Penyata Rasmi Mesyuarat Pertama
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
PENYATA RASMI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 HARI KEDUA AHAD, 30 JUN 2019 BIL. 5 TAHUN 14 HADIR YB Speaker, Tuan Suhaizan bin Kaiat YB Timbalan Speaker, Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) YAB Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor Dato‟ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal, DMIJ (Bukit Kepong) YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan (Parit Yaani) YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad (Kota Iskandar) YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Cik Liow Cai Tung (Johor Jaya) YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu) YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Tuan Mohd Khuzzan bin Abu Bakar (Semerah) YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Tuan Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Bekok) YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Tuan Haji Sheikh „Umar Bagharib bin Ali (Paloh) MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 1 YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar YB Tuan Tosrin bin Jarvanthi (Bukit Permai) YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Tuan Tan Chen Choon (Jementah) YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Tuan Haji Mohd Solihan bin Badri (Tenang) YB Dato‟ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) YB Tuan Tan Hong Pin (Skudai) YB Tuan Haji Mazlan bin Bujang (Puteri Wangsa) YB Puan Gan Peck Cheng (Penggaram) YB Puan Chew Peck Choo (Yong Peng) YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang) YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) YB Tuan Yeo Tung Siong (Pekan Nanas) YB Tuan Cheo Yee How (Perling) YB Tuan Ir. Dr. Faizul Amri bin Adnan (Serom) YB Tuan Ng Yak Howe (Bentayan) YB Tuan Md. Ysahrudin bin Kusni (Bukit Naning) YB Tuan Mohd. Izhar bin Ahmad (Larkin) YB Tuan Dr. Sulaiman bin Mohd. Nor (Kemelah) MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 2 YB Tuan Dr. Chong Fat Full (Pemanis) YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota) YB Tuan Chew Chong Sin (Mengkibol) YB Tuan Tee Boon Tsong (Senai) YB Dato‟ Che Zakaria bin Mohd. Salleh (Permas) YB Puan Nor Hayati binti Bachok (Maharani) YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Cheman (Pulai Sebatang) YB Tuan Ir. Khairuddin bin A. Rahim (Senggarang) YB Tuan Gopalakrishnan a/l Subramaniam (Tiram) YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain (Sedili) YB Puan Hajah Alwiyah binti Talib, PIS. (Endau) YB Datuk Ir. Haji Hasni bin Mohammad (Benut) YB Datuk Haji Samsolbari bin Jamali (Semarang) YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) YB Dato‟ Zulkurnain bin Haji Kamisan (Sri Medan) YB Tuan Haji Abd Taib bin Abu Bakar (Machap) YB Dato' Ir. Syed Sis bin Syed A Rahman (Tanjung Surat) YB Puan Zaiton binti Haji Ismail (Sungai Balang) YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy (Tenggaroh) MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 3 YB Datuk Md Othman bin Yusof (Kukup) YB Senator Dato‟ Zahari bin Sarip (Buloh Kasap) YB Dato‟ Sharifah Azizah binti Dato‟ Syed Zain (Penawar) YB Puan Nor Rashidah binti Ramli (Parit Raja) YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Layang-Layang) YB Tuan Hahasrin bin Hashim (Panti) YB Puan Rashidah binti Ismail (Pasir Raja) YB Kapt (B) Haji Najib bin Lep (Bukit Pasir) TURUT HADIR (MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR) YB Setiausaha Kerajaan Johor. Dato‟ Haji Azmi bin Rohani, SPMJ., DMIJ., PIS YB Penasihat Undang-Undang Negeri Johor. Dato‟ Ishak bin Sahari, DPTJ., SIJ., AMP., PSI. YB Pegawai Kewangan Negeri Johor. Dato‟ Haji A. Rahim bin Haji Nin, DMIJ., SMJ., SIJ., PIS., PSI. TIDAK HADIR (DENGAN MAAF) YB Tan Sri Dato‟ Muhyiddin bin Mohd Yassin (Gambir) YB Datuk Haji Salahuddin bin Ayub (Simpang Jeram) YB Tuan Haji Rosleli bin Jahari (Johor Lama) YB Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 4 Persidangan bermula pada jam 9.30 pagi. DOA. (Penolong Jurutulis membaca doa). Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT SPEAKER. YB Speaker : Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah. (Bacaan selawat). Ahli-Ahli Yang Berhormat, alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinNya sempurnalah sudah Majlis Pembukaan Rasmi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Keempat Belas oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta‟zim pada hari Khamis, 27 Jun 2019. Dengan ini, Ahli-Ahli Dewan Negeri merafak sembah ucapan setinggi-tinggi kasih atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke Dewan yang mulai ini bagi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Keempat Belas. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan Selamat kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-35 pada 30 Jun 2019. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato‟ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato‟ pada 22 April 2019. Saya juga mengambil kesempatan di sini dalam tempoh masa bulan Syawal ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Jurutulis : PEMBENTANGAN KERTAS MESYUARAT. YAB Menteri Besar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 21 hingga 24 Tahun 2019. Kertas Mesyuarat Bilangan 21 Tahun 2019 - Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pertama Tahun 2019. Kertas Mesyuarat Bilangan 22 Tahun 2019 - Peranggaran Tambahan Pembangunan Pertama Tahun 2019. Kertas Mesyuarat Bilangan 23 Tahun 2019 - Laporan Tahunan Johor Corporation bagi Tahun 2018. Kertas Mesyuarat Kertas Mesyuarat Bilangan 24 Tahun 2019 - Resolusi Untuk Menubuhkan Akaun Amanah di Bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) Bagi Tujuan Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Johor. MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 5 YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 25 dan 26 Tahun 2019. Kertas Mesyuarat Bilangan 25 Tahun 2019 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Mersing Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017. Kertas Mesyuarat Bilangan 26 Tahun 2019 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Labis Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017. YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar : Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bilangan 27 Tahun 2019. Kertas Mesyuarat ilangan 27 Tahun 2019 - Penyata Kewangan Perbadanan Islam Johor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017. Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN. YB Speaker : Yang Berhormat Mahkota, jemput. YB Tuan Muhamad Said bin Jonit (Mahkota) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 1. Adakah terdapat perancangan untuk menukar status Hakmilik Tanah Sementara kepada Hakmilik Kekal di kawasan penempatan milik bumiputera untuk meningkatkan nilai hartanah dan meningkatkan penggunaannya? YB Speaker : Yang Berhormat Tangkak, jemput.. YB Tuan Ee Chin Li (Tangkak) : Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 2. Apakah polisi Kerajaan Johor dalam pemberimilikan tanah kerajaan kepada rakyat dan adakah pemberimilikan sementara tanah kerajaan yang diusahakan akan dibenarkan pemberimilikan kekal? YB Speaker : Jemput Yang Amat Berhormat. YAB Menteri Besar : Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan YB Mahkota dan seterusnya soalan YB Tangkak secara bersekali mengenai status pendaftaran hakmilik muktamad dan juga usaha Kerajaan Negeri mengurniakan hakmilik kekal ke atas pemilikan tanah sementara. Peruntukan Seksyen 189 Kanun Tanah Negara menyatakan mana-mana tanah yang dipegang di bawah hakmilik sementara yang telah diukur dengan sempurna, selaras dengan peruntukan Seksyen 396 KTN hakmilik muktamad bolehlah dikeluarkan sebagai sambungan kepada hakmilik sementara. Secara prosedurnya, Pentadbiran Tanah Johor melaksanakan penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik muktamad sejurus menerima pelan akui dalam bentuk Borang B1 Jadual Ke-14 KTN daripada Pengarah Ukur Negeri, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di mana hakmilik muktamad akan didaftarkan menggantikan hakmilik sementara dan hakmilik sementara tersebut tidak lagi berkuat kuasa. MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-14 6 Seterusnya saya ingin menjelaskan bahawa pada dasarnya pemberimilikan ke atas sesuatu tanah Kerajaan hendaklah tidak melebihi dari tempoh 99 tahun sebagaimana peruntukan Seksyen 76(a) Kanun Tanah Negara 1965. Secara perundangannya, pemberimilikan sesuatu tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi memohon pemberimilikan secara pegangan kekal adalah sepertimana Seksyen 76(aa)(iii) boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri apabila Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati akan wujudnya keadaan-keadaan