Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 3 DISEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 45 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1412-L02865 Tuan Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan akan menggubal semula subjek Sejarah yang sebelum ini fakta yang salah dan terlalu banyak tokok tambah. 2. PR-1412-L02368 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan inisiatif yang akan diberikan kepada syarikat-syarikat penyiaran untuk membantu mereka memperoleh lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP) dan hak penyiaran untuk menandingi monopoli syarikat penyiaran besar sedia ada agar rakyat mempunyai lebih banyak pilihan. 3. PR-1412-L01601 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan status Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan terma-terma penangguhan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur- Singapura (HSR) dan apa perubahan yang akan dilakukan khususnya kos-kos jika projek ECRL atau HSR diteruskan. 4. PR-1412-L02145 Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan penjawat awam sambilan dan kontrak yang telah diberhentikan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Kerajaan dan nyatakan apakah justifikasi bagi pemberhentian penjawat awam berkenaan. 2 AUM DR 3/12/2018 5. PR-1412-L01898 Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [ Jeli ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keberkesanan langkah-langkah diambil untuk membasmi gejala dadah termasuklah pil kuda terutamanya di Kelantan. Apakah langkah- langkah baru yang akan diambil Kerajaan dalam menangani hal ini. 6. PR-1412-L02800 Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan projek-projek pembangunan dan penambahbaikan pendapatan komuniti luar bandar khususnya yang akan dilaksanakan di daerah Sik dan amnya negeri Kedah dalam tempoh 5 tahun (2019- 2023). 7. PR-1412-L(5)00019 Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan tugas-tugas pasukan tentera Malaysia yang berpangkalan di Riyadh. Berapa orang Rakyat Malaysia dan anggota tentera di Yemen. [ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ] 8. PR-1412-L01528 Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah keluasan tanah yang telah diwakafkan oleh pemilik individu untuk kegunaan Agama Islam di seluruh negara, dan berapa peratuskah dari keseluruhan tanah tersebut yang telah dibangunkan serta berapakah jumlah yang belum dibangunkan. 9. PR-1412-L01894 Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah pertambahan warganegara baru diberikan kepada pemegang status pemastautin tetap (PR) sejak 10 tahun lalu. 10. PR-1412-L02330 Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan tidak berhasrat untuk mengembalikan perkhidmatan kereta api Ekspres Wau dari Tumpat ke Kuala Lumpur yang telah dihentikan perkhidmatannya selepas banjir besar pada penghujung 2014. AUM DR 3/12/2018 3 11. PR-1412-L02249 Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan untuk menginstitusikan penyertaan civil society dalam memberi input belanjawan negara pada setiap tahun, langkah-langkah pemantauan proses serta sama ada proses sedia ada sejajar dengan janji Pakatan Harapan untuk melaksanakan 'Gender Responsive Budgeting'. 12. PR-1412-L02818 Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah program 2u2i akan diteruskan dan apakah kaedah baru yang diperkenalkan bagi memastikan sasaran 80 program 2u2i menjelang tahun 2020 boleh dicapai. 13. PR-1412-L02670 Tuan Mordi Bimol [ Mas Gading ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada Sarawak untuk Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu sejak 2010 menerusi Program Khas Bumiputera untuk Sabah dan Sarawak, status program, serta tindakan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan peruntukan tersebut digunakan dengan telus. 14. PR-1412-L02289 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah mekanisme yang akan diguna pakai dalam menentukan harga minyak petrol dan diesel seperti yang telah dikaji oleh pihak Kerajaan ketika ini. 15. PR-1412-L02565 Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan rasional mewajibkan kelulusan mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM. Adakah Kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan semula peperiksaan Sejarah di peringkat PMR menggantikan kaedah folio supaya dapat menjamin kesinambungan pembelajaran mata pelajaran tersebut daripada peringkat awal. 16. PR-1412-L01932 Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan bilakah Kerajaan PH akan menunaikan janji dalam menghapuskan hutang peneroka FELDA. Apakah mekanisme dalam proses penghapusan hutang berkenaan. 4 AUM DR 3/12/2018 17. PR-1412-L01949 Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakan status pembinaan jalan-jalan dan jambatan dari Nanga Kumpang ke Kampung Sayat Engkilili. 18. PR-1412-L02413 Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan peringkat mana pelaksanaan dasar-dasar perundangan dan sistem baharu untuk air negara, kereta-kereta terbuang (abandoned vehicles), E-Waste dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) telah dilaksanakan sekarang, bila dijangka siap. 19. PR-1412-L02038 Dato' Mansor Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan statistik terkini mengikut negeri, pengangguran belia dan jelaskan perancangan Kementerian bagi tangani isu ini, khususnya di kalangan belia luar bandar. 20. PR-1412-L01466 Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan pembinaan Blok Pakar Minor serta kelengkapannya di Hospital Limbang yang amat diperlukan oleh penduduk Limbang. 21. PR-1412-L02360 Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berniat untuk melantik seorang menteri untuk menangani masalah yang dihadapi secara khusus oleh Sabah dan Sarawak terutamanya mengenai isu autonomi. 22. PR-1412-L01818 Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan :- (a) apakah program sokongan Kerajaan bagi membantu para pekebun lada di Sarawak yang terkesan akibat serangan penyakit ke atas tanaman mereka baru-baru ini; dan (b) apakah program jaringan keselamatan sosial yang ada bagi membantu pekebun kecil lada ketika harga lada yang begitu rendah kini. AUM DR 3/12/2018 5 23. PR-1412-L01702 Tuan Muslimin bin Yahaya [ Sungai Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan Jawatankuasa yang telah dan akan diwujudkan oleh Kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kecekapan tadbir urus negara dapat dizahirkan, sebagai contoh Jawatankuasa Kos Sara Hidup. 24. PR-1412-L02020 Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [ Tenggara ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan pecahan tahap pengangguran di Malaysia mengikut negeri dan umur sehingga kini serta apakah usaha pihak Kementerian bagi menambah bilangan peluang pekerjaan di Malaysia. 25. PR-1412-L02684 Tuan Jonathan Yasin [ Ranau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan pembangunan dan kos mengurus, termasuk emolumen yang dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk dua Kementerian iaitu Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan di Sabah dalam RMK-10 dan RMK-11, 2016-2018. 26. PR-1412-L02470 Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan insentif-insentif baru bagi pelabur-pelabur dalam industri automotif untuk menjadikan industri automotif negara lebih berdaya-saing. 27. PR-1412-L01492 Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) adakah Kerajaan bercadang mewajibkan pengisytiharan harta kepada semua Ahli Parlimen, bukan dalam kalangan Pakatan Harapan sahaja ; dan (b) adakah Kerajaan bercadang supaya maklumat pengisytiharan harta diletakkan di portal SPRM sepanjang penggal Parlimen, bukan tiga bulan sahaja. 6 AUM DR 3/12/2018 28. PR-1412-L02719 Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menangani masalah lambakan sampah di kawasan pelupusan sampah yang tidak terancang dan menyebabkan pencemaran udara yang mengganggu penduduk setempat. 29. PR-1412-L01975 Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan senarai setakat mana tindakan susulan berkenaan 19 cadangan keselamatan yang digariskan di muka surat 446- 448 dalam Safety Investigation Report nahas MH370 yang diterbitkan pada 2 Julai 2018. 30. PR-1412-L01801 Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh mana usaha Kerajaan untuk meratifikasikan Konvensyen Pelarian 1951 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha menangani krisis pelarian khususnya Rohingya. 31. PR-1412-L02156 Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan sejauh manakah usaha Kementerian bagi mencapai sasaran