JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG RENCAH BULETIN MUTIARA

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang Paras 55, KOMTAR, 10000, Jalan Tel : +604 650 5280 Pulau Pinang, Fax : +604 261 3435 SEKAPUR SIRIH

Dalam menyambut tahun baru Islam 1439/2018 kita sebagai umat Islam memang sering memperingatinya dengan penuh kesyukuran pada tanggal 1 Muharam.

Tanggal 1 Muharam merupakan tanggal baru dalam kalendar Islam Hijrah sehingga pada awal Muharam sering diadakan aktiviti-aktiviti melibatkan seluruh masyarakat muslim yang biasanya diadakan di masjid.

Namun saat ini dalam menyambut tahun baru Islam 1 Muharam sering kita kirimkan kata- kata ucapan menyambut tahun baru Islam melalui pesanan ringkas ucapan tahun baru Islam dan juga pantun. KANDUNGAN UTAMA

DARI SALAM PERPISAHAN PENGARAH 4

BAHAGIAN PENGURUSAN 5

BAHAGIAN KORPORAT 10

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI 22

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN 26

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA 29

DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH 36

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN 38

DAERAH TIMUR LAUT 42

DAERAH BARAT DAYA 51 SALAM PERPISAHAN IR. SABRI BIN ABDUL MULOK

Pada tarikh 20 November 2017, Ir. Sabri Bin Abdul Mulok, Pengarah Pengairan dan Saliran Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPSPP) telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir JPS Malaysia.

Selama 2 tahun tempoh perkhidmatan di JPSPP, pelbagai perubahan dan kemajuan yang dibawa oleh beliau menjadikan JPSPP sebagai sebuah jabatan yang unggul dalam kelasnya yang tersendiri. Ir. Sabri dilahirkan pada 7 Januari 1964 di Kuala Lipis . Anak bongsu dari 8 orang adik beradik ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Mara. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di JPSPP, Ir. Sabri telah menerima pelbagai anugerah pengiktirafan. Antaranya adalah Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT) tahun 2015 dan 2016 Peringkat JPS Pulau Pinang.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Ir. Sabri Bin Abdul Mulok, Mantan Pengarah Pengairan dan Saliran JPS Pulau Pinang di atas segala sumbangan dan bakti beliau sepanjang penglibatan beliau dalam jabatan ini.

4 KURSUS PENGURUSAN STRESS faktor keupayaan perlu kaedah untuk orang pegawai Psikologi Jabatan Perai di JPS Dewan Pulau Utara tempat mewujudkan pegawai mengurus pengurusan , Kumpulan Kebajikan Kursus Kecemerlangan Jabatan Pada Bergambar . Pinang individu dan . Tujuan tekanan 3 ini suasana telah Kebajikan Oktober untuk persekitaran Pengurusan telah emosi Masyarakat kenang kursus menganjurkan berhadapan BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN , diri disampaikan Jabatan persekitaran dan 2017 Masyarakat (stress) ini kenangan kawalan adalah dan yang ( Encik Selasa Pengairan  dengan Profesional dengan Kursus lebih oleh “groupdiscussion” . menambahkan bersama . Muhammad ), minda Kursus Bahagian penceramah positif stress berkesan dan Pengurusan . Setiap penceramah (P&P) ini Saliran di juga mensasarkan Khidmat bin pengetahuan tempat melalui jabatan iaitu bergantung jemputan Daerah Stress Musa, melibatkan JPS Timbalan Pengarah, cenderamata oleh  kerja Pengurusan pemantapan Penyampaian juga bertempat Seberang golongan daripada Pegawai peserta kepada kerana dilihat 20 , 5 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

KURSUS CRITICAL PATH METHOD

Pada 14-15 November 2017, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) telah menganjurkan Kursus Critical Path Method bertempat di Dewan Kecemerlangan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Seberang Perai Utara.

Penceramah merupakan Tuan Ir. Ahmad Fauzi bin Yahya, dari AFY Engineering Consultation. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Jurutera dan Penolong Jurutera di JPSPP telah menghadirkan diri ke kursus berkenaan. Critical Path Method (CPM) adalah salah satu teknik untuk menentukan jadual kerja beserta anggaran kos dapat dilaksanakan mengikut jadual dan tepat pada masanya.

Selain itu, objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan teknikal mengenai kepentingan menggunakan kaedah Crital Path Method dalam memantau dan memastikan setiap projek di bawah seliaan dilaksanakan mengikut prosedur, masa dan kos yang ditetapkan.

Peserta sedang memberi tumpuan di dalam kursus.

Ucapan oleh Tuan Ir. Ahmad Fauzi B. Yahya 6 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN KURSUS PEMANTAPAN INTEGRITI DAN KECEMERLANGAN DIRI Pada 16 November 2017 (Khamis), satu Kursus Pemantapan Integriti Dan Kecemerlangan Diri telah diadakan bertempat di Dewan Kecemerlangan, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Daerah Seberang Perai Utara (JPS SPU) melibatkan seramai 35 orang peserta yang mewakili 5 Daerah dan Ibu Pejabat. Ceramah telah 1 disampaikan oleh Encik Sukri bin Suhaimi, Pegawai dari Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam.

2

1. Sesi pengenalan oleh Encik Sukri bin Suhaimi

2&3. Peserta sedang khusyuk 3 mendengar ceramah

Antara objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kekuatan Minda, pemahaman pentingnya Pelestarian Integriti dan melahirkan kakitangan yang berwibawa dan cekap. Kursus ini juga dapat memupuk budaya dan nilai-nilai murni dalam aktiviti harian. 7 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN TAKLIMAT TERMA RUJUKAN JITU Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) telah mengadakan satu taklimat yang telah disampaikan oleh Puan Intan Sharizat binti Muhamad Nasir, Ketua Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memberi penerangan berkaitan Isu Terma dan Rujukan JITU bagi Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus, JPSPP pada 17 November 2017 (Jumaat). JITU adalah usaha pemantapan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan terus dipertingkatkan di semua Kementerian/Kerajaan Negeri/Jabatan/Agensi. Diantara Objektif JITU adalah: a) Mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan perkhidmatan awam yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang tinggi melalui pembudayaan dan pengamalan nilai-nilai murni dan etika.

b) Merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan pencegahan dan pemulihan bagi mengatasi masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan terutamanya dalam pengurusan kewangan Kerajaan, pentadbiran awam, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh agama serta perundangan dan peraturan

c) Mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu semasa berimpak tinggi yang merentasi agensi secara proaktif melalui mekanisme musyawarah, permuafakatan dan tindakan segera untuk rakyat.

Penyampaian cenderamata oleh Tuan Ir. Saari bin Abdullah, Timbalan Pengarah JPSPP 8 BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH BERSAMA SPRM

Majlis Ikrar Bebas Rasuah, Jabatan Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) telah diadakan pada 22 November 2017 bertempat di Auditorium A, KOMTAR. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Datuk Abd Aziz bin Aban, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang. Tujuan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diadakan adalah sebagai menyokong inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap pegawai di jabatan ini yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah.

Dari kiri tuan PPSN, Pengarah SPRM dan Pegawai JPSPP sedang melafazkan Ikrar Timbalan Pengarah JPSPP Bebas Rasuah 9 BAHAGIAN KORPORAT KURSUS LAMAN WEB DAN SISWA JPS PULAU PINANG Kursus tersebut telah berlangsung pada 19 Oktober 2017 (Khamis), bertempat di Bilik Milenium, Pusat Komputer Negeri, Tingkat 24, KOMTAR. Kursus ini diwajibkan kepada penyelaras ICT di Bahagian dan Daerah JPS Pulau Pinang yang bertujuan supaya setiap penyelaras bahagian dan daerah berkemahiran untuk mengemaskini data dilaman web dan juga SISWA.

HARI INOVASI JPS MALAYSIA 2017

25 Oktober 2017 (Rabu), Bertempat di Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, , telah berlangsung Hari Inovasi JPS Malaysia Tahun 2017. Majlis telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri. Turut hadir Pengurusan atasan JPS Malaysia dan seluruh warga JPS Malaysia.

Pengarah dan Pegawai JPS Pulau Pinang merakamkan gambar kenangan bersama YB Timbalan Menteri dan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) 10 BAHAGIAN KORPORAT LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR KE SUNGAI PINANG

Lawatan Kerja telah diadakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar YBhg Dato' Hj. Suhaimi Bin Hj. Mamat ke Lembangan Sg.Pinang, Pulau Pinang pada 28 Oktober 2017.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh “Di sini lah terletaknya Sungai Tuan Pengarah Jabatan Pengairann dan Pinang yang famous tu tuan” Saliran Pulau Pinang (JPSPP) Ir. Sabri bin Abdul Mulok, Timbalan Pengarah (Sungai dan Pantai) Tuan Ir Zainudin bin Yusoff serta Jurutera Daerah Timur Laut Puan Nortilawati

Binti Osman.

Lawatan di sekitar Lembangan Sungai Pinang

11 BAHAGIAN KORPORAT TEMUBUAL PENGARAH PENGAIRAN DAN SALIRAN PULAU PINANG BERSAMA PENANG GREEN COUNCIL (PGC) Pada 26 Oktober 2017 (Khamis), bertempat di Bilik Mesyuarat, JPS Pulau Pinang, telah diadakan sesi temu bual oleh Penang Green Council (PGC) bersama Ir Sabri bin Abdul Mulok, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang. Di dalam temubual ini, Tuan Pengarah telah menjelaskan berkenaan gerak kerja dan usaha yang dilakukan oleh pihak JPS dalam membantu menangani masalah banjir di Negeri Pulau Pinang

Ir Sabri ditemubual oleh Penang Green Counsil MAJLIS MAKAN MALAM MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN (JT) JPS MALAYSIA

2 November 2017, bertempat di Hotel The Light, Seberang Jaya, telah berlangsung Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan (JT) JPS Malaysia. Majlis Makan Malam tersebut diadakan bagi meraikan 2 orang pegawai yang bersara wajib iaitu Pengarah JPS Negeri dan Pengarah JPS Negeri Pahang. Majlis tersebut dihadiri oleh semua ahli mesyuarat Jawatankuasa Tindakan (JT) JPS Malaysia dan dimerihkan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Barisan urusetia Pengarah (Sektor Busines), JPS Malaysia Dato’ Ir Dr Haji Mohd Nasir bin Mohd Noh dan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar). 12 BAHAGIAN KORPORAT

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN (JT) JPS MALAYSIA

Barisan urusetia Tanda Penghargaan daripada JPS PP

Pada 2 - 3 November 2017, bertempat di Pejabat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang (IADA), Seberang Jaya, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan (JT) JPS Malaysia. Mesyuarat ini di Pengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Busines), JPS Malaysia Dato’ Ir Dr Haji Mohd Nasir bin Mohd Noh dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar), Pengarah-pengarah Bahagian dan Pengarah-pengarah JPS Negeri.

Ahli Jawatankuasa Tindakan JPS Malaysia

13 BAHAGIAN KORPORAT

BANJIR BESAR PULAU PINANG

4 dan 5 November 2017, Pulau Pinang hari ini lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di 5 daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam.

Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 2 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

Di Georgetown antara kawasan terjejas termasuk Kampung Masjid, Jalan P Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun Lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson dan Halaman Bukit Gambir.

Hujan lebat menyebabkan paras air sungai di Sungai Pinang, Sungai dan Sungai Dondang mencecah paras bahaya dengan masing-masing mencecah 2.83 meter, 6.58 meter dan 21.88 meter.

Sebahagian besar Bandar Georgetown ditenggelami air

14 BAHAGIAN KORPORAT LAWATAN YAB PERDANA MENTERI KE PULAU PINANG 7 November 2017, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan ke Negeri Pulau Pinang berikutkan kejadian banjir besar yang berlaku pada 4 dan 5 November 2017. Perdana Menteri dibawa ke Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam bagi mendengar sesi taklimat mengenai bencana banjir yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan bin Darus dan juga Pengarah Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP), Ir Sabri bin Abdul Mulok. Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan , barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

15 BAHAGIAN KORPORAT TAKLIMAT TATACARA PENGAMBILAN DATA ASET TAK ALIH MENGGUNAKAN ARCGIS COLECTOR

9 - 10 November 2017, bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Pulau Pinang telah diadakan Taklimat Tatacara Pengambilan Data Aset Tak Alih Menggunakan ArcGIS Colector. Taklimat telah disampaikan oleh En Zulfahmi bin Aziz dan En Muhamad Rafizzi bin Aripin dari Bahagian Pengurusan Fasiliti dan GIS JPS Malaysia dan peserta terdiri dari Jawatankuasa ICT dan GIS Jps Pulau Pinang.

Selain dari sesi taklimat, semua peserta telah dibawa ke lapangan iaitu di Projek Outfall Batu Feringghi untuk tujuan latihan mengambil dan merekod data.

16 BAHAGIAN KORPORAT PROGRAM LAWATAN OPS BANJIR OLEH BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI JPS MALAYSIA 11 November 2017, Sesi Lawatan Ops Banjir oleh Bahagian Sumber Air dan Hidrologi JPS Malaysia yang berlangsung di kawasan sekitar Daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengenalpasti kawasan yang terjejas akibat bencana banjir yang menimpa Pulau Pinang pada 4 dan November 2017 supaya analisis terperinci dapat dijalankan.

17 BAHAGIAN KORPORAT HARI INOVASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 28 November 2017, bertempat di Auditorium A, Tingkat 5 KOMTAR . Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Ghazali bin Deraman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan). Manakala di Ruang Konkos, Tingkat 3 KOMTAR disediakan Ruang Pameran kepada jabatan dan agensi yang terlibat. JPS Pulau Pinang telah menyertai ruang pameran dengan produk dari JPS Daerah Seberang Perai Selatan bertajuk U-Ban. Untuk makluman produk U-Ban telah mendapat Naib Johan dipertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat Negeri Pulau Pinang.

18 BAHAGIAN KORPORAT HARI INOVASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Selain daripada Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Keratif, Pertandingan Innovation Blast Tahun 2017 juga mendapat sambutan daripada kakitangan JPS iaitu Pn Zarina binti Mustapa, yang telah mendapat Tempat KE 2 didalam pertandingan tersebut dengan tajuk Sistem Semakan dan Tempahan Online (SDT) JPS Pulau Pinang. JPS Daerah Timur Laut turut menerima Sijil Penyertaan.

19 BAHAGIAN KORPORAT BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA PERMOHONAN PROJEK TEBATAN BANJIR

Bengkel Penyediaan Kertas Permohonan Projek Tebatan Banjir (RTB) JPS Pualau Pinang pada 5 hingga 7 Disember 2017 bertempat di Pusat Kecemerlangan JPS Daerah Seberang Perai Utara. Bengkel telah dirasmikan oleh Pengarah Pengairan Saliran Pulau Pinang, Tuan Mohd Azmin bin Hussin. Peserta yang terlibat terditi daripada Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah (Operasi), Ketua-Ketua Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah.

20 BAHAGIAN KORPORAT

Datuk Seri Dr. Haji sedang memberi respon dan komen kepada semua tetamu PROGRAM YB MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN RUMAH PAM TELUK KUMBAR Pada 27 Disember 2017 Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar telah mengadakan program lawatan ke Pulau Pinang bersama YB Parlimen Kawasan Balik Pulau Dato' Seri Hilmi Yahya. Di dalam program tersebut turut diadakan lawatan ke Rumah Pam Teluk Kumbar bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia,YBhg Dato' Ir. Dr. Hj. Md Nasir bin Md Noh dan pegawai kanan JPS Malaysia beserta Pengarah JPSPP dan pegawai kanan JPSPP. Tujuan lawatan ke lokasi adalah mengenai isu banjir dan rumah pam kawasan Teluk Kumbar yang tidak dapat mengepam sepenuhnya semasa banjir berlaku oleh kerana keadaan pam yang bersaiz kecil.

Gambar sekitar lawatan yang sedang berlangsung 21 BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI TECHNICAL TRAINING TELEMETRY & SCADA SYSTEM

Pada 13 November 2017 (Isnin), Bahagian Sumber Air dan Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) telah mengadakan Technical Training Telemetry & Scada System di Pusat Kecemerlangan JPS, Seberang Perai Utara. Wakil Pengurusan, Encik Mohd Nazaruddin Bin Ghazali , Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JPSPP telah merasmikan kursus tesebut.

TCK Solution Sdn Bhd telah menghantar dua orang penceramah terdiri dari En. Chang Chin How (Operation Manager) dan Pn. Nor Azlizan Binti Alias (Software Engineer) bagi mengendalikan kursus kali ini.

Penceramah pertama dari TCK Solution Sdn Bhd, En. Chang Chin How (Operation Manager) sedang memberi taklimat kursus. 22 BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI TAKLIMAT LATIHAN TEKNIKAL UNTUK SISTEM TELEMETRIK DAN SISTEM SCADA

Pada tarikh 13 November 2017(Isnin) lalu, Bahagian Sumber Air dan Hidrologi (BSAH) Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) telah mengadakan taklimat latihan teknikal sistem telemetrik dan sistem scada buat kakitangan BSAH yang bertempat di Dewan Kecemerlangan JPS, Kepala Batas Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang.

Kursus ini juga telah dihadiri seramai 13 orang peserta terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah (Operasi), Pegawai Hidrologi Negeri, dan kakitangan BSAH sendiri. Penceramah yang dijemput ialah Encik Leslie,En Ikhwan dan Puan Nor Azlizan dari TCK e-SOLUTIONS SDN. BHD.

Antara modul yang dibentangkan dalam taklimat kali ini

Senarai data yang dipaparkan di dalam sistem MyVScada

23 BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Aktiviti yang dapat dirumuskan daripada kursus tersebut ialah:- Puan Nor Azlizan menerangkan secara ringkas tp terperinci tentang penggunaan perisian MyVSCADA dari TCK e-SOLUTIONS iaitu pengawasan ,pemantauan serta pengumpulan data hujan dan stesen hanya dari pengkalan data (server) secara automatik. Seterusnya, dari segi teknikal En Leslie dan En Ikhwan pula menerangkan cara - cara penggunaan peralatan dan cara mengendalikan peralatan tersebut semasa di kawasan lapangan.

Sistem MyVSCADA yang dibangunkan untuk membaca data dari RTU TCK di tapak lapangan. Penghantaran data dari tapak lapangan stesen disetkan ke setiap 60 minit. Di MyVScada, pengguna (user) boleh mengumpul,memantau dan menganalisis data dengan lebih terperinci. Sesi soal jawab antara panel penyampai dan peserta juga turut dijalankan bagi memastikan sebarang keraguan dan pertanyaan dapat dijawab secara terus kepada para perserta yang hadir. 24 BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

AUDIT DALAMAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Pada 30 Oktober 2017 (Isnin), Bahagian Sumber Air dan Hidrologi (BSAH) Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) telah dikunjungi oleh tiga pegawai dari Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE). Tujuan kedatangan mereka adalah bagi mengadakan Sesi Audit Dalaman di beberapa kawasan yang berkaitan. Encik Mohd Nazaruddin Bin Ghazali, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) telah mempengerusikan majlis tersebut.

Ketua Juruaudit yang terlibat ialah Puan Navamani A/P V.T. Murthy (W48 - UAD, NRE), dibantu oleh Juruaudit Encik Syahrul Neezam Bin Md Dom (W48 - UAD, NRE) dan Juruaudit Encik Ahmad Faiz Bin Rahmad (W44 - UAD, NRE).

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Lawatan ke Stesen Telemetrik Sungai Encik Mohd Nazaruddi Bin Ghazali Dondang sedang mempengerusikan majlis

25 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

KEJOHANAN BOLING MAKSAK JPS MALAYSIA 2017

Pada 3 dan 4 November 2017, satu Kejohanan Boling Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah diadakan bertempat di Megamall Bowling Center, Pacific Perai, Pulau Pinang. JPS Pulau Pinang telah dilantik sebagai tuan rumah kepada kejohanan ini. Kejohanan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada semua kakitangan di kalangan JPS Negeri dan JPS Malaysia mengambil bahagian dalam arena bersukan. Sebanyak 13 buah pasukan dari pelbagai negeri terdiri daripada pasukan lelaki dan wanita yang telah menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Haji Abdullah bin Isnin yang turut mengambil bahagian bagi Kategori VVIP.

Banner Kejohanan Boling MAKSAK JPS Malaysia 2017

Semua sedang fokus pada permainan.TKP memulakan balingan sebagai perasmian.

Barisan pemain Kategori VVIP. Hadiah tururt disediakan kepada pemenang. 26 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PASUKAN DART JPS PULAU PINANG LAKAR KEJAYAAN

Pada 25 -26 November 2017 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Dart Terbuka Kedah Darul Aman bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah. Dua orang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPSPP) telah menyertai pertandingan ini iaitu Mohd Firdaus Bin Md. Yusoff dari Bahagian Sumber Air dan Hidrologi (BSAH) dan Zuraidah Binti Ismail dari JPS Daerah Seberang Perai Tengah (JPS SPT).

Upacara penyampaian hadiah kepada para Puan Zuraidah berjaya merangkul pemenang tempat ketiga

Keputusan dari pertandingan ini, Mohd Firdaus Bin Md. Yusoff telah memenangi tempat ke-8 kategori berkumpulan , highers Check Out Point iaitu 180, manakala Zuraidah binti Ismail telah memenangi tempat ke -3 bagi kategori wanita perseorangan. “Yeay saya menang” 27 Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Pada Perisian Office 2007

Syarikat Microsoft secara tipikalnya menyokong perisian mereka sekitar 10 tahun sejak tarikh pelancaran. Kini, selang sepuluh tahun sejak Office 2007 dilancarkan, Microsoft akhirnya akan menamatkan sokongan untuk Office 2017 bermula 10 Oktober 2017 kelak.

Ini bermakna, selepas tarikh berkenaan, Microsoft tidak lagi akan menawarkan kemaskini sekuriti atau penambah-baikkan pepijat (bugs), mahupun sokongan teknikal untuk Office 2007.

Pengguna diminta untuk menaik-taraf kepada versi terkini Microsoft Office, atau melanggan perkhidmatan Office 365.

Pengguna Office 2007 sedia ada masih boleh terus menggunakannya pada komputer untuk mengakses dokumen, tetapi seperti dinyatakan pada awalnya, tiada lagi sokongan dan kemaskini akan ditawarkan.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Penamatan Sokongan?

 Sokongan teknikal untuk isu.

 Pembetulan pepijat (bugs fixes) untuk isu yang ditemui.

 Pembetulan keselamatan untuk kelemahan yang ditemui.

SUMBER RUJUKAN: Office 2007 end of support roadmap 28 DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Ceramah Agama oleh Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin

Ceramah Agama oleh Ustaz Ahmad Husam bin Dato Baderudin, Yang Dipertua Yayasan Ar-Riyaadah dan juga penceramah bebas telah diadakan pada hari jumaat 17 November 2017 di Pusat Kecemerlangan Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Utara (JPS SPU).

Ceramah yang bertajuk 'Ibrah Di Sebalik Ujian' ini telah dihadiri oleh kakitangan JPS SPU dan kakitangan dari daerah-daerah yang lain. Penyampaian yang sungguh mantap oleh Ustaz Ahmad Husam ini amat berkesan di hati sesiapa yang mendengarnya. Ceramah ini adalah sebahagian dari acara keagamaan yang sering diadakan di JPS SPU.

Ustaz Ahmad Husam ketika menyampaikan ceramah beliau 29 DAERAH SEBERANG PERAI UTARA Lawatan ke Taman Negara Pahang

Pada 14 hingga 16 hb Oktober 2017 seramai 34 orang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Utara (JPS SPU) telah menyertai lawatan ke Projek JPS di Taman Negara Pahang. Bermacam aktiviti telah diadakan di sana. Disamping dapat melawat dan menambah pengetahuan peserta juga dapat merasai pengalaman berbeza seperti menaiki bot menyusuri Sungai Tahan, mendaki Bukit Teresik, menaiki jambatan gantung dan melawat perkampungan orang asli. Sesungguhnya lawatan kali ini amat berfaedah dan menyeronokkan.

Para peserta bergambar kenang kenangan selepas aktiviti tamat

30 DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Melawat perkampungan orang asli

Mendaki Bukit Teresik

Menaiki Jambatan gantung terpanjang di dunia atau ‘Canopy Walk'

Menyusuri Sungai Tahan 31 DAERAH SEBERANG PERAI UTARA PROGRAM PENANAMAN POKOK

Program pengindahan Sungai Lahar Endin, Derah Seberang Perai Utara (SPU) telah diadakan pada 30 Oktober 2017. Program yang dihadiri oleh tuan pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP), Tuan Ir. Sabri Bin Abdul Mulok, Timbalan Pengarah (Sungai dan Pantai), Ir. Zainuddin Bin Yusof dan Jurutera-jurutera Daerah ini dirasmikan oleh YB Tuan Phee Boon Poh, Adun Sg Puyu.

Sesi penanaman pokok untuk mengindahkan Sungai Lahar Endin telah dilakukan di sepanjang sungai. Semua kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran SPU telah bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Sesi bergambar bersama tuan PPSN, Timbalan Pengarah, Jurutera Daerah dan agensi – agensi kerajaan yang terlibat.

32 DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Perasmian Sesi Menanam Pokok oleh YB. Tuan Phee Boon Poh

Pengarah JPS Pulau Pinang sedang memberi ucapan alu aluan 33 DAERAH SEBERANG PERAI UTARA PROGRAM PERJUMPAAN DENGAN JURUTERA DAERAH DAN TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Pada 11 Okt 2017 Jabatan Pengairann dan Saliran Seberang Perai Utara (JPS SPU) telah mengadakan Program perjumpaan dengan Jurutera Daerah dan Taklimat Pengurusan Harta Pusaka yang disampaikan oleh En. Shaik Ahmad Faizal bin Shaik Mohamed bersama Pn. Baizura binti Hassan dari Amanah Raya Berhad Pulau Pinang.

Puan Baizura (kiri) bersama Encik Shaik Ahmad Faizal sedang memberikan taklimat.

Peserta memberikan perhatian ketika taklimat disampaikan

34 DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Pada hari tersebut juga diadakan majlis persaraan Penolong Jurutera Tn. Hj Mohamad Isa bin Yacob dan acara memotong kek persaraan dan kek harijadi Jurutera Daerah SPU, En. Mohamad Noor Hafiz bin Mohd Nor Azmi.

Acara potong kek persaraan dan kek harijadi oleh kakitangan JPS SPU. Tahniah buat keduanya yang diraikan

35 DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH BENGKEL '1 STATE DCP CHAMPION SEBERANG PERAI' Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Seberang Perai Tengah (JPS SPT) telah menyertai bengkel 1 State 1 DCP Champion Seberang Perai' yang diadakan pada 29 & 30 November 2017 di The Light Hotel, Seberang Jaya

Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk mengumpul data sebenar proses kelulusan sesuatu projek dari bermulanya Pelan Kebenaran Merancang sehinggalah ke pengeluaran CCC. Bengkel ini telah di pandu oleh pihak MPC dengan para pesertanya terdiri daripada Jabatan-jabatan yang terlibat dengan proses kelulusan pembangunan.

Diakhir bengkel ini, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua ahli sebagai satu komitmen kepada Stake Holders semasa memohon permit pembangunan. Suasana ketika sesi pembentangan sedang dijalankan

Semua peserta mengambil bahagian dalam sesi bergambar selepas tamat bengkel yang diadakan 36 DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Bengkel Penampilan diri telah diadakan pada 13 November 2017 anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Seberang Perai Tengah (JPS SPT) bertempat di pejabat JPS SPT. Bengkel ini disertai oleh peserta dari semua pejabat daerah dan ibu pejabat JPS Pulau Pinang. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Make Up Artist (MUA) Pn. Ain Sulaiman dari Syarikat Ain Sulaiman Make Up Studio yang berpengkalan di Butterworth, Pulau Pinang yang sudi hadir untuk menjayakan bengkel ini serta kepada urusetia bengkel dan peserta yang Puan Ain (kiri) bersama model yang telah terlibat. diperagakan. BENGKEL PENAMPILAN DIRI WANITA

Suasana ketika bengkel sedang dijalankan Para peserta menerima cenderahati dan bergambar kenang kenangan 37 DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN HARI LANSKAP PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG Satu Program anjuran Majlis Perbandaran Seberang Perai telah diadakan dan Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Selatan (JSP SPS) telah mewakili JPS Pulau Pinang dalam Penyiapan Pameran. Majlis Turut dihadiri YBHG. Dato Sr Hj Rozali Bin Hj Mohamud ,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (YDP MPSP) dan agensi-agensi yang terlibat.

Perjumpaan bersama Tuan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang telah diadakan pada 18 Disember 2017 di Dewan Seminar, Rumah Pam Nibong Tebal jam 2.30 Petang. Majlis didahului Ucapan Jurutera Daerah JPS SPS, En Mohd Fadhil Bin Ahmad, Seterusnya ucapan aluan dari Tuan Pengarah JPSPP, Tuan Azmin Bin Hussin selaku Pengarah JPSPP yang baru.

Ucapan mandat dari Tuan Pengarah dimana peranan dan tangggungjawab selaku kakitangan kerajaan bagi meningkatkan semangat baru kepada kakitangan jabatan dalam penyelesaian tugas yang lebih efektif dan komited dalam menangani masalah banjir yang sering berlaku.

Sesi bergambar bersama wakil MPSP 38 DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Penerangan Dari Jurutera Daerah JPS SPS

Lawatan Dari YB

39 DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PROGRAM MUD BALL 3.0 Satu Program bersama telah dianjurkan oleh pihak JCI Batu Kawan (Junior Chamber International Batu Kawan) pada 14 Okotber 2017, dimana pengajuran turut dihadiri oleh YB. Dato Law Choo Kiang (Adun Bukit Tambun), En. Hassan Bin Jat (Penolong Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Cenderhati dari JCI Batu Kawan Perai Selatan (JPS SPS), MPSP, JAS dan jemputan sekolah-sekolah berdekatan yang turut serta bagi menjayakan program ini. Majlis bermula dengan pendaftaran peserta. Seterusnya ucapan pembukaan dan perasmian program oleh YB. Adun Bukit Tambun. Pengajuran ini adalah bertujuan bagi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dalam menjaga kebersihan dan mencintai Wakil JPS SPS ( En Hassan Bin Jat ) menerima cenderahati tanda penghargaan sungai seperti slogan yang disampaikan ‘ Start today and Save tomorrow’.

Majlis Penutup bagi pengajuran, adalah dengan pemberian cenderahati tanda penghargaan kepada Agensi-agensi dan Sekolah-sekolah yang terlibat dalam penganjuran.

Sesi bergambar 40 DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH JPSPP Satu Perjumpaan bersama Tuan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) telah diadakan pada 18 Disember 2017 di Dewan Seminar, Rumah Pam Nibong Tebal jam 2.30 Petang. Majlis didahului Ucapan Jurutera Daerah JPS Seberang Perai Selatan (JPS SPS), En Mohd Fadhil Bin Ahmad, Seterusnya ucapan mandat dari Tuan Pengarah JPSPP, Tuan Azmin Bin Husain. Ucapan mandat dari Tuan Pengarah menekankan peranan dan tangggungjawab selaku kakitangan kerajaan bagi meningkatkan semangat kepada kakitangan jabatan dalam penyelesaian tugas yang lebih efektif dan komited bagi menangani banjir. Majlis diteruskan lagi dengan pemberian bantuan banjir kepada kakitangan yang rumah dilanda banjir baru-baru ini.

Sesi ucapan oleh Tuan PPSN “Selamat datang ke JPS SPU tuan PPSN”

Sesi Pemberian Bantuan Banjir 41 DAERAH TIMUR LAUT PERJUMPAAN JURUTERA DAERAH BERSAMA OPERATOR RUMAH PAM

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut (JPS DTL) telah menganjurkan satu Perjumpaan Jurutera Daerah Bersama Rumah Pam pada 6 Oktober 2017(Jumaat) bertempat di Dewan Mesyuarat S18, Lebuh Macallum. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh semua kakitangan di Unit Pengoperasian Rumah Pam S18, S10 dan juga Sungai Dondang.

Antara tujuan perjumpaan itu diadakan adalah membincangkan serba- sedikit persediaan menghadapi banjir dan juga permasalahan yang sering dihadapi di Rumah Pam masing - masing.

Perbincangan Jurutera Daerah bersama Operator Rumah Pam

Antara Kakitangan Rumah Pam Yang Hadir 42 DAERAH TIMUR LAUT

Kakitangan JPS Daerah Timur Laut bergambar bersama Ahli Parlimen Bukit , YB Ramkarpal Singh Program Gotong Royong telah diadakan di Taman Guan Joo Seng, Sungai Jelutong pada 8 Oktober 2017 bertempat di Taman Guan Joo Seng, Sungai Jelutong. Ia merupakan program bersama Jawatankuasa Kampung Island Park.

Antara tetamu kehormat yang menghadiri program ini adalah YB. Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan juga YB. R.S.N Rayer, ADUN Seri Delima. Selain itu, Jurutera Daerah Timur Laut, Puan Nortilawati Binti Osman juga turut hadir memeriahkan majlis bersama kakitangan di Unit Pengoperasian Rumah Pam. Tujuan program ini diadakan adalah bagi membersihkan kawasan sekitar sungai agar terhindar dari penyakit berjangkit.

Jurutera Daerah Timur Laut bersama kakitangan JPS Daerah Timur Laut yang hadir bagi program gotong-royong dan juga penduduk sekitar

43 DAERAH TIMUR LAUT

BENGKEL SEBUTHARGA PENYELENGGARAAN 2018

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut (JPS DTL) telah mengadakan Bengkel Sebutharga Penyelenggaraan bagi Tahun 2018. Bengkel tersebut telah diadakan pada 12 Oktober 2017 hingga 13 Oktober 2017 di Pejabat JPS Seberang Perai Utara. Bengkel tersebut dihadiri oleh Jurutera Daerah Puan Nortilawati Binti Osman, Puan Nurjulia Azami, Penolong Jurutera Kanan dan beberapa lagi pegawai kawasan yang terlibat dan juga pegawai pemantau serta wakil Unit Kewangan.

Sesi taklimat disampaikan oleh Penolong Jurutera Kanan, Puan Nurjulia Binti Azami

Para kakitangan JPS DTL yang terlibat dalam nengkel kali ini.

44 DAERAH TIMUR LAUT

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH SEKTOR PAKAR JPS MALAYSIA

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar, YBrs. Ir. Haji Abdullah bin Isnin ke Projek-projek Persekutuan JPS di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang, pada hari Sabtu 4 November 2017.

Lawatan ini turut dihadiri oleh Jurutera Projek RTB Sungai Pinang, Puan Hanizan Binti Mokhtar, Jurutera Daerah Timur Laut Puan Nortilawati Binti Osman dan Penolong Pengarah (Korporat) Encik Hazlami Bin Abdul Hamid.

Dari Kiri : En. Hazlami Bin Abdul Hamid, Ir. Haji Abdullah bin Isnin, Pn. Hanizan Bt. Mokhtar dan Pn. Nortilawati Bt. Osman

Lawatan di Lembangan Sungai Pinang

45 DAERAH TIMUR LAUT

PROGRAM PENANAMAN POKOK

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut (JPS DTL) telah menjalankan Program Penanaman Pokok yang bertempat di Taman Rekreasi Sungai Pinang pada 11 November 2017. Program tersebut turut dihadiri oleh beberapa agensi seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) dan juga agensi Badan Berkanun.

JPS DTL dihadiri oleh Jurutera Daerah Puan Nortilawati Binti Osman dan kakitangan JPS DTL.

Gambar 1 hingga 4 : Program penanaman pokok sedang berlangsung

46 DAERAH TIMUR LAUT

PROGRAM MISI BANTUAN BANJIR

Jurutera Daerah bersama mangsa banjir di Kampung Makam “Jom kita angkat almari ni sama-sama”

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut (JPS DTL) telah menjalankan Program Misi Bantuan Banjir pada 11 November 2017 bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan. Program tersebut telah dijalankan di beberapa buah rumah penduduk di Kampung Makam, Jelutong. Program tersebut telah disertai oleh Jurutera Daerah Puan Nortilawati dan kakitangan di JPS DTL.

Sesi gotong royong membersihkan rumah mangsa banjir sedang giat dijalankan

47 DAERAH TIMUR LAUT Program Bacaan Yasin JPS DTL

Majlis bacaan yasin sedang berlangsung.

Majlis Bacaan Yasin telah dijalankan pada 8 Disember 2017 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut (JPS DTL) bersempena dengan kedatangan Awal Muharam 1439H.

“Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.”

48 DAERAH TIMUR LAUT

Taklimat Pengendalian Self Priming Pump Taklimat Pengendalian Self Priming Pump di Kolam Takungan Banjir S10 dan S18 telah diadakan pada 11 Disember 2017 oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut (JPS DTL). Self Priming Pump ini adalah digunakan buat pertama kalinya bertujuan untuk menyedut buang enapan yang berada di dalam kolam

Sesi taklimat dan pengendalian sedang dijalankan

Sesi taklimat dan pengendalian sedang dijalankan 50 LAWATAN KERJA KE TANJUNG BUNGAH

Lawatan Kerja Bersama YB , EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang Ke Tanjung Bungah ekoran Isu Banjir yang telah melanda Negeri Pulau Pinang pada 5 & 6 November 2017 yang lalu. Sesi lawatan ini telah diadakan pada 13 Disember 2017.

Turut hadir adalah Jurutera Daerah Timur Laut, Puan Nortilawati binti Osman dan Penolong Jurutera Kanan, Puan Nurjulia binti Azami. 50 DAERAH BARAT DAYA LAWATAN MENAIKTARAF SISTEM PERPARITAN BERSAMA PENYELARAS KADUN TELUK BAHANG DAN JKKKN

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya (JPS DBD) yang dihadiri oleh Jurutera Daerah Encik Hashim Bin Abdullah dan Penolong Jurutera kawasan bersama Penyelaras Kadun Teluk Bahang dan JKKKN telah mengadakan lawatan pada 7 Disember 2017 pada pukul 9.30 pagi di kawasan Teluk Bahang. Tujuan lawatan ini diadakan bagi mendengar aduan penduduk dan melihat kesan-kesan akibat banjir di kawasan berkenaan.

Gambar Jurutera Daerah sedang memberikan keterangan kepada Penyelaras Kadun dan JKKN

Gambar sekitar kawasan yang dilawati

51 DAERAH BARAT DAYA

LAWATAN JURUTERA DAERAH BERSAMA PEMBANTU KHAS YB PARLIMEN BALIK PULAU DAN PENDUDUK KAMPUNG MENGENAI MASALAH BANJIR

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya (JPS DBD) yang dihadiri oleh Jurutera Daerah Encik Hashim Bin Abdullah dan Penolong Jurutera kawasan bersama Pembantu YB Parlimen Balik Pulau iaitu Encik Ismail Kasin pada 26 Oktober 2017 pada pukul 9.30 pagi di kawasan Balik Pulau. Tujuan lawatan ini diadakan bagi mendengar aduan penduduk dan melihat kesan-kesan akibat banjir di kawasan berkenaan.

Gambar Jurutera Daerah sedang mendengar keluhan penduduk kampung mengenai banjir yang telah melanda.

Gambar Jurutera Daerah sedang mendengar keluhan dan aduan penduduk kampung mengenai banjir yang telah melanda. 52 DAERAH BARAT DAYA PROGRAM PENANAMAN POKOK AMENITI SERENTAK PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Pada 11 November 2017 Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya (JPS DBD) yang dihadiri oleh Jurutera Daerah Encik Hashim Bin Abdullah bersama kakitangan telah menghadiri program penanaman pokok di Sungai Keluang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengwujudkan persekitaran hijau dan sihat di kalangan penduduk Pulau Pinang.

Gambar kakitangan JPS DBD sedang mengatur strategi bagi program penanaman pokok

Gambar Jurutera Daerah sedang menanam pokok 53 DAERAH BARAT DAYA

Sekitar gambar program penanaman pokok di Sungai Keluang

“ Sekali lapan batang pokok aku angkat da..” 54 TANGISAN LANGIT TATKALA SENGSARA SUNGAI

Ihsan Norzali Tatkala kulihat langit itu menangisi nasib sungai seakan tidak mampu segala tangan dan mata yang ada semuanya sekadar menunjuk dan menatap kesengsaraan sungai tangan-tangan kotor dan jalang teramat menghinamu – sungai tercinta.

Apakah tiada lagi hati dan budi kerana kau meletakkan perasaan seorang manusia jauh-jauh di belakang sana di sebalik tabir cinta meterial tetapi kau lupa bahawa sungai itulah yang membesarkan anak-anakmu hingga dewasa dan mewah.

Aku bukanlah seorang pemilik kuasa yang mampu bersuara serigala namun hanya seorang pemilik rasa yang tak pernah tertidur dalam ketenteraman di tebing sungai yang jernih.

Sungai tidak pernah berdosa kerana kejadiannya sarat hikmah yang berselindung di sebalik kerakusanmu itu. 55