Ringkasan Eksekutif
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
EIA for the Proposed Proposed Mixed Development on Lots 6228, 6229, 6230, 6231, 6232, 6233, 6234, 6235, 6236, 6237, 6238, 6239, 6241, 6242 and 6244, Mukim Ijok, District of Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan for Paragon Pinnacle Sdn. Bhd . RINGKASAN EKSEKUTIF I. Pengenalan Cadangan Projek Kajian EIA ini dijalankan untuk cadangan Pembangunan Bercampur di atas Lot 6228, 6229, 6230, 6231, 6232, 6233, 6234, 6235, 6236, 6237, 6238, 6239, 6241, 6242 dan 6244, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Projek ini akan dijalankan di kawasan dengan keluasan 1400.16 ekar (566.63 hektar). Tapak pembangunan ini dimiliki oleh Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan Ringgit Exotika Sdn. Bhd dan dianggap sebagai pembangunan yang terbengkalai. Pada masa kini, Paragon Pinnacle Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Ecoworld Development Sdn. Bhd., telah mencadangkan pada Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula kawasan ini dan telah diberikan “ Power of Attorney (PA)” bagi membangunkan kawasan tersebut bagi pihak pemilik tanah. Paragon Pinnacle Sdn. Bhd. juga telah mendapat persetujuan mahkamah di mana kerajaan negeri, pejabat tanah dan pemilik tanah telah bersetuju untuk menyelesaikan isu-isu perihal tanah. Lokaliti tapak Projek ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Ulasan untuk Penilaian Awal Tapak (PAT) dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah diterima pada 22hb Oktober 2015 dan 31hb Mac 2016 (surat lanjutan) di mana Laporan EIA perlu dikemukakan untuk kelulusan. Tapak Projek ini terletak di dalam Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Projek yang dicadangkan ini dikelilingi dengan perumahan, industri dan ladang kelapa sawit. Tapak Projek ini terletak kira-kira 44km dari Kuala Lumpur, 27km ke utara dari bandar Shah Alam, 31km ke barat laut dari bandar Petaling Jaya dan 16km ke barat dari Pekan Sungai Buloh. Dari segi geografinya, tapak Projek berada pada kedudukan seperti dia bawah: Longitud Latitud 101°29’32.91” T 3°12’56.04” U 101°29’13.79” T 3°12’37.86” U 101°27’23.91” T 3°13’2.24” U 101°20’25.67” T 3°13’50.84” U 101°20’48.51” T 3°14’13.57” U 101°28’59353” T 3°13’37.18” U Lokasi Tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah A . Dari segi aksesibiliti, pembangunan yang dicadangkan ini boleh diakses melalui Jalan Meru Tambahan dan Persiaran Mokhtar Dahari di bahagian barat Tapak Projek. Pada masa ini, tapak projek itu merupakan tanah terbengkalai yang kebanyakan kawasannya telah dilapangkan dan platform telah disediakan untuk pembangunan perumahan sebelum ini. Terdapat beberapa rumah terbengkalai dan struktur cerucuk di bahagian utara dan tengah-tengah kawasan Projek. Selain itu, beberapa kawasan takungan air di bahagian tengah dan selatan kawasan Projek disebabkan oleh aktiviti kerja tanah oleh EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. I EIA for the Proposed Proposed Mixed Development on Lots 6228, 6229, 6230, 6231, 6232, 6233, 6234, 6235, 6236, 6237, 6238, 6239, 6241, 6242 and 6244, Mukim Ijok, District of Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan for Paragon Pinnacle Sdn. Bhd . pemaju perumahan sebelum ini. Selain itu, pokok-pokok kelapa sawit telah didapati mendominasi di bahagian timur tapak projek. Didapati pokok-pokok kelapa sawit di tapak Projek adalah terdiri dari pokok-pokok matang ke tua yang lebih 20 tahun dan masih lagi produktif. Keadaan sediada di Tapak adalah seperti yang ditunjukkan di Gambarajah B . Tapak Projek yang dicadangkan dikelilingi dengan perumahan, industri, tumbuhan sekunder dan rangkaian jalanraya. Gunatanah bersebelahan Tapak Projek adalah seperti dibawah: • Utara : Ladang kelapa sawit, tumbuhan sekunder, pembangunan Alam Perdana (terbengkalai), Taman Alam Sutera, Taman Industri Alam Jaya dan Pusat Perdagangan Alam Jaya, Kilang Lay Hong dan Sg. Buloh. • Timur : Taman Sri Adjua, Taman Bukit Jugra, Taman Desa Moccis dan kelapa sawit • Selatan : Bandar Saujana Utama, Seri Pristana, Hillpark Shah Alam (dalam pembinaan), kampus UiTM Puncak Alam dan Bandar Puncak Alam. • Barat : Bandar Puncak Alam, Puncak Bistari dan Persiaran Mokhtar Dahari Cadangan Projek ini adalah pembangunan bercampur yang tertakluk kepada perkara 14 (c)(i), dan 18 di bawah Jadual Pertama Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekitar) 2015 di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012. Berdasarkan pada Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor 2015, Projek yang dicadangkan adalah terletak dalam Blok Perancangan 6 – Ijok dibawah Blok Perancangan Kecil (BPK) 6.1 – Bandar Puncak Alam dan Blok Perangan Kecil – 6.2 Saujana Utama yang mana telah ditetapkan untuk pembangunan perumahan dan perniagaan. EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. II EIA for the Proposed Proposed Mixed Development on Lots 6228, 6229, 6230, 6231, 6232, 6233, 6234, 6235, 6236, 6237, 6238, 6239, 6241, 6242 and 6244, Mukim Ijok, District of Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan for Paragon Pinnacle Sdn. Bhd . Gambarajah A: Lokasi Tapak Projek EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. EIA for the Proposed Proposed Mixed Development on Lots 6228, 6229, 6230, 6231, 6232, 6233, 6234, 6235, 6236, 6237, 6238, 6239, 6241, 6242 and 6244, Mukim Ijok, District of Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan for Paragon Pinnacle Sdn. Bhd . Gambarajah B: Keadaan Semasa Tapak Projek EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. IV EIA for the Proposed Proposed Mixed Development on Lots 6228, 6229, 6230, 6231, 6232, 6233, 6234, 6235, 6236, 6237, 6238, 6239, 6241, 6242 and 6244, Mukim Ijok, District of Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan for Paragon Pinnacle Sdn. Bhd . Pihak yang terlibat dalam pembangunan ini:- i. Pemaju: PARAGON PINNACLE SDN. BHD. (1098122-T) No.52, Setia Avenue, No. 2, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 03-3343 3298; Fax.: 03-3342 6298 U/p : Dato’ Sundarajoo Somu ii. Perunding EIA Europasia Engineering Services Sdn. Bhd. (239233-K) No. 63A-2 & 65-2, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS1/50,Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 03-7783 3639/40; Fax. : 03-7784 3200 U/p. : Ms. Geetha P. Kumaran (C0020) (Ketua Kajian EIA) iii. Jurutera Awam dan Struktur i. Air Ribut & Perparitan dan Pembetungan JURUTERA PERUNDING PRIMAREKA SDN. BHD. (433894-D) No.9, Jalan Kenari 2, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5882 7913; Fax: 03-5882 7631 Attn.: Dato C. S. Tee ii. Kerjatanah JURUTERA PERUNDING PESONA REKABINA SDN BHD No12-2, Jalan Puteri 2/4, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan . Tel: 03-8051 3535; Fax: 03-8051 5500 Attn.: Ir. Tan Ai Ping EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. V EIA for the Proposed Proposed Mixed Development on Lots 6228, 6229, 6230, 6231, 6232, 6233, 6234, 6235, 6236, 6237, 6238, 6239, 6241, 6242 and 6244, Mukim Ijok, District of Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan for Paragon Pinnacle Sdn. Bhd . iv. Perunding Perancang dan Pembangunan Arkitek GRA ARCHITECTS SDN BHD G-L5-01, Tower 2, Menara PGRM, No. 6 & 8, Jalan Pudu Ulu, 56100 Kuala Lumpur. Tel: 03-9281 7777; Fax: 03-9287 8208 U/p.: Mr. Boon Chee Wee Perancang JURURANCANG HARTA SDN. BHD (456049-X) Unit 435, Blok 5, Laman Seri Business Park, No.7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5523 3525 / 03-5523 3526 Fax : 03-5523 4075 U/p.: En. Zainudi B. Hasan (Town Planner) v. Juru Ukur JURUKUR JITU RUNDING SDN. BHD. No. 25A, Jalan Kenari 17E, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Tel.: 03-8070 8330; Fax.: 03-8070 8400 U/p.: Sr. Tan Say Kee vi. Makmal Akreditasi ChemVi Laboratory Sdn. Bhd. No. 22A, Jalan Sungai Jeluh 32/192, Nouvelle Kemuning Industrial Park, Bukit Rimau, Sec. 32, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel.: 03-55253505; Fax: 03-55253508 U/p.: Mr. Indran EUROPASIA ENGINEERING SERVICES SDN. BHD. VI EIA for the Proposed Proposed Mixed Development on Lots 6228, 6229, 6230, 6231, 6232, 6233, 6234, 6235, 6236, 6237, 6238, 6239, 6241, 6242 and 6244, Mukim Ijok, District of Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan for Paragon Pinnacle Sdn. Bhd . II. Alam Persekitaran Sediada Persekitaran Fizikal a. Topografi • Berdasarkan pada pelan ukur, cadangan Tapak Projek ini mempunyai permukaan yang agak rata dengan purata ketinggian dari RL11m hingga RL16m dari min paras air laut kecuali Lot 6228 dan Lot 6229 di bahagian barat Tapak Projek yang mempunyai ketinggian dari RL16m hingga RL40m dari min paras air laut . • Puncak tertinggi (kira-kira RL 52.08m) berada di bukit yang diganggu di bahagian barat Tapak Projek manakala kawasan terendah (kira-kira RL 9.39m) berada di timur laut Tapak Projek. b. Saliran • Tapak Projek berada di dalam kawasan tadahan Sg. Buloh. Terdapat dua (2) takat pengambilan air di dalam kawasan tadahan air Sg. Buloh dan kedua-duanya berada di hulu Tapak Projek. • Khususnya, di bahagian timur tapak projek disaliri oleh parit tanah ladang manakala bahagian barat tapak projek disaliri oleh parit tanah yang disediakan semasa aktiviti kerja tanah oleh pembangunan sebelum ini. c. Aspek Geologi dan Tanah • Keseluruhan Tapak Projek terletak di dalam Formasi Beruas di mana terdapat beberapa lapisan sedimen aluvium Kuarter separa dan yang tidak disatukan dan berbeza-beza ketebalan (tanah gambut, tanah liat humik dan deposit lumpur), kecuali di bahagian barat Tapak Projek yang terletak pada Formasi Bukit Kenny. • Berdasarkan kepada keputusan kajian penyiasatan tanah (SI) oleh Strata Drill Sdn. Bhd. pada 2 hb. Januari 2015 hingga 21 hb. Januari 2015 di bawah pengawasan jurutera perunding, Jurutera Perunding Primareka