Hang Tuah: Raja Duta Kerajaan Melayu Melaka
1 SEMINAR PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 29 NOVEMBER 2018 SEMINAR MANUSKRIP MELAYU HANG TUAH: RAJA DUTA KERAJAAN MELAYU MELAKA OLEH PROF EMERITUS DATO’ DR HASHIM MUSA PUSAT KECEMERLANGAN KAJIAN MELAYU (PKKM) UNIVERSITI MALAYA Abstrak Kertas ini akan menelusuri pelayaran Laksamana Hang Tuah sebagai Raja Duta dengan kapal “Mendam Berahi”, berdasarkan buku Hikayat Hang Tuah (Kassim Ahmad (penyelenggara), 1966), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, dan dokumen rasmi Rekidai Hŏan Kerajaan Ryukyu Jepun, terjemahan daripada bahasa asal Bahasa Cina ke Bahasa Inggeris oleh A. Kobata dan M. Matsuda. (1969). Ryukyuan Relations with Korea and the South Sea Countries: An Annotated Translation of Documents in the Rekidai Hŏan. Kyoto: Kawakita Printing, dan juga dokumen Portugis The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India, Afonso Albuquerque Vol. I- IV, 1744 Portuguese Edition, (Tr.) Walter De Gray Birch.1875-1884. London: Hakluyt Society. Pelayaran Hang Tuah sebagai raja duta kerajaan Melaka dengan kapal Mendam Berahi merupakan satu warisan penjelajahan atau “odyssey” maritim Melayu yang agung. Laksamana Hang Tuah dengan Mendam Berahi telah menjelajahi sekurang-kurangnya 14 buah negara atau bandar, iaitu Majapahit, Bentan, Lingga, Palembang, Jayakarta, Acheh, Brunei, Siam, Benua Keling, Benua China, Mesir, Jeddah, Mekah, Madinah dan juga Benua Rom Uthmaniah Istanbul, dengan tujuan utamannya misi diplomasi dan juga kegiatan perdagangan antarabangsa antara Melaka dengan negeri-negeri berkenaan. Kata kunci: Raja duta, odyssey,
[Show full text]