Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Bil. 34 Selasa 24 Oktober 2017 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 8) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 41) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017 (Halaman 42) Rang Undang-undang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017 (Halaman 68) DR.24.10.2017 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Selasa, 24 Oktober 2017 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] _______________________________________________________________ JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Bismillahi Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon maaf kerana lewat dua minit ada panggilan ke washroom tadi saya, saya minta maaf. [Dewan ketawa] Silakan Yang Berhormat Paya Besar kemukakan soalan dalam masa satu minit. 1. Dato' Sri Haji Abdul Manan Ismail [Paya Besar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan susulan penahanan oleh PDRM ke atas tujuh orang pengikut Abu Sayyaf Group yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan dikatakan telah berbai'ah dengan Daesh baru-baru ini, menunjukkan bahawa masih terdapat kelemahan daripada segi kawalan keselamatan di sempadan negara dan mudah dibolosi. Bagaimanakah kerajaan menangani isu ini? Menteri Dalam Negeri [Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]: Tuan Yang di-Pertua, kami amat bertoleransi waktu dua minit itu atas panggilan yang tidak dapat dielakkan. [Dewan ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, terima kasih [Ketawa]. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, tindakan offensive Kerajaan Filipina memerangi kumpulan pengganas secara besar-besaran di negaranya telah meningkatkan risiko untuk kumpulan-kumpulan pengganas yang diburu menyelusup masuk ke negara ini khususnya ke Sabah. DR.24.10.2017 2 Sehubungan itu, kerajaan telah pun mengarahkan semua agensi penguat kuasa terutamanya yang bersempadan dengan Filipina untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan di lokasi berkenaan. Hasil daripada usaha yang dijalankan termasuk melalui pengumpulan maklumat perisikan dengan negara-negara jiran, pihak polis telah berjaya menahan tujuh orang pengikut Abu Sayyaf atau ASG yang berselindung sebagai pengawal keselamatan. Kesemua mereka masih di dalam siasatan pihak polis dan saya tidak bercadang untuk mendedahkan maklumat lanjut berhubung dengan perkara itu. Kerajaan juga dari semasa ke semasa akan terus mempertingkatkan usaha mengesan individu yang terlibat dengan kumpulan pengganas Daesh di negara ini. Ke arah itu PDRM telah meningkatkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di dalam mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap pemilik laman-laman web dan akaun media sosial yang terlibat dengan kegiatan penyebaran fahaman kumpulan militan Daesh. Pada masa yang sama, saya dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah telah mempengerusikan secara bersama beberapa kali Mesyuarat Lembaga Penasihat untuk mengendalikan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dan terakhir pada 29 September 2017. Mesyuarat berkenaan bertujuan untuk menambah baik kawalan keselamatan di Pantai Timur agar risiko ancaman keselamatan dapat diminimumkan dan dibanteras sebaik mungkin. Ia secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya penyeludupan masuk elemen-elemen kumpulan pengganas Abu Sayyaf ke negara kita. Dato' Sri Haji Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Minta Yang Amat Berhormat Menteri nyatakan sama ada Kementerian Dalam Negeri akan mengkaji semula prosedur pengambilan pengawal keselamatan berikutan terdapat kes membabitkan pengawal keselamatan disyaki anggota Abu Sayyaf Group dan mohon kerja menggunakan dokumen pengenalan diri palsu. Terima kasih. ■1010 Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, pihak KDN khususnya Bahagian Keselamatan yang mengeluarkan permit syarikat- syarikat kawalan persendirian memang telah memperketat prosedur pengambilan pengawal-pengawal keselamatan ini. Pihak polis telah melakukan screening dengan izin, kepada setiap pengawal keselamatan yang diambil itu bagi mengelakkan apa yang berlaku di Sabah untuk tidak berlaku di tempat-tempat lain. KDN juga amat bertegas, mana-mana syarikat yang mengambil pekerja-pekerja tanpa dokumen ertinya bukan warganegara atau mempunyai dokumen palsu atau DR.24.10.2017 3 ada unsur-unsur yang mempunyai elemen jenayah apatah lagi dalam soal keselamatan maka syarikat itu akan terbatal tanpa adanya amaran akhir yang diberikan kepada mereka. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Baru-baru ini Oktoberfest telah dibatalkan atas aligasi bahawa kumpulan ekstremis mengugut dan ini adalah sebabnya dibatalkan. Adakah orang-orang yang telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil terhadap mereka? Berapa orang yang telah dikenal pasti dan adakah benar bahawa ini semua adalah kerana kerajaan tidak ada political will untuk mengatasi masalah ini? Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, soalan itu sekali lagi tidak ada kena-mengena dengan soalan asal. Walau bagaimanapun, kita ketahui bahawa pihak polis telah menahan tiga orang yang merancang untuk melakukan serangan terhadap pesta berkenaan. Maklumat-maklumat yang lain sedang kita kumpulkan dan pihak polis telah mengenal pasti individu-individu berkenaan. Oleh sebab itu, Ketua Polis Negara telah memberikan amaran lebih awal supaya dibatalkan pesta berkenaan dan ini bukan budaya kita. Saya harap Yang Berhormat faham bahawa pihak polis buta warna. We are really colour blind, dengan izin dan apa yang dilakukan adalah untuk tindakan kebaikan bersama. 2. Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah tindakan kementerian terhadap KPJ Damansara memandangkan terbukti berlaku kecuaian dalam kes kematian isteri kepada Komander Dr. Tan Khai Poh (B) di hospital berkenaan. Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. S. Subramaniam]: Tuan Yang di- Pertua, seperti yang telah dimaklumkan dalam sidang Parlimen sebelum ini tentang soalan yang sama. Tindakan yang telah diambil oleh kementerian dalam mengendalikan aduan berkenaan adalah seperti berikut; Pertama, mengarahkan pihak hospital untuk mengendalikan aduan tersebut selaras dengan seksyen 36 Akta 586 di mana hospital swasta perlu mengendalikan aduan mana-mana pesakit mengikut pelan mekanisme ketidakpuasan hati bagi pesakit hospital tersebut. Bagi kes berkenaan pihak hospital telah menjalankan siasatan dalaman dan telah mengemukakan maklum balas secara bertulis termasuk salinan laporan perubatan pesakit kepada pihak pengadu. DR.24.10.2017 4 Kedua, menyemak rekod perubatan pesakit yang dikemukakan oleh pihak hospital kepada pihak kementerian dan mendapati aduan yang dikemukakan oleh pengadu adalah tidak tepat. Ketiga, pegawai-pegawai kementerian telah mengadakan pertemuan dan memberi penjelasan kepada pengadu pada 6 Februari tahun ini berkaitan hasil semakan rekod perubatan yang berkenaan. Keempat, kementerian telah mengadakan lawatan verifikasi ke atas aduan pengadu serta penjelasan pihak hospital terhadap perkhidmatan ICU dan isu-isu lain yang diadukan pada 14 Mac tahun ini dan berdasarkan lawatan verifikasi tersebut didapati bahawa aduan yang dikemukakan adalah tidak berasas. Oleh yang demikian tiada tindakan yang bersifat punitif boleh diambil di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta. Walau bagaimanapun satu siasatan telah dilakukan oleh Majlis Perubatan Malaysia kerana ada satu aduan telah dikemukakan terhadap Dr. Chong Yip Boon responden kepada majlis. Aduan adalah berkenaan ketidakpuasan hati pengadu terhadap rawatan yang diberikan oleh responden kepada mendiang isteri pengadu sehingga didakwa telah menyebabkan kematian. Aduan tersebut telah dipanjangkan oleh Yang di-Pertua Majlis kepada Jawatankuasa Penyiasat (JPP) yang seterusnya telah membuat siasatan ke atas kes tersebut dan hasil siasatan JPP telah mendapati tiada asas mencukupi untuk menyokong pertuduhan dan mengesyorkan kepada majlis agar tiada tindakan dikenakan ke atas responden. Syor ini telah dikemukakan kepada Majlis Perubatan Malaysia dan majlis telah bersetuju dengan syor JPP untuk tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap responden dan keputusan majlis telah dimaklumkan kepada pengadu melalui surat bertarikh 4 Oktober 2017. Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut]: Tuan Yang di-Pertua, berpandukan siasatan oleh Preliminary Investigation Committee kedua oleh Datuk Dr. Haji Megat Burhainuddin bin Megat Abdul Rahman mendapati beberapa isu yang sepatutnya dilihat oleh kementerian dengan izin, the complaint further alleged that he had demanded to know why the deceased was not brought to the Intensive Care Unit (ICU) and treated as an emergency case but was inform that there was no staff in ICU at that the material time. Saya minta kementerian lihat perkara ini. Terima kasih. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Yang Berhormat. Ini ialah apa yang telah diadu tetapi di dalam jawapan saya, saya telah memberitahu bahawa siasatan telah dilakukan di tiga peringkat. Satu di peringkat hospital DR.24.10.2017 5 sendiri di mana mereka diwajibkan melakukan siasatan bila ada apa-apa aduan atau ketidakpuasan