Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 30 NOVEMBER 2005, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 73 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. 114-100711 Datuk Haji Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha bagi mengaktifkan semula Persatuan Belia di kampung-kampung agar pelbagai aktiviti belia dapat diadakan bagi menghindari mereka terjebak dalam gejala sosial. Ganjaran dalam bentuk apakah yang patut diberikan kepada mereka yang aktif. 2. 177-101019 Datuk Richard Riot Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan rancangannya untuk menyeragamkan elaun-elaun Ketua Kampung-kampung di seluruh negara yang dianggarkan berjumlah 11 ribu orang. 3. 118-100930 Datuk Haji Idris Bin Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah justifikasi mengenakan cas sebanyak RM5,000 untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi Skim Latihan Siswazah menganggur untuk seorang pelatih bagi tempoh 6 bulan. 4. 150-100219 Datuk Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan bercadang melaksanakan model Protokol Kyoto dilaksanakan di mana setiap negara dihadkan jumlah bahan cemar udara yang boleh dilepaskan secara pukal menerusi perdagangan bahan cemar udara dan jerebu. 5. 158-100170 Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan:- (a) adakah Kerajaan berhasrat untuk membina Pusat Serenti di pulau-pulau untuk penagih dadah; dan (b) bilangan dan usaha Kerajaan dalam membanteras serta mencegah ketagihan dadah terutamanya jenis syabu di daerah Kinabatangan. 2 AUM DR 30/11/2005 6. 55-100822 Tuan Huan Cheng Guan [ Batu Kawan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk memberi apa jua insentif ataupun bantuan kepada PIBG di semua sekolah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tertentu. 7. 187-101239 Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan rasional kenapa tempoh kursus ijazah pertama di IPTA dan IPTS bertambah dari 3 ke 4 tahun sekarang. Sila nyatakan juga asas dan kandungan kursus yang dijalankan sepanjang tempoh tambahan itu. 8. 162-100433 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tahap kemampuan perhutanan kayu balak dapat menampung keperluan penggunaan negara dan jumlah keluasan yang telah diwartakan sebagai kawasan hutan simpanan tetap. 9. 145-100764 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sama ada pihak Kementerian mengaturkan langkah-langkah untuk keselamatan MY PR atau Rancangan MY Second Home, supaya mengelakkan penyalahgunaan kedua-kedua rancangan ini. 10. 157-100881 Datuk Juslie Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa perubahan dasar yang ketara antara satu Menteri dengan Menteri yang lain berupaya memperkasa dan memperkayakan kebolehan, jatidiri, akhlak dan semangat keilmuan untuk anak-anak Malaysia dan keberkesanannya mengikut statistik. 11. 121-100011 Datuk Haji Mohd Said bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bagaimana untuk mengatasi masalah pengawasan Kolej Swasta yang bilangannya 559 buah sekarang yang sedang bebas mengiklankan tawaran kemasukan pelajar-pelajar dengan berbagai-bagai cara termasuk menipu. 12. 68-100926 Dato’ Mohd Sarit Bin Haji Yusoh [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan:- (a) setakat manakah kerjasama antara Malaysia dan Indonesia berjaya menangani isu jerebu; dan (b) bolehkah kerjasama ini memastikan Malaysia tidak akan menghadapi masalah jerebu tiap-tiap kali Indonesia membakar ladang-ladang sawitnya. 3 AUM DR 30/11/2005 13. 59-100444 Puan Tan Lian Hoe [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan berapa jenis jenayah perdagangan yang dapat dikesan di negara kita dan apakah jenis tindakan yang dikenakan oleh Kementerian terhadap penjenayah perdagangan ini. 14. 218-100465 Tuan Chong Hon Min [ Sandakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah pendekatan dan insentif yang dipelawa oleh Kerajaan untuk menarik lebih ramai doktor untuk terus berkhidmat di hospital Kerajaan. Berapakah kekurangan bilangan doktor biasa dan pakar di hospital Kerajaan di Sabah dan apakah langkah untuk mengatasinya. 15. 164-100906 Tuan Donald Peter Mojuntin [ Penampang ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sejak Ops Tegas dimulakan, berapakah bilangan penangkapan terkini dan adakah ia berkesan bagi membanteras masalah kehadiran terlalu banyak pendatang asing tanpa izin di negara ini dan jika tidak, adakah perancangan lain Kementerian untuk menangani perkara ini. 16. 204-100965 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian telah mengenal pasti punca kelakuan ganas dan buli di kalangan pelajar termasuk lima orang pelajar darjah dua memaksa seorang rakan menelan pin di Butterworth dalam Ogos 2005. Apakah langkah-langkah yang telah diambil Kementerian untuk menangani masalah yang semakin serius ini dan apakah keberkesanannya. 17. 37-101291 Datuk Haji Rosli Bin Mat Hasan [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah jenis-jenis kerugian akibat daripada jerebu yang berlaku pada negara kita baru-baru ini. 18. 4-101274 Dato’ Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah program khusus yang dijalankan oleh Kementerian untuk membantu golongan ibu tunggal dan orang-orang tua. Nyatakan program yang telah dijalankan oleh Kementerian untuk membantu golongan tersebut. 19. 92-100333 Datuk Dr. Rahman Bin Ismail [ Gombak ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan yang sedang dan akan dilakukan oleh ASEAN dan OIC terhadap penindasan yang terus berlaku terhadap umat Islam di Selatan Thailand oleh Kerajaan Thailand sendiri. 4 AUM DR 30/11/2005 20. 212-100502 Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah jumlah pemilikan harta di bandar-bandar besar bagi setiap negeri mengikut kaum terbesar dalam negara serta pendapatan per kapita kaum terbesar sejak Rancangan Malaysia Pertama hingga Kelapan dilaksanakan. 21. 38-100860 Tuan Ahmad Shabery Bin Cheek [ Kemaman ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah langkah membendung kerugian wang Kerajaan yang berterusan akibat kegagalan kontrak menyiapkan kapal peronda luar pantai (offshore patrol vessel) mengikut jadual yang ditentukan. 22. 173-100059 Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa saranan yang mengatakan "affirmative action", "capacity building" dan kedua-dua penekanan bersama dengan "pertukaran sikap" boleh membantu Bumiputera. Apakah tindakan Kementerian dalam mengatasi masalah tersebut. 5 AUM DR 30/11/2005 ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL 1. Menyambung semula pertimbangan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2006 (D.R. 23/2005) Dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2006 seperti berikut: “ Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada tiga puluh lima bilion lima ratus dua juta empat puluh empat ribu enam ratus ringgit (RM35,502,044,600) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2006, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2006, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 21 Tahun 2005, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut hendaklah disahkan. “ Dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis. 2. (D.R. 25/2005) Rang Undang-undang Saraan Hakim Bacaan (Pindaan) 2005 Kali Yang Kedua 3. (D.R. 26/2005) Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) “ 2005 4. (D.R. 27/2005) Rang Undang-undang Kewangan 2005 “ 5. (D.R. 28/2005) Rang Undang-undang Majlis Peperiksaan “ Malaysia (Pindaan) 2005 6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960, mengambil ketetapan bersetuju supaya Malaysia membuat sumbangan Dana Tambahan Keempat Belas kepada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA 14) sebanyak USD64,300 (RM244,340) dan caruman kepada Interim Trust Fund (ITF) sebanyak USD11,496.05 (RM43,685). “ 7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan menukarkan pinjaman Kerajaan Persekutuan sebanyak RM50 juta kepada Malaysian Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), suatu syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuiti”. 6 AUM DR 30/11/2005 8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan 81(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat mengambil ketetapan yang berikut: “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan bahawa: (a) Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Integriti ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu pengukuhan nilai, etika dan integriti di kalangan masyarakat berlandaskan pelaksanaan Pelan Integriti Nasional; (b) Jawatankuasa Pilihan tersebut hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut: (i) Y.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) sebagai Pengerusi; (ii)