Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 4: No. 15 (September 2020) page 56-69 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 KUASA BELI PELANCONG DALAM PENGGUNAAN SEKTOR PERKHIDMATAN TERPILIH KOTA KINABALU, SABAH (Tourists’ Purchasing Power in The Use of Selected Services Sector In Kota Kinabalu, Sabah) Jabil Mapjabil1, Kasim Mansur2, Gaim James Lunkapis3, Harifah Mohd Noor3, Badariah Ab Rahman1 & Nabila Farysha Dering1 1 Institut Kajian Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah 2 Fakulti Perakaunan, Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sabah 3 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
[email protected] Abstrak: Artikel ini meneliti tentang kuasa beli pelancong dalam penggunaan sektor perkhidmatan terpilih di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Antara sektor perkhidmatan itu adalah pengangkutan, penginapan serta makanan dan minuman. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik. Untuk itu, seramai 150 orang responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan daripada lapan penyataan untuk pemilihan sektor perkhidmatan, lima menunjukkan skor min ‘tinggi’ antara 3.62 hingga 3.95 dan tiga mencatatkan skor min ‘sederhana’ dalam julat 2.99 hingga 3.09. Seterusnya, skor min tertinggi adalah 3.95 untuk penggunaan sektor perkhidmatan pengangkutan iaitu bas, van, grab dan lain-lain yang lebih murah agar kuasa beli meningkat. Manakala skor min terendah pula adalah memilih untuk makan di restoran (seperti coffee house, bistro, cafe dll.) yang lebih berkualiti (privasi dan persekitaran yang tenteram) meskipun kuasa beli tidak meningkat. Kata kunci: Kuasa Beli, Perkhidmatan Terpilih, Pelancong Abstract: This article examines the purchasing power of tourists in the selected services sector in Kota Kinabalu, Sabah. Among the service sectors are transportation, accommodation, and food and beverages.