ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 18 APRIL 2011, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 2

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1241-L11623 Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rasionalnya cadangan untuk penyerapan pesara tentera ke dalam pasukan polis dan bagaimana prosedur dan pendekatan penyerapan tersebut akan dilaksanakan.

2. PN-1241-L11711 Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberi banyak bantuan kepada ibu tunggal melalui bantuan perbelanjaan persekolahan anak-anak, bantuan geran pelancaran dan sebagainya. Apakah bantuan yang disediakan kepada ibu tunggal yang berpendapatan rendah dan miskin.

3. PN-1241-L11890 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PELAJARAN menyatakan siapakah yang terlibat dalam penggubalan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral sekolah menengah dan bagaimanakah Kementerian memastikan sukatan itu sesuai dan mengambil kira sensitiviti pelajarnya yang bukan beragama Islam.

4. PN-1241-L12048 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah masalah integrasi sistem MRT dengan terminal bas dan kereta api akan dapat diatasi oleh SPAD dalam pelaksanaan sistem MRT yang baru.

5. PN-1241-L11484 Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keseriusan Kementerian dalam memastikan perkembangan perniagaan dan promosi terhadap industri minuman berasaskan roselle, teh, kopi dan koko dalam negara memandangkan ia menunjukkan prestasi jualan dan peningkatan penggemar di seluruh dunia.

2 AUM DN 18/4/2011

6. PN-1241-L11410 Dato Sri Mohd. Effendi bin Norwawi minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pencapaian oleh Talent Corporation Malaysia setakat ini, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Talent Corporation dan adakah YAB. Perdana Menteri yakin Talent Corporation ini boleh mencapai matlamat yang dihasratkan.

7. PN-1241-L12065 Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah komitmen Kerajaan Malaysia selain dari menangung kos menghantar semula pelajar ke Mesir. Berapakah jumlah kos yang ditanggung oleh Kerajaan dan apakah Kerajaan Negeri yang lain turut membantu. Berapakah pula jumlah kos bantuan mereka.

8. PN-1241-L11951 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan :-

(a) siapakah (jabatan mana) yang bertanggungjawab dalam DBKL untuk mempastikan bahawa Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dipatuhi dan dilaksanakan; dan

(b) kenapakah terlalu banyak papan-papan tanda nama (tanda nama kedai, nama-nama bangunan perniagaan, taman perumahan dan papan-papan iklan atau billboards ) dalam kawasan DBKL, terutama di sekitar Bangsar dan Lembah Pantai, yang mengabaikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dan mengingkari Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982.

9. PN-1241-L11587 Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan impak ekonomi negara terkini berikutan tragedi tsunami, gempa bumi dan letupan loji nuklear di negara Jepun dan krisis politik di Timur Tengah.

10. PN-1241-L11926 Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha-usaha serius yang diambil oleh pihak Kementerian bersama persatuan-persatuan sukan dalam menangani isu perbezaan prestasi yang terlalu ketara antara atlet utama negara dengan atlet pelapis dalam sukan teras seperti badminton, skuasy, olahraga dan bowling.

11. PN-1241-L11418 Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini projek-projek yang berimpak tinggi seperti KLIFD, pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh dan Warisan Merdeka seperti diumumkan dalam Bajet 2011.

3 AUM DN 18/4/2011

12. PN-1241-L11874 Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan perancangan untuk menambah waktu siaran Asyikfm yang mana ianya amat berkesan dalam penyampaian maklumat kepada seluruh masyarakat Orang Asli.

13. PN-1241-L12187 Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan Penampang adalah satu-satunya daerah di Sabah yang tidak mempunyai hospital Kerajaan. Bilakah Klinik Kesihatan Penampang, Donggongon yang baru akan dibina memandangkan tapak projek tersebut telah diambil alih oleh Kerajaan sejak tahun 2007.

14. PN-1241-L11457 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menyediakan dana khas geran penerbitan televisyen khusus untuk merangsang lebih banyak produk seperti drama sejarah, dokumentari dan program bersifat kenegaraan, patriotik dan mempunyai elemen perpaduan bangsa dapat dihasilkan secara konsisten dan seterusnya disiarkan di televisyen negara ini.

15. PN-1241-L12127 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Kerajaan menganggap OIC masih relevan dalam konteks semasa.

16. PN-1241-L11527 Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) apakah pelan tindakan Kerajaan untuk mengurangkan bilangan pesakit mental; dan

(b) nyatakan statistik pesakit mental mengikut kaum, jantina dan negeri serta bilangan penjawat awam.

17. PN-1241-L11749 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah- langkah atau tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan bahawa segala aktiviti perniagaan yang berunsur penipuan seperti gores dan menang dapat dikawal oleh pihak-pihak yang berkenaan dan diambil tindakan undang-undang.

18. PN-1241-L12095 Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan akan mewujudkan satu garis panduan bagi kaum bukan Bumiputera agar mengikuti kursus perkahwinan mandatori sebelum mendirikan rumah tangga bagi menjamin kesejahteraan keluarga dan masyarakat, memandangkan jumlah kes penceraian kian meningkat yang boleh menyekat hasrat Kerajaan dalam mewujudkan masyarakat majmuk.

4 AUM DN 18/4/2011

19. PN-1241-L11758 Dato' Azian bin Osman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pengurusan hutang individu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang dirujukkan di bawah Program Pengurusan Hutang (PPK) bagi tempoh antara tahun 2006 hingga tiga bulan pertama tahun 2011.

20. PN-1241-L11477 Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status (prestasi) pembayaran balik hutang PTPTN oleh pelajar yang telah tamat pengajian. Kenapakah pelajar yang ingin menjelaskan pinjaman secara sekali gus tidak dilayan oleh Kementerian.

21. PN-1241-L11674 Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah inisiatif dan galakan yang boleh diberikan oleh pihak Kementerian kepada penternak- penternak yang berhasrat untuk membesarkan 'Feedlot' mereka dan berapakah statistik penternak yang membuat 'Feedlot' yang berjaya bagi tahun 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010 mengikut kaum.

22. PN-1241-L11533 Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian akan mempertimbangkan cadangan untuk mengkaji semula lokasi pejabat-pejabat PERKESO sepaya lebih mesra pelanggan (customer friendly) serta dapat memudahkan pelanggan berurusan dengan mudah dan cepat. Sebagai contoh, lokasi Pejabat PERKESO Petaling Jaya di Jalan Selangor tidak memudahkan pelanggan, khususnya mereka yang kurang upaya yang mengalami kesulitan mendapatkan pengangkutan awam ke pejabat tersebut.

23. PN-1241-L12066 Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian terhadap rungutan Program Rumah Pertamaku di Lembah Klang yang rata-rata mahu ditingkatkan kemudahan untuk membeli rumah bernilai RM100 ribu hingga RM220 ribu di Lembah Klang seperti mana dasar yang sedia ada. Memandangkan harga tanah terlalu tinggi, apakah peranan SPNB dalam masalah ini.

24. PN-1241-L11690 Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah saman yang dikeluarkan dengan menggunakan AES sehingga kini. Berapa kamera halaju dan kamera lampu trafik yang telah dipasang untuk AES.

25. PN-1241-L11643 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah Syarikat GLC’s Malaysia dan juga syarikat-syarikat kepunyaan warganegara Malaysia yang terjejas akibat pemberontakan dan huru hara di negara-negara Asia Barat atau Timur Tengah. Nyatakan kerugian dan langkah-langkah untuk menolong syarikat tersebut oleh pihak Kerajaan.

5 AUM DN 18/4/2011

26. PN-1241-L11675 Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) apakah skim bantuan Kementerian yang diberikan kepada petani-petani yang menjalankan projek penanaman sayur- sayuran serta ternakan; dan

(b) berapa ramaikah petani-petani yang bergerak aktif di dalam menjalankan projek berasaskan pertanian ini dan berapakah purata pendapatan per kapita mereka di negeri Sarawak.

27. PN-1241-L11789 Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pendatang asing tanpa izin di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, dan apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kementerian bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin. Beri pecahan mengikut negara.

28. PN-1241-L11868 Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik lelongan awam hartanah di seluruh negara mengikut negeri dalam tempoh 5 tahun terakhir ini, dan apakah mekanisme bagi menangani masalah ini yang boleh menyebabkan masalah sosial di masa hadapan.

29. PN-1241-L11487 Puan Doris Brodie minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan hasil perbincangan tawaran antara Kerajaan Negeri Sarawak kepada pihak syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan tawaran sebidang tanah di daerah Kuching untuk tujuan membina Lapangan Terbang LCCT di Sarawak.

30. PN-1241-L11779 Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan senarai syarikat-syarikat multinasional (MNCs) yang telah menarik pelaburan keluar ke negara-negara lain sejak 2008, dan ekoran ini, berapa jumlah kehilangan pendapatan negara.

31. PN-1241-L11695 Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapakah pengguna Internet melalui dial-up, broadband dan 3G di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

32. PN-1241-L11506 Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah kakitangan sokongan termasuk kerani yang bertugas di sekolah di seluruh Malaysia sebagai langkah melicinkan pentadbiran sekolah dan adakah bilangan ini sama di setiap sekolah rendah, menengah dan di sekolah berasrama penuh.

6 AUM DN 18/4/2011

33. PN-1241-L11999 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Malaysia telah bersedia mengguna pakai "Rome Statute of the ICC (International Criminal Court)” sedangkan ketua negara Amerika Syarikat, Perancis dan Britain misalnya tidak dapat dibawa ke pengadilan mahkamah ICC, maka jika rakyatnya di tahan di negara lain mereka sanggup menggunakan Military Force sebagai sebab untuk menyerang mana-mana negara.

34. PN-1241-L11456 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan serta lokasi taman industri halal di bawah Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) serta nyatakan jumlah pelaburan yang telah diterima dari dalam dan luar negara.

35. PN-1241-L11565 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi membendung ajaran Syiah daripada meresap kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

36. PN-1241-T11421 Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapakah kos perbelanjaan untuk penghantaran lebih 8000 pelajar Malaysia pulang dari Mesir ke Malaysia dan adakah Kerajaan akan menanggung perbelanjaan mereka untuk pulang semula ke Mesir bagi melanjutkan pelajaran apabila keadaan kembali aman.

37. PN-1241-L11739 Tuan Ahmad bin Hussin minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah dan nama-nama hotel di Malaysia yang dapur mereka telah mendapat sijil halal daripada JAKIM dan berapa peratus daripada jumlah tersebut daripada jumlah bilangan hotel-hotel di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2011.

38. PN-1241-T11436 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sehingga kini berapa ramai individu dan syarikat-syarikat yang gagal menjelaskan cukai pendapatan dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasinya.

39. PN-1241-L12001 Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapa terdapat campur tangan pihak Kementerian dalam pilihan raya kampus-kampus seluruh negara serta mengapakah pihak institusi pengajian tinggi tidak membiarkan urusan tersebut dikendalikan oleh pihak pelajar sepenuhnya.

40. PN-1241-L11539 Dato' Zaitun binti Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah- langkah Kerajaan bagi meningkatkan mutu pengajian di sekolah atau maahad tahfiz seluruh negara serta nyatakan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan bagi membangunkan sekolah-sekolah tahfiz ini dan menjaga kebajikan pelajar-pelajarnya.

7 AUM DN 18/4/2011

41. PN-1241-L11629 Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah kaedah-kaedah yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam usaha mengimbangi keperluan tenaga asing untuk pembangunan negara dengan kadar pengangguran pekerja-pekerja tempatan yang kian meningkat terutama di sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan.

42. PN-1241-L12078 Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah nilai geran pembangunan yang diberi kepada Sekolah Berprestasi Tinggi untuk kategori SBP Sekolah Menengah dan apakah yang boleh dibelanjakan dari wang peruntukan geran ini. Kenapakah SBP yang diberi taraf SBT masih tidak cukup pembiayaan untuk penyelenggaraan sekolah, naik taraf kemudahan asrama, kelengkapan ICT, baiki bilik komputer dan kemudahan surau hinggakan pihak PIBG terpaksa mencari dana dari sumbangan orang ramai. Kenapa Kementerian tidak memantau dan membiarkan perkara ini terjadi.

43. PN-1241-L12106 Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah Kementerian sedar bahawa terdapat banyak lagi hospital-hospital terutamanya di luar bandar yang masih menggunakan peralatan-peralatan perubatan yang lama dan tidak lagi mengikuti perkembangan semasa dalam era pembangunan bidang perubatan. Apakah Kementerian bercadang untuk menaik taraf peralatan sedemikian selain daripada pembangunan infrastruktur.

44. PN-1241-L12192 Tuan Boon Som a/l Inong minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan penuntut dari masyarakat minoriti Siam tempatan di seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada masa ini dan sejauh manakah pelaksanaan sistem kuota kemasukan ke pusat-pusat matrikulasi dan IPTA kepada golongan ini sebagai Bumiputera kerana hampir 90 peratus dari mereka berada di kawasan luar bandar dan kurang celik IT terutama semasa mengisi maklumat secara on-line permohonan masuk ke universiti yang menyebabkan peluang mereka untuk masuk ke IPTA amat terhad kerana terpaksa berlumba dengan kaum lain yang lebih maju.

45. PN-1241-L11582 Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta PERDANA MENTERI menyatakan semenjak pengumuman pelancaran TERAJU, setakat manakah sambutan daripada usahawan-usahawan Bumiputera terhadap inisiatif ini.

46. PN-1241-L11663 Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang akan dan telah diambil untuk mengurangkan penangguran di kalangan pelajar lepasan IPTA dan IPTS dan mengurangkan pengangguran yang sekarang sekitar 3.8 peratus.

8 AUM DN 18/4/2011

47. PN-1241-L11730 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kes bantuan dan perbelanjaan mengikut jenis skim bagi tahun 2007 hingga 2010.

48. PN-1241-L11406 Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) kenapakah Kerajaan begitu bersungguh-sungguh melaksanakan pengurangan subsidi minyak dan gas petroleum sedangkan nilai penjimatan adalah besar jika subsidi kepada IPP dikurangkan; dan

(b) jumlah nilai dan penerima pemberian subsidi kepada Pejana Kuasa Bebas (IPP) dari tahun 2000 hingga 2010.

49. PN-1241-L11540 Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah- langkah Kerajaan bagi memastikan kos rawatan termasuklah bayaran profesional serta caj hospital swasta supaya pesakit tidak dikenakan caj perubatan yang tinggi dan tidak munasabah serta nyatakan langkah Kerajaan bagi memantau perkhidmatan yang diberikan di hospital swasta mengikut jadual bayaran yang ditetapkan.

50. PN-1241-L11924 Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meminda bantuan perkapita serta geran keseimbangan ke negeri-negeri berdasarkan tahap kemiskinan di setiap negeri.

51. PN-1241-L11447 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kerajaan tidak bercadang memasukkan pelajaran Perlembagaan Malaysia dalam mata pelajaran Sejarah atau menjadikan ia sebagai satu mata pelajaran baru dan wajib.

52. PN-1241-L11516 Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah aset terkumpul bagi PERKESO dan KWSP dari tahun 1990 hingga kini dan bagaimanakah ia diuruskan dan apakah perancangan bagi meningkatkan aset pada masa hadapan demi menjamin kebajikan pekerja yang mencarum.

53. PN-1241-L11756 Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah pihak Kementerian berpuas hati terhadap Kempen Tak Nak Merokok yang mensasarkan golongan remaja, dan apakah bentuk kerjasama dengan agensi lain terutama Kementerian Pelajaran.

9 AUM DN 18/4/2011

54. PN-1241-L11952 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan :-

(a) adakah pihak berkuasa DBKL akan mengenakan denda terhadap pihak-pihak yang ingkar mematuhi Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 tersebut dan seterusnya mengambil langkah tegas dan konkrit agar bahasa kebangsaan benar-benar diberi keutamaan dan dimartabatkan; dan

(b) adakah pihak Kementerian akan mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai-pegawai berkenaan yang tidak mengambil berat dan cuai melaksanakan undang-undang tersebut.

55. PN-1241-L11666 Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan Malaysia masih berminat untuk menggunakan tenaga nuklear untuk bekalan elektrik memandangkan kemusnahan bakal dialami seperti yang berlaku di Jepun dan Rusia.

56. PN-1241-L12151 Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PELAJARAN menyatakan melalui konsep 1Malaysia, Kerajaan sepatutnya bertindak adil dengan menyediakan peruntukan yang sama kepada semua aliran sekolah dan bukannya hanya kepada sesetengah pihak sahaja yang mendapat kemudahan seperti kerusi dan meja yang baru. Apakah tindakan Kerajaan dalam menangani masalah ini.

57. PN-1241-L11760 Dato' Azian bin Osman minta PERDANA MENTERI menyatakan sasaran yang telah dicapai bagi menyelesaikan perbicaraan kes rasuah dalam tempoh setahun berikutan 14 Mahkamah Sesyen Khas Rasuah yang telah beroperasi sepenuhnya pada 16 Februari 2011 lalu.

58. PN-1241-L12155 Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sebagai langkah untuk membantu warga tua negara yang semakin meningkat, adakah Kementerian akan menyediakan kemudahan perubatan yang lebih baik dan istimewa dengan bayaran minima atau secara percuma kepada golongan ini sebagai tanda untuk mengenang jasa mereka dalam membantu pembangunan negara.

59. PN-1241-L11823 Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) langkah-langkah yang sedang/akan diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan bekalan air bersih terus dapat memenuhi permintaan domestik dan industri yang kian meningkat dan sekali gus mampu menggelakkan krisis bekalan air daripada berlaku ; dan

10 AUM DN 18/4/2011

(b) rancangan kontigensi Kementerian/Kerajaan Pusat sekiranya Kerajaan Negeri Selangor terus gagal mengatasi masalah isu penstrukturan semula industri air negeri yang melibatkan 4 buah syarikat operator air di negeri tersebut dan akhirnya mempunyai impak negatif ke atas bekalan air paip bersih di Lembah Klang menjelang 2014 dan 2020.

60. PN-1241-L12181 Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapakah jumlah duta yang berkhidmat di kedutaan Malaysia luar negara sekarang, mengikut latar belakang bangsa dan agama. Apakah Kementerian merancang untuk melantik pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak sebagai duta.

61. PN-1241-L11922 Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapa bank DNA belum dapat diwujudkan di negara ini sedangkan Parlimen telah pun meluluskan Akta Identifikasi DNA 2008.

62. PN-1241-L12173 Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adalah diketahui umum bahawa ijazah palsu termasuk PhD diberikan kepada pelajar Malaysia yang matang oleh universiti antarabangsa yang diragui. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan hanya ijazah yang tulen diberikan kepada pelajar yang tulen.

63. PN-1241-L11901 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bagaimana respon di kalangan generasi muda terhadap perniagaan francais dan apakah bentuk-bentuk program, pinjaman serta geran yang wujud bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini.

64. PN-1241-L11715 Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah rancangan alternatif yang boleh diambil oleh pihak berkenaan bagi menyelesaikan masalah "Projek menyiapkan paip pembentungan terbengkalai di Kuala Sawah" yang akan dijalankan di Jalan Tok Ungku, di mana projek ini akan menjejaskan perniagaan 23 buah kedai dua tingkat, 45 penjaja di medan makanan dan hampir 130 penjaja pasar malam.

65. PN-1241-L11885 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan samada pihak Kementerian mempunyai sebarang perancangan untuk menilai semula kadar tol Lebuh Raya KESAS memandangkan ia membebankan golongan warga kota yang menggunakannya setiap hari.

11 AUM DN 18/4/2011

66. PN-1241-L11647 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana polemik novel Interlok yang dijadikan teks sastera pelajar-pelajar tingkatan 5 di sekolah-sekolah menengah dapat diatasi. Apakah kandungan pengesyoran untuk mengatasi polemik yang dianggap serius itu dan bilakah ia akan dilaksanakan.

67. PN-1241-L11701 Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian terhadap kedai mesin judi berkomputer yang semakin berleluasa ini.

68. PN-1241-L11727 Tuan Khoo Soo Seang minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan miskin dan miskin tegar yang berusia kurang dari 60 tahun serta yang berusia 60 tahun ke atas di setiap negeri dan wilayah daripada tahun 2007 hingga sekarang.

69. PN-1241-L12036 Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta PERDANA MENTERI menyatakan respons dari masyarakat awam berkaitan Klang Valley Public Transport Masterplan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengenai pembinaan MRT di Lembah Klang.

70. PN-1241-L11566 Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah kejayaan untuk memulakan Program Sukarela Amerika (American Peace Corps) bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di negara ini.

71. PN-1241-L12117 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dilaporkan mesin-mesin judi semakin berleluasa di beberapa bandar, misalnya di Selangor. Kegiatan judi ini beroperasi di sebalik pusat snuker. Kegiatan ini beroperasi semula walaupun telah diserbu oleh pihak berkuasa:-

(a) adakah berlaku kesulitan dalam menguat kuasa undang-undang di antara pihak polis dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan

(b) adakah terdapat sebarang usul atau cadangan untuk memberi hukuman yang lebih berat terhadap pesalah berulang dalam kes ini.

72. PN-1241-L11842 Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta PERDANA MENTERI menyatakan skop dan penglibatan JAKIM dalam mengendalikan infrastruktur masjid dan program masjid di negeri-negeri seluruh Malaysia, dari aspek peruntukan kewangan dan kuasa mentadbir.

12 AUM DN 18/4/2011

73. PN-1241-L11772 Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dengan terperinci tindakan-tindakan yang telah dan sedang diambil terhadap teguran Ketua Audit Negara dan apakah langkah-langkah bagi memastikan kesalahan dan kecuaian itu tidak berulang.

74. PN-1241-L12196 Tuan Boon Som a/l Inong minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah bentuk-bentuk bantuan kewangan dari Kerajaan bagi menaik taraf sekolah-sekolah mubaligh Siam (Wat Siam), khususnya di negeri-negeri utara tanah air dan adakah Kementerian merancang untuk mewujudkan "POL" (Pupil Own Language) sebagai bantuan kepada pelajar Siam untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, di samping memberi keyakinan untuk menghadapi dunia akademik. Kementerian perlu melihat sekolah yang mempunyai densiti pelajar Siam yang ramai dan mewujudkan kelas tersebut dengan mengambil kira sensitiviti etnik lain serta tidak terlalu etnosentrik dalam rutin seharian sekolah.

75. PN-1241-L11628 Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-

(a) sejauh mana isu penglibatan kakitangan akademik di IPTA yang terlalu leka berpolitik serta berlumba-lumba mengejar jawatan sehingga mengabaikan tugas hakiki, iaitu mengajar dan melakukan tugas penyelidikan seperti mana yang disuarakan oleh YAB. Perdana Menteri baru-bari ini; dan

(b) apakah bentuk tindakan yang dikenakan terhadap mereka yang benar-benar terlibat dengan isu yang dibangkitkan.

76. PN-1241-L12110 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penduduk Malaysia berumur bawah 40 tahun yang diisytiharkan bankrap serta disenarai hitam oleh Bank Negara dan statistiknya mengikut komposisi kaum.

77. PN-1241-L12003 Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian akan memperkenalkan mata pelajaran khas untuk mendidik anak-anak kita tentang Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi yang menjadi tunjang pemerintahan negara.

78. PN-1241-L11435 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapakah jumlah pelajar yang dibawa pulang dari Mesir dalam Ops Piramid mengikut negeri dan berapa kos sebenar operasi tersebut.

79. PN-1241-L12046 Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama) bagi menentukan masyarakat negara ini mempunyai nilai moral atau nilai murni yang tinggi menjelang negara maju pada 2020. 13 AUM DN 18/4/2011

80. PN-1241-L11615 Datuk Chandrasekar Suppiah minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sebab-sebab Kerajaan memasukkan pegawai-pegawai PTD ke dalam Jabatan Pelajaran Negeri di setiap negeri pada hal ramai lagi guru yang lama menunggu untuk peluang kenaikan pangkat belum dapat diisi. Adakah Kementerian bercadang untuk menaik taraf penyelia-penyelia sekolah- sekolah tamil sedia ada dalam kategori gred DG32.

81. PN-1241-L12133 Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah klinik 1Malaysia dan Klinik Bergerak ketika ini dan berapa yang pula yang beroperasi sepenuhnya.

82. PN-1241-L12164 Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta PERDANA MENTERI menyatakan dapatkah pendekatan kerjasama dilaksanakan antara Jabatan Pendaftaran Negara dengan SPR supaya pendaftaran terus pengundi baru dibuat pada setiap tahun apabila mereka yang mempunyai MyKad sudah genap usia 21 tahun. Ini dapat menyelesaikan masalah kelewatan mendaftar ratusan ribu rakyat yang layak mengundi.

83. PN-1241-L11819 Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kesediaan Kementerian untuk mengkaji tahap umur minima kepada 15 tahun bagi diberikan hak untuk mendapat kemahiran memandu secara terancang dan memiliki lesen menunggang motosikal, memandangkan pelajar tingkatan 3 sudah mulai sibuk terlibat dengan kelas tambahan di sekolah dan di luar sekolah bagi menghadapi tekanan pencapaian masa kini.

84. PN-1241-L12057 Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) kes penipuan pengeluaran wang caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tempoh lima tahun lalu; dan

(b) nyatakan jenis-jenis pengeluaran yang dikenal pasti sebagai sasaran utama penipuan KWSP.

85. PN-1241-L11915 Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa rakyat diwajibkan mengisi petak BANGSA dalam borang-borang permohonan Kerajaan memandangkan keperluan tersebut bercanggahan dengan konsep 1MALAYSIA.

14 AUM DN 18/4/2011

86. PN-1241-L11837 Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha-usaha dan intensif Kementerian dalam memastikan pembinaan lebih banyak rumah mampu milik berdasarkan kesesuaian lokaliti bagi mencapai matlamat satu keluarga satu rumah, serta usaha bantuan menaik taraf rumah kos rendah dan PPR untuk memenuhi penambahan bilangan isi rumah.

87. PN-1241-L11801 Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) jumlah bilangan pelajar cemerlang di peringkat SPM yang mendapat biasiswa dan mereka yang menerima Biasiswa Nasional mengikut kumpulan sosio-ekonomi isi rumah (20 peratus atas, 40 peratus tengah dan 40 peratus bawah), kaum dan jantina serta jumlah nilai biasiswa yang masing-masing terima dan nyatakan syarat-syarat yang ditetapkan; dan

(b) langkah-langkah Kerajaan untuk melebarkan pemberian biasiswa sebanyak 5 peratus kepada lulusan matrikulasi terbaik di samping lulusan STPM seperti mana yang terpahat dalam RMKe-10 dan jika tiada perancangan untuk melaksanakannya, nyatakan sebab-sebabnya.

88. PN-1241-L11697 Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah galakan dan insentif untuk penggunaan atas talian E-Commerce atau M-commerce.

89. PN-1241-L11602 Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah strategi jangka pendek dan juga jangka panjang Kerajaan untuk membantu kumpulan sasar di kalangan rakyat yang memerlukan bantuan apa jua pun seperti perumahan, pendidikan, kebajikan dan lain-lain menerusi 1Malaysia Development Berhad.

15 AUM DN 18/4/2011

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-

“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Negara yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Negara hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “

2. Yang Berhormat Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn akan mencadangkan:-

“ Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:-

“ Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kedua Belas.”

3. (D.R. 6/2011) Rang Undang-undang Perbekalan Bacaan Kali Tambahan (2010) 2011. Yang Kedua

[ Kementerian Kewangan ]

4. (D.R. 47/2010) Rang Undang-undang Tenaga Boleh “ Baharu 2010.

[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

5. (D.R. 43/2010) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa “ Pembangunan Tenaga Lestari 2010.

[ Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ]

6. (D.R. 34/2010) Rang Undang-undang Juruanalisis “ Makanan 2010

[ Kementerian Kesihatan ] 16 AUM DN 18/4/2011

7. (D.R. 38/2010) Rang Undang-undang Perkapalan “ Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010

[ Kementerian Pengangkutan ]

8. (D.R. 39/2010) Rang Undang-undang Perkapalan “ Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2010

[ Kementerian Pengangkutan ]

9. (D.R. 42/2010) Rang Undang-undang Timbang Tara “ (Pindaan) 2010

[ Perdana Menteri ]

10. PN-1241-U12213 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YAB. Perdana Menteri kerana keberkesanan dan kejayaannya memimpin dan menakhodakan negara melalui transformasi berlandaskan empat tunggak utama iaitu Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA, Program Transformasi Ekonomi berteraskan Model Baru Ekonomi negara, dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan ke 11 berjaya membawa perubahan dan wajah baru dalam semua bidang kehidupan. Kejayaan pimpinan YAB. Perdana Menteri juga boleh dilihat melalui pencapaian ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan pesat ekonomi pada kadar 7.2 peratus pada tahun 2010 berbanding penguncupan 1.7 peratus pada tahun 2009. Manakala indeks Bursa Malaysia telah mencatat paras tertinggi melebihi 1570 mata. Pelaburan asing dalam sektor pembuatan juga meningkat kepada RM29.1 bilion pada tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak 31.7 peratus. Adalah diramalkan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini melebihi daripada 6 peratus. Perdagangan luar juga meningkat sebanyak 18.3 peratus kepada RM1.2 bilion berbanding RM988.2 bilion pada tahun 2009. Pimpinan beliau juga berjaya meletakkan Malaysia di tangga ke 10 dalam Laporan Daya Saing Dunia 2010 menjadikan imej negara semakin diyakini. Di bidang pelancongan, Malaysia menduduki tangga ke 9 dalam senarai Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2009 diramal terus melonjak naik. Dari segi keselamatan Malaysia berada di tempat kedua terbaik di Asia dan 22 di dunia. Penurunan indeks jenayah sebanyak 15 peratus dan jenayah jalanan sebanyak 35 peratus pada tahun 2010 merupakan satu pencapaian memberangsangkan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri. Kemiskinan juga dapat dikurangkan daripada 44,000 ketua isi rumah miskin tegar yang dikenal pasti pada tahun 2010 kepada hanya 100 sahaja. Kadar pengangguran juga berada dalam tahap paling minima iaitu dalam lingkungan 3.5 peratus yang disifatkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sifar pengangguran (mana-mana negara yang kadar penganggurannya 4 peratus dan ke bawah adalah sifar pengangguran). 17 AUM DN 18/4/2011

Pendapatan isi per kapita berjaya diperoleh dari RM22,345 pada tahun 2007 kepada RM26,355 pada tahun 2010 dan dijangka meningkat kepada RM27,950 pada tahun 2011. Diramalkan akan melebihi RM50,000 menjelang 2020.YAB. Perdana Menteri juga berhasil memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku untuk generasi muda berumur 35 tahun ke bawah dan membina beribu-ribu unit rumah baru untuk rakyat. Kejayaan pimpinan beliau boleh dilihat daripada hasil lawatan-lawatan keluar negara jiran, Timur Jauh, Timur Tengah, Amerika Syarikat, Eropah, Turki, Australia, Rusia dan lain-lain di mana banyak pelaburan berjaya di bawa balik di samping mengeratkan hubungan dua hala. Kejayaan pimpinan beliau juga boleh dilihat hasil dari keputusan pilihan raya kecil di 16 tempat (Parlimen dan DUN) di seluruh negara. Sokongan kepada Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri semakin ketara, kuat dan meyakinkan. Sebenarnya kejayaan kepimpinan sangat luas dan bayak termasuk dalam bidang-bidang yang lain seperti agama, pelajaran, perpaduan, sosial, budaya, pembangunan, sains, teknologi, angkasa di samping politik, ekonomi dan pentadbiran. Sewajarnya kita merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YAB. Perdana Menteri yang berjaya melakukan perubahan, pembaharuan dan kejayaan seperti yang kita nikmati sekarang di bawah ilham besar beliau iaitu 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. YAB. Perdana Menteri, kami bersyukur atas nikmat kemakmuran, keselamatan dan keamanan yang dikecap selama ini. Kami yakin Malaysia berada di landasan yang betul untuk memenuhi hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selamat memimpin dan menakhodakan negara.”

[ Perdana Menteri ]

11. PN-1241-U12214 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan supaya Majlis Amanah Rakyat (MARA) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri agar agenda memartabatkan dan memperkasakan masyarakat peribumi menjadi lebih berkesan, efisien dan pantas dalam mencapai matlamat penubuhannya. Ianya juga selaras dengan YAB . Perdana Menteri dalam usaha mengadakan Pelan Transformasi Kerajaan (PTK) dan Pelan Transformasi Ekonomi (PTE) dalam melahirkan profesional, cerdik pandai, usahawan dan menengah Bumiputera yang masih ketinggalan di belakang. Transformasi ini juga mempermudahkan MARA membawa suara hati masyarakat Melayu secara langsung ke pengetahuan pemimpin nombor satu negara demi menjamin MARA kekal relevan pada masa hadapan. Transformasi ini juga mengharapkan peranan dan fungsi MARA akan berubah bukan hanya terhad kepada memberi pinjaman dan memilih pelajar-pelajar yang cerdik cemerlang sahaja bagi meneruskan pelajaran mereka di MRSM dan kolej-kolej MARA TETAPI bergerak dalam skop yang lebih luas dan besar sebagaimana matlamat asal penubuhannya dalam tahun 1966 (RIDA) terutama dalam melahirkan usahawan-usahawan yang lebih berjaya walaupun telah sekian lama namun adalah disedari bahawa peranan MARA dalam melahirkan usahawan-usahawan dan pengilang masih di tahap yang sangat minima dan rendah. Boleh dikatakan MARA masih gagal melahirkan usahawan bertaraf jutawan. Justeru itu, MARA perlu di transformasi kembali, fungsi dan peranan, 18 AUM DN 18/4/2011

bidang kuasa, dasar dan hala tuju, peruntukan kewangan, cara dan pendekatannya perlu dirombak atau diubah suai supaya lebih dapat memenuhi keperluan semasa bersifat kontemporari, berdaya saing, dinamik, global dan mampu bersaing dalam kaum-kaum lain serta mempercepat pencapaian Model Baru Ekonomi. Sebagai kesimpulannya, MARA sewajarnya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dipantau secara terus oleh YAB. Perdana Menteri sesuai dengan peruntukan Perlembagaan negara Fasa 152 & 153 yang menegaskan orang Melayu diberi hak dan kedudukan yang sewajarnya dalam bidang pelajaran dan keusahawanan.

[ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ]

12. PN-1241-U12215 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah menulis sebuah buku bertajuk "A Doctor in the House: The Memoir of Tun Dr. Mahathir Mohamad". Buku ini amat penting dan bernilai untuk tatapan umum mengenai Tun Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang banyak berjasa serta mencorakkan negara selama 22 tahun. Buku ini juga mengandungi nilai sejarah yang amat penting di samping pembaca juga dapat memperoleh pengajaran dan iktibar amat berharga. Ia amat sesuai dibaca dan dihayati oleh semua orang terutamanya ahli-ahli politik dan mereka yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin negara. Tulisan Tun Mahathir dalam buku ini membuka rahsia bagaimana beliau membangunkan negara dan mengatasi masalah di samping beberapa tindakan berani dan tegasnya yang telah mampu menyelamatkan rakyat dan negara. Kemunculan buku ini boleh dianggap sebagai satu khazanah ilmu yang amat bernilai sebagai bahan rujukan penting dan bersifat kontemporari dalam sejarah Malaysia baik di masa dulu ataupun akan datang. Saya menganjurkan buku ini dijadikan sebagai teks utama untuk pelajar-pelajar kolej dan universiti dalam beberapa disiplin pengajian yang tertentu. Tahniah dan syabas Tun Dr. Mahathir Mohamad."

[ Menteri Pengajian Tinggi ]

13. PN-1241-U12216 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah, syabas dan penghargaan kepada Kelab Putera Malaysia atas keprihatinan dan caknanya menghantar pelbagai misi bantuan ke serata dunia bagi membantu masyarakat tempatan dan antarabangsa yang ditimpa musibah, kemalangan, penderitaan dan penganiayaan. Antaranya ialah Misi bantuan terhadap rakyat Malaysia yang diculik dan dilarikan oleh warga asing ke negara sindiket- sindiket penyeludupan dadah; Misi bantuan mangsa-mangsa banjir dalam negara; Misi bantuan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa Tsunami di Acheh, Indonesia; Misi bantuan dan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa gempa bumi rakyat Padang, Sumatera, Indonesia; 19 AUM DN 18/4/2011

Misi kemanusiaan banjir di Queensland, Australia; Misi kemanusiaan banjir di Pakistan; Misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin di Gaza; Misi kemanusiaan terhadap rakyat Malaysia dan tempatan akibat gempa bumi di New Zealand; Misi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir (Ops Piramid); Misi bantuan kemanusiaan ke Jepun dan lain-lain bantuan dan pertolongan. Walaupun misi-misi ini dilaksanakan oleh satu badan yang bersifat NGO, tetapi secara langsung ia dapat mewakili dan mencerminkan sifat keprihatinan dan kemanusiaan yang baik lagi mulia dari rakyat keseluruhannya. Sesungguhnya sikap dan amalan Kelab Putera adalah satu model golongan muda yang perlu diteruskan, disokong dan diperkasakan. Saya mengesyorkan Kelab Putera Malaysia dapat menerbitkan majalah, buku, video dan filem mengenai usaha-usaha murni yang telah dijalankan agar menjadi ikutan kepada generasi akan datang. Tahniah dan syabas."

[ Perdana Menteri ]

14. PN-1241-U11563 Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undang- undang Kebebasan Maklumat bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati hak untuk mendapatkan maklumat selaras dengan kehendak prinsip-prinsip demokrasi. Hak rakyat untuk mendapatkan maklumat adalah penting bagi membolehkan rakyat untuk memeriksa dan membendung penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan Kerajaan dalam hal-hal pentadbiran Kerajaan terutamanya keputusan-keputusan Kerajaan yang mempunyai implikasi secara langsung dan tidak langsung terhadap rakyat jelata. Oleh itu, saya mengambil kesempatan melalui mesyuarat Dewan Negara ini untuk menampilkan usul penggubalan undang-undang bagi tujuan membolehkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran dan hal-hal Kerajaan terutamanya dalam proses membuat keputusan-keputusan sejajar dengan prinsip demokrasi (participatory democracy) dan kepentingan awam (public interest). Rakyat Malaysia mengalu-alukan satu Kerajaan yang telus dan bertanggungjawab maka penggubalan undang-undang ini adalah mustahak. Undang-undang ini akan membenarkan akses kepada dokumen- dokumen sesebuah agensi Kerajaan dan dokumen-dokumen rasmi Kementerian Kerajaan. Maka disarankan supaya Kerajaan mengambil serius penggubalan undang-undang ini dan mengambil segala langkah-langkah untuk merealisasikan undang-undang ini di Malaysia yang mana undang- undang begini telah pun diperkenalkan di negara-negara Komanwel yang lain."

[ Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

20 AUM DN 18/4/2011

15. PN-1241-U11564 Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undang- undang Perhubungan Kaum (Race Relations Act) bagi menyingkirkan diskriminasi perkauman di sektor awam, swasta, di dalam bidang pelajaran di peringkat universiti dan matrikulasi, di dalam proses pengambilan tender Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeri dan Kerajaan tempatan. Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk mempromosikan perhubungan perkauman yang baik dan sihat antara semua kaum di Malaysia dengan menyingkirkan ketidakseimbangan perkauman dan diskriminasi. Oleh itu, disarankan supaya Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap gejala diskriminasi dan ketidakseimbangan perkauman dalam sektor-sektor ini. Undang-undang ini boleh dikuasakan dan diberi mandat untuk memastikan bahawa agensi-agensi Kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan tempatan, syarikat-syarikat swasta, syarikat-syarikat GLC Kerajaan dan institut pengajian tinggi tempatan (IPT) memperkenalkan program race equality yang berdasarkan merit dalam semua aspek pekerjaan terutamanya dalam aspek pengambilan tenaga kerja dan pengambilan pelajar, promosi, latihan dan peluang pembelajaran di dalam negeri dan di luar negara. Dalam masa yang sama Kerajaan perlu menubuhkan satu Suruhanjaya Perhubungan Perkauman di bawah undang-undang ini bagi memastikan penguatkuasaan dan implikasi undang-undang perhubungan perkauman."

[ Perdana Menteri ]

21 AUM DN 18/4/2011

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2010 DIBENTANGKAN

ST.182 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 April 2011 Lembaga Minyak Sawit Malaysia Bagi Tahun 2009

ST.192 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 April 2011 Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Bagi Tahun 2009

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2011 DIBENTANGKAN

ST.1 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 April 2011 Lembaga Hasil Dalam Negeri Bagi Tahun 2009

ST.4 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 April 2011 Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia Bagi Tahun 2009

ST.6 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 April 2011 Lembaga Amanah Balai Seni Lukis (BSLN) Bagi Tahun 2009

ST.7 Laporan Tahunan Suruhanjaya Perlantikan 18 April 2011 Kehakiman Bagi Tahun 2010

ST.8 Penyata Keluaran Wang Daripada Simpanan 18 April 2011 Luar Jangka Bagi Tempoh 1 Januari 2010 Hingga 31 Disember 2010, Menurut Sekyen 6(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966

ST.9 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 April 2011 Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Bagi Tahun 2009.

ST.10 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 April 2011 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Bagi Tahun 2010.

( Human Rights Commission Of Malaysia Annual Report 2010.)

22 AUM DN 18/4/2011

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH 2011 DIBENTANGKAN

ST.11 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 April 2011 Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru Bagi Tahun 2008.

ST.12 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 April 2011 Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru Bagi Tahun 2009.

ST.13 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 18 April 2011 Perbadanan Aset Keretapi Bagi Tahun 2009.

CMD.1 Penyata Anggaran Perbelanjaan Mengurus 18 April 2011 Tambahan Kedua, 2010

CMD.1A Memorandum Perbendaharaan Mengenai 18 April 2011 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua, 2010 Bagi Kerajaan Malaysia

CMD.2 Penyata Anggaran Perbelanjaan 18 April 2011 Pembangunan Tambahan Kedua, 2010

CMD.2A Memorandum Perbendaharaan Mengenai 18 April 2011 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2010

CMD.3 Penyata Keluaran Wang Daripada Kumpulan 18 April 2011 Wang Luar Jangka Bagi Tempoh 1 Januari 2010 Hingga 31 Disember 2010, Menurut Peraturan 68 di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat