Kertas Kerja
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
SEMINAR KEFAHAMAN AQIDAH & PEMIKIRAN SEMASA 2018 (SEKAPES 2018) TAJUK BEBERAPA KEFAHAMAN YANG MENYALAHI PRINSIP AQIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMA‘AH PEMBENTANG DATO SERI SETIA DR. HAJI JAPAR BIN HAJI MAT DAIN @ MAIDIN Timbalan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam BEBERAPA KEFAHAMAN YANG MENYALAHI PRINSIP AQIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMA‘AH1 Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Mat Dain @ Maidin Timbalan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam ِ َِ ِ ِ ِ ِ اَ حْلَحم ُدِ َّلل الذي فَ َقهَ ِف ال ديح ِن َم حن أََراَد ، َوَجَع َل احﻷَفح َهاَم أَحرَزاقًا ت ُحق َسُم ب َحَْي الحعبَاد ، َوال َصﻻَةُ ِ ِ ٍ ِ ِ ِ ِ ِِ ِِ ِِ َوال َسﻻَُم َعلَى َسي دََن ُُمََمد احْلَادى إََل َسبيحِل الَرَشاد ، َوَعلَى آله َو َص ححبه َوَعلَى التَابعحَْي َ ْلُحم ِ ِ ِ إ ََل ي َحوم الحَمَعاد ، أََما ب َحع ُد 1. Mukadimah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam diutus kepada umat manusia adalah untuk mengajarkan umat manusia mengenai agama Islam iaitu agama yang murni lagi benar di sisi Allah Ta‘ala sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah Subahanahu wa Ta’ala dalam firmanNya: )سورة آل عمران: 19( Tafsirnya: Sesungguhnya (agama yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. (Surah Ali ‘Imran: ayat 19) Apabila kita membicarakan soal aqidah, ia adalah perkara yang berkait secara langsung dengan ilmu Tauhid. Ilmu Tauhid pula adalah semulia-mulia ilmu kerana ia menjadi asas kepada penetapan syari‘ah bahkan menurut Al-‘Allamah as-Sayyed Muhammad Abdullah al-Jurdani pengarang kitab Fath al-‘Allam bi 1 Kertas ini dibentangkan dalam Seminar Kefahaman Aqidah Dan Pemikiran Semasa 2018 (SEKAPES) pada 10 & 11 Sya‘ban 1439H bersamaan dengan 25 & 26 April 2018, bertempat di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. 1 Syarh Murshid al-Anam, ilmu Tauhid itu adalah penghulu ilmu-ilmu agama. Mempelajari ilmu tersebut adalah didahulukan dari mempelajari ilmu fiqh.2 Ilmu Tauhid adalah ilmu yang membahaskan tentang isu-isu yang berkaitan dengan keimanan terhadap Tuhan, rasul-rasul, para malaikat, kitab-kitab samawi, Hari Akhirat dan qadha’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Faktor tersebut menjadi pokok dalam menentukan hala tuju dan kedudukan pegangan agama seseorang. Bahkan pegangan atau kepercayaan yang menolak atau menafikan unsur-unsur keimanan sebagaimana di atas akan menyebabkan orang berkenaan terkeluar dari kreteria penganut agama Islam dan mereka adalah orang-orang yang rugi di akhirat kelak sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firmanNya: )سورة آل عمران: 85( Tafsirnya: Dan Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari kalangan orang-orang yang rugi. (Surah Ali ‘Imran: ayat 85) Sekalipun agama Islam itu telah diperakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kebenarannya namun yang merisaukan kita sekarang ialah timbulnya kefahaman yang pelbagai di kalangan umat Islam sendiri baik yang berkaitan dengan soal aqidah mahupun dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan syariah dan akhlak. Menurut Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, agama rasmi negara ialah agama Islam menurut fahaman Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. Keyakinan terhadap kesahihan fahaman Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah sebagai aliran yang perlu diikut itu tentunya kerana ada penjelasan mengenainya dalam beberapa hadits Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Antaranya riwayat daripada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu ‘anh mengatakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 2 As-Sayyid Muhammad Abdullah Al-Jurdani, Fath al-‘Allam bi Syarh al-Anam, Dar as-Salam, al-Qahirah, 1410H/1990M, Jilid 1, 37. 2 ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َِ ِ ِِ ِ أ َل َ إ َن َم حن قَ حب ل َ ُك حم م حن أ َحه ِل ال حك ت َاب افح تَ َرق ُوا ع َل َى ا ثح نَ تَ حْي َ و َس حب ع َْي م ل ة ً، َ وإ َن َه ذ ه احﻷ َُم ة َس تَ حف َ تُق ٍ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َع ل َى ث َﻻ َث َ و َس حب ع َْي ، ث حن ت َان َ و َس حب ع ُوَن ِف النَار َ وَ واح َد ة ِف ا حْ َ نَة ، َوه َي ا حْ ََم ا َع ة ُ . )رواه أبو داود( Maksudnya: Bukankah umat sebelum kamu dari kalangan ahli kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua millah (aliran kefahaman beragama). Dan sesungguhnya umat ini (Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (aliran kefahaman beragama) tujuh puluh dua adalah di neraka dan satu adalah di syurga iaitu al-Jama‘ah (Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah) (Hadits riwayat Abu Daud) Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jama’ah itu ialah kepercayaan atau keyakinan yang sama sepertimana kepercayaan atau keyakinan yang dipegang oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat baginda. Sebagaimana dalam riwayat daripada Abdullan bin Amr Radhiallahu ‘anh yang menceritakan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan tentang perpecahan umatnya kepada tujuh puluh tiga kelompok dan hanya satu sahaja yang terselamat daripada api neraka. Para sahabat bertanya: ِ ِ ِ ِ َوَم حن ه َي ََي َرُسوَل هللا؟ قَاَل: َم ا أ َََن َع ل َحي ه َ وأ َ حص َح اب )رواه التمذي( Maksudnya: Siapakan mereka itu wahai Rasulullah? Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Mereka ialah golongan yang berpegang kepada ajaranku dan para Sahabatku. (Hadits riwayat at-Tirmidzi) Pada asalnya, dasar-dasar aqidah berkenaan belum tersusun, tetapi kemudiannya dikumpul dan disusun oleh asy-Syeikh Abu Hassan ‘Ali al-Ash‘ari Rahimahullah dan juga Abu Manshur al-Maturidi Rahimahullah. Kedua-dua mereka merupakan ulama’ Ushuluddin yang besar dalam sejarah Islam. Usaha mereka berdua kemudiannya diteruskan, dikembangkan dan terus dipelihara dan dipertahankan oleh ulama’-ulama’ pengikut selepas mereka.3 3 Sirajuddin Abbas (K.H.), I‘tiqad Ahlussunnah Wa al-Jama’ah. Pustaka Aman, Malaysia, 2001, 2. 3 Secara umumnya kefahaman yang menyalahi Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah itu boleh sahaja terjadi dalam mana-mana komponen syariat Islam. Sama ada dalam perkara aqidah atau kepercayaan, syariah iaitu ibadah, ritual atau amalan dan juga akhlak. Maka kertas kerja ini akan menghuraikan beberapa kefahaman yang dikategorikan sebagai menyalahi prinsip atau dasar aqidah Ahli Sunnah wa al- Jama‘ah berdasarkan penelitian kepada isu-isu semasa yang pernah berbangkit di Negara Brunei Darussalam sebagaimana dipohonkan penjelasannya kepada Mufti Kerajaan. 2. Kejadian Penyelewengan Dalam Aqidah Menurut catatan sejarah, kemunculan fahaman-fahaman yang meyeleweng dari ajaran yang dibawa oleh Baginda Raulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam sudah berlaku sejak zaman awal Islam lagi. Ia bermula dengan kemunculan kumpulan yang dibentuk secara rahsia oleh Abdullah bin Saba’ yang beragama Yahudi di zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Sayyidina ‘Utsman bin ‘Affan Radhiallahu ‘anh. Pakatan ini bermotifkan politik sehingga membawa kepada pembunuhan Sayyidina ‘Utsman bin ‘Affan Radhiallahu ‘anh. Kemudian kejadian perang Siffien yang berlaku di antara Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib Karamallahu wajhah dan Mu‘awiyah bin Abi Sufyan, ketika berlakunya majlis tahkim, muncul pula golongan Khawarij yang menyebelahi Mu‘awiyah dan golongan Syi‘ah yang menyebelahi Sayyidina ‘Ali. Bermula di zaman pemerintahan Bani Umayyah muncul lagi golongan yang lain dan bermulalah fahaman mengkafirkan di antara golongan tersebut seperti golongan Syi‘ah mengkafirkan Bani Umayyah dengan tuduhan merampas kuasa kekhalifahan daripada Sayyidina ‘Ali. Manakala golongan Khawarij pula mengkafirkan golongan Syi‘ah dan Bani Umayyah. Seterusnya muncul golongan yang menyokong Bani Umayyah yang menggelarkan diri mereka sebagai Murji‘ah. Kemudian wujud pula golongan yang bergelar Mu‘tazilah yang menolak fahaman Khawarij dan Murji‘ah.4 Akhirnya perpecahan yang bermula dengan sebab-sebab politik itu mendorong kepada berlakunya perbezaan dalam 4 Abu Manshur Abd al-Qahir bin Thahir al-Baghdadi, al-Farqu Bayna al-Firaq wa Bayan al-Firqah al-Najiyah Minhum, Mua’ssasah al-Halabi wa Syirkah li an-Nasyr wa at-Tauzi‘, al-Qahirah, t.th., 4. 4 dasar-dasar aqidah sesuai dengan kehendak dan pemikiran golongan masing- masing. Akhir-akhir ini, timbul pula kefahaman-kefahaman yang jelas menyeleweng dari prinsip-prinsip yang digariskan oleh Ulama Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. Perkara ini secara langsung menimbulkan kekeliruan bahkan kerisauan di kalangan masyarakat. Bahkan ada juga fahaman yang akhirnya membawa kepada perpecahan umat. Terjadinya perkara ini sebahagian besarnya adalah kerana kesilapan dalam memahami aqidah khususnya dalam memahami sifat-sifat Tuhan, memahami hakikat kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, memahami perkara-perkara ghaib, memahami jalan-jalan untuk mendapat pahala, jalan-jalan menjauhi dosa, jalan-jalan menuju syurga dan jalan-jalan mengelak dari masuk ke neraka. Sebahagiannya pula terjadi disebabkan oleh sikap terpengaruh dengan momokan tentang pahala besar atau berganda ataupun dosa yang besar apabila melakukan suatu amalan tertentu. Perkara seperti inilah yang menyumbang kepada kewujudan golongan-golongan yang sesat bahkan boleh bertukar menjadi ganas kerana ketaksuban kepada individu atau kumpulan dan kepercayaan yang melampau. Berikut dikongsikan beberapa kesilapfahaman dalam perkara aqidah yang pernah menimbulkan keraguan dan kemusykilan di kalangan masyarakat Negara kita Brunei Darussalam. Antara fahaman tersebut ialah: 2.1 Fahaman Tentang Penyatuan Zat Allah ke Dalam Diri Manusia Maksud penyatuan Zat Allah ke dalam diri manusia itu ialah Zat Allah ‘Azza Wa Jalla itu masuk menjelma ke dalam jasad manusia dan bersatu dengannya. Kefahaman ini telah dipopularkan oleh seorang yang dikatakan guru tariqat iaitu Abdul Razak bin Haji Muhammad.5 Menurutnya, Allah Ta‘ala menzahirkan