152 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 4, Issue 6, (page 152 - 160), 2019 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) Volume 4, Issue 6, October 2019 e-ISSN : 2504-8562 Journal home page: www.msocialsciences.com Rumah Kedai Bersejarah di Pantai Barat Sabah: Isu Pemeliharaan, Perlindungan dan Alternatif Cadangan Elsapaula Anak Rijem1 1Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Correspondence: Elsapaula Anak Rijem (
[email protected]) Abstrak ______________________________________________________________________________________________________ Rumah kedai bersejarah di Pantai Barat Sabah telah dibina ketika pentadbiran British North Borneo Company (Chatered) seawal akhir abad ke-19. Disebabkan usia bangunan ini ada yang melebihi 100 tahun menyebabkan timbul banyak isu dan ancaman seperti kemusnahan kerana bencana alam. Manakala pengubahsuaian yang tidak sensitif dan perobohan bangunan bersejarah ini bagi memberi laluan kepada pembangunan terkini merupakan ancaman manusia yang utama. Justeru, kajian ini akan membincangkan usaha dalam pemeliharaan dan perlindungan tinggalan bersejarah ini. Perbincangan turut memberi latar belakang sejarah pembinaan rumah kedai dengan menonjolkan keunikan seni binanya. Kajian ini akan menggunakan pendekatan sejarah dalam pengumpulan data dan analisis kritikal pengurusan warisan. Makalah ini diharap dapat menjelaskan bentuk isu dan pendekatan alternatif dalam memelihara dan melindungi bangunan rumah kedai bersejarah yang masih