F:\Gemilang 35 Tahun UKM\SEJARA

F:\Gemilang 35 Tahun UKM\SEJARA

Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007 Sejarah Pengasas dan Pelopor Penubuhan UKM Oleh Harith Faruqi Sidek Bahagian Koleksi Arkib, Galeri dan Khas Perpustakaan Tun Seri Lanang 1 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007 Pendahuluan Dengan adanya sistem sekolah menengah melayu, maka aspirasi rakyat kearah penubuhan Universiti Kebangsaan telah bersemarak, apatah lagi melihatkan bilangan pelajar melayu di peringkat menengah telah mencapai angka 128,000 orang. Malangnya jumlah kemasukan pelajar ke Universiti pada ketika itu bernisbah daripada 10,000 pelajar, hanya 3 orang sahaja yang layak diterima masuk ke Universiti. Meskipun aliran pendidikan melayu telah wujud dan berjaya melahirkan pelajar melayu yang berpendidikan, namun pasaran pekerjaan pada masa itu masih meletakkan aliran pelajaran inggeris sebagai syarat utama. Akibatnya ramai dikalangan pelajar melayu yang tamat sekolah menengah melayu gagal dalam pasaran kerja lantas mewujudkan kadar pengangguran yang menyedihkan bagi kaum melayu. Pada masa yang sama, kewujudan Universiti Malaya juga dilihat gagal memainkan peranan dalam membantu anak melayu meneruskan pengajian di peringkat universiti, tambahan pula Universiti Malaya pada masa itu langsung gagal mengangkat bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Cahaya yang hampir malap kembali berkelip apabila sekumpulan tenaga akademik di Universiti Malaya mula membicarakan dan membayangkan sebuah universiti yang dapat dilahirkan sebagai sebuah Universiti Kebangsaan, antara tokoh yang berada dalam kumpulan ini ialah, Profesor Tunku Shamsul Bahrin, Profesor Syed Husin Ali, Profesor Abu Bakar Hamid, Profesor Mohd Ghazali Abdul Rahman, Mohd Zain Majid dan Profesor Zainal Abidin Wahid. Menurut Mohd Zain Majid ( kini Datuk ), beliau bersama Profesor Zainal Abidin Wahid dan Profesor Tunku Shamsul Bahrin pada satu ketika dengan sukarela memberi bimbingan tambahan kepada kumpulan pelajar melayu yang pada ketika itu mengalami kesukaran mengikuti pembelajaran dalam bahasa inggeris, tambahan pula pada ketika itu tiada buku teks dalam bahasa kebangsaan. Tokoh-tokoh akademik ini ternyata sangat berani dalam melahirkan buah fikiran malahan keyakinan tatkala kebanyakkan tokoh akademik lain masih sangsi akan keupayaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat universiti.Akhirnya satu perjumpaan telah diadakan pada 28 ogos 1968 dengan dihadiri oleh tokoh-tokoh melayu dari pelbagai latarbelakang kerjaya dan fahaman politik namun hadir dengan satu misi dan visi, iaitu melihat sebuah Universiti Kebangsaan ditubuhkan. Perjumpaan yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka itu telah dipengerusikan oleh Syed Nasir Ismail dan mengusulkan beberapa resolusi yang akan diperjuangkan sehingga sebuah Universiti Kebangsaan dapat ditubuhkan. Tokoh-tokoh yang hadir pada perjumpaan itu ialah : 1. Syed Nasir Ismail - Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Dr. Mahathir Mohamad - Ahli Dewan Rakyat 3. Zainal Abidin Abdul Wahid - Universiti Malaya 4. Tunku Shamsul Bahrin - Universiti Malaya 5. Mansor Osman - MARA 2 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007 6. Yunus Maris - Universiti Malaya 7. Ab. Aziz Tapa - Dewan Kebudayaan Kebangsaan 8. Ahmadnor Tainu - Seremban 9. Kassim Harun - KGMMB 10. Zainudin Lapoh - KGMMB 11. Md. Yusuf Harun - Dewan Kebudayaan Kebangsaan 12. Md. Zain Hj. Abdul Majid - FIDA 13. Hamzah Sendut - Universiti Malaya 14. Abu Kasim Yusuf - Seremban 15. Syed Naguib Al-Attas - Universiti Malaya 16. Ungku Omar Ahmad - Kuala Lumpur 17. Ali Taib - Universiti Malaya 18. A. Samad Ismail - Wartawan 19. Hussain Abd. Ghani - Rumah Sakit Umum, K.Lumpur 20. Mokhzani A.Rahim - Universiti Malaya 21. Syed Husin Ali - Universiti Malaya 22. Zainal Abidin Bador - Universiti Malaya 23. Ahmad Nawawi - Universiti Malaya 24. Othman Nor - Universiti Malaya 25. Mohd Ghazali - Universiti Malaya 26. Mazidah Zakaria - Universiti Malaya 27. Siti Hawa Salleh - Universiti Malaya 28. Nik Safiah Hj. A. Karim - Universiti Malaya 29. Ismail Husein - Universiti Malaya 30. Dr. Rais Saniman - Bank Negara 31. Tan Sri Syed Jaafar Albar - Ahli Parlimen Malaysia 32. Ahmad A. Rahman - Muar 33. Ahmad b. Saleh - Kolej Islam 34. Muhamad Jamil - Universiti Malaya 35. Zaharah Hj. Mahmood - Universiti Malaya 36. Azmah Haji Omar - Universiti Malaya 37. Mohd Hussein - Sek. Dato’ Sri Amar, Muar 38. Mohd Fahim Hj. Yaakob - PKPIM 39. Anwar Ibrahim - PKPIM 40. Zakaria Hashim - PKPIM 41. Atan Long - Universiti Malaya 42. Ismail Ahmad - Melaka 43. Usman Awang - Dewan Bahasa dan Pustaka 44. Anuwar Mahmud - Universiti Malaya 45. Haron Awal - PBMUM 46. Abdullah Satar - PBMUM 47. Marlizan Othman - PBMUM 48. Syed Hamid Albar - Kesatuan Melayu United Kingdom 49. Dato’ Dr. Abd. Majid - Rumah Sakit Umum 50. Abu Bakar Hamid - Universiti Malaya 3 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007 Sebahagian daripada helaian daftar kehadiran mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan 4 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007 Jawatankuasa Penaja Penubuhan Universiti Kebangsaan. Hasil daripada perjumpaan ini, Jawatankuasa Penaja Penubuhan Universiti Kebangsaan telah ditubuhkan, berikut adalah senarai lengkap Ahli Jawatankuasa yang dipilih dalam perjumpaan tersebut: Ahli Jawatankuasa Induk Pengerusi Tuan Syed Nasir Ismail Naib Pengerusi Dr. Mahathir Mohamad Setiausaha Encik Zainal Abidin Wahid Encik Abu Bakar Hamid Bendahari Tunku Shamsul Bahrin Tan Sri Syed Jaafar Albar Ahli Jawatankuasa Prof. Hamzah Sendut Dr. Syed Naguib Al-Attas (kemudiannya menarik diri dan tempat beliau diganti oleh Dr. Rashdan Baba, Pengetua Kolej Pertanian Serdang) Encik A. Samad Ismail Encik Zain Majid Dr. Rais Saniman Encik Mansor Othman Encik Yunus Maris Encik Atan Long Ahli Jawatankuasa Kecil Pentadbiran 1. Prof. Ungku Omar Ahmad (Pengerusi) Pengarah, Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur 2. Abdullah Salleh (Timbalan Pengerusi) Jabatan Perdana Menteri Kuala Lumpur 3. Dr. Rashdan Baba Pengetua Maktab Pertanian Serdang, Selangor 5 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007 4. Prof. Hamzah Sendut Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya Kuala Lumpur 5. Hassan Ibrahim Dewan Latihan Pegawai-Pegawai Kerajaan Petaling Jaya 6. Abdullah Sanusi Ahmad Unit Pembangunan Pentadbiran Jabatan Perdana Menteri Kuala Lumpur 7. Arshad Ayub Pengarah Institut Teknologi Mara Petaling Jaya. 8. Abu Bakar Hamid Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur 9. Jonid Abu Saham (Setiausaha) Pendaftar Institut Teknologi Mara Petaling Jaya Ahli Jawatankuasa Kecil Konsep dan Ilmiah 1. Dr. Agoes Salim (Pengerusi) Kementerian Pembangunan Negara & Luar Bandar Kuala Lumpur 2. Mohd Yunus Maris (Timb. Pengerusi) Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur 3. Dr. Ghazali Abd Rahman Fakulti Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur 6 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007 4. Ainudin Wahid Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur 5. Anuwar Mahmud Fakulti Pertanian Universiti Malaya, Kuala Lumpur 6. Mokhzani A. Rahim Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Kuala Lumpur 7. Syed Husin Ali Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur 8. Dr. Hussein A. Ghani Rumah Sakit Besar Kuala Lumpur 9. Tunku Shamsul Bahrin Jabatan Ilmu Alam Universiti Malaya, Kuala Lumpur 10. A. Samad Ismail Berita Harian Jalan Riong, Kuala Lumpur 11. Awang Had Salleh Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur 12. Dr. Md. Zain Karim (Setiausaha) Fakulti Pertanian Universiti Malaya, Kuala Lumpur 7 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007 Ahli Jawatankuasa Kecil Tenaga Pengajaran dan Latihan 1. Mansor Othman (Pengerusi) Pengarah Bahagian Latihan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kuala Lumpur 2. Zainal Abidin Wahid (Timb. Pengerusi) Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 3. Prof. Md. Taib Osman Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur 4. Rashid Ahmad Maktab Pertanian, Serdang 5. Hassan Abd. Wahab Ibu Pejabat Telekom Selangor, Kuala Lumpur 6. Othman Mohd Nor Jabatan Kimia Universiti Malaya, Kuala Lumpur 7. Dr. Zainal Abidin Sarih Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur 8. Atan Long Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur 9. Dr. Ahmad Nawawi Pusat Sains kajihayat Universiti Malaya, Kuala Lumpur 10. Tajuddin Jali (Setiausaha) Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kuala Lumpur 8 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007 Ahli Jawatankuasa Kecil Perpustakaan 1. Alwi Jantan (Pengerusi) Pengarah Arkib Negara Malaysia 2. Abd Aziz Shaik Mydin Pegawai Perpustakaan Arkib Negara Malaysia 3. Syed Ahmad Ali Pegawai Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka 4. Rugayah Eusoff Pegawai Perpustakaan Bank Negara Malaysia 5. Rugayah A. Rashid Pegawai Perpustakaan Institut Teknologi Mara Ahli Jawatankuasa Kecil Kewangan 1. Dr. Rais Saniman (Pengerusi) Kementerian Kewangan Kuala Lumpur 2. Md. Zain A. Majid (Timbalan) FIDA, Kuala Lumpur 3. Ridzuan Md. Akil Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya Kuala Lumpur 4. A. Rahman Hamid Akauntan Majlis Amanah Rakyat 5. Othman Hitam Bendahari Universiti Malaya 9 Sejarah Kepimpinan UKM 1970 -2007 6. Ahmad Salleh Timbalan Pengetua Kolej Islam, Petaling Jaya 7. Hijas Kasturi Institut Teknologi Mara 8. Sritua Arief Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya 9. Azman Hashim Akauntan Azman, Wong & Salleh 10. Ahmad Rashidi DM. Abdullah Penolong Pendaftar Universiti Malaya 11. B.S Mokhtar Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya 12. Yunus Sudin Syarikat Kimia Malaysia Berhad Kuala Lumpur 13. Raja Md. Affandi (Setiausaha) Petaling Jaya Jawatankuasa ini telah menganjurkan Kongres Universiti Kebangsaan pada 15 Mac 1969 bertempat di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya . Dalam persidangan tersebut kongres telah mengusulkan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    43 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us