Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Bil. 18 Selasa 13 April 2010 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.60 (Halaman 28) Maksud B.62 (Halaman 50) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010 (Halaman 85) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 26) Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.2) 2009 Jawatankuasa:- Maksud P.62 (Halaman 36) Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.1) 2010 (Halaman 93) DR. 13.4.2010 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 13 April 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal [Labuan] minta Menteri Pelancongan menyatakan apakah perancangan jangka panjang pihak kementerian dalam memastikan industri pelancongan WP Labuan berdaya saing dan mampu bersaing dengan negeri-negeri lain, memandangkan Jabatan Pelancongan telah dipanjangkan ke WP Labuan. Timbalan Menteri Pelancongan [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan atas soalan ini, soalan nombor satu. Perancangan jangka panjang Kementerian Pelancongan bagi membangunkan serta merancakkan lagi industri pelancongan secara mampan di Wilayah Persekutuan Labuan di antaranya adalah seperti berikut: (i) menyedia dan mempertingkatkan kemudahan dan infrastruktur pelancongan di mana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kementerian ini telah menyalurkan sebanyak RM6.8 juta bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan kemudahan pelancongan di Wilayah Persekutuan Labuan dan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua pula sebanyak RM810,000 lagi telah diluluskan bagi tujuan yang sama; (ii) menentukan 10 ikon pelancongan bagi Wilayah Persekutuan Labuan untuk diberikan fokus bagi sebarang pembangunan dan aktiviti promosi seperti United Nation Beach , Labuan Marine Museum , Pulau Kuraman, Labuan Marine Park , Patau-Patau 2 Water Village, Fish Spa, Chimney, War World II Memorial dan Duty Free Shopping; (iii) peningkatan produk pelancongan dengan membangunkan produk-produk pelancongan baru dan berpotensi untuk pasaran khusus ataupun niche market dengan izin. Antara produk DR. 13.4.2010 2 pelancongan yang berpotensi di Wilayah Persekutuan Labuan ialah pelancongan sukan, eko dan agro pelancongan, pelancongan marin, pelancongan warisan serta homestay dan; (iv) menggiatkan aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan dengan mengadakan acara pelancongan yang baru dan lebih kreatif yang perlu dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan di kalendar acara yang diedarkan ke seluruh Malaysia dan dunia. Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal [Labuan]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Memang apa yang disuarakan oleh Timbalan Menteri tadi cukup menarik dan seolah-olah membawa kehebatan pulau itu sendiri tetapi apa yang saya lihat, walaupun perbelanjaan telah pun diberikan berjuta-juta ringgit tetapi kelemahan yang kita nampak adalah promosi-promosi pelancongan itu sendiri di Labuan. Contohnya, untuk tahun ini sahaja kita akan mengadakan Labuan International Sea Challenge di Labuan yang akan bermula pada 27 April ini tetapi apa yang kita lihat, promosi sampai setakat ini cuma promosi yang minimum sahaja diadakan dan juga peruntukan yang diberikan cuma 1/3 sahaja berbanding dengan tahun-tahun yang lalu. Oleh itu saya mengharapkan kepada kementerian, benda ini dapat diperbaiki. Soalan tambahan saya, apakah kementerian akan menjalankan kajian terperinci tentang kesesuaian atau produk pelancongan bagi sebuah negeri ataupun wilayah secara komprehensif agar sesuatu produk pelancongan itu dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Sebagai contoh, Labuan amat sesuai dijadikan sebagai destinasi pelancongan pendidikan sekiranya kementerian mempunyai komitmen yang begitu tinggi mengenai industri pelancongan ini. Terima kasih. Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat dari Labuan. Kita sememangnya membuat promosi pelbagai cara termasuk e-Promosi melalui internet untuk semua destinasi di seluruh negara. Kita tidak anak tirikan Labuan bagi langkah- langkah promosi. Kalau kita lihat angka ataupun jumlah pelancong ke Labuan pada tahun 2009, memang tidak membanggakan. Hanya 294,549 jumlah pelancong domestik dan antarabangsa yang telah pun melawat Labuan. ■1010 Oleh yang demikian, pada tahun ini kementerian membuat pelbagai aktiviti mulai daripada bulan Januari hingga ke bulan November pada tahun ini. Aktiviti yang juga disebutkan oleh Yang Berhormat dari Labuan 28 April hingga 3 Mei ialah berkait dengan mungkin dengan pertandingan memancing laut dalam antarabangsa Labuan ataupun DR. 13.4.2010 3 Labuan International Sea Challenge. Ini akan dibuat oleh Majlis Tindakan Pelancongan Labuan. Selain daripada itu pelbagai aktiviti lain juga akan dijalankan untuk Labuan seperti menggalakkan pertumbuhan flea market ataupun pusat kraf tangan, menganjurkan kursus pelancongan kepada front liners dan sebagainya supaya mereka juga boleh membantu di dalam mempromosi Labuan. Manakala tentang kajian yang bersesuaian untuk Labuan seperti yang disebut tadi tentang Labuan sebagai pusat pelajaran ataupun pusat pendidikan walaupun ianya di bawah Kementerian Pelajaran ataupun Kementerian Pengajian Tinggi namun kementerian kami akan melihat daripada segi kajian bagaimanakah untuk menarik pelancong lebih-lebih lagi kepada Labuan dengan pasaran khusus ataupun niche market dengan izin. Sekian. Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: [Bangun] Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: [Bangun] Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ini soalan spesifik pelancongan Labuan. Saya nampak ada tiga yang berdiri. Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Yang di-Pertua, ada soalan tentang Labuan. Tuan Yang di-Pertua: Labuan? Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ya. Tuan Yang di-Pertua: Sila. Dr. Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu berkenaan tadi ada menyebut tentang flea market iaitu market untuk kraf tangan. Apa yang kita bimbang kalau ikut track record pasar-pasar kraf tangan ini dipenuhi oleh kraf tangan daripada negara luar misalnya daripada Filipina, daripada Indonesia, China dan sebagainya. Jadi bagaimanakah kementerian hendak memastikan bahawa flea market di Labuan ini sebenarnya yang dijual adalah kraf tangan daripada Malaysia itu sendiri. Seterusnya juga adakah kementerian bekerja rapat dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk memastikan keaslian Pulau Labuan ini dipelihara dan tidak berlaku pencemaran yang berleluasa sehingga ini sebenarnya alam semula jadi merupakan tarikan bukannya bangunan-bangunan dan sebagainya kepada DR. 13.4.2010 4 pelancong-pelancong luar. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat daripada mana tadi? Seorang Ahli: Yang Berhormat Titiwangsa. Dato' Dr. James Dawos Mamit: Tentang flea market pihak kementerian menggalakkan pengusaha homestay di Labuan untuk membuka gerai kecil-kecilan di halaman rumah mereka ataupun di balai raya untuk menjual hasil kraf tangan ataupun makanan ringan dengan tujuan untuk menambah pendapatan mereka. Homestay di Labuan adalah satu-satunya homestay di Malaysia yang bertapak di laut. Oleh itu, tarikan homestay di Labuan seharusnya satu tarikan yang boleh menambat hati pelancong daripada domestik ataupun antarabangsa. Tentang bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menjaga dan mengurus alam sekitar di Labuan sememangnya kita melihat perkara ini termasuk juga di Langkawi. Langkawi sekarang daripada destinasi 21 Langkawi nombor tiga di bawah tentang pengurusan alam sekitar. Oleh yang demikian, kita juga akan melihat Labuan. Saya sendiri akan pergi ke Labuan dan melihat apa yang harusnya dilakukan tentang pengurusan alam sekitar. Pada tahun 2007 saya pergi ke Labuan dan melihat pantai di sebelah mana, saya pun sudah lupa disebabkan tercemar kena tumpahan minyak daripada kapal. Perkara seperti inilah bagi Labuan kita harus lihat daripada segi pengurusan alam sekitar supaya pencemaran tidak terus berlaku dan saya harap juga Jabatan Marin akan menguatkuasakan peraturan dan perundangan tentang pembuangan minyak atau tumpahan minyak ke laut di mana-mana sahaja di negara kita yang ada pelancongan kepulauan. Sekian, terima kasih. [Soalan No. 2 – Y.B. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) tidak hadir] 3. Dato' Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar [Jerantut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah bermulanya khidmat kapal terbang yang baru dibeli oleh MAS. Adakah pembelian itu mengikut jadual asal. Timbalan Menteri Pengangkutan I [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, Malaysia Airlines (MAS) dijangka akan menerima penghantaran pertama pesawat baru jenis B737-800 yang akan dijangka tiba pada Oktober 2010 tahun ini. Untuk makluman Yang Berhormat, MAS telah menempah sebanyak 56 buah DR. 13.4.2010 5 pesawat baru dari pelbagai jenis iaitu B737-800 sebanyak 35 buah yang ditempah pada tahun 2008, A330-300 sebanyak 15 buah ditempah pada tahun 2009 dan A380-800 enam buah ditempah pada tahun 2003 oleh Penerbangan Malaysia. Tempahan ini adalah dibuat bagi memenuhi keperluan aircraft replacement dan keperluan
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages160 Page
-
File Size-