23 Disember 2020, Pukul 10.00 Pagi
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 23 DISEMBER 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 17 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1433-L05628 Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah cadangan untuk memasukkan bayaran perkhidmatan JMB ke dalam cukai pintu dalam satu bil. 2. PN-1433-L05079 Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah jaminan/adakah pihak Kementerian akan/untuk menaikkan kadar gaji anggota Polis DiRaja Malaysia yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara. 3. PN-1433-L05465 Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan memperkenalkan cukai durian runtuh (windfall tax) terutama kepada syarikat korporat yang mengalami keuntungan luar biasa dalam musim pandemik ini seperti Top Glove dan lain-lain lagi yang akan memberi manfaat kepada negara dan masyarakat. 4. PN-1433-L05526 Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan senarai aset ATM yang bakal dibaikpulih di bawah peruntukkan Belanja Mengurus RM2.3 bilion di dalam Belanjawan 2021. 2 AUM DN 23/12/2020 5. PN-1433-L05231 Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan bilakah Kerajaan dapat menamatkan monopoli Bernas dalam Industri Beras Negara dan sejauh mana liberalisasi industri ini dilakukan bagi memastikan mutu dan harga beras dapat dikawal dengan cekap di pasaran tempatan. 6 6. PN-1433-L05252 Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kesan pandemik COVID-19 ke atas Industri Binaan di Malaysia dalam tahun 2020 dan apakah perancangan CIDB bagi memastikan Projek-Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan dalam RMK-12 dapat mengimbangi penguncupan industri binaan dan memberi kesan langsung kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera di seluruh negara. 7. PN-1433-L05054 Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pandemik-pandemik seperti COVID-19 dan SARS mungkin diikuti dengan penyakit yang lebih teruk lagi, adakah rancangan Kerajaan untuk menubuhkan sebuah badan seperti "The Centers for Disease Control and Prevention" di Amerika Syarikat untuk memberi tumpuan nasional dalam pembangunan strategi dan pengimplementasian pencegahan dan pengawalan serta pemantauan penyakit berjangkit, kesihatan alam sekitar, promosi hidup sihat dan pendidikan kesihatan yang mempunyai fokus untuk mempertingkatkan kesihatan rakyat dan melindungi rakyat daripada epidemik dan pandemik penyakit-penyakit berjangkit. 8. PN-1433-L05490 Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan strategik dalam Tenaga Boleh Baharu (TBB) selepas delegasi Malaysia di Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) Ke-38 baru-baru ini. 9. PN-1433-L05182 Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan statistik pemeriksaan alat timbang kenderaan di pusat pembelian buah sawit di Sarawak dalam tempoh tiga tahun yang lalu sehingga kini dan tindakan yang telah diambil ke atas pemilik lesen DF yang gagal menentukur jambatan timbang mereka. AUM DN 23/12/2020 3 10. PN-1433-L05045 Datuk Razali bin Idris minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kes kemalangan membabitkan pemandu yang melulu pemanduan mabuk di bawah pengaruh minuman alkohol, penyalahgunaan dadah dan cuai sewaktu pemanduan bagi tempoh 11 bulan pertama tahun 2020 mengikut negeri. 11. PN-1433-L05415 Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha Kementerian untuk memastikan Murid Bekeperluan Khas yang ditempatkan di Program Pendidikan Inklusif mendapat sokongan seperti pembantu bayangan (shadow aide) agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat mengikuti pembelajaran seiring dengan murid tipikal. 12. PN-1433-L05292 Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk membantu mengatasi masalah di mana sektor pertanian Sarawak masih kekurangan dari segi infrastruktur agro asas seperti sistem pengairan dan peparitan, jentera ladang, jalan ladang dan sebagainya untuk pertanian moden dan pertanian berskala besar terutamanya tanaman padi. 13. PN-1433-L05262 Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan bilangan KRT (Kawasan Rukun Tetangga) sehingga November 2020 dan sejauh mana keberkesanan konsep KRT dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. 14. PN-1433-L05425 Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah oleh pihak Kementerian untuk menangani kes bunuh diri yang puratanya satu orang sehari sepanjang PKP sejak 18 Mac hingga Oktober 2020. 15. PN-1433-L05385 Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan rancangan Kementerian bagi memastikan sasaran 60 ribu pemegang ijazah kedoktoran dicapai menjelang tahun 2023. 4 AUM DN 23/12/2020 16. PN-1433-L05513 Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan hala tuju Kementerian berkaitan import dan eksport negara bagi terus meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia, khususnya di Sabah. 17. PN-1433-L05356 Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sejauh manakah perkembangan projek Lebuh raya Pan Borneo dari Sungai Tangap hingga ke Jalan Pujut Link termasuk projek jejambat di Lapangan Terbang Miri dan persimpangan Jalan ByPass Miri dan juga projek Jalan Pujut Link dan Kuala Baram serta berapa lamakah jangka masa yang diambil untuk menyiapkan projek-projek tersebut. 18. PN-1433-L05286 Tuan Robert Lau Hui Yew minta PERDANA MENTERI menyatakan 17 perkara yang telah mendapat persetujuan bersama dalam Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan status pelaksanaan bagi perkara-perkara tersebut. 19. PN-1433-L05089 Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan apakah usaha dan mekanisme yang diambil oleh Kementerian dari bulan Februari hingga kini dalam menjaga, menyemai dan mempertingkatkan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. 20. PN-1433-L05207 Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempertingkatkan kawalan warga asing yang tamat tempoh lawatan dikesan semula. 21. PN-1433-L05611 Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan pencemaran alam sekitar tidak berlaku di kampung-kampung terpencil dengan aktiviti-aktiviti perlombongan di kawasan luar bandar dan desa. AUM DN 23/12/2020 5 22. PN-1433-L05074 Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah permohonan pertukaran guru yang telah diluluskan dari tahun 2018 sehingga kini dan mengapa masih ramai lagi yang tidak mendapat tawaran pertukaran serta apakah langkah-langkah penyelesaian pihak Kementerian berkenaan isu ini. 23. PN-1433-L05064 Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapakah jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli yang dikategorikan sebagai B40 dengan perubahan had PGK nasional baru dari RM 980 kepada RM 2,208 dan pelan perancangan bagi bantuan tersebut. 24. PN-1433-L05550 Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah terkini aset Khazanah Nasional dan apakah terdapat sebarang usaha untuk menjual atau menggabungkan aset-aset yang dimiliki oleh Khazanah Nasional. 25. PN-1433-L05470 Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Jabatan Mineral dan GeoSains Malaysia mempunyai persiapan dan kepakaran yang cukup bagi mendepani isu-isu geologi di Malaysia seperti perubahan iklim dan lain-lain. 26. PN-1433-L05502 Datuk John Ambrose minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambah jumlah peruntukan bantuan awal persekolahan kepada golongan B40 yang difahamkan hanya RM100 diberikan kepada pelajar setakat ini. 27. PN-1433-L05307 Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah rancangan-rancangan untuk mempromosi pelancongan dalam negeri dalam suasana pendemik COVID-19 sekarang. 28. PN-1433-L05247 Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta PERDANA MENTERI menyatakan tempoh penyelesaian kawasan-kawasan pelantar minyak bertindih di sempadan maritim negeri Kelantan Darul Naim/Terengganu Darul lman sehingga ke pelantar benua. 6 AUM DN 23/12/2020 29. PN-1433-L05619 Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sistem sokongan kebersihan wanita (hygienic) yang sedia wujud bagi golongan berpendapatan rendah di luar bandar. 30. PN-1433-L05581 Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah cara Kementerian memupuk perpaduan dan integrasi kaum bermula dari sekolah rendah hingga menengah apabila sekolah kebangsaan ini tidak mendapat tempat di hati bangsa lain sedangkan sekolah kebangsaan ini bukan untuk orang Melayu sahaja. 31. PN-1433-L05192 Puan Raj Munni binti Sabu minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah kebenaran menunaikan Umrah dan Haji akan dibuka semula kepada rakyat Malaysia, dan adakah berlaku peningkatan kos bagi kedua-duanya. 32. PN-1433-L05642 Dato' Wira Othman bin Aziz minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah permohonan membaiki rumah di luar bandar bagi tahun 2018 dan 2019 di seluruh negara. Apakah kaedah terbaik yang digunakan Kementerian dalam mengatasi masalah kelewatan melulus dan melaksanakan