Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Keempat Mesyuarat Pertama
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA Bil. 3 Rabu 9 Mac 2011 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah (Jasin) (Halaman 33) DR. 9.3.2011 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 9 Mac 2011 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik jenayah berat bagi lima tahun kebelakangan ini mengikut negeri dan apakah punca ia bertambah atau berkurangan, apakah perancangan kerajaan dalam mencapai matlamat pengurangan jenayah 20 peratus setiap tahun bagi memenuhi NKRA kementerian. Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersama-sama dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Puchong bertarikh 16 Mac 2011, pertanyaan oleh Yang Berhormat Telok Intan bertarikh 17 Mac 2011 dan pertanyaan Yang Berhormat Hulu Langat bertarikh 31 Mac 2011 kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut ada kaitan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein: Terima kasih. Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, jenayah berat ditakrifkan sebagai mana- mana jenayah yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan kes- kes lain yang menarik perhatian yang melibatkan nyawa dan harta benda. Kategorinya adalah seperti bunuh, samun bersenjata api, penyeludupan senjata api, culik dan lain- lain kes yang menarik perhatian yang melibatkan nyawa dan harta benda. Secara keseluruhannya, bagi statistik jenayah berat sepanjang tempoh lima tahun adalah seperti berikut; DR. 9.3.2011 2 TAHUN BIL. KES 2006 1,405 kes 2007 1,321 kes (bersamaan penurunan 6% berbanding tahun 2006) 2008 1,264 kes (bersamaan penurunan 4% berbanding tahun 2007) 2009 1,096 kes (bersamaan penurunan 13% berbanding tahun 2008) 2010 912 kes (bersamaan penurunan 17% berbanding tahun 2009) Daripada jumlah keseluruhan tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat penurunan jumlah jenayah berat iaitu daripada 6% pada tahun 2007 kepada 17% pada tahun 2010. Kejayaan PDRM menurunkan jumlah jenayah berat tersebut dicapai menerusi operasi- operasi yang dijalankan terhadap kumpulan-kumpulan penjenayah yang menghasilkan mereka dihadapkan ke muka pengadilan. Tuan Yang di-Pertua, berhubung pengurangan jenayah di bawah inisiatif NKRA, di antara strategi dan inisiatif yang telah dilaksanakan untuk mengurangkan jenayah ini: (i) Program Pengawaman Polis yang membolehkan 7,402 orang anggota polis beruniform yang selama ini menjalankan tugas pentadbiran di balai untuk melaksanakan tugas-tugas kepolisan digantikan dengan 4,279 orang awam tanpa melibatkan pertambahan kos. Penugasan 14,222 orang pegawai polis, 1,724 orang anggota PGA dan 1,215 polis bantuan serta sukarelawan simpanan polis (PVR) yang melibatkan jumlah 3,663 anggota RELA dan 1,292 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan purata seramai 290 orang sehari di kawasan-kawasan panas yang telah ditetapkan. (ii) Pelaksanaan kepolisan berprofil tinggi (high profile policing) dengan izin melakukan purata lawatan sebanyak 8,000 ke 9,000 lawatan seminggu, penempatan 90 unit balai polis bergerak di DR. 9.3.2011 3 seluruh negara dan 812 buah motosikal tambahan untuk rondaan anggota polis di kawasan-kawasan panas. (iii) Menambah kehadiran anggota polis di kawasan-kawasan panas, memasang 496 CCTV tambahan, melibatkan penglibatan 4,708 Rukun Tetangga, 2,030 skim rondaan sukarelawan serta penglibatan seramai 394,260 ahli Rakan COP di seluruh negara. (iv) Kementerian Dalam Negeri sedang dan akan mengadakan kerjasama strategik dengan pihak lain antaranya seperti Angkatan Tentera Malaysia yang telah dilaksanakan bagi menangani jenayah seperti penggunaan kem-kem tentera untuk melatih dan merekrut anggota polis, mengadakan rondaan-rondaan secara bersama dan menyerap bekas personel tentera dalam perkhidmatan polis. (v) Penempatan semula anggota PGA seramai 8,140 yang sebelum ini bertugas di sempadan Semenanjung Malaysia ke empat negeri kawasan-kawasan panas mengikut giliran iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang dan akhir sekali; (vi) Untuk mewujudkan gelombang kehadiran polis dengan izin omnipresent di jalanan bagi memastikan kehadiran seramai mungkin anggota keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, RELA dan JPAM di kawasan-kawasan panas ini. Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini supaya dapat sentiasa bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini agar sentiasa terpelihara. Terima kasih. ■1010 Datuk Ismail Kasim [Arau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat saya sebenarnya mengagumi kesungguhan dan team yang ada dalam KDN untuk menunjukkan langkah-langkah yang telah dibuat oleh kerajaan dalam menangani masalah jenayah dan sekali gus mewujudkan soal keselamatan yang lebih terjamin di negara kita. Ini kerana keselamatan ini merupakan elemen yang penting dalam memastikan kehadiran pelabur asing ke negara kita dan merupakan kriteria utama penilaian mereka terhadap negara kita. DR. 9.3.2011 4 Namun begitu walaupun pelbagai research telah dibuat seperti TNS Research International dan sebagainya yang telah menunjukkan kadar penurunan yang agak ketara. Akan tetapi terdapat sedikit sekumpulan tertentu yang masih membuat persepsi berhubung dengan soal keselamatan di negara kita dan rasa kurang selamat mereka dengan kadar yang berlaku. Walaupun data-data yang menunjukkan kesungguhan langkah-langkah yang dibuat oleh polis dan agensi yang terbabit dalam KDN berterusan dibuat. Akan tetapi masih ada perasaan kurang selamat yang terdapat di dalam negara kita. Apakah langkah yang dibuat oleh pihak kementerian dalam menangani faktor persepsi ini? Ini kerana ini cukup penting untuk kita mewujudkan keadaan yang selesa di kalangan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Terima kasih Yang Berhormat Arau. Pertamanya saya hendak nyatakan di sini bahawa kejayaan menurunkan indeks tidak bermakna bahawa usaha kita akan kita hentikan. Ia merupakan hasil daripada sebahagian sahaja inisiatif-inisiatif yang telah pun kita kenal pasti dan tahun ini telah pun kita rintis dan akan umumkan serta akan laksanakan inisiatif-inisiatif baru supaya persepsi dan keyakinan orang ramai atau segelintir mereka di luar sana dapat diyakinkan sepenuhnya. Kedua pada masa yang sama research daripada pihak antarabangsa seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat TNS Research tadi merupakan satu badan antarabangsa yang bebas. Apa yang mereka lakukan ini berkisar kepada persepsi dan anggapan orang ramai dalam beberapa perkara. Petanda awal menunjukkan bahawa memang ada kejayaan tetapi kerajaan masih lagi belum berpuas hati. Untuk memastikan bahawa research yang dibuat secara bebas ini dapat mengenal pasti di mana dia touch points , di mana dia perkara-perkara yang boleh kita tambah nilai. Apa lagi yang boleh kita lakukan untuk membuktikan bahawa indeks yang telah pun menurun itu dapat diterjemahkan kepada penghayatan orang ramai dan persepsi orang ramai bahawa mereka akan selamat. Ini akan diteruskan Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya bahawa beberapa lagi inisiatif yang kita hendak umumkan tahun ini akan bantu kita menjawab dan juga menumpukan kebimbangan Yang Berhormat Arau tadi. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya setuju dengan apa yang disebut Yang Berhormat Arau tadi tentang isu persepsi perasaan kurang selamat ada DR. 9.3.2011 5 justifikasinya. Saya rujuk kepada laporan-laporan badan-badan bukan kerajaan dalam Malaysia yang menyatakan sejak tahun 2000 sebanyak 147 kes kematian di bawah tahanan polis dilaporkan. Termasuklah kenaikan 17 kali ganda sejak 2001 kematian yang disebabkan oleh pihak polis. Maka pada saya bila disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi hendak wujudkan how many percent saya takut kita akan sampai ke tahap di Malaysia adalah menjadi negara polis. Saya katakan dalam alasan-alasan dalam tahanan yang mati dalam di bawah polis disebut alasan ulser, demam kuning, bunuh diri, serangan jantung untuk tahanan sekitar 30 tahun hingga 40 tahun. Langsung tidak - membangkitkan 1000 pertanyaan. Soalan susulan saya apakah perancangan kerajaan dalam memperbaiki prestasi buruk ini? Adakah kerajaan atau Yang Berhormat Menteri masih lagi berdegil untuk melaksanakan mewujudkan Independent Police Complaints and Misconduct Commission? Kerana apa? Ini kerana walaupun disebut dahulu perancangan EAIC iaitu badan untuk menyiasat isu-isu ini termasuklah PDRM tidak memadai kerana kuasa EAIC yang sekarang senyap membisu. Terhad kepada menyiasat dan bukan mendakwa mereka yang bersalah. Mohon jawab. Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua soalan tambahan tadi tidak ada kaitan langsung dengan soalan asal. Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Yang Berhormat saya hendak bantu juga prestasi PDRM tidakkanlah tidak boleh langsung jawab. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dia jauh