Dewan Rakyat
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Bil. 20 Khamis 26 September 2013 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 20 Khamis 26 September 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.1, B.6, B.7 dan B.9 (Halaman 38) USUL: Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 133) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Langkah Drastik Mempercepatkan Projek Pembinaan Sekolah dan Prasekolah di Negeri Sabah – Datuk Madius bin Tangau (Tuaran) (Halaman 133) ■ Sebab Kerajaan Tidak Mematuhi Hak Asasi Manusia Sedunia PBB Secara Penuh – Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) (Halaman 137) DR.26.9.2013 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Khamis, 26 September 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan rasional langkah kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh yang hampir menyamai jumlah seluruh kakitangan awam di Malaysia kononnya beberapa sektor perkhidmatan dan industri mengalami kekurangan pekerja di negara ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sebelum itu, izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada anak-anak, para pelajar dan guru-guru mereka serta tetamu kita di Dewan yang mulia ini daripada Pasir Mas. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan khusus Yang Berhormat Paya Besar, saya ucapkan tahniah soalan nombor satu. Beberapa orang Ahli Parlimen juga mengemukakan soalan yang inti pati dan jawapannya hampir sama dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Paya Besar iaitu Yang Berhormat Taiping pada 30 September, Yang Berhormat Kampar pada 1 Oktober dan Yang Berhormat Kluang pada 2 Oktober 2013. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Paya Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain kerana amat prihatin tentang nasib masa depan pekerja kita dengan kebanjiran pekerja asing dan pendatang asing di negara kita ini. Dalam konteks soalan khusus ini, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang DR.26.9.2013 2 mulia ini dan juga Yang Berhormat Paya Besar bahawa berhubung dengan isu 1.4 juta pekerja Bangladesh. Kementerian Sumber Manusia ingin menjelaskan bahawa angka 1.4 juta adalah merujuk kepada jumlah pencari kerja Bangladesh yang telah berdaftar dengan Kerajaan Bangladesh untuk menawarkan diri bekerja di Malaysia. Inilah Tuan Yang di-Pertua, amannya negara kita, makmurnya. Sebanyak 1.4 juta daripada bilangan penduduk Bangladesh yang lima, enam kali ganda lebih besar daripada kita. Bangladesh mempunyai penduduk 161,83,804 maknanya enam kali ganda. Jadi, sebab itulah tidak ada sebab kenapa kita hendak lari ke negara lain. Tuan Yang di-Pertua, dasar kemasukan pekerja dari Bangladesh pada masa sekarang adalah berasaskan kepada MoU di antara Kerajaan Malaysia dan Bangladesh yang telah ditandatangani pada tahun 2012. MoU tersebut menetapkan bahawa kemasukan pekerja Bangladesh hanya dibenarkan melalui mekanisme kerajaan kepada kerajaan, G2G agreement dengan izin. Di mana proses kemasukan diluluskan oleh agensi kerajaan yang berkaitan di kedua-dua negara dan tidak membabitkan penglibatan ejen atau pihak ketiga. Tuan Yang di-Pertua, mungkin jawapan saya agak panjang sedikit untuk memastikan Yang Berhormat lain juga diliputi jawapan ini. Pencari-pencari kerja ini akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan latihan induksi bagi memastikan hanya data calon yang berkelayakan dan menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sahaja disenarai pendek untuk dihantar ke Malaysia. Selain itu, data-data calon ini juga akan melalui proses saringan keselamatan, jenayah dan imigresen di Malaysia. Sehingga 23 September 2013, seramai 8,703 senarai pekerja telah dihantar oleh Kerajaan Bangladesh untuk ditapis oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,288 orang telah ditapis oleh PDRM dan seramai 75 orang dikesan memiliki rekod jenayah. Jadi dakwaan 1.4 juta mengatakan bahawa kita hendak mengambil Bangladesh ini adalah tidak tepat. Cuma mereka bersedia, mungkin lebih ramai daripada itu. Tuan Yang di-Pertua, terkini sejumlah 11 syarikat perladangan telah memohon 1,640 pekerja Bangladesh melalui mekanisme ini. Bagaimanapun, sehingga sekarang hanya tiga syarikat iaitu Sime Darby Plantation seramai 200 orang, UP Plantations seramai 262 orang dan Kulim Plantation seramai 683 orang, melibatkan seramai 1,145 pekerja yang telah diluluskan. DR.26.9.2013 3 ■1010 Manakala ada syarikat perladangan telah ditolak oleh kerajaan kerana tidak mematuhi syarat penetapan gaji minimum, penyediaan rumah standard kepada pekerja dan mempunyai rekod pelanggaran pematuhan undang-undang. Dalam usaha memastikan keberkesanan pelaksanaan mekanisme ini, kerajaan juga meletakkan syarat- syarat khusus yang antaranya adalah agensi kawal selia perlu memastikan hanya majikan yang benar-benar layak sahaja diberi kelulusan untuk memohon pekerja Bangladesh. Bagi memastikan syarat-syarat perburuhan dipatuhi, pelaksanaan kontrak perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan majikan serta bon jaminan sebagai langkah mewajibkan majikan hadir mengambil pekerjanya pada masa yang telah ditetapkan. Pekerja yang tidak dituntut oleh majikan ditempatkan sementara di processing house, dengan izin sehingga proses penggantian majikan dilaksanakan. Kos di processing house, ini dengan izin ditanggung melalui bon jaminan yang dikenakan kepada majikan dan kerajaan juga mensyaratkan pekerja Bangladesh menjalani saringan kesihatan untuk 18 jenis penyakit di Bangladesh sebelum masuk ke Malaysia dan pengeluaran kad pekerja asing berwarna mengikut sektor pekerjaan akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya percaya kerajaan tidak dapat menafikan kesan-kesan baik dan tidak baik dengan kehadiran pekerja-pekerja asing ke negara ini termasuklah pekerja-pekerja dari Bangladesh. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia dalam menjamin masa depan pekerja tempatan dan bilangan pekerja asing dapat dikurangkan dan kalau boleh dihapuskan seterusnya? Terima kasih. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya hendak berikan sedikit maklumat tambahan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Hari ini kita mempunyai tenaga pekerja di negara kita adalah 13.6 juta, pekerja di sektor awam mempunyai 1.6 juta manakala pekerja asing kita mempunyai 2.1 juta. Pada bulan Jun dan Mac dahulu, kita mempunyai 2.2 juta, maknanya dengan usaha yang dibuat oleh pelbagai kementerian secara blue ocean strategy ini termasuk Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri, kita telah dapat menurunkan jumlah pekerja asing di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang langkah-langkah yang perlu dan akan terus diambil oleh kerajaan dalam menjamin pekerja-pekerja tempatan ini, saya hendak memberitahu secara undang-undangnya bahawa kita mempunyai lima undang-undang DR.26.9.2013 4 yang berkaitan dengan pekerja-pekerja asing ini yang mungkin saya tidak sebutkan. Antaranya adalah Akta Kerja, Akta Pampasan Pekerja, Akta Imigresen di bawah Kementerian Dalam Negeri, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan beberapa akta yang lain. Ini antara pendekatan yang diambil oleh kerajaan melalui undang-undang di mana kita mengenakan syarat yang cukup ketat dalam mengambil pekerja-pekerja asing ini. Bagi Kementerian Sumber Manusia, meletakkan syarat ketat dalam permohonan untuk menggaji pekerja asing melalui pengeluaran sijil sokongan dengan menggunakan cop clearance system (JCS). Setiap pemohon akan disiasat bagi memastikan ketulenan permohonan, kewujudan premis dan lokasi majikan, pematuhan ke atas undang-undang berkaitan perburuhan, keperluan sebenar tenaga kerja dan majikan serta keutamaan terlebih dahulu diberi kepada pekerja tempatan. Jadi sebab itulah kita hendak setiap majikan yang hendak mengambil pekerja, kita minta mereka menawarkan tawaran kerja ini kepada pekerja-pekerja tempatan. Surat sokongan JCS yang saya sebutkan tadi hanya akan dikeluarkan kepada majikan yang dikenal pasti benar-benar memerlukan pekerja asing dan bilangan pekerja asing yang diluluskan adalah berdasarkan keperluan sebenar mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi kawal selia. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak pendekatan-pendekatan lain yang kita ambil dalam memastikan supaya tawaran kerja di negara kita ini diberikan keutamaan kepada pekerja tempatan terlebih dahulu. Antaranya majikan yang berkeupayaan dan mematuhi standard perburuhan seperti gaji minimum RM900 di Semenanjung, RM800 di Sabah dan Sarawak sahaja akan dipertimbangkan untuk memohon pekerja asing. Kalau mereka tidak bersedia untuk menawarkan gaji minimum, maka sudah tentu permohonan mereka akan ditolak. Keupayaan majikan ditentukan melalui proses saringan dan pemeriksaan Jabatan Tenaga Kerja,