Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Sejarah Pengasas dan Pelopor Penubuhan UKM

Oleh Harith Faruqi Sidek

Bahagian Koleksi Arkib, Galeri dan Khas Perpustakaan Tun Seri Lanang

1 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Pendahuluan

Dengan adanya sistem sekolah menengah melayu, maka aspirasi rakyat kearah penubuhan Universiti Kebangsaan telah bersemarak, apatah lagi melihatkan bilangan pelajar melayu di peringkat menengah telah mencapai angka 128,000 orang. Malangnya jumlah kemasukan pelajar ke Universiti pada ketika itu bernisbah daripada 10,000 pelajar, hanya 3 orang sahaja yang layak diterima masuk ke Universiti. Meskipun aliran pendidikan melayu telah wujud dan berjaya melahirkan pelajar melayu yang berpendidikan, namun pasaran pekerjaan pada masa itu masih meletakkan aliran pelajaran inggeris sebagai syarat utama. Akibatnya ramai dikalangan pelajar melayu yang tamat sekolah menengah melayu gagal dalam pasaran kerja lantas mewujudkan kadar pengangguran yang menyedihkan bagi kaum melayu. Pada masa yang sama, kewujudan Universiti Malaya juga dilihat gagal memainkan peranan dalam membantu anak melayu meneruskan pengajian di peringkat universiti, tambahan pula Universiti Malaya pada masa itu langsung gagal mengangkat bahasa melayu sebagai bahasa pengantar.

Cahaya yang hampir malap kembali berkelip apabila sekumpulan tenaga akademik di Universiti Malaya mula membicarakan dan membayangkan sebuah universiti yang dapat dilahirkan sebagai sebuah Universiti Kebangsaan, antara tokoh yang berada dalam kumpulan ini ialah, Profesor Tunku Shamsul Bahrin, Profesor Syed Husin Ali, Profesor Abu Bakar Hamid, Profesor Mohd Ghazali Abdul Rahman, Mohd Zain Majid dan Profesor Zainal Abidin Wahid. Menurut Mohd Zain Majid ( kini Datuk ), beliau bersama Profesor Zainal Abidin Wahid dan Profesor Tunku Shamsul Bahrin pada satu ketika dengan sukarela memberi bimbingan tambahan kepada kumpulan pelajar melayu yang pada ketika itu mengalami kesukaran mengikuti pembelajaran dalam bahasa inggeris, tambahan pula pada ketika itu tiada buku teks dalam bahasa kebangsaan. Tokoh-tokoh akademik ini ternyata sangat berani dalam melahirkan buah fikiran malahan keyakinan tatkala kebanyakkan tokoh akademik lain masih sangsi akan keupayaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat universiti.Akhirnya satu perjumpaan telah diadakan pada 28 ogos 1968 dengan dihadiri oleh tokoh-tokoh melayu dari pelbagai latarbelakang kerjaya dan fahaman politik namun hadir dengan satu misi dan visi, iaitu melihat sebuah Universiti Kebangsaan ditubuhkan.

Perjumpaan yang diadakan di itu telah dipengerusikan oleh Syed Nasir Ismail dan mengusulkan beberapa resolusi yang akan diperjuangkan sehingga sebuah Universiti Kebangsaan dapat ditubuhkan. Tokoh-tokoh yang hadir pada perjumpaan itu ialah :

1. Syed Nasir Ismail - Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Dr. - Ahli Dewan Rakyat 3. Zainal Abidin Abdul Wahid - Universiti Malaya 4. Tunku Shamsul Bahrin - Universiti Malaya 5. Mansor Osman - MARA

2 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

6. Yunus Maris - Universiti Malaya 7. Ab. Aziz Tapa - Dewan Kebudayaan Kebangsaan 8. Ahmadnor Tainu - Seremban 9. Kassim Harun - KGMMB 10. Zainudin Lapoh - KGMMB 11. Md. Yusuf Harun - Dewan Kebudayaan Kebangsaan 12. Md. Zain Hj. Abdul Majid - FIDA 13. Hamzah Sendut - Universiti Malaya 14. Abu Kasim Yusuf - Seremban 15. Syed Naguib Al-Attas - Universiti Malaya 16. Ungku Omar Ahmad - 17. Ali Taib - Universiti Malaya 18. A. Samad Ismail - Wartawan 19. Hussain Abd. Ghani - Rumah Sakit Umum, K.Lumpur 20. Mokhzani A.Rahim - Universiti Malaya 21. Syed Husin Ali - Universiti Malaya 22. Zainal Abidin Bador - Universiti Malaya 23. Ahmad Nawawi - Universiti Malaya 24. Othman Nor - Universiti Malaya 25. Mohd Ghazali - Universiti Malaya 26. Mazidah Zakaria - Universiti Malaya 27. Siti Hawa Salleh - Universiti Malaya 28. Nik Safiah Hj. A. Karim - Universiti Malaya 29. Ismail Husein - Universiti Malaya 30. Dr. Rais Saniman - Bank Negara 31. Tan Sri Syed Jaafar Albar - Ahli Parlimen 32. Ahmad A. Rahman - Muar 33. Ahmad b. Saleh - Kolej Islam 34. Muhamad Jamil - Universiti Malaya 35. Zaharah Hj. Mahmood - Universiti Malaya 36. Azmah Haji Omar - Universiti Malaya 37. Mohd Hussein - Sek. Dato’ Sri Amar, Muar 38. Mohd Fahim Hj. Yaakob - PKPIM 39. Anwar Ibrahim - PKPIM 40. Zakaria Hashim - PKPIM 41. Atan Long - Universiti Malaya 42. Ismail Ahmad - Melaka 43. Usman Awang - Dewan Bahasa dan Pustaka 44. Anuwar Mahmud - Universiti Malaya 45. Haron Awal - PBMUM 46. Abdullah Satar - PBMUM 47. Marlizan Othman - PBMUM 48. Syed Hamid Albar - Kesatuan Melayu United Kingdom 49. Dato’ Dr. Abd. Majid - Rumah Sakit Umum 50. Abu Bakar Hamid - Universiti Malaya

3 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Sebahagian daripada helaian daftar kehadiran mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan

4 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Jawatankuasa Penaja Penubuhan Universiti Kebangsaan.

Hasil daripada perjumpaan ini, Jawatankuasa Penaja Penubuhan Universiti Kebangsaan telah ditubuhkan, berikut adalah senarai lengkap Ahli Jawatankuasa yang dipilih dalam perjumpaan tersebut:

Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi Tuan Syed Nasir Ismail

Naib Pengerusi Dr. Mahathir Mohamad

Setiausaha Encik Zainal Abidin Wahid Encik Abu Bakar Hamid

Bendahari Tunku Shamsul Bahrin Tan Sri Syed Jaafar Albar

Ahli Jawatankuasa Prof. Hamzah Sendut Dr. Syed Naguib Al-Attas (kemudiannya menarik diri dan tempat beliau diganti oleh Dr. Rashdan Baba, Pengetua Kolej Pertanian Serdang) Encik A. Samad Ismail Encik Zain Majid Dr. Rais Saniman Encik Mansor Othman Encik Yunus Maris Encik Atan Long

Ahli Jawatankuasa Kecil Pentadbiran

1. Prof. Ungku Omar Ahmad (Pengerusi) Pengarah, Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur

2. Abdullah Salleh (Timbalan Pengerusi) Jabatan Perdana Menteri Kuala Lumpur

3. Dr. Rashdan Baba Pengetua Maktab Pertanian Serdang, Selangor

5 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

4. Prof. Hamzah Sendut Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya Kuala Lumpur

5. Hassan Ibrahim Dewan Latihan Pegawai-Pegawai Kerajaan Petaling Jaya

6. Abdullah Sanusi Ahmad Unit Pembangunan Pentadbiran Jabatan Perdana Menteri Kuala Lumpur

7. Arshad Ayub Pengarah Institut Teknologi Mara Petaling Jaya.

8. Abu Bakar Hamid Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur

9. Jonid Abu Saham (Setiausaha) Pendaftar Institut Teknologi Mara Petaling Jaya

Ahli Jawatankuasa Kecil Konsep dan Ilmiah

1. Dr. Agoes Salim (Pengerusi) Kementerian Pembangunan Negara & Luar Bandar Kuala Lumpur

2. Mohd Yunus Maris (Timb. Pengerusi) Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur

3. Dr. Ghazali Abd Rahman Fakulti Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur

6 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

4. Ainudin Wahid Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur

5. Anuwar Mahmud Fakulti Pertanian Universiti Malaya, Kuala Lumpur

6. Mokhzani A. Rahim Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Kuala Lumpur

7. Syed Husin Ali Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur

8. Dr. Hussein A. Ghani Rumah Sakit Besar Kuala Lumpur

9. Tunku Shamsul Bahrin Jabatan Ilmu Alam Universiti Malaya, Kuala Lumpur

10. A. Samad Ismail Berita Harian Jalan Riong, Kuala Lumpur

11. Awang Had Salleh Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

12. Dr. Md. Zain Karim (Setiausaha) Fakulti Pertanian Universiti Malaya, Kuala Lumpur

7 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Ahli Jawatankuasa Kecil Tenaga Pengajaran dan Latihan

1. Mansor Othman (Pengerusi) Pengarah Bahagian Latihan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kuala Lumpur

2. Zainal Abidin Wahid (Timb. Pengerusi) Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

3. Prof. Md. Taib Osman Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur

4. Rashid Ahmad Maktab Pertanian, Serdang

5. Hassan Abd. Wahab Ibu Pejabat Telekom Selangor, Kuala Lumpur

6. Othman Mohd Nor Jabatan Kimia Universiti Malaya, Kuala Lumpur

7. Dr. Zainal Abidin Sarih Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

8. Atan Long Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

9. Dr. Ahmad Nawawi Pusat Sains kajihayat Universiti Malaya, Kuala Lumpur

10. Tajuddin Jali (Setiausaha) Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kuala Lumpur

8 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Ahli Jawatankuasa Kecil Perpustakaan

1. Alwi Jantan (Pengerusi) Pengarah Arkib Negara Malaysia

2. Abd Aziz Shaik Mydin Pegawai Perpustakaan Arkib Negara Malaysia

3. Syed Ahmad Ali Pegawai Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka

4. Rugayah Eusoff Pegawai Perpustakaan Bank Negara Malaysia

5. Rugayah A. Rashid Pegawai Perpustakaan Institut Teknologi Mara

Ahli Jawatankuasa Kecil Kewangan

1. Dr. Rais Saniman (Pengerusi) Kementerian Kewangan Kuala Lumpur

2. Md. Zain A. Majid (Timbalan) FIDA, Kuala Lumpur

3. Ridzuan Md. Akil Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya Kuala Lumpur

4. A. Rahman Hamid Akauntan Majlis Amanah Rakyat

5. Othman Hitam Bendahari Universiti Malaya

9 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

6. Ahmad Salleh Timbalan Pengetua Kolej Islam, Petaling Jaya

7. Hijas Kasturi Institut Teknologi Mara

8. Sritua Arief Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya

9. Azman Hashim Akauntan Azman, Wong & Salleh

10. Ahmad Rashidi DM. Abdullah Penolong Pendaftar Universiti Malaya

11. B.S Mokhtar Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya

12. Yunus Sudin Syarikat Kimia Malaysia Berhad Kuala Lumpur

13. Raja Md. Affandi (Setiausaha) Petaling Jaya

Jawatankuasa ini telah menganjurkan Kongres Universiti Kebangsaan pada 15 Mac 1969 bertempat di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya . Dalam persidangan tersebut kongres telah mengusulkan agar Universiti Kebangsaan ditubuhkan dan memulakan pengajian pada tahun 1970. Pada waktu itu ada usul mencadangkan agar Dr. Ungku Omar Ahmad yang pada ketika itu bertugas di Kementerian Kesihatan dilantik sebagai Naib Canselor pertama Universiti Kebangsaan yang bakal ditubuhkan kelak, namun manusia hanya merancang dan tuhan jua yang menentukan, hasrat itu tidak menjadi kenyataan apabila Dr. Ungku Omar meninggal dunia. Usul penubuhan Universiti Kebangsaan dari kongres tahun 1969 ini telah dibawa ke Dewan Parlimen pada tahun tersebut, hasilnya Parlimen Malaysia telah meluluskan usul tersebut yang membawa kepada penubuhan rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia mengikut perintah (Perbadanan) Universiti Kebangsaan Malay- sia, P.U. ( A ) 409 / 1971 di bawah seksyen 6. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Mengikut Perintah (Perbadanan) UKM 1971 itu, UKM ditubuhkan dengan tujuan mengada, memaju dan mengembangkan pendidikan tinggi dalam lapangan Sains Jati, Sains Gunaan, Sains Perubatan, Sains Farmasi, Sains Kejuruteraan, Teknologi, Sains Kemasyarakatan, Bidang Kemanusiaan, Pendidikan, Undang-Undang Islam dan Teologi Perbandingan, Ilmu Akaun, Kewartawanan dan juga mengadakan penyelidikan dan pengumpulan dan kemajuan pengetahuan dan penyebaran pengetahuan itu dalam lapangan yang tersebut diatas. Akhirnya pada tarikh keramat 18 Mei 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan dengan rasminya.

10 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Antara Tokoh-tokoh yang menganggotai Jawatankuasa Penaja Penubuhan Universiti Kebangsaan .

Tun Syed Nasir Ismail..Pengerusi Prof. Datuk Dr. Zainal Abidin Wahid, Tun Dr. Mahathir Mohamed, Timbalan Pengerusi Timbalan Pengerusi

Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Mohd Datuk A. Samad Ismail Tun Abdullah Salleh, Rashdan Hj Baba, Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pentadbiran

Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Tan Sri Datuk (Dr) Arshad Ayub Dr. Syed Husin Ali Dr. Awang Had Salleh Ahli Jawatankuasa Kecil Pentadbiran Ahli Jawatankuasa Kecil Konsep dan Ilmiah Ahli Jawatankuasa Kecil Konsep dan Ilmiah

Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Mahmud Tan Sri Azman Hashim Tuan Haji Abdul Aziz Shaik Mydin Ahli Jawatankuasa Kecil Konsep Ahli Jawatankuasa Kecil Ahli Jawatankuasa Kecil dan Ilmiah Kewangan Perpustakaan

11 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Profesor Tunku Shamsul Bahrin Profesor Hamzah Sendut Tan Sri Dato’ Dr. Abdullah Ahli Jawatankuasa Kecil Konsep dan Ahli Jawatankuasa Kecil Sanusi Ahmad Ilmiah Pentadbiran Ahli Jawatankuasa Kecil Pentadbiran

Prof. Dr. Sritua Arief Tan Sri Dato’Ainuddin Abdul Wahid Tan Sri Dato’Alwi Jantan Ahli Jawatankuasa Kecil Ahli Jawatankuasa Kecil Konsep dan Pengerusi Kewangan Ilmiah Jawatankuasa Kecil Perpustakaan

Profesor Tunku Shamsul Bahrin bersama Datuk Mohd. Zain Abdul Majid, dua orang tokoh yang besar sumbangannya dalam proses penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia

12 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Sejarah Kepimpinan UKM Canselor UKM

13 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007 Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia

Y.A.B Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein ( 1970-1975 )

DYMM Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman ( 1975 - Kini)

14 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Sejarah Kepimpinan UKM Pro-Canselor UKM

15 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Y.A.Bhg Tun Dato’ YBhg. Tan Sri Dato’ Nik Ahmed Kamil ( Mulai 5 November 1971 - 22 Januari 1987) bin Nik Mahmood ( Mulai 6 November 1971 - 20 Disember 1977)

YBhg Tun (Dr.) Syed Nasir Ismail Y.ABhg Tan Sri Dato’ Ismail Mohd Ali ( Mulai 21 Disember 1977 - 16 Mac 1982 ) ( Mulai 1 Disember 1982 - )

16 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

YBhg Tun Y.A.Bhg Tun Haji Omar Yoke Lin Ong ( Mulai 1 Ogos 1987) ( Mulai 1 Ogos 1987 - 31 Julai 1990)

YM Tengku Tan Sri Dato’ Seri Ahmad YAM Tunku Laxamana Tunku Rithauddeen Al-Haj bin Tengku Ismail Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar ( Mulai 7 Ogos 2005 )

17 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Tan Sri Dato’ Seri

18 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Sejarah Kepimpinan UKM Pengerusi Majlis UKM

19 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Y.Bhg . Tan Sri Sheikh Hussein bin Y.Bhg . Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Sheikh Mohamed ( Mulai April 1974 - 5 oktober 1974 ) ( Mulai Mei 1970 - April 1971 )

YBhg Tun Abdullah Mohd Salleh YBhg Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ ( Mulai 5 Oktober 1974 - 12 Mei 1987) Dr. Mohd Rashdan bin Hj Baba ( Mulai 13 Mei 1987 )

20 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Tan Sri Abdulah Mohd Tahir ( Mulai 13 Mei 1987 )

21 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Sejarah Kepimpinan UKM Naib Canselor UKM

22 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Y.Bhg Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Ariffin Ngah Marzuki Rashdan Haji Baba ( Mulai 1 April 1971 - 31 Mac 1974) ( Mulai 1 September 1969 - 31 Mac 1971)

YBhg Prof. Datuk Dr. Mohd Ghazali Hj YBhg Prof. Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Mahmud Abdul Rahman ( Mulai 1 April 1975 - 13 Mac 1980 ) ( Mulai 1 April 1974 - 31 Mac 1975 )

23 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

YBhg Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Awang Had Salleh YBhg Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul ( Mulai 16 Julai 1980 - 1 Februari 1984 ) Hamid Abdul Rahman ( Mulai 1 Februari 1984 - 31 Ogos 1993 )

YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Sham Sani YBhg Prof. Datuk Dr. Anuwar Ali ( Mulai 1 September 1993 - 24 Mac 1998 ) ( Mulai 1 Mei 1998 - ? )

24 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Salleh Mohd Yassin (Mulai 1 Mei 2003 - 27 Ogos 2006)

YBhg Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahbuddin (27 Ogos 2006 - kini)

25 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Sejarah Kepimpinan UKM Timbalan Naib Canselor UKM

26 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

YBhg Prof. Datuk Dr. Mohd Ghazali Abdul Rahman

- Timbalan Naib Canselor (Pertama) 1975-1978) - Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pentadbiran 1979 - Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pembangunan 1982

YBhg Prof. Datuk Dr. Mohd Yusof Noor

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 1979-1984

YBhg Prof. Datuk Dr. Nik Rashid Nik Ismail

- Timbalan Naib Canselor Akademik 1982-84 - Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Latihan 1984-1987.

27 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

YBhg Prof. Dato’ Dr. Noramly Muslim

- Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pembangunan 1982 - 1984

YBhg Prof. Dr. Jalani Sukaimi

- Timbalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan 1984-1987

YBhg Prof. Dato’ Abdul Halim othman

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 1984-1990

28 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Sham Sani

- Timbalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan 1987-1989 -TImbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik 1990-1991

YBhg Prof. Dr, Shaharir Md. Zin

- Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan latihan 1987-1989 - Timbalan Naib Canselor Hal -Ehwal Pembangunan 1990 - 1991 - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik 1991-1994

YBhg Prof. Dato’ Dr. Abu Hassan Othman

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 1990-1994

29 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Zawawi Ismail

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan 1991 - 1993

YBhg Prof. Dato’ Dr. Zakri Abdul Hamid

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan 1992 - 1995 - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik 2000 - Timbalan NaibCanselor Hal Ehwal Pelajar 1995

YBhg Prof. Dato’ Dr. Anuwar Ali

- Timbalan Naib Canselor Akademik 1994 - 1995

30 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

YBhg Prof. Dr. Mohammad bin Haji Yusuf

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 1997

YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Salleh Mohd Yassin

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan 1995 - 2000 - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 2000 - 2002

YBhg Prof. Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 1997 - 2000

31 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

YBhg Prof. Dato’ Dr. Abdul Samad Hadi

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademikr 2000 - 2002

YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohammed Noor Embi

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pemabngunan 2000 - 2005

YBhg Prof. Dato’ Dr. Ikram Mohd. Said

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademikr 2003- 2004

32 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 2003 - 2004 - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 2005 - kini

YBhg Prof. Dato’ Dr. Sukiman Sarmani

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa 2005 - kini

YBhg Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo

- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi 2005 - kini

33 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Sejarah Kepimpinan UKM Pendaftar UKM

34 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Tun Abdullah bin Hj Mohd Salleh ( 1969 - 1972 )

Tuan Haji Abd. Rahim bin Abd. Jalal ( 1972 - 1974 )

Tuan Haji Mohd Ghadzalli Ahmad ( 1974 - 1978 )

35 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Dato’ Dr. Syed Arabi bin Syed Abdullah Idid ( 1978 - 1981 )

Tuan Haji Baharudin bin Haji Alang Ishak ( 1982 - 1996 )

Basir bin Elon ( Oktober 1996 - Jun 2004 )

36 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Datuk Taip bin Abu ( Jun 2004 - 2007 )

Ab. Aziz Othman ( 2007 - kini )

37 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Sejarah Kepimpinan UKM Bendahari UKM

38 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Dato’ Megat Abd. Rahman bin Megat Ahmad ( 1970 - 1973 )

Dato’ Ishak Imam Abbas ( 1 April 1975 - 18 Ogos 1978 )

Ashaari bin Ayub ( 1 Ogos 1973 - 1 September 1974 )

39 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Che Omar bin Ahmat @ Ahmad ( 1978 - 1999 )

Tuan Haji Mohd Abdul Rashid bin Mohd. Fadzil ( 1999 - kini )

40 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Sejarah Kepimpinan UKM Ketua Pustakawan UKM

41 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Tuan Haji Abdul Aziz Shaik Mydin ( 1970 - 1977 )

Tuan Haji Zainal Azman Rajudin ( 1988 - 1996 )

Cik Hajjah Norsham Muslim ( 1996 - Mac 2000 )

- Pemangku Ketua Pustakawan ( 1982 - 1983 )

42 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007

Putri Saniah Megat Abdul Rahman ( 2001 - 2006 )

Tuan Haji Abu Bakar Maidin ( 2007 - kini)

Penutup

UKM kini telah berusia 37 tahun, dalam usia “belia” ini pelbagai pencapaian dan kegemilangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dikecapi. Kedewasaan UKM pastinya tidak akan terhenti , anak-anak tangga kejayaan tekun didaki bersama genggaman aspirasi dan harapan rakyat yang mahu melihat anak bangsa terus dikendong bersama menuju kejayaan, pastikan tiada yang tercicir, kerana itu adalah matlamat UKM dilahirkan dan terus gah berdiri hingga ke hari ini.

Kejayaan dan kegemilangan yang dikecapi tidak mungkin dapat digapai andai institusi keramat ini tidak dipacu oleh barisan kepimpinan yang berkarisma serta memahami hasrat dan zat penubuhan UKM itu sendiri. Atas daya usaha yang tinggi dan tidak lokek dengan pengorbanan maka wajar barisan tokoh- tokoh kepimpinan UKM ini dihargai dan disanjung bakti budi yang dicurahkan demi meneruskan kelangsungan jejak cemerlang UKM. Semoga UKM terus berdaya saing dan menjadi universit yang terkehadapan.

43