Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 29 OKTOBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 28 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1412-L02535 Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan baru Pakatan Harapan bersedia untuk menandatangani (ratify) Konvensyen-konvensyen Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang selain daripada CEDAW dan CRC. 2. PR-1412-L02790 Datuk Seri M. Saravanan [ Tapah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan transformasi (tambah baik) yang telah dicadangkan Kementerian dalam meningkatkan pendapatan belia/golongan muda dalam bidang pertanian asas tani. 3. PR-1412-L02560 Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan prestasi atau pencapaian SUKMA yang telah berlangsung baru-baru ini di negeri Perak. Apakah harapan Malaysia dalam Sukan Olimpik 2020 dan persediaan-persediaan yang dilakukan untuk menghadapi temasya itu di Tokyo. 4. PR-1412-L02069 Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perkembangan terkini kajian holistik yang telah dibuat berkaitan dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan apakah perkara utama yang dipertimbangkan di dalam kajian terbabit. 2 AUM DR 29/10/2018 5. PR-1412-L02655 Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perkembangan terkini tentang kajian menyemak semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh Jawatankuasa Khas Kabinet. 6. PR-1412-L01934 Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah usaha untuk membantu para peneroka dan pekebun kecil meningkatkan pendapatan mereka melalui industri sawit dan getah. Adakah sebarang bantuan Kerajaan bagi memberi nilai tambah kepada mereka. 7. PR-1412-L02859 Tuan Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah terbaik untuk memastikan syarikat penerbangan tidak menaikkan harga ketika musim perayaan. 8. PR-1412-L02798 Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha yang telah dilakukan bagi penambahbaikan kedudukan mahkamah syariah dan penyeragaman undang-undang syariah di seluruh negeri Malaysia. 9. PR-1412-L01691 Tuan Muslimin bin Yahaya [ Sungai Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status sebenar pemegang Diploma Vokasional Malaysia dari segi penarafan agensi yang setara dengan diploma IPTA dan IPTS serta peluang mereka ke IPTA. 10. PR-1412-L02063 Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah sistem baharu yang dikatakan akan digunakan di dalam penyaluran air bersih di kawasan pedalaman Negeri Sarawak yang belum mendapat bekalan air bersih. Nyatakan kawasan- kawasan yang terlibat dengan perlaksanaan sistem berkenaan dan bila ianya akan dilaksanakan. 11. PR-1412-L02194 Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dasar Kerajaan baharu dalam isu tenaga buruh asing, termasuk berapa kutipan levi, had kuota mengikut sektor industri. AUM DR 29/10/2018 3 12. PR-1412-L01658 Dato' Haji Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan faktor kekurangan guru subjek Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar sehingga mewujudkan jurang tahap literasi antara pelajar di kawasan bandar dan di luar bandar serta apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah tersebut. 13. PR-1412-L02477 Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status pembaikan semua sekolah-sekolah daif di Sarawak dan berapakah peruntukan yang telah disalurkan untuk pembaikan tersebut. Apakah status siasatan terhadap JEPAK HOLDING SDN. BHD. yang sepatutnya menyediakan PV solar sistem bagi 369 sekolah pedalaman di Sarawak. 14. PR-1412-L01465 Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang meneruskan hasrat mengambil sukarelawan dan guru-guru pencen menjadi pembantu guru untuk keberkesanan sistem pendidikan negara. 15. PR-1412-L01647 Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan Pakatan Harapan berpegang kepada manifestonya untuk membawa reformasi di dalam urusan GLC supaya badan-badan GLC seperti Khazanah Nasional bebas dari diterajui oleh ahli-ahli politik. 16. PR-1412-L02080 Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada program / Projek Jiwa Murni diteruskan dan apakah status jalan Jiwa Murni dari Ba'kelalan ke Bario dan bila projek tersebut akan disiapkan. 17. PR-1412-L02341 Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan untuk SJKC dan SJKT bagi tahun 2018, dan berapakah jumlah yang masih belum diserahkan kepada sekolah- sekolah. 4 AUM DR 29/10/2018 18. PR-1412-L01980 Tuan Arthur Joseph Kurup [ Pensiangan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah perancangan khusus pihak Kementerian bagi membantu meningkatkan jumlah usahawan belia terutamanya belia luar bandar dan pedalaman Sabah Sarawak. 19. PR-1412-L01842 Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah jenis skim atau program yang ada pada masa ini dan akan diteruskan oleh Kerajaan baru bagi membantu usahawan Malaysia. 20. PR-1412-L02314 Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah Kementerian bercadang membantu menaik taraf infrastruktur pengusaha lemang di kawasan Manik Urai yang mana terdapat sekitar 50 pengusaha lemang di kawasan tersebut. 21. PR-1412-L02680 Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa semua ahli Parlimen pembangkang tidak perlu mengisytiharkan aset mereka. 22. PR-1412-L02424 Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan secara terperinci senarai ketua perwakilan Malaysia ke luar negara (iaitu Duta Besar, Konsul Jeneral, Pesuruhjaya Tinggi dan sebagainya) yang dilantik sejak 2009-2018 dan senaraikan bilangan yang merupakan lantikan politik. 23. PR-1412-L01712 Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan membubarkan Organisasi Perisikan Luar Malaysia atau Malaysia External Intelligence Organisation (MEIO) memandangkan kegiatan mereka tidak baik untuk Kerajaan/negara dan ia telah disalahguna oleh Kerajaan Barisan Nasional sepertimana skandal bekas pengarahnya, Datuk Hasanah Abdul Hamid baru baru ini. AUM DR 29/10/2018 5 24. PR-1412-L01511 Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah kutipan Tabung Harapan akan dihentikan dan apakah perincian kegunaan kutipan berkenaan setelah mengambil maklum kenyataan Menteri bahawa ekonomi negara kukuh dan kekal berdaya tahan yang tinggi. 25. PR-1412-L02625 Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan pemegang dokumen IMM13 pada masa ini dan negara asal mereka. 26. PR-1412-L(5)00013 Datuk Liew Chin Jin @ Christina Liew [ Tawau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Tawau sebagai lapangan terbang antarabangsa untuk membolehkan lapangan terbang tersebut dapat menerima penerbangan terus antarabangsa berjadual memandangkan kawasan Pantai Timur Sabah sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan unggul. [ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ] 27. PR-1412-L02759 Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Akta Hasutan 1948, Undang-undang Kesalahan Keselamatan (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta hukuman gantung sampai mati akan dimansuhkan dan apakah status setiap perincian tersebut. 28. PR-1412-L02787 Tuan Awang Husaini bin Sahari [ Putatan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah drastik Kementerian untuk mengatasi nisbah pesakit berbanding Doktor Perubatan (1:1,200) [Nisbah Kebangsaan 1:600] dan nisbah pesakit berbanding Doktor Pergigian (1:12,000) [Nisbah Kebangsaan 1:400] bagi memberi rawatan kepada penduduk Sabah seramai 3,063,600 orang. 29. PR-1412-L02543 Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan sudahkah Kerajaan Persekutuan mengenalpasti mekanisme bagi melaksanakan pembayaran royalti 20% seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya yang lepas. 6 AUM DR 29/10/2018 30. PR-1412-L01430 Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menaikkan gaji dan elaun bagi semua anggota dan kakitangan beruniform seperti Polis, Tentera, Kastam, Bomba dan lain-lain lagi. 31. PR-1412-L02206 Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bersedia menilai semula pelaksanaan arahan bayaran balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji mandatori maksimum penjawat awam agar berpadanan dengan jumlah perbelanjaan kos sara hidup bulanan mereka. 32. PR-1412-L01907 Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan boleh diambil untuk memastikan pekerja-pekerja yang layak, menerima caruman KWSP dan PERKESO oleh majikan mereka. 33. PR-1412-L02008 Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran