DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 6 MEI 2010, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 9

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1231-L9514 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) adakah Program Rakan Cop yang dilaksanakan memberi kesan terhadap pengurangan kadar jenayah di negara ini. Berapa peratus pengurangan jenayah melalui program ini berbanding keahlian Rakan Cop; dan

(b) berapa bilangan pondok polis kecil (pondok bit) yang telah dibina oleh Kerajaan bagi melaksanakan Sistem Salleh. Berapa jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi pelaksanaan sistem ini.

2. PN-1231-L9111 Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kementerian telah menjalankan kajian sejauh mana isu "brain-drain" di negara ini telah mengakibatkan kekurangan tenaga profesional dalam bidang-bidang tertentu dan apakah strategi Kementerian dalam menangani isu ini memandangkan ia adalah elemen yang penting dalam kejayaan Model Ekonomi Baru.

3. PN-1231-L9646 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan syarat-syarat dan kriteria pelantikan ahli-ahli jawatankuasa kariah masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Sejauh manakah pandangan dan pendapat ahli-ahli kariah diambil kira dalam pelantikan jawatankuasa kariah sesuatu masjid itu.

2 AUM DN 6/5/2010

4. PN-1231-L9261 Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-

(a) statistik rakyat Malaysia yang ditahan di penjara luar negara tanpa sebarang pertuduhan; dan

(b) apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian dalam memastikan kes seperti "Pak Omar" yang dipenjara di penjara Laos tidak berlaku lagi.

5. PN-1231-L9313 Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan 'roadmap' dan 'timeline' yang dirancang untuk memperkasa teknologi hijau dan mengharmonikan kesejahteraan alam di Malaysia dan apakah kedudukan negara dalam 'green index' dunia dan sejauh manakah janji Perdana Menteri mengenai hal ini telah dilaksanakan.

6. PN-1231-L9382 Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) langkah-langkah yang akan diambil untuk memulihkan kredibiliti Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) dan data yang dihasilkan seperti GDP, inflasi dan perdagangan luar negeri kerana ia tidak mengumumkan sendiri data-data tersebut sebagaimana yang diamalkan oleh agensi perangkaan tersohor seperti ABS, Australia;StatCan, Canada;LBS, USA dan NSO, UK; dan

(b) apakah persediaan yang telah dan akan dibuat oleh Kerajaan untuk menyusun ‘Green GDP’ selaras dengan usaha untuk berganjak ke arah ‘Green Economy’.

7. PN-1231-L9280 Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kejohanan bola sepak dunia akan bermula tidak lama lagi. Apakah Kerajaan berhasrat mengeluarkan lesen pertaruhan untuk menggelakkan perjudian haram.

8. PN-1231-L9609 Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah kekurangan tenaga elektrik yang kronik di Sabah.

3 AUM DN 6/5/2010

9. PN-1231-L9710 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian demi menggalakkan integrasi kebudayaan berbilang kaum di tanah air agar muncul sebagai kebudayaan Malaysia yang unik.

10. PN-1231-L9293 Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah inisiatif baru Kerajaan bagi menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti interaksi sosial masyarakat yang positif serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

11. PN-1231-L9328 Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pembaharuan program Jabatan Perpaduan Negara sesuai dengan Gagasan 1Malaysia. Tidakkah program rukun tetangga masih lagi ditakuk lama.

12. PN-1231-L9178 Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) sejak perlaksanaan SUBUR (Subsidi Beras Untuk Rakyat), berapakah jumlah subsidi telahpun diberikan; dan

(b) berapakah orang telahpun mendapat manfaat daripada rancangan tersebut.

13. PN-1231-L9735 Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setelah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat keputusan untuk memajukan tanah Kerajaan Persekutuan di Sungai Buloh, Selangor dan apakah kesan kepada masyarakat tempatan di kawasan tersebut dalam projek pembangunan ini.

14. PN-1231-L9128 Puan Doris Brodie minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan hasrat bagi mewujudkan jawatan pembantu guru bagi mengatasi bebanan tugas guru khususnya pentadbiran dan perkeranian supaya dapat menumpukan perhatian kepada tugas utama iaitu mengajar dan mendidik pelajar.

15. PN-1231-L9760 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan-tindakan proaktif yang akan dimainkan oleh Kementerian untuk membanteras Skim Cepat Kaya supaya rakyat tidak lagi mudah tertipu. 4 AUM DN 6/5/2010

16. PN-1231-L9133 Tan Sri Datuk Dr. Jins bin Shamsudin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tidakkah Kementerian melakukan kajian ke atas pelajar-pelajar asing sama ada mereka datang ke negara ini semata-mata untuk melanjutkan pengajian atau sekadar menggunakan visa pelajar bagi membolosi pasaran pekerjaan di Malaysia.

17. PN-1231-L9103 Dato' Sri Empiang Jabu minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada terdapatnya sokongan dari Kerajaan sempena kempen padamkan lampu 'Earth Hour' seperti yang telah dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) pada 20 Mac 2010 dan apakah langkah-langkah yang telah diambil ataupun yang telah dirancang untuk menyokong Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha menangani isu perubahan cuaca akibat pemanasan global.

18. PN-1231-L9702 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha Kementerian untuk mencegah pelajar yang tecicir yang berbakat baik dari segi akademik mahupun sukan dari berhijrah ke Singapura.

19. PN-1231-L9312 Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi memperbaiki taraf hidup dan kebajikan Orang Asli sehingga memerlukan satu perhimpunan Orang Asli di Putrajaya baru-baru ini.

20. PN-1231-L9273 Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan setelah kabinet mengambil keputusan atas dasar untuk menggelakkan kebanjiran pekerja asing, dalam pada masa yang sama Kerajaan juga komited dan berusaha melakukan banyak penambahbaikkan bagi memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan akan tetapi ia tidak akan memberi impak selagi pihak Kementerian membenarkan pengambilan pekerja asing seperti baru-baru ini 100,000 pekerja asing diambil oleh pihak Kementerian. Apakah rasionalnya pihak Kementerian melanggar dasar Kerajaan ini.

21. PN-1231-L9349 Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapa banyakkah Kementerian dan agensi yang terlibat dalam program 'Brain Gain' untuk menarik warganegara Malaysia dari luar negara kembali berkhidmat di Malaysia. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan program- program tersebut untuk menarik mereka kembali ke tanah air.

5 AUM DN 6/5/2010

22. PN-1231-L9493 Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam mengurangkan dan mengatasi ancaman wabak H1N1 dan demam denggi memandangkan kes-kes jangkitan dan statistik kematian sedang meningkat.

23. PN-1231-L9641 Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah prosedur yang perlu dipenuhi untuk membolehkan permohonan pihak sami diluluskan dengan segera bagi menjalankan upacara-upacara keagamaan seperti membaca kitab dan sembahyang di rumah-rumah ibadat.

24. PN-1231-L9035 Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendekatan Kerajaan dan SPRM untuk memberi kesedaran kepada umum termasuk anak-anak sekolah tentang bahaya rasuah dan adakah langkah-langkah itu membawa kesan yang positif.

25. PN-1231-L9455 Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah perbelanjaan penyelenggaraan jalan raya Persekutuan dan negeri di bawah Kementerian bagi tahun 2009 dan anggaran bagi 2010 dan nyatakan mengapakah Kementerian perlu membiayai penyelengaraan jalan raya negeri.

26. PN-1231-L9113 Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bentuk jalinan kerjasama yang ingin dijalankan dengan pihak swasta dalam membangunkan sistem pendidikan negara.

27. PN-1231-L9469 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah bentuk-bentuk insentif, latihan serta tajaan pihak Kementerian bagi artis tempatan (pemuzik, penyanyi, pelakon, kumpulan tarian dan sebagainya) dalam meningkatkan bakat serta kapasiti mereka memandangkan ramai yang mempunyai bakat yang tinggi serta mendapat sambutan dan pengikhtirafan dari luar negara.

28. PN-1231-L9284 Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PELAJARAN menyatakan seorang bekas pengetua di Kuantan, Chow Ah Soon @ Chow Heng Soon, 510915-06-5081, telah bersara pada 14 September 2007 dengan gred DG48. Beliau sepatutnya dinaikkan pangkat 52 sebelum bersara kerana memenuhi semua syarat kenaikan pangkat. Beliau telah menulis kepada Kementerian pada 13 Mac 2006 dan diberitahu kesnya sedang dikaji. Mengapa kes seperti ini boleh terjadi dan telah berlanjutan begitu lama.

6 AUM DN 6/5/2010

29. PN-1231-L9432 Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kementerian bagi mengendalikan program usahawan dan apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan bagi menggalakkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar IPT.

30. PN-1231-L9547 Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang di bawah Kanun Keseksaan bagi membolehkan hukuman turut dikenakan terhadap lelaki dalam usaha membendung perbuatan membuang bayi di negara ini.

31. PN-1231-L9624 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah pemantauan yang dilakukan untuk memastikan pembelajaran modul 'hubungan etnik' di IPTA dan IPTS dipatuhi dengan saksama dan mencapai matlamat yang diharapkan. Setakat ini, berapakah bilangan pelajar yang gagal dalam peperiksaan itu dan dikehendaki mengulangnya semula.

32. PN-1231-L9664 Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa kebanyakan rancangan FELDA sawit mengenakan tahanan hingga 20 peratus daripada pendapatan peneroka setiap kali hantaran buah sawit ke kilang tanpa diberitahu kepada tahanan itu dibuat dan tanpa resit. Apakah tujuan tahanan itu dan tidakkah ini menyalahi undang-undang.

33. PN-1231-L9182 Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-

(a) berapakah jumlah pinjaman yang telahpun disalur keluar melalui Skim Belia Niaga (SBN) dan apakah sebab-sebab skim tersebut yang dianggap sebagai usaha Kerajaan menggalakkan golongan belia menceburi bidang perniagaan telahpun dibekukan; dan

(b) bilakah skim tersebut akan dibuka semula ataupun pihak Kementerian akan merancang untuk memperkenalkan skim baru bagi menggantikannya.

34. PN-1231-L9489 Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta PERDANA MENTERI menyatakan bidang tugas syarikat perunding yang dilantik, APCO Worldwide dan Mind Teams, kos yang dikeluarkan oleh Kerajaan serta manfaat yang telah dicapai sepanjang tempoh perkhidmatan yang diterima Malaysia.

7 AUM DN 6/5/2010

35. PN-1231-L9151 Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah kelas Permata Negara telah ditubuhkan dan bilakah kelas ini akan ditubuhkan di kawasan-kawasan luar bandar.

36. PN-1231-L9088 Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah tujuh klon getah bermutu tinggi yang diperkenalkan oleh RISDA pada akhir tahun lepas dijangka akan dapat meningkatkan pengeluaran getah negara di masa akan datang dan berapa peratuskah anggaran kenaikan pendapatan pekebun-pekebun kecil getah dengan penggunaan klon-klon ini.

37. PN-1231-L9473 Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tahap persiapan yang telah dibuat untuk pelaksanaan sistem cukai GST, jumlah dilaburkan untuk penyediaan sistem, model negara yang dicontohi, serta kajian kesan pembayaran semula GST yang melibatkan peniaga atau pengusaha peringkat penyediaan.

38. PN-1231-L9072 Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan dapat membuat satu bentuk formula dan mekanisme struktur fee langganan jalur lebar mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah, sejajar dengan inisiatif jalur lebar kebangsaan (NBI).

39. PN-1231-L9784 Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengapakah tidak ada seorang India pun yang diberikan lesen pemegang pajak gadai untuk menjalankan perniagaan tersebut dan adakah bangsa menjadi salah satu kriteria yang perlu dipenuhi di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan Peraturan- peraturan Pemegang Pajak Gadai (dipinda) 2004.

40. PN-1231-L9597 Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax - GST) perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dan apakah sebab- sebab pelaksanaannya telah pun ditangguhkan dan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji secara mendalam dari segi kelemahan- kelemahan dalam sistem kutipan cukai yang sedia ada sebelum GST dilaksanakan.

8 AUM DN 6/5/2010

41. PN-1231-L9257 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan usahawan wanita yang telah menyertai program wanita dan nyatakan sejauh manakah kejayaan program wanita dalam membangunkan usahawan wanita bagi perniagaan dalam talian.

42. PN-1231-L9402 Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah sindiket penyeludupan rokok ke negara ini yang dianggar bernilai RM1 bilion setahun tidak dapat dibendung sedangkan ia amat merugikan Kerajaan sehingga RM1.5 bilion setahun.

43. PN-1231-L9496 Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta PERDANA MENTERI menyatakan status usaha mendapatkan kembali enjin jet F5-E dari Amerika Selatan yang diketuai oleh Peguam Negara, kos mengendalikan usaha membawa pulang serta tahap siasatan lengkap ke atas semua pihak yang berkemungkinan bersubahat.

44. PN-1231-L9162 Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah pembuangan bayi selain daripada Projek Kami Prihatin dan adakah Kerajaan bercadang hendak mengadakan satu undang-undang untuk mengatasi masalah ini.

45. PN-1231-L9420 Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah benar pengambilan guru-guru J-Qaf telah dihentikan dan status perancangan pengajian J-Qaf di peringkat sekolah menengah sama ada diteruskan atau tidak akan dilaksanakan.

46. PN-1231-L9682 Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian bagi membantu masalah tuntutan nafkah kepada wanita bukan Islam yang selaras dengan bantuan disediakan kepada wanita Islam di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

9 AUM DN 6/5/2010

47. PN-1231-L9792 Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk menyelaraskan Skim 'Gated and Guarded Community' dengan National Land Code 1965, The Strata Title Act 1985, The Town and Country Planning Act 1976, the Housing Development (Control and Licensing) Act 1966, and The Street, Drainage and Building Act 1974 supaya ia dapat memberi panduan yang jelas kepada PBT agar tidak melanggar apa-apa undang-undang dan peraturan.

48. PN-1231-L9243 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan latihan industri oleh graduan menepati bidang pengajian dan tidak dijadikan tenaga kerja murahan.

49. PN-1231-L9764 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah rasionalnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) masih mengharamkan rakyat daripada menggunakan 'Parabolic Dish Antenna' untuk mendapat siaran tv dan 'data communication' daripada luar negara sedangkan rakyat negara-negara maju, negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand bebas digunakan tetapi di Malaysia cuma VVIP dan penduduk terpencil di Sabah dan Sarawak sahaja yang dibenarkan.

50. PN-1231-L9524 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang pembangunan perbankan Islam di negara kita. Berapa buah bank Islam asing yang telah membuka cawangan perbankan Islam mereka di negara ini. Apakah ianya tidak menjejaskan kedudukan Bank Islam dan perbankan Islam yang dilaksanakan oleh bank-bank tempatan.

51. PN-1231-L9538 Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah tenaga akademik bertaraf profesor di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan nyatakan sejauh mana penubuhan Majlis Profesor Negara (MPN) dapat menyumbang bagi meningkatkan kecemerlangan negara dalam pelbagai sektor.

52. PN-1231-L9170 Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) adakah Kementerian merancang untuk mendirikan hospital baru di Sri Aman, Sarawak untuk menggantikan hospital lama yang amat uzur sekarang; dan

(b) sekiranya ya, apakah status perkembangan sehingga kini.

10 AUM DN 6/5/2010

53. PN-1231-L9575 Datuk Sim Kheng Hui minta MENTERI PELAJARAN menyatakan faktor- faktor yang menyebabkan projek pembinaan blok baru bagi SMK Bandar Kuching 1, Kuching, Sarawak tidak dapat dimulakan walaupun blok yang lama telah hangus di dalam kebakaran yang berlaku dua tahun lalu. Pada ketika itu, sebanyak RM200,000 telah diperuntukkan khas bagi pembinaan blok sementara namun pembinaan blok baru masih tidak dapat dijalankan walaupun pelan pembinaan dan permohonan berkenaan telah dikemukakan.

54. PN-1231-L9081 Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian telah membuat kajian sejauh mana peraturan 3P iaitu pengredan, pembungkusan dan pelabelan produk pertanian yang akan dilaksanakan akan meningkatkan harga produk pertanian dan adakah peraturan yang sama akan dikenakan kepada peniaga-peniaga pasar tani yang kebanyakannya adalah petani kecil-kecilan.

55. PN-1231-L9198 Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan laporan penilaian terhadap penubuhan Angkatan Marin dalam mempertahankan kepulauan-kepulauan Malaysia dari menjadi perebutan dengan kuasa luar.

56. PN-1231-L9654 Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan tujuan pertemuannya dengan Menteri Pertahanan Zionis, Barak yang bertanggungjawab atas pembunuhan dan pemusnahan di Gaza baru-baru ini. Ekoran kemarahan sebahagian rakyat Palestin terhadap pertemuan itu apakah pula usaha yang dicuba oleh beliau untuk mengendurkannya.

57. PN-1231-L9365 Puan Doris Brodie minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah idea penubuhan sistem sekolah satu aliran boleh menyumbang kepada penyatuan masyarakat dalam mencapai matlamat Gagasan 1Malaysia.

58. PN-1231-L9306 Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah yang sedang diusahakan oleh Kerajaan dan Malaysia Biotechnology Corporation untuk memudahkan para graduan bioteknologi dari dalam dan luar negara ke dalam industri bioteknologi Malaysia.

59. PN-1231-L9190 Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tahap rahsia yang ada di dalam Kementerian sehingga sidang taklimat GST 8 Mac 2010 diadakan untuk Ahli Parlimen .

11 AUM DN 6/5/2010

60. PN-1231-L9279 Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah di "Malaysians Students Department, London" tidak terdapat akhbar-akhbar utama negara yang memenuhi ruangan membaca, sebaliknya hanya terdapat akhbar-akhbar "nyamuk" dan akhbar-akhbar pro-pembangkang yang menjadi bahan bacaan utama, sedangkan di sinilah tempat berhimpunnya pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara dan siapakah sebenarnya pentadbir di "Malaysians Students Department, London" ini.

61. PN-1231-L9637 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memantau dan memastikan bahawa Pihak-pihak Berkuasa Tempatan mematuhi peraturan menggunakan Bahasa Kebangsaan terutama pada papan-papan iklan.

62. PN-1231-L9752 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula 'Feed-in Tariff' yang dibayar kepada pemaju janakuasa kecil di bawah Program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang boleh Diperbaharui (SREP) iaitu kini cuma dibayar sebanyak 19sen/kwj berbanding dengan di Thailand sebanyak 8bath/kwj bagi tenaga suria, 4.5bath/kwj bagi tenaga daripada angin dan 3.6bath/kwj bagi tenaga daripada bahan buangan.

63. PN-1231-L9446 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimanakah tahap serta kaedah pemuliharaan lautan negara memandangkan pencemaran lautan semakin meningkat dan ia merupakan masalah global.

64. PN-1231-L9564 Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kementerian bercadang membina kampus politeknik metro di bandar-bandar besar bertujuan menampung keperluan pekerja mahir dalam industri perkhidmatan.

65. PN-1231-L9406 Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan bagaimanakah Kementerian menyedar dan menyakinkan rakyat bahawa inovasi dan kreativiti adalah juga milik mereka dan bukan milik kumpulan intelek sahaja dan bagaimana Kementerian boleh menukar minda masyarakat di semua lapisan untuk mempunyai pemikiran yang inovatif dan kreatif.

12 AUM DN 6/5/2010

66. PN-1231-L9727 Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah Kementerian bercadang mengadakan One Stop Center di setiap daerah atau kawasan Parlimen untuk program kaunseling keluarga dan sebagainya bagi mengatasi masalah gejala sosial.

67. PN-1231-L9264 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah sebabnya Pelaburan Terus Asing (FDI) negara bagi tahun 2009 menurun dan adakah ini menggambarkan penurunan daya saing negara.

68. PN-1231-L9153 Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI KEWANGAN menyatakan siapakah penyandang terbanyak jawatan pengerusi, bagi GLC, Lembaga dan lain-lain yang ada kaitan Kerajaan dan apakah benar dikatakan ada pesara Kerajaan memegang sehingga lebih 30 jawatan pengerusi.

69. PN-1231-L9059 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan bagi mengikhtiraf dan membantu suri rumah yang berperanan mengukuhkan institusi keluarga.

70. PN-1231-L9739 Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan memandangkan kebersihan Bandaraya Kuala Lumpur menjadi salah satu agenda dalam pembangunan bandar, apakah Kementerian sedar terdapat banyak tandas-tandas awam di lokasi pelancongan masih dalam keadaan daif. Apakah Kementerian mempunyai satu rangka pengubahsuaian dan menaik taraf atau pengswastaan tandas-tandas awam di sekitar kawasan bandar raya agar dapat mencerminkan perkhidmatan yang cemerlang.

71. PN-1231-L9478 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapakah Kementerian belum menjadikan keperluan bahawa setiap bangunan pejabat dan bangunan komersial haruslah 'energy efficient' sesuatu yang wajib dan MS 1525 yang diguna pakai sekarang hanya berperanan sebagai 'guideline' sahaja. Apakah benar Malaysia dijangka mengimport tenaga selepas 2012 memandangkan sumber tenaga semakin ketandusan.

13 AUM DN 6/5/2010

72. PN-1231-L9390 Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan sekolah-sekolah menengah di Sabah yang "menumpang" bangunan sekolah rendah dan adakah Kementerian bercadang untuk membina sekolah-sekolah mereka sendiri dalam masa terdekat.

73. PN-1231-L9215 Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah dan mengapa pelabur asing menarik balik pelaburan mereka di Malaysia.

74. PN-1231-L9228 Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan menimbangkan untuk menyediakan pengajaran subjek Bahasa Cina di semua aliran sekolah kebangsaan di Malaysia atas sebab peningkatan pesat pelajar Melayu di SJK(C).

75. PN-1231-L9714 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bidang kuasa Kementerian terhadap pentadbiran dan pengurusan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan serta langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kementerian terhadap pegawai-pegawai yang mengambil langkah yang tidak mesra rakyat untuk menjatuhkan imej Kerajaan.

76. PN-1231-L9143 Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapakah Kementerian tidak mewujudkan satu bank D.N.A, sebagai satu cara yang digunakan untuk mengenal pasti pendatang asing yang berada di Malaysia.

77. PN-1231-L9131 Puan Doris Brodie minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah pendidikan pra sekolah di rumah-rumah panjang dapat diwujudkan selari dengan hasrat Kerajaan bagi meningkatkan jumlah pelajar mengikuti pra sekolah.

78. PN-1231-L9105 Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memberikan hadiah sebanyak RM2,000 kepada para sasterawan dan aktivis kebudayaan seperti Sasterawan Negara yang turut menyumbang kepada memperkasakan kebudayaan negara ini, sama seperti yang disumbangkan kepada beberapa orang seniman perfileman negara.

14 AUM DN 6/5/2010

79. PN-1231-L9055 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh Kementerian untuk mempastikan media-media terutamanya media arus perdana tidak mencetuskan isu perkauman yang boleh mengancam keselamatan negara.

80. PN-1231-L9437 Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil jualan NGV mengikut negeri dan jumlah kenderaan awam dan individu yang menggunakan NGV sehingga 2010 mengikut negeri dan apakah Kerajaan bercadang untuk memberikan insentif kepada penggunaan NGV.

81. PN-1231-L9783 Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tindakan dan langkah-langkah penyelesaian yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan beban orang miskin berpendapatan rendah yang menghadapi masalah kewangan selepas melabur untuk membeli rumah pangsa kos rendah yang kini sudah terbengkalai.

82. PN-1231-L9536 Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan dan didakwa di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi tempoh dari tahun 2000 hingga 2009 serta nyatakan langkah-langkah Kerajaan untuk membendung kes ini.

15 AUM DN 6/5/2010

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-

“Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 70 (1), Majlis memutuskan iaitu Ahli-ahli yang berikut hendaklah dilantik menjadi Ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Penggal Ketiga Parlimen Kedua Belas. Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan adalah seperti berikut:-

1) YB. Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang (Pengerusi) (Tuan Yang-Dipertua Dewan Negara)

2) YB. Sen. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

3) YB. Sen. Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy

4) YB. Sen. Datuk Maijol Mahap

5) YB. Sen. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

2. (D.R. 11/2010) Rang Undang-undang Lembaga Bacaan Kali Pelesenan Kenderaan Perdagangan Yang Kedua (Pindaan) 2010

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

3. (D.R. 4/2010) Rang Undang-undang Perdagangan “ Strategik 2010

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

4. (D.R. 7/2010) Rang Undang-undang Persaingan 2010 “

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

16 AUM DN 6/5/2010

5. (D.R. 6/2010) Rang Undang-undang Suruhanjaya Bacaan Kali Persaingan 2010 Yang Kedua

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

6. (D.R. 5/2010) Rang Undang-undang Perlindungan “ Pemberi Maklumat 2010

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

7. (D.R. 17/2010) Rang Undang-undang Kanun Tatacara “ Jenayah (Pindaan) 2010

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

8. PN-1231-U9159 Tan Sri Datuk Dr. Jins bin Shamsudin akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menyanyikan lagu Negaraku sebaik sahaja doa dibacakan setiap kali persidangan Parlimen Dewan Negara dan berlangsung, sesuai dengan prinsip Rukun Negara dan kesetiaan kepada Raja dan negara."

[Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

9. PN-1231-U9610 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk mensifarkan pekerja asing di negara ini. kebanjiran pekerja asing sama ada yang sah di sisi undang-undang dan yang haram kini terlalu ramai (melebihi 3 juta orang) berada di negara ini dan menyaksikan pelbagai masalah wujud seperti meminggirkan peluang-peluang rakyat tempatan dalam memperolehi pekerjaan, menggugat keselamatan, pengaliran keluar Ringgit Malaysia keluar negeri yang terlalu besar, mengganggu gugat ketenteraman awam dan negara, mencorakkan budaya Malaysia menjadi kacau bilau, menyuburkan sikap majikan agar terus-menerus bergantung kepada pekerja asing, mengundang jenayah, mencambahkan aspek sosial yang negatif dan sebagainya yang merugikan negara.

17 AUM DN 6/5/2010

Oleh itu, disarankan supaya Kerajaan patut menghentikan semua pengambilan pekerja asing secara tegas mulai sekarang dan mengurangkan mereka yang sudah ada secara beransur sehingga mencapai tahap sifar pekerja asing serta tidak membaharui permit mereka yang telah tamat tempoh. Dalam masa yang sama Kerajaan perlu mengadakan satu Pelan Perdana yang strategik serta menyeluruh supaya segala bidang pekerjaan di negara ini diisi oleh rakyat tempatan."

[Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

10. PN-1231-U9394 Datuk Akbar bin Ali akan mencadangkan:-

" Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk membantu Ahli Dewan Negara melaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan lagi Konsep 1Malaysia; Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan dan program turun padang maka disyorkan perkara seperti berikut diambil perhatian :-

a) Elaun perjalanan diperluaskan agar meliputi tugas-tugas menghadiri majlis/aktiviti anjuran pertubuhan-pertubuhan yang sah, melawat rakyat yang ditimpa bencana dan tugas-tugas amal yang seumpama dengannya. Untuk memudahkan urusan tuntutan bagi kerja-kerja seperti ini maka Ahli Dewan Negara diberikan elaun tetap perjalanan sebanyak RM1,000 sebulan dan tidak boleh ditolak dari tuntutan bagi aktiviti rasmi/anjuran jabatan kerajaan.

b) Menaikkan elaun tetap pemandu kepada RM2,300 sebulan untuk meliputi gaji, elaun lebih masa/makan/penginapan; dan

c) Peruntukan sebanyak RM200,000 bagi tempoh 3 tahun dinaikkan kepada RM300,000 bagi tempoh yang sama."

[Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

11. PN-1231-U9802 Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap penyalahgunaan minuman keras dan alkohol di kalangan masyarakat kita, terutama di kalangan remaja bermula dari usia 16 tahun. Gejala ini amat dibimbangkan dan ia akan membawa padah kepada masa depan negara jika kita tidak mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin. Oleh itu, saya mengambil kesempatan melalui mesyuarat Dewan Negara ini untuk menampilkan usul penggubalan undang-undang untuk menangani penyalahgunaan alkohol dan minuman keras di kalangan masyarakat kita dengan mengambil langkah-langkah berikut :-

18 AUM DN 6/5/2010

(1) Mengubah dan meningkatkan umur seseorang untuk membeli minuman keras dan alkohol secara sah dari segi undang-undang dari 18 tahun ke 21 tahun. Hukuman berat dan denda yang maksimum juga harus dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang di bawah umur 21 tahun jika mereka didapati membeli minuman alkohol dan minuman keras.

(2) Memperkenalkan sistem lesen baru yang mengawal waktu penjualan alkohol dan minuman keras, contohnya seperti mengehadkan waktu penjualan dari 11.00 pagi sehingga pukul 9.00 malam.

(3) Mempunyai undang-undang untuk menangani masalah-masalah pengambilan minuman keras dan alkohol di tempat awam dan menjadikan pengambilan minuman ini di tempat awam sebagai satu jenayah di mana boleh ditangkap dan didakwa di bawah kanun undang-undang.

(4) Memperketatkan lagi kanun undang-undang yang mengawal penjualan alkohol dan minuman keras oleh peniaga-peniaga kepada remaja dan juga pelajar-pelajar di bawah umur. Contohnya apabila mana-mana peniaga menjual alkohol dan minuman keras kepada pelajar-pelajar dan remaja di bawah umur, lesen kedai peniaga itu haruslah ditarik dan dibatalkan dan mengenakan denda yang maksimum terhadap peniaga tersebut.

(5) Memperkenalkan undang-undang baru untuk pendaftaran dan mengawal penjualan minuman-minuman keras buatan tempatan, contohnya seperti samsu dan ia mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat India yang tinggal di estet, kerana harga minuman ini adalah sangat murah dan senang didapati di kawasan pedalaman secara haram.

(6) Menubuhkan satu pusat pencegahan, penyelidikan, dan pemulihan alkohol Malaysia seperti di Amerika Syarikat dan Australia untuk mengadakan penyelidikan dari semasa ke semasa. "

[Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]