengecualian- Perkara 28 (a) dan (b) : (Malaysia, 2006, p. 20).

Menteri boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan olehnya-

(a) mengecualikan apa-apa filem atau kelas, termasuklah filem yang ditaja

oleh Kerajaan Persekutuan berikutan dengan sesuatu triti, perjanjian

atau perkiraan yang Kerajaan Persekutuan menjadi kepada pihak

kepadanya, daripada pemakian mana-mana peruntukan Akta ini atau

peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan

(b) jika dia berpuas hati bahawa tidak akan bertentangan dengan

kepentingan awam atau kepentingan negara untuk berbuat demikian,

17

mengecualikan mana-mana orang atau apa-apa filem atau bahan

publisiti filem daripada mana-mana peruntukan Akta ini atau

peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta ini.

Penapisan filem dilakukan di Malaysia supaya pihak berkepentingan dalam negara ini dapat menyekat informasi yang disampaikan oleh pihak lain melalui filem. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia menyekat atau menapis sesebuah filem kerana pihak kerajaan berasa tergugat tentang informasi atau perkara negatif yang akan disampaikan kepada penonton melalui filem yang ditayangkan. Di sini dapat dilihat bagaimana sekatan dan penapisan filem dilakukan oleh sesebuah kerajaan yang memerintah sesebuah negara.

Perkara ini boleh dikaitkan dengan kenyataan Franklin(2005) yang menyatakan

“Censorship is usually understood negatively to involve the withholding or limiting of information” (p.33). Kenyataan tersebut mengatakan bahawa penapisan dilakukan untuk mengehadkan maklumat dan biasanya maklumat yang diterima oleh penonton secara negatif dalam sesebuah filem propaganda. Sebagai contoh, filem yang berjudul “The Last

Communist” arahan Amir Muhammad yang diterbitkan pada tahun 2006 telah disekat penayangannya kerana filem tersebut dianggap mengisahkan Parti Komunis Malaya(PKM) dan Chin Peng yang merupakan ketua Parti Komunis Malaya(PKM). Filem “Banglasia” arahan Namewee yang dihasilkan pada 2014 juga mendapat nasib yang sama apabila disekat penayangan oleh kerajaan Malaysia kerana filem tersebut dikatakan mengkritik kerajaan Malaysia. “The movie Banglasia by controversial director Namewee, scheduled for release in cinema on January 30, has been banned by the National Cencorship Board

(LPF) and Home Ministry (KDN) during the Approval” (MalaysianDigest, 2014). Laporan akhbar tersebut jelas mengatakan penapisan filem tersebut telah dilakukan oleh dua

18 organisasi kerajaan iaitu Lembaga Penapisan Filem(LPF) dan Kementerian Dalam

Negeri(KDN).

Penapisan filem juga memainkan peranan dan penting serta berfungsi bagi sesebuah organisasi seperti pihak kerajaan. Hal ini disokong oleh Miller(2003), dalam buku bertajuk

Key Concepts in Journalism Studies tulisan Franklin (2005), yang menyatakan; “Censorhip is functions of all governments no matters how Liberal, especially in times of war” (p.33).

Kenyataan tersebut mengukuhkan lagi fungsi penapisan filem kepada pihak kerajaan dan kenyataan tersebut jelas membuktikan betapa pentingnya penapisan maklumat terhadap sesebuah kerajaan di sesebuah negara.

Peranan organisasi-organisasi kerajaan Malaysia dalam menyalurkan dana kepada pengarah atau penerbit filem juga menjadi salah satu faktor terhasilnya filem propaganda.

Proses pemberian dana kepada pengarah filem biasanya disokong oleh Kementerian

Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, manakala FINAS akan memberikan dana kepada pengarah filem tersebut untuk menerbitkan filem. Salah satu filem yang menerima dana daripada organisasi Kerajaan Malaysia adalah filem Tanda Putera. Memetik satu laporan akhbar elektronik pada 23 September 2013 terbitan Utusan Malaysia, “Menteri

Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementerian melalui program itu memperuntukkan sebanyak RM2 juta dalam bentuk tunai dan

RM700,000 berupa kemudahan produksi untuk penerbitan filem Tanda Putera.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) pula telah memperuntukkan sebanyak

RM2 juta melalui geran pembangunan kandungan (BCi2) untuk pembikinan filem tersebut

(Utusan, 2013).

19