AUM DN 18.4.2011 Isnin

AUM DN 18.4.2011 Isnin

MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 18 APRIL 2011, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 2 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1241-L11623 Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rasionalnya cadangan untuk penyerapan pesara tentera ke dalam pasukan polis dan bagaimana prosedur dan pendekatan penyerapan tersebut akan dilaksanakan. 2. PN-1241-L11711 Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberi banyak bantuan kepada ibu tunggal melalui bantuan perbelanjaan persekolahan anak-anak, bantuan geran pelancaran dan sebagainya. Apakah bantuan yang disediakan kepada ibu tunggal yang berpendapatan rendah dan miskin. 3. PN-1241-L11890 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PELAJARAN menyatakan siapakah yang terlibat dalam penggubalan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral sekolah menengah dan bagaimanakah Kementerian memastikan sukatan itu sesuai dan mengambil kira sensitiviti pelajarnya yang bukan beragama Islam. 4. PN-1241-L12048 Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah masalah integrasi sistem MRT dengan terminal bas dan kereta api akan dapat diatasi oleh SPAD dalam pelaksanaan sistem MRT yang baru. 5. PN-1241-L11484 Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keseriusan Kementerian dalam memastikan perkembangan perniagaan dan promosi terhadap industri minuman berasaskan roselle, teh, kopi dan koko dalam negara memandangkan ia menunjukkan prestasi jualan dan peningkatan penggemar di seluruh dunia. 2 AUM DN 18/4/2011 6. PN-1241-L11410 Dato Sri Mohd. Effendi bin Norwawi minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pencapaian oleh Talent Corporation Malaysia setakat ini, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Talent Corporation dan adakah YAB. Perdana Menteri yakin Talent Corporation ini boleh mencapai matlamat yang dihasratkan. 7. PN-1241-L12065 Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah komitmen Kerajaan Malaysia selain dari menangung kos menghantar semula pelajar ke Mesir. Berapakah jumlah kos yang ditanggung oleh Kerajaan dan apakah Kerajaan Negeri yang lain turut membantu. Berapakah pula jumlah kos bantuan mereka. 8. PN-1241-L11951 Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan :- (a) siapakah (jabatan mana) yang bertanggungjawab dalam DBKL untuk mempastikan bahawa Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dipatuhi dan dilaksanakan; dan (b) kenapakah terlalu banyak papan-papan tanda nama (tanda nama kedai, nama-nama bangunan perniagaan, taman perumahan dan papan-papan iklan atau billboards ) dalam kawasan DBKL, terutama di sekitar Bangsar dan Lembah Pantai, yang mengabaikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dan mengingkari Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982. 9. PN-1241-L11587 Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan impak ekonomi negara terkini berikutan tragedi tsunami, gempa bumi dan letupan loji nuklear di negara Jepun dan krisis politik di Timur Tengah. 10. PN-1241-L11926 Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha-usaha serius yang diambil oleh pihak Kementerian bersama persatuan-persatuan sukan dalam menangani isu perbezaan prestasi yang terlalu ketara antara atlet utama negara dengan atlet pelapis dalam sukan teras seperti badminton, skuasy, olahraga dan bowling. 11. PN-1241-L11418 Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini projek-projek yang berimpak tinggi seperti KLIFD, pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh dan Warisan Merdeka seperti diumumkan dalam Bajet 2011. 3 AUM DN 18/4/2011 12. PN-1241-L11874 Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan perancangan untuk menambah waktu siaran Asyikfm yang mana ianya amat berkesan dalam penyampaian maklumat kepada seluruh masyarakat Orang Asli. 13. PN-1241-L12187 Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan Penampang adalah satu-satunya daerah di Sabah yang tidak mempunyai hospital Kerajaan. Bilakah Klinik Kesihatan Penampang, Donggongon yang baru akan dibina memandangkan tapak projek tersebut telah diambil alih oleh Kerajaan sejak tahun 2007. 14. PN-1241-L11457 Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menyediakan dana khas geran penerbitan televisyen khusus untuk merangsang lebih banyak produk seperti drama sejarah, dokumentari dan program bersifat kenegaraan, patriotik dan mempunyai elemen perpaduan bangsa dapat dihasilkan secara konsisten dan seterusnya disiarkan di televisyen negara ini. 15. PN-1241-L12127 Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah Kerajaan menganggap OIC masih relevan dalam konteks semasa. 16. PN-1241-L11527 Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- (a) apakah pelan tindakan Kerajaan untuk mengurangkan bilangan pesakit mental; dan (b) nyatakan statistik pesakit mental mengikut kaum, jantina dan negeri serta bilangan penjawat awam. 17. PN-1241-L11749 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah- langkah atau tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan bahawa segala aktiviti perniagaan yang berunsur penipuan seperti gores dan menang dapat dikawal oleh pihak-pihak yang berkenaan dan diambil tindakan undang-undang. 18. PN-1241-L12095 Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan akan mewujudkan satu garis panduan bagi kaum bukan Bumiputera agar mengikuti kursus perkahwinan mandatori sebelum mendirikan rumah tangga bagi menjamin kesejahteraan keluarga dan masyarakat, memandangkan jumlah kes penceraian kian meningkat yang boleh menyekat hasrat Kerajaan dalam mewujudkan masyarakat majmuk. 4 AUM DN 18/4/2011 19. PN-1241-L11758 Dato' Azian bin Osman minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pengurusan hutang individu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang dirujukkan di bawah Program Pengurusan Hutang (PPK) bagi tempoh antara tahun 2006 hingga tiga bulan pertama tahun 2011. 20. PN-1241-L11477 Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan status (prestasi) pembayaran balik hutang PTPTN oleh pelajar yang telah tamat pengajian. Kenapakah pelajar yang ingin menjelaskan pinjaman secara sekali gus tidak dilayan oleh Kementerian. 21. PN-1241-L11674 Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah inisiatif dan galakan yang boleh diberikan oleh pihak Kementerian kepada penternak- penternak yang berhasrat untuk membesarkan 'Feedlot' mereka dan berapakah statistik penternak yang membuat 'Feedlot' yang berjaya bagi tahun 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010 mengikut kaum. 22. PN-1241-L11533 Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian akan mempertimbangkan cadangan untuk mengkaji semula lokasi pejabat-pejabat PERKESO sepaya lebih mesra pelanggan (customer friendly) serta dapat memudahkan pelanggan berurusan dengan mudah dan cepat. Sebagai contoh, lokasi Pejabat PERKESO Petaling Jaya di Jalan Selangor tidak memudahkan pelanggan, khususnya mereka yang kurang upaya yang mengalami kesulitan mendapatkan pengangkutan awam ke pejabat tersebut. 23. PN-1241-L12066 Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian terhadap rungutan Program Rumah Pertamaku di Lembah Klang yang rata-rata mahu ditingkatkan kemudahan untuk membeli rumah bernilai RM100 ribu hingga RM220 ribu di Lembah Klang seperti mana dasar yang sedia ada. Memandangkan harga tanah terlalu tinggi, apakah peranan SPNB dalam masalah ini. 24. PN-1241-L11690 Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah saman yang dikeluarkan dengan menggunakan AES sehingga kini. Berapa kamera halaju dan kamera lampu trafik yang telah dipasang untuk AES. 25. PN-1241-L11643 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah Syarikat GLC’s Malaysia dan juga syarikat-syarikat kepunyaan warganegara Malaysia yang terjejas akibat pemberontakan dan huru hara di negara-negara Asia Barat atau Timur Tengah. Nyatakan kerugian dan langkah-langkah untuk menolong syarikat tersebut oleh pihak Kerajaan. 5 AUM DN 18/4/2011 26. PN-1241-L11675 Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :- (a) apakah skim bantuan Kementerian yang diberikan kepada petani-petani yang menjalankan projek penanaman sayur- sayuran serta ternakan; dan (b) berapa ramaikah petani-petani yang bergerak aktif di dalam menjalankan projek berasaskan pertanian ini dan berapakah purata pendapatan per kapita mereka di negeri Sarawak. 27. PN-1241-L11789 Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pendatang asing tanpa izin di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, dan apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kementerian bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin. Beri pecahan mengikut negara. 28. PN-1241-L11868 Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik lelongan awam hartanah di seluruh negara mengikut negeri dalam tempoh 5 tahun

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    22 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us