Terbitan Bahasa Melayu
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
TERBITAN BAHASA MELAYU 2 :TERBITAN PUSAT SEJARAH BRUNEI 20 TAHUN MERDEKA: PATRIOTISME TERAS KETEGUHAN NEGARA (KUMPULAN KERTAS KERJA SEMINAR HARI KEBANGSAAN KE-20 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM) Penyelenggara: Haji Rosli bin Haji Ampal Salina binti Haji Jaafar Buku ini mengungkap dan mengimbas kembali pelaksanaan pembangunan negara hingga mencapai taraf antarabangsa serta kepesatan era teknologi maklumat dan komunikasi yang dinamik dan pantas yang memerlukan peningkatan kematangan dan kecukupan persediaan. Kertas-kertas kerja yang dimuatkan antaranya ialah “Patriotisme Teras Keteguhan Negara”; “Politik, Pentadbiran, dan Wawasan: Pelaksanaan dan Hala Tuju”; “Brunei Darussalam: Pencapaian Pembangunan Masa Kini dan Masa Hadapan”; “Pelaksanaan dan Hala Tuju Melayu Islam Beraja”; “Pendidikan Teras Pembinaan Bangsa”; “Perkembangan Sumber Tenaga Manusia dalam Perkhidmatan Awam: Perancangan dan Pelaksanaannya”; “Brunei Darussalam: Pembangunan Sosioekonomi dan Cabarannya”; “Agama dan Insurans Islam di Negara Brunei Darussalam”; “Kesihatan di Negara Brunei Darussalam: Perkembangan dan Strategi”; “Perbankan dan Kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam: Perkembangan dan Cabaran”; dan “Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama: Pencapaian dan Prospek”. Tahun Terbit: 2012 a Muka Surat: 246 halaman a Ukuran: 139.7 mm x 214.3 mm Harga (Kulit Keras): B$ 12.00 (ISBN 99917-34-86-4) Harga (Kulit Lembut): B$ 7.00 (ISBN 99917-34-87-2) ADAT ISTIADAT DIRAJA BRUNEI Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri Buku Adat Istiadat Diraja Brunei mengandungi 14 bab, antaranya ialah “Adat Istiadat Diraja Brunei”; “Bangunan Diraja & Alat Kebesaran Diraja”; “Lambang Diraja, Lambang Kerajaan dan Bendera Peribadi”; “Perangkatan Diraja”; “Istiadat Berpuspa”; “Istiadat Perkahwinan Diraja”; “Istiadat Rampai-Rampaian”; “Istiadat Keugamaan”; “Istiadat Pemasyhuran dan Perisytiharan”; dan “Bahasa Dalam”. Tahun Terbit: 2002 a Muka Surat: 774 halaman a Ukuran: 195.3 mm x 268.3 mm Harga (Kulit Keras): B$ 40.00 (ISBN 99917-34-20-1) TERBITAN BAHASA MELAYU : 3 100 TAHUN HUBUNGAN BRUNEI–BRITISH (1906–2006): KUMPULAN KERTAS KERJA SEMINAR SEJARAH BRUNEI III Penyelenggara: Haji Rosli bin Haji Ampal Salina binti Haji Jaafar Buku ini mengimbas era pasca Perjanjian Tambahan 1905/06 yang menjadikan Brunei sebuah negara di bawah naungan kepada sebuah negara yang merdeka. Kertas-kertas kerja yang dimuatkan antaranya ialah “Hubungan Persahabatan Brunei-British: Menarik Rambut dalam Tepung”; “Perkembangan Pentadbiran Kewangan Brunei di bawah Sistem Residen”; “British dan Pencapaian Brunei Berkerajaan Sendiri: Mengimbas Hubungan Brunei dan British Sejak Akhir Perang Dunia Kedua hingga Tahun 1959”; “Pembentukan Dasar British Terhadap Brunei Selepas Perang Dunia Kedua: Pengaruh daripada Perang Dingin atau Faktor Minyak”; “Pentadbiran Residen British di Brunei 1906–1959: Dasar Pendidikan dan Kesannya Terhadap Perkembangan Pendidikan di Brunei hingga Tahun 1953”; “Sultan Ahmad Tajuddin 1924–1940: Hubungan Raja dengan Penasihat”; “Perkhidmatan Pentadbiran Brunei (1938–1970): Perkembangan dan Peranannya dalam Perkhidmatan Awam Brunei”; “Pentadbiran Undang-Undang Islam Negara Brunei Darussalam pada Zaman British”; “Legal System in Brunei Darussalam After the Signing of the Supplementary Agreement 1905/1906 Between Brunei and British”; “Trials and Tribulations of Decolonizing and ‘Constitutionalizing’ Brunei: A Critical Study of R.H. Thickling’s 1955 Constitutional Memorandum on Brunei”; dan “The Brunei Rebellion: December 1962 The Popular Uprising”. Tahun Terbit: 2013 (Cetakan Kedua) a Muka Surat: 354 halaman a Ukuran: 139.7 mm x 214.3 mm Harga (Kulit Lembut): B$ 10.00 (ISBN 99917-34-79-1) AKBS (ASRAMA KERAJAAN BRUNEI SINGAPURA): DALAM KENANGAN Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong Kandungan buku ini adalah hasil penulisan daripada bekas pelajar-pelajar Brunei yang terdiri daripada aliran Melayu, Inggeris, dan Arab yang pernah menuntut di Singapura 1963–1983. Semua nukilan yang digambarkan dalam buku ini hanyalah sekadar imbasan kembali kenangan pada zaman silam untuk menjadi tatapan dan renungan khususnya bagi mereka yang pernah menjadi penghuni asrama di Bedok, Tanglin atau di tempat lain semasa mereka menginap di Republik Singapura. Tahun Terbit: 2008 a Muka Surat: 186 halaman a Ukuran: 222.3 mm x 287.3 mm Harga (Kulit Keras): B$ 50.00 (ISBN 99917-34-65-1) 4 :TERBITAN PUSAT SEJARAH BRUNEI AL-MU’MIN: MENJADI TETAMU ALLAH KALI KEEMPAT DAN KELIMA Pehin Tuan Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Awang Juned Buku ini merakamkan peristiwa dan aktiviti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjalani ibadat haji bagi kali keempat dan kelima. Tahun Terbit: 1995 a Muka Surat: 149 halaman a Ukuran: 182.6 mm x 255.6 mm Harga (Kulit Keras): B$ 6.00 BRUNEI DALAM SEJARAH CHINA Penyusun dan Penterjemah: Profesor Wu Zong Yu Buku Brunei dalam Sejarah China memuatkan lebih 100 buah petikan yang berkaitan dengan Brunei dalam catatan-catatan sejarah China pada zaman Dinasti Tang hingga Dinasti Qing. Semua catatan yang diperoleh itu tertulis dalam tulisan Cina Kuno dan telah diterjemahkan dalam bahasa Mandarin dan bahasa Melayu. Buku ini memaparkan petikan manuskrip-manuskrip China yang berhubungan dengan Brunei tanpa sebarang ulasan dan memberi penanda bahawa Brunei adalah antara negara yang tertua dan terawal di Asia Tenggara ini mempunyai hubungan diplomatik dengan Negeri China. Tahun Terbit: 2010 a Muka Surat: 435 halaman a Ukuran: 141.3 mm x 215.9 mm Harga (Kulit Lembut): B$ 20.00 (ISBN 99917-34-75-9) BRUNEI DARUSSALAM: NEGARA MELAYU ISLAM BERAJA Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri Buku ini dipersembahkan ke hadapan pembaca, khususnya generasi muda agar idea dan gagasan yang terkandung di dalamnya, mudah-mudahan akan dapat dijadikan canai bacaan, renungan, perbandingan, dan pengajaran atau kalaupun tidak, sekurang-kurangnya dapat dijadikan bahan semangat bagi mencambah minda dan mencetus semangat jati diri berbangsa dan bernegara: Brunei Darussalam. Tahun Terbit: 2014 (Cetakan Kedua) a Muka Surat: 65 halaman a Ukuran: 163.5 mm x 244.5 mm Harga (Kulit Lembut): B$ 8.00 (ISBN 99917-34-54-6) TERBITAN BAHASA MELAYU : 5 BRUNEI DARUSSALAM: PENGENALAN MELALUI SEJARAH (KUMPULAN KERTAS KERJA SEMINAR BRUNEI DALAM SEJARAH I) Penyelenggara: Haji Rosli bin Haji Ampal Yus Sa’bariah binti Haji Adanan Buku ini memuatkan 15 buah kertas kerja hasil himpunan kertas kerja Seminar Brunei Dalam Sejarah I yang diselenggarakan bersama Akademi Pengajian Brunei (APB), Universiti Brunei Darussalam dengan Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) yang diadakan pada 29–31 Disember 1991. Kertas-kertas kerja tersebut antaranya “Kesultanan Brunei: Warisan Seriwijaya”; “Gelaran-Gelaran di Brunei”; “Kampong Aying: Model dan Kesinambungan Sosiobudaya Brunei”; “Naskhah-Naskhah dan Manuskrip-Manuskrip yang Bersejarah di Brunei”; “Batu-Batu Nisan Brunei: Satu Perbandingan”; “Brunei sebagai Sebuah Pusat Jaringan Intelektual Islam di Asian Tenggara”; “Peranan Ulama dalam Pengembangan Islam di Kalimantan dan Hubungannya dengan Brunei Darussalam”; “Gagasan Malaysia: Suatu Tinjauan Awal Pendirian dan Sikap Sultan ‘Omar ‘Ali Saifuddien III”; dan “Brunei, Brooke dan Britain: Berakhirnya Sebuah Empayar”. Tahun Terbit: 2018 a Muka Surat: 262 halaman a Ukuran: 177.8 mm x 254.0 mm Harga (Kulit Keras): B$ 16.00 (ISBN 978-99917-63-46-0) Harga (Kulit Lembut): B$ 9.00 (ISBN 978-99917-63-47-7) BRUNEI DI TENGAH-TENGAH NUSANTARA: KUMPULAN KERTAS KERJA SEMINAR SEJARAH BRUNEI Penyusun: Awang Haji Muhammad bin Abdul Latif Awang Haji Hashim bin Haji Mohd. Noor Awang Haji Rosli bin Haji Ampal Buku ini memuatkan koleksi 13 buah kertas kerja yang menjadi fokus perbincangan dan penghuraian dalam Seminar Sejarah Brunei pada 28–31 Ogos 1989, antaranya “Tradisi Lisan dan Historiografi Melayu dalam Penyelidikan Sejarah Brunei”; “Karya Historiografi Melayu Tradisional dalam Bentuk Puisi: Sorotan Khas Syair Awang Semaun”; “Arkeologi sebagai Alat Menggali Sejarah Brunei Tua: Kes Kota Batu dan Kawasan Sekitarnya”; “Orang-Orang Brunei di Pahang”; “Perang Kastila T.M. 1578: Suatu Penilaian Semula”; “Perjanjian T.M. 1888 Brunei-Great Britain: Suatu Dokumen Sejarah”; “Brunei K.M. XIX: Suatu Cabaran dan Campurtangan British”; “Perkembangan Politik Brunei T.M. 1945–1962”; dan “Orang-Orang Persekutuan Tanah Melayu di Brunei 1950–1963”. Tahun Terbit: 1994 a Muka Surat: 232 halaman a Ukuran: 185.7 mm x 254 mm Harga (Kulit Keras): B$ 5.00 6 :TERBITAN PUSAT SEJARAH BRUNEI DATO GODAM I Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri Buku ini mencatatkan susur-galur dan jurai keturunan Dato Godam hingga masa kini. Dato Godam atau Raja Umar bin Bendahara Harun ialah putera Diraja Minangkabau yang datang dan berkahwin di Brunei pada zaman pemerintahan Sultan Nasruddin (Sultan Brunei Ke-15, memerintah pada tahun 1690–1710). Menurut sejarah Brunei, khususnya pada zaman yang disebutkan, diriwayatkan bahawa Dato Godam mempunyai peranan yang istimewa dalam membantu Sultan Nasruddin menjalankan pemerintahan dan pentadbiran baginda. Tahun Terbit: 2008 (Cetakan Keempat) a Muka Surat: 495 halaman a Ukuran: 190.5 mm x 261.9 mm Harga (Kulit Keras): B$ 28.00 (ISBN 99917-34-36-8) DAULAT Buku Daulat diterbitkan sebagai kenang-kenangan sempena Jubli Perak (25 tahun) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah,