Sukj.(Dn).Bil: 311/02/2-1/14/1/4 Dewan Negeri Johor Soalan-Soalan Lisan Di Persidangan Dewan Negeri Johor Pada Hari Khamis, 7 Ma
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 1 (A109) Kerajaan Johor sentiasa prihatin akan hubungan erat Malaysia/Singapura. Apakah usaha kerajaan Johor dalam mengeratkan hubungan diplomasi demi kepentingan rakyat kedua-dua buah negara? YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 2 (A56) Minta nyatakan perancangan Kerajaan Negeri dalam merancakkan ekonomi negeri Johor melalui kerjasama dengan negara Singapura, serta bagaimana hubungan politik memainkan peranannya. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR (Jawapan bersekali untuk soalan A109 dan A56) UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina) 1 SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 YB PUAN NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 3 (A24) Berapakah jumlah penerima elaun penghafaz Al-Quran pada tahun 2018 dan peruntukan kerajaan negeri bagi tahun 2019 untuk pemberian elaun ini, selain usaha JAINJ untuk menggalakkan lebih ramai penghafaz Al-Quran menerima insentif ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN 1) Bagi Kategori Pelajar Sekolah pada tahun 2018 = 1029 pelajar Jumlah kewangan = RM 442,980.00 Peruntukan kerajaan negeri bagi tahun 2019 bagi pelajar sekolah berjumlah RM550,000.00. Cara JAINJ menggalakkan Pelajar menghafaz : 1. Pemberian elaun 2. Pemberian sijil (Protaq) 3. setiap tahun diadakan Ihtifal Ilmi (Hafazan) sbg peluang pelajar menonjolkan bakatnya. 1) Bantuan pengurusan tahfiz kpd sekolah juga diberikan (MAINJ). 2) Bagi Kategori Orang Awam pada tahun 2018 = 604 orang. Jumalah penerima elaun penghafaz Al-Quran a) Lelaki seramai 161 orang b) wanita seramai 443 orang Peruntukkan tahun 2019 untuk elaun penghafaz Al-Quran adalah sebanyak RM2,000.000.00( Ringgit Malaysia: Dua juta sahaja). JAINJ akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk mewujudkan Imam Tahfiz Masjid Kariah Negeri Johor, sebagai galakan kepada pelajar atau lepas aliran Tahfiz Al- Quran, supaya lepasan aliran ini dapat dimanfaatkan kepada masyarakat. Selain itu ianya sebagai alternatif kepada lepasan aliran Tahfiz dalam bidang pekerjaan sosial kepada masyarakat. UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina) 2 SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 4 (A77) Nyatakan kesemua projek sakit bawah Kerajaan Negeri bersama penyelesaian terhadap projek tersebut. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG PROJEK SAKIT DIBAWAH BIL PENYELESAIAN KERAJAAN NEGERI 1 PROJEK CADANGAN Bagi menyelesaikan masalah projek ini pihak JKR telah mengambil MEMBINA SEBUAH langkah seperti berikut :- JAMBATAN KONKRIT MENGGANTIKAN i- SO telah mengeluarkan notis untuk tujuan penamatan (NUPT) JAMBATAN BESI SEDIADA no.2 kepada pihak kontraktor DI JALAN GELANG ii- Laporan untuk SO mampu diteruskan, hasil pengesoran daerah PATAH, PENDAS – GELANG PATAH, JOHOR iii- Kontraktor dikenakan denda kelewatan (LAD) 3001/sehari BAHRU. iv- Pembinaan sedang dilaksanakan didalam tempoh berdenda dan jumlah LAD adalah hingga kini sebanyak RM477,159.00 2 CADANGAN Bagi menyelesaikan masalah projek ini pihak JKR telah mengambil MENAIKTARAF JALAN langkah seperti berikut :- PARIT IBRAHIM DAN JALAN PARIT JAWA i- Mesyuarat koordinasi diantara pihak kontraktor, pasukan projek PONTIAN, JOHOR tapak JKR, PBT dan Agensi Utiliti telah diadakan pada 22.02.2019 ii- Hasil mesyuarat tersebut, pemantauan akan dilaksanakan dengan kerap 3 CADANGAN Bagi menyelesaikan masalah projek ini pihak JKR telah mengambil MENGGANTIKAN langkah seperti berikut :- JAMBATAN SUNGAI PLENTONG DI JALAN i- Kontraktor telah dikenakan denda LAD sebanyak MASAI LAMA, JOHOR RM5,324.00/sehari BAHRU, JOHOR Pembinaan sedang dilaksanakan di dalam tempoh berdenda dan jumlah LAD adalah sebanyak RM 1,027,532.00 4 KERJA - KERJA Bagi menyelesaikan masalah projek ini pihak JKR telah mengambil MENGGANTIKAN langkah seperti berikut :- JAMBATAN DI JALAN KUALA PAYA - BALAI i- Perakuan kerja tidak siap telah dihantar ke Pegawai Penguasa BADANG (J155), ii- Permohonan EOT no.1 telah dikemukakan oleh kontraktor dan di SEGAMAT, JOHOR (REKA dalam semakan JKR Daerah Segamat bagi tujuan kelulusan & BINA) UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina) 3 SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 5 (A85) Apakah sebab yang mengakibatkan permohonan penukaran status rumah lot bumiputera kepada bukan bumiputera yang mengambil masa permohonan yang panjang. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina) 4 SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 6 (A12) Mohon penjelasan tentang sejauhmana perlaksanaan Kad Sihat Johor 2019. JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan Kad Sihat Johor bagi tahun 2019 telah mula dibuka pada 20 Februari 2019. Kemudahan Kad Sihat Johor ini dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Kategori A (Keluarga) dan Kategori B (Individu). Penerima Kad Sihat Johor akan mendapat kemudahan pembiayaan rawatan kesihatan asas di klinik swasta terpilih (klinik panel). Manfaat kemudahan Kad Sihat Johor bagi Kategori A - Keluarga adalah had pembiayaan RM500.00 setahun, had penggunaan RM50.00 bagi setiap rawatan dan percuma satu kad untuk satu keluarga manakala manfaat kemudahan Kad Sihat Johor bagi Kategori B - Individu adalah had pembiayaan RM200.00 setahun, had penggunaan RM50.00 bagi setiap rawatan dan percuma satu kad untuk setiap individu. Cara-cara permohonan Kad Sihat Johor adalah secara atas talian (online) di www.sihatjohor.com.my. Bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak 10,000 Kad Sihat Johor bagi Kategori A (Keluarga) dan 4,000 Kad Sihat Johor bagi Kategori B (Individu). Sebanyak 13,814 permohonan telah diterima sehingga 26 Februari 2019. UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina) 5 SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NENAS) SOALAN 7 (A82) Berapakah anggaran penerima Kad Sihat Johor 2019 dan anggaran jumlah peruntukan yang digunakan untuk menjayakan program ini. JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Johor menganggarkan seramai 14,000 penerima Kad Sihat Johor pada tahun 2019. Jumlah ini dibahagikan kepada 10,000 penerima bagi Kategori A (Keluarga) dan 4,000 penerima bagi Kategori B (Individu). Peruntukan Program Kad Sihat Johor tahun 2019 dianggarkan berjumlah RM6,500,000.00 sekiranya kelayakan maksimum diguna pakai oleh penerima Kad Sihat Johor. UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina) 6 SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN 8 (A120) Skim kad sihat terhad kepada setiap kawasan DUN. Mengapa ianya dihadkan kepada 89 untuk kategori A (keluarga) dan 60 untuk Kategori B (individu). Mohon beri penjelasan mengapa tidak mengikut populasi setiap kawasan masing-masing? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Untuk makluman Yang Berhormat, pemberian Kad Sihat Johor dibahagikan mengikut 56 DUN di Negeri Johor. Secara dasarnya, kawasan DUN adalah berbeza dari segi saiz dan populasi. Terdapat kawasan DUN yang kecil mempunyai populasi penduduk yang tinggi dan terdapat juga kawasan DUN yang besar mempunyai populasi penduduk yang rendah. DUN yang berpopulasi rendah juga melibatkan kawasan luar bandar yang mungkin tidak mempunyai banyak khidmat perubatan dan klinik swasta seperti di kawasan bandar yang berpopulasi tinggi. Penduduk-penduduk yang berpendapatan rendah di kawasan tersebut juga perlu berbelanja lebih untuk kos pengangkutan untuk ke klinik swasta, justeru itu kemudahan lain seperti Kad Sihat Johor amat membantu penduduk yang memerlukan. Kerajaan Negeri Johor melihat bukan sahaja dari segi populasi tetapi juga dari segi kemudahan sedia ada seperti akses kepada klinik kesihatan dan hospital Kerajaan. UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina) 7 SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN 9 (A33) Kelemahan urus tadbir khususnya dalam alokasi dan pengagihan perumahan yang tidak sistematik dan telus dilihat sebagai faktor utama kegagalan dalam mencapai objektif penyediaan rumah kepada golongan sasar. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi menyelesaikan isu ini? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Dewan yang mulia, sebelum kaedah penawaran Rumah Mampu Biaya Johor dibuat undian terbuka, proses penawaran Rumah Mampu Biaya Johor yang dilaksanakan adalah menggunakan kaedah sistem merit. Kaedah ini adalah berasaskan kepada maklumat yang diberi oleh pemohon melalui pendaftaran di Sistem Perumahan Johor. Dari maklumat yang diberi, pemarkahan merit akan dijana oleh sistem untuk mengetahui kelayakan pemohon bagi mendapatkan tawaran Rumah Mampu Biaya Johor. Pemohon akan dimaklumkan untuk menyerahkan dokumen bagi