MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 22 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 8

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L08980

Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan perancangan Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) peringkat kebangsaan yang baharu ditubuhkan dalam menangani isu dan cabaran perpaduan di Malaysia.

2. PR-1432-L09173

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan kini tentang penyertaan Malaysia dalam 'Open Government Partnership' yang kini telah dianggotai oleh 76 negara di seluruh dunia.

3. PR-1432-L09652

Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam menyelesaikan isu-isu agama berkaitan pelaksanaan ibadah yang timbul sepanjang penularan wabak COVID-19.

4. PR-1432-L09506

Dr. [ Bangi ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang anggaran Total Industry Volume (TIV) untuk sektor automotif pada tahun 2020 dan apa langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk memberikan bantuan dan insentif yang bersasar kepada industri ini.

2 AUM DR 22/7/2020

5. PR-1432-L09630

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan langkah yang lebih efektif bagi menarik minat golongan muda dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) selari dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara.

6. PR-1432-L09122

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berkenaan perancangan Kementerian dalam kesediaan negara menghadapi penularan wabak pada masa akan datang termasuk sekiranya wabak COVID-19 kembali memuncak.

7. PR-1432-L09731

Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah negara yang menjadi pengimport terbesar minyak sawit dan produk sawit negara bagi tahun 2019 dan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk memperluaskan eksport minyak sawit negara.

8. PR-1432-L09964

Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah usaha yang telah dan yang akan diambil untuk mewartakan Pelan Struktur 2040 dan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040.

9. PR-1432-L09562

Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah justifikasi penjualan aset iaitu ladang oleh TH Plantations Bhd. (THP). Berapakah keluasan ladang serta berapa banyak ladang yang telah dijual dan kepada syarikat mana dijual.

10. PR-1432-L08854

Tuan Pang Hok Liong [ ] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan baru-baru ini ramai pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mencetuskan huru-hara antara kaum dengan sengaja membangkit dan mengapi-apikan isu perkauman dan agama. Bilakah suatu Akta Keharmonian Kaum akan digubal bagi memelihara dan menjamin keharmonian dan perpaduan antara kaum dan agama dalam negara ini.

AUM DR 22/7/2020 3

11. PR-1432-L09356

Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kementerian masih meneruskan program tanaman baru getah berkelompok di dan berapa peruntukan yang disediakan pada tahun 2020.

12. PR-1432-L09861

Puan Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan rasional penggantungan pemberian lesen penjualan arak di Kuala Lumpur, apakah Kementerian telah menjalankan kajian yang menyeluruh berkenaan dengan dasar baru yang akan menjejaskan usaha Kementerian untuk menarik lebih pelancong asing dan juga perniagaan industri perhotelan dan tempat hiburan.

13. PR-1432-L09778

Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan nilai eksport dan nilai import negara mengikut bulan, bagi bulan Oktober 2019 sehingga Mac 2020.

14. PR-1432-L09538

Tuan [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan mengapa tiada tindakan dikenakan atas Lynas kerana gagal mamatuhi syarat yang ditetapkan AELB pada Februari 2012 iaitu mengenal pasti lokasi PDF dalam tempoh 10 bulan dari tarikh pengeluaran TOL, tetapi syarat yang sama dikenakan apabila lesen Lynas diperbaharui pada 2 September 2019.

15. PR-1432-L09418

Tuan [ Taiping ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan cabaran dan rintangan yang dihadapi dalam usaha membasmi wabak denggi dan rancangan untuk terus memeranginya.

16. PR-1432-L08771

Tuan Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan senarai setiap satu nama projek, tarikh dan jumlah wang terlibat kerjasama antara :-

(a) Malaysia dan China di bawah inisiatif 'Belt and Road' dari

2013-2020; dan

(b) Malaysia dan Amerika Syarikat di bawah strategi Indo Pasifik.

4 AUM DR 22/7/2020

17. PR-1432-L09664

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penebusan Ganti Cuti Rehat (GCR) kepada wang tunai selama 75 hari bagi penjawat awam yang telah berkhidmat selama 15 tahun akan dilaksanakan pada tahun ini atau tidak.

18. PR-1432-L08986

Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi menaik taraf Klinik Kesihatan Sungai Udang Melaka lantaran penambahan penduduk setempat dan lambakan permintaan perkhidmatan kesihatan oleh pihak angkatan tentera, penduduk setempat dan rakyat di sempadan Masjid Tanah.

19. PR-1432-L09050

Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penjelasan perundangan Peguam Negara dalam menggugurkan sebanyak 46 tuduhan rasuah terhadap bekas Ketua Menteri , Tan Sri Musa Aman dan sama ada Jabatan Peguam Negara akan merayu terhadap pembebasan sepenuhnya (full discharge) yang diberikan kepada beliau oleh Mahkamah.

20. PR-1432-L09160

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kesan pandemik COVID-19 ke atas fokus dan perancangan Kementerian dalam menangani masalah-masalah kesihatan awam yang lain bagi tahun 2020. Apakah Kementerian akan mengurangkan penekanan di dalam mengatasi penyakit berjangkit lain seperti TB.

21. PR-1432-L08804

Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Kerajaan telah memastikan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (National Language Act 1963/67) yang menetapkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi Kerajaan telah dipatuhi oleh Mahkamah-Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

22. PR-1432-L09197

Dr. [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan pelan Kementerian untuk mengatasi masalah kontrak di kalangan pekerja perubatan dan jika ada pertimbangan khas untuk penempatan tetap untuk diberikan kepada mereka yang sanggup bekerja di pedalaman atau mendapat kelulusan dalam mana-mana kertas 'specialist parallel pathways' yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

AUM DR 22/7/2020 5

23. PR-1432-L09744

Tuan [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan memperkenalkan kembali Akta Perkhidmatan Parlimen untuk mengekang kuasa eksekutif dan memberikan kebebasan kewangan dan pentadbiran kepada Parlimen.

24. PR-1432-L09178

Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah status terkini pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 6) di Pulau Sebatik, Tawau yang telah beberapa tahun lalu diluluskan dan bila akan disiapkan memandangkan keperluannya sangat mendesak untuk 12000 penduduk yang tinggal di 17 kampung di Pulau Sebatik.

25. PR-1432-L10052

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan berhasrat membentangkan RUU 355 tersebut untuk kali kedua, jika ya bila dan bagaimana ia hendak dilaksanakan. Jika tidak mengapa.

26. PR-1432-L09975

Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kedudukan terkini projek River of Life (ROL) dan bilakah projek ini akan siap sepenuhnya serta jumlah kos keseluruhan.

27. PR-1432-L09206

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status siasatan yang telah dijalankan di Hospital Umum Sarawak (HUS) berkenaan aduan dari pekerja hospital tersebut mengenai polisi digunakan yang dikatakan mengakibatkan penularan infeksi COVID-19 di antara pekerja hospital. Apakah hasil siasatan tersebut dan adakah laporan tersebut akan dibentangkan secara terbuka atau di Parlimen.

28. PR-1432-L09379

Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang memperkenalkan akta yang melindungi syarikat atau individu yang gagal memenuhi terma-terma perjanjian atau kontrak kerana perniagaan terjejas akibat pandemik COVID-19.

6 AUM DR 22/7/2020

29. PR-1432-L09192

Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Bahru ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) adakah terdapat garis panduan berkaitan kualiti

perkhidmatan pelanggan yang telah ditetapkan di klinik- klinik kesihatan; dan

(b) adakah terdapat perancangan untuk menaik taraf kemudahan dan fasiliti klinik-kinik kesihatan untuk keselesaan para pengguna dan petugas kesihatan.

30. PR-1432-L09941

Tuan [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menghentikan pembayaran wang pajakan RM5,300 kepada Kesultanan Sulu melalui Kerajaan Filipina sebagai langkah menamatkan terus campur tangan luar terhadap kedaulatan Malaysia, dan juga menggunakan wang tersebut bagi menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin daripada Filipina ke Sabah.

31. PR-1432-L09314

Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah kerugian negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bagaimana Kerajaan mengendalikan kerugian tersebut dan strategi Kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara pasca COVID–19.

32. PR-1432-L09952

Datuk Ignatius [ Penampang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status dan jangkaan permulaan pembinaan Klinik Kesihatan Kelas 3 di daerah Penampang yang telah melalui dua majlis pecah tanah pada zaman Kerajaan . Segala dokumentasi yang melibatkan kelulusan Majlis Daerah Penampang telah diperoleh pada Februari 2020 semasa Kerajaan PH + Warisan.

33. PR-1432-L08738

Tuan [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kemajuan dari segi logistik dan penggubalan undang- undang untuk melaksanakan usaha penurunan umur pengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik yang telah diluluskan oleh Parlimen.

AUM DR 22/7/2020 7

34. PR-1432-L09251

Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memastikan agar Kerajaan Filipina menggugurkan sama sekali tuntutan mereka terhadap Sabah.

35. PR-1432-L09836

Tuan A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan memberi peruntukan yang sama seperti yang diberi kepada Ahli-ahli Parlimen Kerajaan kepada Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dan sekiranya tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

36. PR-1432-L08750

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat manakah impak dari segi ekonomi kepada rakyat dan negara akibat dari pandemik COVID-19 khususnya kesan daripada langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan nyatakan langkah Kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara ini pasca COVID-19.

8 AUM DR 22/7/2020

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] dan masalah dicadangkan:-

"Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Keempat Belas. "

Menyambung semula perbahasan atas masalah (21 Julai ,2020)

2. ( D.R. 1/2020 ) Rang Undang-Undang Perbekalan Bacaan Kali Tambahan (2019) 2020 Yang Kedua

Dan

[ Menteri Kewangan ]

DAN

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak empat bilion sembilan ratus tujuh puluh juta empat ratus sembilan puluh tujuh ribu tujuh ratus ringgit (RM4,970,497,700) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2019 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2019 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 2 Tahun 2020 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut."

AUM DR 22/7/2020 9

3. ( D.R 2/2020 ) Rang Undang-Undang Perbekalan Bacaan Kali (Penguntukan Semula Peruntukan Yang Kedua

Perbelanjaan) 2020

[ Menteri Kewangan ]

DAN

Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"BAHAWASANYA, berikutan pembentukan Kabinet baharu pada 10 Mac 2020, beberapa kementerian telah disusun semula dan dinamakan semula, beberapa kementerian baharu telah ditubuhkan dan satu kementerian telah dibubarkan dengan fungsi-fungsinya dipindahkan kepada kementerian- kementerian lain:

DAN BAHAWASANYA Perbelanjaan Pembangunan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula itu serta kementerian yang dibubarkan telah diluluskan oleh Dewan ini dan diperuntukkan bagi maksud-maksud seperti yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020:

DAN BAHAWASANYA terdapat keperluan untuk menyelaraskan peruntukan perbelanjaan berkenaan dengan beberapa kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula itu berikutan dengan penyusunan semula fungsi- fungsi kementerian:

DAN BAHAWASANYA amaun yang belum dibelanjakan berhubung dengan kementerian yang telah dibubarkan dan kementerian-kementerian yang peruntukan perbelanjaannya perlu dikurangkan akan disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 8, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406]:

DAN BAHAWASANYA menurut subseksyen 4(1), Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian- kementerian yang telah disusun semula dan dinamakan semula, dan kementerian-kementerian baharu itu hanya boleh dilakukan melalui suatu Usul yang diluluskan oleh Dewan ini:

BAHAWA DEWAN INI, mengikut subseksyen 4(3), Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang sebanyak tujuh bilion lapan ratus enam puluh tujuh juta dua puluh satu ribu enam ratus sepuluh ringgit (RM7,867,021,610) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2020 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 5 Tahun 2020 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang ketujuh dah kelapan Penyata tersebut dan Usul ini disifatkan telah berkuat kuasa pada 10 Mac 2020."

10 AUM DR 22/7/2020

4. ( D.R 37/2019 ) Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) Bacaan Kali 2019 Yang Kedua

[ Menteri Kesihatan ]

5. ( D.R 42/2019 ) Rang Undang-Undang Perlembagaan " (Pindaan) (No. 2) 2019

[ Perdana Menteri ]

6. ( D.R. 25/2019 ) Rang Undang-Undang Suruhanjaya " Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019

[ Perdana Menteri ]

7. PR-1432-UL064 Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] akan mencadangkan :-

"BAHAWA mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5), maka Penyata Jawatankuasa Pilihan yang dibentangkan di atas meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas DR.10 Tahun 2019 hendaklah diterima dan dipersetujukan."

8. PR-1432-U(27)116 Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa usul kewarganegaraan. Menyedari hakikat bahawa terdapat pelbagai pengakuan melalui sesi-sesi pendengaran awam oleh pelbagai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tentang penglibatan mereka dalam pemberian kad-kad pengenalan secara haram di Sabah dan menerima laporan pelbagai kajian di Sabah yang mendapati pengakuan responden pernah membayar pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran sebagai sogokan untuk mengeluarkan kad-kad pengenalan secara haram dan menerima hakikat bahawa terdapat kadar pertumbuhan yang sangat luar biasa di negeri Sabah yang dengan sendirinya membuktikan bahawa adanya pemberian kad-kad pengenalan secara haram dan rasuah. Dan menerima hakikat bahawa Ketua Audit Negara Tahun 2018 telah melaporkan bahawa terdapat 100,000 pelancong daripada negara China dan India yang datang ke negara ini tetapi didapati tidak ada rekod balik ke negara asal. Dan demi untuk membersihkan daftar penduduk warganegara Malaysia di Sabah maka Dewan Yang Mulia ini dengan ini membuat keputusan bahawasanya kad-kad pengenalan yang ada sekarang hendaklah ditukar dengan kad pengenalan yang baru di mana setiap penduduk yang mempunyai kad pengenalan hendaklah memohon untuk mendapatkan kad pengenalan yang baru ini dengan menggunakan dokumen-dokumen seperti surat atau sijil beranak yang sahih."

[ Perdana Menteri ]

AUM DR 22/7/2020 11

9. PR-1432-U(27)114 Tuan [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa mencadangkan Kerajaan supaya mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 63 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14."

[ Menteri Perpaduan Negara ]

10. PR-1432-U(27)115 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa mencadangkan Kerajaan memulihkan pilihan raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

11. PR-1432-U(27)119 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memberi penjelasan dari mana diperoleh peruntukan mengurus dan merangsang ekonomi semasa pandemik COVID-19 hingga sekarang yang berjumlah lebih dari RM250 bilion itu. Ini adalah kerana peruntukan ini melebihi kemampuan kewangan negara yang dianggarkan sekitar RM200 bilion sahaja. Kerajaan dahulu pula menyatakan bahawa kedudukan kewangan Kerajaan adalah kritikal dengan hutang negara melebihi RM1 trilion."

[ Menteri Kewangan ]

12. PR-1432-U(27)120 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya merancang pembinaan jeti Kuala yang baru kerana pada masa ini jeti tersebut mengalami mendapan yang tinggi (6 meter setahun) dan telah mengganggu kelancaran perjalanan feri-feri penumpang, kapal-kapal kargo dan bot-bot ikan yang mana telah menjejaskan ekonomi negara. Pembinaan jeti ini dicadang dibina 3km dari muara Kuala Perlis yang juga boleh berfungsi sebagai halangan kepada kemasukan penyeludup-penyeludup dan pendatang asing tanpa izin. Jeti ini juga boleh berfungsi sebagai sempadan di lautan."

[ Menteri Pengangkutan ]

12 AUM DR 22/7/2020

13. PR-1432-U(27)121 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya membuka semula 'Free Flow 2KM ' di sempadan Wang Kelian Perlis bagi menjana perkembangan ekonomi yang sebelum ini amat rancak sebelum ditutup sepenuhnya pada tahun 2008. Semasa adanya “Free Flow” ini, Wang Kelian merupakan satu destinasi pelancongan yang amat meriah dan telah memberi ruang kepada peniaga-peniaga kecil di Perlis dan juga Selatan Thailand."

[ Menteri Dalam Negeri ]

14. PR-1432-U(27)122 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memberi penjelasan terhadap kedudukan pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia dan telah luput tarikh visa lawatan mereka, berapa jumlah mereka yang telah tamat tempah visa lawatan, apakah usaha-usaha untuk menjejaki mereka dan berapa jumlah mereka yang telah dihantar pulang ke negara masing-masing serta berapa pula yang masih berada dalam negara."

[ Menteri Dalam Negeri ]

15. PR-1432-U(27)123 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memberi penjelasan terhadap Kapal Coast Guard China yang berlabuh di Beting Patinggi Ali sejak tahun 2013 lagi di mana kawasan tersebut merupakan kawasan perairan Malaysia yang memberi implikasi bahawa satu pencerobohan telah berlaku keatas kedaulatan negara di samping menjejaskan aktiviti-aktiviti cari gali minyak dan juga perikanan rakyat kita. Ia juga memberi implikasi sebuah negara besar sedang membuli negara kita."

[ Perdana Menteri ]

16. PR-1432-U(27)124 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya Akta Pengangkutan Jalan (APJ 1987) dipinda bagi membolehkan pesalah- pesalah pemandu mabuk yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan menyebabkan kematian agar dimasukkan klausa memberi hukuman setimpal seperti hukuman mati jika telah menyebabkan kematian."

[ Menteri Pengangkutan ]

AUM DR 22/7/2020 13

17. PR-1432-U(27)126 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya satu peraturan baru diperkenalkan bagi menangani dan mengawal aktiviti pembalakan di negeri- negeri Kedah, , dan . Pembalakan yang tanpa kawalan telah menyebabkan bencana alam yang sering terjadi saban tahun seperti hakisan tanah, banjir dan ketidakseimbangan kepada ekosistem negara."

[ Menteri Tenaga Dan Sumber Asli ]

18. PR-1432-U(27)127 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya diwujudkan pusat benih padi khusus di kawasan utara khasnya di Arau, Perlis bagi membekalkan benih-benih padi yang bermutu tinggi dan mencukupi serta membolehkan penyelidikan yang agresif dibuat bagi menghasilkan benih padi baru."

[ Menteri Pertanian Dan Industri Makanan ]

19. PR-1432-U(27)128 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya menyediakan perancangan, peruntukan dan prasarana kepada pelajar-pelajar universiti, kolej, STPM dan SPM bagi menghadapi kaedah pembelajaran alaf baru seperti pembelajaran dalam talian dan menggunakan media elektronik. Ini bagi memboleh dan mendedahkan mereka ke alam teknologi siber dan e- pembelajaran yang semakin berkembang yang seterusnya memerlukan guru-guru yang terlatih dalam pendidikan alaf baru."

[ Menteri Pendidikan ]

20. PR-1432-U(27)125 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan mengisytiharkan kadar pengangguran semasa yang dijangka akan mencecah sehingga 5% dari jumlah tenaga kerja dan apakah perancangan-perancangan khusus Kerajaan bagi menangani kadar pengangguran yang agak tinggi ini. Dengan kadar pengangguran yang tinggi ini ditambah pula dengan jumlah golongan B40 yang juga tinggi boleh memberikan implikasi yang tidak sihat pada ekonomi negara."

[ Perdana Menteri ]

14 AUM DR 22/7/2020

21. PR-1432-U(27)117 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa agar Kerajaan meneliti serta mengkaji suatu kaedah baru untuk meningkatkan keselamatan kad pengenalan serta pasport antarabangsa agar ianya tidak mudah untuk sedikit melakukan pemalsuan dokumen tersebut. Menurut laporan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara 2018 (Siri 2) bulan Disember 2019 terdapat lebih 100 ribu orang warga asing tiada rekod keluar dari Malaysia dan masih berada dalam negara. daripada laporan audit tersebut terdapat seramai 76,258 orang pelancong China dan 39,806 orang pelancong India tiada rekod keluar dari Malaysia dan masih berada dalam Malaysia. Dengan kebanjiran warga asing tanpa kawalan dan penjualan dokumen MyKad serta Sijil Kelahiran, membuatkan keselamatan negara berada dalam keadaan yang amat merbahaya."

[ Menteri Dalam Negeri ]

22. PR-1432-U(27)118 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa agar Kerajaan menghantar pulang semua pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing berdokumen yang telah tamat tempoh ke negara masing-masing bagi menjamin peluang pekerjaan yang melibatkan rakyat tempatan. Sebelum ini Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) telah mengeluarkan kenyataan bahawa majikan-majikan di negara ini bakal mengurangkan tenaga pekerja sebanyak 50 peratus, justeru keutamaan bagi mengekalkan tenaga kerja perlu tertumpu ke arah pekerja tempatan. Berdasarkan Akta Pekerja 1955, jika berlaku sebarang pengurangan tenaga pekerja oleh pihak majikan, perkhidmatan pekerja asing yang harus ditamatkan terlebih dahulu dan majikan harus mendahului keperluan pengekalan tenaga kerja tempatan. Bagi mengisi kekosongan pekerjaan yang ditinggalkan pekerja asing , Kerajaan perlu mendaftarkan semula tenaga kerja tempatan untuk mengisi kekosongan tersebut dengan pekerja-pekerja tempatan yang telah diberhentikan kerja oleh majikan-majikan dari negara luar seperti Singapura semasa tempoh COVID-19. Langkah Kerajaan menghantar pulang PATI dan pekerja asing ke negara masing-masing adalah tepat kerana tindakan itu bukan sahaja dapat menjamin peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, bahkan dapat mengawal penularan wabak COVID-19 daripada tidak terkawal."

[ Menteri Sumber Manusia ]

AUM DR 22/7/2020 15

23. PR-1432-U(27)129 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad [ Langkawi ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Langkawi untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat."

[ Perdana Menteri ]

24. PR-1432-U(27)132 Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Pasir Puteh untuk mencadangkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, Ahli Parlimen Pagoh, sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-8 dan menyatakan kepercayaan penuh terhadap kepimpinan beliau dan berikrar akan memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada beliau bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya."

[ Perdana Menteri ]

25. PR-1432-U(27)131 Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27(3), Peraturan- peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut :

Bahawasanya Dewan ini, mengalu-alukan dan menyanjung tinggi serta mengucapkan tahniah atas pelantikan YAB Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8;

Bahawasanya pelantikan ini akan menyerlah lagi kepimpinan dan menonjolkan keupayaan YAB Parlimen Pagoh sebagai pemimpin negara dengan ciri dan gaya kepimpinan yang dihormati, penyayang serta perihatin terhadap rakyat;

Bahawasanya YAB Ahli Parlimen Pagoh telah menunjukkan kemampuan kepimpinan yang gemilang dalam menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara ini serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan rakyat negara ini dengan melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN);

16 AUM DR 22/7/2020

Bahawasanya YAB Ahli Parlimen Pagoh telah mencetuskan idea dan menggerakkan pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik COVIC-19 melalui inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA);

Dengan ini, semua Ahli Dewan Rakyat mengambil ketetapan dan berikrar serta berjanji memberi komitmen, kesetiaan yang tidak berbelah-bagi dan kepercayaan penuh terhadap YAB Ahli Parlimen Pagoh selaku Perdana Menteri Malaysia; dan

Dengan ini, bahawasanya Dewan ini berdiri teguh serta menyokong sepenuhnya pelantikan dan kepimpinan YAB Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8."

[ Perdana Menteri ]

26. PR-1432-U(27)130 Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-

"Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut :

Bahawanya Dewan ini mengalu-alukan pelantikan YAB Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8 dan mengucapkan setinggi- tinggi tahniah;

Bahawasanya YAB Ahli Parlimen Pagoh telah menunjukkan kemampuan kepimpinan yang amat cemerlang dalam menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara ini serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan rakyat dengan melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN);

Bahawanya YAB Ahli Parlimen Pagoh telah menggerakkan pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan mengambil tindakan yang tepat melalui inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA);

Bahawasanya pelantikan ini akan menyerlahkan lagi kepimpinan YAB Parlimen Pagoh sebagai pemimpin negara dengan ciri dan gaya kepemimpinan yang penyayang, prihatin dan dihormati rakyat;

Dengan ini, semua Ahli Dewan Rakyat mengambil ketetapan dan berikrar serta memberikan kesetiaan yang tidak berbelah-bagi dan kepercayaan sepenuhnya terhadap kepimpinan YAB Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri."

[ Perdana Menteri ]

AUM DR 22/7/2020 17

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2020 DIBENTANGKAN

ST. 13 Penyata Keluaran Wang Daripada Simpanan Luar Jangka 22 Julai 2020 Bagi Tempoh 1 Januari 2019 Hingga 31 Disember 2019, Menurut Seksyen 6(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966

CMD. 1 Penyata Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 22 Julai 2020 Pertama, 2019

CMD. 1A Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran 22 Julai 2020 Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama, 2019 Bagi Kerajaan Malaysia

CMD. 2 Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan 22 Julai 2020 Pertama, 2019

CMD. 2A Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran 22 Julai 2020 Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Bagi Tahun 2019

CMD. 3 Penyata Keluaran Wang Daripada Kumpulan Wang Luar 22 Julai 2020 Jangka Bagi Tempoh 1 Januari 2019 Hingga 31 Disember 2019, Menurut Peraturan 68 Di Bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

CMD. 4 Penyata Anggaran Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan 22 Julai 2020 Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020

CMD. 4A Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran 22 Julai 2020 Perbelanjaan Mengurus (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020

CMD. 5 Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 22 Julai 2020 (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan Tahun 2020

CMD. 5A Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran 22 Julai 2020 Perbelanjaan Pembangunan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020

18 AUM DR 22/7/2020

**UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Ucapan Bertanggungjawab

1. 22.07.2020 1. YB Tuan Wong 1. Peruntukan untuk 1. YB Menteri

(Rabu) Hon Wai (Bukit Pembangunan Kesihatan Bendera) Hospital dan Klinik Kesihatan di Bukit

Bendera

2. 22.07.2020 2. YB Tuan Steven 2. Statistik Syarikat 2. YB Menteri

(Rabu) Choong Shiau Dan Perkongsian Perdagangan Yoon (Tebrau) Liabiliti Terhad Dalam Negeri Dan Hal Ehwal

Pengguna

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)