DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 11 JULAI 2005, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 36

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. 33-100375 Tuan Che Azmi Bin Haji Abdul Rahman [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tentang tindakan yang akan diambil ke atas pelajar-pelajar yang gagal membayar balik pinjaman untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran di pusat-pusat latihan kemahiran di bawah Kementerian Pembangunan Sumber Manusia. Berapakah bilangan pelajar yang terlibat dan jumlah tunggakan pinjaman yang belum dibayar.

2. 58-101254 Dato’ Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh [ Gerik ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan jika dadah terutama pengedarnya adalah musuh nombor satu negara (dulu komunis sebagai musuh nombor satu), tidak mungkinkah Kerajaan menggunakan anggota tentera untuk mengawal pintu masuk sempadan khususnya di utara Semenanjung kerana keberkesanan kawalan oleh pasukan tentera tidak boleh dinafikan.

3. 118-100852 Tuan Haji Idris Bin Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah pihak Kerajaan bercadang untuk menghentikan pengeluaran kereta Perdana V6, 2000CC yang mengalami kerosakan "Gear box", sehingga ia dikaji dan diselidik dan punca masalah dikenal pasti, serta diselesaikan sepenuhnya supaya tidak berulang dan barulah dikeluarkan semula.

4. 7-100627 Puan Lim Bee Kau [ Padang Serai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan Persatuan-persatuan Belia di negara ini hanya dipimpin oleh golongan pemimpin belia sendiri.

2 AUM DR 11/07/2005

5. 197-100149 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah- langkah atau program yang diambil oleh Kerajaan bagi memberi kesedaran kepada penduduk luar bandar seperti di rumah-rumah panjang di terhadap pencegahan dan pengawalan api dan cara-cara memadam dan mencegah merebaknya api semasa kebakaran.

6. 192-100342 Tuan [ Bukit Mas ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi mengatasi kekurangan barang-barang keperluan harian di Bario dan tindakan untuk menstabilkan harga barangan penting yang melambung tinggi.

7. 177-100099 Datuk Richard Riot Jaem [ Serian ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilakah Sistem Penilaian Pembelajaran Interaktif Dalam Darjah (ICELS) yang diheboh-hebohkan baru-baru ini akan diperkenalkan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sila nyatakan dengan lebih lanjut apakah ICELS ini.

8. 149-101009 Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Bin Tun Said [ Kota Belud ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan tahap pembangunan sektor ICT di nengara kita, khususnya di kawasan luar bandar. Apakah projek-projek pembangunan ICT yang dilaksanakan di luar bandar pada tahun ini. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menarik masyarakat luar bandar menggunakan teknologi ICT.

9. 169-101096 Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Stesen Penguatkuasa Batu 32 Simpangan, KM52 Jalan Sandakan-Telupid dan Stesen Penguatkuasaan Segama, KM32 Jalan Sandakan-Lahad Datu, masih berfungsi sebagai stesen penguatkuasa kerana didapati bahawa tidak terdapat sebarang aktiviti harian di kedua-dua stesen tersebut lagi.

10. 68-100845 Dato’ Mohd Sarit Bin Haji Yusoh [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:-

(a) berapakah peratus hutan simpan yang terdapat di Malaysia; dan

(b) bagaimanakah tindakan Jabatan Perhutanan Malaysia dalam menangani masalah pembalakan haram.

3 AUM DR 11/07/2005

11. 211-101110 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah bentuk gantirugi dan bantuan yang akan diberi kepada 7 orang pelajar (ISA 7) selepas Mahkamah Majistret mendapati mereka tidak bersalah dan Kementerian telah menggantung mereka sebelum keputusan mahkamah tersebut.

12. 140-100338 Dr. Junaidy Bin Abdul Wahab [ Batu Pahat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang sedang dan akan dilaksanakan di dalam memastikan penyelewengan logo atau tanda halal tidak berulang sehingga menjejaskan imej negara selaku pengeluar produk makanan halal.

13. 162-100096 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah Kementerian ini telah memberi tumpuan khasnya kepada orang-orang cacat tubuh atau anggota dan adakah Kerajaan bercadang untuk memberikan rumah kepada mereka.

14. 114-100301 Datuk Haji Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan keberkesanan Program Skim Kepolisian Masyarakat. Tidakkah ada rancangan untuk memperkembangkan program ini ke kawasan-kawasan lain.

15. 66-101318 Dato’ Seri Dr. Siti Zaharah Binti Sulaiman [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah jangka pendek dan panjang yang diambil oleh Kerajaan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat berikutan kenaikan harga diesel dan petrol serta kos-kos lain yang meningkat seperti bayaran tol, elektrik, air, kos kesihatan dan pendidikan.

16. 62-101173 Brig Jen (B) Datuk Seri Abd Hamid Ngah @ Zainal Abidin [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dalam menyampaikan isu-isu semasa terutamanya berkaitan agama kepada masyarakat dan berapakah peruntukan tahunan yang diberikan bagi menjalankan aktiviti tersebut.

17. 19-100225 Datuk Mohd Zaid Bin Ibrahim [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menetapkan satu jumlah yang secukupnya supaya syarikat-syarikat perjudian mempunyai kewajipan sosial untuk memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi untuk diagihkan kepada badan-badan kebajikan, rumah orang-orang cacat, rumah warga emas dan lain-lain. 4 AUM DR 11/07/2005

18. 208-101153 Tuan [ Bukit Bintang ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan jumlah dan negara asal bagi pendatang, pelajar dan pelancong asing yang datang ke Malaysia yang ditangkap dan ditahan kerana melakukan kegiatan di luar syarat visa,didakwa dan dihantar ke negara asal dan apakah langkah untuk membendung penyalahgunaan kebenaran masuk ini.

19. 189-100385 Datuk Seri [ Bintulu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-

(a) adakah matapelajaran pendidikan moral benar-benar berkesan dalam menangani masalah disiplin serta keruntuhan akhlak yang kian membimbangkan; dan

(b) adakah pihak Kemeneterian mempunyai hasrat untuk mengubah atau membaiki pendidikan moral yang sedia ada kepada kaedah yang lebih baik.

20. 121-100134 Datuk Haji Mohd Said bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan larangan Eksport Kayu Gergaji lebih- lebih lagi Kayu Getah di mana berlakunya pengusaha perabot terpaksa mengimport Kayu Getah daripada negara lain dan ada yang terpaksa tutup kerana susah dapat bekalan.

21. 89-101311 Datuk Haji Mat Yasir Bin Haji Ikhsan [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah pihak Kerajaan menangani isu menghormati guru dan ahli masyarakat di kalangan murid-murid sekolah.

22. 214-100803 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan penggunaan wanita sebagai objek iklan terutama iklan yang lucah dan melampau.

23. 139-100285 Ir. Dr. [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang melaksanakan pembayaran cukai jalan dan lesen memandu secara "MEPSCASH". Bila dan bagaimanakah ianya dijalankan.

5 AUM DR 11/07/2005

24. 201-100384 Tuan Haji Abdul Fatah Bin Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah bilangan petani yang mengusaha tanaman padi di seluruh Malaysia sekarang mengikut umur dari 30 tahun ke bawah, 31 hingga 50 tahun dan 51 hingga 70 tahun dan apakah usaha Kerajaan supaya belia-belia Malaysia terus berminat menyambung usaha keluarga mereka dengan menanam padi sama ada secara tradisional atau moden.

25. 155-100448 Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Bin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bila agaknya Community Sports Complex di tiap satu kawasan Parlimen akan dilaksanakan.

26. 48-100167 Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh [ Gopeng ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-

(a) sama ada Kerajaan telah membuat penilaian terhadap pelaksanaan dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah setakat ini; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula dasar tersebut sekiranya didapati mutu mata pelajaran Sains dan Matematik merosot pada keseluruhannya.

27. 11-101005 Dato’ Haji Ghazali Bin Ibrahim [ Padang Terap ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kursus-kursus yang terdapat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan peratus pelatih-pelatih yang telah mendapat pekerjaan dan membuka bengkel secara persendirian. Adakah Kerajaan bercadang untuk membina sebuah IKBN di Parlimen Padang Terap.

28. 22-100646 Ir. Shaari Bin Hassan [ Tanah Merah ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah pencapaian percubaan J-Qaf terhadap pelajar tahun satu di sekolah kebangsaan yang bermula pada sesi persekolahan 2004 dan apakah perancangan Kementerian seterusnya bagi memastikan sasaran Kementerian berjaya.

29. 217-101008 Tuan Kula Segaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-

(a) nyatakan jumlah Sekolah Kebangsaan Tamil dan Cina yang tidak selamat digunakan; dan

(b) nyatakan jumlah peruntukan bagi Sekolah-sekolah Kebangsaan Tamil dan Cina kini dan di masa hadapan. 6 AUM DR 11/07/2005

30. 127-100088 Datuk Haji Mohamad Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan Jabatan Perhilitan terhadap kera dan monyet yang menyerang dan mengganggu penduduk kampung disebabkan punca makanan dan tempat pembiakkan mereka musnah disebabkan pembangunan.

31. 94-100391 Tuan Haji Markiman Bin Kobiran [ Hulu Langat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kontraktor kelas F kepada kontrak-kontrak Kerajaan.

32. 59-101212 Puan Tan Lian Hoe [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Projek Jalan Changkat Jering ke Taiping akan siap dibina sepenuhnya dan apakah sebab berlakunya kelewatan projek tersebut.

33. 182-100700 Tan Sri [ Sarikei ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapa tahun yang lalu Kerajaan melalui Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) yang kini telah ditukar nama kepada Agensi Angkasa Negara telah mencadangkan satu projek kerjasama dengan beberapa buah negara membangun untuk mewujudkan satu konstelasi Near Equatorial Orbiting Satelite (Neqo), apakah perkembangan projek ini.

34. 73-100805 Dato’ Wan Adnan Bin Wan Mamat [ Indera Mahkota ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan setakat ini berapakah keluasan tanah yang didapati dicuri pembalakan haram dan kesannya kepada alam sekitar, apakah strategi Kementerian untuk memastikan tragedi alam sekitar ini tidak berterusan dan mengancam masa depan generasi seterusnya rakyat Malaysia.

35. 204-100918 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan setakat mei 2005:-

(a) berapa buah SRJK(C), SRJK(T) dan SRJ telah diberi kebenaran untuk ditempatkan semula kerana kekurangan murid-murid. Nyatakan nama dan lokasi sekolah-sekolah ini dan tarikh penempatan akan dilaksanakan.

(b) jumlah sekolah baru yang siap dibina tetapi tidak dipakai kerana kekurangan enrolmen. Nyatakan lokasi dan nama sekolah-sekolah ini dan tarikh siap dibina.

7 AUM DR 11/07/2005

36. 110-101300 Dato’ Goh Siow Huat [ Rasah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keberkesanan kempen Anti Merokok yang telah dijalankan di seluruh negara melalui papan notis 'Tak Nak' merokok.

37. 199-100663 Dato’ Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah TLDM berupaya untuk menghadapi ancaman- ancaman keselamatan terhadap negara.

38. 191-100223 Dato’ Jacob Dungau Sagan [ Baram ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian bagi memperbaiki dan mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan, perubatan dan pergigian kepada penduduk-penduduk di pedalaman khasnya di kawasan Baram yang sangat luas dan rumit untuk dilawati.

39. 219-101225 Tuan [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana kejayaan perlaksanaan projek di Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 dan nyatakan peruntukan dan kosnya untuk projek-projek tersebut.

40. 200-101039 Tuan Haji Ismail Bin Noh [ Pasir Mas ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan langkah Kerajaan di dalam usaha membendung jenayah di negara ini dengan melaksanakan hukuman jenayah syar'iyah ke atas pelaku jenayah di negara kita.

41. 81-100549 Dato’ Yap Pian Hon [ Serdang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:-

(a) senaraikan 10 buah sekolah di Sekolah Kebangsaan, SJK (C) dan SJK (T) yang mempunyai bilangan murid yang paling ramai dalam satu bilik darjah di negara kita; dan

(b) senaraikan 10 buah sekolah di Sekolah Kebangsaan, SJK (C) dan SJK (T) yang mempunyai bilangan murid yang paling kurang dalam satu bilik darjah di negara kita.

42. 76-100423 Datuk Ismail Sabri Bin Yaakob [ Bera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jenis-jenis industri hiliran yang diujudkan oleh PETRONAS dan sejauh manakah dan berapakah jumlahnya Bumiputera yang terlibat dengannya.

8 AUM DR 11/07/2005

43. 96-100256 Tuan Loh Seng Kok [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan pelaksanaan PALAPES di IPTA dari segi taburan, bilangan anggota pasukan jantina, kriteria pengambilan pelatih, nisbah jurulatih dan taburannya. Berapakah kos pengurusan, logistik, alaun dan lalin-lain bebanan serta infrastruktur yang perlu ditanggung oleh IPT berkenaan.

44. 95-100458 Tuan Lau Yeng Peng [ Puchong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan menyemak semula tambatan ringgit kepada dolar US serta nyatakan kesan positif dan negatif daripada tambatan ringgit tersebut terhadap ekonomi negara kita.

45. 167-100313 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk membina jalan raya yang menghubungkan Daerah Tenom ke Daerah Nabawan memandangkan kedua-dua kawasan merupakan kawasan terpencil dan jauh ketinggalan dalam arus pembangunan.

46. 171-100001 Datuk Haji Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan tiap-tiap tahun yang diberikan oleh Kementerian kepada pihak-pihak berkuasa tempatan di negeri Sabah dan apakah tujuan peruntukan tersebut.

47. 74-100477 Tuan Haji Ismail Bin Abd Mutalib [ Maran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sehingga Mei 2005 berapakah jumlah kutipan Tabung Bencana Negara yang telah terkumpul. Dalam masa yang sama berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan kepada mangsa- mangsa bencana dan kepada pihak manakah ianya disalurkan.

48. 69-100515 Dato’ [ Bentong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah peruntukan yang telah disediakan untuk Program Pasca Khidmat Negara dan senaraikan program yang telah dirancang untuk menarik penyertaan belia lepasan PLKN.

49. 164-100963 Tuan Donald Peter Mojuntin [ Penampang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kes penyeludupan atau ke "under- valuing" barangan-barangan import yang dapat dikesan di negara ini sejak 5 tahun yang lalu.

9 AUM DR 11/07/2005

50. 142-100083 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah kaedah atau mekanisme digunakan untuk mengesan kemampuan kontraktor dari segi kewangan dan kemahiran dalam proses pemilihan kontraktor untuk projek Kerajaan.

51. 21-100983 Tuan Haji Md. Alwi Bin Che Ahmad [ Ketereh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah Kerajaan masih lagi bercadang untuk membina lampu-lampu jalan kampung di sepanjang tahun ini dan RMK9 dan apakah lampu-lampu yang telah dibina akan dibaik pulih.

52. 91-101089 Tuan Mohd. Daud Bin Haji Tarihep [ Kuala ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah atau pelan tindakan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan PMR dan SPM di Kuala Selangor sebagai daerah tercorot di negeri Selangor.

53. 14-101142 Dato’ Paduka Haji Badruddin Bin Amiruldin [ Jerai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi mempertingkatkan keluaran padi dan menstabilkan kos yang sedang meningkat ketika ini dan adakah Kerajaan akan mengkaji agar sedikit subsidi tambahan diberi bagi menampung kos penanaman padi.

54. 138-100489 Tuan Syed Hood Bin Syed Edros [ Parit Sulong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) dasar Kerajaan terhadap golongan-golongan murtad serta jumlah terkini; dan

(b) apakah hukuman dan kaedah pemantauan yang diambil bagi menyekat golongan ini dalam menyebarkan fahaman mereka.

55. 156-100280 Datuk [ Beluran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang diambil untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus Kerajaan berbanding dengan perbelanjaan pembangunan. Sejauh mana penumpuan terhadap pembangunan sumber manusia seperti yang diteraskan dalam RM Ke-9 akan menangani perbezaan yang ketara ini.

10 AUM DR 11/07/2005

56. 13-101237 Tuan Hashim Bin Jahaya [ Kuala ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Banci Pertanian 2005 boleh dijadikan asas bagi membuat perancangan permodenan pertanian negara dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian berdasarkan hasil maklumat daripada Banci Pertanian 2005 tersebut.

57. 34-100175 Dato’ Razali Bin Ismail [ Kuala ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil setakat ini untuk mengukur indeks penyampaian perkhidmatan awam, indeks kualiti hidup, indeks rasuah, indeks budi bahasa tanpa bergantung kepada laporan Transparency International yang berpengkalan di Berlin.

58. 75-100426 Tuan Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah syarikat perladangan di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) di seluruh Negara.

59. 193-101335 Tuan Haji Fadillah bin Haji Yusof [ Petra Jaya ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah garis panduan serta pematuhan yang mesti dilakukan oleh pemaju sebelum sebarang pembangunan dibuat di kawasan bukit atau tanah tinggi, mengapakah masih wujud pembangunan serta penebangan secara terbuka di kawasan tanah tinggi dan apakah langkah pengawalan dan penguatkuasaan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan.

60. 100-100018 Dato’ Dr. Tan Kee Kwong [ Segambut ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan beberapa jumlah peminjam Perpadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa pada tahun ini.

61. 220-100724 Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah peruntukan projek jalan kampung (PJK), naik taraf dan penyelenggaraan bagi tahun 2005 yang telah dan akan dilaksanakan.

62. 40-100609 Dato’ Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar [ Larut ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah jumlah pelajar- pelajar dari negara ini yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti- universiti di Timur Tengah dan nyatakan juga bidang-bidang dan pengkhususan yang diambil oleh mereka.

11 AUM DR 11/07/2005

63. 213-100761 Dato’ Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pinjaman Industri Perbankan kepada 'Sector Share Financing' dan berapa jumlah kerugian di tanggung oleh Sektor perbankan dalam 'NPL Share Financing' kini.

64. 193-101336 Tuan Haji Fadillah bin Haji Yusof [ Petra Jaya ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kadar kemalangan yang melibatkan kenderaan komersial dan pengangkutan awam di Malaysia. Berikan punca dan pecahan peratusan kemalangan ini. Apakah tindakan dan keberkesanan program melahirkan pemandu berhemah serta berdisplin serta langkah pemeriksaan Puspakom cepat mengurangkan kadar kemalangan tersebut.

12 AUM DR 11/07/2005

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Pindaan) 2005.

2. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Bank Islam (Pindaan) 2005.

______

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

13 AUM DR 11/07/2005

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 15/2005) Rang Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [ 7 Julai 2005]

2. (D.R. 16/2005) Rang Undang-undang Tatacara Mal Bacaan Kali Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Kedua Persekutuan) (Pindaan) 2005.

3. (D.R. 17/2005) Rang Undang-undang Tatacara Jenayah “ Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005.

4. (D.R. 14/2005) Rang Undang-undang Perbadanan “ Insurans Deposit Malaysia 2005.

5. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“ Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 (4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

“ Kumpulan Wang Amanah Pengurusan Perolehan Setem Cukai (Banderol) untuk Rokok dan Minuman Keras, Jabatan Kastam Diraja Malaysia ”.

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“ Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

‘Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN)’

14 AUM DR 11/07/2005

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 (4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

“ Kumpulan Wang Amanah Pendidikan, Perundingan dan Penyelidikan, Institut Penilaian Negara ”

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“ Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

‘Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Perubatan (TBP)’

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan oleh subseksyen (2), Seksyen 11, Akta Kastam 1967 supaya Perintah-Perintah berikut:

i) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN Dan Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.7) 2004 (ST.57) - (P.U.(A) 418 Bertarikh 23 Disember 2004);

ii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.8) 2004 (ST.61) - (P.U.(A) 419 Bertarikh 24 Disember 2004);

iii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN Dan Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.8) 2004 (ST. 58) - (P.U.(A) 420 Bertarikh 24 Disember 2004);

iv) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN Dan Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.9) 2004 (ST.59) - (P.U.(A) 423 Bertarikh 30 Disember 2004);

v) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.9) 2004 (ST.62) - (P.U.(A) 430 Bertarikh 30 Disember 2004);

15 AUM DR 11/07/2005

vi) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN Dan Tarif Keutamaan Sama Rata (Pindaan) (No.10) 2004 (ST.60) - (P.U. (A) 431 Bertarikh 31 Disember 2004);

vii) Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2005 (ST.63) - (P.U.(A) 23 Bertarikh 27 Januari 2005);

yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas-kertas statut bil. ST.57 hingga ST.63 tahun 2005 disahkan.

10. Menteri Kewangan akan mencadangkan:

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan oleh subseksyen (2), Seksyen 6, Akta Eksais 1976, perintah berikut:

i) Perintah Duti Eksais (Tioman) 2004 (ST.64) - (P.U.(A) 242 Bertarikh 8 Julai 2004);

ii) Perintah Duti Eksais (Pindaan)(No.4) 2004 (ST.65) - (P.U.(A) 433 Bertarikh 31 Disember 2004);

yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas-kertas statut bil. ST.64 dan ST. 65 tahun 2005 disahkan.

11. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:-

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis :

(a) bahawa Majlis ini mengambil maklum bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas yang kepadanya diserahkan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 (D.R. 15/2004) dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004 (D.R. 16/2004) melalui ketetapan yang dibuat oleh Majlis pada 20 Julai 2004 untuk membuat kajian menyeluruh dan mengemukakan syor- syor ke atasnya dan untuk menyiapkan dan membentangkan laporannya dalam Mesyuarat yang sedang berlangsung sekarang atau lebih awal daripada itu, memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyiapkan laporannya bagi membolehkannya mengkaji dan meneliti Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Penyusunan Polis Diraja Malaysia yang turut terkandung dalamnya syor-syor yang menyentuh peruntukan-peruntukan Kanun Tatacara Jenayah; dan

16 AUM DR 11/07/2005

(b) bahawa Majlis membuat ketetapan memberi Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut pelanjutan masa untuk menyiapkan laporannya dan laporan itu hendaklah dibentangkan kepada Majlis dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen yang Kesebelas.”

12. 206-100061 Tuan [ Ipoh Timur ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menghargai usaha Pengerusi dan Ahli-ahli Suruhanjaya Diraja demi memperkasakan operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia kerana menghasilkan laporannya dan mengambil keputusan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan untuk menyelia perlaksanaan 125 cadangannya demi mentransformasikan Polis Diraja Malaysia menjadi perkhidmatan polis yang berkesan, bersih, beramanah, bertaraf antarabangsa serta berstatus abad-21 yang menghormati hak asasi manusia".

13. 150-100568 Tuan [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa dewan ini mengambil berat terhadap kewujudan 'Documentary citizenship' di negeri Sabah yang telah wujud akibat kelemahan dalam sistem pendokumentasian kewarganegaraan di negara ini dan juga kewujudan sindiket yang melibatkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara dan juga individu daripada luar yang telah mengambil kesempatan mengaut keuntungan memberi dokumen-dokumen kewarganegaraan kepada orang-orang asing yang tidak layak mendapatkan kewarganegaraan. Sehubungan dengan itu Dewan ini juga bersetuju supaya Kerajaan menubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji bagaimana pendokumentasian kewarganegaraan dapat diperbaiki sehinggalah setanding dengan sistem yang diamalkan di negara-negara maju.”

14. 206-100062 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil perhatian bahawa selama 20 bulan perjawatan YAB Perdana Menteri ini masih tidak menampakkan pencapaian yang besar yang dapat menunaikan janjinya untuk membentuk sebuah pentadbiran yang bersih, tidak korup, bertanggungjawab, berkesan, beramanah, berjiwa rakyat, progresif dan demokratik, mengambil keputusan bahawa satu laporan kemajuan dua tahun mengenai penjawatan YAB Perdana Menteri harus dibentangkan di Parlimen pada 1 November 2005 supaya satu perbahasan Parlimen yang menyeluruh dapat dijalankan.”

17 AUM DR 11/07/2005

15. 150-100605 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil pandangan yang amat serius tentang pencapaian peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM yang dikatakan rendah di kesemua 26 Daerah Pendidikan di Sabah berbanding dengan negeri-negeri lain dan daerah-daerah pendidikan yang lain di seluruh negara. Dan Kerajaan hendaklah mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk memperbaiki keadaan tersebut.”

16. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengizinkan Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Ipoh Timur YB. Tuan Lim Kit Siang untuk membawa suatu Rang Undang- undang daripada ahli yang bukan Ahli Kerajaan bertajuk Rang Undang- undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005”.

17. 173-100059 Datuk Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] akan mencadangkan:-

“Ada fakta-fakta yang tertentu menunjukkan bahawa kemasukan pelajar- pelajar lelaki ke Institusi Pengajian Tinggi menurun dari tahun ke tahun. Dalam masa yang sama graduan wanita yang banyak keluar dari universiti telah menjana kepada jumlah yang terbesar dari siswazah yang menganggur.

Dalam keadaan yang pertama, Kerajaan tidak mempunyai satu jawapan untuk menyelesaikan masalah agar perimbangan kemasukan pelajar lelaki dan wanita ke Institusi Pengajian Tinggi dengan tidak menjejaskan dasar meritokrasi yang ada. Dalam situasi yang kedua Kerajaan mengambil jalan mudah untuk memuas cita rasa konsisten dengan program yang membazirkan.

Dewan ini digesa untuk membuat satu ketetapan untuk mendorong Kerajaan agar digubalkan satu dasar yang komprehensif, berpatutan untuk jangka panjang yang boleh menghasil graduan di kalangan semua jantina dalam jangka masa yang singkat ini.”

18 AUM DR 11/07/2005

18. 150-100572 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini memandang serius keadaan pekan-pekan dan pusat- pusat bandar raya yang kotor akibat daripada sikap dan amalan masyarakat yang membuang sampah di merata-rata tempat dan juga kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan undang- undang anti pembuang sampah. Dewan ini juga mendesak pihak Kerajaan supaya mengambil langkah-langkah segera untuk melaksanakan pendidikan sosial kepada masyarakat yang berkesan dengan menggunakan media-media yang bersesuaian.”

19. 150-100559 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membuat ketetapan mendesak Kerajaan menyusun semula Organisasi FAMA Negeri Sabah dengan memberi peruntukan yang besar dan mencukupi dalam RMK-9 untuk membiayai program- program pemasaran yang melibatkan komoditi hasil pertanian luar bandar sama ada sebagai bahan mentah ataupun diproses yang beroperasi dan yang mempunyai pasaran domestik, nasional dan antarabangsa dan seterusnya melipatgandakan bilangan kakitangan FAMA Negeri Sabah daripada yang ada sekarang untuk mengurus program-program pemasaran yang strategik dan kritikal termasuklah menjalankan MARKET RESEARCH AND SURVEY seterusnya mempastikan supaya FAMA dapat beroperasi di setiap daerah di Sabah dengan kakitangan yang mencukupi.”

20. 163-100251 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa peranan yang dimainkan oleh persatuan ibu-bapa dan guru-guru (PIBG) di lebih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara adalah amat penting dalam pembangunan pendidikan negara.

Dan mengambil maklum bahawa peranan yang dimainkan oleh PIBG boleh diperluaskan lagi seperti terlibat secara langsung dalam kempen budi bahasa budaya kita,kempen nilai-nilai murni, kempen anti dadah dan anti merokok dan lain-lain lagi sekiranya mereka mendapat sumber kewangan yang lebih.

Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menyediakan dana khas ataupun "Annual Grant" kepada setiap PIBG di seluruh negara agar mereka juga dapat menyumbang peranan dalam pembentukan generasi Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.”

19 AUM DR 11/07/2005

21. 207-100557 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperdebatkan kenaikan harga barangan dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan terutamanya selepas kenaikan harga diesel dan petrol. Bahawa Dewan juga mahu memperbincangkan kesan-kesan usaha Kerajaan menyeimbangkan bajet, menangani subsidi dan mengawal harga barangan yang melambung tinggi."

22. 150-100553 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Wilayah yang akan mengkaji dan menilai tahap pembangunan ekonomi dan sosial Sabah dan Sarawak serta negeri- negeri kurang maju berbanding dengan negeri-negeri maju. Perhatian khusus akan diberikan kepada kajian keberkesanan pelaksanaan dasar- dasar, strategi-strategi, program-program dan sistem penyampaian Kerajaan yang melibatkan Kementerian, jabatan dan agensi-agensi Kerajaan persekutuan dan negeri khususnya yang ada kaitan dengan pembangunan wilayah. Perhubungan jentera Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan Perkhidmatan Awam Negeri akan diberi tumpuan terutama sekali perundangan-perundangan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan program dan projek pembangunan di negara ini dengan tujuan merapatkan lagi jurang pembangunan wilayah.”

23. 173-100058 Datuk Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] akan mencadangkan:-

Gejala sosial di kalangan belia di negara ini masih menular. Tindakan Kerajaan telah mendorong Kementerian Belia dan Sukan kepada memperkasa agenda sukan daripada memberi tekanan kepada pembelaan nasib dan pembangunan belia. Pendekatan Kementerian Belia dan Sukan kepada pembangunan dan pembelaan belia juga tidak teratur dan sistematik. Perimbangan pembangunan prasarana dan perisian juga kurang betul dan tepat.

Dewan yang mulia ini digesa untuk mengambil kedudukan agar dasar belia negara dikaji semula dan perlaksanaan dasar tersebut di beri nafas baru yang lebih dinamik dan berkesan.

20 AUM DR 11/07/2005

24. 214-100829 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong hasrat dan seruan Kerajaan agar masyarakat antarabangsa iaitu negara Barat yang berpengaruh, khususnya kuasa-kuasa besar mengambil pendekatan reformasi aman di negara umat Islam melalui tindakan pelbagai hala, dialog dan bukannya tindakan unilateral, penindasan dan kekerasan. Sehubungan itu Dewan ini mendesak Kerajaan memainkan peranan utama dan positif dalam reformasi pembangunan hak-hak asasi rakyat dan pembinaan demokrasi yang lebih mantap di negara ini terutama bagi menjamin peranan parti pemerintah dan persaingan sihat dengan parti-parti politik pembangkang, selaras dalam dengan seruan reformasi dan pendekatan global secara aman di peringkat masyarakat antarabangsa. Justeru, pihak Kerajaan tidak boleh lagi bersikap 'double standard' malah memerlukan suatu komitmen dan keazaman politik bagi segera menghentikan pelbagai tindakan melampau dan mengambil kesempatan bertujuan mengekalkan kuasa dengan berselindung di sebalik pelaksanaan undang-undang lapuk seperti ISA, Akta Cetak, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan sebagainya.

25. 150-100563 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan supaya PETRONAS membuat pelaburan di pelbagai sektor di Sabah sejajar dengan kedudukan Sabah sebagai salah satu daripada pengeluar minyak petroleum negara. Pelaburan yang dimaksudkan termasuklah industri hiliran minyak petroleum dan gas, bidang pelancongan, pembangunan hartanah, pembangunan pendidikan untuk membantu menjana pertumbuhan ekonomi negeri Sabah yang mampan ke arah mencapai status negeri maju bagi SABAH sejajar dengan Wawasan 2020, MENJELANG TAHUN 2020. Dewan ini juga harus membuat perakuan kepada Kerajaan bahawa negeri Sabah tidak terus menerus menjadi negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi sedangkan Sabah adalah pengeluar minyak petroleum.”

26. 173-100057 Datuk Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] akan mencadangkan:-

“Tuntutan agama, budaya dan kontrak sosial menarik pelbagai hala tuntutan mirip kepada kepentingan kelompok-kelompok yang tertentu. Dalam episod itu bangkit pejuang-pejuang (champions) yang mempunyai agenda politik, sosial dan peribadi untuk kepentingan sendiri, kelompok dan kumpulan yang diwakilinya;

21 AUM DR 11/07/2005

Demi faedah bersama dan kepentingan politik semasa "trade-off" yang nampaknya sebagai mengenepikan pelaksanaan program perpaduan jangka panjang. Ada unsur-unsur yang menunjukkan bahawa Pejuang- pejuang (champions) ini kurang minat untuk "berkorban" dan bertolak ansur demi perpaduan dan negara.

Dewan ini digesa agar Kerajaan bersikap tegas dan jangan berkompromi atas sebab jangka pendek untuk kemakmuran, perpaduan dan keharmonian negara dalam jangka panjang.”

27. 168-100604 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendaklah mengambil tindakan strategik dan berkesan untuk mengatasi penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar di kawasan Pensiangan yang masih di tahap yang rendah."

28. 150-100598 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini amat prihatin dan memandang serius terhadap kewujudan begitu banyak kampung-kampung di negeri Sabah yang belum lagi mendapat kemudahan asas terutama sekali bekalan elektrik, bekalan air bersih dan jalan kampung serta prasarana sekolah rendah yang serba daif dan kekurangan termasuk ketidakwujudan kemudahan Tadika setelah lebih 40 tahun merdeka melalui pembentukan Persekutuan Malaysia. Dewan ini juga memperakui bahawa keadilan sosial harus ditegakkan dengan memberi peruntukan kewangan yang mencukupi dan melaksanakan dengan penuh berhemah. Ini bererti peruntukan yang mencukupi hendaklah diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar.

29. 214-100835 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab iaitu penghinaan terhadap kesucian Al-Quran oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam layanannya terhadap tahanan muslim di Pusat Tahanan Guantamano. Dewan ini juga mendesak Kerajaan Amerika Syarikat mendedahkan sepenuhnya sebab-sebab dan punca-punca tragedi hitam berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab. Sehubungan itu Dewan ini juga mendesak Kerajaan atas nama OIC mengambil tindakan membebaskan semua tahanan Muslim di Guantanamo dan Abu Gharib ekoran pencerobohan Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq." 22 AUM DR 11/07/2005

30. 209-101226 Puan Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan memulihkan pilihan raya Kerajaan tempatan yang telah dihentikan selama 40 tahun oleh Kerajaan demi memperkasa perkhidmatan Kerajaan tempatan di negara kita di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan."

31. 150-100565 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan meminta Kerajaan mengkaji sejauh mana keberkesanan strategi-strategi dan program-program di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) khususnya terhadap dasar pencapaian 30% ekuiti Bumiputera di sektor korporat dan juga bagaimana DEB mempastikan agar pengagihan di antara pelbagai komuniti Bumiputera terutama sekali jurang perbezaan pemilikan ekuiti di antara orang Melayu di Semenanjung dengan Bumiputera Minoriti di Sabah dan Sarawak dapat dirapatkan. Kajian ini juga akan meneliti sama ada wajar atau tidak diwujudkan satu Kementerian mengawalselia pelaksanaan dasar- dasar,strategi-strategi dan program Kerajaan untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera Minoriti.”

32. 150-100584 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini memandang serius terhadap kualiti pendidikan yang diberi kepada para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang dikatakan semakin menurun sekali gus mengakibatkan 'unemployability' graduan kita. Keadaan ini boleh menjadi satu masalah sosial yang amat merugikan dan membebankan rakyat dan Kerajaan sekiranya tidak ditangani. Di samping itu jika soal kualiti pendidikan itu tidak ditangani dengan baik maka hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan akan terjejas. “

33. 168-100607 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil serius terhadap rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran sempadan Malaysia - Indonesia di kawasan Pensiangan yang tidak memiliki kad pengenalan atau Mykad. Sekiranya ini tidak diatasi dengan secepat mungkin oleh Kerajaan, maka mungkin rakyat Malaysia ini akan menjadi pelarian atau pendatang tanpa izin di bumi sendiri.

23 AUM DR 11/07/2005

34. 209-101232 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk menyeru Kementerian pendidikan supaya melaksanakan mata pelajaran pelbagai kaum untuk mempelajari agama mereka masing-masing di sekolah sebagai langkah untuk membina akhlak dan mencegah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar sekolah."

35. 217-101028 Tuan Kula Segaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

“Bahawa dewan ini mengambil satu ketetapan untuk mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam menukar minda (mind set) dan mengambil lebih ramai orang bukan Melayu bekerja dalam sektor awam kerana sehingga ini JPA gagal berbuat demikian.”

36. 217-101031 Tuan Kula Segaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

“Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk mengarahkan Kerajaan menolong pencapaian keamanan di antara LTTE dan Kerajaan Sri Lanka dengan segera.

37. 209-101223 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan stesen televisyen untuk mengadakan siaran langsung Dewan Rakyat supaya rakyat boleh mengetahui ucapan para Ahli Berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang."

38. 150-100558 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Pelbagai Parti Mengenai Pelarian Filipina di Sabah yang dianggotai setiap parti politik yang mempunyai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat untuk mengkaji dasar-dasar dan strategi-strategi pengurusan kehadiran mereka di Sabah dan meneliti perundangan antarabangsa khususnya United Nation Protocol on Refugees 1952 dan perundangan negara dan antarabangsa yang berkaitan demi mencari penyelesaian muktamad terhadap kehadiran pelarian Filipina di Sabah yang sudahpun berada di Sabah sejak tahun 1972 ataupun lebih 30 tahun yakni sudah satu generasi dan tidak berkesudahan.” 24 AUM DR 11/07/2005

39. 207-100556 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membahaskan Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekurang-kurangnya tiga hari. Dewan ini hendaklah mengetahui bagaimana Kerajaan akan menjayakan 125 syor laporan tersebut mengikut jadual dalam tempoh lima tahun yang ditetapkan agar PDRM mencapai taraf dunia.”

40. 150-100602 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Dewan ini memperakui hasrat Kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan oleh itu Dewan ini meminta Kerajaan supaya menyatakan dengan jelas apakah strategi-strategi serta program-program yang berwibawa untuk benar-benar mencapai hasrat tersebut. Dengan itu kecemerlangan harus dibudayakan dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu satu sistem pemantauan, penilaian serta pengukuran kejayaan kita ke arah itu hendaklah dibentang di Dewan yang mulia ini untuk perbahasan dan kelulusan.”

41. 168-100601 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memandang serius dan perlu mengambil langkah- langkah drastik terhadap kekurangan air bersih yang selamat digunakan di kawasan Pensiangan. Sekiranya ini tidak dapat di atasi maka penderitaan rakyat di kawasan ini akan berterusan. Oleh itu Dewan ini hendaklah membuat ketetapan meminta Kerajaan untuk menyelesaikan isu air ini dengan segera."

42. 150-100592 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini memandang serius dakwaan sesetengah pihak kononnya pengagihan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang dikatakan tidak lagi mencerminkan komposisi kaum yang majmuk di negeri tersebut. Keadaan ini akan memberi implikasi terhadap perpaduan dan keharmonian kaum jika tidak ditangani dengan baik. Di samping itu Dewan ini juga memandang serius tentang bilangan kakitangan awam daripada Sabah dan Sarawak yang memegang jawatan Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Persekutuan yang terlalu rendah iaitu hanya 6 orang sejak tahun 1963 hingga sekarang.”

25 AUM DR 11/07/2005

43. 209-101229 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar."

44. 217-101030 Tuan Kula Segaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

“Bahawa dewan ini mengambil satu ketetapan untuk mengarahkan Kementerian Luar Negeri untuk mengkaji semula dasar Kerajaan dan keengganan Kerajaan menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa.”

45. Tuan Salahudin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tentera Amerika Syarikat yang menghina Al-Quran di Teluk Guatanamo. Perbuatan keji tentera-tentera Amerika itu bukan sahaja menghina tahanan perang Afghanistan, tetapi umat Islam keseluruhannya. Sebagai Pengerusi OIC, Malaysia patut bertindak lebih tegas bagi menghalang berulangnya perbuatan terkutuk tersebut’.

46. Tuan Salahudin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan menolak cadangan penubuhan Inter Faith Commission (IFC) yang secara jelas mahu meminda syariat Islam. Kenyataan Perdana Menteri sebelum ini yang menegaskan bahawa Kerajaan menangguhkan penubuhan IFC adalah masih membuka ruang kepada penaja Suruhanjaya tersebut. Dewan ini menuntut supaya cadangan tersebut dibatalkan bukannya ditangguhkan.

47. Tuan Salahudin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mengutuk tindakan Kerajaan BN Terengganu yang merobohkan rumah-rumah rakyat dan juga masjid yang dibina di atas tanah-tanah yang diluluskan oleh Kerajaan PAS Terengganu sebelum 2004. Tindakan zalim Kerajaan BN Terengganu ini telah menyebabkan rakyat miskin semakin menderita termasuk menghadapi masalah untuk memiliki kediaman yang sempurna. Kerajaan BN Terengganu juga tidak seharusnya bertindak terlalu biadab dengan merobohkan rumah Allah semata-mata kerana mempunyai kuasa politik.

26 AUM DR 11/07/2005

48. Tuan Salahudin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk mendesak Kerajaan supaya memberikan semula subsidi untuk petrol dan diesel bagi mengurang beban rakyat kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan selepas kenaikan harga bahan api itu. Menaikkan harga petrol dan diesel bukanlah suatu langkah yang bijak untuk menghalang perbuatan menyeludup diesel kerana harga baru diesel masih lebih rendah berbanding harga diesel untuk industri. Kerajaan sepatutnya menggunakan wang royalti minyak Terengganu yang dinafikan semenjak 2001 untuk membiayai subsidi tersebut”.

49. Tuan Salahudin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini memutuskan agar Kerajaan memberikan suntikan kewangan tambahan kepada PTPTN bagi membolehkan perbadanan tersebut terus membiayai pinjaman pendidikan para pelajar di IPT. Tindakan PTPTN meminjam wang daripada KWSP tidak boleh menyelesaikan masalah dalam jangka panjang, tetapi sebaliknya menimbulkan dilema kepada para pelajar, khususnya di IPTS apabila beberapa IPTS terpaksa gulung tikar kerana maslah kewangan PTPTN ini”.

50. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] akan mencadangkan:

“That the House TAKES NOTE of the Suhakam Report 2004 tabled in Parliament on Monday, 20th June 2005 and RESOLVES to set up a Parliamentary Select Committee on Human Rights to examine Suhakam Reports and to be responsible for the promotion and protection of human rights in Malaysia.”

51. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] akan mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini mengambil tahu bahawa semasa debat atas Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) terhadap Ijazah Perubatan Crimea State Medical University (CSMU) pada 21hb Jun 2005, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothianathan (Telok Kemang) telah mengatakan bahawa Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad tidak bercakap benar selepas beliau telah memperingatkan Dr. Latiff untuk bercakap benar dengan spesifiknya atas kenyataan bahawa 200 graduan perubatan daripada universiti-universiti tak-terjadual (unscheduled universities) – semua berketurunan India – telah diberi peluang tambahan apabila mereka seharusnya tidak patut diberi peluang selepas gagal tiga kali dalam Peperiksaan Kelulusan Perubatan. Ini telah direkodkan dalam hansard hari Selasa yang bertarikh 21 Jun 2005 (muka surat 126) di mana YB Telok Kemang telah pertama kali mencelah YB Mersing dengan peringatannya ‘Bercakap Benar’ diikuti dengan jujmen (judgement) ‘Jangan kata yang tidak benar’. 27 AUM DR 11/07/2005

Dan MENGAMBIL KETETAPAN untuk merujuk kedua-dua YB Mersing dan YB Telok Kemang kepada Jawatankuasa Hak untuk menentukan siapa yang telah memesong Parlimen dalam penghujahan sesuatu yang tidak benar dan memutuskan tindakan disiplin yang patut diambil kepada pihak yang didapati bersalah.”

28 AUM DR 11/07/2005

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN TARIKH 2005 RISALAT/DOKUMEN DIBENTANGKAN

ST.57 Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari 27 April 2005 Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata (Pindaan) (No.7) 2004 -P.U.(A) 418 bertarikh 23 Disember 2004

ST.58 Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari 27 April 2005 Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata (Pindaan) (No.8) 2004 -P.U.(A) 420 bertarikh 24 Disember 2004

Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari 27 April 2005 ST.59 Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata (Pindaan) (No.9) 2004 -P.U.(A) 423 bertarikh 30 Disember 2004

ST.60 Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari 27 April 2005 Negeri-Negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata (Pindaan) (No.10) 2004 -P.U.(A) 431 bertarikh 31 Disember 2004

ST.61 Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.8) 2004 27 April 2005 -P.U.(A) 419 bertarikh 24 Disember 2004

ST.62 .Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.9) 2004 27 April 2005 -P.U.(A) 430 bertarikh 31 Disember 2004

ST.63 Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2005 27 April 2005 -P.U.(A) 23 bertarikh 27 Januari 2005

29 AUM DR 11/07/2005

TAHUN TARIKH 2005 RISALAT/DOKUMEN DIBENTANGKAN

ST.64 Perintah Duti Eksais (Tioman) 2004 27 April 2005 -P.U.(A) 242 bertarikh 8 Julai 2004

ST.65 Perintah Duti Eksais (Pindaan) (No.4) 2004 27 April 2005 -P.U.(A) 433 bertarikh 31 Disember 2004

ST.85 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Maktab 11 Julai 2005 Kerjasama Malaysia Bagi Tahun 2003 (Telah Diaudit).

ST.86 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 11 Julai 2005 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Bagi Tahun 2003 (Telah Diaudit).

ST.88 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 11 Julai 2005 Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Bagi Tahun 2003 (Telah Diaudit).

ST.89 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 11 Julai 2005 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Bagi Tahun 2003 (Telah Diaudit).

ST.116 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 11 Julai 2005 Lembaga Tabung Haji Bagi Tahun 2004.

30 AUM DR 11/07/2005

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

TARIKH AHLI YANG BERUCAP TAJUK UCAPAN MENTERI YANG UCAPAN BERTANGGUNG DIBUAT JAWAB

1. 11.7.2005 1. YB. Tuan Kula 1. Beribu-ribu Pesara 1. YB Menteri di (Isnin) Segaran a/l memerlukan layanan Jabatan Murugeson lebih baik. Perdana [Ipoh Barat] Menteri

2. 11.7.2005 2. YB. Puan Teresa 2. Isu tentang diskriminasi 2. YB. Menteri (Isnin) Kok Suh Sim terhadap Pramugari Pengangkutan [Seputeh] MAS dalam kontrak perkhidmatan.