Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 39 Rabu 21 November 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2019 (Halaman 26) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 25) Usul Anggaran Pembangunan 2019 (Halaman 26) DR.21.11.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Rabu, 21 November 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi mencapai objektif penubuhan rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang memberi jaminan terhadap penawaran harga barangan murah oleh kementerian sebelum ini tidak dicapai malah ianya dimonopoli oleh pihak tertentu. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Chong Chieng Jen]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Siput pada hari ini bersekali dengan Yang Berhormat Hulu Terengganu pada 3 Disember 2018 kerana menyinggung perkara yang sama iaitu berkenaan dengan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Tuan Yang di-Pertua, operasi Kedai Rakyat 1Malaysia telah ditutup sepenuhnya berkuat kuasa pada 30 Oktober 2017 setelah didapati bahawa objektif penubuhannya tidak berkesan, yang mana telah menelan perbelanjaan sebanyak RM300 juta untuk diwujudkan. Walau bagaimanapun, program KR1M telah distrukturkan dan dijenamakan semula kepada KR1M 2.0 bermula pada bulan Februari 2018, di mana dua rakan strategik telah dilantik untuk menawarkan barangan yang ditetapkan oleh kementerian pada harga yang berpatutan. Salah satu penambahbaikan yang bakal dilaksanakan adalah penglibatan lebih ramai lagi rakan strategik di bawah inisiatif ini agar sifat monopoli oleh satu pihak dapat dielakkan. Seterusnya, penyertaan syarikat peruncitan yang berkaliber dan mempunyai kewangan yang kukuh sebagai rakan strategik di bawah inisiatif ini akan ditambah dari semasa ke semasa. Selain itu, penjualan barangan yang murah tidak lagi diutamakan di bawah inisiatif ini. Namun begitu, apa yang dipromosikan adalah barangan dijual pada harga berpatutan dengan menggunakan jenama barangan itu sendiri. Pihak Kementerian juga dari semasa ke semasa akan melakukan proses perundingan dan mengambil kira pandangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak bagi menentukan barangan-barangan yang ditawarkan dimasukkan dalam inisiatif baharu ini. Sekian, terima kasih. DR.21.11.2018 2 Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas penjelasan tadi. Soalan tambahan saya. Dengan jawapan Timbalan Menteri, jelas bahawa kerajaan telah mengambil satu inisiatif terhadap kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam KR1M kerajaan sebelum ini dan berhasrat untuk meneruskan dengan KR1M 2.0. Jadi, saya minta penjelasanlah kerana sebelum ini ada banyak aduan berkenaan barang dijual Kedai Rakyat 1Malaysia dari segi kualitinya, dari segi tarikh luputnya dan juga dari segi perkhidmatannya yang memang tidak mencapai hasrat sebenar penubuhan untuk menjadi satu pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan harga barang yang lebih murah daripada harga di pasaran. Apakah kerajaan mengambil mekanisme yang boleh memberikan kesan yang lebih baik? Saya juga ingin hendak tanya kesan implikasi kewangan kepada negara apabila KR1M 2.0 diteruskan. Terima kasih. Tuan Chong Chieng Jen: Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Inisiatif baharu ini tidak akan di bawah jenama KR1M 2.0. Kita akan tukarkan jenamanya kepada satu jenama yang baharu. Apa yang disoalkan Yang Berhormat Sungai Siput mengenai impak kewangan kepada kerajaan, mekanisme yang akan kita menggunakan dalam inisiatif baharu ini adalah berbeza. Dahulu dalam KR1M 1.0, mekanismenya ialah kerajaan membekalkan dana, memperuntukkan dana untuk KR1M produce atau menghasilkan barangan jenama sendiri. Akan tetapi ini telah terbukti adalah tidak berkesan. Oleh sebab itu apa yang akan kita buat di bawah inisiatif baharu itu adalah kerajaan akan memainkan peranan sebagai negotiator di antara pembekal barangan atau pengilang dengan rakan strategik. Rakan strategik kita akan dapat itu bekalan barangan pada harga yang as low as posible, yang paling murah, supaya mereka boleh jualkan barangan di kedai mereka dengan harga yang berpatutan. ■1010 Oleh itu, tidak ada apa-apa kesan kewangan, ada impak kewangan kepada kerajaan atau kementerian. Kita hanya mainkan peranan sebagai negotiator di antara kedua-dua pihak itu. Sekian, terima kasih. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tahu lebih lanjut lagi tentang Kedai Rakyat 1Malaysia ini di mana kementerian bercadang untuk melaksanakan beberapa proses menambah baik terhadap operasi Kedai Rakyat 1Malaysia termasuklah membuka tender pembekalan dan juga lebih banyak pembekal berbanding dengan dua buah syarikat yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Jadi yang keduanya, hasrat untuk penjenamaan semula Kedai Rakyat 1Malaysia ini diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelumnya. Mungkin hari ini ditukar nama kepada ‘kedai harapan’ bagi memastikan matlamat asal meringankan atau menangani kos sara hidup rakyat. Jadi soalan saya, apakah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi dia punya hasrat Kedai Rakyat 1Malaysia ini sebenarnya untuk memberi peluang rakyat yang berpendapatan rendah untuk membeli barangan yang murah. Sekarang Yang Berhormat Menteri DR.21.11.2018 3 sebut harga berpatutan, bukanlah harga yang murah. Jadi, adakah dasar ini terpesong daripada yang sebenarnya? Keduanya, apakah kesan langsung daripada penggunaan ataupun pelaksanaan cukai SST ini memberi beban kepada Kedai Rakyat 1Malaysia ataupun ‘kedai harapan’ ini yang mana ia tidak lagi melalui fokus kepada membantu rakyat? Ketiganya... Tuan Yang di-Pertua: Tanya satu soalan sahaja Yang Berhormat. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Dua soalan boleh diberikan. Silakan Yang Berhormat Menteri. [Ketawa] Tuan Chong Chieng Jen: Terima kasih Yang Berhormat dari Jempol. Yang Berhormat, kedua-dua itu rakan strategik yang saya sebutkan tadi bukanlah pembekal. Mereka adalah peruncit yang menjual barang dan apa yang kita buat adalah berunding dengan pembekal barangan kepada peruncit itu. Memang itu adalah hasrat kementerian untuk menambahkan lagi rakan strategik yang telah saya sebutkan dan itu terbuka kepada sesiapa yang berniat mengambil bahagian dalam program kita. Tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jempol bahawa tujuan kita di bawah inisiatif baharu itu adalah untuk menawarkan barangan pada harga yang berpatutan berbanding dengan apa yang ditujukan di bawah KR1M di mana tujuan dan matlamatnya adalah untuk membekalkan dan menjual barang dengan harga murah. Mengikut penelitian kita dan juga mengikut maklum balas daripada orang awam, walaupun di bawah KR1M itu matlamatnya adalah untuk menjual barang dengan harga yang murah tetapi maklum balas daripada orang awam itu barangan dijual di KR1M itu walaupun di bawah jenama KR1M, harganya tidak murah dan mutunya tidak baik. Oleh itu, ini adalah complaint yang kita terima dan kita memandang bahawa itu harga barangnya adalah control by market forces. Kita tidak boleh untuk interfere terlalu banyak dalam penentuan harga dalam market forces. Oleh itu, apa tujuan kita sekarang iaitu matlamat kita di bawah inisiatif baharu ialah untuk menawarkan barangan pada harga yang berpatutan. Dahulu di bawah KR1M ini memang memesongkan rakyat kerana barangan yang dijual tidak murah dan mutu pun tidak baik. Oleh itu, program itu gagal. Sekian, terima kasih. 2. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan langkah kerajaan baharu untuk membantu pengusaha IKS dan meningkatkan kemampuan bersaing di peringkat antarabangsa. Menteri Pembangunan Usahawan [Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof]: Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, kementerian melihat penerokaan pasaran antarabangsa sebagai medium penting kepada pengembang dan pembangunan usahawan. Namun begitu, produk serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh PKS tempatan mestilah memenuhi piawaian yang tinggi supaya dapat bersaing di peringkat global. DR.21.11.2018 4 Sehubungan itu, MED akan mempertingkatkan dan mengemaskinikan program-program yang sedia ada dan inisiatif-inisiatif berikut dalam usaha membantu usahawan menembusi pasaran antarabangsa. Antaranya adalah: (i) Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB). Program ini menyediakan bantuan geran dan skim pinjaman mudah untuk membantu meningkatkan keupayaan eksport syarikat PKS bumiputera serta menambah bilangan PKS bumiputera yang mampu untuk menembusi pasaran global. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama seperti MARA, MATRADE dan EXIM Bank. Sejak tahun 2016, maklumat yang diberikan sebanyak 37 permohonan telah diluluskan dengan nilai geran pinjaman berjumlah RM38 juta, 25 kelulusan geran berjumlah RM36 juta dan 12 kelulusan pinjaman mudah berjumlah RM34 juta; (ii) Program Going-Export, program yang dilaksanakan oleh MATRADE ini membantu PKS mengeksport produk mereka di pasaran sedia ada atau pasaran baharu. Di bawah program ini, geran bernilai RM200,000