MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 17 DISEMBER 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 14 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1433-L05626 Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tindakan terhadap kontraktor utama berhubung dengan insiden sekeping parapet jatuh ke atas sebuah kereta yg lalu di bawah projek pembinaan Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) pada 19 September 2020. 2. PN-1433-L05417 Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam menyokong Badan Bukan Kerajaan atau pusat yang menyediakan perkhidmatan sokongan dan intervensi awal kepada kanak-kanak OKU berikutan terkesan akibat pandemik COVID-19 dan kekurangan dana sumbangan masyarakat. 3. PN-1433-L05442 Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh mana peningkatan peratusan pekerja tempatan yang bekerja dalam sektor pembinaan, pertanian dan perladangan sepanjang tempoh pembekuan pengambilan pekerja asing dilaksanakan pihak Kerajaan. 4. PN-1433-L05269 Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Banduan Yang DiParol (ODP) dan ODS (Orang Diselia) sehingga November 2020 serta berapa lokasi Jabatan Penjara Malaysia menjadikan bekas Kem PLKN sebagai Asrama bagi ODP dan ODS di seluruh negara serta implikasi sosial kepada masyarakat setempat. 2 AUM DN 17/12/2020 5. PN-1433-L05244 Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah bilangan mahasiswa/mahasiswi mengikut pecahan negeri- negeri di seluruh Malaysia yang belajar di IPTA. 6. PN-1433-L05314 Tuan Adrian Lasimbang minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah teknologi terkini yang digunakan untuk memastikan capaian rangkaian liputan 4G dan kelajuan internet mudah alih dapat dinikmati di kawasan terpencil dan titik buta di Sabah. 7. PN-1433-L05630 Dato' Wira Othman bin Aziz minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perkembangan dan prospek penswastaan liga dan pasukan bola sepak tempatan yang sedang berjalan serta sejauh manakah penglibatan pihak swasta dalam program ini. 8. PN-1433-L05427 Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan perkembangan terkini rancangan pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) khususnya di negeri Kedah dan apakah langkah yang diambil terhadap projek perumahan bina baru serta baik pulih yang tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 9. PN-1433-L05582 Datuk Paul Igai minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk meningkatkan pengeluaran beras negara supaya tidak lagi perlu mengimport 30 peratus keperluannya dan apakah hasil penyelidikan dan pembangunan padi huma atau padi bukit dalam penambahan hasil lebih produktif lagi. 10. PN-1433-L05492 Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan manfaat besar kepada sosio- ekonomi negara pada masa akan datang dengan penyertaan terhadap Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). AUM DN 17/12/2020 3 11. PN-1433-L05358 Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah proaktif yang diambil oleh pihak Kementerian bagi menangani masalah eksploitasi kanak- kanak, wanita dan warga emas sebagai peminta sedekah dan pengemis di jalanan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber kewangan daripada orang awam. 12. PN-1433-L05159 Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan mengenai etika dan moral yang teguh adalah penting dalam membina masyarakat yang progresif dan bersatu padu. Apakah ciri-ciri yang akan diterapkan oleh Kerajaan dalam memastikan nilai-nilai tersebut dapat diterapkan dalam masyarakat. 13. PN-1433-L05387 Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha pihak Kementerian dalam memastikan tiada lagi kes salah laku yang melibatkan pegawai yang menjaga pintu keluar masuk negara ekoran Ops Selat baru-baru ini telah menangkap beberapa pegawai dalaman yang terlibat. 14. PN-1433-L05124 Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah terdapat rancangan dalam membuka semula kedutaan- kedutaan Malaysia di negara-negara Timur Tengah yang telah ditutup sebelum ini atas sebab-sebab tertentu. 15. PN-1433-L05194 Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan kesan pandemik COVID-19 terhadap import bahan makanan dari luar negara. Adakah bekalan bahan makanan mencukupi untuk kegunaan tempatan. 16. PN-1433-L05477 Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pencapaian i-Suri dan apakah langkah yang telah diambil bagi membolehkan pelaksanaan fasa seterusnya. 4 AUM DN 17/12/2020 17. PN-1433-L05535 Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan usaha dan tindakan yang diambil oleh Kementerian dalam menghadapi cabaran geografi bagi memastikan akses telekomunikasi dan jalur lebar dapat dinikmati oleh rakyat di kawasan yang sukar dicapai terutamanya kawasan pedalaman. 18. PN-1433-L05462 Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk menaikkan angka gaji minimum RM1,200 ke satu angka yang bersesuaian oleh sebab pendapatan individu yang kian meruncing. 19. PN-1433-L05595 Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan jumlah dana pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India di bawah kawal selia Malaysian Indian Transformation Unit - MITRA yang telah digunakan dan jumlah yang diunjurkan untuk dipulangkan sehingga kini mengikut tahun. 20. PN-1433-L05331 Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan bagi meningkatkan hasil beras dalam negara, apakah usaha Kerajaan untuk menaikkan hasil padi di kawasan jelapang padi di Kota Belud, Sabah. Berapakah purata penghasilan padi per hektar setakat ini bagi kawasan jelapang padi di Kota Belud, Sabah. 21. PN-1433-L05144 Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pihak Kementerian mempunyai cadangan atau peruntukan dalam Bajet 2021 untuk memberikan program-program kaunseling di tempat kerja khususnya untuk mereka yang menghadapi stress dan tekanan mental dan mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19. 22. PN-1433-L05392 Puan Lim Hui Ying minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah serta kos yang telah diambil oleh Kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19 yang kebarangkalian berterusan hingga tahun akan datang serta daripada segi kewangan dan kebajikan rakyat. AUM DN 17/12/2020 5 23. PN-1433-L05179 Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang telah dibina di Kuching, Bintulu dan Miri dan berapa peratus rumah tersebut telah diagihkan kepada setinggan yang duduk di bandar-bandar tersebut. 24. PN-1433-L05294 Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah perancangan dan pembangunan yang telah dibuat untuk pertanian bandar bagi mengatasi keselamatan makanan di Malaysia. 25. PN-1433-L05086 Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian dalam urusan kerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR Malaysia) untuk membantu mengenal-pasti pelarian yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa imigresen, terutamanya dari bulan Februari hingga kini. 26. PN-1433-L05567 Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah yang dilakukan oleh pihak Kementerian dalam memastikan rakyat Malaysia tidak terjebak dalam jenayah penipuan siber yang menggunakan aplikasi yang tidak sahih dan juga melalui panggilan telefon dengan pelbagai modus operandi bagi memperdayakan mangsa dalam mendapatkan data peribadi dan wang mereka. 27. PN-1433-L05274 Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi setiap negeri dikira dan amaun serta peratusan peruntukan MARRIS bagi Sarawak berbanding dengan jumlah keseluruhan peruntukan MARRIS bagi seluruh negara dalam tempoh 2015 hingga 2019. 28. PN-1433-L05377 Tuan Haji Idris bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan penglibatan golongan muda dalam Akademi Pilihan Raya (APR) yang memberi penumpuan terhadap aspek pendidikan pengundi sejak ia ditubuhkan pada 2017. 6 AUM DN 17/12/2020 29. PN-1433-L05504 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah Kementerian menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil langkah proaktif bagi mempermudah urusan permohonan lesen perniagaan kepada para peniaga tempatan terutamanya golongan belia yang menjalankan 'carboot sale', gerai- gerai, 'food truck' dan lain-lain. 30. PN-1433-L05204 Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah bantuan sarapan makanan percuma akan diteruskan di Sekolah Kebangsaan Pos Iskandar, Bera Pahang. 31. PN-1433-L05219 Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana keupayaan dan prospek KWSP memberikan pulangan dan dividen pelaburan pada masa akan datang apabila diluluskan Skim Pengeluaran dalam Akaun 2 (i-Lestari) dan Akaun 1 (i-Sinar) serta berapakah unjuran baki simpanan aset tunai
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages24 Page
-
File Size-