Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 31 Selasa 29 Oktober 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2014 (Halaman 24) USUL: Anggaran Pembangunan 2014 (Halaman 24) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24) DR.29.10.2013 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Selasa, 29 Oktober 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan dan program yang dijalankan oleh kerajaan terhadap wanita tempatan yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam bahagia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memandang serius isu pemerdagangan manusia dan pelbagai inisiatif telah diambil khususnya dari segi perundangan, penguatkuasaan, perlindungan, jagaan dan penghantaran pulang mangsa serta program-program kesedaran kepada masyarakat. Sebagai makluman, di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain 2007, orang yang disyaki yang terlibat dalam pemerdagangan orang akan diberikan Perintah Perlindungan Interim (IPO) selama 14 hari oleh pihak majistret bagi memberi tempoh kepada pihak penguat kuasa menjalankan siasatan. Sekiranya mangsa didapati memerlukan perlindungan lanjutan, pihak majistret akan mengeluarkan perintah perlindungan PO selama tiga bulan untuk warga negara asing dan dua tahun untuk warga negara tempatan. Sekiranya siasatan mendapati orang bukan mangsa pemerdagangan orang, penama boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Imigresen sebagai illegal imigran. Mangsa wanita bagi kes-kes pemerdagangan orang ditempatkan di tempat perlindungan di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sehingga tamat IPO dan PO dalam tempoh tersebut. Jabatan Pembangunan Wanita telah menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal dengan sebaik mungkin. Mangsa juga diberikan rawatan di klinik atau hospital berhampiran sekiranya mempunyai masalah kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, seramai 24 orang wanita dan kanak-kanak tempatan telah menjadi mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan migrain sejak Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain 2007 dikuatkuasakan. Mangsa-mangsa ini terlibat dalam kes-kes eksploitasi seks, buruh kasar dan DR.29.10.2013 2 penjualan kanak-kanak. Semasa di rumah perlindungan, mangsa akan diberikan program-program seperti sokongan emosi. Pertama, sesi terapi kaunseling dan psikososial untuk membantu mangsa dalam membina keyakinan diri sebagai salah satu program pemulihan yang dikendalikan oleh kaunselor bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan. Kedua, latihan kemahiran seperti menjahit, mengait, memasak, berkebun, membuat coklat, membuat hiasan bunga, menggunakan polymer clay , juga aksesori fesyen menggunakan jahitan manik. Program ini dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta. Ketiga, kelas bahasa Inggeris untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran komunikasi di antara mereka dan juga anggota rumah perlindungan. Program yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan, swasta dan kedutaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya pada pagi ini. Jadi soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah apakah tindakan susulan pihak kementerian terhadap cadangan Jabatan Audit Negara khususnya mengenai penubuhan sebuah badan khusus, selain daripada penambahan peruntukan dan perjawatan tetap bagi menambahbaikkan usaha kerajaan dalam membanteras pemerdagangan orang ini? Terima kasih. Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya semenjak saya dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri, saya telah mengadakan dua mesyuarat dengan unit ini untuk berbincang apakah masalah yang kita hadapi dalam mengendali tugas-tugas kita di bawah peruntukan undang-undang ini. Ternyata sekali mengambil kira apa yang disebutkan oleh pihak Ketua Audit Negara, kita bersetuju bahawa apa yang dicadangkan oleh Ketua Audit itu wajar patut dilaksanakan. Jadi tinggallah lagi terletak di tangan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan untuk meluluskan satu- satu jabatan ataupun agensi untuk menangani masalah di bawah perundangan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita memang tidak lekang memperlihatkan, memerhatikan isu global ini. Bolehkah Yang Berhormat menerangkan dalam usaha Yang Berhormat untuk membanteras jenayah ini, bilangan yang ditahan itu warganegara Malaysia dan bukan warganegara? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan isu ini tidak dapat diselesaikan ataupun dipantau dengan berkesan? ■1010 Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat. Saya mempunyai faktor di sini iaitu 31 yang ditahan di Rumah Perlindungan Wanita Kota Kinabalu daripada 1 Januari hingga 18 September, Yang Berhormat. Di bawah Interim Protection Order (IPO) yang saya sebutkan tadi, iaitu: DR.29.10.2013 3 Negara Bilangan (orang) Filipina 39 China 6 Indonesia 5 Malaysia 3 Vietnam 1 JUMLAH IPO 31 Di bawah PO seramai 27 orang. Negara Bilangan (orang) Filipina 17 Indonesia 9 Vietnam 1 JUMLAH PO 27 Di Rumah Perlindungan Wanita Kuala Lumpur, daripada Januari juga sampai 18 September, Yang Berhormat, kita mempunyai IPO seramai 371 orang. Negara Bilangan (orang) Vietnam 151 China 51 India 9 Nepal 3 Myanmar 1 Filipina 3 Kemboja 1 Malaysia 1 Indonesia 130 Thailand 12 Pakistan 4 Bangladesh 2 Uzbekistan 1 Uganda 1 Sri Lanka 1 JUMLAH IPO 371 PO seramai 169 orang. Negara Bilangan (orang) Indonesia 78 China 30 India 3 Myanmar 1 Uganda 1 Vietnam 42 Thailand 12 Kemboja 1 Sri Lanka 1 JUMLAH PO 169 Rumah Perlindungan Johor, Johor Bahru. IPO tiada. Bawah PO ada seramai 10 orang. DR.29.10.2013 4 Negara Bilangan (orang) India 3 Indonesia 3 Malaysia 2 Sri Lanka 1 Vietnam 1 JUMLAH PO 10 Soalan kedua Yang Berhormat tanya, macam mana kita mengatasi masalah ini oleh kerana tidak kehabisan. Sebenarnya Yang Berhormat, selagi Malaysia ini mempunyai pull factor yang kuat, menurunkan perkara ini, dia akan tetap berlaku, Yang Berhormat. Khususnya kalau kita lihat daripada sudut penarikan Malaysia. Wanita-wanita daripada negara-negara yang kita sebutkan tadi banyak datang ke sini dan oleh kerana industri tourism kita kuat berlaku, masih very vibrant, jadi masyarakat tempatan juga terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak diingini ini. Jadi oleh kerana inilah, maka dia sentiasa akan berterusan. Pull factor yang kedua, ada juga di kalangan yang datang ini mengatakan mereka sendiri victim kepada pemerdagangan orang tetapi sebenarnya illegal immigrant . Itu kita kena pilih yang mana satu illegal immigrant dan yang mana satu victim pemerdagangan orang, Yang Berhormat. Itu kadang-kadang kita payah. Jadi dalam pemilihan ini kita kena kenal pasti siapakah victim dan siapakah yang datang ke sini sebagai illegal immigrant yang sahaja membuat cerita yang mereka menjadi victim kepada ini. Jadi sebabnya ialah tarikan yang tetap ini kepada masyarakat di luar sana kepada Malaysia yang mereka boleh mencari kehidupan di Malaysia ini. Jadi selagi fakta ini berlaku, macam mana di Amerika, Yang Berhormat, dia tidak akan berhenti. Di Amerika pun tidak boleh berhenti benda ini sebab pull factor di Amerika itu akan berlaku tetapi lain tindakan di Amerika. Oleh sebab di Amerika, tiap-tiap orang yang jadi victim antipemerdagangan orang ini diberi work permit , diberi PR tetapi di Malaysia kalau kita buat macam itu, Yang Berhormat, semua wakil rakyat dekat sini semua marah sebab kita hendak bagi semua orang datang sini sebagai worker kita, sebagai pekerja kita dan sebagai PR kita. Jadi kita tidak boleh buat. Terima kasih Yang Berhormat. 2. Puan P. Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, adakah inisiatif realistik untuk menubuhkan pasukan-pasukan khas untuk menangani masalah 'rempit' di Malaysia, kos yang terlibat untuk menangani masalah ini serta usaha menangani gejala “dropout” dari sekolah yang biasanya akan direkrut ke dalam geng jenayah. Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Datuk Saravanan a/l Murugan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tangkapan mat rempit yang sering digambarkan oleh masyarakat adalah menjurus kepada golongan yang melakukan aktiviti perlumbaan di jalan awam serta mempertaruhkan imbuhan kepada peserta yang memenangi sesuatu perlumbaan. Hakikatnya, hasil soal siasat terhadap mereka yang ditangkap, lebih 80% remaja di antara umur 17 tahun hingga 25 tahun menunjukkan aktiviti berkenaan bukan merupakan satu aktiviti yang terancang dan bersindiket tetapi ia berlumba sesama sendiri bagi mencari keseronokan atau mendapatkan status yang lebih dihormati di kalangan rakan sebaya. DR.29.10.2013 5 Ini kerana lumba haram merupakan salah satu gejala negatif