8. Belasungkawa

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

8. Belasungkawa MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 11 BIL. 1 JANUARI 2018 PERGINYA CENDEKIA PERMATA TINTA NEGARA: SASTERAWAN NEGARA PROFESOR EMERITUS DATUK SHAHNON AHMAD Rahimah A. Hamid [email protected] Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. PENDAHULUAN Pada pagi Selasa, 26 Disember 2017, cendekiawan terbilang yang diumpamakan bagai permata tinta negara, iaitu Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad pada usia 84 tahun telah kembali ke rahmatullah, akibat penyakit pneumonia pada pukul 7.30 pagi di Hospital KPJ Kajang. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi selepas disolatkan di Surau Madani yang letaknya tidak jauh dari tanah perkuburan tersebut. Shahnon meninggalkan isterinya, Datin Wan Fatimah Wan Salleh, 82, berserta tiga orang anak, 14 orang cucu dan tiga orang cicit. MENGENANG SHAHNON Apabila mengenangkan Shahnon, pelbagai kisah masa lalu semasa menjadi pelajarnya pada tahun 1991-1999 muncul kembali dalam ingatan. Shahnon yang lebih mesra dan lebih suka dipanggil “cikgu” selalu berkata kepada “kami”, pelajar Penulisan Kreatif yang dididiknya tentang siapakah antara beliau dengan isterinya yang begitu dikasihinya, Datin Wan Fatimah (yang lebih senang dipanggil “Mak Wan”), akan dijemput terlebih dahulu oleh Ilahi. Ada kerisauan yang disampaikan oleh Shahnon pada waktu itu kepada kami kalau-kalau Mak Wan yang pergi dahulu kerana semua anaknya telah mempunyai hala tuju hidup masing-masing. Kerisauan Shahnon itu sebenarnya lumrah dirasai oleh semua pasangan yang berusia. Shahnon juga ada menyebut, pengalaman menjaga ibunya, 138 Book 7/2/18 Jurnal Melayu NSK.indb 138 2/7/18 11:16 AM [BELASUNGKAWA] Hajah Kalsom Haji Mohd. Saman sehingga akhir hayat di rumahnya (Changkat 1, Minden Height) amat memberikan kesan kepada jiwanya tentang kerapuhan usia dan kematian. Tambahan pula, Dr. Suhaimi Shahnon, anak lelakinya yang menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) pergi mendahuluinya menghadap Ilahi. Shahnon mengulang-ngulang lagi kisah kematian itu dengan titisan air mata. Dr. Suhaimi pergi meninggalkan keluarganya tujuh tahun yang lalu. Kehilangan anaknya itu amat dirasai oleh Shahnon. Namun, pada kesempatan yang lain, Shahnon tampak sungguh gembira berkisah tentang kematian yang dirinduinya. Shahnon menyebut betapa dia berharap untuk cepat-cepat pergi menemui Allah SWT. Shahnon kelihatan cukup bersedia untuk bertemu dengan Pencipta yang begitu dirinduinya. Segala impian beliau sebenarnya diungkapkan dengan jelas dalam banyak karyanya, antaranya termasuklah “Durian Hujung Julai”, Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi (2011) dan Mahabbah (2007). Semasa kunjungan itu, Shahnon meminta Mak Wan supaya mengambilkan beberapa buah bukunya untuk diberikan kepada penulis. Shahnon berpesan ketika memberikan bukunya itu kepada penulis, “Rahimah, kalau cikgu mati dan ada orang hendak tahu tentang cikgu, suruhlah mereka membaca karya cikgu. Diri cikgu ada banyak dalam karya cikgu.” Sebenarnya, dalam jagat kesusasteraan Melayu, kedudukan Shahnon sebagai pengarang memang tidak perlu diperkatakan lagi. Beliau bukan sahaja terkenal kerana novelnya, Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong; atau sering memenangi hadiah karya sastera; atau pernah menjadi sarjana dan pentadbir terbilang di USM, tetapi beliau ialah penulis berbakat besar yang serius berkarya dan mempunyai falsafah yang tersendiri. Shahnon tidak menghasilkan karya kesusasteraan semata-mata atas tiket mahu bersastera, tetapi sebaliknya mengarang kerana beliau seorang pemikir yang mahu menggunakan bakat menulis yang dianugerahi Ilahi untuk menyebarkan ilmu yang dimiliki kepada masyarakat. Oleh sebab itu, Shahnon menjadi “pencari” yang tidak jemu-jemu mengasah daya kreatifnya melalui pelbagai gaya dan pendekatan untuk meningkatkan dan memperkaya mutu karyanya. Shahnon juga berusaha mengemukakan dan mempertimbangkan secara halus falsafah sastera Islam yang menjadi pegangannya, iaitu menulis kerana Allah demi kebaikan (hikmah) buat semua manusia untuk mencapai tujuan hidup dan kebenaran yang hakiki. Lantaran kesungguhannya memikirkan masyarakat dan berkarya, maka tidak hairanlah Shahnon kerap memenangi pelbagai anugerah sastera. Antaranya termasuklah hadiah karya sastera untuk beberapa buah kumpulan cerpen persendiriannya seperti Anjing-anjing, Debu Merah dan Selesai Sudah. Banyak juga cerpen Shahnon yang diterbitkan dalam antologi bersama-sama dengan pengarang lain. Cerpen Shahnon yang banyak tersiar secara eceran dalam akhbar dan majalah, seperti Berita Harian, Utusan 139 Book 7/2/18 Jurnal Melayu NSK.indb 139 2/7/18 11:16 AM MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 11 BIL. 1 JANUARI 2018 Malaysia, Mastika dan Dewan Sastera turut memenangi banyak anugerah. Bermula pada tahun 1974, ketokohan Shahnon turut terserlah dalam bidang esei dan kritikan apabila beliau mula meraih pelbagai hadiah karya sastera. Seterusnya, pada tahun 1975, Shahnon dilantik menjadi salah seorang anggota panel hadiah karya sastera. Shahnon dianugerahi “Pejuang Sastera” pada tahun 1976 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Hussein Dato’ Onn. Pada tahun 1982, Shahnon dianugerahi Sasterawan Negara (SN) kedua yang menerima Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan, dan mulai tahun 1983, Shahnon dilantik semula menjadi panel hakim hadiah karya sastera. Menurut Shahnon, beliau pernah ditawarkan untuk menerima Anugerah SEA Write daripada Kerajaan Thailand, tetapi beliau menolaknya kerana beliau berasa aneh sebab sesudah mendapat anugerah tertinggi negara (Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara), barulah beliau ditawarkan untuk menerima anugerah tersebut. Maknanya, Shahnon menjadi orang pertama yang menolak Anugerah SEA Write, dan orang kedua ialah sasterawan Fatimah Busu yang tidak mahu menerimanya kerana membantah pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Takbai. Shahnon, anak kelahiran Banggul Derdap, Sik, Kedah ini dilahirkan pada 13 Januari 1933. Beliau dilihat sebagai seorang yang cukup peka akan alam dan setiap peristiwa yang dilalui dalam kehidupannya. Shahnon mula mengarang karya kreatif pada usia 23 tahun (1956). Pada ketika itu, soal ekonomi masyarakat petani yang dikenalnya dengan akrab di kampung kelahirannya di Banggul Derdap menjadi kanvas idea dalam pengkaryaannya. Cikgu Shahnon melihat dengan jiwa yang sensitif, rasa yang mendalam dan mata yang peka akan kehidupan bangsanya yang tertekan dan ketinggalan dari segi ekonomi, meskipun setelah beroleh kemerdekaan daripada penjajah pada tahun 1957. Tragedi 13 Mei 1969 tambah menyentap jiwanya tentang kuasa dan kedudukan ekonomi dan kuasa politik orang Melayu. Baginya orang Melayu hanya ada kuasa yang tersisa dalam politik, namun ekonomi dan sosialnya kian hari kian merosot. Oleh hal yang demikian, jiwa rasanya itu ditumpahkan dalam novelnya tentang politik seperti Menteri (1967), Protes (1967), Perdana (1969), Tunggul-tunggul Gerigis (1989), Kemelut (1977), Patriarch (1991), Sutan Baginda (1997) dan Shit (1999); tentang ekonomi dalam Rentong (1965), Ranjau Sepanjang Jalan (1966), Srengenge (1973), Sampah (1974), Seluang Menodak Baung (1978) dan Detik-Detik Diri di Daerah Daif (1991); serta tentang sosial dalam Terdedah (1965), Al-Syiqaq I (1985), Tok Guru (1988), Ummi & Abang Syeikhul (1992), Ibu adalah Pentafsir dan Sungai (1995), TIVI (1995), Lamunan Puitis Sebuah Trilogi (2003) dan Mahabbah (2007). Novelnya Ranjau Sepanjang Jalan dilihat sebagai sebuah karya magnum opus kerana diterjemahkan ke dalam banyak bahasa, termasuklah bahasa Inggeris dengan 140 Book 7/2/18 Jurnal Melayu NSK.indb 140 2/7/18 11:16 AM [BELASUNGKAWA] judul No Harvest but A Thorn oleh Adibah Amin. Malah, panel The Sydney Morning Herald pada tahun 1973 menyebut bahawa novel ini adalah salah satu daripada 10 novel yang paling memikat hati khalayak pembaca pada tahun 1972. Karya ini kemudiannya diadaptasi menjadi filem arahan Jamil Sulong dengan menggunakan judul yang sama pada tahun 1983. Pada tahun 1994, sebuah syarikat filem Kemboja pula melakukan adaptasi terhadap novel ini menjadi filem dengan judulRice People. Selain novel, Shahnon turut menghasilkan sebuah skrip drama bertemakan sosial berjudul Anak Rempang Karam di Kota (1968), tetapi bakat mengarangnya bukan dalam bidang drama dan puisi. Shahnon juga banyak mengarang cerpen dengan tema tersebut, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk kumpulan cerpen perseorangan, seperti Anjing-anjing (1964), Debu Merah (1965), Selesai Sudah (1977) dan Seketul Hati Seorang Pemimpin (1989); dan antologi cerpen bersama-sama dengan pengarang lain, seperti Dua Zaman (1963), Perajurit yang Pulang (1964), Angin Retak (1966), Konflik (1967), Koleksi Cerpen- cerpen Malaysia (1977), Cerpen-cerpen ASEAN (1978), Angin Pulau (1985), Dongeng Merdeka (1985), Titisan Indah di Bumi Merkah (1985), Alun Menggulung Perlahan (1986) dan Takah demi Takah (1993). Selain itu, Shahnon turut banyak menghasilkan kajian sastera. Antara kajian beliau yang berjaya diterbitkan termasuklah Kajian Novel Desa Pingitan (dihasilkan bersama-sama Yahaya Ismail)(1966); Penglibatan dalam Puisi (1978); Gubahan Novel (1979); Kesusasteraan dan Etika Islam (1981); Kesusasteraan, Kepolitikan, Kealaman, Kedirian Kemanusiaan (1992); Sastera sebagai Sismograf Kehidupan (1993); Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya (1994); Literature as a Seismograph of Life (Terjemahan Hawa Abdullah) (1994); dan Pongang Sastera (1995). Jumlah karya yang dihasilkan dan bidang penulisan yang diceburi oleh Shahnon menunjukkan ketokohannya sebagai pengarang yang ternyata tiada
Recommended publications
  • Relationship Between Literature & Politics in Selected Malay Novels
    International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences Vol. 9 , No. 12, December, 2019, E-ISSN: 2222-6990 © 2019 HRMARS Relationship between Literature & Politics in Selected Malay Novels Fatin Najla Binti Omar, Sim Chee Cheang To Link this Article: http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v9-i12/6826 DOI: 10.6007/IJARBSS/v9-i12/6826 Received: 14 November 2019, Revised: 22 November 2019, Accepted: 15 December 2019 Published Online: 28 December 2019 In-Text Citation: (Omar & Cheang, 2019) To Cite this Article: Omar, F. N. B., & Cheang, S. C. (2019). Relationship between Literature & Politics in Selected Malay Novels. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(12), 905–914. Copyright: © 2019 The Author(s) Published by Human Resource Management Academic Research Society (www.hrmars.com) This article is published under the Creative Commons Attribution (CC BY 4.0) license. Anyone may reproduce, distribute, translate and create derivative works of this article (for both commercial and non-commercial purposes), subject to full attribution to the original publication and authors. The full terms of this license may be seen at: http://creativecommons.org/licences/by/4.0/legalcode Vol. 9, No. 12, 2019, Pg. 905 - 914 http://hrmars.com/index.php/pages/detail/IJARBSS JOURNAL HOMEPAGE Full Terms & Conditions of access and use can be found at http://hrmars.com/index.php/pages/detail/publication-ethics 905 International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences Vol. 9 , No. 12, December, 2019, E-ISSN: 2222-6990 © 2019 HRMARS Relationship between Literature & Politics in Selected Malay Novels Fatin Najla Binti Omar, Sim Chee Cheang University Malaysia Sabah Abstract It cannot be denied that politics has a connection with the field of literature as politics is often a source of ideas and literature a "tool" to politicians especially in Malaysia.
    [Show full text]
  • Politik Dimalaysia Cidaip Banyak, Dan Disini Sangkat Empat Partai Politik
    122 mUah Vol. 1, No.I Agustus 2001 POLITICO-ISLAMIC ISSUES IN MALAYSIA IN 1999 By;Ibrahim Abu Bakar Abstrak Tulisan ini merupakan kajian singkat seJdtar isu politik Islam di Malaysia tahun 1999. Pada Nopember 1999, Malaysia menyelenggarakan pemilihan Federal dan Negara Bagian yang ke-10. Titik berat tulisan ini ada pada beberapa isupolitik Islamyang dipublikasikandi koran-koran Malaysia yang dilihat dari perspektifpartai-partaipolitik serta para pendukmgnya. Partai politik diMalaysia cidaip banyak, dan disini Sangkat empat partai politik yaitu: Organisasi Nasional Malaysia Bersatu (UMNO), Asosiasi Cina Ma laysia (MCA), Partai Islam Se-Malaysia (PMIP atau PAS) dan Partai Aksi Demokratis (DAP). UMNO dan MCA adalah partai yang berperan dalam Barisan Nasional (BA) atau FromNasional (NF). PASdan DAP adalah partai oposisipadaBarisanAltematif(BA) atau FromAltemattf(AF). PAS, UMNO, DAP dan MCA memilikipandangan tersendiri temang isu-isu politik Islam. Adanya isu-isu politik Islam itu pada dasamya tidak bisa dilepaskan dari latar belakang sosio-religius dan historis politik masyarakat Malaysia. ^ ^ ^ ^ ^ ^^ ^ <•'«oJla 1^*- 4 ^ AjtLtiLl jS"y Smi]?jJI 1.^1 j yLl J J ,5j^I 'jiil tJ Vjillli J 01^. -71 i- -L-Jl cyUiLLl ^ JS3 i^LwSr1/i VjJ V^j' 0' V oljjlj-l PoUtico-Islnndc Issues bi Malays bi 1999 123 A. Preface This paper is a short discussion on politico-Islamic issues in Malaysia in 1999. In November 1999 Malaysia held her tenth federal and state elections. The paper focuses on some of the politico-Islamic issues which were pub lished in the Malaysian newsp^>ers from the perspectives of the political parties and their leaders or supporters.
    [Show full text]
  • FBMK 2017 65 IR.Pdf
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UNSUR TARBIAH DALAM NOVEL KOMSAS MAISARAH BINTI YAACOB FBMK 2017 65 UNSUR TARBIAH DALAM NOVEL KOMSAS UPM Oleh MAISARAH BINTI YAACOB COPYRIGHT © Tesis ini dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia, sebagai memenuhi keperluan untuk Doktor Falsafah Februari 2017 Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had teks, logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah hak cipta Universiti Putra Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia. Hak cipta © Universiti Putra Malaysia UPM COPYRIGHT © DEDIKASI Bismillahirahmanirrahim, dengan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana Kudrat dan Iradat-Nya tugasan ini dapat diselesaikan, segala cabaran dan dugaan mematangkan diri yang seterusnya menyedari betapa kerdilnya diri berada dalam peta kehidupan yang nyata. Bersyukur dengan anugerah Allah S.W.T dengan kelapangan masa, kekuatan semangat serta kesihatan yang membolehkan tugasan ini dapat disiapkan. Jutaan terima kasih kepada setiap insan yang berada dalam ruang kehidupan ini, yang mana sentiasa memberi semangat dan inspirasi dalam pelbagai situasi suka dan duka, malam dan siang. Suami tercinta, anak-anak, menantu, saudara mara dan rakan-rakan yang setia merasai pantas dan perlahannya denyut nadi ini meneruskan tugasan dan kehidupan. UPM Simpulan semangat yang jitu daripada kawan-kawan seperjuangan, pensyarah pembimbing, pihak pemeriksa, pengurusan sekolah siswazah dan insan-insan yang sering mendoakan. Kekuatan yang sangat memberi makna semoga menjadi simpulan kenangan sepanjang hayat. Semua yang menyumbang tanpa mengharapkan balasan, agar menjadi bekalan sepanjang perjalanan di akhirat kelak. COPYRIGHT © Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan ijazah Doktor Falsafah.
    [Show full text]
  • Pemikiran Politik: Pemimpin Dan Kepemimpinan Dalam Novel Shahnon Ahmad
    International Journal of the Malay WorldArba’ie and Civilisation Sujud, Salihahs (Iman Razak) 3(1), &2015: Siti Rabiatul67 - 78 Adawiah Jaffar 67 Pemikiran Politik: Pemimpin dan Kepemimpinan dalam Novel Shahnon Ahmad Political Thoughts: Leaders and Leadership in Shahnon Ahamad Novel ARBA’IE SUJUD, SALIHAHS RAZAK & SITI RABIATUL ADAWIAH JAFFAR ABSTRAK Makalah ini adalah untuk melihat pemikiran politik: pemimpin dan kepimpinan dalam novel Shahnon Ahmad iaitu novel Shit, dan Patriarch. Makalah ini didasarkan kepada sikap pemimpin politik yang sering ditimbulkan oleh pengarang dalam karyanya yang dikaitkan dengan pengalaman beliau sendiri dalam dunia politik tanah air. Selain itu makalah ini juga ingin melihat sejauh mana kepincangan dalam dunia politik akibat daripada sikap pemimpin kerana karya yang dihasilkan oleh beliau kebanyakannya melihat permasalahan dalam dunia politik yang dikaitkan dengan pengalaman beliau sendiri yang pernah terlibat dalam politik di tanah air dengan mengemukakannya dalam bentuk karya kreatif. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis pemikiran politik pemimpin dan kepimpinan yang terdapat dalam novel-novel Shahnon Ahmad. Kaedah yang digunakan adalah kaedah kepustakaan, menganalisis kandungan teks dan pengaplikasian teori Konseptual Kata Kunci bagi menguatkan lagi hujah yang ingin disampaikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat pemikiran politik dalam novel Shahnon Ahmad iaitu pemikiran politik tentang pemimpin dan kepimpinan yang melihat kepada sikap pemimpin yang berperwatakan negatif dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Rumusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa kedua- dua buah novel Shahnon Ahmad mempunyai pemikiran politik pemimpin dan kepimpinan berdasarkan analisis teori Konseptual Kata Kunci. Kata kunci: Politik; pemimpin dan kepimpinan; kepincangan; sikap negative; teori konseptual kata kunci ABSTRACT This article examines the political thinking of leader and leadership in Shahnon Ahmad’s novels such as Shit and Patriarch.
    [Show full text]
  • A Critical Analysis of Islamic Studies in Malay on Contemporary Issues; Malaysia*.Approximately 1975 to the Present Day
    A CRITICAL ANALYSIS OF ISLAMIC STUDIES IN MALAY ON CONTEMPORARY ISSUES; MALAYSIA*.APPROXIMATELY 1975 TO THE PRESENT DAY By Md.Zaki bin Abd Manan A Thesis presented for the degree of DOCTOR OF PHILOSOPHY Faculty of Art at the School of Oriental and African Studies University of London Department of Language and Culture of South East Asia and the Islands 1994 ProQuest Number: 10673066 All rights reserved INFORMATION TO ALL USERS The quality of this reproduction is dependent upon the quality of the copy submitted. In the unlikely event that the author did not send a com plete manuscript and there are missing pages, these will be noted. Also, if material had to be removed, a note will indicate the deletion. uest ProQuest 10673066 Published by ProQuest LLC(2017). Copyright of the Dissertation is held by the Author. All rights reserved. This work is protected against unauthorized copying under Title 17, United States C ode Microform Edition © ProQuest LLC. ProQuest LLC. 789 East Eisenhower Parkway P.O. Box 1346 Ann Arbor, Ml 48106- 1346 ABSTRACT Abstract My thesis is divided into six chapters which include a general overview of the socio-political and economic background of the Malay Muslim society, a definition of the term Malay and Muslim and the various interpretations that arise from these definitions, the changes experienced by the Muslim society before and after Malaysia's Independence, the importance of Islam in the everyday life of the Muslims, the subsequent developments of the Malay textual tradition starting from the coming of Isl"am to Malaysia until the present day.
    [Show full text]
  • The Paradigm of Malayness in Literature
    THE PARADIGM OF MALAYNESS IN LITERATURE IDA BAIZURA BAHAR Thesis submitted for the degree of PhD in the Languages and Cultures of South East Asia 2010 Department of South East Asia School of Oriental and African Studies University of London ProQuest Number: 11010464 All rights reserved INFORMATION TO ALL USERS The quality of this reproduction is dependent upon the quality of the copy submitted. In the unlikely event that the author did not send a com plete manuscript and there are missing pages, these will be noted. Also, if material had to be removed, a note will indicate the deletion. uest ProQuest 11010464 Published by ProQuest LLC(2018). Copyright of the Dissertation is held by the Author. All rights reserved. This work is protected against unauthorized copying under Title 17, United States C ode Microform Edition © ProQuest LLC. ProQuest LLC. 789 East Eisenhower Parkway P.O. Box 1346 Ann Arbor, Ml 48106- 1346 | SOAP LIRDARY 2 Declaration for PhD thesis I have read and understood regulation 17.9 of the Regulations for students of the School of Oriental and African Studies concerning plagiarism. I undertake that all the material presented for examination is my own work and has not been written for me, in whole or in part, by any other person. I also undertake that any quotation or paraphrase from the published or unpublished work of another person has been duly acknowledged in the work which I present for examination. Signed: Ida Baizura Bahar Date: 7 December 2010 3 ABSTRACT This study is a study on the paradigm of Malayness in literature, taking as its point of departure the understanding of Malayness in Malaysia.
    [Show full text]
  • Aspek Ketuhanan Dan Kemanusiaan Dalam Novel Terpilih Tiga Sasterawan Negara Morni Binti Hussin Fbmk 2019 31
    ASPEK KETUHANAN DAN KEMANUSIAAN DALAM NOVEL TERPILIH TIGA SASTERAWAN NEGARA MORNI BINTI HUSSIN FBMK 2019 31 ASPEK KETUHANAN DAN KEMANUSIAAN DALAM NOVEL TERPILIH TIGA SASTERAWAN NEGARA UPM Oleh MORNI BINTI HUSSIN COPYRIGHT Tesis dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah © April 2018 Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain adalah bahan hak cipta Universiti Putra Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam tesis ini dibenarkan untuk tujuan bukan komersial daripada pemegang hak cipta. Penggunaan komersial bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia. Hak cipta © Universiti Putra Malaysia UPM COPYRIGHT © DEDIKASI DAN ISTIMEWA BUAT … Al-Fatihah… Ayahanda Hj Hussin bin Hj. Hassan Buat abah yang kukasihi, hampir tiga dekad menemui Yang Maha Esa yang berhak ke atas hambanya dan disemadikan di Makkatul Mukarramah Al-Fatihah…Bonda Hjh. Salbiah binti Hj.Ahmad Untuk mak yang kusayangi, sentiasa memberi restu dan sentiasa mengisi ruang doa untuk segala yang MURNI, kuhargai dan kusanjungimu mak…empat tahun pergi dan kembalimu kepada Maha Pencipta, moga mak bahagia di sana UPM Suami Tercinta…Hj.Sharuzaman bin Hj. Mohd Saleh Sentiasa membugarkan lorong galakan kasih, memetik kuntuman nasihat buatku. membungakan idea, menghulur kepercayaan dan menjadi pujangga menyokongku dalam melayari onak perjuangan ini Anakanda Putra Putri Permata Hati yang Kukasihi Muhammad A’mirul Hussin & Khuzaimah Muhammad Syahmi Hussin & Rabiatul Adawiyah Nurin Firzanah Jadilah penyambung dan pewaris ilmu Allah yang tiada kesudahannya dalam membalut busana jiwa untuk membina fitrah Muslim dan Muslimah sejati dalam kembara yang diredhaiNYA dunia dan akhirat.
    [Show full text]
  • Englishes in Asia: Communication, Identity, Power and Education
    DOCUMENT RESUME ED 481 306 FL 027 838 AUTHOR Kirkpatrick, Andy, Ed. TITLE Englishes in Asia: Communication, Identity, Power and Education. ISBN ISBN-1-876-768-479 PUB DATE 2002-00-00 NOTE 311p.; Selected papers presented at the Annual South East Asia Conference (5th, Perth, Western Australia, Australia, December 6-8, 2000). AVAILABLE FROM Language Australia Ltd., GPO Box 372F, Melbourne VIC 3001, Australia% Web site: http://languageaustralia.com.au/ . PUB TYPE Books (010) Collected Works General (020) Speeches/Meeting Papers (150) EDRS PRICE EDRS Price MF01/PC13 Plus Postage. DESCRIPTORS Cantonese; Cultural Differences; Cultural Influences; Elementary Secondary Education; *English (Second Language); Ethnicity; Foreign Countries; Higher Education; Indigenous Populations; Language Teachers; *Language of Instruction; Literature; Official Languages; *Power Structure; Preschool Children; Preservice Teacher Education; Rural Schools; Second Language Instruction; Second Language Learning IDENTIFIERS Brunei; Hong Kong; Japan; Language Contact; Language Policy; Malaysia; Papua New Guinea; Singapore; Tok Pisin; World English ABSTRACT This collection of papers comprises proceedings from the 5th English in South East Asia Conference, held in December 2000 at Curtin University of Technology in Perth. The 19 papers include the following: (1) "Global English and Local Language Policies" (Robert Phillipson);(2) "Hong Kong Parents' Preference for English-Medium Education: Passive Victims of Imperialism or Active Agents of Pragmatism?" (David Li); (3) "Implications
    [Show full text]
  • Download Full
    Horizon J. Hum. & Soc. Sci. 2 (2): 85 – 94 (2020) Journal of Humanities and Social Sciences Research www.horizon-JHSSR.com ORIGINAL ARTICLE The Native’s Independence Rhetoric in Translation: Shahnon Ahmad and Noorjaya Halimah Mohamed Ali School of Humanities, Universiti Sains Malaysia 11800, Pulau Pinang, Malaysia ARTICLE INFO ABSTRACT Article history Nations are narrated into being; bearing this concept in mind, this Received: 15-Sep-20 research analyses the works of two native Malay writers that have been Revised: 04-Nov-20 Accepted: 01-Dec-20 translated into English and how their writings show the rhetoric of inde- Published: 07-Dec-20 pendence that was used in order to gain independence by the Malays in the Malay Peninsula. It will also look at the cultural and emotional effect *Corresponding Author of the translated independence rhetoric that has been lost through trans- Halimah Mohamed Ali lation. This essay will be read using a postcolonial lens made famous by E-mail: [email protected] Edward Said, Franz Fanon, and Homi K. Bhabha. Via this lens, it will analyze how the Malay postcolonial culture has been translated into English. Todd Jones’s essay “Translation and Belief Ascription: Fundamental Barriers” (2003) will be used to analyze the text. It will be argued that how episte- mology is used to ascribe belief and how cultural epistemology has been translated into the English language via Shahnon Ahmad’s “A Merdeka Tale” and Noorjaya’s “The Quest for Langkasuka”. The translation of cul- tural epistemology is successful in both the texts because the translation of the text can be easily understood.
    [Show full text]
  • Millenia Literary Indie Authors: a Review of Selected Indie Novels (1990-2017)
    International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences Vol. 9 , No. 12, December, 2019, E-ISSN: 2222-6990 © 2019 HRMARS Millenia Literary Indie Authors: A Review of Selected Indie Novels (1990-2017) Nurain bte Khoo Kian Hua, Sim Chee Cheang To Link this Article: http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v9-i12/6825 DOI: 10.6007/IJARBSS/v9-i12/6825 Received: 20 October 2019, Revised: 02 November 2019, Accepted: 15 December 2019 Published Online: 16 December 2019 In-Text Citation: (Hua & Cheang, 2019) To Cite this Article: Hua, N. bte K. K., & Cheang, S. C. (2019). Millenia Literary Indie Authors: A Review of Selected Indie Novels (1990-2017). International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(12), 894–904. Copyright: © 2019 The Author(s) Published by Human Resource Management Academic Research Society (www.hrmars.com) This article is published under the Creative Commons Attribution (CC BY 4.0) license. Anyone may reproduce, distribute, translate and create derivative works of this article (for both commercial and non-commercial purposes), subject to full attribution to the original publication and authors. The full terms of this license may be seen at: http://creativecommons.org/licences/by/4.0/legalcode Vol. 9, No. 12, 2019, Pg. 894 - 904 http://hrmars.com/index.php/pages/detail/IJARBSS JOURNAL HOMEPAGE Full Terms & Conditions of access and use can be found at http://hrmars.com/index.php/pages/detail/publication-ethics 894 International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences Vol. 9 , No. 12, December, 2019, E-ISSN: 2222-6990 © 2019 HRMARS Millenia Literary Indie Authors: A Review of Selected Indie Novels (1990-2017) Nurain bte Khoo Kian Hua, Sim Chee Cheang Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah Abstract According to John (1997), a novel is considered a "social symptom".
    [Show full text]
  • Permasalahan Sosial Dan Agama Dalam Novel Terpilih Najīb Mahfūz Dan Shahnon Ahmad
    4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR. ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA. PERMASALAHAN SOSIAL DAN AGAMA DALAM NOVEL TERPILIH NAJĪB MAHFŪZ DAN SHAHNON AHMAD 1091 AHMAD REDZAUDIN GHAZALI MOHAMAD ROFIAN ISMAIL KHAIRATUL AKMAR ABD LATIF PhD Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi, Selangor. [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan menganalisis beberapa permasalahan yang berkaitan dengan soal-soal keagamaan yang diketengahkan oleh Najīb Mahfūz dan Shahnon Ahmad melalui beberapa karya kreatif imaginatif yang mereka hasilkan. Bagi tujuan tersebut beberapa buah novel telah dipilih untuk dianalisis dan dibincangkan dalam kajian ini. Novel-novel tersebut ialah Zuqāq al-Midāq, Trilogi, al-Qāhirah al- Jadidah dan al-Marāya karya Najīb Mahfūz. Sementara itu novel Protes, Tunggul-tunggul gerigis, Srengenge, Umi dan Abang Syekhul dan Tok Guru pula mewakili karya-karya Shahnon Ahmad. Dapatan kajian menunjukkan kedua penulis telah mengungkapkan permasalahan berkaitan keagamaan lewat karya-karya mereka yang telah dipilih mengikut perspektif masing-masing dengan dipengarui pengalaman, persekitaran serta masyarakat di mana mereka tinggal. Kata Kunci: Najīb Mahfūz, Shahnon Ahmad, Novel, Agama. 1. PENDAHULUAN Seperti dimaklumi umum, kedua-dua sasterawan yang sedang dibicarakan karya mereka di sini adalah beragama Islam. Di samping itu, mereka juga berasal dari dua buah negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Oleh yang demikian sudah tentulah perbincangan di sini juga akan berasaskan kepada dua premis tersebut. Dalam menangani kajian permasalahan ini, pengkaji cuba meninjau permasalahan berkaitan, yang diketengahkan oleh kedua-dua sasterawan ini dari dua aspek.
    [Show full text]
  • Kampung / Landscape: Rural-Urban Migrants’ Interpretations of Their Home Landscape
    Kampung / Landscape: Rural-urban Migrants’ Interpretations of Their Home Landscape. The Case of Alor Star and Kuala Lumpur _________________________ A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the Degree of Doctor of Philosophy at Lincoln University by Nor Zarifah Maliki ______________________ Lincoln University 2008 Abstract of a thesis submitted in fulfilment of the requirements for the Degree of Doctor of Philosophy Kampung / Landscape: Rural-urban Migrants’ Interpretations of Their Home Landscape. The Case of Alor Star and Kuala Lumpur by Nor Zarifah Maliki Kampung is a pervasive concept in Malay Culture and considered counter urban in contemporary discourse. Rural to urban migration of the Malays from kampung to cities occur at an accelerated pace in urbanizing Malaysia. Rural migrants are said to remain attached to their rural kampung lifestyles and find the socio-spatial character of urban environment difficult to adapt to. Previous studies on rural kampung by anthropologists and social scientists have unpacked the socio-economic and cultural aspects of kampung Malays in rural area. My study of migrants in Alor Star and Kuala Lumpur is focused on the landscape meanings of kampung and explores how these ideas have been brought across to a city environment. I investigated the meanings and symbolic values that kampung holds to the rural- urban migrants through a ‘landscape lens’. I recorded the experiences of the rural- urban migrants in adapting to an urban landscape, identified kampung elements to which people have strong attachment with and highlighted the kampung characteristics that could be maintained or replicated in order to address the maladaptation of the migrants and enhance their urban living experience.
    [Show full text]