MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 17 DISEMBER 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 14

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1433-L05626

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tindakan terhadap kontraktor utama berhubung dengan insiden sekeping parapet jatuh ke atas sebuah kereta yg lalu di bawah projek pembinaan Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) pada 19 September 2020.

2. PN-1433-L05417

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam menyokong Badan Bukan Kerajaan atau pusat yang menyediakan perkhidmatan sokongan dan intervensi awal kepada kanak-kanak OKU berikutan terkesan akibat pandemik COVID-19 dan kekurangan dana sumbangan masyarakat.

3. PN-1433-L05442

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh mana peningkatan peratusan pekerja tempatan yang bekerja dalam sektor pembinaan, pertanian dan perladangan sepanjang tempoh pembekuan pengambilan pekerja asing dilaksanakan pihak Kerajaan.

4. PN-1433-L05269

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Banduan Yang DiParol (ODP) dan ODS (Orang Diselia) sehingga November 2020 serta berapa lokasi Jabatan Penjara Malaysia menjadikan bekas Kem PLKN sebagai Asrama bagi ODP dan ODS di seluruh negara serta implikasi sosial kepada masyarakat setempat.

2 AUM DN 17/12/2020

5. PN-1433-L05244

Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah bilangan mahasiswa/mahasiswi mengikut pecahan negeri- negeri di seluruh Malaysia yang belajar di IPTA.

6. PN-1433-L05314

Tuan Adrian Lasimbang minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah teknologi terkini yang digunakan untuk memastikan capaian rangkaian liputan 4G dan kelajuan internet mudah alih dapat dinikmati di kawasan terpencil dan titik buta di Sabah.

7. PN-1433-L05630

Dato' Wira Othman bin Aziz minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perkembangan dan prospek penswastaan liga dan pasukan bola sepak tempatan yang sedang berjalan serta sejauh manakah penglibatan pihak swasta dalam program ini.

8. PN-1433-L05427

Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan perkembangan terkini rancangan pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) khususnya di negeri Kedah dan apakah langkah yang diambil terhadap projek perumahan bina baru serta baik pulih yang tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

9. PN-1433-L05582

Datuk Paul Igai minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk meningkatkan pengeluaran beras negara supaya tidak lagi perlu mengimport 30 peratus keperluannya dan apakah hasil penyelidikan dan pembangunan padi huma atau padi bukit dalam penambahan hasil lebih produktif lagi.

10. PN-1433-L05492

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan manfaat besar kepada sosio- ekonomi negara pada masa akan datang dengan penyertaan terhadap Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

AUM DN 17/12/2020 3

11. PN-1433-L05358

Tuan Sie Kiong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah proaktif yang diambil oleh pihak Kementerian bagi menangani masalah eksploitasi kanak- kanak, wanita dan warga emas sebagai peminta sedekah dan pengemis di jalanan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber kewangan daripada orang awam.

12. PN-1433-L05159

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan mengenai etika dan moral yang teguh adalah penting dalam membina masyarakat yang progresif dan bersatu padu. Apakah ciri-ciri yang akan diterapkan oleh Kerajaan dalam memastikan nilai-nilai tersebut dapat diterapkan dalam masyarakat.

13. PN-1433-L05387

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha pihak Kementerian dalam memastikan tiada lagi kes salah laku yang melibatkan pegawai yang menjaga pintu keluar masuk negara ekoran Ops Selat baru-baru ini telah menangkap beberapa pegawai dalaman yang terlibat.

14. PN-1433-L05124

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah terdapat rancangan dalam membuka semula kedutaan- kedutaan Malaysia di negara-negara Timur Tengah yang telah ditutup sebelum ini atas sebab-sebab tertentu.

15. PN-1433-L05194

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan kesan pandemik COVID-19 terhadap import bahan makanan dari luar negara. Adakah bekalan bahan makanan mencukupi untuk kegunaan tempatan.

16. PN-1433-L05477

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pencapaian i-Suri dan apakah langkah yang telah diambil bagi membolehkan pelaksanaan fasa seterusnya.

4 AUM DN 17/12/2020

17. PN-1433-L05535

Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan usaha dan tindakan yang diambil oleh Kementerian dalam menghadapi cabaran geografi bagi memastikan akses telekomunikasi dan jalur lebar dapat dinikmati oleh rakyat di kawasan yang sukar dicapai terutamanya kawasan pedalaman.

18. PN-1433-L05462

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk menaikkan angka gaji minimum RM1,200 ke satu angka yang bersesuaian oleh sebab pendapatan individu yang kian meruncing.

19. PN-1433-L05595

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan jumlah dana pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India di bawah kawal selia Malaysian Indian Transformation Unit - MITRA yang telah digunakan dan jumlah yang diunjurkan untuk dipulangkan sehingga kini mengikut tahun.

20. PN-1433-L05331

Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan bagi meningkatkan hasil beras dalam negara, apakah usaha Kerajaan untuk menaikkan hasil padi di kawasan jelapang padi di Kota Belud, Sabah. Berapakah purata penghasilan padi per hektar setakat ini bagi kawasan jelapang padi di Kota Belud, Sabah.

21. PN-1433-L05144

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pihak Kementerian mempunyai cadangan atau peruntukan dalam Bajet 2021 untuk memberikan program-program kaunseling di tempat kerja khususnya untuk mereka yang menghadapi stress dan tekanan mental dan mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

22. PN-1433-L05392

Puan Lim Hui Ying minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah serta kos yang telah diambil oleh Kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19 yang kebarangkalian berterusan hingga tahun akan datang serta daripada segi kewangan dan kebajikan rakyat.

AUM DN 17/12/2020 5

23. PN-1433-L05179

Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang telah dibina di Kuching, Bintulu dan Miri dan berapa peratus rumah tersebut telah diagihkan kepada setinggan yang duduk di bandar-bandar tersebut.

24. PN-1433-L05294

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah perancangan dan pembangunan yang telah dibuat untuk pertanian bandar bagi mengatasi keselamatan makanan di Malaysia.

25. PN-1433-L05086

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian dalam urusan kerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR Malaysia) untuk membantu mengenal-pasti pelarian yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa imigresen, terutamanya dari bulan Februari hingga kini.

26. PN-1433-L05567

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah yang dilakukan oleh pihak Kementerian dalam memastikan rakyat Malaysia tidak terjebak dalam jenayah penipuan siber yang menggunakan aplikasi yang tidak sahih dan juga melalui panggilan telefon dengan pelbagai modus operandi bagi memperdayakan mangsa dalam mendapatkan data peribadi dan wang mereka.

27. PN-1433-L05274

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi setiap negeri dikira dan amaun serta peratusan peruntukan MARRIS bagi Sarawak berbanding dengan jumlah keseluruhan peruntukan MARRIS bagi seluruh negara dalam tempoh 2015 hingga 2019.

28. PN-1433-L05377

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan penglibatan golongan muda dalam Akademi Pilihan Raya (APR) yang memberi penumpuan terhadap aspek pendidikan pengundi sejak ia ditubuhkan pada 2017.

6 AUM DN 17/12/2020

29. PN-1433-L05504

Datuk John Ambrose minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah Kementerian menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil langkah proaktif bagi mempermudah urusan permohonan lesen perniagaan kepada para peniaga tempatan terutamanya golongan belia yang menjalankan 'carboot sale', gerai- gerai, 'food truck' dan lain-lain.

30. PN-1433-L05204

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah bantuan sarapan makanan percuma akan diteruskan di Sekolah Kebangsaan Pos Iskandar, Bera Pahang.

31. PN-1433-L05219

Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana keupayaan dan prospek KWSP memberikan pulangan dan dividen pelaburan pada masa akan datang apabila diluluskan Skim Pengeluaran dalam Akaun 2 (i-Lestari) dan Akaun 1 (i-Sinar) serta berapakah unjuran baki simpanan aset tunai dan portfolio yang masih tinggal.

32. PN-1433-L05047

Datuk Donald Peter Mojuntin minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rancangan Kerajaan terkini untuk menyelesaikan masalah kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin secara tuntas di negeri Sabah.

33. PN-1433-L05129

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan supaya Kementerian menyediakan penempatan atau perkampungan veteran seperti Felda, membina rumah mampu milik kepada veteran dan meluluskan permohonan kos pembinaan rumah di tanah sendiri.

34. PN-1433-L05264

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kapasiti kemudahan rawatan ICU di seluruh negara dan bilangan Pegawai Perubatan Pakar mengikut bidang kepakaran di setiap negeri dan sejauh mana Kerajaan meningkatkan kemudahan rawatan ICU dan bilangan pakar di Hospital Melaka.

AUM DN 17/12/2020 7

35. PN-1433-L05542

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah individu yang telah ditamatkan daripada senarai penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tahun 2019 dan 2020, dan apakah faktor yang menyebabkan nama mereka ditamatkan khususnya di WP Labuan.

36. PN-1433-L05569

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah masyarakat India terpinggir yang akan diberikan perhatian khusus dalam RMK 12 seperti mana dicadangkan oleh satu Jawatankuasa khas yang dibentuk dalam Kerajaan terdahulu dan sejauh manakah saranan jawatankuasa tersebut akan diterima oleh Kerajaan.

37. PN-1433-L05056

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan perbelanjaan yang dilaksanakan bagi peruntukan sejumlah RM57 juta bagi program penjagaan kesihatan Komuniti Orang Asli pada Bajet tahun 2020.

38. PN-1433-L05616

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sememangnya kadar keciciran pelajar dari sekolah semakin meningkat dan diikuti dengan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti jenayah. Apakah kaedah atau langkah-langkah Kerajaan untuk melibatkan mereka kembali dalam sistem pendidikan atau latihan-latihan yang menjamin kehidupan cemerlang mereka.

39. PN-1433-L05076

Tuan Kamarudin bin Abdun minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah status dan usaha-usaha memperkasakan institusi Parlimen sebagai sebuah badan bebas dalam membuat keputusan.

40. PN-1433-L05437

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah strategik bagi menangani permasalahan isu kesihatan mental dengan peningkatan kes-kes yang berlaku sepanjang tahun ini.

8 AUM DN 17/12/2020

41. PN-1433-L05154

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dalam memastikan kelancaran Pelan Pemulihan Ekonomi ASEAN bagi membentuk ke arah kepentingan kewangan, perkongsian teguh, sepadu dan ampuh dalam mengekalkan kekayaan jalinan sosial yang menjadi tunjang komuniti ASEAN.

42. PN-1433-L05412

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan usaha Kementerian dalam mengatasi masalah jurang digital dan miskin digital dalam kalangan OKU yang terpaksa mengikuti pembelajaran secara atas talian serta kekurangan capaian internet di kebanyakan kawasan luar bandar dan pedalaman.

43. PN-1433-L05038

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha penjanaan pendapatan melalui ekonomi gig yang dilihat berpotensi besar dalam suasana pendigitalan menerusi program myGIG Belia.

44. PN-1433-L05457

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan menguruskan hasil pendapatan cukai daripada perjudian dan ke manakah hasil ini diagihkan.

45. PN-1433-L05119

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk membantu Frontliners Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertugas di lapangan daripada segi kesihatan mental (Mental Health) dan kewangan sebagai tanda menghargai segala pengorbanan mereka untuk negara Malaysia.

46. PN-1433-L05467

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan langkah yang diambil Kerajaan bagi menghasilkan vaksin dengan menggunakan herba tempatan juga memastikan vaksin dari luar halal dan selamat untuk kegunaan rakyat Malaysia.

AUM DN 17/12/2020 9

47. PN-1433-L05229

Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah yang paling efektif dan holistik bagi menangani kes-kes pengangguran dalam kalangan rakyat dan sejauh mana persediaan kerajaan menangani impak jumlah pengangguran yang semakin meningkat menjelang 2021.

48. PN-1433-L05422

Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pembelajaran para pelajar terutama yang akan menghadapi peperiksaan awam tidak terjejas dan tercicir akibat PKPB di seluruh negara baru-baru ini.

49. PN-1433-L05527

Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk bekerjasama dengan Kementerian lain yang berkaitan untuk memberi kelonggaran bagi kemasukan warga asing yang ingin masuk ke Malaysia untuk tujuan pelancongan kesihatan dengan merujuk kepada graf terkini pelancongan kesihatan.

50. PN-1433-L05510

Datuk John Ambrose minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi membantu pekerja-pekerja yang telah pun secara rata-ratanya diberhentikan kerja (retrenched) seperti mana yang telah dilaporkan secara meluas dalam media massa baru-baru ini.

51. PN-1433-L05213

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang yang ditanggung Kerajaan Malaysia berhubung 1MDB.

52. PN-1433-L05279

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KESIHATAN menyatakan rasional mengapa penumpang-penumpang Bukan Warganegara yang memasuki Sarawak melalui KLIA dikehendaki membuat bayaran kuarantin di KLIA walaupun mereka tidak menjalani kuarantin di Kuala Lumpur dan sebenarnya menjalani kuarantin 14 hari apabila mereka tiba di Sarawak.

10 AUM DN 17/12/2020

53. PN-1433-L05577

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk mengetatkan undang-undang terhadap penghinaan Nabi Muhamad SAW memandang perkara ini terlalu banyak dilakukan oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Sekiranya perkara ini tidak dapat diatasi ia akan menimbulkan kesan yang tidak baik ke arah keharmonian negara.

54. PN-1433-L05104

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bahawa lebih 50k ke 100k peruncit Lembah Klang akan tutup apabila diadakan semula PKPB kerana COVID-19 berterusan dan menurut Persatuan SME ini bakal menyaksikan kerugian sehingga lebih RM400 juta belum lagi dikira peruncit di seluruh negara. Apakah langkah fiskal yang diambil Kerajaan untuk membantu golongan ini.

55. PN-1433-L05254

Tuan Zaiedi Suhaili minta PERDANA MENTERI menyatakan perincian Butiran 93500 Projek Khas bagi maksud Pembangunan 2021 bagi Jabatan Perdana Menteri dan sejauh manakah Projek Khas ini memanfaatkan rakyat pada tahun 2021.

56. PN-1433-L05174

Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kerajaan telah memfailkan tindakan undang-undang kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) ke atas tindakan Kesatuan Eropah yang tidak mengiktiraf minyak sawit sebagai bahan api bio boleh baharu dalam RED II dan apakah status terkini tindakan tersebut.

57. PN-1433-L05532

Tuan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) jumlah peserta dalam program B40 CaB yang diterajui HRDF

mengikut pecahan umur, jantina dan kelayakan pendidikan; dan

(b) apakah perancangan Kerajaan untuk meningkatkan penyertaan isi rumah B40 dalam pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

AUM DN 17/12/2020 11

58. PN-1433-L05604

Dato' Shah Bin Raja Ahmad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kajian kesan-kesan disebabkan penutupan sekolah begitu lama dan keberkesanan belajar masa di rumah (house learning) kepada murid-murid.

59. PN-1433-L05081

Tuan Kamarudin bin Abdun minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah- langkah untuk mengurangkan jumlah penjawat awam dengan konsep penswastaan dan kerjasama di antara awam dan swasta.

60. PN-1433-L05189

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu syarikat- syarikat pengangkutan termasuklah pengangkutan udara, darat dan laut yang kini sangat terjejas kesan daripada pandemik COVID-19.

61. PN-1433-L05259

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bagaimana usaha dan sasaran Kerajaan bagi melonjakkan sukan- sukan berprestasi tinggi diberikan sokongan dan latihan intensif di peringkat daerah, negeri dan antarabangsa bersesuaian dengan peruntukan kewangan pada 2021.

62. PN-1433-L05621

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah Kerajaan akan memberi lebih permit impot beras kepada individu bagi memecahkan pemonopolian pengimpot beras demi mengurangkan harga beras di pasaran.

63. PN-1433-L05289

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan perancangan Kementerian untuk memastikan kebun lada dapat bertahan dan tidak ditinggalkan oleh pekebun apabila harga lada turun.

12 AUM DN 17/12/2020

64. PN-1433-L05095

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang diambil oleh Kerajaan ke atas cadangan yang disyorkan oleh Jawantankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihanraya (ERC) melalui laporannya yang dikatakan telah diserahkan kepada YAB Perdana Menteri pada 27 Ogos 2020.

65. PN-1433-L05552

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan adakah Kerajaan akan mengiktiraf agama masyarakat Orang Asli iaitu Agama Semulajadi (religion of nature) dan menempatkan wakil agama Orang Asli dalam Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian antara penganut Agama (JKMPKA) seperti mana dicadangkan oleh Kerajaan terdahulu.

66. PN-1433-L05472

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan inisiatif baru Kerajaan untuk mengatasi hartanah siap dan tidak terjual daripada semua segmen yang telah meningkat kepada RM41.5 bilion pada akhir 2019, membabitkan kira-kira 57,000 unit yang gagal dijual oleh pemaju.

67. PN-1433-L05481

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk mengurangkan syarat-syarat pelaksanaan skim i-Sinar oleh KWSP bagi memastikan lebih ramai pihak yang terjejas mendapat manfaat daripada skim berkenaan.

68. PN-1433-L05224

Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perincian kes-kes "Macau Scam" yang menjadikan individu berpengaruh, usahawan atau artis sebagai instrumen strategik aktiviti penggubahan wang haram serta bagaimana PDRM mengekang dan membanteras kewujudan kartel tegar yang melibatkan Pegawai dan Anggota Penguatkuasa mendalangi unsur pengkhianatan bagi melindungi sindiket ini daripada serbuan PDRM dan SPRM.

69. PN-1433-L05591

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha Kerajaan untuk membiayai pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang menyertai Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa.

AUM DN 17/12/2020 13

70. PN-1433-L05199

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyediakan air bersih kepada masyarakat Orang Asli di Gua Musang, .

71. PN-1433-L05432

Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah bantuan yang diberikan oleh Kementerian kepada pekerja-pekerja e- hailing dan seumpamanya yang terjejas teruk khususnya dalam suasana pandemik COVID-19 dan PKP ini dan adakah pihak Kementerian berhasrat untuk berbincang dengan pihak syarikat untuk mengurangkan kadar potongan yang agak tinggi iaitu 20% daripada pendapatan pekerja.

72. PN-1433-L05139

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah bantuan akan diberikan kepada ramai lagi pekerja swasta terutamanya daripada sektor perindustrian yang dibuang kerja serta merta akibat COVID-19.

73. PN-1433-L05452

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian akan merendahkan lagi kadar yuran pengajian pelajar IPTA dan IPTS pada tahun ini terutama di dalam keadaan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian ini.

74. PN-1433-L05635

Dato' Wira Othman bin Aziz minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah strategi jangka panjang Kementerian dalam penggunaan teknologi, mekanisasi dan peralatan untuk mengubah landskap sektor agro makanan negara menjadi lebih produktif pada masa akan datang.

75. PN-1433-L05304

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan langkah-langkah untuk mengurangkan jurang bekalan elektrik di bandar dan luar bandar. Apakah rancangan yang sedia ada dan yang akan dilaksanakan untuk mencapai seratus peratus (100%) liputan khasnya di Sarawak dan luar bandar menjelang tahun 2025.

14 AUM DN 17/12/2020

76. PN-1433-L05498

Datuk John Ambrose minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapa ramaikah mahasiswa yang sepatutnya mendaftar di setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semasa universiti dibuka pada awal Oktober lalu. Berapa ramai daripada kalangan mereka mahasiswa baru dan berapa ramai mahasiswa lama (yang meneruskan pengajian bagi semester-semester berikutnya).

77. PN-1433-L05051

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah kadar bekalan bank darah (blood bank) dan kadar keperluan darah di Malaysia.

78. PN-1433-L05482

Dato' Haji Husain Bin Awang minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini siasatan terhadap kes Macau Scam.

79. PN-1433-L05382

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan pihak Kementerian terhadap 869 kilang yang beroperasi secara haram berdekatan dengan sumber air di Selangor dan menyebabkan sering kali berlakunya masalah air di negeri ini.

80. PN-1433-L05309

Tuan Adrian Lasimbang minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah rancangan untuk membangun tanah Kementerian Kesihatan di daerah Penampang, Sabah di mana terdapat perkampungan Kampung Baru Luyang, dan apakah maklum balas serta tindakan pihak Kementerian kepada cadangan untuk mengetepikan lima ekar tanah tersebut bagi membangun kan perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) sebagai penempatan penduduk kampung yang sudah berada di kawasan tersebut lebih 30 tahun.

81. PN-1433-L05547

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah penjadualan semula peperiksaan SPM, SPMV, STPM dan STAM bakal memberi kesan kepada prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaan tersebut.

82. PN-1433-L05234

Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai jumlah bayaran tunai royalti kepada akaun Perbendaharaan Negeri Kelantan semenjak tahun 1975.

AUM DN 17/12/2020 15

83. PN-1433-L05114

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jumlah rakyat Malaysia berbangsa India yang telah menjadi usahawan atau mendapat pekerjaan melalui program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) sejak tahun 2019.

84. PN-1433-L05284

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan permohonan kewarganegaraan yang masih belum diluluskan dan isu- isu yang menyebabkan kelewatan dalam kelulusan terutamanya bagi Sarawak. Nyatakan bilangan permohonan yang telah diluluskan mengikut kaum dan agama bagi tempoh 2010 sehingga 2019.

85. PN-1433-L05407

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah status kenaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan miskin dan OKU kepada RM 1000 seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Ogos lalu.

86. PN-1433-L05639

Dato' Wira Othman bin Aziz minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah langkah yang diambil bagi memastikan nasib salah satu rantaian nilai industri padi iaitu kilang pemprosesan padi yang terhimpit dengan harga siling beras yang ditetapkan sedangkan kos dan harga padi semakin meningkat saban tahun.

87. PN-1433-L05558

Puan Hajah Sabani binti Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah Kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19 yang telah memasuki gelombang ketiga dan kebarangkalian akan berterusan hingga tahun- tahun hadapan serta langkah mengatasi kesan buruk ke atas negara dan kehidupan rakyat.

88. PN-1433-L05239

Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan tentang pemberhentian rancangan pembinaan Kompleks Sukan Tanah Tinggi Lojing, Kelantan walaupun bajet melebihi RM10 juta telah diadakan pada tahun 2000.

16 AUM DN 17/12/2020

89. PN-1433-L05091

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berikutan IPTA melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sepenuhnya di mana penuntut tidak perlu berada di kampus. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian dalam menggesa universiti awam mengurangkan yuran semester yang berkaitan sebagai usaha membantu kebajikan penuntut berdepan cabaran norma baharu.

90. PN-1433-L05520

Tuan Liew Chin Tong minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah prosedur dan analisis kos dan faedah yang digunakan

oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum menentukan Perintah Kawalan Pergerakan; dan

(b) kos kepada ekonomi negara apabila sesuatu Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh MKN sejak bulan September hingga 9 Disember 2020.

91. PN-1433-L05149

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha- usaha Kementerian bagi mengatasi isu kemurungan dan kebimbangan yang berlaku akibat daripada pandemik COVID-19 meliputi aspek kesihatan, ekonomi, gangguan seksual, buli serta keganasan rumah tangga dalam kalangan institusi keluarga dan masyarakat.

92. PN-1433-L05071

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah Kerajaan akan memendekkan status jawatan kontrak sambilan guru-guru Tadika Kemas dari 15 tahun ke 10 tahun dan diserapkan terus ke jawatan tetap khususnya kepada mereka yang telah pun berkhidmat lebih daripada 10 tahun dan masih berstatus kontrak.

AUM DN 17/12/2020 17

93. PN-1433-L05033

Datuk Razali bin Idris minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah bentuk bantuan ekonomi termasuk kewangan dan pelaksanaan pelaburan dan projek pembangunan dan prasarana kepada masyarakat Bumiputera bagi tempoh tahun 2000 sehingga 2020.

94. PN-1433-L05597

Tuan Nga Hock Cheh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah insentif kewangan yang diberikan kepada sekolah vernakular untuk memenuhi peningkatan pendaftaran pelajar Melayu terutamanya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

95. PN-1433-L05164

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan sejauh manakah pencapaian masyarakat luar bandar dalam memilih bidang keusahawanan sebagai pilihan utama mereka selaras dengan dasar Kementerian dan berapakah bilangan mereka yang telah berjaya.

96. PN-1433-L05249

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan setakat November 2020 sejauh mana Kerajaan memberikan perhatian serius SOP di Penjara, Depoh Tahanan Imigresen dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik agar penularan COVID-19 dapat dibendung dengan cekap dan tidak mencetus gelombang baru pandemik ini.

97. PN-1433-L05586

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan dan langkah-langkah diambil untuk membantu majikan dari segi pinjaman kewangan/ pengeluaran caruman (HRDF) dari dana yang sedia ada dalam akaun HRDF kepada syarikat terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

98. PN-1433-L05061

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah sumbangan geran pembangunan bagi Persatuan Usahawan Wanita Orang Asli dan peranan JAKOA dalam membantu memperkasakan usahawan Wanita Orang Asli di seluruh negara.

18 AUM DN 17/12/2020

99. PN-1433-L05609

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan rasional menetapkan bayaran fi perunding melalui sistem tawaran tender.

100. PN-1433-L05099

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bahawa ada diberitakan syarikat gergasi Hyundai dari Korea Selatan akan mula membuat kereta EV (electric vehicle) di sebuah kilang yang canggih dan baru di Singapura. Kos membina kilang itu adalah RM1.22 billion. Sejauh manakah negara kita pula dapat menarik pelabur dari Korea Selatan.

101. PN-1433-L05353

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah- langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan masalah kesihatan mental masyarakat dalam usaha mereka mendepani cabaran ekonomi dan sosial terutamanya dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

102. PN-1433-L05134

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan status kontrak bekalan LMS kepada TLDM.

103. PN-1433-L05402

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan status terkini Rancangan-Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dilaksanakan di negeri Pulau Pinang. Apakah jangka masa yang terlibat agar rancangan- rancangan tersebut dapat disiapkan sepenuhnya di negeri Pulau Pinang.

104. PN-1433-L05320

Tuan Adrian Lasimbang minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pendirian rasmi Kementerian terhadap pengeluaran dokumen IMM13 kepada warga asing di negeri Sabah. Adakah mereka yang telah tinggal di Sabah lebih dari 20 tahun akan diberikan taraf kerakyatan negara ini.

105. PN-1433-L05299

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk memodenkan sektor agro dan menarik minat golongan belia menyertai sektor pertanian.

AUM DN 17/12/2020 19

106. PN-1433-L05447

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan untuk melaksanakan pengajaran tiga bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di seluruh sekolah kebangsaan bagi memupuk perpaduan kaum di negara ini.

107. PN-1433-L05560

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta PERDANA MENTERI menyatakan selain daripada program MITRA, apakah rancangan Kerajaan secara terperinci untuk memastikan masyarakat India turut serta dalam arus pembangunan negara dan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan masyarakat India mengambil bahagian dalam semua program pembangunan masyarakat yang lain.

108. PN-1433-L05066

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah Orang Asli yang dijangkiti Penyakit COVID-19 dan apakah usaha JAKOA dalam memberi kesedaran Komuniti Orang Asli dengan SOP COVID-19 dan norma baharu ini.

109. PN-1433-L05397

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai kesemua inisiatif yang diambil oleh Kerajaan bagi membantu golongan M40 akibat daripada penularan wabak COVID-19 mengikut kos dan tarikh pelaksanaan yang berkenaan.

110. PN-1433-L05169

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai pencemaran karbon monoksida yang disebabkan oleh asap kenderaan. Adakah Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan penggunaan kereta eletrik di Malaysia.

111. PN-1433-L05209

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah Kerajaan mengguna pakai Artikel 19, iaitu memberi Maklumat Awal Bebas dan Telus (MABT) kepada orang Asli sebelum melakukan sesuatu projek, program atau dasar yang melibatkan masyarakat orang Asli seperti yang dinyatakan di dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu berkenaan hak orang Asal Antarabangsa dan Malaysia.

20 AUM DN 17/12/2020

112. PN-1433-L05501

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) jumlah dan peratusan bangunan hijau yang terdapat di negara

mengikut negeri dan bandar dari tahun 2015 hingga Disember 2020; dan

(b) apakah strategi dan sasaran Kementerian untuk meningkatkan bangunan hijau dan jimat tenaga untuk tempoh jangka panjang.

113. PN-1433-L05184

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah rasional Kementerian untuk tidak berkongsi data berkaitan COVID-19 dengan pihak berkuasa negeri-negeri dan sejauh mana tindakan ini dapat membantu negara mengawal penyebaran pandemik COVID-19.

114. PN-1433-L05326

Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan terdapat banyak pengusaha-pengusaha kantin sekolah dan pengusaha bas dan van sekolah yang terjejas teruk apabila Kerajaan memutuskan untuk menutup sekolah kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB). Apakah usaha Kerajaan bagi membantu pengusaha-pengusaha kantin, bas dan van sekolah yang terkesan dengan arahan penutupan sekolah ini.

115. PN-1433-L05348

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah 60 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina di seluruh Malaysia mendapat peruntukan dana di bawah Belanjawan 2021.

AUM DN 17/12/2020 21

116. PN-1433-L05109

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bahawa menurut Akademi Perubatan Malaysia, 4,541 jawatan Pegawai Perubatan masih belum dipenuhi. Sebaliknya hanya terdapat 3.9% Pakar Perubatan bagi setiap 10,000.00 penduduk. Itu adalah 3.7% kali lebih sedikit daripada 14.3% Pakar Perubatan setiap 10,000.00 penduduk yang seharusnya kita miliki. Apakah tindakan Kerajaan dalam menangani isu ini.

22 AUM DN 17/12/2020

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R 16/2020 ) Rang Undang-undang Perbekalan 2021 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. ( 16 Disember, 2020 )

[ Menteri Kewangan ]

2. PN-1433-U00002 Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan akan mencadangkan :-

"Bahawa menggesa usul menyediakan platform digital kepada pengusaha-pengusaha kecil di luar bandar. Perkembangan teknologi mudah alih dan jaringan lajur lebar yang semakin berkembang masa kini mengubah corak sistem jual beli dalam memperkasakan sektor ekonomi menerusi platform e-dagang. Antara contoh platform e-dagang terbesar dunia adalah Ali Baba di China, Amazon di United States, dan Rakuten di Jepun. Sistem ini banyak memberi manfaat kepada semua pihak ditambah dengan penggunaan jalur lebar yang semakin meningkat. Kajian-kajian yang dilakukan terhadap pengguna e-dagang mendapati bahawa masyarakat Malaysia cenderung untuk membuat pembelian menggunakan platform e-dagang kerana pilihan harga produk yang lebih murah dan juga menjimatkan masa dan tenaga. Pengusaha- pengusaha di bandar majoritinya telah menggunakan platform e- dagang ini untuk memasarkan produk mereka. Namun begitu, senario bagi pengusaha-pengusaha di luar bandar pula agak sedikit ketinggalan. Hal ini berikutan isu jaringan jalur lebar yang lemah di beberapa kawasan luar bandar di tambah lagi dengan kurangnya literasi ICT. Walaupun Kerajaan agresif dalam memperkembangkan ekonomi, tetapi tidak seharusnya meminggirkan golongan luar bandar. Dan menyedari hakikat tersebut, pihak Kerajaan harus memberi perhatian kepada golongan pengusaha luar bandar dalam menyediakan kemudahan digital bagi pemasaran produk keluaran mereka. Usul menyediakan platform digital kepada golongan

AUM DN 17/12/2020 23

pengusaha luar bandar ini adalah penting kerana majoriti produk- produk keluaran golongan tersebut adalah lebih berkualiti. Selain menyokong produk tempatan, produk keluaran golongan tersebut turut dapat dipasarkan ke peringkat global jika dijual menerusi platform e-dagang. Malah, ia juga dapat memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sebagai pembekal. Antara kemudahan digital yang boleh disediakan adalah seperti jaringan jalur lebar yang kuat, komputer riba atau tablet, dan juga video tutorial khas berkaitan bagaimana untuk memulakan platform e-dagang. Kita percaya, kini semua masyarakat memiliki telefon pintar di mana semua maklumat boleh diperoleh dengan mudah dan pantas. Cuma, golongan ini mungkin tidak arif akan saluran yang betul untuk mempromosikan produk keluaran mereka. Sehubungan itu, usul ini juga menerusi Dewan Negara mahu pihak Kerajaan bertindak dalam membantu golongan pengusaha luar bandar dalam menjana ekonomi. Tambahan lagi, pandemik COVID-19 yang berlaku di negara kita ini amat memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya bagi golongan pengusaha-pengusaha kecil"

[ Menteri Pembangunan Luar Bandar ]

3. PN-1433-U00003 Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Negara menggesa usul untuk memberi moratorium pembayaran atas kadar faedah kad kredit kepada golongan pertengahan atau M40. Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini memberi kesan kepada semua pihak sama ada daripada golongan B40 mahu pun M40. Pemberian moratorium telah dilaksanakan bagi membantu golongan B40 yang terkesan dari segi kewangan akibat pandemik COVID-19. Menerusi petikan akhbar Berita Harian Online bertarikh 12 November 2020 yang lepas, golongan M40 yang terdiri daripada peniaga atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Malah, sehingga Januari 2020, sebanyak 9.1 juta pemegang kad kredit direkodkan dan majoriti golongan ini adalah dalam kategori M40 ini. Laporan the Edge pada Mac 2020 juga menyatakan baki pembayaran kad kredit adalah berjumlah RM38.9 bilion. Kadar faedah kad kredit yang tinggi antara 16%-17% juga amat memberi kesan. Rata-rata mereka di dalam kelompok M40 kini dibelenggu hutang yang banyak kerana

24 AUM DN 17/12/2020

hilang pekerjaan dan sumber pendapatan disebabkan oleh dasar pengurangan pekerja oleh syarikat serta pemberhentian operasi secara kekal. Apa yang membimbangkan adalah golongan ini sudah pastinya mengalami tekanan emosi dan dikhuatiri membuat keputusan untuk meminjam wang daripada Ah Long atau ceti haram. Dalam situasi ekonomi yang sangat mencabar ini, tidak dinafikan bahawa sesetengah individu boleh bertindak melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang. Malah ada juga yang berusaha untuk membuka perniagaan kecilan demi menampung kos sara hidup. Namun sejauh mana hasil pendapatan yang kecil itu mampu untuk menampung kos perbelanjaan dan komitmen mereka yang dahulunya adalah tinggi. Kita tidak mahu perkara-perkara yang negatif terus berlaku apatah lagi apabila ia melibatkan keselamatan dan nyawa sesetengah pihak. Dan menyedari hakikat serta senario tersebut, usul ini juga menerusi Dewan Negara mahu pihak Kerajaan bertindak dalam mengusahakan pemberian moratorium kad kredit kepada golongan M40 supaya dapat meringankan beban bayaran hutang. Hal ini dapat memberi peluang kepada mereka yang terkesan untuk mengukuhkan semula kewangan keluarga mahupun kendiri secara berperingkat di samping mengurangkan tekanan emosi sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini"

[ Menteri Kewangan ]