Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Pertama
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 11 Rabu 28 Mac 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 28) Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – Dato’ Lilah bin Yasin (Jempol) (Halaman 28) DR 28.3.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 28 Mac 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:- (a) pendirian kementerian ke atas gejala rasuah dalam bidang sukan terutama sekali sukan bola sepak; dan (b) langkah-langkah yang diambil bagi menghapuskan gejala ini. Timbalan Menteri Belia dan Sukan I [Dato' Razali bin Haji Ibrahim]: Universiti Kebangsaan Malaysia, universiti kebanggaan saya sebab saya graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh , salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Putatan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Seremban yang juga dijadualkan pada hari ini soalan nombor 40 serta soalan daripada Yang Berhormat Parit bertarikh 12 April 2012 kerana ianya berkaitan mengenai isu yang sama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat. Dato' Razali bin Haji Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, pendirian kementerian dalam isu rasuah adalah sangat jelas dan tegas di mana kita menentang dan tidak akan sesekali bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba merosakkan masa depan pembangunan sukan negara tidak kira dalam apa jenis sukan sekalipun. Ini kerana amalan rasuah sangat menjijikkan dan boleh meruntuhkan apa juga institusi malahan menjadi musuh kepada pembinaan negara. Justeru itu, gejala rasuah yang kini muncul kembali dalam sukan bola sepak kita amatlah membimbangkan dan mendukacitakan. Menerusi tangkapan seorang warganegara Singapura di Finland pada Februari 2011 atas kesalah mengatur perlawanan bola sepak di Asia, Afrika dan Eropah jelas menunjukkan wujudnya rangkaian yang besar sindiket perjudian bola sepak yang sentiasa memburu pemain-pemain, pengadil, pegawai bola sepak untuk diberikan sogokan. Amat malang sekali gejala ini telah pun menular ke dalam Liga Piala Presiden bawah 23 tahun kita. Berikutan dari itu, Persatuan Bola Sepak (FAM) melalui Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohd Taufik bin Tan DR 28.3.2012 2 Sri Abdul Razak telah pun menjatuhkan hukuman gantung seumur hidup dari bergiat aktif dalam bola sepak kepada seorang bekas jurulatih Piala Presiden Negeri Sembilan. Manakala empat pemain bekas Piala Presiden Negeri Sembilan dikenakan penggantungan setahun dan tujuh pemain lagi dikenakan penggantungan selama lima tahun. Seterusnya dalam usaha membanteras gejala rasuah, Persatuan Bola Sepak Malaysia telah pun membentuk sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Aseh bin Che’ Mat dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Jawatankuasa ini giat menjalankan aktiviti membanteras kegiatan rasuah atau mengatur perlawanan di seluruh negara dengan menggunakan pendekatan 3E dengan izin iaitu education, engagement , dan enforcement . Di antara pelan tindakan jawatankuasa ini adalah seperti berikut : (i) Melantik seorang bekas pegawai kanan PDRM iaitu Encik ACP Osman Bakar dan seorang bekas pegawai kanan SPRM untuk bertugas sepenuh masa di Jabatan Integriti FAM; dan (ii) Akan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan yang akan diketuai oleh Pegawai Penguat kuasa PDRM D7 di setiap 14 buah negeri di seluruh negara. Sebagai tambahan, melalui Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara, satu kempen pendidikan dan penerangan memerangi gejala rasuah akan dimulakan yang turut melibatkan pemain-pemain di bawah usia 12 tahun melalui program Mykid Soccer dengan penerapan nilai-nilai murni, pembentukan sahsiah diri dan keagamaan semaksimum yang mungkin. Langkah sedemikian juga akan dilaksanakan dalam Liga Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat latihan Daerah dan sekolah-sekolah sukan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia kerana kita percaya bahawa pencegahan kepada menularnya gejala rasuah ini boleh dimulakan dengan pendidikan dan ia pastinya akan berjaya ditangani dengan pendidikan juga. Saya ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada Dewan ini bahawa satu kempen memerangi rasuah bola sepak dengan slogan “Kami Benci Rasuah” akan diadakan pada 1 April 2012 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Muar Johor sempena Fiesta Bola Sepak Tujuh Sebelah 1Malaysia yang akan berlangsung dari 31 Mac hingga 1 April yang akan melibatkan pelajar-pelajar sekolah yang berumur lapan hingga 15 tahun di sekitar Daerah Muar, terima kasih. ■1010 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini isu maruah negara. Isu maruah negara, Tuan Yang di-Pertua. Isu maruah negara. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah tiga kali cakap, Yang Berhormat. DR 28.3.2012 3 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan]: Orang-orang yang terlibat Tuan Yang di-Pertua, dihukum hanya digantung seumur hidup. Ini ada kena mengena dengan nama – yang telah mencemarkan nama baik negara. Dihukum seumur hidup jawatannya, penglibatannya dalam bola sepak. Tidak cukup, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini isu jenayah, dosa yang paling tidak boleh diampunkan yang sebenarnya. Patut ada undang-undang yang tertentu dan gunakan undang-undang yang tertentu. Dipenjarakan dan pemain itu hanya dibuang daerah sahaja. Cukuplah, Tuan Yang di-Pertua. Patut termasuk mungkin pihak di sana juga terlibat sana juga terlibat dengan bookie-bookie ini yang mencemarkan nama baik negara yang seluruh. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tidak payah sampai begitu, Yang Berhormat. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan]: Ini mungkin, ini mungkin. Jadi minta jika... Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Jangan putar belit. Putar belitkah? Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan]: Spesifik untuk menghukum seberat-beratnya bookie-bookie dan orang yang terlibat yang... Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Bookie-bookie dari mana? Dari Putatan kah? Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan]: Yang berpejabat di negara kita. Mungkin Yang Berhormat Ipoh Barat juga tahu soal ini. Ada kena mengena dengan pihak di sana. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Menteri tahulah. Dato’ Razali bin Haji Ibrahim: Tahu apa? Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Bookie-bookie. Dato’ Razali bin Haji Ibrahim: Kalau saya hendak cerita pasal bookie memang panjang tetapi bergantung kepada soalan. Pertama, semua kesalahan di bawah undang- undang negara tidak akan terlepas daripada undang-undang yang ada. Siapa yang terbukti bersalah melakukan apa yang dipanggil match fixing – mengatur perlawanan, jika didapati cukup bukti boleh didakwa di bawah undang-undang sedia ada selepas disiasat oleh SPRM kerana kesalahan itu tidak hanya melibatkan sukan. Akan tetapi, apa yang dinyatakan tadi adalah perkara yang diambil di bawah kod tatatertib FAM di mana jika seseorang pemain, pengadil atau pegawai selepas disiasat sama ada oleh FAM atau FIFA, tidak disabitkan di bawah mana-mana undang-undang negara. FAM sebagai badan yang mengawal selia pembangunan bola sepak boleh mengambil tindakan di bawah kod yang ada. Penggantungan, hukuman denda di bawah FAM adalah sebagai salah satu daripada cara untuk pencegahan. Namun begitu, suka saya nyatakan bahawa di bawah undang-undang negara, mereka juga tidak boleh terlepas jika didapati bersalah dan ada di antara mereka yang sedang pun disiasat. DR 28.3.2012 4 Cumanya tentang buang daerah, tidak boleh lagi dijadikan sebagai salah satu hukuman kerana Dewan ini telah pun membatalkan ordinan yang berkaitan. Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Saifuddin Nasution Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingat apabila soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan berkaitan dengan gejala rasuah bola sepak ini, kita faham latar belakangnya dia bukan satu perkara baru, Yang Berhormat. Kalau era kegemilangan bola sepak dahulu iaitu tahun 70-an dan 80-an itu, kita hampir tidak dengar masalah rasuah. Akan tetapi, apabila kita tukar liga bola sepak menjadi profesional, gejala rasuah itu mula menular kemuncaknya tahun 1990 hingga 1995 itu. Liga bola sepak hampir ranap diserang dengan penyakit ini. Sekarang apabila mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, di peringkat Piala Presiden, anak-anak muda ini pun terbabit, Yang Berhormat Sri Gading. Ini membimbangkan kita. Kemudian di peringkat jurulatih, di peringkat pegawai baru-baru ini di Johor seorang anggota polis ditangkap. Dia mengatur. Dia sama ada bookie ataupun dia sendirilah yang menjadi. Kemudian, ada aduan daripada FIFA ataupun kenyataan daripada FIFA. Dia kata, “FAM pun terbabit”. Jadi pemain, jurulatih, pegawai dan persatuan. Itu dakwaan. Kita tidak semestinya percaya sepenuhnya tetapi dari pandangan rakyat biasa sebagai penggemar dan peminat bola sepak, yang saya lebih risaukan adalah kesan jangka panjang kepada kesungguhan kita untuk menaikkan mutu dan prestasi bola sepak. Sudah ada tanda- tandanya itu. Menang beberapa