Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua Naskhah belum semak LAPORAN PENYATA RASMI DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Bil. 11 Selasa 22 September 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 56) Usul Penangguhan - Menangguhkan Mesyuarat di Bawah P.M. 15(3) (Halaman 156) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 (Halaman 33) Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 (Halaman 96) Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020 (Halaman 129) UCAPAN PENANGGUHAN Kesamaran Kedudukan Suspek atau Pesalah Kanak-kanak Dalam Perundangan Jenayah Syariah Negeri-negeri - Puan Asmak binti Husin (Halaman 157) DN 22.9.2020 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Selasa, 22 September 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Tuan Yang di-Pertua: Assalamualaikum. Sebelum kita meneruskan urusan pertanyaan dan jawapan lisan, sukacita saya membuat pengumuman bagi pihak Dewan. Bahawa mulai hari ini, adalah dipohon supaya semua kementerian membekalkan jawapan bertulis masing-masing kepada setiap Ahli Yang Berhormat Senator yang mengemukakan soalan masing-masing yang tidak sempat dijawab secara lisan di pihak kementerian atau pihak Menteri berkenaan. Misalnya, pada hari ini, kita mempunyai sekian bilangan soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Setelah diteliti soalan-soalan tersebut yang berjumlah 66 soalan, misalnya, hanya 17 soalan yang terjawab. Maka baki itu hendaklah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dan sampaikan jawapan itu kepada Setiausaha Dewan. Setiausaha Dewan akan menyalurkan jawapan-jawapan itu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan. Ini dilaksanakan memandangkan bahawa sebahagian besar soalan-soalan tidak sempat dijawab secara lisan. Oleh itu, jawapan-jawapan bertulis dari kementerian berkenaan akan memberikan penerangan dan penjelasan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertugas sebagai Ahli Dewan Negara. Semoga penetapan ini dapat dipatuhi demi menjayakan Malaysia setapak lagi dalam urusan kemajuan legislatif kita bersama. 1. Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Kewangan menyatakan, langkah yang diambil oleh kementerian dalam membendung prestasi nilai Ringgit Malaysia yang semakin merosot. DN 22.9.2020 2 Menteri Kewangan [YM Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 18 September 2020, nilai Ringgit telah menyusut sebanyak 0.5 peratus. Penyusutan nilai Ringgit disebabkan oleh ketidaktentuan berkaitan perkembangan geopolitik, kemerosotan sentimen pelabur dalam pasaran kewangan dunia berikutan kebimbangan ketara membabitkan penularan COVID-19 dan kejatuhan harga minyak global. Namun demikian, memandangkan negara masih merupakan pengeksport bersih, mata wang Ringgit yang kompetitif mempunyai kelebihan secara amnya. Semenjak akhir bulan Mac, sentimen pelabur dalam pasaran kewangan dunia menjadi semakin positif berikutan pelaksanaan segera tindak balas dasar oleh bank-bank pusat dan kerajaan di seluruh dunia bagi mengurangkan kesan pandemik COVID-19. Berikutan perkembangan ini, mata wang Ringgit telah menambah nilai sebanyak 4.2 peratus berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat sejak akhir bulan Mac- ini sehingga 18 September- sejajar dengan pergerakan mata wang serantau yang berubah dalam lingkungan 4.8 peratus hinggalah 10.9 peratus. Dalam persekitaran global yang mencabar serta pasaran kewangan dunia yang tidak menentu, kadar pertukaran Ringgit yang fleksibel memainkan peranan penting sebagai penyerap kejutan terhadap keadaan luaran yang berubah-ubah tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi domestik. Namun begitu, volatility Ringgit yang ketara boleh meningkatkan ketidaktentuan dan menjejaskan aktiviti ekonomi berikutan kesukaran sektor perniagaan dan perindustrian merancang strategi serta mengambil keputusan yang wajar. Dalam hal ini, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia akan sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan lebih teratur dan lancar. Bank Negara Malaysia juga komited dalam memperkenalkan langkah untuk memastikan kecairan Ringgit mencukupi, pasaran terus kekal berdaya tahan dan aktiviti spekulasi dalam pasaran dikurangkan. Langkah ini termasuk menetapkan syarat supaya sebahagian besar daripada hasil eksport dalam mata wang asing ditukarkan kepada Ringgit bagi meningkatkan mudah tunai wang asing dalam pasaran dalam negeri dan meningkatkan penguatkuasaan ke atas peraturan pertukaran asing sedia ada bagi mencegah aktiviti spekulasi mata wang Ringgit diniagakan di luar pesisir. Pada masa sama, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan instrumen pelindung nilai atau, dengan izin, hedging instrument dan menyediakan fleksibiliti agar peserta pasaran kewangan dan sektor perniagaan boleh melaksanakan pengurusan risiko pendedahan mata wang asing dengan lebih baik. DN 22.9.2020 3 Dalam jangka masa panjang, nilai Ringgit akan didorong terutamanya oleh kekuatan asas ekonomi negara. Oleh yang demikian, kerajaan akan terus menumpukan usaha bagi meningkatkan daya tahan ekonomi dengan mempelbagaikan sumber pertumbuhan, memperkukuhkan daya saing dan kedudukan fiskal negara. Sektor perniagaan juga tidak seharusnya bergantung kepada nilai Ringgit semata- mata untuk meningkatkan daya saing, malah patut menumpukan kepada peningkatan produktiviti dan inovasi serta pengurangan kos. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Sila. Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Apakah kesan daripada kejatuhan nilai Ringgit terhadap kenaikan harga barangan keperluan dan kos sara hidup rakyat? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, kesannya. ■1010 YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz: Terima kasih, Yang Berhormat. Semenjak akhir ini mata wang asing, sentimen pelabur dan pasaran mata wang dunia semakin positif berikutan pelaksanaan segera tindak balas dasar oleh bank-bank pusat seperti saya sebut tadi. Hal ini mendorong kembali aliran masuk portfolio bukan pemastautin ke pasaran kewangan serantau termasuk Malaysia terutamanya pelaburan ke dalam bon domestik. Namun begitu pasaran kewangan global masih lagi dalam keadaan tidak menentu kerana kebimbangan berterusan pelabur di sebalik ketidakpastian berkaitan kadar pemulihan pertumbuhan global serta faktor-faktor risiko global lain. Ini seperti pertikaian antara Amerika Syarikat dengan China. Jadi itulah jawapan saya Yang Berhormat. Terima kasih. 2. Tuan Alan Ling Sie Kiong minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, usaha-usaha yang dilakukan oleh kementerian bagi memastikan prestasi dan kecergasan atlet-atlet tidak merudum akibat terpaksa meminimumkan latihan mereka berikutan penularan wabak COVID- 19. Menteri Belia dan Sukan [Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya kira tidak terlalu lewat untuk saya ucapkan tahniah di atas pelantikan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang saya anggap dan sifat sebagai tempat dan jitu dan moga ia menjadi asbab kepada keperkasaan fungsi Dewan Negara pada masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua: Insya-Allah, terima kasih. DN 22.9.2020 4 Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican: Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator Tuan Alan, kementerian melalui Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Institut Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan melaksanakan pelbagai program selaras dengan SOP MKN bagi memastikan prestasi dan kecergasan atlet tidak merudum akibat penularan wabak COVID-19. Program-program latihan yang dijalankan dalam tempoh pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan secara keseluruhan ataupun PKP mahupun sewaktu PKPP adalah seperti berikut: (i) modul latihan kendiri- self-training module dengan pemantauan secara rapi oleh jurulatih secara atas talian bermula pada 2 April sewaktu PKP dikenakan; (ii) pelaksanaan kem latihan program khas untuk atlet-atlet kita yang akan menyertai Sukan Olimpik dan juga Sukan Paralimpik Tokyo dalam program Road to Tokyo yang dilakukan secara quarantine based approach bermula daripada 1 hingga 30 Jun; (iii) program latihan atlet sepenuh masa yang bermula pada 5 Julai 2020 semasa PKPP diperkenalkan; (iv) program latihan atlet secara keseluruhan di semua peringkat termasuk di peringkat negeri-negeri setelah berlakunya pembukaan sektor sukan dan rekreasi secara lebih menyeluruh terutama yang membabitkan kebenaran untuk penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton yang berkuat kuasa 15 Ogos walaupun dalam tempoh PKPP lagi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, walaupun atlet-atlet program MSN telah memulakan sesi latihan harian sepenuh masa namun mereka tidak dapat menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa yang telah dirancang sebelum ini disebabkan penularan pandemik COVID-19. Antara kejohanan yang telah ditangguhkan selain daripada sukan Olimpik adalah Kejohanan Piala Thomas dan Uber, Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor, Kejohanan Bawah 19 AFC yang sepatutnya berlangsung di Uzbekistan dan pelbagai lagi. Selain daripada kejohanan, ataupun Diving Grand Prix Bolzano, Italy. Ekoran penangguhan kejohanan-kejohanan tersebut kementerian melalui Majlis Sukan Negara dengan kerjasama ISN
Recommended publications
  • Islamic Education in Malaysia
    Islamic Education in Malaysia RSIS Monograph No. 18 Ahmad Fauzi Abdul Hamid i i RSIS MONOGRAPH NO. 18 ISLAMIC EDUCATION IN MALAYSIA Ahmad Fauzi Abdul Hamid S. Rajaratnam School of International Studies i Copyright © 2010 Ahmad Fauzi Abdul Hamid Published by S. Rajaratnam School of International Studies Nanyang Technological University South Spine, S4, Level B4, Nanyang Avenue Singapore 639798 Telephone: 6790 6982 Fax: 6793 2991 E-mail: [email protected] Website: www.idss.edu.sg First published in 2010 All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior written permission of the S. Rajaratnam School of International Studies. Body text set in 11/14 point Warnock Pro Produced by BOOKSMITH ([email protected]) ISBN 978-981-08-5952-7 ii CONTENTS 1 Introduction 1 2 Islamic Education 7 3 Introductory Framework and Concepts 7 4 Islamic Education in Malaysia: 13 The Pre-independence Era 5 Islamic Education in Malaysia: 25 The Independence and Post-Independence Era 6 The Contemporary Setting: Which Islamic 44 Education in Malaysia? 7 The Darul Arqam—Rufaqa’—Global Ikhwan 57 Alternative 8 Concluding Analysis 73 Appendixes 80 Bibliography 86 iii The RSIS/IDSS Monograph Series Monograph No. Title 1 Neither Friend Nor Foe Myanmar’s Relations with Thailand since 1988 2 China’s Strategic Engagement with the New ASEAN 3 Beyond Vulnerability? Water in Singapore-Malaysia Relations 4 A New Agenda for the ASEAN Regional Forum 5 The South China Sea Dispute in Philippine Foreign Policy Problems, Challenges and Prospects 6 The OSCE and Co-operative Security in Europe Lessons for Asia 7 Betwixt and Between Southeast Asian Strategic Relations with the U.S.
    [Show full text]
  • With Israel? Malaysiakini.Com 14 Februari 2018 Has Malaysia
    Harapan MP: Is Malaysia having ‘an affair’ with Israel? MalaysiaKini.com 14 Februari 2018 Has Malaysia softened its stance on Israel by allowing the latter's high- ranking officials to enter the country, questioned an Amanah lawmaker today. Kuala Terengganu MP Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad in a statement said the government's "unannounced" move had caused shock and sadness amongst many Muslims in the country. "Have we pawned the pride of Muslims in matters concerning Israel just for the sake of money and trade? “Just days after the deputy prime minister sent home 12 Uighur Muslims back to China on the pretext of maintaining "good relations" between the two countries what has become of Muslim dignity and pride in the country?" he asked. Kamarul Bahrin was responding to news reports that a delegation of Israeli diplomats had attended the recent week-long ninth Urban World Forum in Kuala Lumpur. The delegation was reportedly led by David Roet who was formerly Israel's deputy ambassador to the United Nations. Kamarul Bahrin urged Malaysia to state clearly, its current position on Israel. "Is this a product of the wasatiyah concept practised by (Prime Minister) Najib (Abdul Razak) or upon the advice of the 'Global Movement of Moderates' led by Nasaruddin Mat Isa and which had caused the government's change in attitude and policy? The rakyat wants to know. "Or is Najib so eager to follow in the footsteps of the Saudi Arabian government which reportedly has close ties to Israel? Is Malaysia having an 'affair' with Israel'?" he asked.
    [Show full text]
  • Timbalan Menteri (Dikemas Kini Pada 20 April 2021)
    UNTUK KEGUNAAN RASMI SAHAJA TIMBALAN MENTERI (DIKEMAS KINI PADA 20 APRIL 2021) 1. YB Dato’ Eddin Syazlee bin Shith Timbalan Menteri Kerja Raya D.P.N.S.(NS) Kementerian Kerja Raya Tingkat 5, Blok A, Kompleks Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin 50580 Kuala Lumpur. (YBhg. Datin Dr. Nurul Azlin binti Dato’ 03–2771 4009 Ibrahim) 03–2711 3312 [email protected] SU: Puan Masliza Repi binti Ahmad Repi 03–2771 4009 [email protected] 2. YB Dato' Haji Kamarudin bin Jaffar Timbalan Menteri Luar Negeri D.S.N.S.(NS), B.C.M.(Mlk) Kementerian Luar Negeri Aras 3, Wisma Putra No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62602 Putrajaya. (YBhg. Datin Yushazlinda binti Yaacob) 03–8887 4605 03–8889 2826 [email protected] SU: Puan Siti Nur Hafiza binti Mansor 03–8887 4005 [email protected] 3. YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Timbalan Menteri Pertahanan Aziz Kementerian Pertahanan S.S.A.P.(Phg), D.I.M.P.(Phg), Aras 5, Wisma Pertahanan A.I.S.(Sel) Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur. (YBhg. Datin Sri Norihan binti Ayob) 03–2071 5040 03–2071 4961 1 [email protected] SU: Puan Rossila binti Ab Wahab 03–2071 5040 [email protected] 4. YB Tuan Muslimin bin Yahaya Timbalan Menteri Pendidikan I A.M.N.(Pers), P.P.T.(Sel) Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 9, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. (YBhg. Puan Hanisah binti Paiman) 03–8884 6035 03–8889 4755 [email protected] SU: Encik Muhammad Zulfadli bin Ab Rahman 03–8884 6061 [email protected] 5.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 21 Rabu 18 April 2012 K A N D U N G A N RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)(No.2) 2012 (Halaman 2) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan)(No.2) 2012 (Halaman 12) Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 (Halaman 82) Rang Undang-undang Rukun Tetangga 2012 (Halaman 129) Rang Undang-undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Halaman 185) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 198) DR 18.4.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 18 April 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat ] RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT RANG UNDANG-UNDANG MESIN CETAK DAN PENERBITAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I [Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini. RANG UNDANG-UNDANG PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Profesion Undang- undang 1976; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini. USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 10.06 pg.
    [Show full text]
  • And AWAY! by Ili Aqilah
    www.ipohecho.com.my FREE COPY IPOH Your Voiceechoecho In The Community Since 2006 April 16 - 30, 2017 PP 14252/10/2012(031136) 30 SEN FOR DELIVERY TO YOUR DOORSTEP – ISSUE ASK YOUR NEWSVENDOR 256 100,000 print readers 1,687,057 online hits in March (verifiable) Living Costs: UP! UP! and AWAY! By Ili Aqilah sk any Malaysian and they will agree that the hike in prices on groceries and GST charges are two primary factors that create hardships in their lives. Before Athe implementation of GST, dining out used to be cheaper but nowadays, some restaurants would even charge GST on each menu item and when the bill comes, pay a further 10 per cent for service. Many now opt to cook at home, buying raw materials such as meat, vegetables and seafood at the market. While this certainly saves money, it is hard to deny how much the prices on groceries have increased over the years. Hence the question remains, with the rising cost of living, how much can we save? Continued on page 2 1001 SIDES OF IPOH nown fondly as the “Town That Tin Built”, Ipoh has its origins from the booming tin outcrops believed to be trade of the 1880s. From a humble beginning Ipoh has transformed into a bustling over 250 million years Kmetropolis bursting at its seams. The town was accorded city status in May 1988 and old. The more popular from thence there was no looking back. ones are the Kek Look Lonely Planet, the world’s largest travel portal, has accredited Ipoh as the 6th most Tong Cave, Tambun Cave preferred destination to visit in Asia.
    [Show full text]
  • Download This Article
    Sains Insani eISSN: [0127-7871] Politik Baru Pasca PRU Ke-10: Analisis Terhadap Transformasi Budaya Politik Melayu Terengganu Ilyas Abdullah1, Jamaie Hamil2, Sity Daud3 1Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia 2Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia 3Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia Progres Artikel Abstrak: Kajian ini adalah satu kajian mengenai budaya politik Melayu. Ia Diterima: 11 Januari 2018 membincangkan transformasi budaya politik masyarakat Melayu di Terengganu yang Disemak: 30 Januari 2018 dimanifestasikan selepas terjadinya peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada 2 Diterbit: 1 Jun 2018 September 1998. Pemecatan tersebut telah melahirkan satu gelombang penentangan masyarakat Melayu Terengganu terhadap UMNO-BN. Penentangan tersebut dapat dilihat menerusi anjakan sokongan masyarakat Melayu daripada UMNO-BN kepada *Corresponding Author: parti oposisi yang lain dengan begitu jelas khususnya PAS. UMNO telah mengalami Ilyas Abdullah prestasi terburuknya dalam pilihan raya tersebut. Kajian ini juga dilakukan Fakulti Sains Sosial Dan berdasarkan kepada berlakunya pola ketidaktentuan pengundian yang ditunjukkan Kemanusiaan, Universiti dalam empat siri pilihan raya yang terakhir di Terengganu melibatkan PRU tahun Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1999, 2004, 2008 dan PRU tahun 2013. Hal ini kerana pertembungan dua parti Malaysia Melayu-Islam utama iaitu UMNO dan PAS sangat sengit. Keputusan pilihan raya Email: pasca PRU-10 menunjukkan bahawa Terengganu bukan lagi menjadi negeri selamat [email protected] buat mana-mana parti politik yang bertanding. Setiap parti dilihat mempunyai peluang yang seimbang untuk membentuk kerajaan di Terengganu. Hasil kajian menunjukan bahawa pembangunan merupakan faktor utama yang mempengaruhi pembentukan budaya politik Melayu di Terengganu sebelum dan selepas PRU ke-10.
    [Show full text]
  • February 11, 2016 the Honorable Mr. Barack Obama President of The
    February 11, 2016 The Honorable Mr. Barack Obama President of the United States of America The White House 1600 Pennsylvania Avenue, NW Washington, DC 20500 Dear Mr. President, As members of parliament from Southeast Asia, dedicated to the promotion and protection of human rights, we write to express our desire for you to make discussion of human rights and the democratic aspirations of the people of ASEAN a priority during the upcoming summit at the Sunnylands estate in California on 15-16 February 2016. As you are surely aware, democracy is struggling in Southeast Asia. Many countries in our region have taken dramatic steps backward in the past two years. While Southeast Asia appeared to be on the cusp of a genuine political transformation only a few years ago, more recently the region has instead witnessed military takeovers, the rollback of fundamental rights, intensifying government-sponsored discrimination against ethnic and religious minorities, and the increasing persecution of activists and opposition voices, including fellow parliamentarians. These setbacks constitute a fundamental threat to the future of the ASEAN Community and the US relationship with it. While we recognize and understand your administration’s desire to strengthen trade and security cooperation with Southeast Asian governments, we urge you to proceed with caution. Human rights, democracy, and basic dignity cannot take a backseat to economic or security prerogatives. Open dialogue on fundamental political and rights-based questions is vital to ensuring the sustainability of bilateral relationships and promoting broad-based benefits of trans-Pacific cooperation. When you sit down with ASEAN leaders in California, we urge you to press them on unfulfilled human rights commitments and to directly raise specific concerns with them.
    [Show full text]
  • Selasa 10 Mac 2020 MAJLIS MENGANGKAT SUMPAH AHLI
    Selasa 10 Mac 2020 MALAYSIA MAJLIS MENGANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA DI LUAR HARI PERSIDANGAN PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA MMS 10.3.2020 i AHLI DEWAN NEGARA Kemaskini 10 Mac 2020 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato' Sri SA. Vigneswaran (Tuan Yang di-Pertua) (Dilantik) 2. “ Datuk Seri Haji Abd Halim bin Abd Samad (Timbalan Yang di-Pertua) (Dilantik) 3. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah) 4. “ Tuan Adrian Lasimbang (Dilantik) 5. “ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah (Negeri Sembilan) 6. “ Dato' Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad (Dilantik) [Timbalan Menteri Alam Sekitar] 7. “ Tuan Alan Ling Sie Kiong (Dilantik) 8. “ Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram (Kedah) 9. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan) 10. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (Dilantik) 11. “ Dato` Chai Kim Sen (Dilantik) 12. “ Datuk Donald Peter Mojuntin (Sabah) 13. “ Dato' Husain bin Awang (Terengganu) 14. “ Datuk Haji Husam bin Musa (Dilantik) 15. “ Tan Sri Dato` Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik) 16. “ Dato' Isa bin Ab. Hamid (Dilantik) 17. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim (Dilantik) 18. “ Tuan Ismail bin Yusop (Perak) 19. “ Datuk John Ambrose (Dilantik) 20. “ Tuan Kamarudin bin Abdun (Perlis) 21. “ Dato' Kesavadas A/L A. Achyuthan Nair (Negeri Sembilan) 22. “ Datuk Lee Tian Sing (Melaka) 23. “ Tuan Liew Chin Tong (Dilantik) 24. “ Datuk Lim Ban Hong (Dilantik) [Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri] 25. “ Puan Lim Hui Ying (Pulau Pinang) 26. “ Datuk Lim Pay Hen (Johor) 27. “ Dato' Dr. Mah Hang Soon (Dilantik) [Timbalan Menteri Pendidikan I] 28. “ Tuan Manolan Bin Mohamad (Dilantik) 29. “ Datuk Wira Marzuki bin Yahya (Dilantik) MMS 10.3.2020 ii 30.
    [Show full text]
  • Siaran Media Sesi Libat Urus Bersama Kerajaan Negeri
    UNTUK SIARAN SEGERA KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI SIARAN MEDIA SESI LIBAT URUS BERSAMA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU BAGI PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) telah mengadakan sesi libat urus penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12) bersama Kerajaan Negeri Terengganu yang dipengerusikan bersama oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Sesi libat urus dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri telah dimulakan sejak 5 Julai 2019 lalu dan Terengganu merupakan negeri kesembilan dalam siri jelajah ini. Terengganu merupakan antara negeri yang penting dalam usaha penyediaan RMKe-12 kerana salah satu matlamat utama pelan jangka panjang negara adalah merapatkan jurang pembangunan antara wilayah selaras dengan objektif utama Wawasan Kemakmuran Bersama yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 9 Mei 2019. Demi menjayakan agenda ini, Negeri Terengganu diberi keutamaan dengan Peruntukan Pembangunan (DE) sebanyak RM988.5 juta pada tahun 2019. Ini merupakan peningkatan peruntukan sebanyak 4.1% berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, pembayaran royalti petroleum kepada Negeri Terengganu juga telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018. Kerajaan Persekutuan juga prihatin dengan kesan limpahan ekonomi kepada rakyat Terengganu dengan pelancaran semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Projek ini bakal memberi manfaat daripada peningkatan kesalinghubungan antara Negeri
    [Show full text]
  • Status of Women's Human Rights: 24 Years of CEDAW in Malaysia
    The Status of Women’s Human Rights: 24 Years of CEDAW in Malaysia Coordinated by Women’s Aid Organisation (WAO) and the Joint Action Group for Gender Equality (JAG) Women’s Aid Organisation PO Box 493, Jalan Sultan 46760 Petaling Jaya, Selangor Malaysia Tel: + 603 7957 0636 / 7957 5636 Fax: + 603 7956 3237 Email: [email protected] Website: www.wao.org.my Facebook: www.facebook.com/womensaidorg Twitter: @womensaidorg Copyright © 2019 Women’s Aid Organisation (WAO) ISBN: 978-967-14799-3-3 All rights reserved. No part of this book may be reprinted, reproduced or utilised in any form or by any means without permission in writing from the publisher. Cover, Layout and Design: Niva Arasan, Natasha Dandavati, and Sumitra Visvanathan Printer: Valley Printers TABLE OF CONTENTS Chapter 01: EXECUTIVE SUMMARY 14 Chapter 02: INTRODUCTION 16 Chapter 03: CONTRIBUTING ORGANISATIONS 26 Chapter 04: NGO CEDAW SHADOW REPORT, FOR THE MALAYSIAN GOVERNMENT’S REVIEW BY THE CEDAW COMMITTEE AT THE 69TH CEDAW SESSION IN FEBRUARY 2018 2 8 Chapter 05: STATUS REPORT ON THE MALAYSIAN GOVERNMENT’S OBLIGATION DECLARED IN THE INTERNATIONAL ARENA 64 Status Report On The Implementation Of The CEDAW Committee’s Recommendations From 2006 64 Statements Of Intent Made On Recommendations Related To Women’s Rights During The Malaysian Government’s Examination At The Universal Periodic Review In Cycle 1 (2009) And In Cycle 2 (2013) 99 Malaysian Government’s Commitments Under The Sustainable Development Goals (SDGs) 112 Chapter 06: ARTICLES 1 – 4: DEFINITION OF DISCRIMINATION, LAW,
    [Show full text]
  • Draf Teks Ucapan Pengumuman
    TEKS UCAPAN YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB PERDANA MENTERI MALAYSIA PEMBENTUKAN KABINET BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera KABINET BERORIENTASIKAN HASIL Keluarga Malaysia yang saya kasihi sekalian, 1. Segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana atas berkat dan rahmat-Nya, dapat saya mengumumkan barisan Kabinet yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. 2. Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat. Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik. 3. Umum mengetahui saya menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya. Justeru, pembentukan Kabinet ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya. 4. Saya akui bahawa kita sedang berada dalam keadaan yang getir akibat pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi dan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik negara. 5. Berdasarkan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita akan hidup bersama COVID-19 sebagai endemik, yang bersifat kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia. 6. Dunia mencatatkan kemunculan Variant of Concern (VOC) yang lebih agresif dan rekod di seluruh dunia menunjukkan mereka yang telah divaksinasi masih boleh dijangkiti COVID- 19. 7. Oleh itu, kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini. Kita perlu terus mengawal segala risiko COVID-19 dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.
    [Show full text]
  • KM Minta Shabudin Ulangi Tuduhan Di Luar Parlimen
    PB 1 16 – 31 Mac, 2016 Rasuah, siasat16 – 31 Mac, 2016 'pemimpin Salinan Akuan aktif' pembangkang Bersumpah Phang MS 3 Li Koon MS 14 & 15 buletin www.buletinmutiara.com 16 – 31 Mac, 2016 KM minta Shabudin ulangi ZAINULFAQARtuduhan tanah Kerajaan Negeri di Taman di luar Parlimen Oleh : YAACOB Manggis dengan harga murah. Gambar : DARWINA MOHD. “Soal pokok tuduhan rasuah DAUD terhadap saya ialah adakah saya mengaturkan penjualan tanah GEORGE TOWN – Seperti kerajaan dengan harga murah dijangka, Ahli Parlimen Tasek supaya saya boleh beli rumah Gelugor, Shabudin Yahaya tidak saya dengan harga murah. muncul di Pejabat Ketua Menteri “Tuduhan ini adalah satu Pulau Pinang untuk bersemuka fitnah jahat yang tidak berasas satu sama satu dengan Y.A.B. kerana:- Tuan Lim Guan Eng di sini pada 20 Mac lalu. 1. Pembelian rumah saya Susulan itu, Guan Eng sebanyak RM2.8 juta dibiayai meminta Shabudin untuk oleh pinjaman bank sebanyak mengulangi tuduhannya dalam RM2.1 juta dan baki wang tunai Dewan Rakyat mengenai RM700,000 daripada elaun pembelian rumah semurah pendapatan saya sebagai Ketua RM2.8 juta, di luar Parlimen. Menteri dan wakil rakyat; "Saya ingin meminta beliau 2. Penjualan tanah Kerajaan (Shabudin) mengulangi tuduhan Negeri dijalankan dengan tender rasuah yang beliau buat terbuka dan pembeli dipilih terhadap saya secara peribadi di berdasarkan tawaran harga yang dalam Parlimen, di luar, supaya paling tinggi; saya boleh mengambil tindakan 3. Jawatankuasa Tender Negeri saman malu kepada beliau," tidak dipengerusikan oleh katanya pada sidang media di saya dan mematuhi semua Komtar tepat jam 11.00 pagi peraturan Kerajaan Negeri yang hari berkaitan. ditetapkan; Guan Eng memberitahu, 4.
    [Show full text]