SUKJ.DN. 331/1/2/14/2/3 JLD.3

MESYUARAT KEDUA BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI YANG KEEMPAT BELAS PADA HARI KHAMIS, 10 SEPTEMBER 2020, JAM 9.30 PAGI

SUSUNAN PERKARA-PERKARA MESYUARAT

1. DOA.

2. PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER DEWAN NEGERI JOHOR.

3. PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS MESYUARAT -

Bilangan 1 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Negeri Johor Tahun 2018.

Bilangan 2 Tahun 2020 - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 dan Penyata Memorandum mengenai :

 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Johor Tahun 2018.

 Pengurusan Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2018 Siri 2.

Bilangan 3 Tahun 2020 - Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pertama Tahun 2020.

Bilangan 4 Tahun 2020 - Anggaran Perbelanjaan Tambahan Kedua Tahun 2020.

Bilangan 5 Tahun 2020 - Peranggaran Tambahan Pembangunan Pertama Tahun 2020.

Bilangan 6 Tahun 2020 - Ketetapan untuk memerintahkan Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang mencetak naskhah-naskhah bagi Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895.

Bilangan 7 Tahun 2020 - Resolusi di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] untuk menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan di Bawah Seksyen 56 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313)

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 1

Bilangan 8 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 9 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Yayasan Pelajaran Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 10 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 11 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Yayasan Warisan Negeri Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017.

Bilangan 12 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Perbadanan Taman Negara (Johor) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 13 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Perbadanan Islam Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 14 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017.

Bilangan 15 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 16 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 17 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 18 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 19 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 20 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 21 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 22 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 23 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 2

Bilangan 24 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Simpang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 25 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Pontian Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 26 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 27 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Kota Tinggi Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 28 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 29 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 30 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 31 Tahun 2020 - Penyata Kewangan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018.

Bilangan 32 Tahun 2020 - Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Raya Negeri Johor kepada Dewan Negeri Johor Berhubung Dengan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Kira-Kira Kerajaan Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016.

Bilangan 33 Tahun 2020 - Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Raya Negeri Johor kepada Dewan Negeri Johor Berhubung Dengan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Kira-Kira Kerajaan Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017.

3. SOALAN LISAN

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY () SOALAN 1 (A135)

Apakah langkah fiskal yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kedudukan kewangan negeri kekal stabil?

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 3

YB TUAN () SOALAN 2 (A20)

Nyatakan situasi pencapaian ekonomi Negeri sekarang menurut kadar KDNK berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas ? Apakah perancangan dan usaha yang akan dijalankan untuk memulihkan ekonomi yang terjejas teruk pasca wabak covid-19 ?

YB TUAN CHEN KAH ENG () SOALAN 3 (A165)

Apakah rancangan kerajaan negeri Johor dalam membantu memulihkan perdagangan dan ekonomi negeri Johor akibat Covid19 ?

YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH () SOALAN 4 (A5)

Terdapat ramai penternak di kawasan Dun Bekok yang terlibat dalam industri penternakan lembu. Apakah kemudahan bantuan yang diwujudkan oleh Pejabat Pertanian dalam membantu penternak-penternak seperti ini?

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 5 (A9)

Apakah perancangan atau inisiatif yang akan diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk melindungi sekaligus mengekalkan bangunan warisan yang telah menjangkau usia melebihi 100 tahun?

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 6 (A166)

Untuk sekarang, mereka yang balik dari Singapura ke JB akan dikuarantin di pusat kuarantin. Bilakah kerajaan akan membenarkan kuarantin 14 hari di rumah ?

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 7 (A12)

Nyatakan jumlah pusat kuarantin dan jumlah individu sedang dikuarantin di pusat kuarantin atau di rumah masing-masing di negeri Johor setakat ini.

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN 8 (A105)

Nyatakan adakah 7 Ikhtiar Makmur Johor ini satu lagi usaha untuk menggantikan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030? Jelaskan apakah status Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 dengan wujudnya 7 Ikhtiar Makmur Johor ini?

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN 9 (A106)

Apakah relevannya mewujudkan Johor Investment Company (JICO) di Singapura dan apakah mekanisme penubuhannya melibatkan kos?

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 4

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN 10 (A114)

Apakah agenda besar dan hala tuju kerajaan Johor hari ini di dalam meneruskan Pelan Pembangunan Mampan 2030 yang telah disediakan oleh kerajaan PH sebelum ini bagi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya?

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN 11 (A136)

Apakah dapatan daripada Ibrahim Johor Economic Council (IJEC) yang telah diadakan pada kali pertama beberapa bulan depan?

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN 12 (A137)

Apakah relevannya mewujudkan Johor Investment Company (JICO) di Singapura dan apakah mekanisme penubuhannya melibatkan kos?

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 13 (A11)

Apakah hala tuju strategik, polisi dan pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang yang telah dikenalpasti oleh Majlis Ekonomi Ibrahim Johor (IJEC) bagi menjana semula ekonomi negeri Johor?

YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR () SOALAN 14 (A121)

Nyatakan fungsi utama Ibrahim Johor Economic Council untuk pembangunan ekonomi Johor serta nyatakan rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang yang dirancang setakat ini.

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN 15 (A110)

Adakah kerajaan negeri hari ini mempunyai cadangan untuk memberikan kebenaran khas kepada surau-surau bersaiz besar dan sederhana untuk perlaksanaan solat Jumaat bagi menampung keperluan jemaah solat Jumaat di sesetengah kawasan padat penduduk kesan perlaksanaan SOP KKM untuk mencegah penularan Covid- 19?

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI () SOALAN 16 (A51)

Mohon penjelasan dari pihak PBT berkenaan berapa jumlah peniaga yang telah dibatalkan lesen berniaga dan dilucuthak pemilikan premis perniagaan kerana memberi peluang kepada warga asing. Sejauh mana keberkesanannya bagi memastikan tiada lagi peniaga yang seperti ini ?

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN 17 (A52)

Mohon PBT berikan statistik premis perniagaan dan lesen perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing terutama untuk DUN Johor Lama.

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 5

YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN 18 (A6)

Adakah pengusaha kilang harus membayar Wang Amanah kepada Koridor Utiliti Johor (KUJ) bagi tujuan mendapatkan sambungan bekalan eletrik untuk sesebuah kilang yang baru mula beroperasi? Adakah perkara ini termaktub dalam undang- undang Johor / ?

YB DATO’ ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN () SOALAN 19 (A190)

Apakah bentuk bantuan-bantuan lain yang diberi kepada pesakit dan keluarga COVID-19?

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN 20 (A39)

Apakah tindakan kerajaan negeri untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan yang terjejas teruk oleh Covid 19?

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 21 (A80)

Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan sektor pelancongan di Negeri Johor dan apakah bantuan kepada sektor pelancongan yang disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan sejak bulan Mac.

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 22 (A128)

Minta jelaskan kaedah promosi serta perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha mempromosikan semula Tahun Melawat Johor walaupun masih dalam cabaran pandemik Covid-19.

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN 23 (A27)

Apakah langkah-langkah menangani masalah pengangguran di Negeri Johor?

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN () SOALAN 24 (A32)

Apakah usaha yang dilakukan dan telah dilaksanakan oleh kerajaan Johor dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang dibuang kerana Covid19?

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN 25 (A42)

Apakah pelan pemulihan yang disediakan oleh kerajaan negeri di dalam usaha membantu golongan yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh PKP?

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 26 (A81)

Bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu meringankan beban rakyat Johor terutama penganggur untuk mencari pekerjaan pasca COVID-19?

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 6

YB TUAN HAJI SHEIKH 'UMAR BAGHARIB BIN ALI () SOALAN 27 (A86)

Mohon nyatakan kadar pengangguran dan statistik anak muda yang hilang pekerjaan di negeri Johor sebelum dan selepas wabak Covid-19 melanda negara.

YB TUAN YEO TUNG SIONG () SOALAN 28 (A142)

Berapakah kadar pengangguran negeri Johor pada tahun 2018, 2019 dan setakat Ogos 2020? Apakah inisiatif kerajaan untuk mengatasi kadar pengangguran di negeri Johor akibat perebakan Covid-19?

YB DATO' HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN () SOALAN 29 (A146)

Baru-baru ini, YAB Menteri Besar ada menyatakan tentang angka pengangguran seramai 173,000 orang di negeri Johor disebabkan pemberhentian di sektor awam. Sila nyatakan apakah langkah jangka panjang/pendek untuk menangani masalah ini.

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN 30 (A159)

Apakah usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19?

YB TUAN () SOALAN 31 (A185)

Apakah rancangan, insiatif dan bantuan daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menghadapi masalah pengangguran disebabkan oleh penutupan sempadan antara Malaysia dan Singapura serta ekonomi Singapura merosot susulan pandemik Covid-19?

YB DATO’ ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN 32 (A195)

Sejumlah 173,000 orang bakal kehilangan pekerjaan. Ini disebabkan oleh kebergantungan kepada ekonomi Singapura dan keadaan ekonomi Johor yang perlahan. Apakah langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha menyediakan peluang pekerjaan untuk anak Johor terutamanya yang bekerja di Singapura?

YB PUAN HAJAH NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 33 (A196)

Nyatakan dengan terperinci kadar pengangguran terkini seluruh negeri Johor khususnya sepanjang tempoh PKP dan pasca PKP serta tindakan kerajaan menempatkan semula mereka dalam sektor pekerjaan, serta sama ada peruntukan sedia ada untuk membantu golongan terjejas akibat COVID-19 mencukupi?

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 34 (A47)

Apakah status terkini projek naik taraf Empangan Bekok dan bilakah tarikh siap projek?

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 7

YB TUAN MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR (SEMERAH) SOALAN 35 (A120)

Nyatakan usaha kerajaan negeri dalam memulihara bangunan warisan dan bangunan lama yang banyak terdapat di Negeri Johor serta berapakah peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan negeri melalui YWJ dan Pihak Berkuasa Tempatan.

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN 36 (A29)

Mengapakah kutipan RM2100 untuk pekerja Singapura pemeriksaan Covid-19 sedangkan pendatang asing tanpa izin dapat tempat, makanan dan minuman berbulan-bulan dalam kem tahanan?

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN 37 (A126)

Kerajaan telah melaksanakan perintah kuarantin bagi individu yang pulang dari luar negara dan kos kuarantin tersebut ditanggung sendiri. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membantu menanggung kos kuarantin tersebut kerana terdapat dari kalangan mereka ke luar negara adalah kerana bekerja.

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN 38 (A88)

Adakah Skim Takaful Warga Emas masih diteruskan atau tidak? Jika masih diteruskan, berapakah peruntukan untuk tahun 2020?

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN 39 (A37)

Covid 19 telah menjejaskan pendapatan ramai peniaga dan penjaja kecil, apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh PBT bagi mempermudahkan golongan ini untuk kembali berniaga dan apakah insentif tambahan akan diberikan kepada mereka?

YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH (BEKOK) SOALAN 40 (A3)

Memohon untuk menaiktarafkan Pusat pemeriksaan PUSPAKOM yang terdapat di Segamat dan Batu Pahat untuk menjalankan pemeriksaan bagi semua jenis kenderaan dan bukan hanya untuk kenderaan ringan sahaja demi menjimatkan masa dan kos rakyat.

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN 41 (A50)

Mohon penjelasan dari pihak JKM, bilakah syarat permohonan bantuan iaitu pendapatan per kapita akan diubah selaras dengan pengumuman Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional yang telah menjadi RM2,208 sementara Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Johor menjadi RM2,508.

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 8

YB DATO’ SHARIFAH AZIZAH BINTI DATO’ SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN 42 (A104)

Senaraikan insentif-insentif di bawah sektor pelancongan yang ada dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor.

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN 43 (A132)

Senaraikan insentif-insentif di bawah sektor pelancongan yang ada dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor.

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN 44 (A54)

Mohon tapak rumah untuk generasi muda di kampung tradisional dan di bawah KEJORA dalam DUN Johor Lama khasnya. Adakah KEJORA ada cadangan untuk wujudkan kawasan perumahan untuk menempatkan generasi kedua dan ketiga ini?

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI TALIB () SOALAN 45 (A177)

Adakah kerajaan menyediakan sejumlah peruntukan untuk membantu mengembangkan serta memelihara warisan zapin Pulau Mersing atau seni buah pukul Mersing?

YB DATO' HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN (KEMPAS) SOALAN 46 (A145)

Sila jelaskan status perbincangan pembinaan Hospital Baru Kempas.

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 47 (A131)

Terdapat bangunan sekolah agama yang kelihatan uzur dan sudah lama tidak diselenggara. Mohon penjelasan Kerajaan Negeri terhadap penyelesaian isu penyelenggaraan bangunan dan landskap di kawasan Sekolah Agama Kerajaan Johor.

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN 48 (A187)

Nyatakan lokasi hotspot sampah haram secara terperinci dalam kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah ini.

YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD () SOALAN 49 (A84)

Apakah tindakan tegas kerajaan dalam membendung wujudnya tempat-tempat pembuangan sampah haram yang boleh menimbulkan masalah pencemaran, kesihatan dan juga keselamatan kepada rakyat khususnya di daerah Johor Bahru.

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 9

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 50 (A75)

Bilakah kerajaan bercadang untuk memulakan pembinaan pelabuhan barter-trade di , Batu Pahat.

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 51 (A82)

Adakah Kerajaan Negeri menyediakan geran atau apa-apa bantuan khusus untuk petani baru yang ingin mengusahakan dalam bidang pertanian?

YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR () SOALAN 52 (A57)

Apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat di luar bandar mendapat perkhidmatan WIFI dengan lebih baik?

YB TUAN TEE BOON TSONG () SOALAN 53 (A66)

Apakah tindakan kepada pemandu lori yang meletakkan lori mereka di kawasan perumahan?

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN 54 (A112)

Kejadian kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga meragut nyawa insan- insan yang tidak berdosa masih terus berlaku, apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri hari ini kepada isu ini?

YB TUAN HAJI ABD TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 55 (A60)

Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam jangka panjang bagi menarik minat pelancong berkunjung ke Negeri Johor?

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 56 (A21)

Senaraikan jumlah kilang haram yang sedia ada di setiap Daerah. Adakah kerajaan ada perancangan ataupun telah menjalankan proses undang-undang pemutihan bagi menghalalkan kilang-kilang haram ?

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 57 (A163)

Bilakah penggabungan kaunter Imigresen, Road Charge dan Tol Plus di laluan kereta inbound CIQ BSI akan dilaksanakan?

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 58 (A130)

Minta jelaskan usaha atau pendekatan Kerajaan Negeri untuk menjayakan Inisiatif Bank Makanan Johor menerusi agenda 7 Ikhtiar Makmur Johor.

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 10

YB DATO’ ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN 59 (A192)

Apakah inisiatif-inisiatif terkini di bawah Ikhtiar Makmur Johor "Food Security" yang telah dijalankan ?

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN 60 (A53)

Mohon pihak berwajib nyatakan sama ada papan tanda 'Kampung Wifi' yang banyak dipasang di kawasan kampung-kampung tradisi dan FELDA masih boleh berfungsi atau tidak? Adakah perancangan untuk menaik taraf capaian internet di kawasan luar bandar agar menjadi lebih baik?

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (PARIT YAANI) SOALAN 61 (A31)

Adakah perancangan Pelan Strategik Agama Islam untuk 2020-2030 telah dibuat dan setakat mana pelaksanaannya?

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (PARIT YAANI) SOALAN 62 (A36)

Berapa banyak rumah baru untuk asnaf yang telah dibina MAIJ pada tahun 2019 dan pecahan setiap daerah?

YB DATO’ ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN 63 (A191)

Apakah bentuk-bentuk bantuan one-off yang telah diberikan kepada pesakit COVID- 19?

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN 64 (A115)

Apakah tindakan segera pihak kerajaan negeri hari ini bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda beberapa kawasan seperti Tg Agas, Kesang, di daerah Tangkak dan beberapa kawasan di daerah Muar khususnya Hospital Muar?

YB DATO' HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN (KEMPAS) SOALAN 65 (A148)

Berapakah jumlah rumah mampu milik dan rumah PPR yang telah dapat dibina di dalam pecahan mengikut daerah dalam negeri Johor pada tahun 2019-2020?

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN 66 (A183)

Berapakah jumlah kutipan cukai taksiran dari kategori tanah pertanian yang dikutip dan dibelanjakan dengan menyatakan jenis perkhidmatan yang disediakan oleh PBT bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan anggaran kutipan 2020.

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 11

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 67 (A45)

Senaraikan mengikut Dun di seluruh Negeri Johor pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang telah diluluskan namun pembinaan masih belum dilakukan.

YB TUAN MD. YSAHRUDDIN BIN KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN 68 (A155)

Difahamkan balai bomba di kawasan bakal dibina, apakah status terkini dalam pembinaan ini?

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 69 (A46)

Apakah jalan penyelesaian berkenaan masalah banjir kilat yang sering berlaku di Taman Desa, Taman Kota dan Taman Damai Jaya dan nyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

YB DATO' HAJI OSMAN BIN HAJI SAPIAN (KEMPAS) SOALAN 70 (A144)

Sila jelaskan status kemajuan pelupusan sampah di Bukit Payung Batu Pahat.

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 71 (A48)

Adakah terdapat pusat judi haram dan rumah urut di Yong Peng, jika sekiranya ada apakah tindakan yang akan diambil?

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 72 (A73)

Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mengalihkan tiang-tiang telefon dan letrik yang merbahaya akibat dari pembesaran jalan kampung.

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 73 (A76)

Bilakah kerajaan membina semula jambatan sempit pekan Senggarang dan jambatan Parit Hylam di Jalan Pontian FT005 yang merbahaya dan telah menyebabkan banyak kemalangan maut.

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 74 (A78)

Sila nyatakan kedudukan terkini bagi projek menaik taraf Jalan Tangkak ke Segamat untuk bahagian Kampung Kebun Bahru ke Bandar Tangkak.

YB TUAN CHEW CHONG SIN () SOALAN 75 (A92)

Projek pelebaran jambatan, jalan dan Persimpangan Srinivasan, Kluang yang di jadual menutup jalan selama 12 hari (3-15 Ogos) telah menjadi hampir setengah tahun, apakah sebab?

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 12

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN 76 (A93)

Berapakah jumlah dan pecahan kos untuk projek pelebaran jambatan, jalan dan Persimpangan Srinivasan, Kluang termasuk pembayaran kepada C&S Engineer ST Foo.

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN 77 (A40)

Apakah insentif atau galakan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada peniaga perkhidmatan untuk memastikan penambahbaikan SOP pencegahan COVID-19?

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 78 (A43)

Senaraikan semua projek Majlis Daerah Yong Peng yang telah siap, sedang dijalankan dan yang bakal dilaksanakan bermula Januari 2018 sehingga Disember 2020.

YB TUAN MD. YSAHRUDDIN BIN KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN 79 (A152)

Adakah kaedah skim pemotongan rumput yang merupakan tradisi JPS (Jabatan Pengairan & Saliran) melalui JKKK dahulu diteruskan?

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NANAS) SOALAN 80 (A141)

Kemalangan jalan raya sering berlaku di Jalan Sawah berhampiran Kampung Sri Gunung Pulai akibat lembu berkeliaran. Sejak akhir-akhir ini melibatkan kes kemalangan maut sebelum Hari Raya Aidilfitri. Apakah tindakan kerajaan untuk mencegah keadaan ini daripada berlaku?

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 81 (A10)

Adakah Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) yang dilantik akan diberikan peruntukan JPKD bagi setiap kawasan DUN Pembangkang?

YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE () SOALAN 82 (A13)

Sila nyatakan sama ada ADUN kerajaan PN ada menerima peruntukan tambahan daripada pihak kerajaan negeri atau persekutuan berbanding dengan ADUN kerajaan PH? Jika ya, berapa tambahan?

YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE (BUKIT BATU) SOALAN 83 (A15)

Apakah punca isu 'air berbau pandan' yang terjadi pada akhir bulan Julai dan sehingga hari ini adakah kerajaan telah berjaya mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawap ke atas insiden ini?

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 13

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN 84 (A182)

Apakah penemuan dan keputusan analisis sampel-sampel air terawat berbau pandan di sekitar daerah Johor Bahru dan Kulai yang dipercayai dibekalkan oleh rangkaian Loji Rawatan Air Semanggar?

YB TUAN TAN HONG PIN (SKUDAI) SOALAN 85 (A184)

Apakah punca pencemaran dan tindakan yang telah diambil ke atas insiden air terawat berbau pandan di sekitar dearah Johor Bahru dan Kulai dalam tempoh 20 hingga 30 Julai yang dipercayai dibekalkan oleh rangkaian LRA Semanggar?

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 86 (A23)

Adakah pihak Ranhill-SAJ ( seperti TNB ) bersedia memberi rebat kepada pengguna-pengguna domestik, peniaga-peniaga kedai rumah dan pengusaha- pengusaha industri untuk membantu mereka meringankan kos kehidupan dan perniagaan akibat wabak covid-19 yang amat menjejaskan pendapatan golongan ini.

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN 87 (A124)

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac, telah menjejaskan sumber pencarian rakyat. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dan sehingga kini, berapa banyak kes pemotongan bekalan air akibat tunggakan bayaran bil, yang telah diambil tindakan oleh pihak Ranhill SAJ?

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN 88 (A127)

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah menjejaskan ekonomi dan sumber pendapatan rakyat. Adakah Ranhill SAJ mempunyai rancangan untuk membantu rakyat, mengurangi beban sara hidup, seperti memberi diskaun bil penggunaan air?

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN 89 (A30)

Berapakah peruntukan untuk sekolah-sekolah Tamil dan kuil-kuil di Negeri Johor?

YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (PARIT YAANI) SOALAN 90 (A34)

Apakah jaminan kerajaan Johor bagi memastikan tiada kes COVID 19 apabila pintu sempadan dibuka untuk pekerja boleh ulang alik Malaysia - Singapura?

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN 91 (A49)

Mohon KPRJ mengambil peranan untuk pembangunan rumah Generasi Kedua FELDA, membina rumah dan penyediaan infrastruktur seperti jalan, air, elektrik dan parit longkang. Adakah pihak KPRJ boleh membantu pihak Generasi Kedua FELDA?

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 14

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN 92 (A63)

Isu YB Layang-Layang menggunakan perkataan munafik di dalam Dewan tempoh hari, apakah tindakan telah diambil?

YB TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 93 (A74)

Berapakah keluasan hutan simpan kekal dan hutan simpan pembangunan sejak 20 tahun lalu. Berapakah keluasan hutan yang dilesenkan untuk pengeluaran balak dan jumlah cukai yang dipungut oleh kerajaan. Terangkan sebab-sebab kerajaan mengeluarkan sesuatu kawasan daripada status hutan simpan.

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD NOR (KEMELAH) SOALAN 94 (A100)

Adakah kerajaan negeri berhasrat memberi rebat kepada pembayar cukai khususnya kepada pemain industri negeri Johor yang dikenakan cukai tanah yang agak tinggi?

YB CIK LIOW CAI TUNG (JOHOR JAYA) SOALAN 95 (A170)

Nyatakan statistik jenayah mengikut kategori jenayah dan daerah bagi negeri Johor dari tahun 2017 hingga tahun 2020.

YB CIK LIOW CAI TUNG (JOHOR JAYA) SOALAN 96 (A171)

Jelaskan status perkembangan peruntukan masyarakat Cina tahun 2020 khususnya peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah Persendirian Cina di Negeri Johor.

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI TALIB (ENDAU) SOALAN 97 (A175)

Sejauh manakah tindakan bagi cadangan membina empangan air Sungai Mersing?

YB PUAN HAJAH ALWIYAH BINTI TALIB (ENDAU) SOALAN 98 (A176)

Adakah kerajaan bersedia menyalurkan peruntukan kecemasan kepada setiap Ahli DUN dalam persediaan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi?

YB PUAN HAJAH NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 99 (A180)

Adakah kerajaan sekarang akan menyalurkan peruntukan perbekalan dan projek kecil Jawatankuasa Penyelarasan DUN tahun 2020 berjumlah RM350,000 yang sepatutnya telah diluluskan dan dimasukkan di dalam akaun Pejabat Daerah pada bulan Februari 2020 terus kepada ADUN setiap kawasan tanpa mengira parti?

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 15

4. RUNDINGAN MENGENAI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI IHSAN JOHOR 2020.

------( UCAPAN OLEH YAB MENTERI BESAR ) ------

5. PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN MENGENAI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI IHSAN JOHOR 2020

------( PERBAHASAN ) ------

Persidangan ditangguhkan sehingga hari Ahad, 13 September 2020, jam 9:30 pagi.

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 10 September 2020 (ina) 16