Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Bil. 18 Selasa 13 April 2010 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.60 (Halaman 28) Maksud B.62 (Halaman 50) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 (Halaman 85) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 26) Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.2) 2009 Jawatankuasa:- Maksud P.62 (Halaman 36) Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.1) 2010 (Halaman 93) DR. 13.4.2010 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 13 April 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Pelancongan menyatakan apakah perancangan jangka panjang pihak kementerian dalam memastikan industri pelancongan WP Labuan berdaya saing dan mampu bersaing dengan negeri-negeri lain, memandangkan Jabatan Pelancongan telah dipanjangkan ke WP Labuan. Timbalan Menteri Pelancongan [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan atas soalan ini, soalan nombor satu. Perancangan jangka panjang Kementerian Pelancongan bagi membangunkan serta merancakkan lagi industri pelancongan secara mampan di Wilayah Persekutuan Labuan di antaranya adalah seperti berikut: (i) menyedia dan mempertingkatkan kemudahan dan infrastruktur pelancongan di mana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kementerian ini telah menyalurkan sebanyak RM6.8 juta bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan kemudahan pelancongan di Wilayah Persekutuan Labuan dan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua pula sebanyak RM810,000 lagi telah diluluskan bagi tujuan yang sama; (ii) menentukan 10 ikon pelancongan bagi Wilayah Persekutuan Labuan untuk diberikan fokus bagi sebarang pembangunan dan aktiviti promosi seperti United Nation Beach , Labuan Marine Museum , Pulau Kuraman, Labuan Marine Park , Patau-Patau 2 Water Village, Fish Spa, Chimney, War World II Memorial dan Duty Free Shopping; (iii) peningkatan produk pelancongan dengan membangunkan produk-produk pelancongan baru dan berpotensi untuk pasaran khusus ataupun niche market dengan izin. Antara produk DR. 13.4.2010 2 pelancongan yang berpotensi di Wilayah Persekutuan Labuan ialah pelancongan sukan, eko dan agro pelancongan, pelancongan marin, pelancongan warisan serta homestay dan; (iv) menggiatkan aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan dengan mengadakan acara pelancongan yang baru dan lebih kreatif yang perlu dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan di kalendar acara yang diedarkan ke seluruh Malaysia dan dunia. Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal [Labuan]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Memang apa yang disuarakan oleh Timbalan Menteri tadi cukup menarik dan seolah-olah membawa kehebatan pulau itu sendiri tetapi apa yang saya lihat, walaupun perbelanjaan telah pun diberikan berjuta-juta ringgit tetapi kelemahan yang kita nampak adalah promosi-promosi pelancongan itu sendiri di Labuan. Contohnya, untuk tahun ini sahaja kita akan mengadakan Labuan International Sea Challenge di Labuan yang akan bermula pada 27 April ini tetapi apa yang kita lihat, promosi sampai setakat ini cuma promosi yang minimum sahaja diadakan dan juga peruntukan yang diberikan cuma 1/3 sahaja berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Oleh itu saya mengharapkan kepada kementerian, benda ini dapat diperbaiki. Soalan tambahan saya, apakah kementerian akan menjalankan kajian terperinci tentang kesesuaian atau produk pelancongan bagi sebuah negeri ataupun wilayah secara komprehensif agar sesuatu produk pelancongan itu dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Sebagai contoh, Labuan amat sesuai dijadikan sebagai destinasi pelancongan pendidikan sekiranya kementerian mempunyai komitmen yang begitu tinggi mengenai industri pelancongan ini. Terima kasih. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat dari Labuan. Kita sememangnya membuat promosi pelbagai cara termasuk e-Promosi melalui internet untuk semua destinasi di seluruh negara. Kita tidak anak tirikan Labuan bagi langkah- langkah promosi. Kalau kita lihat angka ataupun jumlah pelancong ke Labuan pada tahun 2009, memang tidak membanggakan. Hanya 294,549 jumlah pelancong domestik dan antarabangsa yang telah pun melawat Labuan. ■1010 Oleh yang demikian, pada tahun ini kementerian membuat pelbagai aktiviti mulai daripada bulan Januari hingga ke bulan November pada tahun ini. Aktiviti yang juga disebutkan oleh Yang Berhormat dari Labuan 28 April hingga 3 Mei ialah berkait dengan mungkin dengan pertandingan memancing laut dalam antarabangsa Labuan ataupun DR. 13.4.2010 3 Labuan International Sea Challenge. Ini akan dibuat oleh Majlis Tindakan Pelancongan Labuan. Selain daripada itu pelbagai aktiviti lain juga akan dijalankan untuk Labuan seperti menggalakkan pertumbuhan flea market ataupun pusat kraf tangan, menganjurkan kursus pelancongan kepada front liners dan sebagainya supaya mereka juga boleh membantu di dalam mempromosi Labuan. Manakala tentang kajian yang bersesuaian untuk Labuan seperti yang disebut tadi tentang Labuan sebagai pusat pelajaran ataupun pusat pendidikan walaupun ianya di bawah Kementerian Pelajaran ataupun Kementerian Pengajian Tinggi namun kementerian kami akan melihat daripada segi kajian bagaimanakah untuk menarik pelancong lebih-lebih lagi kepada Labuan dengan pasaran khusus ataupun niche market dengan izin. Sekian. Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: [Bangun] Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: [Bangun] Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ini soalan spesifik pelancongan Labuan. Saya nampak ada tiga yang berdiri. Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Yang di-Pertua, ada soalan tentang Labuan. Tuan Yang di-Pertua: Labuan? Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Sila. Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu berkenaan tadi ada menyebut tentang flea market iaitu market untuk kraf tangan. Apa yang kita bimbang kalau ikut track record pasar-pasar kraf tangan ini dipenuhi oleh kraf tangan daripada negara luar misalnya daripada Filipina, daripada Indonesia, China dan sebagainya. Jadi bagaimanakah kementerian hendak memastikan bahawa flea market di Labuan ini sebenarnya yang dijual adalah kraf tangan daripada Malaysia itu sendiri. Seterusnya juga adakah kementerian bekerja rapat dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk memastikan keaslian Pulau Labuan ini dipelihara dan tidak berlaku pencemaran yang berleluasa sehingga ini sebenarnya alam semula jadi merupakan tarikan bukannya bangunan-bangunan dan sebagainya kepada DR. 13.4.2010 4 pelancong-pelancong luar. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat daripada mana tadi? Seorang Ahli: Yang Berhormat Titiwangsa. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Tentang flea market pihak kementerian menggalakkan pengusaha homestay di Labuan untuk membuka gerai kecil-kecilan di halaman rumah mereka ataupun di balai raya untuk menjual hasil kraf tangan ataupun makanan ringan dengan tujuan untuk menambah pendapatan mereka. Homestay di Labuan adalah satu-satunya homestay di Malaysia yang bertapak di laut. Oleh itu, tarikan homestay di Labuan seharusnya satu tarikan yang boleh menambat hati pelancong daripada domestik ataupun antarabangsa. Tentang bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menjaga dan mengurus alam sekitar di Labuan sememangnya kita melihat perkara ini termasuk juga di Langkawi. Langkawi sekarang daripada destinasi 21 Langkawi nombor tiga di bawah tentang pengurusan alam sekitar. Oleh yang demikian, kita juga akan melihat Labuan. Saya sendiri akan pergi ke Labuan dan melihat apa yang harusnya dilakukan tentang pengurusan alam sekitar. Pada tahun 2007 saya pergi ke Labuan dan melihat pantai di sebelah mana, saya pun sudah lupa disebabkan tercemar kena tumpahan minyak daripada kapal. Perkara seperti inilah bagi Labuan kita harus lihat daripada segi pengurusan alam sekitar supaya pencemaran tidak terus berlaku dan saya harap juga Jabatan Marin akan menguatkuasakan peraturan dan perundangan tentang pembuangan minyak atau tumpahan minyak ke laut di mana-mana sahaja di negara kita yang ada pelancongan kepulauan. Sekian, terima kasih. [Soalan No. 2 – Y.B. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) tidak hadir] 3. Dato' Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah bermulanya khidmat kapal terbang yang baru dibeli oleh MAS. Adakah pembelian itu mengikut jadual asal. Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, Malaysia Airlines (MAS) dijangka akan menerima penghantaran pertama pesawat baru jenis B737-800 yang akan dijangka tiba pada Oktober 2010 tahun ini. Untuk makluman Yang Berhormat, MAS telah menempah sebanyak 56 buah DR. 13.4.2010 5 pesawat baru dari pelbagai jenis iaitu B737-800 sebanyak 35 buah yang ditempah pada tahun 2008, A330-300 sebanyak 15 buah ditempah pada tahun 2009 dan A380-800 enam buah ditempah pada tahun 2003 oleh Penerbangan Malaysia. Tempahan ini adalah dibuat bagi memenuhi keperluan aircraft replacement dan keperluan
Recommended publications
  • Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 4 APRIL 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 9 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1351-MQT0072 Datuk William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah punca calon yang telah lama memohon pekerjaan di SPA tetapi tidak pernah dipanggil temu duga. Banyak rungutan daripada rakyat mengenai perkara ini dan apakah tindakan Kerajaan. 2. PR-1351-MQT0071 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mengapakah kadar pengangguran daripada kalangan graduan dan belia meningkat dan langkah-langkah bagaimana untuk menyelamatkan graduan daripada terus menganggur. 3. PR-1351-MQT0076 Dato' Hasbullah Bin Osman [ Gerik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak NADMA mengambil alih fungsi pengurusan bencana daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan cawangan NADMA di peringkat negeri bagi memantapkan lagi penyelarasan bencana di seluruh negara. 2 AUM DR 4/4/2017 MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 4 APRIL 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 18 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1351-L00219 Dato' Sri Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan perlaksanaan dividen setiap bulan kepada peserta FELCRA yang perlu diperluaskan ke seluruh negara berbanding pembayaran dividen yang masih dilakukan tiga kali setahun pada masa ini. 2. PR-1351-L00558 Dr. Azman Bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan senarai hasil kejayaan IPTA di dalam menjana pendapatan sendiri setakat ini dan IPTA manakah yang paling berjaya.
    [Show full text]
  • Sebagai Anggotamajlis Hak Asasi
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.Darlimen.aov.mv HARIISNIN, 23 MAC 2009, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 20 ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL. 1. (D.R. 5/2009) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan Bacaan Kali (Pindaan) 2009 Yang Kedua [Menteri Kewangan] 2. (D.R. 31/2008) Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008. [Perdana Menteri] 3. (D.R. 28/2008) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2008 [Perdana Menteri] 4. (D.R. 6/2009) Rang Undang-undang Pelantar Benua (Pindaan) 2009 [Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar] 5. (D.R. 7/2009) Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) (Pengesahan)2009 [Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi] 6. (D.R. 1/2009) Rang Undang-undang Fi (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan) (Pengesahan) 2009 [Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani] 2 AUM DR 23/3/2009 7. (D.R. 14/2008) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2008. [Menteri Pengajian Tinggi] 3. (D.R. 15/2008) Rang Undang-undang Lafihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008. [Menteri Pertahanan] 9. (D.R. 19/2008) Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2008. ftoteri Kewangan] 10. (D.R. 18/2008) Ran(Pindaang Undang-undan) 2008. g Orang-orang Papa [Menteri Pembangunan Wantta, Keluarga dan Masyarakat] 11. (D.R. 20/2008) Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2008. (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani] 12. (D.R. 26/2008) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2008. {Menteri Pengangkutan] 13. (D.R. 29/2008) Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008. [Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi] 14.
    [Show full text]
  • List of GE13 BN Candidates for Sabah Bernama 16 April, 2013
    List Of GE13 BN Candidates For Sabah Bernama 16 April, 2013 KOTA KINABALU, April 16 (Bernama) -- Following is the list of Barisan Nasional (BN) candidates for the 25 parliamentary and 60 state seats in Sabah in the 13th General Election, as announced by state BN chairman Datuk Seri Musa Aman here today. PARLIAMENT: 1. Kudat - Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno) 2. Kota Marudu - Datuk Seri Maximus Ongkili (PBS) 3. Kota Belud - Datuk Abd Rahman Dahlan (Umno) 4. Tuaran - Datuk Wilfred Madius Tangau (Upko) 5. Sepanggar - Datuk Jumat Idris (Umno-new face) 6. Kota Kinabalu - Chin Tek Ming (PBS-new face) 7. Putatan - Datuk Marcus Mojigoh (Upko) 8. Penampang - Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Upko) 9. Papar - Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Umno) 10. Kimanis - Datuk Anifah Aman (Umno) 11. Beaufort - Datuk Azizah Mohd Dun (Umno) 12. Sipitang - Datuk Sapawi Ahmad (Umno) 13. Ranau - Datuk Ewon Ebin (Upko) 14. Keningau - Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS) 15. Tenom - NOT FINALISED 16. Pensiangan - WITHELD 17. Beluran - Datuk Ronald Kiandee(Umno) 18. Libaran - Datuk Juslee Ajirol(Umno) 19. Batu Sapi - Datin Linda Tsen Thau Lin (PBS) 20. Sandakan - WITHELD 21. Kinabatangan - Datuk Bung Moktar Radin (Umno) 22. Silam - Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (Umno) 23. Semporna - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Umno) 24. Tawau - Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS-new face) 25. Kalabakan - Datuk Abdul Ghapur Salleh (Umno) STATE: 1. Banggi - Abdul Mijul Unaini (Umno) 2. Tanjong Kapor - WITHELD 3. Pitas - Datuk Bolkiah Ismail (Umno) 4. Matunggong - Sarapin Magana (PBS) 5. Tandek - Anita Baranting (PBS) 6. Tempasuk - Datuk Musbah Jamli (Umno) 7.
    [Show full text]
  • 17 April 2012
    Bil. 20 Selasa 17 April 2012 MALAYSIA MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 1) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Halaman 3) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 (Halaman 64) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 (Halaman 126) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.17.04.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Kedua Mesyuarat Kedua
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA Bil. 23 Rabu 11 Jun 2014 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 3) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 (Halaman 27) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Penangguhan Mesyuarat di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 118) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Pembinaan Bangunan Baru SJKT Gunung Rapat - Y. B. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu (Batu Gajah) (Halaman 118) ■ Kedudukan Perkhidmatan KTMB - Y. B. Tuan Er Teck Hwa (Bakri) (Halaman 121) DR.11.6.2014 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA Rabu, 11 Jun 2014 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah bentuk atau tindakan yang diambil oleh pihak kementerian dalam membendung aktiviti dan gejala yang kurang sihat (contoh penganjuran konsert yang tidak terkawal) yang boleh mendorong belia melakukan aktiviti sedemikian. Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Datuk Saravanan a/l Murugan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membendung aktiviti dan gejala yang kurang sihat di kalangan belia, kementerian ini daripada semasa ke semasa berusaha merancang dan melaksanakan program-program yang memfokuskan kepada pengisian berbentuk pembangunan jati diri
    [Show full text]
  • PRU-13: Senarai Calon BN Bagi Negeri Sabah Utusan Online 16 APRIL 2013
    PRU-13: Senarai calon BN bagi negeri Sabah Utusan Online 16 APRIL 2013 KOTA KINABALU 16 April - Berikut senarai calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). PARLIMEN: P167 Kudat- Datuk Abdul Rahim Bakri (penyandang) P168 Kota Marudu - Datuk Dr. Maximus Ongkili (penyandang) P169 Kota Belud - Datuk Abd. Rahman Dahlan (penyandang) P170 Tuaran - Madius Tangau (penampilan semula) P171 Sepanggar - Datuk Jumat Idris (baharu) P172 Kota Kinabalu - Chin Tek Ming P173 Putatan - Dr. Marcus Mojigoh (penyandang) P174 Penampang - Tan Sri Bernard Giluk Dompok (penyandang) P175 Papar - Rosnah Abdul Rashid Shirlin (penyandang) P176 Kimanis - Datuk Anifah Aman (penyandang) P177 Beaufort - Datuk Azizah Mohd. Dun (pertukaran kawasan) P179 Ranau - Ewon Ebin (pertukaran kawasan) P178 Sipiting - Datuk Sapawi Amat Wassali@Ahmad (penyandang) P180 Keningau - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang) P181 Tenom - belum diumumkan (kuota UMNO) P182 Pensiangan - belum diumumkan (kuota PBRS) P183 Beluran - Datuk Ronald Kiandee (penyandang) P184 Libaran - Datuk Juslie Ajirol (penyandang) P185 Batu Sapi - Linda Tsen Thau Lin (penyandang) P186 Sandakan - belum diumum (kuota LDP) P187 Kinabatangan - Datuk Bung Moktar Radin (penyandang) P188 Silam - Datuk Datu Nasrun Datu Mansor (pertukaran kawasan) P189 Semporna - Datuk Mohd. Shafie Apdal (penyandang) P190 Tawau - Datuk Mary Yap Kain Ching (baharu) P191 Kalabakan - Datuk Abdul Ghapur Salleh (penyandang) DEWAN UNDANGAN NEGERI : N1 Banggi - Abdul Mijul Unaini (penyandang) N2 Tanjong Kapor - belum
    [Show full text]
  • Malaysia Dewan Rakyat Order Paper
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT ORDER PAPER http://www.parlimen.gov.my TRANSLATION [Authoritative Copy - Bahasa Malaysia] MONDAY, 2 APRIL 2012, AT 10.00 AM No. 13 QUESTIONS FOR ORAL ANSWERS 1. PR-1251-L48171 Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] to ask the MINISTER OF YOUTH AND SPORTS to state how the Ministry can interpret the effectiveness of the 1 Million Youth Assembly from the point of their understanding of Government policy for youth as a whole. 2. PR-1251-L48478 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] to ask the PRIME MINISTER to state the status of the 'feasibility study' for the RAPID Project (Refinery and Petrochemical Integrated Development) undertaken by Petronas in Johor. The policy by Petronas in selection of partners and tender process to ensure transparency of this project so as to achieve the target set. 3. PR-1251-L47665 Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] to ask the MINISTER OF RURAL AND REGIONAL DEVELOPMENT to state :- (a) what is meant by Rural Transformation Policy; and (b) the action plan and specific programmes that have been and will be implemented in Jempol district. 4. PR-1251-L47527 Tuan Charles Anthony a/l R.Santiago [ Klang ] to ask the MINISTER OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY to state why Malaysia with great interest conduct negotiations with European Union and TPP countries when both the EU and the United States are in economic crisis. What is the added value for Malaysia in this context. 5. PR-1251-L47480 Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] to ask the MINISTER OF TOURISM to state the achievement gained from the Homestay programme according to States in Malaysia.
    [Show full text]
  • A Study of Comparison Media Coverage Between Mainstream News
    A STUDY OF COMPARISON MEDIA COVERAGE BETWEEN MAINSTREAM NEWS WEBSITE THE STAR AND ALTERNATIVE NEWS WEBSITE THE MALAYSIAN INSIDER ON INDIGEOUS GROUP ISSUE IN 2010 LOH CHYE MOI A RESEARCH PROJECT SUBMITTED IN PARTIAL FULFILLMENT OF THE REQUIREMENTS FOR BACHELOR OF COMMUNICATION (HONS) JOURNALISM FACULTY OF ARTS AND SOCIAL SCIENCE UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN MAY 2011 A STUDY OF COMPARISON MEDIA COVERAGE BETWEEN MAINSTREAM NEWS WEBSITE THE STAR AND ALTERNATIVE NEWS WEBSITE THE MALAYSIAN INSIDER ON INDIGEOUS GROUP ISSUE IN 2010 LOH CHYE MOI A RESEARCH PROJECT SUBMITTED IN PARTIAL FULFILLMENT OF THE REQUIREMENTS FOR BACHELOR OF COMMUNICATION (HONS) JOURNALISM FACULTY OF ARTS AND SOCIAL SCIENCE UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN MAY 2011 ACKNOWLEDGEMENT The research finished with the advices and encouragement by several people. First, I want to thank to Mr Afi Roshezry who is my supervisor. I appreciate his excellent guidance and supervision during the process of doing this research paper. Without his gentle reminder and suggestion, I would not finish this research successfully on time. Secondary, I also thank to Ms Chen Shaua Fui, who is a senior journalist from a Mandarin online news website for provided me advices and suggestion when I faced problems in doing this research. I also wish to thank to my best friends Liew Wen Shi and Ng Hooi Sang who gives me a lot of encourages and suggestion and also special thanks to the latter who worked as second coder in carrying out the research method. Besides, I appreciate all my friends and my juniors who had helped me in complete this paper.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 45 Khamis 29 Oktober 2015 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2016 (Halaman 27) USUL: Anggaran Pembangunan 2016 (Halaman 27) DR.29.10.2015 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Khamis, 29 Oktober 2015 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan punca berlakunya percetakan bahan bacaan kanak-kanak yang boleh menyebabkan pemesongan akidah sedangkan bahan bacaan tersebut sepatutnya telah ditapis oleh Jabatan Penerbitan Nasional dan apakah tindakan yang diambil bagi memastikan perkara sebegini tidak berlaku lagi. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Nur Jazlan bin Mohamed]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Pasir Gudang. Balas pantun, saya bab pantun ini saya kurang mahir. Tuan Yang di-Pertua, saya ada pembetulan sedikit daripada soalan ini. Di Kementerian Dalam Negeri kita tiada Jabatan Penerbitan Nasional tetapi kita ada Jabatan Percetakan Nasional Berhad. Akan tetapi Jabatan Percetakan Nasional Berhad ini adalah di bawah kawal selia Menteri Kewangan (Diperbadankan). Jadi di Kementerian Dalam Negeri semua bahan bercetak dikawal selia oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab untuk memastikan semua penerbitan yang diterbitkan atau dibawa masuk serta diedarkan dalam negara dipantau agar tidak mengandungi bahan-bahan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan kemoralan, memudaratkan keselamatan, menggemparkan fikiran orang ramai berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 11 Rabu 28 Mac 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 28) Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – Dato’ Lilah bin Yasin (Jempol) (Halaman 28) DR 28.3.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 28 Mac 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:- (a) pendirian kementerian ke atas gejala rasuah dalam bidang sukan terutama sekali sukan bola sepak; dan (b) langkah-langkah yang diambil bagi menghapuskan gejala ini. Timbalan Menteri Belia dan Sukan I [Dato' Razali bin Haji Ibrahim]: Universiti Kebangsaan Malaysia, universiti kebanggaan saya sebab saya graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh , salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Putatan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Seremban yang juga dijadualkan pada hari ini soalan nombor 40 serta soalan daripada Yang Berhormat Parit bertarikh 12 April 2012 kerana ianya berkaitan mengenai isu yang sama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat. Dato' Razali bin Haji Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, pendirian kementerian dalam isu rasuah adalah sangat jelas dan tegas di mana kita menentang dan tidak akan sesekali bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba merosakkan masa depan pembangunan sukan negara tidak kira dalam apa jenis sukan sekalipun.
    [Show full text]
  • Naskhah Belum Disemak
    Bil. 22 Khamis 19 April 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA KANDUNGAN RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 (Halaman 3) Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012 (Halaman 106) Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 (Halaman 108) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (Halaman 109) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 (Halaman 163) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 (Halaman 168) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 (Halaman 170) Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 (Halaman 198) USUL-USUL: Menarik Balik dan Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Di Bawah P.M. 62 (Halaman 1) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) Merentikan Kuat Kuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M. 90(2) (Halaman 188) USUL-USUL MENTERI KEWANGAN: Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188] (Halaman 228) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) (Halaman 230) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Halaman 231) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] (Halaman 233) Akta Kastam 1967 (Halaman 235) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.19.4.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Keempat Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA Bil. 3 Rabu 9 Mac 2011 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah (Jasin) (Halaman 33) DR. 9.3.2011 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 9 Mac 2011 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik jenayah berat bagi lima tahun kebelakangan ini mengikut negeri dan apakah punca ia bertambah atau berkurangan, apakah perancangan kerajaan dalam mencapai matlamat pengurangan jenayah 20 peratus setiap tahun bagi memenuhi NKRA kementerian. Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersama-sama dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Puchong bertarikh 16 Mac 2011, pertanyaan oleh Yang Berhormat Telok Intan bertarikh 17 Mac 2011 dan pertanyaan Yang Berhormat Hulu Langat bertarikh 31 Mac 2011 kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut ada kaitan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein: Terima kasih. Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, jenayah berat ditakrifkan sebagai mana- mana jenayah yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan kes- kes lain yang menarik perhatian yang melibatkan nyawa dan harta benda. Kategorinya adalah seperti bunuh, samun bersenjata api, penyeludupan senjata api, culik dan lain- lain kes yang menarik perhatian yang melibatkan nyawa dan harta benda.
    [Show full text]