Dewan Negara
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Bil. 23 Selasa 17 Disember 2019 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 (Halaman 20) USUL : Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 36) ____________________________________________________________________ Diterbitkan Oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2019 DN 17.12.2019 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad 3. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin 4. “ Tuan Adrian Banie Lasimbang 5. “ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah ((egeri Sembilan) 6. “ Tuan Aknan A/L Ehtook 7. “ Tuan Alan Ling Sie Kiong 8. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram 9. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan) 10. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias 11. “ Dato’ Chai Kim Sen 12. “ Datuk Donald Peter Mojuntin (Sabah) 13. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Hj Md Nordin 14. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat 15. “ Dato’ Haji Husain bin Awang (Terengganu) 16. “ Datuk Haji Husam bin Musa 17. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah 18. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid 19. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim 20. “ Tuan Ismail bin Yusop (Perak) 21. “ Datuk John Ambrose (Dilantik) 22. “ Tuan Kamarudin bin Abdun (Perlis) 23. “ Dato’ Kesavadas A. Achyuthan Nair (Negeri Sembilan) 24. “ Tuan Khairul Azwan bin Harun 25. “ Datuk Lee Tian Sing 26. “ Tuan Liew Chin Tong [Timbalan Menteri Pertahanan] 27. “ Puan Lim Hui Ying (Pulau Pinang) 28. “ Datuk Lim Pay Hen 29. “ Tuan Manolan bin Mohamad 30. “ Datuk Wira Haji Marzuki bin Yahya [Timbalan Menteri Luar Negeri] 31. “ Ir. Md. Nasir bin Hashim 32. “ Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid 33. “ Datuk Mohan A/L Thangarasu 34. “ Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin [Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi] 35. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah DN 17.12.2019 ii 36. Yang Berhormat Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff (Pulau Pinang) 37. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa 38. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff 39. “ Datuk Ng Chiang Chin 40. “ Tuan Nga Hock Cheh (Perak) 41. “ Dr. Nuing Jeluing 42. “ Puan Hajah Nuridah bt Mohd Salleh (Terengganu) 43. “ Datuk Paul Igai 44. “ Datuk Rabiyah binti Ali 45. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris 46. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad 47. “ Puan Raj Munni binti Sabu 48. “ Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah [Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan] 49. “ Datuk Razali bin Idris 50. “ Puan Hajah Sabani binti Mat (Perlis) 51. “ Puan Siti Fatimah binti Yahaya (Pahang) 52. “ Puan Sopiah binti Sharif 53. “ Tuan Suresh Singh A/L Rashpal Singh (Selangor) 54. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee 55. “ Datuk Theodore Douglas Lind 56. “ Dato’ Sri Ti Lian Ker (Pahang) 57. “ Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy [Menteri Di Jabatan Perdana Menteri] 58. “ Dr. Yaakob bin Sapari (Selangor) 59. “ Datuk Ir. Yong Wui Chung 60. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor) 61. “ Tuan Zaiedi bin Haji Suhaili (Sarawak) DN 17.12.2019 iii DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamis bin Samin Setiausaha Dewan Negara Riduan bin Rahmat Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin Muhammad Qhidir bin Mat Isa Noraidah binti Manaf Siti Norlina binti Ahmad Nor Hamizah binti Haji Hassan Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Sherliza Maya binti Talkah Herdawati binti Mohd Amir Abbu Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid Nurul Atikah binti Basrudin Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim Nor Sakinah binti Samat Ahmad Syahril bin Haji Sikar @ Haji Sika’ri Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Hizamihatim Maggisa bin Juarah Muhammad Firdaus bin Ahmad Izzul Syazwan bin Abdul Halim Maryam binti Azinuddin Mohd Aizuddin bin Pahrol Laili DN 17.12.2019 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA 17 Disember 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] ____________________________________________________________________ Timbalan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam sehati sejiwa. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi dan hormati dan saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah. ]Terima kasih sepanjang malam tadi, Ahli-ahli Parlimen kita berjuang hingga ke hampir pukul 12 malam. Saya mengucapkan terima kasih atas budi baik, jasa perjuangan anda sekalian, Ahli Parlimen iaitu satu perkara yang kita tidak boleh lupakan, kita telah buat tinta emas dalam sejarah kita. Bak kata pantun orang Melayu. Bunga melur di tengah padang; Boleh dipetik di bulan purnama; Harimau mati meninggalkan belang; Manusia mati meninggalkan nama... [Tepuk] Nama kita buat sejarah. Hampir pukul 12 malam, ada segar bugar. Saya pandang wah, segar, semakin segar nampak bawah. Baguslah. Apa ubat dia makan. Adakah makan- apa dia minum? Itu dia. Jadi, itulah tadi. Di atas bukit tanamnya ubi; Burung tempua membuat sarang; Bukan budi sebarang budi; Budi baik dikenang orang. Itu dia. Tepuk sedikitlah... [Tepuk] Jadi saya mengucapkan terima kasih banyak. Jadi kita mulakanlah kita punya persidangan ini dengan menjemput iaitu pertama sekali ialah soalan kita iaitu Yang Berhormat Senator Ir. Md. Nasir bin Hashim. Dipersilakan. Ir. Md. Nasir bin Hashim: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menyebut soalan saya, saya terlebih dahulu ingin- Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah rombongan PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datin Roslina binti Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri. Kepada Yang Berbahagia Datin Roslina binti Mior Adlan, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Datin dan kumpulan PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Yang Berbahagia Datin Roslina binti Mior Adlan dan rombongan ini akan dapat mengukuhkan silaturahim di antara ahli-ahli PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri dan PUSPANITA Cawangan Kecil Parlimen Malaysia. Sekian... [Tepuk] DN 17.12.2019 2 Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih PUSPANITA yang sudi melawat kami di Dewan yang mulia ini. Dipersilakan. Ir. Md. Nasir bin Hashim: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan, perancangan kementerian bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara. Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa peka mengenai keadaan semasa ekonomi negara yang mudah terkesan dengan situasi ekonomi dunia yang tidak menentu. Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.6 peratus sehingga suku ketiga 2019 dipacu oleh permintaan dalam negeri. Sebagai sebuah negara kecil yang mengamalkan ekonomi terbuka dengan jumlah dagangan melebihi 130 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), prospek ekonomi negara berhadapan dengan cabaran pertumbuhan yang lebih perlahan. Gangguan terhadap rantaian bekalan global yang berpunca daripada konflik perdagangan yang berpanjangan antara ekonomi dunia, ketegangan geopolitik, kelembapan pasaran elektronik serta ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dan komuniti global dijangka mempengaruhi momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia. Justeru, kerajaan akan memberi tumpuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan. Ekonomi negara mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi, namun ia masih belum digembleng sepenuhnya bagi mencapai potensi yang optimum. ■1010 Terdapat pelbagai isu struktur yang perlu ditangani secara menyeluruh. Antaranya sumber pertumbuhan yang masih bergantung kepada faktor pengeluaran tradisional seperti modal serta buruh dan bukannya peningkatan produktiviti. Sehubungan dengan itu, kerajaan pada masa ini terus memberi penekanan untuk meningkatkan produktiviti sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan yang mampan dan bersifat inklusif. Selain memperkukuhkan sektor pertumbuhan sedia ada, kerajaan juga melaksanakan inisiatif pendigitalan dan penerimagunaan teknologi secara lebih meluas terutamanya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Kerajaan juga sedang memberi tumpuan khusus ke arah menarik pelaburan yang berkualiti dalam sektor strategik yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Malaysia. Di samping itu, langkah juga diambil untuk mempergiat aktiviti ekonomi masa hadapan yang bernilai tinggi dan mempunyai potensi untuk berkembang pesat sejajar dengan perubahan teknologi. Bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam tempoh 10 tahun akan datang, kerajaan melalui Wawasan Kemakmuran Bersama