MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 6 MEI 2010, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 9 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1231-L9514 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) adakah Program Rakan Cop yang dilaksanakan memberi kesan terhadap pengurangan kadar jenayah di negara ini. Berapa peratus pengurangan jenayah melalui program ini berbanding keahlian Rakan Cop; dan (b) berapa bilangan pondok polis kecil (pondok bit) yang telah dibina oleh Kerajaan bagi melaksanakan Sistem Salleh. Berapa jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi pelaksanaan sistem ini. 2. PN-1231-L9111 Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kementerian telah menjalankan kajian sejauh mana isu "brain-drain" di negara ini telah mengakibatkan kekurangan tenaga profesional dalam bidang-bidang tertentu dan apakah strategi Kementerian dalam menangani isu ini memandangkan ia adalah elemen yang penting dalam kejayaan Model Ekonomi Baru. 3. PN-1231-L9646 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan syarat-syarat dan kriteria pelantikan ahli-ahli jawatankuasa kariah masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Sejauh manakah pandangan dan pendapat ahli-ahli kariah diambil kira dalam pelantikan jawatankuasa kariah sesuatu masjid itu. 2 AUM DN 6/5/2010 4. PN-1231-L9261 Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :- (a) statistik rakyat Malaysia yang ditahan di penjara luar negara tanpa sebarang pertuduhan; dan (b) apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian dalam memastikan kes seperti "Pak Omar" yang dipenjara di penjara Laos tidak berlaku lagi. 5. PN-1231-L9313 Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan 'roadmap' dan 'timeline' yang dirancang untuk memperkasa teknologi hijau dan mengharmonikan kesejahteraan alam di Malaysia dan apakah kedudukan negara dalam 'green index' dunia dan sejauh manakah janji Perdana Menteri mengenai hal ini telah dilaksanakan. 6. PN-1231-L9382 Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) langkah-langkah yang akan diambil untuk memulihkan kredibiliti Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) dan data yang dihasilkan seperti GDP, inflasi dan perdagangan luar negeri kerana ia tidak mengumumkan sendiri data-data tersebut sebagaimana yang diamalkan oleh agensi perangkaan tersohor seperti ABS, Australia;StatCan, Canada;LBS, USA dan NSO, UK; dan (b) apakah persediaan yang telah dan akan dibuat oleh Kerajaan untuk menyusun ‘Green GDP’ selaras dengan usaha untuk berganjak ke arah ‘Green Economy’. 7. PN-1231-L9280 Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kejohanan bola sepak dunia akan bermula tidak lama lagi. Apakah Kerajaan berhasrat mengeluarkan lesen pertaruhan untuk menggelakkan perjudian haram. 8. PN-1231-L9609 Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah kekurangan tenaga elektrik yang kronik di Sabah. 3 AUM DN 6/5/2010 9. PN-1231-L9710 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian demi menggalakkan integrasi kebudayaan berbilang kaum di tanah air agar muncul sebagai kebudayaan Malaysia yang unik. 10. PN-1231-L9293 Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah inisiatif baru Kerajaan bagi menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti interaksi sosial masyarakat yang positif serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat. 11. PN-1231-L9328 Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pembaharuan program Jabatan Perpaduan Negara sesuai dengan Gagasan 1Malaysia. Tidakkah program rukun tetangga masih lagi ditakuk lama. 12. PN-1231-L9178 Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :- (a) sejak perlaksanaan SUBUR (Subsidi Beras Untuk Rakyat), berapakah jumlah subsidi telahpun diberikan; dan (b) berapakah orang telahpun mendapat manfaat daripada rancangan tersebut. 13. PN-1231-L9735 Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setelah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat keputusan untuk memajukan tanah Kerajaan Persekutuan di Sungai Buloh, Selangor dan apakah kesan kepada masyarakat tempatan di kawasan tersebut dalam projek pembangunan ini. 14. PN-1231-L9128 Puan Doris Brodie minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan hasrat bagi mewujudkan jawatan pembantu guru bagi mengatasi bebanan tugas guru khususnya pentadbiran dan perkeranian supaya dapat menumpukan perhatian kepada tugas utama iaitu mengajar dan mendidik pelajar. 15. PN-1231-L9760 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan-tindakan proaktif yang akan dimainkan oleh Kementerian untuk membanteras Skim Cepat Kaya supaya rakyat tidak lagi mudah tertipu. 4 AUM DN 6/5/2010 16. PN-1231-L9133 Tan Sri Datuk Dr. Jins bin Shamsudin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tidakkah Kementerian melakukan kajian ke atas pelajar-pelajar asing sama ada mereka datang ke negara ini semata-mata untuk melanjutkan pengajian atau sekadar menggunakan visa pelajar bagi membolosi pasaran pekerjaan di Malaysia. 17. PN-1231-L9103 Dato' Sri Empiang Jabu minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada terdapatnya sokongan dari Kerajaan sempena kempen padamkan lampu 'Earth Hour' seperti yang telah dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) pada 20 Mac 2010 dan apakah langkah-langkah yang telah diambil ataupun yang telah dirancang untuk menyokong Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha menangani isu perubahan cuaca akibat pemanasan global. 18. PN-1231-L9702 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah usaha Kementerian untuk mencegah pelajar yang tecicir yang berbakat baik dari segi akademik mahupun sukan dari berhijrah ke Singapura. 19. PN-1231-L9312 Tuan Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi memperbaiki taraf hidup dan kebajikan Orang Asli sehingga memerlukan satu perhimpunan Orang Asli di Putrajaya baru-baru ini. 20. PN-1231-L9273 Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan setelah kabinet mengambil keputusan atas dasar untuk menggelakkan kebanjiran pekerja asing, dalam pada masa yang sama Kerajaan juga komited dan berusaha melakukan banyak penambahbaikkan bagi memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan akan tetapi ia tidak akan memberi impak selagi pihak Kementerian membenarkan pengambilan pekerja asing seperti baru-baru ini 100,000 pekerja asing diambil oleh pihak Kementerian. Apakah rasionalnya pihak Kementerian melanggar dasar Kerajaan ini. 21. PN-1231-L9349 Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapa banyakkah Kementerian dan agensi yang terlibat dalam program 'Brain Gain' untuk menarik warganegara Malaysia dari luar negara kembali berkhidmat di Malaysia. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan program- program tersebut untuk menarik mereka kembali ke tanah air. 5 AUM DN 6/5/2010 22. PN-1231-L9493 Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah Kementerian dalam mengurangkan dan mengatasi ancaman wabak H1N1 dan demam denggi memandangkan kes-kes jangkitan dan statistik kematian sedang meningkat. 23. PN-1231-L9641 Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah prosedur yang perlu dipenuhi untuk membolehkan permohonan pihak sami diluluskan dengan segera bagi menjalankan upacara-upacara keagamaan seperti membaca kitab dan sembahyang di rumah-rumah ibadat. 24. PN-1231-L9035 Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendekatan Kerajaan dan SPRM untuk memberi kesedaran kepada umum termasuk anak-anak sekolah tentang bahaya rasuah dan adakah langkah-langkah itu membawa kesan yang positif. 25. PN-1231-L9455 Puan Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah perbelanjaan penyelenggaraan jalan raya Persekutuan dan negeri di bawah Kementerian bagi tahun 2009 dan anggaran bagi 2010 dan nyatakan mengapakah Kementerian perlu membiayai penyelengaraan jalan raya negeri. 26. PN-1231-L9113 Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bentuk jalinan kerjasama yang ingin dijalankan dengan pihak swasta dalam membangunkan sistem pendidikan negara. 27. PN-1231-L9469 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah bentuk-bentuk insentif, latihan serta tajaan pihak Kementerian bagi artis tempatan (pemuzik, penyanyi, pelakon, kumpulan tarian dan sebagainya) dalam meningkatkan bakat serta kapasiti mereka memandangkan ramai yang mempunyai bakat yang tinggi serta mendapat sambutan dan pengikhtirafan dari luar negara. 28. PN-1231-L9284 Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PELAJARAN menyatakan seorang bekas pengetua di Kuantan, Chow Ah Soon @ Chow Heng Soon, 510915-06-5081, telah bersara pada 14 September 2007 dengan gred DG48. Beliau sepatutnya dinaikkan pangkat 52 sebelum bersara kerana memenuhi semua syarat kenaikan pangkat. Beliau telah menulis kepada Kementerian pada 13 Mac 2006 dan diberitahu kesnya sedang dikaji. Mengapa kes seperti ini boleh terjadi dan telah berlanjutan begitu lama. 6 AUM DN 6/5/2010 29. PN-1231-L9432
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages18 Page
-
File Size-