SOALAN NO.: 157

DEWAN RAKYAT MALAYSIA SOALAN BUKAN LISAN

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : DATUK DR. MAKIN @ MARCUS MOJIGOH [ PUTATAN ]

SOALAN

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan

a) apakah status terkini bagi program tebatan banjir untuk kawasan , Putatan dan Penampang; dan

b) status terkini cadangan mendalamkan Sungai Petagas dan Kuala Sungai Putatan dan tindakan yang telah di ambil ke atas masalah hakisan pantai dan sungai akibat Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

1 JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dalam RMKe-10, telah membelanjakan RM15 juta untuk projek tebatan banjir di kawasan Parlimen Penampang dan Putatan. Manakala untuk kawasan Kota Kinabalu sebanyak RM5 juta telah dibelanjakan dalam RMKe-10.

Setakat ini status terkini program tebatan banjir yang melibatkan tiga projek iaitu projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Petagas di Kampung Tebongon Putatan dengan kos projek berjumlah RM7,509,478.00 telah mencapai 85% siap, manakala projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Darau di Kg Pulutan dengan kos projek RM13,000,020.00 telah mencapai 47% siap.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran telah memanggil tender untuk projek Rancangan Tebatan Banjir Sg. Kibabaig dan kini menunggu keputusan mesyuarat daripada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah. Ketiga-tiga projek ini dijangka siap pada tahun 2016.

(b) Kementerian telah memohon Projek Rancangan Pengorekan Muara Sungai Petagas dalam permohonan RMK-11 dengan anggaran kos RM35 juta.

Sekian, terima kasih.

2