PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN NG SUEE LIM (N04 )

TAJUK : SKIM PEDULI SIHAT

1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Sila nyatakan bagaimanakah sambutan rakyat terhadap skim tersebut. b) Sila kemukakan jumlah kelulusan terkini Kad Peduli Sihat mengikut pecahan Dun dan kaum. c) Sila nyatakan apakah kelemahan yang dikenalpasti dalam proses mempercepatkan kelulusan setiap permohonan.

JAWAPAN:

Soalan 1 daripada YB Sekinchan adalah berkaitan Skim Peduli Sihat (SPS) yang akan dijawab bersekali dengan soalan-soalan seperti berikut: i) Soalan 215 daripada YB ; ii) Soalan 206 daripada YB Kota Anggerik; iii) Soalan 31 daripada YB Seri Andalas; iv) Soalan 172 daripada YB Hulu Kelang; dan v) Soalan 103 daripada YB .

Seperti mana kita sedia maklum, Skim Peduli Sihat yang telah dilancarkan pada 24 Januari 2017, membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap bebanan kos rawatan kesihatan rakyat yang semakan tinggi. Program yang terunggul di dan hanya terdapat di ini merupakan satu program yang berimpak tinggi selari dengan peruntukan yang telah dikhususkan untuk pelaksanaannya, iaitu RM125 juta setahun.

Tuan Speaker,

YB Kajang, YB Kota Anggerik, YB Seri Andalas, YB Sekinchan, YB Jeram dan YB Hulu Kelang bertanyakan berkaitan jumlah keahlian Skim Peduli Sihat serta pecahan mengikut Dewan Negeri.

Untuk makluman Ahli Dewan,

Jumlah permohonan keahlian SPS yang telah berdaftar sehingga 12 Julai 2017 adalah sebanyak 216,051 orang ahli. Jumlah ahli mengikut Dewan Negeri adalah seperti berikut:

Bil. Dewan Negeri Jumlah Ahli 1 N01 SUNGAI AIR TAWAR - N01 6,162 2 N02 SABAK - N02 2,448 3 N03 - N03 7,354 4 N04 SEKINCHAN - N04 2,486 5 N05 HULU BERNAM - N05 1,873 6 N06 KUALA KUBU BAHARU - N06 1,851 7 N07 - N07 6,741 8 N08 - N08 4,947 9 N09 PERMATANG - N09 5,184 10 N10 BUKIT MELAWATI - N10 5,130 11 N11 - N11 2,198 12 N12 JERAM - N12 5,602 13 N13 - N13 4,531 14 N14 RAWANG - N14 4,227 15 N15 TAMAN TEMPLER - N15 3,963 16 N16 - N16 2,549 17 N17 GOMBAK SETIA - N17 3,109 18 N18 HULU KELANG - N18 2,319 19 N19 - N19 2,071 20 N20 - N20 3,178 21 N21 CHEMPAKA - N21 1,859 22 N22 TERATAI - N22 752 23 N23 - N23 2,126 24 N24 - N24 2,746 25 N25 KAJANG - N25 1,963 26 N26 BANGI - N26 2,874 27 N27 - N27 988 28 N28 - N28 2,563 29 N29 SERI SERDANG - N29 2,340 30 N30 KINRARA - N30 2,340 31 N31 - N31 725 32 N32 SERI SETIA - N32 4,092 33 N33 TAMAN MEDAN - N33 3,485 34 N34 BUKIT GASING - N34 618 Bil. Dewan Negeri Jumlah Ahli 35 N35 KAMPUNG TUNKU - N35 525 36 N36 - N36 867 37 N37 - N37 3,090 38 N38 - N38 6,701 39 N39 - N39 2,623 40 N40 KOTA ANGGERIK - N40 3,852 41 N41 - N41 3,721 42 N42 MERU - N42 8,060 43 N43 SEMENTA - N43 3,595 44 N44 SUNGAI PINANG - N44 1,219 45 N45 SELAT - N45 3,355 46 N46 PELABUHAN KLANG - N46 2,690 47 N47 - N47 2,304 48 N48 KOTA ALAM SHAH - N48 663 49 N49 SERI ANDALAS - N49 4,262 50 N50 SRI MUDA - N50 3,061 51 N51 - N51 4,258 52 N52 TELOK DATOK - N52 4,840 53 N53 - N53 7,045 54 N54 TANJUNG SEPAT - N54 4,917 55 N55 - N55 8,621 56 N56 - N56 4,856 57 KHAS 23,532 JUMLAH KESELURUHAN 216,051

YB Sekinchan bertanyakan berkaitan keahlian SPS mengikut kaum, berikut adalah pecahan mengikut kaum sehingga 12 Julai 2017 :

Jumlah Pemohon Peratusan Bil. Kaum yang Berjaya % 1 MELAYU 142,558 66% 2 CINA 31,451 14% 3 INDIA 40,367 19% 4 LAIN-LAIN 1,675 1% JUMLAH 216,051 100%

YB Jeram bertanyakan jumlah permohonan SPS yang ditolak dan sebab penolakan.

Jumlah permohonan yang ditolak sehingga 12 Julai 2017 adalah sebanyak 5,235 permohonan. Di antara sebab permohonan tersebut ditolak adalah seperti berikut: i. Dokumen sokongan tidak lengkap; ii. Gaji melebihi had; iii. Tempoh pemastautin tidak mencukupi; dan iv. Dokumen sokongan yang mencurigakan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

YB Kajang, YB Kota Anggerik, YB Seri Andalas dan YB Jeram turut bertanyakan berkaitan peruntukan yang telah dibelanjakan untuk SPS serta pecahan mengikut Dewan Negeri.

Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sehingga 12 Julai 2017, bagi pelaksanaan SPS adalah sebanyak RM1,621,950.27. Jumlah tersebut merupakan amaun tuntutan ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh klinik panel SPS bagi menampung kos rawatan peserta SPS.

Berikut adalah jumlah amaun tuntutan mengikut Dewan Negeri :

BILANGAN AMAUN TUNTUTAN DEWAN NEGERI PESAKIT (RM) N55 DENGKIL 2,300 102,753.95 N10 BUKIT MELAWATI 1,862 85,782.50 N56 SUNGAI PELEK 1,719 79,501.00 N03 SUNGAI PANJANG 1,663 72,245.40 N28 SERI KEMBANGAN 1,323 60,819.50 N07 BATANG KALI 1,338 60,412.70 N42 MERU 1,320 56,407.30 N09 PERMATANG 1,141 52,741.00 N01 SUNGAI AIR TAWAR 1,153 52,701.70 N38 PAYA JARAS 1,025 46,194.00 N49 SERI ANDALAS 949 43,286.75 N12 JERAM 961 43,093.60 N53 MORIB 905 40,127.00 N13 KUANG 892 38,961.80 N52 TELOK DATOK 793 37,383.00 N32 SERI SETIA 710 32,890.80 N08 SUNGAI BURONG 647 30,603.10 N14 RAWANG 658 28,795.20 N46 PELABUHAN KLANG 609 28,116.40 N41 BATU TIGA 629 27,872.46 N26 BANGI 628 26,888.60 N43 SEMENTA 628 26,762.10 N15 TAMAN TEMPLER 636 26,673.25 N54 TANJUNG SEPAT 582 25,093.00 N51 SIJANGKANG 567 24,970.60 N40 KOTA ANGGERIK 538 24,381.90 N33 TAMAN MEDAN 518 24,252.40 N45 SELAT KLANG 553 23,657.50 N29 SERI SERDANG 490 22,546.80 N18 HULU KELANG 540 22,202.80 N17 GOMBAK SETIA 466 21,249.90 N47 PANDAMARAN 456 20,311.60 N24 SEMENYIH 436 19,736.40 N39 KOTA DAMANSARA 425 19,336.06 N30 KINRARA 430 19,315.50 N20 LEMBAH JAYA 437 19,110.50 N20 LEMBAH JAYA 437 19,110.50 N06 KUALA KUBU BAHARU 409 18,715.00 N19 BUKIT ANTARABANGSA 405 17,848.65 N37 BUKIT LANJAN 392 17,732.00 N25 KAJANG 387 17,632.60 N21 CHEMPAKA 387 17,466.00 N02 SABAK 404 17,382.40 N23 DUSUN TUA 366 16,118.60 N16 BATU CAVES 344 15,701.40 N50 SRI MUDA 347 15,541.65 N04 SEKINCHAN 319 14,533.50 N11 IJOK 310 13,752.00 N31 SUBANG JAYA 259 11,597.35 N05 HULU BERNAM 283 9,741.00 N27 BALAKONG 192 8,492.95 N44 SUNGAI PINANG 111 5,295.10 LAIN-LAIN 101 4,461.00 N34 BUKIT GASING 96 4,362.50 N22 TERATAI 67 3,072.00 N48 KOTA ALAM SHAH 48 2,253.50 N36 DAMANSARA UTAMA 41 1,770.00 N35 KAMPUNG TUNKU 30 1,303.00 JUMLAH 36,225 1,621,950.27

YB Jeram bertanyakan berkenaan klinik panel bagi SPS, pada masa ini sebanyak 624 klinik panel yang telah berdaftar dengan SPS. Berikut adalah pecahan klinik panel mengikut Dewan Negeri :

Bil. Dewan Negeri Jumlah Klinik 1 N01 SUNGAI AIR TAWAR - N01 0 2 N02 SABAK - N02 2 3 N03 SUNGAI PANJANG - N03 6 4 N04 SEKINCHAN - N04 1 5 N05 HULU BERNAM - N05 0 6 N06 KUALA KUBU BAHARU - N06 6 7 N07 BATANG KALI - N07 12 8 N08 SUNGAI BURONG - N08 1 9 N09 PERMATANG - N09 4 10 N10 BUKIT MELAWATI - N10 4 11 N11 IJOK - N11 3 12 N12 JERAM - N12 8 13 N13 KUANG - N13 2 14 N14 RAWANG - N14 26 15 N15 TAMAN TEMPLER - N15 9 16 N16 BATU CAVES - N16 17 17 N17 GOMBAK SETIA - N17 7 18 N18 HULU KELANG - N18 2 19 N19 BUKIT ANTARABANGSA - N19 8 20 N20 LEMBAH JAYA - N20 21 21 N21 CHEMPAKA - N21 1 22 N22 TERATAI - N22 2 23 N23 DUSUN TUA - N23 4 24 N24 SEMENYIH - N24 14 25 N25 KAJANG - N25 27 26 N26 BANGI - N26 23 27 N27 BALAKONG - N27 9 28 N28 SERI KEMBANGAN - N28 18 29 N29 SERI SERDANG - N29 13 30 N30 KINRARA - N30 32 31 N31 SUBANG JAYA - N31 24 32 N32 SERI SETIA - N32 19 33 N33 TAMAN MEDAN - N33 13 34 N34 BUKIT GASING - N34 3 35 N35 KAMPUNG TUNKU - N35 7 36 N36 DAMANSARA UTAMA - N36 10 37 N37 BUKIT LANJAN - N37 5 38 N38 PAYA JARAS - N38 15 39 N39 KOTA DAMANSARA - N39 19 40 N40 KOTA ANGGERIK - N40 48 41 N41 BATU TIGA - N41 22 42 N42 MERU - N42 22 43 N43 SEMENTA - N43 29 44 N44 SUNGAI PINANG - N44 5 45 N45 SELAT KLANG - N45 5 46 N46 PELABUHAN KLANG - N46 22 47 N47 PANDAMARAN - N47 4 48 N48 KOTA ALAM SHAH - N48 5 49 N49 SERI ANDALAS - N49 7 50 N50 SRI MUDA - N50 17 51 N51 SIJANGKANG - N51 6 52 N52 TELOK DATOK - N52 8 53 N53 MORIB - N53 6 54 N54 TANJUNG SEPAT - N54 4 55 N55 DENGKIL - N55 10 56 N56 SUNGAI PELEK - N56 7 JUMLAH KESELURUHAN 624

YB Sekinchan bertanyakan berkaitan kaedah mempercepatkan kelulusan setiap permohonan.

Permohonan Keahlian SPS boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu dengan membuat permohonan secara atas talian (online) ataupun melalui Pusat Khidmat Masyarakat berhampiran. Bagi memudahkan permohonan, petugas PKM akan membantu menguruskan pendaftaran SPS ini terutama kepada golongan yang kurang upaya dan kurang berpengetahuan menggunakan capaian internet. Proses ini dapat mempercepatkan kelulusan setiap permohonan yang diterima.

Bagi memperkasakan program Skim Peduli Sihat (SPS) demi kepentingan dan kebajikan rakyat di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah mewujudkan beberapa Kategori Khas yang akan didaftarkan dan diluluskan oleh pihak Selgate Corporation Sdn. Bhd. selaku pihak yang telah dilantik bagi menguruskan pelaksanaan SPS. Kategori Khas ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi dan jabatan di bawah Kerajaan Negeri yang mempunyai rekod penerima yang layak untuk menerima manfaat di bawah program ini. Senarai penerima manfaat SPS di bawah Kategori Khas yang ditetapkan adalah seperti berikut:

BIL KATEGORI KHAS AGENSI / JABATAN 1. Orang Kelainan Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri 2. Anak Yatim Selangor (JKM) 3. Guru KAFA Jabatan Agama Islam Negeri Selangor 4. Imam Masjid dan Surau (JAIS) 5. Fakir Miskin / Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) Ketua Kampung dan Ketua 6. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Komuniti India 7. Warga Emas (60 tahun ke atas) Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN SALLEHEN BIN MUKHYI (N02 SABAK)

TAJUK : PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI UNIVERSITI ISLAM MADINAH (UIM)

2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah program ini masih diteruskan? b) Apakah Kerajaan bercadang mengadakan perbincangan dengan pihak UIM bagi menambah kuota pelajar? c) Apakah kaedah pemantauan bagi memastikan pelajar ini kembali dengan ajaran dan pemikiran yang betul dan wadi'ie?

JAWAPAN: a) Program ini tidak diteruskan. b) Kerajaan Negeri tidak mengadakan perbincangan dengan pihak UIM bagi menambah kuota pelajar. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah memutuskan supaya penumpuan diberi kepada universiti dalam negara bagi Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab. c) Pemantauan berkala dilaksanakan seperti: i. Pemantauan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor yang berpusat di Mesir. ii. Pemantauan dari Kedutaan Besar di Arab Saudi iii. Pemantauan melalui persatuan pelajar di Madinah serta hubungan lasngsung secara maya dengan pegawai dari JAIS.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATUK SERI DR. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL (N25 KAJANG)

TAJUK : WIFI SMART SELANGOR

3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah sasaran pencapaian Wifi Smart Selangor hingga Disember 2017? b) Apakah tahap liputan Wifi Smart Selangor mengikut pecahan perbandaran dan luar bandar? c) Apakah rancangan Negeri dalam pengaktifan semula Wifi percuma di balai raya JKKK?

JAWAPAN: a) Sehingga kini terdapat sebanyak 3,239 lokasi hotspot WiFi Smart Selangor di Negeri Selangor iaitu peningkatan daripada 2,981 hotspot pada tahun 2016. Pemasangan WiFi Smart Selangor disasarkan mencapai jumlah sebanyak 4,100 lokasi hotspot di seluruh negeri Selangor menjelang Disember 2017.

Pemasangan semula hotspot yang sedia ada ke lokasi baru, terutamanya di kawasan luar bandar, juga sedang giat dalam pelaksanaan bagi memastikan pemasangan WiFi Smart Selangor tidak hanya tertumpu di kawasan bandar. b) 76% pemasangan hotspot WiFi Smart Selangor yang sedia ada adalah tertumpu di kawasan yang terletak di bawah Majlis Bandaraya , Majlis Bandaraya , Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Klang. Pemasangan hotspot disasarkan kepada kawasan yang berkepadatan tinggi para belia dan tempat tumpuan ramai oleh itu peratusan yang lebih tinggi di kawasan perbandaran adalah sejajar dengan perangkaan taburan penduduk di Negeri Selangor iaitu 93% daripada penduduk berada di kawasan bandar, termasuklah kawasan berpendapatan rendah di dalam bandar, dan 7% di kawasan luar bandar di mana penembusan jalur lebar adalah 79% di Negeri Selangor. (Sumber: Data Asas Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia).

Bagi memastikan jurang digital di kawasan luar bandar dapat dikurangkan, pemasangan semula hotspot yang sedia ada ke lokasi baru sedang dilaksanakan bagi memastikan kawasan berpendapatan rendah dan kawasan luar bandar dapat mengambil manfaat daripada projek WiFi Smart Selangor ini. c) Tempat tumpuan orang ramai seperti balai raya, dewan dan pusat komuniti yang terletak di kawasan luar bandar dan didiami oleh yang berpendapatan rendah adalah merupakan tempat pilihan bagi pemasangan hotspot WiFi Smart Selangor. Setakat ini bagi kategori balai raya, dewan dan pusat komuniti terdapat sebanyak 117 lokasi hotspot WiFi Smart Selangor di mana 50 hotspot WiFi telah dipasang di balai raya JKKK.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATO' MOHD SHAMSUDIN BIN LIAS (N08 SUNGAI BURONG)

TAJUK : PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN

4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Nyatakan secara terperinci pelaksanaan program tersebut. b) Apakah garis pendapatan kemiskinan yang digunapakai dan berapakah jumlah bilangan keluarga isi rumah miskin yang telah dikenalpasti? c) Nyatakan jumlah dan peratus yang telah terkeluar dari kelompok miskin selepas mengikuti program tersebut.

JAWAPAN: a) Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan komited dalam mencapai matlamat kemiskinan sifar dalam pelbagai dimensi. Pelbagai inisiatif terus dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam merealisasikan “Distributive Justice” kepada rakyat.

Inisiatif dan usaha keras Kerajaan Negeri ini dapat dilihat melalui pelaksanaan pelbagai program bantuan oleh pelbagai Jawatankuasa Tetap (STANDCO) dan Jabatan/ Agensi untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi golongan berpendapatan rendah di samping mengurangkan bebanan kos sara hidup dari pelbagai aspek. Antara langkah-langkah dan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 lagi adalah seperti berikut:-

i. Program Bantuan Perumahan

Program Bantuan Perumahan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan rakyat untuk memiliki rumah pada harga yang mampu dimiliki dan selesa untuk diduduki adalah Rumah Selangorku. Manakala bantuan skim pembiayaan perumahan adalah melalui Skim DanaSel dan Skim Selangor Smart Home Buyers. Skim Smart-Sewa pula diwujudkan bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan sederhana untuk menyewa dan akhirnya beupaya memiliki rumah di Negeri Selangor. Selain itu, Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin disasarkan khusus kepada golongan miskin yang menetap di rumah yang serba daif di mana rumah akan dibina dan diberikan secara percuma kepada yang layak. ii. Program Bantuan Pengupayaan Ekonomi

Program-program Bantuan Pengupayaan Ekonomi pula adalah seperti Program HIJRAH, Dana Usahawan Mikro, Program Bantuan Makanan Asas (Food Stamp), Program Bantuan Nelayan/ Akuakultur, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Pemberian Bantuan Secara Baucer untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan serta pelbagai lagi Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) seperti Program Air Bersih Percuma sebanyak 20 meter padu sebulan, Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, Insentif Perkahwinan Belia dan lain-lain. Melalui program-program tersebut, ianya dijangka berupaya melonjakkan dan meningkatkan pendapatan golongan miskin yang akhirnya dapat mengeluarkan mereka daripada kitaran kemiskinan. Ini secara tidak langsung akan menghasilkan impak positif terhadap taraf dan kesejahteraan hidup rakyat secara berterusan. iii. Program Bantuan Peningkatan Tahap Kesihatan

Program-program Bantuan Peningkatan Tahap Kesihatan seperti Skim Peduli Sihat, Program Dialisis Rakyat, Skim Pemeriksaan Mammogram dan Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor (merangkumi bantuan seperti Katarak Mata, Pembedahan Kecil, Lain-lain Rawatan dan Kaki Palsu) pula dilihat sebagai inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengurangkan bebanan kos hidup rakyat melalui bantuan kesihatan ke arah melahirkan rakyat yang sihat dan cergas.

iv. Program Bantuan Pengupayaan Pendidikan

Terdapat pelbagai Program Bantuan Pengupayaan Pendidikan yang bukan sahaja berupaya memperkukuhkan daya saing graduan, malahan dapat mempertingkatkan kebolehpasaran mereka. Antaranya adalah seperti Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kolej Antarabangsa INPENS, Selangor Business School dan Program Boot Camp Akademik. Manakala program-program yang dapat membantu meringankan bebanan rakyat melalui penajaan/ pembiayaan pendidikan pula adalah seperti Program Peduli Siswa, Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor, Biasiswa Selangor (untuk pelajar KUIS & UNISEL), Program Bantuan Sara Diri Pelajar (untuk pelajar KUIS, UNISEL dan INPENS), Program Kemahiran Teknikal (untuk pelajar INPENS), Program Tuisyen Rakyat, Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah untuk Anak Pekerja Ladang, Program Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/ IPTS) untuk Anak Pekerja Ladang dan Program Kecemerlangan UPSR untuk Anak Pekerja Ladang.

Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan komited dalam usaha membantu meringankan bebanan rakyat dalam pelbagai aspek dengan memberi manfaat kepada semua rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira gender dan etnik di samping memastikan rakyat terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan. b) Usaha membasmi kemiskinan di kalangan rakyat sentiasa menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dengan membantu masyarakat meningkatkan tahap pendapatan, keadaan sosio ekonomi serta menganjak paradigma masyarakat untuk berhijrah keluar daripada kitaran kemiskinan. Untuk itu, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Selangor terkini yang digunapakai oleh semua Jabatan/ Agensi di Negeri Selangor yang menyelaras dan melaksanakan program bantuan adalah berjumlah RM1,500 seisi rumah. Ini adalah berdasarkan kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 40/2016 bertarikh 7 Disember 2016 bersetuju bahawa Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Selangor dikekalkan pada paras RM1,500.00 seisi rumah. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Selangor ini dilihat lebih realistik dan bersesuaian dengan senario ekonomi semasa berbanding dengan PGK Nasional iaitu RM930 seisi rumah.

Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang data bersepadu berhubung jumlah sebenar keluarga isi rumah miskin. Statistik sedia ada merupakan jumlah isi rumah miskin yang telah menerima manfaat di bawah setiap program bantuan yang dijalankan oleh Jabatan/ Agensi terlibat. Berdasarkan rekod, seramai 762,841 orang yang telah menerima manfaat daripada program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan sejak tahun 2008. Namun begitu, jumlah ini tidak termasuk pelbagai program bantuan dan pengupayaan ekonomi daripada pelbagai Jawatankuasa Tetap (STANDCO) dan Jabatan/ Agensi. c) Ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang data atau statistik bersepadu berhubung tahap pencapaian keseluruhan program bantuan dan program peningkatan tahap ekonomi rakyat. Ini kerana jumlah dan peratus penerima manfaat yang telah terkeluar daripada kitaran kemiskinan adalah tertakluk kepada kajian impak yang dilaksanakan bagi setiap program. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada *Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Tahun 2014 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor mencatatkan penurunan insiden kemiskinan daripada 0.4% pada tahun 2012 kepada 0.2% pada tahun 2014. Ini menunjukkan bahawa, pelaksanaan program bantuan dan peningkatan ekonomi seumpama ini berupaya memberi impak positif dalam menurunkan kadar kemiskinan di Negeri Selangor.

*Maklumat tambahan: Jadual Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri bagi tahun 1970 hingga 2014 daripada Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Tahun 2014 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia adalah seperti di LAMPIRAN 1. LAMPIRAN 1

INSIDEN KEMISKINAN MENGIKUT ETNIK, STRATA DAN NEGERI BAGI TAHUN 1970 - 2014

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014)

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN LAU WENG SAN (N35 KAMPUNG TUNKU)

TAJUK : INDUSTRI 4.0

5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah insentif-insentif kerajaan untuk memperkembangkan R&D dan automasi di sektor pembuatan di Selangor berdasarkan konsep dan teknologi Industri 4.0?

JAWAPAN: a) Secara dasarnya Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA telah memperkenalkan beberapa insentif untuk menggalakkan penglibatan syarikat dalam memperkembangkan R&D dan automasi dalam sektor pembuatan di Selangor berdasarkan konsep dan teknologi Industri 4.0.

Akta Penggalakan Pelaburan, 1968 mentakrifkan penyelidikan dan pembangunan (Research & Development atau R&D) sebagai “apa-apa kajian sistematik atau intensif yang dijalankan dalam bidang sains atau teknologi dengan tujuan untuk menggunakan hasil kajian itu untuk pengeluaran atau penambahbaikan bahan, alat, produk, hasil atau proses, tetapi tidak termasuk: i. kawalan mutu atau pengujian rutin bahan, alat, produk atau hasil; ii. penyelidikan dalam sains sosial atau ilmu kemanusiaan; iii. pemungutan data rutin; iv. kaji selidik kecekapan atau kajian pengurusan; dan v. penyelidikan pasaran atau promosi jualan.

Antara insentif – insentif utama yang ditawarkan untuk syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan seperti;-

1. Syarikat R&D Kontrak (Contract R&D) i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 100% daripada pendapatan berkanun untuk lima tahun. Elaun modal tidak diserap dan kerugian terkumpul yang ditanggung semasa tempoh perintis boleh dibawa ke hadapan dan ditolak daripada pendapatan pasca perintis syarikat berkenaan; atau

ii. Elaun Cukai Pelaburan 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh 10 tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun modal tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

2. Syarikat R&D (R&D Companies) Sebuah syarikat R&D, iaitu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan R&D di Malaysia kepada syarikat berkaitannya atau kepada mana-mana syarikat lain, boleh diberikan Elaun Cukai Pelaburan 100% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh 10 tahun. Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun modal tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Seandainya syarikat R&D itu memilih untuk tidak menggunakan elaun ini, syarikat-syarikat berkaitannya boleh menikmati potongan dua kali ganda bagi bayaran-bayaran yang dilakukan kepada syarikat R&D itu untuk perkhidmatan yang telah diberikan.

3. Penyelidikan Dalam Syarikat (In-House R&D) Sebuah syarikat yang menjalankan R&D dalam syarikat bagi memajukan perniagaannya boleh memohon Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 50% ke atas perbelanjaan modal layak yang dilakukan dalam tempoh 10 tahun. Syarikat boleh menggunakan elaun ini untuk ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanunnya bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun modal tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Dalam menggalakkan pihak syarikat memperkembangkan proses automasi di sektor pembuatan berdasarkan konsep dan teknologi Industri 4.0, Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA telah memperkenalkan insentif dalam Bajet 2015 kepada syarikat yang ingin terlibat dalam aktiviti automasi mengikut kategori berikut;-

 Kategori Pertama, iaitu untuk industri yang mempunyai kebergantungan buruh yang tinggi seperti industri produk getah, plastik, kayu, perabot dan tekstil. Insentif yang ditawarkan adalah elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200% ke atas 4 juta ringgit perbelanjaan pertama. Insentif ini adalah bagi tempoh 2015 hingga 2017; dan

 Ketegori Kedua, iaitu untuk industri – industri yang lain. Insentif yang ditawarkan adalah elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200% ke atas 2 juta ringgit perbelanjaan modal pertama. Insentif ini adalah bagi tempoh 2015 hingga 2020.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN IR. HAJI MOHD HASLIN BIN HASSAN (N54 TANJUNG SEPAT)

TAJUK : PENEROKAAN HUTAN SIMPAN

6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah status permohonan lesen menduduki sementara hutan simpan Tanjung Dua Belas oleh peneroka-peneroka? b) Berapakah jumlah permohonan yang diterima dan berapakah jumlah yang diluluskan oleh pihak jabatan? c) Berapakah jumlah keluasan yang diluluskan kepada setiap pemohon dan berapakah kadar premium yang dikenakan?

JAWAPAN: a) Tidak ada Hutan Simpanan Kekal bernama Hutan Simpan Tanjung Dua Belas di Negeri Selangor. b) Tiada kaitan. c) Tiada kaitan. PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN DR XAVIER JAYAKUMAR A/L ARULANANDAM (N49 SERI ANDALAS)

TAJUK : INFRASTUKTUR LEBUH RAYA

7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah konsesi lebuh raya yang telah diluluskan di Negeri Selangor? b) Apakah konsesi lebuh raya yang masih dalam perancangan di Negeri Selangor?

JAWAPAN: a) Terdapat lima (5) konsesi lebuhraya yang telah diluluskan di Negeri Selangor iaitu:

BIL. LEBUHRAYA KELULUSAN

1. Lebuhraya Pantai Barat (WCE) November 2005 2. Lebuhraya Damansara - Shah Alam (DASH) Mei 2012 3. Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) Mei 2012 4. East Expressway (EKVE) Mei 2012 5. Lebuhraya Putrajaya – KLIA (MEX II) April 2000

Manakala Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA – (SKLIA) masih dalam proses bawah Seksyen 4 untuk tujuan kajian lanjutan ukur dan siasatan tanah. b) Kerajaan Negeri pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pembinaan lebuhraya baru di Negeri Selangor.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN BUDIMAN BIN MOHD ZOHDI (N03 SUNGAI PANJANG)

TAJUK : SUKAN SEA 2017

8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk menjayakan Sukan Sea 2017? b) Senaraikan lokasi pertandingan yang terletak di Negeri Selangor? c) Nyatakan secara terperinci perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk Sukan Sea?

JAWAPAN: a) Kerajaan Negeri tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran Sukan Sea yang bakal diadakan di Kuala Lumpur ini manakala venue yang terlibat di Selangor hanya melibatkan pengurusan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut sebagai pengurus venue. b) Berikut adalah lokasi pertandingan di Selangor :-

Bil. Sukan Venue 1. Ragbi Stadium MBPJ, Petaling Jaya 2. Golf The Mines Resort City Golf Club, Sri Kembangan 3. Ice Skating Empire City, , Petaling Jaya 4. Tenpin Megalanes, Sunway Pyramid, Bandar Bowling Sunway Petaling Jaya 5. Kriket Kinrara Oval, 6. Bola Sepak Stadium Shah Alam / Stadium Majlis Perbandaran 7. Futsal Stadium Panasonic Shah Alam 8. Hoki Ais Empire City, Mutiara Damansara, Petaling Jaya

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN YEO BEE YIN (N36 DAMANSARA UTAMA)

TAJUK : PEMBANGUNAN WANITA NEGERI SELANGOR

9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah perkembangan terkini Institut Wanita Berdaya? b) Bagaimanakah RM 9 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk memperdaya wanita bidang ekonomi, pendidikan dan kerjaya (bajet 2017) dibelanjakan?

JAWAPAN:

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN (N17 GOMBAK SETIA)

TAJUK : BANTUAN KEWANGAN PENYAKIT HAWAR DAUN BAKTERIA (BLB)

10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah syarat-syarat melayakkan seseorang pesawah menerima bantuan kewangan tersebut? b) Berapakah jumlah penerima bantuan kewangan ini? c) Adakah kesemua penerima bantuan telah menerima bantuan tersebut?

JAWAPAN: a) Syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pesawah menerima bantuan kewangan tersebut adalah seperti berikut :-

1. Penerima adalah merupakan pengusaha sawah (operator);

2. Kawasan yang telah diserang oleh penyakit BLB mestilah sekurang- kurangnya 20% dari keseluruhan lot; dan

3. Lot sawah diperakui oleh Jabatan Pertanian Selangor telah dijangkiti serangan penyakit BLB melalui bancian yang telah dibuat oleh jabatan. b) Berdasarkan dapatan hasil bancian yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Selangor bagi musim 2/2016, sejumlah 8,892 lot sawah yang diusahakan dikenalpasti layak untuk diberikan bantuan kewangan tersebut yang melibatkan seramai 9,124 pesawah. c) Secara keseluruhannya, penyerahan cek-cek bantuan kewangan kepada pesawah telahpun selesai dilaksanakan pada 20 Jun 2017 bermula dari Kawasan Blok Pengairan Panchang Bedena, Sg. Burong, Sekinchan, Sg. Nipah, Bagan Terap, Sg. Leman dan Sg. Panjang.

Namun begitu, masih terdapat sejumlah 1,919 atau 21% penerima bantuan yang masih belum menerima cek bantuan kewangan mereka. Ini adalah disebabkan oleh kesilapan pada ejaan nama, nombor kad pengenalan dan juga perkara yang berkaitan dengan isu di antara pemilik tanah sawah dengan pemajak tanah sawah tersebut iaitu pengusaha sebenar sawah (operator).

Isu-isu Perkara-perkara yang menjadi penyebab kepada Isu-isu tersebut paling tinggi berlaku di Kawasan Blok Pengairan Panchang Bedena, Sabak Benam yang melibatkan sejumlah 1,873 cek atau 20% daripada keseluruhan cek yang disediakan.

Walau bagaimanapun, penyerahan pada peringkat seterusnya, yang melibatkan Blok Pengairan Sg. Nipah, Bagan Terap, Sg. Panjang, Sg. Leman, Sekinchan dan Sg. Burong, jumlah cek yang tidak dapat diserahkan atau dikembalikan semula kurang adalah dari 1% sahaja disebabkan oleh terdapat segelintir pesawah yang gagal untuk memberikan salinan kad pengenalan dan juga terdapat salinan-salinan kad pengenalan yang diserahkan tidak sempurna samada ianya disebabkan oleh salinan tersebut tidak terang ataupun terlalu gelap.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN HANIZA BINTI MOHAMED TALHA (N33 TAMAN MEDAN)

TAJUK : PROGRAM CERIA

11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Peruntukan bagi penyelenggaraan lif dan pengindahan rumah pangsa kos rendah telah dinaikkan kepada RM 55 juta. Bagaimanakah pengagihan peruntukan tersebut dibuat? b) Nyatakan flat kos rendah serta nilai yang diterima. c) Mengapa peruntukan ADUN diambil untuk lunaskan pembayaran tunggakan rumah-rumah kos rendah?

JAWAPAN: a) Peruntukan sejumlah RM55 juta bagi penyelenggaraan lif dan pengindahan rumah kos rendah adalah kesinambungan daripada Skim CERIA sejumlah RM25 juta sedia ada dengan tambahan sejumlah RM30 juta untuk Skim SMART Lift Improvement For Quality Life (SMART LIFE) pada tahun 2017.

Terdapat perbandingan di antara Skim CERIA dan Skim SMART LIFE seperti berikut:

i- Skim CERIA adalah bantuan baik pulih harta bersama secara perkongsian kos antara Kerajaan Negeri dan penduduk seperti berikut:

Perkongsian Kos Baik Julat Harga Pulih di bawah Skim Bil Kategori Pangsapuri Belian CERIA Pertama (RM) Kerajaan Penduduk 1. Kos Rendah / Rumah 42,000.00 dan 80% 20% Selangorku Jenis A ke bawah 2. Kos Sederhana Atas 42,000.00 60% 40% Rendah / Rumah hingga Selangorku Jenis B 150,000.00 /C1 3. Kos Sederhana Atas 40% 60% Tinggi/Rumah 150,000.00 Selangorku Jenis C2/D sehingga 250,000.00 ii- Skim SMART LIFE adalah bantuan khusus untuk lif diberikan kepada pangsapuri kos rendah sahaja (RM42,000.00 ke bawah) seperti berikut:

 Bantuan baik pulih lif secara percuma tanpa perkongsian kos daripada penduduk.

 Bantuan bayaran fi fima kompeten untuk penyenggaraan lif (kontrak komprehensif).

Pengagihan peruntukan bagi RM55 juta adalah seperti berikut:

JENIS BANTUAN JUMLAH PERUNTUKAN (RM) CERIA 13 Juta L‟CERIA (Lif) 5 Juta PERMAI CERIA (Migrasi Meter Air Individu) 7 Juta SMART LIFE (Lif Pangsapuri Kos Rendah 30 Juta Secara Percuma Tanpa Perkongsian Kos) JUMLAH 55 Juta

b) Senarai pangsapuri kos rendah yang menerima bantuan Skim CERIA adalah seperti di LAMPIRAN A. Setakat ini, sejumlah 183 pangsapuri kos rendah telah menerima bantuan Skim CERIA dengan nilaian sejumlah RM55,857,961.30 (Keseluruhan projek CERIA adalah 254 pangsapuri dengan nilaian RM84,184,044.90).

Manakala, senarai pangsapuri kos rendah yang menerima bantuan SMART LIFE adalah seperti LAMPIRAN B1 dan B2. Setakat ini, penerima bantuan SMART LIFE adalah 36 kawasan, 165 unit lif dengan nilaian sejumlah RM23,527,734.04 seperti berikut:

Perkara Peruntukan Jumlah Nilaian Kos (RM) (RM) Pangsapuri Dan Unit Lif Baikpulih 22 juta 17 kawasan 22,833,458.20 (88 unit lif) Bayaran bantuan fi 7 juta 21 kawasan 694,275.84 firma kompeten lif (77 unit lif) JUMLAH 30 Juta 38 kawasan 23,527,734.04 (165 unit lif)

Untuk peserta bagi bantuan bayaran fi firma kompeten lif, LPHS akan terus dari semasa ke semasa mengenal pasti pangsapuri kos rendah yang mempunyai kontrak komprehensif bersama firma kompeten lif dengan Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan. c) Dasar bantuan Skim CERIA menetapkan kewajipan kepada penduduk untuk membayar balik kos baik pulih CERIA sebanyak 20% untuk pangsapuri kos rendah dan 40% untuk pangsapuri bukan kos rendah. Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai pendekatan untuk memujuk JMB/MC bagi pangsapuri berkaitan untuk membayar semula kos baik pulih mengikut peratusan ditetapkan sehingga pada tahap menyediakan pelan ansuran RM5 seunit rumah. Namun JMB/MC terlibat masih gagal membuat bayaran ansuran kerana penduduk tidak memberi kerjasama dan hasil kutipan caj sedia ada sangat terhad untuk menanggung perbelanjaan penyenggaraan dan pengurusan pangsapuri sedia ada. Oleh itu, sebagai langkah kepada pematuhan dasar Skim CERIA seperti komitmen daripada pangsapuri lain dan mengelakkan daripada pangsapuri ini terus disenaraihitam untuk ditawarkan lain-lain skim pada masa akan datang, bayaran melalui peruntukan ADN dibuat untuk meringankan beban JMB/MC tersebut.

LAMPIRAN B1 SENARAI PANGSAPURI SMART LIFE - BANTUAN BAIKPULIH

PBT BILANGAN NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT ANGGARAN NILAIAN STATUS PELAKSANAAN PANGSAPURI LIF IKUT BANTUAN PANGSAPURI

MBSA 1 Rimba Seksyen 16 5 1,520,000.00 Mesyuarat Jawatankuasa Runding Harga Terus pada 10 Julai 2017. Sedang tunggu dokumen dari firma kompeten lif untuk dikemuka kepada PWN bagi kelulusan selanjutnya.

MBPJ 5 Desa Mentari Blok 1 2 205,970.00 Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 30 Jun 2017.

Desa Mentari Blok 8 2 856,000.00 Mesyuarat Jawatankuasa Runding Harga Terus pada 10 Julai 2017. Sedang tunggu dokumen dari firma kompeten lif untuk dikemuka kepada PWN bagi kelulusan selanjutnya.

Desa Sepakat Blok A & B 4 668,000.00 Mesyuarat Jawatankuasa Runding Harga Terus pada 10 Julai 2017. Sedang tunggu dokumen dari firma kompeten lif untuk dikemuka kepada PWN bagi kelulusan selanjutnya.

Flora Damansara Blok A & B 8 2,000,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan kepada JMB/MC pada 5 Julai 2017

Desa Ria fasa 5A & 5B 12 3,000,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan pada 5 Julai 2017

MPK 1 Seri Perantau Blok A-L 24 7,401,467.80 Kerja awalan baikpulih lif telah dibuat pada 12 Julai 2017. (skim ikut blok) Tarikh jangka siap pada Disember 2018

MPSJ 1 Seri Mutiara 8 2,000,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan kepada JMB/MC pada 5 Julai 2017 LAMPIRAN B1 SENARAI PANGSAPURI SMART LIFE - BANTUAN BAIKPULIH

PBT BILANGAN NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT ANGGARAN NILAIAN STATUS PELAKSANAAN PANGSAPURI LIF IKUT BANTUAN PANGSAPURI

MPAJ 6 Kos Rendah Pandan Utama, 2 460,000.00 Mesyuarat Jawatankuasa Runding Harga Terus pada 10 Persiaran Pandan Utama 5A Julai 2017. Sedang tunggu dokumen dari firma kompeten lif untuk dikemuka kepada PWN bagi kelulusan selanjutnya.

Dahlia, Ukay Bistari 2 510,000.00 Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 3 Julai 2017.

Sri Mutiara, Ukay Bistari 2 484,528.00 Lantik Pengurus Projek (PMC) pada 14 Jun 2017. PMC dalam proses tender untuk lantik firma kompeten lif.

Kos Rendah Pandan Cahaya 2 580,000.00 Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 10 Julai (RPR) 15 Tingkat 2017.

Blok A2 & A3, Taman Bukit 4 335,808.00 Mesyuarat Jawatankuasa Runding Harga Terus pada 10 Segar Fasa 1 Julai 2017. Sedang tunggu dokumen dari firma kompeten lif untuk dikemuka kepada PWN bagi kelulusan selanjutnya.

Mesra Ria, Taman Pandan 3 811,684.40 Menunggu pengesahan muktamad firma kompeten lif sedia Mesra ada untuk masuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Harga Terus.

MPKj 2 Kos Rendah Taman Tasik Sg. 2 500,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan Chuan kepada JMB/MC pada 5 Julai 2017

Rumah Pangsa Kajang Impian 2 500,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan kepada JMB/MC pada 5 Julai 2017 LAMPIRAN B1 SENARAI PANGSAPURI SMART LIFE - BANTUAN BAIKPULIH

PBT BILANGAN NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT ANGGARAN NILAIAN STATUS PELAKSANAAN PANGSAPURI LIF IKUT BANTUAN PANGSAPURI

MPS 2 Kota Warisan 2 500,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan kepada JMB/MC pada 5 Julai 2017

Batai 2 500,000.00 Fasa 2. Surat mohon anggaran kos telah dikemukakan kepada JMB/MC pada 5 Julai 2017

JUMLAH 18 88 22,833,458.20 LAMPIRAN B2 SENARAI PANGSAPURI SMART LIFE-BANTUAN BAYARAN FI FIRMA KOMPETEN UNTUK PENYENGGARAAN LIF (KONTRAK KOMPREHENSIF) PBT BIL NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT ANGGARAN NILAIAN PANGSAPURI LIF BANTUAN (SETAHUN) RM

MBPJ 2 Damansara Bestari Blok C 2 18,876.48

Damansara Bestari Blok D 2 17,604.48

MPK 3 Pendamar 7A 1 7,632.00

Pendamar 7B 3 17,172.00

Mutiara - Fasa 2 2 20,352.00

MPSJ 4 Seri Kayan 4 49,989.60

Anggerik 2 15,264.00

Sri Tanjung 8 55,968.00

Pangsapuri Belimbing Cempaka 2 19,200.00

MPAJ 7 Ukay Indah 6 38,160.00

Bukit Segar Blok A1 2 12,720.00 LAMPIRAN B2 MPAJSENARAI PANGSAPURI7 SMART LIFE-BANTUAN BAYARAN FI FIRMA KOMPETEN UNTUK PENYENGGARAAN LIF (KONTRAK KOMPREHENSIF) PBT BIL NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT ANGGARAN NILAIAN PANGSAPURI LIF BANTUAN (SETAHUN) RM

Blok Tanjung 2 51,007.20

Saga Suria, Taman Saga 3 26,712.00

Pandan Ria Blok A & B 4 25,440.00

Permai Court 2 2 22,641.60

Sri Nilam 12 83,952.00

MPKj 2 Teratai, Taman Anggerik 2 14,678.88 Perdana

Teratai Mahkota Cheras 8 81,408.00

MPS 3 Desa Satu (Desa Aman Puri) 14 105,957.60

Selaseh 1 9540.00

Sri Saujana & Saujana Ria 6 62,328.00 Apartmen

MPSp 1 Cengal 2 27,984.00 LAMPIRAN B2 SENARAI PANGSAPURI SMART LIFE-BANTUAN BAYARAN FI FIRMA KOMPETEN UNTUK PENYENGGARAAN LIF (KONTRAK KOMPREHENSIF) PBT BIL NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT ANGGARAN NILAIAN PANGSAPURI LIF BANTUAN (SETAHUN) RM

JUMLAH 22 90 784,587.84

STATUS: SEDANG MENUNGGU PENYALURAN PERUNTUKAN DARI UPEN KEPADA LPHS UNTUK PROSES PEMBAYARAN SELANJUTNYA PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATUK SULAIMAN BIN ABDUL RAZAK (N09 PERMATANG)

TAJUK : PEMBELIAN SPLASH

12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah status terkini pembelian SPLASH? b) Apakah faktor pembelian SPLASH gagal diputuskan dalam tempoh ditetapkan? c) Apakah implikasi dari kelewatan pembelian SPLASH?

JAWAPAN:

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN LEE KEE HIONG (N06 KUALA KUBU BAHARU)

TAJUK : KEMPEN BEBAS BEG PLASTIK DAN POLISTIRENA

13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Adakah Kerajaan Negeri mempunyai statistik mengenai kutipan 20 sen beg plastik yang diperolehi oleh peniaga-peniaga? Jika ya, nyatakan butir-butirnya. b) Nyatakan kos perbelanjaan dan butirannya untuk Kempen Bebas Beg Plastik dan Polistirena sejak 1 Januari 2017.

JAWAPAN: a) Bagi menjawab pertanyaan daru DUN berhubung statistik kutipan caj 20 sen, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna telah mengemukakan permohonan data kutipan caj RM0.20 daripada peniaga-peniaga di Negeri Selangor melalui persatuan peniaga masing-masing. Namun begitu, tidak semua pasaraya, perniagaan atau premis makanan yang telah memberi maklumat lengkap. Laporan kutipan yang diterima oleh Kerajaan Negeri setakat ini adalah sebanyak RM1,871,547.55 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Lapan Ratus Tujuh Puluh Satu Ribu Lima Ratus Empat Puluh Tujuh Ringgit dan Lima Puluh Lima Sen Sahaja) sehingga bulan Mei 2017 dan butiran peratusan kutipan adalah seperti berikut:

KATEGORI JUMLAH KUTIPAN PERNIAGAAN (%)

Pasaraya 63.98

Premis Makanan 36.02

b) Kos perbelanjaan bagi pelaksanaan Kempen Bebas Plastik sehingga 30 Jun 2017, adalah berjumlah RM213,678.30 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Tiga Belas Ribu Enam Ratus Tujuh Puluh Lapan Ringgit dan Tiga Puluh Sen Sahaja) dan butiran perbelanjaan adalah seperti berikut:

BIL BUTIRAN PERBELANJAAN JUMLAH (RM)

1. KEMPEN BEBAS PLASTIK 139,463.30 -Media social, penjenamaan, „messenging‟, Analisa, Pemantauan Media, Stiker Kereta, Risalah, Isi Kandungan Kempen, Mascot dan bahan- bahan promosi yang berkaitan kempen tersebut.

2. PEMBELIAN POSTER B.MELAYU, 15,000.00 B.INGGERIS DAN MANDARIN UNTUK KEMPEN #BEBAS PLASTIK

3. PEMBELIAN BUNTING UNTUK KEMPEN 39,450.00 #BEBAS PLASTIK

4. PEMBELIAN NON WOVEN BEG 19,765.00 KEMPEN #BEBAS PLASTIK

JUMLAH KESELURUHAN 213,678.30

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN (N38 PAYA JARAS)

TAJUK : MENJADIKAN SUSUR FLYOVER STESEN KOMUTER SEBAGAI SIMPANG PATAH BALIK KE

14. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Bilakah JKR Petaling dapat menjadikan jalan susur flyover berhampiran Sekolah Tamil Saraswathy sebagai simpang lampu isyarat untuk berpatah balik ke Kuala Selangor

JAWAPAN: a) Jalan tersebut adalah jalan persekutuan FT15 di bawah penyelenggaraan JKR Daerah Gombak. Persimpangan tersebut akan dikaji bagi menentukan keperluan pusingan-U dan kos naiktaraf persimpangan akan dikemukakan ke Ibu Pejabat JKR Malaysia sekiranya terdapat keperluan.

Walaubagaimanapun, ketika ini pengguna jalan raya dari arah Kuala Selangor boleh membuat pusingan-U di persimpangan Sri Damansara.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL (N41 BATU TIGA)

TAJUK : ISU PEMUTIHAN PREMIS HARAM BESI BURUK

15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Berapakah premis haram yang masih beroperasi di setiap PBT? b) Apakah KNS mempunyai rancangan untuk pemutihan premis besi-besi buruk yang tidak ditempatkan di lokasi yang ditetapkan oleh PBT? c) Adakah tempoh maksima masa yang di tetapkan oleh PBT untuk premis itu dipindahkan?

JAWAPAN: a) Bilangan premis besi buruk atau barang kitar semula tanpa kelulusan yang masih beroperasi di setiap PBT adalah sebanyak 441 premis. Perincian premis mengikut PBT adalah seperti berikut:

PBT BILANGAN PREMIS HARAM YANG MASIH BEROPERASI MBSA 47

MBPJ 32

MPK 167

MPAJ 15

MPSJ 0

MPS 47

PBT BILANGAN PREMIS HARAM YANG MASIH BEROPERASI MPKj 33 MPSp 13

MDKL 57

MDHS 9

MDKS 21

MDSB 0

JUMLAH 441

Nota : Sumber maklumat daripada setiap PBT b) dan c) dijawab bersekali seperti berikut:

Setakat ini Kerajaan Negeri tiada satu program khas bagi memutihkan premis ini khususnya di luar kawasan industri. Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan aduan daripada orang awam.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga dalam proses perbincangan untuk meneliti dua (2) cadangan berikut:

i) Membenarkan sebahagian daripada aktiviti kitar semula ini beroperasi di kawasan komersil. ii) Mengeluarkan lesen perniagaan sementara kepada premis, sementara menunggu kelulusan permit daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan sokongan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB (N18 HULU KELANG)

TAJUK : PERUMAHAN

16. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Berapakah jumlah unit rumah Selangorku yang siap dibina dan masih dalam perancangan? b) Berapakah anggaran unit perumahan yang diperlukan bagi memberi ruang pemilikan rumah kepada setiap rakyat Selangor? c) Apakah perancangan kerajaan terhadap perumahan peneroka bandar yang masih belum diselesaikan?

JAWAPAN: a) Untuk makluman Y.Berhormat, Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 96,832 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini. Sehingga Jun 2017, sebanyak 1,054 unit RSKU telah siap dibina dan telah diserahkan kunci. Manakala sebanyak 22,655 Unit RSKU sedang dibina. Perinciannya adalah seperti berikut :-

DALAM BELUM DIBINA SIAP TAHUN PEMBI- ADA TIADA BIL PROJEK DIBINA ADA KM NAAN KM+BP KELULUSAN 5 13 8 6 5 37 2014 (518) (4,380) (2,625) (1,513) (2,732) (11,768) 1 23 31 8 22 85 2015 (536) (18,015) (14,736) (7,813) (18,544) (59,644) 1 2 1 21 25 2016 - (260) (608) (492) (15,779) (17,139) 21 21 2017 - - - - (8,281) (8,281) 41 15 69 6 37 (17,969) (9,818) (45,336) 168 JUMLAH (1,054) (22,655) 125 (96,832) (73,123) b) Anggaran unit perumahan yang diperlukan bagi memberi ruang pemilikan rumah kepada setiap rakyat Selangor adalah sebanyak 36,428 unit berdasarkan permohonan pendaftaran di LPHS secara online pada masa ini. c) Antara perancangan Kerajaan terhadap perumahan peneroka bandar yang masih belum diselesaikan, Kerajaan Negeri perlu menjalankan kajian yang teliti dan terperinci terlebih dahulu sama ada melalui pemberimilikan tanah atau penempatan semula di tapak baru atau mana-mana yang difikirkan sesuai dilaksanakan dengan mengambilkira kepentingan peneroka terlibat. Kerajaan Negeri pada masa ini melalui cara yang lebih berhemah dan mengambilkira pandangan semua pihak terlibat termasuk Peneroka Bandar sebelum penyelesaian secara menyeluruh dikenalpasti dan dilaksanakan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menawarkan Rumah Selangorku kepada penghuni peneroka bandar yang layak memohon untuk memiliki Rumah Selangorku. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor tiada halangan untuk membantu mereka- mereka yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN (N34 BUKIT GASING)

TAJUK : LAWATAN INVEST SELANGOR KE LUAR NEGARA

17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Senaraikan 10 pelaburan terkini di Selangor hasil daripada lawatan Invest Selangor ke luar negara. b) Senaraikan semua lawatan, delegasi dan kos bagi lawatan Invest Selangor ke luar negara.

JAWAPAN: a) Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk mempromosikan pelaburan ke Negeri Selangor, Invest Selangor Berhad telah meletakkan 5 sektor utama yang menjadi fokus bagi menarik pelaburan ke Negeri Selangor.

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2017, sebanyak 44 cadangan projek yang berpotensi telah direkodkan oleh Invest Selangor. Antara cadangan projek tersebut adalah seperti berikut:

Sektor Bilangan Projek (Jan-Jun 2017) Oil & Gas

Agrofarm 18 Industri Kimia Teknologi Kimia Electrical& Electronics 7 Life Sciences/ Sains Hayat 6 Transport & Equipment 6 Machinery & Equipment 3 Food & Beverages 4 Jumlah Cadangan Projek 44 Anggaran Cadangan Nilai RM 2.8 Bilion Pelaburan

b) Senarai lawatan, ahli delegasi dan kos bagi lawatan Invest Selangor ke luar negara bagi misi penggalakkan pelaburan tahun 2017 adalah seperti berikut;-

Objektif / Hasil Jumlah Kos Bil Misi Ahli Delegasi Lawatan (RM) 1. Misi Promosi i. Y.B. Dato' Teng Chang Objektif RM 121,528.91 Penggalakan Khim, EXCO -Mempromosi Pelaburan Ke India (Pelaburan, peluang-peluang - Hyderabad & Perdagangan & Industri, pelaburan di negeri - New Delhi SME & Pengangkutan), Selangor terutamanya dalam (6 - 14 Feb. 2017) ii. Dato‟ Hasan Azhari Hj. sektor bioteknologi Idris, CEO Invest dan IoT. Selangor Berhad, -Mempromosi iii. Pn. Noor Azfinah Ishak, Selangor Invest Selangor Berhad International Business Summit iv. Cik Pang Yin Shi, Invest 2017. Selangor Berhad -Bertemu syarikat- v. Cik Ooi Haw Voon, syarikat yang berpotensi

2. Lawatan Kerja i. En. Jamie Hanif Ramli, Objektif RM 71,472.50 Teknikal Ke Jerman, Invest Selangor Berhad -Lawatan teknikal Belgium & Sepanyol bagi persiapan ii. Pn. Noor Azfinah lawatan Y.A.B Dato‟ (22 April – 4 Mei Ishak, Invest Selangor Menteri Besar 2017) Berhad Selangor ke Jerman & Belgium.

3. Misi Promosi i. Y.A.B. Dato‟ Seri Objektif RM 102,865.98 Penggalakan Pelaburan Mohammed Azmin bin Tujuan lawatan ini Ke Taiwan Ali, Dato‟ Menteri Besar adalah bagi - Kaohsiung, Selangor. mempromosi - Tainan & peluang-peluang - Taipei ii. Y.B. Dato' Teng Chang pelaburan di negeri Khim, EXCO Selangor dan (23 - 29 April 2017) (Pelaburan, Selangor Perdagangan & Industri, International SME & Pengangkutan) Business Summit 2017 iii. Y. Bhg. Dato‟ Nor Azmie Diron, Timb. Setiausaha -Menandatangani (Pembangunan) MoU diantara Halal International iv. YB. Dato‟ Dr. Ahmad Selangor & Nationla Yunus Hairi, EXCO University of Tainan v. YB. Tuan Amirudin Shari, EXCO vi. YB. Elizabeth Wong Keat Ping , EXCO vii. Dato‟ Hasan Azhari Hj. Idris, CEO Invest Selangor Berhad. viii. Y. Bhg. Dato‟ Nor Hisham Dahlan, YDP MPSJ ix. En. Khalid Jaafar, Pejabat Menteri Besar x. En. Hilman Idham, Pegawai Khas Menteri Besar Selangor xi. Tuan Hj. Dr. Mohd Faiz Abdullah, Pejabat Menteri Besar xii. YM. Raja Shahreen Raja Othman, CEO, MBI xiii. Dr. Fahmi Ngah,CEO, SDDU xiv. Pn. Sharifah Norfazera, Invest Selangor Berhad xv. Cik Pang Yin Shi, Invest Selangor Berhad xvi. En. Loy Hon Fai, Pejabat YB Dato‟ Teng Chang Khim. xvii. En. Mahmud Abas , CSSB xviii. En. Razif Abdul Wahab, CSSB

xix. Cik Sim Siaw Cheng, CSSB

xx. YM Raja Dato‟ Hj. Aznil Raja Hisham, Halal International Selangor

xxi. Pn. Faridah Jaafar, Halal International Selangor

4. Misi Promosi i. Y.B. Dato' Teng Chang Objektif RM 65,106.50 Penggalakan Khim, EXCO -Tujuan lawatan ini Pelaburan Ke China (Pelaburan, adalah bagi - Suzhou & Perdagangan & Industri, mempromosi - Guangzhou) SME & Pengangkutan), peluang-peluang pelaburan di negeri (29 April - 3 Mei ii. Cik Pang Yin Shi, Invest Selangor terutama 2017) Selangor Berhad, dalam bidang Bioteknologi dan iii. En. Mahmud Abas, juga mempromosi CEO, Central Spectrum Selangor Sdn. Bhd International Business Summit iv. En. Fadli Mod Arif, 2017. Central Spectrum Sdn. Bhd - Turut mengadakan lawatan ke Suzhou v. En. Mohd Noor Hisham Industrial Park. Mohamad, Central Spectrum Sdn. Bhd

vi. Cik Sim Saw Cheng, Central Spectrum Sdn. Bhd

vii. En. Loy Hon Fai, Pej. YB. Dato‟ Teng Chang Khim

5. Misi Promosi i. Y.A.B. Dato‟ Seri Objektif RM 158,287.37 Penggalakan Mohammed Azmin bin Tujuan lawatan ini Pelaburan Jerman, Ali, Dato‟ Menteri Besar adalah bagi Belgium Selangor. mempromosi peluang-peluang - Brussels, ii. Y.B. Dato' Teng Chang pelaburan di negeri - Hamburg, Khim, EXCO Selangor terutama - Munich) (Pelaburan, dalam bidang Perdagangan & Industri, Aeroangkasa dan (13 - 19 Mei 2017) SME & Pengangkutan) juga Halal. Misi ini juga turut iii. Y. Bhg. Dato‟ Nor Azmie mempromosi Diron, Timb. Setiausaha Selangor (Pembangunan) International Business Summit iv. Dato‟ Hasan Azhari Hj. 2017. Idris, CEO Invest . Selangor Berhad.

v. Pn. Noor Azfinah Ishak, Invest Selangor Berhad

vi. Mr. Sven Schneider, Invest Selangor Berhad

vii. En. Khalid Jaafar, Pejabat Menteri Besar

viii. En. Hilman Idham, Pegawai Khas Menteri Besar Selangor

ix. Tuan Hj. Dr. Mohd Faiz Abdullah, Pejabat Menteri Besar

x. Cik Ooi Haw Voon, Pejabat YB Dato‟ Teng Chang Khim.

xi. Dr. Wafi Nazrin Abdul Hamid, UMW Land

xii. En. Naguib Mohd Nor, Strand Aerospace (M) Sdn. Bhd

xiii. YM. Dato‟ Raja Haji Aznil Raja Hisham, Halal International Selangor

6. Misi Promosi i. Y.B. Dato' Teng Chang Tujuan lawatan ini RM 7,108.76 Penggalakan Khim, EXCO adalah bagi Pelaburan Ke China (Pelaburan, mempromosi - Xi’an Perdagangan & Industri, peluang-peluang SME & Pengangkutan) pelaburan di negeri (3 – 7 Jun 2017) Selangor terutama ii. Cik Pang Yin Shi, Invest dalam bidang Selangor Berhad Aeroangkasa dan juga Halal. Misi ini juga turut mempromosi Selangor International Business Summit 2017.

-Y.B. Dato‟ teng Chang Khim telah dijemput bagi memberikan pembentangan berhubung peluang peluang pelaburan di negeri Selangor dalam forum “The 4th Silk Road International Chamber of Commerce Investment & Trade Conference”

7. Penyertaan Di Dalam i. Y.B. Dato' Teng Chang Objektif RM 170,599.72 Chalet / Pavillion Khim, EXCO -Tujuan penyertaan Malaysia Di (Pelaburan, Selangor dalam International Paris Air Perdagangan & Industri, chalet/Pavillion Show SME & Pengangkutan) Malaysia ini bertujuan untuk (17 – 23 Jun 2017) ii. Dato‟ Hasan Azhari Hj. meneroka peluang Idris, CEO, Invest dan kerjasama Selangor Berhad antara syarikat Malaysia dan iii. En. Jamie Hanif Ramli, industri Invest Selangor Berhad aeroangkasa. Ini termasuk dalam iv. En. Luqman Haqem sektor aero- Noor Hisham, Invest pembuatan, Selangor Berhad penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), avionic dan system integrasi, perkhidmatan kejuruteraan, pembangunan sumber manusia, pendidikan dan lain- lain.

Jumlah Perbelanjaan RM 696,969.74

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN DR HAJAH HALIMAH BINTI ALI (N45 SELAT KLANG)

TAJUK : PINJAMAN/BIASISWA KERAJAAN NEGERI

18. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Berapakah jumlah pinjaman SUK untuk pelajar IPT yang telah diluluskan dari 2008 hingga sekarang?. Berapa pelajar yang dapat manfaat? b) Berapakah pinjaman yang telah ditukar kepada biasiswa sejak 2008?

JAWAPAN: a) Sejak tahun 2008, Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah meluluskan Pinjaman Pelajaran kepada seramai XXXX pelajar yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM155,976,351. b) Jumlah pinjaman pelajaran yang telah dilupuskan sebagai biasiswa sejak tahun 2008 adalah berjumlah RM11,393,708 dengan pecahan mengikut tahun seperti berikut:

TAHUN JUMLAH (RM) 2008 - 2009 728,634 2010 789,372 2011 773,723 2012 18,375 2013 1,407,812 2014 1,964,265 2015 1,977,351 2016 2,529,295 2017 1,204,881

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN DR. HAJI YAAKOB BIN SAPARI (N40 KOTA ANGGERIK)

TAJUK : TAHFIZ SELANGOR

19. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Berapa banyak jumlah Maahad Tahfiz yang berdaftar di Negeri Selangor? b) Berapa ramai jumlah pelajar Tahfiz keseluruhannya? c) Selain menghafaz Al-Quran, Apakah Kurikulum lain yang diajarkan di Maahad- Maahad Tahfiz ini?

JAWAPAN: a) Jumlah Maahad Tahfiz yang berdaftar di Negeri Selangor ialah 265 buah Maahad Tahfiz. b) Jumlah pelajar Tahfiz keseluruhannya 15,504 orang murid. c) Kurikulum yang diajar selain menghafaz al-Quran ; i. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) KPM ii. Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) KPM iii. Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) KPM iv. Kurikulum Agama Azhari – JAIS

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN LOH CHEE HENG (N52 TELOK DATOK)

TAJUK : BAYARAN CAJ ABSTRAKSI AIR BAGI KEGUNAAN AKUAKULTUR

20. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Apakah keputusan Kerajaan Negeri mengenai kenaikan harga bayaran untuk sangkar sebanyak RM2.00/M2 kepada penternak-penternak ikan di Negeri Selangor? b) Adakah Kerajaan Negeri setuju dengan kenaikan caj tersebut menjadi salah satu punca kenaikan harga hasil ternakan?

JAWAPAN: a) dan b)

Maklumbalas oleh Lembaga Urus Air Selangor berkenaan Skim Pelesenan dan Caj Abstraksi Sumber Air di bawah Enakmen LUAS 1999.

Pada masa ini, LUAS tidak mengenakan caj abstraksi sumber air berdasarkan saiz sangkar ikan. Sehingga kini tiada rekod penternak sangkar ikan berlesen dengan LUAS.

Untuk makluman, kadar caj abstraksi sumber air masih tetap sama seperti awal pelaksanaannya iaitu pada tahun 2005. Kadar caj ini adalah sama untuk semua aktiviti termasuk aktiviti akuakultur. Kadar caj yang dikenakan adalah seperti berikut :

1. RM 0.01/m3 - utiliti awam 2. RM 0.05/m3 – komersial

Kadar caj ditentukan berdasarkan jumlah abstraksi setiap tahun bagi setiap telaga/muka sauk.