Ringkasan Eksekutif
EIA for the Proposed Proposed Mixed Development on Lots 6228, 6229, 6230, 6231, 6232, 6233, 6234, 6235, 6236, 6237, 6238, 6239, 6241, 6242 and 6244, Mukim Ijok, District of Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan for Paragon Pinnacle Sdn. Bhd . RINGKASAN EKSEKUTIF I. Pengenalan Cadangan Projek Kajian EIA ini dijalankan untuk cadangan Pembangunan Bercampur di atas Lot 6228, 6229, 6230, 6231, 6232, 6233, 6234, 6235, 6236, 6237, 6238, 6239, 6241, 6242 dan 6244, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Projek ini akan dijalankan di kawasan dengan keluasan 1400.16 ekar (566.63 hektar). Tapak pembangunan ini dimiliki oleh Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan Ringgit Exotika Sdn. Bhd dan dianggap sebagai pembangunan yang terbengkalai. Pada masa kini, Paragon Pinnacle Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Ecoworld Development Sdn. Bhd., telah mencadangkan pada Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula kawasan ini dan telah diberikan “ Power of Attorney (PA)” bagi membangunkan kawasan tersebut bagi pihak pemilik tanah. Paragon Pinnacle Sdn. Bhd. juga telah mendapat persetujuan mahkamah di mana kerajaan negeri, pejabat tanah dan pemilik tanah telah bersetuju untuk menyelesaikan isu-isu perihal tanah. Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Ulasan untuk Penilaian Awal Tapak (PAT) dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah diterima pada 22hb Oktober 2015 dan 31hb Mac 2016 (surat lanjutan) di mana Laporan EIA perlu dikemukakan untuk kelulusan. Tapak Projek ini terletak di dalam Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Projek yang dicadangkan ini dikelilingi dengan perumahan, industri dan ladang kelapa sawit. Tapak Projek ini terletak kira-kira 44km dari Kuala Lumpur, 27km ke utara dari bandar Shah Alam, 31km ke barat laut dari bandar Petaling Jaya dan 16km ke barat dari Pekan Sungai Buloh.
[Show full text]