<<

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

MULTIPURPOSE VEHICLE

NAMA NO. PENDAFTARAN

AMRAN SYAKIRIN BIN ZAINAL 02DAD16F2008

ABIDIN

MUHAMMAD AIZAM BIN YAHYA 02DAD16F2012

ALIF ZAKWAN BIN ABDUL KHALID 02DAD16F2024

TENGKU HARITH DANIAL BIN 02DAD16F2021

TENGKU IKHMAL HISYAM

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

DISEMBER 2018

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT AKUAN KEASLIAN I PENGHARGAAN II ABSTRAK IV

1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Pernyataan Masalah 3 1.3 Objektif Kajian 4 1.4 Persoalan Kajian 4 1.5 Skop Kajian 4 1.6 Kepentingan Kajian 6

2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan 7 2.2 Konsep / Teori 7 2.3 Ciri – Ciri Enjin Honda G 200 8 2.4 Jenis – Jenis Tensioner 10 2.5 Sistem Takal & Tali Sawat 12 2.6 Sistem Brek 13 2.7 Komponen Brek Jenis Hidraulik 15 2.8 Brek Jenis Gelendong / Drum 15 2.9 Brek Jenis Lining 16 2.10 Brek Jenis Disk 16 2.11 Belting (Tali Sawat) 17 2.12 Jenis – Jenis Belting 18 2.13 Brek Tangan 20 2.14 Kajian Terdahulu 21

3 MEODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 25 3.2 Konsep Kerja Yang Dilakukan 25 3.3 Problem Statement 25 3.4 Research 26 3.5 Invention 26 3.6 Modification 26 3.7 Evaluation 26 3.8 Carta Alir 27 3.9 Lakaran Reka Bentuk 28 3.10 Reka Bentuk Berkomputer 33 3.11 Pemilihan Bahan 35 3.12 Peralatan – Peralatan Bengkel 37 3.13 Pembuatan 40 3.14 Kos Produk 44

3.15 Ujikaji Yang Dijalankan 45 3.16 Ujikaji Mengenai Daya Untuk Menggerakkan 45 Kenderaan 3.17 Ujikaji Mengetahui Kebolehan Enjin 45 Membawa Beban 3.18 Ujikaji Mengenai Berat & Masa 46 3.19 Ujikaji Wheelbase kenderaan 46 3.20 Ujikaji Beban Yang Ditanggung Oleh Tayar 46 Hadapan & Belakang 3.21 Ujikaji Panjang & Centre Distance Tali 46 Sawat

4 HASIL DAPATAN 4.1 Pengenalan 47 4.2 Ujikaji Yang Dijalankan 48 4.3 Data Daya Yang Diperlukan Untuk 48 Menggerakkan Kenderaan

4.4 Data Mengetahui Kebolehan Enjin Untuk 49 Membawa Beban 4.5 Data Mengenai Masa ,Jarak & Berat 50 Kenderaan 4.6 Ujikaji Wheelbase Kenderaan 51 4.7 Ujikaji BebanYang Ditanggung Oleh Tayar 51 Hadapan & Belakang 4.8 Ujikaji Panjang & Centre Distance Tali 51 Sawat 4.9 Contoh Pengiraan Daya 51 4.10 Contoh Pengiraan Kemampuan Enjin 52 4.11 Contoh Pengiraan Kelajuan 52 4.12 Contoh Pengiraan Beban Yang Ditanggung 53 Oleh Tayar Hadapan & Belakang 4.13 Contoh Pengiraan Wheelbase 53 4.14 Contoh Pengiraan Panjang & Centre Distance 54 Tali Sawat

5 KESIMPULAN & CADANGAN 5.1 Pengenalan 56 5.2 Kesimpulan 56 5.3 Cadangan 57

RUJUKAN 59 Lampiran A 60 Lampiran B 61 Lampiran C 62 Lampiran D 63

SENARAI RAJAH

RAJAH PERKARA MUKA SURAT

1.0 Kereta Pertama di Malaysia 1 2.0 Contoh Enjin Honda G 200 10 2.1 Contoh Belt Tensioner 11 2.2 Contoh Belt Tensioner Kereta 11 2.3 Contoh Chain Tensioner Basikal 11 2.4 Cara Sistem takal Bekerja 12 2.5 Formula Mengira Belt Length & centre distance 13 2.6 Formula Tekanan Cecair 14 2.7 Aliran Cecair Dalam Sistem Brek 14 2.8 Sistem Brek Pada Kenderaan 15 2.9 Contoh Drum Brek 16 2.10 Contoh Lining Brek 16 2.11 Skematik Disk Brek 17 2.12 Pembinaan Tali Sawat 18 2.13 Tali Sawat V-Belt 18 2.14 Tali Sawat Alur V Berbilang 19 2.15 Tali Sawat Corrugated Belt 19 2.16 Contoh Brek Tangan 20 2.17 Contoh ATV Dipasaran 21 2.18 Contoh Go – cart Dipasaran 23 2.19 Enjin Honda G 200 24 2.20 Contoh Go – cart 24 2.21 Contoh Enjin Go – cart 25 3.0 Carta Alir 27 3.1 Lakaran Pertama Projek 28 3.2 Lakaran Kedua Projek 29 3.3. Lakaran Ketiga Projek 30 3.4 Lakaran Keempat Projek 31 3.5 Lukisan Terpilih Berkomputer 33 3.6 Lukisan Komponen Kenderaan 3 3.7 Lukisan Komponen Komponen – 34 KomponenKenderaan Lain 3.8 Lukisan Assembly 35 3.9 Proses Peleraian Kenderaan 40 3.10 Proses Pemotongan Bahan Kerja 41 3.11 Proses Melarik Bahan Besi 41 3.12 Proses Pemasangan Sistem Penegang Tali sawat 42 3.13 Proses Alignment Disk 42 3.14 Pemasangan Kesemua Komponen 43 4.0 Maklumat Tali Sawat 54 4.1 Formula Panjang Dan Titik Tengah Tali Sawat 54 4.2 Contoh Pengiraan Panjang Tali Sawat 54 4.3 Contoh Pengiraan Centre Distance 55

SENARAI JADUAL

JADUAL PERKARA MUKA SURAT 2.0 Speksifikasi Enjin Pump Air Honda G 200 9 2.1 Kelajuan Sistem Takal 12 3.0 Pemilihan Reka Bentuk Projek 32 3.1 Pemilihan Bahan 35 3.2 Peralatan – Peralatan Bengkel Yang Digunakan 37 3.3 Anggaran Kos 44 3.4 Daya Yang Diperlukan Untuk Menggerakkan 45 Kenderaan 3.5 Kebolehan Enjin 45 3.6 Masa Kenderaan Untuk Sampai Ke Jarak Yang 46 Ditentukan 3.7 Wheelbase Kenderaan 46 3.8 Beban Yang Ditanggung Oleh Tayar 46 3.9 Kiraan Tali sawat 46 4.0 Daya Yang Diperlukan Untuk Menggerakkan 48 Kenderaan 4.1 Data Mengenai Kebolehan Enjin Membawa 49 Beban 4.2 Data Jarak Dan Masa Pergerakkan Kenderaan 50 4.3 Wheelbase Kenderaan 51 4.4 Beban Yang Ditanggung Oleh Tayar 51 4.5 Kiraan Tali Sawat 51 4.6 Contoh Pengiraan 52

AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK TAJUK : MULTIPURPOSE VEHICLE SESI : DISEMBER 2018

1. Kami, 1. AMRAN SYAKIRIN BIN ZAINAL ABIDIN (02DAD16F2008)

2. MUHAMMAD AIZAM BIN YAHYA (02DAD16F2012)

3. ALIF ZAKWAN BIN ABDUL KHALID (02DAD16F2024) 4. TENGKU HARITH DANIAL BIN TENGKU IKHMAL

HISHAM (02DAD16F2021)

Adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, yang beralamat di Semambu, 25350 Kuantan, Pahang. (Selepas ini dirujuk sebagai “Politeknik tersebut‟)

2. Kami mengakui bahawa „Projek tersebut di atas‟ dan harta intelek yang ada di dalamnya adalah hasil karya/ reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-mana harta intelek daripada pihak-pihak lain.

3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek „Projek tersebut‟ kepada „Politeknik tersebut‟ bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal kepada kami.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui Oleh yang tersebut; a) AMRAN SYAKIRIN BIN ZAINAL ABIDIN ……………………… (No. Kad Pengenalan:-980327-06-5495) AMRAN SYAKIRIN

b) MUHAMMAD AIZAM BIN YAHYA ………………………. (No. Kad Pengenalan:-960203-14-5823) MUHAMMAD AIZAM

c) ALIF ZAKWAN BIN ABDUL KHALID ………………………

(No.Kad Pengenalan:960704-06-5389) ALIF ZAKWAN d) TENGKU HARITH DANIAL BIN ……………………... TENGKU IKHMAL HISHAM TENGKU DANIAL

(No. Kad Pengenalan:-981125-06-5475) Di hadapan saya, MOHD SAFIAN BIN MUDA …………………… sebagai penyelia pada tarikh ………………. . MOHD SAFIAN BIN MUDA

II

PENGHARGAAN

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah merupakan satu jalan dan juga pintu dalam menuju ke alam dunia pekerjaan. Disinilah tempatnya ilmu pengetahuan ditimba dan dijadikan panduan untuk menentukan kemana arah dan tujuan selepas melanjutkan pelajaran di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Di sini juga,setiap pelajar yang mengambil kursus diploma haruslah menyiapkan satu projek pada semester akhir untuk dipersembahkan. Dengan itu,kumpulan kami telah mendapatkan konsep dan idea hasil daripada pengaplikasian subjek yang telah kami pelajari untuk melakukan projek yang diberi nama „MULTIPURPOSE VEHICLE„. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah kerana telah banyak memberi peluang kepada kami untuk melaksanakan projek yang amat bererti kepada kami dan juga memudahkan kerja pengguna. Ribuan terima kasih juga dirakamkan kepada penyelia projek Encik Mohd Safian Bin Muda yang telah banyak memberi bimbingan,sokongan padu serta tunjuk ajar sepanjang tempoh perjalanan projek semester akhir ini. Segala teguran,idea dan semangat yang diberi amat kami hargai. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua ibubapa kami kerana telah banyak membantu dan semangat yang diberikan. Juga terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,rakan-rakan seperjuangan kerana sudi berkongsi idea dan pendapat dalam menyiapkan projek ini.

III

ABSTRAK

Kenderaan konsep yang serba guna makin meluas dan diperlukan dalam bidang automotif kerana teknologi negara malaysia sedang menuju kearah wawasan 2020. Masyarakat sekeliling harus bersama membantu menuju kearah tersebut. Salah satu cara ialah harus mengelakkan membuang barang-barang kenderaan berenjin yang sudah lama tidak dipakai yang pada asalnya barang tersebut boleh diguna pakai semula untuk dijadikan sesuatu seperti kenderaan konsep dengan ciri-ciri yang tersendiri. Jadi dengan itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji masalah pengangkutan barangan serta kenderaan pengangkutan di bengkel automotif Polisas. Penyelesaian masalah untuk pengangkutan ialah kami mengumpul maklumat dan mengumpul barang terpakai untuk dijadikan sebuah kenderaan konsep tersendiri dengan menjadikan ia kenderaan pengangkut serbaguna , padat dan mempunyai ciri- ciri mekanisme mekanikal seperti sistem brek,sistem tali sawat,sistem tali minyak dan sistem penegang tali sawat.

IV

ABSTRACT

A versatile concept vehicle is widespread and is needed in the automotive field as the technology of malaysia is moving towards the 2020 vision. The surrounding community should be together to help towards that. One of the ways is to avoid removing long-tailed craft items that were originally intended to be reused to be used as a concept vehicle with its own characteristics. Thus, this study was conducted to study the problem of transportation of goods and transport vehicles in the automotive workshop of Polisas. Troubleshooting for transportation is that we gather information and collect used items to be made into a distinctive concept vehicle by making it a versatile, compact and conveying vehicle of mechanical mechanism such as brake system, conveyor system, oil string system and conveyor belt system.

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kereta ialah kenderaan bertayar empat biasanya yang mempunyai enjin .Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin.

Rajah 1.0: Kereta pertama di Malaysia

2

Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang. Sehingga 2002, terdapat 590 juta kereta penumpang di seluruh dunia (secara kasar sebuah kereta untuk setiap 11 orang).

Kereta direka khas untuk bergerak di atas jalan raya dan mengangkut penumpang daripada membawa barangan, walaupun kadangkala kenderaan lasak (SUV - Sport Utility Vehicle) membenarkan penggunaan kereta di luar jalan raya. Di dunia ini sekarang terdapat beberapa jenis jenama kereta; yang terkenal ialah seperti Toyota , Honda , Mitsubishi , BMW , MercedesBenz , PROTON , Hyundai , Volvo , Isuzu , , Skoda, , Alfa Romeo dan Citroen. Kereta konsep ialah sejenis kereta yang dibina bagi memaparkan penstailan baharu dan/atau teknologi terkini. Ia sering dipamerkan di pertunjukan kereta untuk menolok banding reaksi pelanggan terhadap rekaan baharu dan radikan yang mungkin atau tidak mungkin akan dikeluarkan secara besar-besaran. Pereka Harley Earl sering diberi penghargaan sebagai pencipta kereta konsep terawal, serta banyak berusaha untuk mempopularkannya melalui pertunjukan Motorama pada 1950an.

Kereta konsep tidak akan terus dikeluarkan. Pada zaman zamen ini, kesemua rekaan perlu melalui banyak perubahan sebelum rekaan terakhir dimuktamadkan atas tujuan praktikaliti, keselamatan, keperluan mematuhi peraturan kenderaan, serta kos. Kereta tujuan pengeluaran, bertentangan dengan kereta konsep, memenuhi tujuan ini. Ia juga dikenali sebagai kereta prototaip, tetapi tidak boleh dikelirukan dengan prototaip kereta lumba seperti Prototype.

Hasil daripada perbincangan bersama penyelia projek dan ahli kumpulan kami akan membina sebuah kereta konsep yang dinamakan multipurpose vehicle.Dengan kenderaan yang sedia ada kami menilai dan memerhati keadaan rangka ,fungsi komponen yang sudah ada dan reka bentuk kenderaan.Selepas itu kami berbincang tentang cara untuk menambah baik kenderaan seperti menukarkan kepada komponen yang baru ataupun mengubahsuainya supaya ia

3 berfungsi dengan baik. Dari segi reka bentuk kereta konsep kami tetap akan menggunakan bentuk kotak kerana faktor kestabilan dan mempunyai keluasan ruang bnayak untuk mengisi barangan. Secara menyeluruh tentang bab ini yang dapat kami simpulkan ialah, kenderaan Multipurpose vehicle ini yang dihasilkan menepati kriteria yang diperlukan oleh komuniti kini kerana kereta yang dihasilkan menggunakan barangan terpakai, mudah didapati serta mudah digunakan.

1.2 PENYATAAN MASALAH Kami kebanyakannya terlibat didalam akviti yang dianjurkan oleh pihak mekanikal polisas, jadi kebanyakkan aktiviti ini banyak bersangkut paut dengan masalah pengankutan barangan dan sebagainya.Contohnya,kami pelajar mekanikal (DAD) yang sering melakukan kerja di bengkel automotif seringkali kami menghadapi masalah yang dinyatakan di atas seperti mengangkat transmisi kereta, tong minyak ke tempat yang jauh dan masalah menggunakan kenderaan sendiri atau pensyarah untuk bergerak di dalam kawasan polisas. Kegiatan diatas banyak menggunakan tenaga manusia dalam kuantiti yang banyak dan juga perlukan masa yang lama untuk melakukannya.

Kami memikirkan masalh ini dan kami cuba untuk membuat satu projek yang dapat menyelesaikan masalah ini dengan menghasilkan Multipurpose vehicle yang boleh membawa barangan atau menjadi kenderaan pengankutan. Jadi dengan itu, kegunaan kenderaan ini dapat membantu serba sedikit masalah yang dihadapai. Dengan ini ia dapat mengurangkan tenaga serta dapat mengelak daripada menggunakan kenderaan sendiri. Selain itu, kenderaan ini juga dapat membantu pihak-pihak pengurusasn program yang menghadapi masalah pengankutan barangan seperti program di pasar tani atau DME karnikal yang bertempat di bangunan PH.

4

1.3 OBJEKTIF KAJIAN Merujuk kepada pernyataan masalah yang berlaku untuk mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut , antara objektif untuk menghasilkan projek ini adalah :

I. Merekabentuk sebuah kenderaan serbaguna

II. Membina sebuah kereta yang mempunyai enjin pam air tangki dan sistem kenderaan yang diguna semula.

III. Menguji dan menganalisa sistem penegang tali sawat enjin,sistem brek , tali minyak dan radius pusingan tayar hadapan.

1.4 PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian adalah seperti berikut : I. Sejauh manakah kebolehan enjin water pump mampu menggerakkan kenderaan ini. II. Berapakah berat beban yang boleh dibawa oleh kenderaan

1.5 SKOP KAJIAN Setiap produk yang direka bentuk haruslah mempunyai had-had pelaksanaannya yang tertentu. Ia bertujuan untuk mengelakkan pelaksanaan tersebut keluar dari skop sebenar yang telah ditetapkan.Antara skop-skop multipurpose vehicle adalah seperti berikut: i. Selepas pemerhatian dilakukan terhadap kenderaan yang sedia ada kami mendapati enjin water pump honda G200 yang berkuasa kuda (5.5) sudah lama tidak dihidupkan dan berkemungkinan tidak berfungsi dengan lancar kerana komponen didalam enjin sudah mengalami kerosakkan. Dengan ini, kami perlu melakukan penyelanggaraan enjin water pump iaitu servis fully overhaul enjin jika

5 ingin dipakai semula supaya kami dapat menggunakan kuasa enjin sepenuhnya. ii. Keadaan rangka kenderaan yang sedia ada berada dalam keadaan berkarat dan perlu ditambah bracket untuk meletakkan komponen komponen seperti penegang tali sawat, handbreak,disk ,padel dan sebagainya. Rangka kenderaan perlu dicat semula supaya masalah karat dapat dielakkan. iii. Keadaan sistem penegang tali sawat yang sedia ada sudah tidak berfungsi dengan baik dan perlu diubahsuai semula supaya ia lebih kukuh dan selamat untuk digunakan.Antara perkara yang dilakukan adalah menambah tiang dan bracket untuk mengukuhkan dan memegang penegang bearing tersebut agar ia boleh dilaraskan dengan mudah. Sebuah handbreak kereta kancil telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai penekan pada penegang bearing tersebut dan sebuah spring ditambah pada bracket tersebut agar proses menarik semula penegang bearing tersebut lebih mudah.

iv. Kami juga mendapati bahawa kenderaan ini tidak mempunyai sistem break. Dengan itu, kami membuat keputusan untuk menambah sistem disk brek pada kenderaan ini agar dapat menambah aspek kawalan dan keselamatan kenderaan ini malah dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan apabila dipandu.

v. Dengan masa yang kami ada, kami hanya mampu membuat cangkuk bagi membolehkan meletak apa-apa sambungan seperti rear rack, carrier, trailer dan sebagainya. Selain itu, stater motor dan bateri bagi memudahkan proses menghidupkan enjin dan juga badan untuk kenderaan ini bagi menampakkan lebih rupa seperti kenderaan.Perkara-perkara yang dinyatakan sebelum ini tidak dapat 6 lakukan atas sebab-sebab tertentu seperti kekurangan dari segi masa dan kewangan untuk menyiapkan projek.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Berdasarkan kajian yang di ketahui, projek ini dikenalpasti mempuyai beberapa kepentingan dan dapat memberi impak dalam membantu pensyarah dan juga pelajar di polisas.Multipurpose vehicle ini dapat membantu masalah pengangkutan kenderaan dibengkel automotif polisas.Selain itu, ia dapat juga membantu pihak lain di Polisas dalam mengadakan sesuatu program seperti DME karnival kerana kenderaan ini dapat mengangkut dan menghantar barangan- barangan tertentu.

7

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Tajuk umum , isu atau bidang yang menjadi tumpuan perlu dikenalpasti seterusnya menyediakan konteks yang sesuai untuk tinjauan. Istilah “literature” bermaksud artikel kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji permasalahan kajian. Kajian literature digunakan untuk memberikan konteks kajian dengan melihat kajian yang telah dijalankan dalam bidang kajian tersebut dan bukan sekadar meringkaskan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik lain.Trend keseluruhan tajuk, cadangan dalam teori, metodologi , bukti dan kesimpulan. Kajian yang dijalankan termasuklah dari internet , buku rujukan ,pemerhatian serta pendapat dari penyelia rojek kami. Kajian ini dijalankan dengan mengkaji kaedah dan sesuatu yang belum pernah dihasilkan sebelum ini. Harga juga mestilah berpatutan serta sesuai dengan fungsi serta kos yang digunakan untuk menghasilkan penambaikan terhadap projek Kajian yang telah dijalankan mestilah dibandingkan dengan kesemua data untuk memperoleh maklumat yang sahih boleh diguna pakai. Ianya bertujuan untuk memastikan projek yang akan dihasilkan dapat memberi manfaat kepada pengguna.

2.2 KONSEP / TEORI

Kenderaan merupakan sesuatu benda atau mesin yang dinaiki oleh manusia untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagai alat pengangkutan. Kenderaan boleh digerakkan oleh kuasa haiwan, contohnya dan lembu atau kuasa

8 manusia sendiri,contohnya basikal dan kayak. Kebanyakan kenderaan moden digerakkan dengan kuasa enjin. Antara Fungsi-fungsi kenderaan adalah membawa manusia dari satu tempat, ketempat yang lain, membawa barang-barang yang banyak ke tempat yang jauh, Memberi kesenangan kepada manusia untuk bergerak, memudahkan lagi interaksi antara satu tempat dengan tempat yang lain dan memudahkan manusia untuk berdagang.Mpv ini diperbuat daripada barangan- barangan terpakai untuk dijadikan sebuah kenderaan bergerak yang dihasilkan untuk kegunaan di dalam kawasan polisas .Selain itu , antara barangan utamanya adalah ejin (water pump) honda G200 yang mampu menghasilkan 5.5 kuasa kuda, tayar kereta sorong yang mempunyai kelebaran dan ketinggian (10x36) cm, penegang tali sawat yang diperbuat daripada barangan (power window) kereta khususnya untuk menegangkan tali sawat dan menggunakan sistem disk brek scooter daripada model Yamaha Ego kerana saiz yang kecil dan sesuai untuk kenderaan ini. Bagi sistem kawalan miyak pula, kami menggunakan jenis mesin rumput kerana ia mudah untuk didapati dan dipasang mengikut kedudukan yang selesa untuk digunakan.

2.3 CIRI – CIRI ENJIN HONDA G 200

Antara ciri-cirinya adalah seperti berikut:

Enjin Honda G200 mempunyai reka bentuk injap slaid (L-head) dan camshaft yang didorong oleh rantaian berturut-turut yang dipandu oleh crankshaft. Enjin ini mempunyai starter elektrik atau recoil, karburetor mendatar dengan injap rama-rama dan sistem pencucuhan magneto atau pemancaran titik hubungan (CDI) transistor.Enjin G200 nisbah nisbah mampatan adalah 6.5: 1, lubang silinder dan piston strok masing-masing adalah 67.0 mm (2.64 in) dan 56.0 mm (2.20 in).Honda G200 menghasilkan 5.0 HP (3.7 kW) pada 3600 rpm kuasa kuda maksimum untuk model pencucuhan CDI atau 5.5 HP (4.0 kW) pada 3600 rpm untuk model dengan pencucuhan magneto. Berikut adalah specsifikasi enjin ini.

9

Jadual 2.0:Speksifikasi enjin pump air Honda G 200

Model G200

4 Stroke , Single Cylinder Air-cooled , Horizontal Type Shaft

Bore x Stroke (mm) 67 x 56

Displacement (cc) 197

Compression Ratio 6.5 : 1

Max Power Output 5.0HP x 3600rpm

Max Torque 1.06 kgm/2500rpm

Ignition System Transistorized Magneto Ignition

Starter System Recoil

Fuel Tank Capacity (L) 4.3 (Gasoline)

Engine Oil Capacity (L) 0.7

Dimension (L x W x H) (mm) 338 x 380 x 425

Dry Weight (kg) 17.5

10

Rajah 2.0 : Contoh Enjin Honda G200

2.4 JENIS – JENIS TENSIONER

Tensioner adalah peranti yang menggunakan daya untuk membuat atau mengekalkan ketegangan. Daya boleh digunakan selari dengan, seperti dalam keadaan tegangan hidraulik bolt, atau tegak lurus, seperti dalam kes pemutar rantai basikal yang dimuatkan pada pegas, ketegangan itu diciptakan. Daya boleh dihasilkan oleh anjakan tetap, seperti dalam hal kurungan bawah basikal yang eksentrik, yang mesti dilaraskan sebagai memakai bahagian, atau dengan peregangan atau pemampatan musim bunga, seperti dalam hal pemutar rantai basikal yang dimuatkan di pegas pegas; dengan mengubah volum gas, seperti dalam keadaan ketegangan risalah marin; dengan tekanan hidraulik, seperti dalam kes tegangan hidraulik bolt; atau oleh graviti yang bertindak pada massa yang digantung, seperti dalam kes ketegangan kabel lif kerusi. Di sektor kuasa, ketegangan adalah mesin untuk mengekalkan ketegangan berterusan konduktor semasa kerja menggantung rangkaian penghantaran

Saiz dan pemilihan tensioner perlu dikira mengikut saiz sistem dan ketinggian sistem tali sawat dan skruktur kenderaan itu sendiri. Ini kerana

11 semakin jauh jarak diantara pulley drive dengan pulley driven semakin banyak tekanan perlu dikenakan pada tali sawat.

Rajah 2.1 : Contoh Belt tensioner.

Rajah 2.2 : Contoh belt tensioner kereta.

Rajah 2.3 : Contoh chain tensioner basikal.

12

2.5 SISTEM TAKAL DAN TALI SAWAT.

Sistem ini beserta gear biasanya digunakan dalam sistem mekanikal.Pergerakan mesin jahit dikendalikan olehtali sawat dan takal Tali sawat digunakan untuk menghubungkan takal pemacu yang dipasang pada enjin atau motor elektrik dengan takal dipacu.Berikut adalah formula dan rajah bagi sistem tali sawat.

Rajah 2.4 : Cara sistem takal bekerja

Sistem takal dan tali sawat boleh digunakan untuk menukar dan memindahkankelajuan tinggi kepada kelajuan rendah dan sebaliknya.

Kelajuan rendah Tali sawat pada takal dipacu akan dipasang pada takal yang berdiameter besar. Kelajuan tinggi Tali sawat pada takal dipacu akan dipasang pada takal yang berdiameter kecil.

Jadual 2.1 : Kelajuan sistem takal

13

Rajah 2.5: Formula mengira Belt length & Center distance D i

2.6 SISTEM BREK

Sistem brek direka untuk membenarkan pemandu memperlahankan serta memberhentikan kenderaan. Selinder induk disambungkan ke pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap pepasangan brek roda. Disini daya hidraul digunakan untuk memaksa pad dalam pepasangan brek piring menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang pusingan gelendong brek.Sistem brek letak/brek tangan kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal dan dipasang pada roda belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengunci roda kenderaan ketika meletakkan kenderaan (parking) atau membrek dalam kecemasan. Satu pengalak kuasa ( servo ) digunakan keatas selinder induk untuk menambah kuasa ketika membrek. Kegunaannya ialah untuk membolehkan kenderaan berhenti dengan segera dan selamat Selain itu, dapat mengawal kenderan semasa dalam perjalanan dan untuk meletak kenderaan ditempat yang curam.

Terdapat beberapa jenis sistem brek dipasaran antaranya adalah mekanikal, gabungan mekanikal dan hidraulik, hidraulik dan juga jenis angina (pneumatik).Sistem Brek Jenis Hidraulik menggunakan Prinsip Paskal yang mana didalam prinsip ini menyatakan 'cecair yang tertutup dapat memindahkan tekanan

14 yang sama pada semua arah tanpa menghilangkan kuasa yang dihasilkan.Cecair tidak boleh dimampatkan dan tekanan pada keseluruhan sistem adalah sama'.

Rajah 2.6 : Formula tekanan cecair

Rajah 2.7 : Aliran cecair dalam sistem brek

15

2.7 Komponen brek jenis hidraulik Bahagian-bahagian utama brek hidraulik adalah seperti berikut: I. Pedal brek Silinder induk (master cylinder) II. Saluran paip brek (brake pipe line) III. Silinder roda (wheel cylinder) IV. Angkup brek (brake caliper)

Rajah 2.8 : Sistem brek pada kenderan

2.8 BREK JENIS GELENDONG / DRUM Brek jenis gelondong biasanya digunakan pada brek belakang kenderaan yang diadukandengan brek disk sebelah hadapannya.Kereta lama biasanya gunakan keempat-empat brek gelendong.Brek ini memberhentikan pusingan gelendong dan roda melalui geseran di antara alas brek gelendong.

16

Rajah 2.9 : Contoh drum brek 2.9 BREK JENIS LINING

Lining brek dipasang pada kekasut brek (brake shoe) denganmenggunakan 2 kaedah iaitu dengan cara dirivet dan menggunakan gam yang tahan panas .Lining brek diperbuat daripada asbestos yang boleh tahan panas dan geseran.

Rajah 2.10 : Contoh lining brek

2.10 BREK JENIS DISK

Biasanya digunakan ke atas roda hadapan pada kebanyakan kereta dan ke empat-empat roda bagi sesetengah kereta. Satu disk dipasang ke hab roda dan berputar sekali dengan tayar dan roda. Apabila pemandu mengenakan brek,

17 tekanan hidraul daripada selinder induk digunakan untuk menolak lapik geseran ( pad ) melawan gerakan rotor kemudian memberhentikannya.

Rajah 2.11 : Skematik disk brek

2.11 BELTING (TALI SAWAT) Belting (talisawat) bukan sahaja digunakan pada sistem penyejukan dan pengecasan tetapi digunakanjuga untuk sistem enjin, sistem penyaman udara dan juga sistem steering kuasa. Fungsi & Struktur Binaan Belting adalah seperti berikut: I. Belting digunakan dalam sistem enjin, air-cond system, charging system, cooling system dan system power steering. II. Belting berfungsi menerima geseran yang tinggi daripada pemindahan kuasa putaran Crank shaft pully kepada pully-pully lain yang bersambung dengannya tanpa tergelincir atau terseret. III. Ia mestilah boleh melentur mengikut lenggokan pully dan tahan kepada suhu kepanasan yang tinggi. IV. Bahan asasnya terdiri daripada lembaran benang atau dawai yang digunakan sebagai menambahkan ketahanan belting

18

Rajah 2.12 : Pembinaan tali sawat.

2.12 JENIS – JENIS BELTING Antara jenis - jenis belting adalah seperti berikit:

I. Conversional V-Belt (alur V-tunggal) Biasanya digunakan untuk memusingkan pam air dan penjana arus.Saiz belting diukur pada lilitan X lebar:contohnya 900 x 9.5 .Lebar maksima untuk pacuan alatan di atas ialah 11mm. Belting selebar 13 mm digunakan untuk memacu pemampat penyaman udara atau pam steering kuasa.Apabila komponen-komponen berjauhan atau sempit dari crank shaft pulley maka belting yang panjang diperlukan untuk menghubungkannya.Dengan ini tensioner/pemegang adalah diperlukan juga untuk mengelak libasan belting bagi menentukan pemindahan putaran yang positif.

Rajah 2.13 : Tali sawat V – Belt.

19 II. Cogged V-Belt (Alur „V‟ berbilang) dan Multi ribbed. Alur „V‟ berbilang menggantikan penggunaan alur V tunggal dengan tujuan untuk mendapatkan geseran yang tinggi supaya pemindahan pacuan dapat dioptimumkan. Ia adalah belting yang lebar, nipis dan berbilang alur yang bertindak sebagai beberapa V yang kecil. Saiz belting ini diukur pada lilitan dan bilangan alur V.Lapisan belakang belting dimajukan untuk digunakan sebagai landasan ketegangan apabila tensioner/pemegang dikenakan terhadapnya.

Rajah 2.14 : Tali sawat Alur V berbilang.

III. Corrugated belt. Corrugated belt@ timing belt digunakan untuk memindahkan kuasa pusingan crankshaftkepada camshaft. Ianya senyap dalam operasinya dan tanpa perlu senggara. Bagaimanapun haruslah dielakan dari terkena minyak dan lain-lain kotoran. Oleh itu ianya dilindungi dengan oil seal (sesendal minyak) dihadapan crankshaft dan camshaft serta penutup penalaan (timing cover). Saiz lilitan dan lebar ditentukan oleh pihak pembuat dan biasanya di tukr pada jarak 60000km hingga 100000km.

Rajah 2.15 : Tali sawat Corrugated belt.

20

2.13 BREK TANGAN

Brek tangan atau brek kecemasanadalah satu sistem brek kenderaan yang bertujuan memastikan kenderaan kekal berada dalam keadaan tidak bergerak. Ia selalunya terdiri daripada satu tuas brek kendalian tangan (atau kaki seperti pada kereta Mercedes-Benz) serta pautan kabel mekanikal ke brek belakang. Kabel brek tangan. disambungkan terus ke brek belakang sekiranya brek belakang menggunakan brek gelendong, tetapi jika kenderaan menggunakan brek cakera belakang, satu brek gelendong kecil dipasang pada brek cakera belakang tersebut kerana brek cakera tidak mampu menahan kenderaan daripada bergerak sebagaimana brek gelendong.

.

Rajah 2.16 : Contoh break tangan

Bagi kenderaan berat seperti bas,lori dan kereta api, mekanisme brek kecemasan menggunakan sistem pneumatik yang menggunakan udara termampat. Jika brek kecemasan digunakan, tekanan udara dilepaskan dan brek mengunci roda, manakala jika brek kecemasan dilepaskan, tekanan udara dikenakan bagi menghalang brek daripada mengunci roda.

Selain itu, terdapat juga sesetengahkereta yang menggunakan brek tangan elektrik. Brek tangan biasanya digunakan bagi mengunci roda untuk memastikan kenderaan tidak bergerak semasa meletak kenderaan. Selain itu, brek tangan juga berguna bagi membantu pemandu mula bergerak dari cerun yang curam.

21 2.14 KAJIAN TERDAHULU

I. Kajian tentang kenderaan ATV

Kenderaan serba guna (ATV), yang juga dikenali sebagai basikal quad, quad, roda tiga, empat roda, empat roda, atau quadricycle, seperti yang ditakrifkan oleh American National Standards Institute (ANSI) adalah kenderaan yang bergerak tayar tekanan rendah, dengan kerusi yang dikelilingi oleh pengendali, bersama dengan hendal untuk kawalan stereng. Seperti namanya, ia direka bentuk untuk mengendalikan pelbagai rupa bumi berbanding kebanyakan kenderaan lain. Walaupun ia adalah kenderaan jalanan undang-undang di sesetengah negara, ia bukan jalan undang-undang di kebanyakan negeri dan wilayah di Australia, Amerika Syarikat atau Kanada. Dengan definisi ANSI semasa, ATV bertujuan untuk digunakan oleh pengendali tunggal, walaupun sesetengah syarikat telah membangunkan ATV yang dimaksudkan untuk digunakan oleh pengendali dan satu penumpang. Penumpang tidak perlu mempunyai topi keledar. ATV ini dirujuk sebagai ATV tandem.

Rajah 2.17 : Contoh Atv dipasaran

Kenderaan serba guna (ATV), yang juga dikenali sebagai basikal quad, quad, roda tiga, empat roda, empat roda, atau quadricycle, seperti yang ditakrifkan oleh American National Standards Institute (ANSI) adalah kenderaan yang bergerak tayar tekanan rendah, dengan kerusi yang dikelilingi oleh pengendali,

22 bersama dengan hendal untuk kawalan stereng. Seperti namanya, ia direka bentuk untuk mengendalikan pelbagai rupa bumi berbanding kebanyakan kenderaan lain. Walaupun ia adalah kenderaan jalanan undang-undang di sesetengah negara, ia bukan jalan undang-undang di kebanyakan negeri dan wilayah di Australia, Amerika Syarikat atau Kanada. Dengan definisi ANSI semasa, ATV bertujuan untuk digunakan oleh pengendali tunggal, walaupun sesetengah syarikat telah membangunkan ATV yang dimaksudkan untuk digunakan oleh pengendali dan satu penumpang. Penumpang tidak perlu mempunyai topi keledar. ATV ini dirujuk sebagai ATV tandem.

Penunggang duduk dan mengendalikan kenderaan ini seperti motosikal, tetapi roda tambahan memberi lebih banyak kestabilan pada kelajuan yang lebih perlahan. Basikal kotoran juga dianggap sebagai ATV kerana mereka direka untuk kegunaan jalan raya sahaja. Walaupun kebanyakan dilengkapi dengan tiga atau empat roda, model enam roda wujud untuk aplikasi khusus. Saiz enjin ATV yang kini dijual di Amerika Syarikat, (pada tahun 2008), berkisar antara 49 hingga 1,000 cc (0.049 hingga 1.0 L, 3.0 hingga 61 cu) ATV dilihat kian menjadi satu trend kepada anak- anak muda yang gilakan cabaran dan kepuasan melalui aktiviti ekstrem seperti ini. Untuk memenuhi permintaan remaja masa kini, maka pihak syarikat telah mengambil satu inisiatif untuk membina satu kawasan rekreasi khas di Lata Sedim untuk menjalankan aktiviti ATV ini. Para peminat mampu melepaskan tekanan serta segala masalah sambil menunggang ATV yang semestinya menjanjikan pengalaman yang berbeza dan mengujakan. Dengan berbekalkan persekitaran ekstrem, laluan berliku dan keindahan alam semulajadi flora dan fauna, semuanya cukup untuk menarik perhatian mereka yang baru pertama kali mencuba aktiviti ATV ini.

23 II. Kajian Tentang Kenderaan Go Kart

Rajah 2.18 : Contoh Go – cart dipasaran.

Sebuah go-cart, juga ditulis sebagai go-cart (sering dirujuk sebagai hanya kart), adalah jenis kereta roda terbuka. Go-cart datang dalam pelbagai bentuk dan bentuk, dari model tanpa motosikal hingga mesin perlumbaan berkuasa tinggi. Ada, seperti , dapat mengalahkan kereta lumba atau motosikal pada litar panjang.

Pelumba graviti, biasanya dirujuk sebagai kereta kebal Kotak Derby, adalah jenis go-kart yang paling mudah. Mereka digerakkan oleh graviti, dengan beberapa perlumbaan berlaku di satu bukit. Ramai kart rekreasi boleh dikuasakan oleh enjin empat lejang atau motor elektrik, manakala menggunakan dua lejang atau enjin empat lejang berkuasa tinggi. Kebanyakan mereka adalah penumpang tunggal tetapi beberapa model rekreasi boleh menampung penumpang.

Di sesetengah negara, go-cart boleh dilesenkan untuk kegunaan di jalan awam yang sering dirujuk sebagai trek jalanan. Biasanya terdapat beberapa sekatan, mis. di Kesatuan Eropah go-cart di jalan raya memerlukan lampu kepala (rasuk tinggi / rendah), lampu ekor, tanduk dan petunjuk, dan kuasa mereka tidak boleh melebihi 20 hp (15 kW).

24 III. Kajian tentang Enjin Honda g 200

Rajah 2.19 : Enjin Honda G 200

Honda G200 adalah enjin petrol kecil 4-lejang pembakaran dalaman silinder tunggal silinder yang dihasilkan oleh Honda Motor Company sejak 1977. Enjin Honda G200 digunakan dalam pelbagai enjin kecil peralatan termasuk penjagaan rumput, pembinaan, dan peralatan pertanian untuk kedua-dua pasaran pengguna dan profesional.

IV. Sejarah kereta Go Kart

Rajah 2.20 : Contoh go-cart

Perkara pertama yang akan kita bincangkan ialah sejarah kereta Go Kart. Kereta Go Kart Pertama dibuat oleh pembuat kereta khas atau kereta lumba

25 bernama Kurtis Kraft. Dia membina kart pertama di California Selatan sekitar tahun 1956. Pada masa ini Go Kart telah menyebar dengan cepat ke berbagai negara lain. Dan pada permulaan kemunculan kereta Go Kart, ia sangat popular di benua Eropah.

Pengilang kart pertama adalah sebuah syarikat Amerika. Syarikat itu bernama McCulloch. Dan ia adalah syarikat kart pertama, pada tahun 1959. Mereka menghasilkan mesin untuk kart. Mesin Go Kart pertama, McCulloch MC-6, yang merupakan mesin yang disesuaikan daripada enjin 2-lejang. Kemudian, pada tahun 1960-an, enjin motosikal juga disesuaikan dengan kereta kart terpakai. Itulah sejarah ringkas kereta Go kart.

V. Enjin kereta Go Kart

Rajah 2.21 : Contoh enjin go-cart.

Seterusnya, apa yang akan kami gunakan ialah enjin Go Kart Car. Kereta Go Kart di taman hiburan biasanya dikuasakan oleh enjin 4 langkah atau sering dipanggil motor elektrik. Bagi kereta kart lumba biasanya menggunakan enjin 2 langkah atau 4- lejang kecil.Enjin ini mampu menjana kuasas kuda yang secukupnya untuk penggunaakan kenderaan go kart ini.Selain itu, enjin in mudah untuk selenggara dan spare partnya mudah untuk didapati di kedai mesin berdekatan.

25

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Disini perlu diterangkan gambaran secara menyeluruh tentang metodologi kajian. Metodologi kajian merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Sesetengah kajian mungkin memerlukan perbincangan lebih terperinci berkaitan reka bentuk dan instrumen kajian berbanding kajian lain

3.2 KONSEP KERJA YANG DILAKUKAN

Projek ini menggunakan konsep kerja PRIME.Antara konsep kerja adalah seperti berikut:

I. P- problem statement ( pernyataan masalah ) II. R- research (penyelidikan) III. I-invention (ciptaan/pembuatan IV. M- modification ( pengubahsuaian) V. E – evaluation ( penilaian)

3.3. PROBLEM STATEMENT (P)

Pemerhatian yang dapat kami kenalpasti ialah Masalah pegankutan barangan di bengkel automotif Polisas.Barangan terlalu berat untuk dibawa atau dipindahkan kesesuatu tempat.

26

3.4 RESEARCH (R)

Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan dalam projek akhir ini adalah melalui kaedah temuramah dan pemerhatian sendiri di sekitar kawasan dalam kantin tersebut. Melalui kaedah ini, 4 minggu telah ditetapkan untuk menjalankan proses ini. Proses ini dijalankan bersama ahli kumpulan projek akhir.

3.5 INVENTION (I)

Memulakan projek akhir dengan maklumat yang ada melalui hasil pencarian dan peyelidikan yang dilakukan.

3.6 MODIFICATION (M)

Melakukan pengubahsuaian apabila terdapat ketidaksuaian dengan projek atau permasalahan pada projek yang telah dibuat dan diuji. Setelah pengubahsuaian berlaku,projek tersebut diuji semula.

3.7 EVALUATION (E)

Proses pengujian adalah amat penting dalam proses penghasilan sesuatu rekabentuk projek. Pengujian juga menentukan kestabilan, ketahanan, keupayaan, kebolehgunaan, objektif yang ditetapkan dan keselamatan projek yang dihasilkan. Kerja-kerja pemasangan dan ujikaji bagi projek ini adalah dilakukan selepas pengukuran dan proses pemotongan dilakukan.Kerja pemasangan yang dilakukan adalah mengikut perancangan yang dilakukan pada peringkat awal. Selain itu, ujikaji amat penting dan bertujuan untuk memastikan setiap pengukuran yang dilakukan adalah tepat dan menjamin kestabilan dan ketahanan struktur projek.

27

3.8 CARTA ALIR MULA

KONSEP REKA BENTUK

PEMILIHAN BAHAN

MODEL FABRIKASI PENGUBAHSUAIAN

TIDAK

PENGUJIAN

YA

PENGEMASAN

ANALISIS

DOKUMENTASI

TAMAT

Rajah 3.0 : Carta alir.

28

3.9 LAKARAN REKA BENTUK

Rajah 3.1: Lakaran Pertama Projek.

Berdasarkan lakaran pertama, kami akan menggunakan bahan besi yang mempunyai ketahanan yang kurang kukuh kerana rekabentuk yang tidak stabil dan berisiko rosak tetapi kos yang murah kerana mengunakan bahan yang murah.

29

`

Rajah 3.2 : Lakaran Kedua Projek.

Berdasarkan lakaran yang kedua,kami mempamerkan ketahanan yang hampir kukuh dengan menambah besi-besi untuk menjadikan lebih stabil dan kemas serta sistem keselamatan harus dipertingkatkan kerana mengunakan pemilihan barang yang murah.

30

Rajah 3.3 : Lakaran Ketiga Projek.

Berdasarkan lakaran yang ketiga, merangkumi keseluruhan aspek seperti ketahanan lebih efektif dan juga keselamatan lebih terjaga dengan menambah sistem brek akan tetapi kurang sambutan dari nilai komersial.

31

Rajah 3.4 : Lakaran Keempat Projek

Berdasarkan lakaran ke empat mendapat tarikan dari penilai serta sedia dinilaikan untuk dipasarkan dan menjual ke dunia luar kerana mempunyai kesemua ciri – ciri sebuah kenderaan.

32

Jadual 3.0 : PEMILIHAN REKA BENTUK PROJEK

LAKARAN LAKARAN 2 LAKARAN 3 LAKARAN 4 1 KETAHANAN //// //// //// //// MUDAH UNTUK //// //// //// //// DIALIHKAN KESELAMATAN // / /// //// KOS / // // /// NILAI // /// /// KOMERSIAL JUMLAH 55 65 80 90

Satu / mewakili 5 markah

 Lakaran 1- Ketahanan yang kurang kukuh tetapi kos yang murah  Lakaran 2- Ketahanan yang hampir kukuh dan keselamatan harus dipertingkatkan kerana mengunakan pemilihan barang yang murah  Lakaran 3- Merangkumi keseluruhan aspek tetapi kurang sambutan dari nilai komersial  Lakaran 4- Mendapat tarikan serta sedia dinilaikan untuk dipasaran

\

33

3.10 REKA BENTUK BERKOMPUTER

Rajah 3.5 : Lukisan Terpilih Berkomputer

Setelah berbincang, kami telah bersetuju untuk menggunakan lakaran yang ke empat sebagai lakaran projek sebenar kami. Berdasarkan lakaran autoCAD ini, Besi Hollow menjadi rangka asas dan kerusi untuk projek ini.Kami juga menggunakan penegang tali sawat yang telah diubahsuai supaya penyelarasan secara manual dapat dilakukan oleh pemandu.Selain itu,kami menggunakan tayar besar dibelakang supaya dapat menambah sistem brek pada kenderaan ini.

Rajah 3.6 : Lukisan komponen kenderaan.

34

Rajah 3.7 Lukisan kompenen – kompenen kenderaan lain.

Lukisan (Part by part)

Bahan-bahan yang kami gunakan untuk projek ini adalah besi hollow untuk membuat rangka dan kerusi ,enjin water pump, tayar kereta sorong , disk scooter, master pump scooter, shaft belakang, pulley tali sawat , handbrek, penegang tali sawat dan juga throttle mesin rumput.

35

Rajah 3.8 Lukisan Assembly

Lukisan Assembly

Berdasarkan lukisan assembly diatas,. Berdasarkan lakaran autoCAD ini, Besi Hollow menjadi rangka asas dan kerusi untuk projek ini.Kami juga menggunakan penegang tali sawat yang telah diubahsuai supaya penyelarasan secara manual dapat dilakukan oleh pemandu.Selain itu,kami menggunakan tayar besar dibelakang supaya dapat menambah sistem brek pada kenderaan ini.pada bahagian kawalan pula kami menggunakan steering yang diambil daripada kerusi tidak terpakai kerana berbentuk bulatan dan mudah untuk dipegang.

3.11 PEMILIHAN BAHAN

Jadual 3.1:Pemilhan bahan

Bil Bahan Kegunaan

1. Besi hollow Besi hollow digunakan untuk membuat rangka kenderaan kerena ianya ringan dan mudah di bentuk.

36

2. Brek tangan (saga) Hand break digunakan sebagai alat penyambung kepada besi pemegang bearing untuk sistem penegang tali sawat.

3. Throttle mesin rumput Throttle mesin rumput digunakan sebagai sistem tali minyak supaya throttle miyak dapat dikawal oleh pemandu .

4. Bracket power window Dijadikan sebagai tempat letak tensioner supaya dapat bergerak ke atas dan kebawah.

37 Break disk motor 5. Brek disk motor diletakkan pada shaft roda belakang digunakan sistem break kenderaan

6. Steering Bekas tempat letak kaki pada kerusi yang dijadikan sebagai steering kenderaan agar pusingan stearing lebih mudah untuk dilakukan.

7. Besi Shaft (130 cm) Dijadikan sebagai shaft belakang supaya disk dan roda dapat diletakkan.

Membuat shaft belakang.

38 Enjin Honda G200 8. Digunakan sebagai

punca kuasa untuk menggerakkan kenderaan

9. Tayar kereta sorong Dijadikan sebahgai roda belakang kerana mempunyai diameter yang luas.

3.12 Peralatan-peralatan Bengkel yang digunakan.

Jadual 3.2 : Peralatan yang akan digunakan

Bil Bahan Kegunaan 1. Waterpas Mengukur kerataan kenderaan Mengukur kerataan untuk memasang handbrek. Mengukur kerataan shaft tayar belakang

39 2. Dail gauge Digunakan pada brek disk untuk mendapatkan kestabilan pusingan sebelum di weldingkan pada shaft.

3. Mesin larik konvensional Menghasilkan bahagian–bahagian tertentu. Menghasilkan hub untuk menyambungkan taryar kepda shaft belakang.

4. Magnet Memegang bahan permukaan besi untuk menstabilkan serta mendapatkan sudut yang tepat apabila ingin diwelding.

5. Mesin gerudi meja Menebuk lubang pada plate besi dengan mengikut saiz lubang yang telah ditentukan

40 6. Kertas pasir Meratakan permukaan besi yang ada pada kenderaan untuk kelihatan lebih kemas.

7. Spray tin Finishing pada bahagian permukaan besi seperti badan kenderaan agar masalah karat dapat dielakkan

3.13 PEMBUATAN (Langkah kerja proses pembuatan kenderaan)

I. Langkah 1 Proses peleraian kenderaan lama dan berbincang cara yang terbaik untuk membaiki komponen- komponen kenderaan yang telah rosak.

Rajah 3.9 : Proses peleraian kenderaan.

41 II. Langkah 2 Pemotongan besi dilakukan bagi membina sistem tensioner atau bracket khas dengan menggunkan mesin grinder dan kapur sehingga mencapai ukuran yang tepat.

Rajah 3.10 : Proses pemotongan bahan kerja.

III. Langkah 3

Menghasilkan bushing yang berukuran (5 x 10) mm untuk diletakkan pada sistem penegang tali sawat dengan menggunakan mesin larik.

Rajah 3.11 : Proses melarik bahan besi. 42

IV. Langkah 4

Kemudian pasangkan semua komponen sistem penengang tali sawat . Jikalau ada masalah alignment tali sawat akan dilakukan dan perlu menambah bracket pada sistem penegang tali sawat.

Rajah 3.12 : Proses pemasangan sistem penegang tali sawat.

V. Langkah 5

Proses pemasangan dan alignment disk pada shaft roda belakang dengan menggunakan dail gauge supaya disk tidak gelong semasa diputarkan dan mesin welding.

Rajah 3.13 : Proses alignment disk. 43

VI. Langkah 6

Akhir sekali, memasangkan kesemua sekali komponen yang telah dihasilkan atau diubahsuai untuk dijadikan suatu projek.

Rajah 3.14: Pemasangan kesemua komponen

44

3.14 KOS PRODUK

Jadual 3.3 : Anggaran kos

BIL BAHAN KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH

(RM)

1 Enjin Honda G200 1 RM 250 / 1 RM 250

2 tayar 4 RM 18 / 4 RM 72

3 Handbreak 1 RM 40 / 1 RM 40

4 Sistem penegang tali 1 RM 40/ 1 RM 40

sawat

5 Disk brek 1 RM 200 / 1 RM 200

6 Seat kenderaan 1 RM 30/ 1 RM 30

7 Rangka kenderaan 1 RM 180/1 RM 180

8 Throttle mesin rumput 1 RM 20 / 1 RM 20

9 Spary / Cat 6 RM 9 / 6 RM 54

10 Upah 4 RM 100/4 RM 400

JUMLAH RM 1286

45

3.15 UJIKAJI YANG AKAN DIJALANKAN

Prosedur:

1. Menyediakan kenderaan. 2. Menyediakan bahan untuk diletakan atas kenderaan. 3. Menguji kenderaan di hadapan begnkel projek. 4. Mengambil data mengikut jadual(3.4, 3.5, 3.6, 3.7, 3.8, 3.9)

3.16 Ujikaji menentukan berapakah daya diperlukan untuk menggerakkan kenderaan.

Jadual 3.4: Daya yang diperlukan untuk menggerakkan kenderaan.

Jumah berat (kenderaan + Daya yang diperlukan barangan+Pemandu) kg

3.17 Ujikaji untuk mengetahui kebolehan enjin untuk membawa barang.

Jadual 3.5 Kebolehan enjin.

Jumlah berat Daya yang Power (Watt) 1 HP = 746 watt Kemampuan (kenderaan + barangan diperlukan enjin ) (kilogram) (Newton)

46

3.18 Ujikaji mengenai berat dan masa kenderaan.

Jadual 3.6 : Masa kenderaan untuk sampai ke jarak yang ditentukan.

Berat keseluruhan kenderaan Jarak yang dilalui Masa yang diambil

3.19 Ujikaji Wheel Base kenderaan.

Jadual 3.7 : Wheelbase kenderaan.

Lf Lr

3.20 Ujikaji beban yang ditanggung oleh tayar hadapan dan belakang.

Jadual 3.8 : Beban yang ditanggung oleh tayar.

Wf Wr

3.21 Ujikaji Panjang tali dan centre distance sawat

Jadual 3.9 : Kiraan tali sawat.

Panjang belting Centre distance