Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Pertama
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA Bil. 8 Khamis 17 Mac 2016 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 23) USUL: Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang (Sibuti) (Halaman 24) DR.17.3.2016 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA Khamis, 17 Mac 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran] minta Menteri Pengangkutan menyatakan keberkesanan kadar saman trafik atau penguatkuasaan sistem mata demerit kesalahan jalan raya dan AES bagi mendidik pemandu menjadi lebih berhemah di jalan raya. Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kadar saman yang tinggi hanya berkesan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan. Sebaliknya tidak menjadi sesuatu bebanan kepada mereka yang berkemampuan dan berpendapatan tinggi. Pengguna jalan raya yang berkemampuan dan tidak menghormati peraturan akan cenderung mengulangi kesalahan lalu lintas dan melakukan bayaran kompaun atau denda sekiranya tiada inisiatif penguatkuasaan yang lain untuk menyekat mereka daripada melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Dalam hubungan ini, sistem mata demerit atau KEJARA adalah satu inisiatif penguatkuasaan yang berkesan dalam memastikan semua pengguna jalan raya menghormati dan mematuhi peraturan lalu lintas tanpa mengira latar belakang pendapatan mereka. Ini memandangkan di bawah sistem KEJARA yang baru ini akan dilaksanakan kelak, mata demerit akan dikenakan apabila penalti yang ditetapkan bagi sesuatu notis saman diselesaikan melalui pembayaran sama ada cara bayaran kompaun atau denda yang ditentukan oleh mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, pengguna jalan raya yang telah mengumpul suatu mata yang telah ditetapkan, tindakan penggantungan atau pembatalan lesen memandu akan dikenakan setelah sesuatu amaran diberikan. Dalam erti kata yang lain, sistem KEJARA ini akan dapat memastikan pengguna jalan raya agar tidak mengulangi kesalahan lalu lintas dan berupaya mengubah tingkah laku ke arah pemanduan yang berhemah dan mengutamakan budaya safety first, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, dari aspek keberkesanan sistem AES pula, berdasarkan analisis yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) terhadap perangkaan kemalangan jalan raya di 14 lokasi yang telah dipasang kamera AES, adalah didapati kemalangan maut bagi tempoh lapan bulan sebelum pelaksanaannya telah menurun DR.17.3.2016 2 daripada 19 kepada 12 kes bagi tempoh lapan bulan selepas pelaksanaan. Ini bermakna AES telah berjaya mengurangkan sebanyak tujuh kes kemalangan maut ataupun 36.84% bagi tempoh lapan bulan. Kajian MIROS juga menunjukkan secara purata kadar pematuhan had laju di enam lokasi kamera tetap AES adalah 63% sebelum pelaksanaan AES dan kadar pematuhan had laju telah meningkat kepada 91% selepas pelaksanaan AES bagi hari-hari bekerja. Mengambil kira perkara-perkara tersebut, kerajaan akan terus melaksanakan dan memperluaskan pemasangan kamera AES dari semasa ke semasa. Sistem AES ini akan dilaksanakan secara bersekali dengan penguatkuasaan sistem KEJARA bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dalam usaha menangani isu kemalangan jalan raya. Terima kasih. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang panjang. Mengikut statistik ataupun mengikut PDRM mengeluarkan saman lebih kurang 28.4 juta trafik dengan nilai kompaun RM1.6 bilion. Manakala statistik kemalangan seperti yang kita ketahui tahun 2014 melibatkan 476,000 kemalangan melibatkan kematian lebih kurang 6,674 nyawa. Soalan saya, apakah undang-undang yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi kurang berkesan dalam melaksanakan undang-undang atau mendidik rakyat di negara kita berbanding dengan negara jiran. Walaupun ada pengurangan tetapi seolah-olah jalan raya di Malaysia ini merupakan lubuk kematian kepada rakyat kita. Jadi mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri beri jawapan tambahan kepada soalan. Terima kasih. ■1010 Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Yang di-Pertua, mengenai keberkesanan undang- undang yang sedia ada, sebab itu kerajaan akan melancarkan sistem AES dan KEJARA ini dengan satu penjenamaan semula yang dipanggil AWAS ataupun singkatannya Automated Awareness Safety System. Seperti yang saya maklumkan tadi, gabungan antara kamera AES dan sistem KEJARA ini akan memberi penguatkuasaan yang lebih efektif dan sebagai contoh sistem AES kali ini, kita akan membuat tangkapan ataupun merakam gambar dari belakang supaya ianya lebih memberi kesan termasuk kepada motosikal kerana plat nombor motosikal ini kalau daripada depan, dia susah hendak kita rakam tetapi dari belakang, kita dapat rakam dengan jelas. Sebagai contoh, di traffic light merakam pesalah adalah dari belakang. Jadi rakaman kamera ini hanya kita menumpukan kepada kelajuan dan juga kesalahan pematuhan traffic light. Seterusnya dalam sistem mata demerit pula, kita akan bermula dengan 20 mata. Maknanya 20 mata pertama, dia akan diberi amaran dan 20 mata kedua akan digantung dan 20 mata ketiga iaitu 60 mata terus akan dibatalkan. Jadi pihak kerajaan yakin dengan sistem KEJARA ini akan lebih memberi kesan yang lebih baik untuk semua pengguna lalu lintas. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh gagal mematuhi lampu isyarat, untuk kenderaan persendirian akan dikenakan empat mata dan melebihi had laju juga empat mata dan memotong di dua garisan juga empat mata dan memandu di lorong kecemasan juga akan dikenakan empat DR.17.3.2016 3 mata. Jadi kalau 20 mata dalam setahun, terus akan diberi amaran dan 20 mata kedua akan digantung. Dalam sistem penggantungan ini pula, pihak JPJ ada membuat opsyen untuk membuat rehabilitation. Sekiranya pemandu yang telah digantung bersetuju untuk menghadiri rehabilitation yang akan dianjurkan oleh pihak JPJ, akan dikurangkan waktu penggantungan itu. Jadi kita harap sistem yang baru ini akan memberi kesan yang baik kepada pengguna jalan raya. Terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang saya nampak terlampau berminat sangat untuk tanya soalan ini, Yang Berhormat Pokok Sena. Ini dia punya favorite subject. Sila Yang Berhormat Pokok Sena. Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri dalam penjelasan awal berkaitan dengan sistem KEJARA ini menjelaskan bahawa sebelum ini maknanya kalau orang yang ada duit, dia boleh bayar kompaun. Tak adillah kan, tak adil. Orang yang ada duit, dia boleh bayar kompaun tetapi orang tak ada duit, dia tak boleh bayar. Jadi ini menyebabkan KEJARA itu dikuatkuasakan, walaupun bayar atau tak bayar akan dikenakan KEJARA ini atau sistem demerit ini. Maknanya sekarang ini orang miskin pun kena, orang kaya pun kena. Orang miskin pun kena bayar kompaun, orang miskin pun kena pi mahkamah. Orang kaya pun kena pergi mahkamah, jadi dua-dua sekali. Kemudian disekalikan dengan AES. Maknanya diintegrated antara AES dengan KEJARA. Jadi saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat, kalaulah KEJARA yang dimaklumkan, yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi bahawa ia sangat berkesan untuk mendidik, saya fikir bahawa tak perlulah kita denda. Tak perlu lagi hendak denda, tak perlu lagi hendak kompaun. Cukup dengan saman mereka kemudian laksanakan KEJARA. Persoalannya ialah KEJARA ini sejak dari tahun 1984 lagi tak dikuatkuasakan secara yang bersungguh-sungguh, Tuan Yang di-Pertua. Jadi menyebabkan tak dapat hendak nilai keberkesanan yang sebenarnya tetapi bagi saya bahawa KEJARA inilah yang merupakan satu pelaksanaan yang sepatutnya dilaksanakan tetapi oleh kerana kerajaan fikir kalau laksanakan KEJARA sahaja maknanya gantung lesen dan sebagainya tanpa bayar denda, makna kerajaan tak dapat duit. Jadi AES sekarang ini, duit pun dapat lesen pun kena gantung. Jadi bagi saya bahawa sepatutnya cukup sekadar sistem KEJARA iaitu tahan lesen dia, gantung lesen dia, beri amaran, gantung lesen dan sebagainya, itu sudah cukup untuk mendidik. Bukannya kita mengambil kaedah untuk mencari untung atas kesalahan yang dilakukan oleh orang kalau betul-betul kita hendak lihat bahawa keberkesanan kepada kita hendak mengawal atau mengelak daripada berlaku kemalangan jalan raya. Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Pokok Sena salah faham. KEJARA yang dulu, siapa yang bayar saman automatik mata KEJARA hilang tetapi sekarang kita ubah kerana kalau cara dulu, siapa yang banyak duit dia bayar, dia hilang DR.17.3.2016 4 mata KEJARA, jadi itu tidak adil. Seperti yang saya sebutkan kita hendak adil kepada semua dan yang pertama penting ialah untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya. Maka sebab itu sistem KEJARA diubah. Kali ini sistem KEJARA walaupun dia bayar saman, mata tetap ada direkod oleh JPJ. Maknanya dia tidak terlepas daripada mata demerit yang mana sekiranya dia terus melaksanakan kesalahan jalan raya, dia tidak terlepas daripada penalti. Jadi sebab itu sampai buat 20 mata, dia akan diberi amaran. First 20 dan 20 mata yang kedua ialah dia akan terus digantung dan dalam penggantungan itu, kita ada satu opsyen sekiranya dia hendak ubah tingkah